minor pi j-qaf 2005

37
SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM , BUKU TEKS, BUKU PANDUAN GURU DAN PENGENALAN j-QAF Pengenalan Pelajar-pelajar sekelian! Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam , Huraian Sukatan , Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas seharian . Modul ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama ianya mendedah dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru . Seterusnya memberi pendedahan dan penekanan kepada pelajar mengenai pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu serta pengenalan konsep j-QAF. . Hasil Pembelajaran Di akhir modul ini anda dapat 1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah 2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 3. menghurai dan mengaplikasi bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan Guru dalam pengajaran dan pembelajaran 4. memahami pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu 1

Upload: jamilah-binti-suaib

Post on 27-Jun-2015

1.966 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minor PI j-QAf 2005

SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM , BUKU TEKS, BUKU PANDUAN GURU DAN PENGENALAN j-QAF

Pengenalan

Pelajar-pelajar sekelian!

Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam , Huraian Sukatan , Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas seharian .

Modul ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama ianya mendedah dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru . Seterusnya memberi pendedahan dan penekanan kepada pelajar mengenai pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu serta pengenalan konsep j-QAF. .

Hasil Pembelajaran

Di akhir modul ini anda dapat

1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi

kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

3. menghurai dan mengaplikasi bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan Guru dalam pengajaran dan pembelajaran

4. memahami pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu

5. memahami konsep j-QAF

1

Page 2: Minor PI j-QAf 2005

1.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

1. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran2. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain3. Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariat4. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang dapat menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah ;

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam;

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah

2

Page 3: Minor PI j-QAf 2005

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah saw sebagai asas perkembangan tamadun manusia

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

8. Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

Kandungan Kurikulum

Kandungan Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut, iaitu:

Rajah : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-bidang tersebut;

Sila rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 2002

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

Bidang Asas Ulum Syari’yah

Bidang Asas Akhlak Islamiah

Bidang PelajaranJAWI

3

Page 4: Minor PI j-QAf 2005

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

1

Asuhan TilawahAl-Quran

1. Membaca Surah–surah terpilih dari juzuk Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca A-Quraan dan menjadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan Betul dan fasih.

2 Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih

3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

2

Asas Ulum As-Syariah

1. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan

1. Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat islam

3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah.

2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya

3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W

4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

1. Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan

Rasulullah S.A.W.2. Kepatuhan terhadap

peraturan dan tatacara perhubungan manusia

dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara.

4

Page 5: Minor PI j-QAf 2005

3 Pelajaran Jawi Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

1. Menulis tulisan jawi dengan baik2. Membaca jawi dengan lancar3. Mempelajari seni tulisan jawi.

Latihan

i. Berdasarkan rajah di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah rendah mengikut susunan?

ii. Senaraikan objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

Syabas! Atas kesabaran anda ………………..

Rehat sekejap !!!

1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Anda telah pun memahami secara terperinci Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR melalui unit yang lepas, Insyaallah, semoga dengan pemahaman dan pengamatan yang telah anda berikan itu, memudahkan anda meneruskan pembelajaran seterusnya.

Baiklah, sekarang marilah kita meneruskan perbincangan ini mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Dalam unit ini anda akan dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai matlamat, objektif dan bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Matlamat

Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Sukatan Pelajaran perlu dibaca bersama dengan Huraian Sukatan. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

5

Page 6: Minor PI j-QAf 2005

Objektif

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

Menentukan skop sukatan

Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran

Kegunaan penyediaan buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan

Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman PembelajaranAras 1 :Aras 2 :Aras 3 :

Keterangan lajur

Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran Mengklasifikasikan kandungan sukatan pelajaran berdasarkan agihan mengikut tahun pembelajaran.

Lajur Hasil Pembelajaran Berkaitan dengan objektif yang mesti dicapai oleh murid.

Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implicit) atau luaran ( eksplisit)

Hasil pembelajaran yang mesti

6

Page 7: Minor PI j-QAf 2005

dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid;

Aras 1 :Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid pencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid.. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras 1, iaitu tahap yang paling rendah

Aras 2 : Aras sederhana yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sila rujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 1 dan Tahun 4, KPM

A. Asuhan Tilawah al-Quran

7

Page 8: Minor PI j-QAf 2005

Perhatikan rajah berikut kemudian ikuti huraiannya

Rajah : Bidang satu Asuhan Tilawah Al-Quraan

Rajah di atas , menunjukkan Bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bacaan, Hafazan dan Kefahaman seperti berikut;

I. Bacaan :

i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat

iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;

.Asuhan Tilawah Al-Qurann.Asuhan Tilawah Al-Qurann

1. Bacaan1. Bacaan

2 Hafazan2 Hafazan

3. Kefahaman3. Kefahaman

8

Page 9: Minor PI j-QAf 2005

Bil Surah Bil Surah Bil Surah

1 Al-Fatihah 11 Al-Fil 21 Al-Tin

2 An-Nas 12 Al-Humazah 22 Al-syarh

3 Al-Falaq 13 Al-‘Asr 23 Al-Dhuha

4 Al-Ikhlas 14 Al-Takathur 24 Al-Lail

5 Al-Masad 15 Al-Qari’ah 25 Al-Syams

6 Al-Nasr 16 Al-Adiyat 26 Al-Balad

7 Al-Kafirun 17 Al-Zalzalah 27 Al-Fajr

8 Al-Kawthar 18 Al-Bayyinah 28 Al-Ghasiyyah

9 Al-Ma’un 19 Al;-Qadr 29 Al-A’la

10 Al-Quraisy 20 Al-‘Alaq 30 Al-Tariq

II Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a. Al-Fatihah l. Al-Takathur

b. An-Nas m. Al-Qari’ah

c. Al-Falaq n. Al-Adiyat

d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah

e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah

f. Al-Kawthar q. Al-Qadr

g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq

h. Al-Quraisy s. Al-Tin

i. Al-Fil t. Al-syarh

j. Al-Humazah u. Al-Dhuha

k. Al-‘Asr

III Kefahaman :

9

Page 10: Minor PI j-QAf 2005

Pengertian Al-Quran

Kelebihan membaca Al-Quran

Sejarah ringkas al-Quran

Memahami surah-surah berikut secara umum

Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7

Surah al-Nas ayat 1-6

Surah al-Falaq ayat 1-5

Surah al-Ikhlas

Surah al-Kawthar

Surah al-Ma’un ayat 1-7

Surah al-Qadr ayat 1-5

Surah al-Dhuha ayat 1-11

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Rajah 13 : Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Perhatikan dengan teliti bidang Asas Ulum Syar’iyah terdapat di dalam rajah di atas,

bidang ini terbahagi kepada bidang Akidah, Ibadah dan Sirah.

B Bidang Ulum Syariah

. I. Tajuk-tajuk Akidah ialah:

Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Akidah Ibadah Sirah

10

Page 11: Minor PI j-QAf 2005

Pengertian Rukun Iman

Beriman Kepada Allah

Beriman Kepada Maliakat

Beriman Kepada Rasul

Beriman kepada Kitab-Kitab

Beriman kepada Hari Akhirat

Beriman kepada Qadak dan Qadar

Pengertian Rukun Islam sifat wajib Allah

Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut:

Pengertian Dosa dan Pahala

Pengertian Syirik.

Sam’iyyat : Pengertian

Perkara-perkara sam’iyyat

II Ibadah

Konsep IbadahPengertianJenis-jenisFardhu Ain dan Fardhu Kifayah Jenis-jenis hukumBersuci : Pengertian Tanggungjawab bersuci Istinjak Bersuci dari najis Bersuci dari hadas TayammumSolat:

Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta terjemahannya

- Takbiratul Ihram- Surah AlFatihah- iii.Doa Iftitah- Ketika Ruku’- Ketika Iktidal- Ketika Sujud- Ketika duduk antara dua sujud- Tahyatul awal dan akhir- Doa Qunut.

