s3 lec 2 (pemeluwap) note

29
MEDIA DAN JENIS-JENIS PEMELUWAP • Udara dan air digunakan sebagai media untuk menyerap haba dari penyejuk semasa dipemeluwap. • Udara dan air digunakan kerana ia murah dan mudah diperolehi

Upload: no-suhaila

Post on 19-Jan-2015

594 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Semester 3 CB303 Ventilation and Air Conditioning Note Lec 2 (Pemeluwap)

TRANSCRIPT

Page 1: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

MEDIA DAN JENIS-JENIS PEMELUWAP

• Udara dan air digunakan sebagai media untuk menyerap haba dari penyejuk semasa dipemeluwap.

• Udara dan air digunakan kerana ia murah dan mudah diperolehi

Page 2: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

JENIS-JENIS PEMELUWAP

• Pemeluwap sejuk udara• Pemeluwap sejuk air

• Pemeluwap cairwapan (evaporative)

Page 3: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

PEMELUWAP SEJUK UDARA

• Media penyerapan haba ialah udara lalu pemeluwap ini dinamakan pemeluwap sejuk udara.

• Terbahagi kepada dua :i. Tidak menggunakan kipasii. Menggunakan kipas

Page 4: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

PEMELUWAP SEJUK UDARA• Pemeluwap yang tidak menggunakan kipas

bergantung pada luasnya kawasan sentuhan udara dan tiub bagi proses pemindahan habanya.

• Tetapi mestilah berhati-hati semasa membentuknya supaya kos bahan yang digunakan tidak terlalu mahal.

• Kos bahan dan saiz pemeluwap mestilah seimbang.• Pemeluwap sejuk udara ini boleh didapati dalam tiga

bentuk iaitu:

Page 5: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub kuprum atau besi keluli sering digunakan. Kawasan sentuhan bagi proses pemindahan haba cuma tiub itu sahaja

Page 6: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

ii) Kawasan sentuhan telah ditambah dengan adanya jaringan-jaringan yang diperbuat daripada rod besi keluli

Page 7: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Kawasan sentuhan lebih luas setelah tiub dilekatkan pada plat (plate)

Page 8: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

PEMELUWAP SEJUK UDARA YANG MENGGUNAKAN KIPAS

• Keupayaan pemeluwap boleh ditambah dengan menyembur udara ke permukaan pemeluwap.

• Kipas digunakan dan sirip dilengkapkan pada gelung pemeluwap (Rajah 1) agar udara dapat diarahkan tepat ke permukaan pemeluwap.

• Kipas jenis pendorong (Rajah 2) dan empar digunakan.

• Pemilihan kipas tersebut bergantung pada beberapa faktor seperti rintangan udara, takat bising, keluasan tempat dan sebagainya.

Page 9: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

PEMELUWAP SEJUK UDARA YANG MENGGUNAKAN KIPAS

Page 10: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

PEMELUWAP SEJUK AIR

• Tiub dalam tiub• Gelung dalam sangkar• Tiub dalam sangkar

Page 11: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

• Pengaliran air dalam pemeluwap sejuk air tiub dalam tiub ada dua cara.

• Rajah 3 menunjukkan pengaliran selari di mana air dan penyejuk bermula dari atas lalu mengalir ke bawah.

• Pengaliran kedua ialah pengaliran bertentangan.• Pengaliran bertentangan pula penyejuk yang

sebelah luar mengalir ke bawah dan air yang di dalam mengalir dari bawah ke atas.

Page 12: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

• Tujuan penyejuk disalurkan di sebelah luar tiub ialah supaya penyejuk itu boleh disejukkan oleh udara sekeliling dan juga air yang mengalir dalam tiub tengah.

• Proses pemindahan haba bagi pengaliran bertentangan adalah lebih berkesan dari pengaliran selari.

• Disebabkan terdapatnya beberapa lengkungan dan sambungan maka pemeluwap sejuk air tiub dalam tiub ini mudah berlaku kebocoran.

Page 13: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

• Ianya boleh dibentuk berbagai cara dan rupa.• Lengkungan dan sambungan mestilah

dikurangkan untuk mengelak kejatuhan tekanan.

• Pemeluwap tiub dalam tiub memerlukan sebuah penerima yang berasingan untuk menyimpan penyejuk yang mengalir dari pemeluwap.

Page 14: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

• Saluran di antara pemeluwap dan penerima dibesarkan sedikit agar:

i. Penyejuk boleh mengalir dengan bebas dari pemeluwap ke penerima

ii. Wap penyejuk di penerima dapat mengalir balik ke pemeluwap dan ia akan disejukkan dan bertukar bentuk ke cecair.

Page 15: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

Page 16: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

Page 17: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

i) Tiub dalam tiub

Page 18: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

ii) Gelung dalam sangkar

• Digunakan dengan meluas pada sistem penyejukkan yang kecil.

• Bentuknya yang padat dan mempunyai dua tugas iaitu sebagai pemeluwap dan penerima.

• Air akan mengalir di dalam tiub yang bengkang-bengkok di dalam sangkar dan penyejuk akan mengisikan tempat diluar tiub tersebut.

• Pada setengahnya unit sirip dilengkapkan.

Page 19: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

ii) Gelung dalam sangkar

• Proses pemindahan haba bagi pemeluwap ini adalah yang terbaik sekali dibandingkan dengan pemeluwap sejuk air yang lain.

• Keburukkannya, ia perlu dicuci selalu dengan bahan kimia dan jika berlaku kebocoran ia sangat rumit hendak dibaiki.

Page 20: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

ii) Gelung dalam sangkar

Page 21: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

ii) Gelung dalam sangkar

Page 22: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Tiub dalam sangkar

• Skru digunakan untuk memegang kepala pemeluwap tiub dalam sangkar pada badannya.

• Air akan mengalir di dalam tiub-tiub tersebut dan penyejuk akan mengisi ruang di antara tiub dan sangkar.

• Tiub yang berisi air lama-kelamaan akan menjadi kotor disebabkan bahan-bahan yang tidak diingini ikut masuk bersama air.

Page 23: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Tiub dalam sangkar

• Untuk mendapatkan proses pemindahan yang baik daki pada tiub itu mesti dicuci.

• Untuk mencucinya, cuma tanggalkan skru dan pisahkan kepala dari badan.

• Jadi tiub-tiub dapat dicuci dengan menggunakan rotan di mana dihujungnya diikat dengan kain buruk lalu disorong dan tarik.

Page 24: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Tiub dalam sangkar

• Ini adalah satu kebaikkan bagi pemeluwap sejuk air tiub dalam sangkar dan juga air mengalir lebih daripada sekali di dalam sangkar.

• Jika daki pada tiub terlalu tebal bahan kimia boleh digunakan untuk menyuci daki tersebut.

• Semasa proses penyucian dijalankan ia tidak mengganggu langsung saluran penyejuk.

• Kosnya yang murah, mudah pula menjaganya menjadikan pemeluwap sejuk air tiub dalam sangkar ini digunakan dengan meluas sekali.

Page 25: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Tiub dalam sangkar

Page 26: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Tiub dalam sangkar

Page 27: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

iii) Tiub dalam sangkar

Page 28: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

Penerima

Page 29: S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note

TAMAT