nota sajak kasih ibu

8
NOTA SAJAK KASIH IBU PENGENALAN DEFINISI SAJAK 1. Sajak sebenarnya tidak mempunyai peraturan yang tetap 2. Bilangan rangkapnya berbagai-bagai iaitu boleh serangkap sahaja atau lebih daripada itu. 3. Banyak baris ayat pada serangkap dan bilangan perkataan dalam sebaris ayat di dalamnya juga tidak tentu. 4. Setiap sajak adalah bebas daripada sebarang peraturan dalam membentuk rangkap, menentukan baris, memilih perkataan dan pemadanan rima. BENTUK SAJAK Sesebuah sajak adalah hasil kreatif berangkap moden yang dapat di lihat bentuknya. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan melihat luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak tersebut. Aspek luaran yang perlu di kaji oleh pembaca adalah:- 1. rangkap 2. Baris 3. Sukukata 4. Rima akhir 5. Bentuk sajak : terikat / bebas 1. RANGKAP Terdapat bebeberapa istillah lain yang di gunakan selain daripada rangkap apabila membicarakan tentang sajak. Misalnya bait dan stanza. Rangkap mempunyai hubungan dengan perenggan atau paragraf tetapi ia mempunyai aturan sendiri. Sajak Kasih Ibu mempunyai 4 rangkap. 2. BARIS Ia merujuk kepada baris-baris yang terdapat dalam sesuatu rangkap. Baris-baris sajak mempunyai nama yang tertentu, iaitu :- 1. Monoton 1 baris 2. Distikon 2 baris 3. Terzina 3 baris 4. Quatrain 4 baris

Upload: mysweetypie

Post on 25-Jun-2015

2.383 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sajak Kasih Ibu

NOTA SAJAK KASIH IBU

PENGENALAN

DEFINISI SAJAK

1. Sajak sebenarnya tidak mempunyai peraturan yang tetap

2. Bilangan rangkapnya berbagai-bagai iaitu boleh serangkap sahaja atau lebih daripada itu.

3. Banyak baris ayat pada serangkap dan bilangan perkataan dalam sebaris ayat di dalamnya juga tidak tentu.

4. Setiap sajak adalah bebas daripada sebarang peraturan dalam membentuk rangkap, menentukan baris, memilih perkataan dan pemadanan rima.

BENTUK SAJAK

Sesebuah sajak adalah hasil kreatif berangkap moden yang dapat di lihat bentuknya. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan melihat luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak tersebut. Aspek luaran yang perlu di kaji oleh pembaca adalah:-

1. rangkap

2. Baris

3. Sukukata

4. Rima akhir

5. Bentuk sajak : terikat / bebas

1. RANGKAP

Terdapat bebeberapa istillah lain yang di gunakan selain daripada rangkap apabila membicarakan tentang sajak. Misalnya bait dan stanza. Rangkap mempunyai hubungan dengan perenggan atau paragraf tetapi ia mempunyai aturan sendiri. Sajak ‘Kasih Ibu’ mempunyai 4 rangkap.

2. BARIS

Ia merujuk kepada baris-baris yang terdapat dalam sesuatu rangkap. Baris-baris sajak mempunyai nama yang tertentu, iaitu :-

1. Monoton – 1 baris

Page 2: Nota Sajak Kasih Ibu

2. Distikon – 2 baris3. Terzina – 3 baris4. Quatrain – 4 baris5. Quint – 5 baris6. Sextet – 6 baris7. Septaim – 7 baris8. Oktaf – 8 baris 9. Soneta – 14 baris

Sajak Kasih Ibu mempunyai baris yang tidak sama iaitu rangkap 1, 2 & 5 mempunyai 5 baris. Manakala rangkap 3 mempunyai 4 baris. Sebagai contoh :-

1. Rangkap 3 – Quatrain (4 Baris)Tapi bila aku telah dewasaIbu sudah tidak mau bercerita Dan aku jadi lupaTentang hukuman anak derhakaaran

2.Rangkap 4 – Quint (5 Baris)Lalu semuanya bagai membebani Jauh-jauh dinihari air mata membasahi Dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri Justeru kerananya bagai mentuntuti Sebuah ungkapan yang tak beerti lagi

3. SUKUKATASukukata merujuk kepada jumlah sukukata dalam setiap baris dalam setiap rangkap. Dalam pantun dan syair terdapat antara lapan hingga 12 sukukata. Manakala dalam sajak yang berbentuk bebas tidak mempunyai sukukata yang sama. (berbeza)Sajak Kasih Ibu mengandungi jumlah suku kata yang tidak serupa dengan syair, iaitu di antara 5 sukukata hingga 16 sukukata. Misalnya :-

1. Jumlah sukukata yang paling panjang ;

La/lu /se/ka/rang /se/mu/a/nya /ba/gai /mem/be/ba/ni 15sk Ja/uh/-/ja/uh di/ni/ha/ri /a/ir /ma/ta /mem/ba/sa/hi 16skDan/ ti/tis/-/ti/tis/nya /me/re/sa/pi /na/di /sen/di/ri 15skJus/te/ru /ke/ra/na/nya /ba/gai /men/tun/tu/ti 14skSe/bu/ah /ung/ka/pan /yang /tak /be/er/ti/la/gi 13sk