11

Page 12: Minor PI j-QAf 2005

Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Ab’adh dan Hai’ah. Azan dan Iqamah Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidiladha Solat Jenazah

III Sirah :

3.1 Tanda-tanda kenabian 3.16 Tentangan terhadap Rasulullah

3.2. Salasilah keturunan Nabi 3.17 Israk dan Mikraj

3.3 Penyusuan dan Pemelihraan Nabi 3.18 Perjanjian Aqabah

3.4 Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni 3.19 Hijrah kemadinah

3.5 Kematian bapa dan ibu Nabi 3,20 Pembinaan Masjid pertama

3.6 Kematian Datuk 3.21 Persaudaraan Muhajirin dan Ansar

3.7 Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara 3.22 Pembentukan Negara Madinah

3.8 Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil &

Dewasa

3.23 Mempertahankan Madinah

3.9 Pekahwinan Nabi 3.24 Piagam Madinah

3.10 Peritiwa Hajarul al-Aswad 3.25 Perjanjian Hudaibiah

3.11 Peristiwa di Gua Hira’ 3.26 Pembukaan Kota Mekah

3.12 Mukjizat Al-Quraan 3.27 Perkembangan Islam Zaman Rasul

3.13 Dakwah Rasulullah (sulit dan terang) 3.28 Haji Wida’

3.14 Hijrah ke Habsyah 3.29 Kewafatan Rasulullah S.A.W.

3.15 Pembesar Mekah terima Rasulullah

Sebenarnya anda sekarang sedang mengkaji perincian sukatan dalam bidang Ulum Syar’iah mulai dari tahun 1 hingga tahun 6.Syabas dan tahniah !.

C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

12

Page 13: Minor PI j-QAf 2005

Rajah 16 : Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Anda akan meneliti setiap bahagian yang terdapat dalam rajah 16 satu persatu. Adakah anda bersedia sekarang!.

a. Adab dalam Kehidupan Harian

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara berikut :

3.1.1 Adab Makan Minum 3.1.7 Adab berkenderaan

3.1.2 Adab Qada Hajat 3.1.8 Adab masuk dan keluar rumah

3.1.3 Adab tidur dan bangun

tidur

3.1.9 Adab menghidang makan dan

minuman

3.1.4 Adab mandi dan bersugi 3.1.10 Adab berjalan

3.1.5 Adab berwuduk 3.1.11 Adab bertanya

3.1.6 Adab berpakaian 3.1.12 Adab mengurus diri

b. Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

1.2.1 Adab bercakap dengan ibu bapa1.2.2 Adab menolong ibu bapa1.2.3 Adab bergaul dengan keluarga

c. Adab dalam kehidupan Bersosial

Adab dan Akhlak IslamiahAdab dan Akhlak Islamiah

Adab dalam Kehidupan HarianAdab dalam Kehidupan Harian

Adab terhadap Kehidupan SosialAdab terhadap Kehidupan Sosial

Adab Menuntut IlmuAdab Menuntut Ilmu

Adab terhadap ibubapa/keluarga Adab terhadap ibubapa/keluarga

Adab dengan Al-QuranAdab dengan Al-Quran

13

Page 14: Minor PI j-QAf 2005

3.2.1 Adab bergaul dengan rakan

3.2.12 Adab berkumpul

3.2.2 Adab di masjid dan surau

3.2.13 Adab berjual beli

3.2.3 Adab bercakap dengan rakan

3.2.14 Adab bekerja

3.2.4 Adab melayan tetamu

3.2.15 Adab menziarah jiran

3.2.5 Adab menziarah orang sakit

3.2.16 Adab ketika bermaian

3.2.6 Adab menziarah rakan

3.2.17 Adab terhadap tempat dan harta benda awam

3.2.7 Adab menziarah orang tua

3.2.18 Adab kecintaan kepada Negara

3.2.8 Adab dengan orang tua

3.2.19 Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar

3.2.9 Adab menziarah jenazah kubur

3.2.20 Adab rehlah

3.2.10 Adab makan di majlis keramaian

3.2.21 Adab manusia dan makhluk lain

3.2.11 Adab berjiran 3.2.22 Adab dengan pemimpin

d. Adab Menuntut Ilmu

i. Adab bercakap dengan guruii. Adab ke sekolahiii. Adab Belajariv. Adab semasa di sekolahv. Adab berhujahvi. Adab menolong guruvii. Adab menjaga harta benda sekolah

