note

Upload: farizelle06

Post on 18-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fdafadf

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan manakala kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pula diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996 . Bagi pendidikan khas , matlamat mata pelajaran Bahasa Malaysia (Masalah Pembelajaran)adalah untuk membolehkan murid menguasai asas kemahiran berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkanmaklumat, berdikari, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan yang bermakna. Kemahiran bahasa ini meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.i. Kemahiran MendengarKemahiran mendengar meliputi keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam situasi bercerita dan mendiskriminasikan perkataan serta memberi respons

ii. Kemahiran BertuturKemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betuliii. Kemahiran MembacaKemahiran membaca merujuk pada keupayaan murid untuk membaca dengan menggunakana sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pembacaan, penulisan, pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai kaedah. pengajaran dan pembelajaran.iv. Kemahiran MenulisKemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga dibimbing untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Sehubungan dengan itu , untuk murid pendidikan khas , kemahiran pratulisan dan kemahiran prabacaan merupakan cabang kemahiran yang paling utama dimana merupakan satu kemahiran yang paling asas yang diutamakan dalam pengajaran di dalam pendidikan khas . Hal ini amat penting untuk membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan . Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh ini latihan otot otot tangan, jari dan mata serta koordinasi mata dan tangan diberi. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka mengusai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas. Pelajaran tulisan haruslah dirancang secara sistematik dan bermula dengan peringkat pra menulis. Ia melibatkan beberapa latihan tangan iaitu mengenggam dan membuka tangan dilakukan beberapa kali , menggengam dan meronyokkan kertas , memegang benda-banda seperti pensel atau pembaris melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah dan memasang butang atau mengikat tali kasut. Latihan pergerakan mata seperti menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka dan menyebut banda yang ditunjuk oleh guru , melihat benda yang dipegang oleh guru dan dibawa kekiri-kanan dan ke kiri dan menyebut nama-nama benda kecil yang dipegang oelh guru. Latihan koordinasi mata dan tangan sepeti menyusun benda mengikut golongsn, bentuk warna dan ukuran , mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong , mencantum titik , mencantum arah jalan , memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa , Mencari benda yang tersembunyi , membentuk lukisan zig zag dan membentuk asas huruf dan nombor. Bagi kemahiran prabacaan pula , ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Kemahiran Prabacaan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak sebelum mempersiapkan diri untuk membaca. Sepertimana kita memanaskan badan sebelum memulakan sebarang aktiviti bersukan, maka begitu juga halnya dengan kemahiran prabacaan. Kemahiran prabacaan ibarat sesi memanaskan badan sebelum kanak-kanak dapat membaca. Kanak-kanak perlu disediakan mindanya untuk membaca. Proses Prabacaan merupakan langkah penyediaan minda kanak-kanak untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka untuk membaca. Untuk murid pendidikan khas