2. Jumlah sukukata yang paling pendek ;

Me/mang /te/lah /la/ma /ku /fi/kir 9 sk un/tuk /ber/bak/ti 5 sk

Page 3: Nota Sajak Kasih Ibu

pa/da /i/bu /dan /si/a/pa /nan/ti 10 skA/lih/-/a/lih /ti/ba /sa/at/nya /ka/mi /men/yen/di/ri 15 sk

an/ta/ra /hi/dup /dan /ma/ti 8 sk

4. RIMARima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris bait tertentu. Rima mungkin terdapat di awal, di tengah dan di hujung. Ia memberikan rentak nada atau rntak yang menarik bagi sesebuah puisi lama mahupun puisi moden.

Rima akhir merujuk kepada bunyi suku kata akhir dalam puisi sesebuah puisi sama ada secara bertenanaan atau secara sama. Dalam Sajak Kasih Ibu, rima akhir bagi setiap rangkap adalah tidak sama / berbeza. Sebagai contoh :-

1. Rangkap 1 (a/b/b/b/b)2. Rangkap 2 (a/b/c/c)3. Rangkap 3 (a/a/a/a)4. Rangkap 4 (a/a/a/a)

5. BENTUK TERIKAT ATAU BEBAS

Bentuk terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya seperti pantun dan syair. Manakala bentuk bebas pula merujuk kepada sajak yang tidak terikat dengan pantun dan syair dan juga berbentuk eksperimen. Sajak Kasih Ibu ini mempunyai bentuk bebas dan berbentuk eksperimen.

ALIRAN

Aliran merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara keseluruhan. Ia dapat di kesan setelah kita memahami maksud dan seluruh sajak. Antara aliran yang sering kita temui adalah seperti :-

1. Didaktisisme2. Realisme3. Romantisisme4. Humanisme5. Idealisme

Sajak Kasih Ibu ini memiliki dua aliran iaitu Aliran Realisme dan Aliran Didaktisisme. Aliran Realisme merujuk kepada suatu hasil sastera yang

Page 4: Nota Sajak Kasih Ibu

mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang dapat dilihat di alam biasa atau dala kehidupan seharian. Buktinya, isu mengenai penyesalan seorang anak tidak berbakti kepada ibunya sering berlaku pada kehidupan yang benar. Aliran Didaktisisme merujuk kepada maksud untuk mendidik atau memberi panduan soal moral, etika dan keagamaan kepada masyarakat pembacanya. Buktinya, sajak ini mendidik atau mengajar manusia supaya tidak melupakan setiap jasa serta bakti yang telah ibu korbankan untuk anaknya.

CORAK

Ia dapat dikenal pasti setelah kita benar-benar membaca dan mendalaminya dengan penghayatan yang baik. Selain itu, ia juga dapat dikesan setelah seseorang dapat mengetahui maksud, persoalan dan tema. Corak yang sering kita dapat lihat adalah seperti :-

1. Satira2. Elegi3. Epigram4. Ode5. Himne

Sajak Kasih Ibu ini bercorak Elegi merujuk kepada sajak yang meratap, hiba, pilu, duka, sedih, rindu, keluh-kesah, kesal hampa dan kecewa terhadap sesuatu. Buktinya, sajak ini memperlihatkan penyesalan kerana tidak berbakti kepada Ibu

NADA

Dalam istillah Inggeris, nada merujuk kepada ‘tone’. Nada merujuk kepada ‘tone’ suara iaitu kuat atau lemah. Nada kuat dan lemah mempunyai hubungan dengan perasaan tinggi rendah dan kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sajak. Diantaranya nada yang sering diperlihatkan ialah:-

1. Protes2. Sedih3. Kecewa4. Simpati5. Rindu6. Romantis

Sajak Kasih Ibu mempunyai nada yang kecewa dan pilu. Buktinya ia memperlihatkan penyesalan seorang anak kerana tidak berbakti kepada ibunya.

Page 5: Nota Sajak Kasih Ibu

GAYA BAHASA

Gaya bahasa merujuk kepada bahasa-bahasa yang di gunakan oleh penyajak dalam menghasilkan sesebuah sajak. Ia merupakan aspek yang penting dalam memberikan keindahan dan meninggikan mutu sesebuah sajak. Gaya bahasa yang boleh diperolehi adalah seperti :-

1. Asonansi2. Anafora3. Aliterasi 4. Personafikasi5. Paradoks6. Bahasa Singkatan7. Bahasa Asing

Dalam sajak Kasih Ibu, kita boleh dapati beberapa gaya bahasa yang digunakan oleh penyajak. Di antaranya ialah:-

1. Asonansi

Ia merujuk kepada pengulangan bunyi atau huruf vokal dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berturutan. Sebagai contoh, dalam rangkap 1 baris 1 dan 4 ada pengulangan vokal ‘a’ dan ‘i’ :-