e. Adab dengan Al-Quran

3.5.1 Adab membawa dan menyimpan Al-Quran3.5.2 Adab membaca Al-Quran

2. Pelajaran Jawi

a. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggalb. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambungc. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbukad. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup

e. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat

14

Page 15: Minor PI j-QAf 2005

f. Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjamang. Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan

ayat pendekh. Menggunakan tanda bacai. Membaca pelbagai jenis teks bacaanj. Menulis pelbagai jenis teksk. Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah.

Latihan

i) Berpandukan kepada Huraian Sukatan pelajaran sekolah rendah tahun 1 – 6 bagi tahun 2002, anda dikehendaki mencerakinkan semula agihan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Mulai Tahun 1 hingga tahun Enam mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

ii) Setelah anda mencerakinkan matapelajaran pendidikan Islam tersebut, sekarang anda dikehendaki membina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut bidang mata pelajaran tersebut.

Rumusan

Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan.

Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi yang hampir setara dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran perlu difahami bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.

1.3 Penggunaan Buku Teks

15

Page 16: Minor PI j-QAf 2005

Buku teks Pendidikan Islam terbaru dibina berdasarkan ‘ semakan Semula KBSR . Ianya telah melalui proses pemerakuan yang tertentu diperingkat Kementerian. Isi kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan buku teks sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan prospek baru dlam penerokaa, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan seimbang yang dapat dinikmati oleh anak dididk kita. Seterusnya dapat membantu dalam menyediakan guna tenaga Negara dan peningkatan kualiti pendidikan.

Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar. Ianya tidak hanya berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari iru. Penggunaaan bahasa yang ringkasa dan padat, disamping ilustrasi yang menarik diharap dapat merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum anda teruskan, dapatkan dulu Buku Teks Pendidikan Islam KBSR ( Semakan), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Semakan KBSR Pendidikan Islam

Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Satu mengandungi dua jilid. Jilid Satu untuk ‘ Asuhan Tilawah Al Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan Jilid Dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah’ dan “Adab dan Akhlak Islamiah’

Setiap tajuk dalam buku teks dipecahkan kepada aspek-aspek berikut :

Tajuk Matlamat Isi Pengajaran Pembelajaran Akitiviti Pengajaran dan Pembelajaran Cuba jaya Penghayatan

Dapatkan buku teks yang lama dan buat perbandingan dengan buku teks terkini.

16

Page 17: Minor PI j-QAf 2005

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan

i. Cuba semak buku teks yang lama dan yang baru. Buat perbandingan.

ii. Dapatkan maklumat dari pelajar mengenai perasaan mereka apabila menggunakan buku teks. Tentu ada pro dan kontranya. Bincangkan.

iii. Senaraikan 10 aktiviti yang difikirkan menarik dan menyeronokkan murid yang oleh diperolehi di dalam buku teks

Tahniah ! kerana anda telah menyelesaikan tugasan dengan baik sekali. Simpan dokumen latihan anda dengan sempurna.

Rumusan

Buku teks sangat membantu anda dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan murid akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajran di kelas anda ‘hidup dan menyeronokkan’ . ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid. Kita hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna dan memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan menjadi rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku tambahan luar lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.

1.4 Penggunaan Buku Panduan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Pelajar sekelian!

Bagi memastikan hasrat dan tujuan pendidikan dapat dicapai sepenuhnya, Kementerian Pendidikan telah menyediakan bahan asas seperti Buku Panduan Pengajran dan Pembelajaran. Buku ini disediakan secara berasingan bagi setiap bidang di mana ianya mencadangkan butur-butir terperinci bagi membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran .

Sebenarnya terdapat beberapa lagi dokumen yang dibina bersesuian dengan kurikulum semakan Pendidikan Islam 2002. Dokumen tersebut :

Sukatan Pelajaran ( sudah pun diterangkan di unit 1.1.1 ) Huraian Sukatan Pelajaran ( sudah diterangkan di unit 1.1.2 ) Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Buku Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Buku Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Buku Panduan Asas Fardu Ain Buku Panduan Jawi Buku Panduan Penilaian Al Quran

17

Page 18: Minor PI j-QAf 2005

Buku Panduan Amali Buku Panduan Pengurusan Panitia

(Anda boleh dapatkan naskhah buku-buku di atas dari panitia sekolah atau di Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri ).

Buku-Buku Panduan ini mengandungi pelbagai contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran dan contoh Rancangan Mengajar bagi setiap bidang. Ianya dapat memb antu anda sebagai guru dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, di samping untuk merangsang daya pemikiran murid anda supaya lebih kreatif, kritis dan inovatif.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Buku Panduan Guru antaranya ialah:

Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang mengembirakan .

Penglibatan murid secara aktif Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan Suasana pembelajran kooperatif di mana murid berpeluang melihat diri

mereka sebagai murid yang berkebolehan Kemahiran Berfikir Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD) Pembelajaran secara konstruktivisme Pembelajran secara kontekstual Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Latihan

A. Baca Buku Panduan Guru Pendidikan Islam sepenuhnya. Kemudian senaraikan teknik yang sering anda gunakan yang terdapat dalam buku panduan guru

B. Senaraikan juga teknik yang jarang dan tidak langsung digunakan oleh anda semasa pengajaran namun anda mengetahuinya bahawa ia menarik dan menyeronokkan pelajar

Rumusan

Buku Panduan Guru ialah antara strategi Kementerian Pendidikan bagi memastikan kurikulum dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan terkini. Melalui Buku ini pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Setiap pendidik hendaklah merealisasikan Buku Panduan Guru ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka

18

Page 19: Minor PI j-QAf 2005

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan

Tugasan Tutorial :

1 Meningkatkan penggunaan Buku Teks di kalangan pelajar dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Buku Teks. Bawa keratan akhbar atau maklumat Internent yang berkaitan untuk perbincangan tutorial

2. Membincangkan Buku Panduan Guru di dalam pengajaran dan pembelajaran . Ciri yang difokuskan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan ciri-ciri murid yang dikehendaki

1.5 Pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu

Pelajar sekelian!

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4) yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.

Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4) bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru pelaksanaan tersebut antaranya:

Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran. Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman, Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas.

Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan pemulihan dan pengayaan secara berterusan.

19

Page 20: Minor PI j-QAf 2005

Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di semua peringkat rendah dan menengah.

Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah.

Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

Objektif

Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal persekolahan.

Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan pertama tahun satu.

Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu murid-murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.

Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang berat di peringkat ini.

Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar murid-murid tidak menghadapi kejutan budaya.

Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu mengikut surat siaran yang diedarkan.

Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran

Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.

Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah seperti berikut:i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu)ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu)iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)

Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut Sukatan Pelajaran Jawi KBSR.

20

Page 21: Minor PI j-QAf 2005

Langkah Pengajaran

Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.

Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau individu. Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi sebaliknya jika murid melebihi kuantiti yang sewajarnya guru boleh mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan P&P yang dicadangkan dalam panduan ini.

Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan selepas tiga bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah menggunakan borang penilaian yang dilampirkan.

Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.

Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang cicir.

Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih serta beradab.

Tindakan Susulan

Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri bagi mempastikan program ini berjalan lancer dan dapat mencapai tahap kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek pelaksanaan.

Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta kekangan-kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Laporan tersebut hendaklaj dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah dihantar

21

Page 22: Minor PI j-QAf 2005

kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri.

Harapan

Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat diharapkan. Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah-masalah semasa pelaksanaan.

Latihan

V. Baca Buku Panduan Pendidikan Islam 6 bulan pertama tahun satu, kemudian terangkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah rendah.

VI. Senaraikan kelebihan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah.

1.6 Pengenalan Konsep j-QAF

Mukadimah

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada

perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-

Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut

tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati

amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian

Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara

tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan

mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar

Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004.

Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai

22

Page 23: Minor PI j-QAf 2005

projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara

berperingkat-peringkat.

Konsep j-Qaf

j-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan

khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini

dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah.

Objektif j-Qaf

Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua

murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat

i menguasai bacaan dan tulisan jawi

ii khatam al-Quran

iii mempelajari bahasa Arab dan

iv mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan j-Qaf

i. Kepentingan Jawi

Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan

pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1.

Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan

Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan

ii. Kepentingan al-Quran

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang

Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan

pembelajaran sehingga khatam al-Quran. Ia hanya mengutamakan kebolehan

membaca sahaja.

iii. Kepentingan Bahasa Arab

23

Page 24: Minor PI j-QAf 2005

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran

bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara terpilih dan

terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

iv Kepentingan Fardhu Ain

Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-

anak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

V Kepentingan Projek j-Qaf Pada Keseluruhan

Masa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di

SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti-

aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali

Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan di sekolah-sekolah. Manakala

Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada.

Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru

Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf

j-Qaf akan dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai

cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi

pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat

awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak

menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang

terkandung dalam buku ini.

Latihan

24

Page 25: Minor PI j-QAf 2005

VII. Dengan menggunakan grafik buatkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah Pendidikan Islam dengan Kurikulum j-Qaf.

Tutorial

I. Pelaksanaan j-QAF di sekolah rendah dapat membantu murid menguasai pembacaan al-Quran.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bacaan Asas

25

Page 26: Minor PI j-QAf 2005

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002.

Abdullah Basmih, (1985)Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Setakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan.

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam , Selangor.

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud , (1996) Konsef Ibadah Menurut Islam,Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

PANEL PENGGUBAL MODUL

26

Page 27: Minor PI j-QAf 2005

EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ ( Pengerusi)

Maktab Perguruan Islam, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352

Kelulusan:B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985)Master (Pendidikan) USM (1997)Diploma Pendidikan UM (1989)

Pengalaman mengajar:6 Tahun (sekolah)10 Tahun (maktab)

PN.MAIMUN BINTI AZIZ (Ahli)

Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka Tel: 06-2824827

Kelulusan:B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1980)Master (Pendidikan) UKM (2001)Diploma Pendidikan UKM (1979)

Pengalaman mengajar:7 Tahun (sekolah)17 Tahun (maktab)

PN.HASNAH BTE HJ.AHMAD (Ahli )Maktab Perguruan Raja Melewar,Jalan Sikamat,70400 Seremban,Negeri Sembilan.

Tel : 06-7624543

Kelulusan:B.A.Hons( Pengajian Islam) UKM (1991)Sijil Perguruan Maktab Perguruan Islam (1980)

Pengalaman Mengajar :12 Tahun ( Sekolah)10 Tahun ( Maktab )

EN. ALEAS BIN MOHD ISA ( Penyelaras )Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

Tel: 03-2507269

M. Ed. UKM 1999B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986Sijil Perguruan MPI 1979

Pengalaman mengajar:13 Tahun (sekolah)5 Tahun (maktab)

PANEL PEMURNIAN MODUL

27

Page 28: Minor PI j-QAf 2005

EN.ABDUL MALEK BIN NORAKIT(Pengerusi )Maktab Perguruan Raja Melewar,Jalan Sikamat,70400 Seremban,N.Sembilan

Tel : 06-7624543

Kelulusan :B.A.Hons(Pengajian Islam) UKM (1980)Master (Pendidikan ) UKM (2003)Diploma Pendidikan UKM (1985)

Pengalaman mengajar:6 Tahun (sekolah)13 Tahun (maktab)

PN.MAIMUN BINTI AZIZ (Ahli) Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka

Tel: 06-2824827

Kelulusan:B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1980)Master (Pendidikan) UKM (2001)Diploma Pendidikan UKM (1979)

Pengalaman mengajar:7 Tahun (sekolah)17 Tahun (maktab)

EN. ALEAS BIN MOHD ISA ( Penyelaras )Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

Tel: 03-2507269

M. Ed. UKM 1999B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986Sijil Perguruan MPI 1979

Pengalaman mengajar:13 Tahun (sekolah)5 Tahun (maktab)

28