Memang telah lama ku fikir Untuk berbakti

Pada ibu dan siapa nantiAlih-alih tiba saatnya kami menyendiri

Antara hidup dan mati

2. Aliterasi

Ia Menekankan pengulangan bunyi dan huruf konsonan dalam satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih. Misalnya, dalam rangkap 2 baris 2 terdapat pengulangan konsonan ‘n’ :-

Sejak kecil lagi pun aku di ajari Tentang anak-anak yang salat

Balasannya adalah syurga Bersama ibu yang tercinta

Dan para syuhada

Page 6: Nota Sajak Kasih Ibu

3. Simbol Simbol merujuk kepada kata-kata yang di pilih memberi erti yang lain di sebaliknya. Ia juga dikenali sebagai lambang. Sebagai contoh, rangkap 2 baris 2 iaitu syurga merujuk kepada kebahagian dan balasan baik di hari akhirat. Rangkap 2 baris 4 iaitu para syuhada merujuk kepada pejuang syahid.

Sejak kecil lagi pun aku di ajari Tentang anak-anak yang salat Balasannya adalah syurga Bersama ibu yang tercintaDan para syuhada

4. GandaanIa merupakan kata-kata yang berganda atau berulang-ulang. Misalnya, rangkap 4 baris 2 iaitu ‘jauh-jauh’.

Lalu sekarang semuanya bagai membebaniJauh-jauh dinihari air mata membasahiDan titis-titisnya meresapi nadi sendiriJusteru kerananya bagai mentuntutiSebuah ungkapan yang tak beerti lagi

5. SingkatanSingkatan juga di sebut sebagai sinkop dalam istillah puisi. Istillah ini merujuk kepada perkataan-perkataan yang sengaja di singkatkan oleh penyajak supaya lebih ekonomis dan indah di dengar oleh pembaca. Sebagai contoh, rangkap 3 baris 2 iaitu ‘mau’ (mahu).

Tapi bila aku telah dewasaIbu sudah tidak mau bercerita Dan aku jadi lupaTentang hukuman anak derhakaaran

6. ParadoksIa merupakan frasa dalam baris-baris sajak yang mengambarkan ciri-ciri berlaanan khususnya dari segi maksud. Ia juga terdapat unsur pertentangan dari aspek keadaan atau situasi. Misalnya, dalam rangkap 1 baris 5 iaitu “antara hidup dan mati’.

Memang telah lama ku fikir

Page 7: Nota Sajak Kasih Ibu

untuk berbakti pada ibu dan siapa nantiAlih-alih tiba saatnya kami menyendiri

antara hidup dan mati

MAKSUD

Maksud merujuk kepada pemberian pengertian atau isi yang ingin di sampaikan dalam sesebuah sajak. Pemberian maksud ini boleh dilakukan dalam setiap rangkap dalam sesebuah sajak. Sebagai contoh :-

1. Rangkap 1 – kesedaran seorang anak untuk berbakti kepada ibu sejak dahulu lagi tetapi tidak kesampaian kerana kesibukan serta tanggungjawab berumah tangga.

2. Rangkap 2 – sejak kecil lagi, ibu telah mendidik anak iaitu dengan memberikan pendidikan agama yang sempurna seperti sembahyang 5 waktu supaya menjadi orang berguna di dunia dan di akhirat.

3. Rangkap 3 – apabila anak telah berjaya dalam kehidupan serta mempunyai tanggungjawab berumah tangga, ia mudah melupakan segala jasa serta pengorbanan seorang ibu. ibu sudah tidak lagi mendidik anaknya kerana keadaannya yang uzur.

4. Rangkap 4 – seorang anak menyesal kerana tidak mengikut segala nasihat dan ajaran seorang ibu yang telah tidak ada lagi di dunia dan ia hanya tinggal kenangan.

TEMA DAN PERSOALAN

1. Persoalan

Ia merujuk kepada isu yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Persoalan sajak Kasih Ibu adalah :-

1. Rangkap 1 – Kesedaran.

2. Rangkap 2 – Pendidikan.

3. Rangkap 3 – Kehidupan.

4. Rangkap 4 – Penyesalan.

Page 8: Nota Sajak Kasih Ibu

2. Tema

Untuk memperolehi tema, biasanya perlulah melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang telah dinyatakan. Biasanya salah satu daripada persoalan dapat dijadikan sebagai tema sajak. Tema sajak Kasih Ibu adalah kasih terhadap ibu dan penyesalan (anaka yang menyesal kerana tidak mengikut kata ibu dan tidak menghiraukan ibunya)

PENGAJARAN

Ia merujuk kepada nasihat atau mesej yang ingin di sampaikan oleh

penyajak kepada para pembaca. Di antara pengajaran sajak Kasih Ibu

adalah :-

1. Jangan menderhaka kepada ibu2. Jangan mementingkan diri sehingga lupakan akan tanggungjawab

sebagai seorang anak.3. Kita hendaklah berbakti kepada ibu.4. Kita perlu menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.5. Nasihat serta ajaran ibu hendaklah dipatuhi kerana ia amat berguna di

dunia dan akhirat