nota rujukan sajak tiba waktunya

4
8/20/2019 Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya http://slidepdf.com/reader/full/nota-rujukan-sajak-tiba-waktunya 1/4

Upload: stam

Post on 07-Aug-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

8/20/2019 Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

http://slidepdf.com/reader/full/nota-rujukan-sajak-tiba-waktunya 1/4

Page 2: Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

8/20/2019 Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

http://slidepdf.com/reader/full/nota-rujukan-sajak-tiba-waktunya 2/4

 

1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden.

2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.

3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.

4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

1. Terdiri daripada enam rangkap.

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap keduamengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempatmengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhirmengandungi dua baris.

3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.

4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.

5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa. 

6. Sajak ini berbentuk bebas.

Patriotik

1. Pemilihan kata atau diksinya indah.Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau

Persoalan

Bentuk

Nada

Gaya bahasa

Page 3: Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

8/20/2019 Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

http://slidepdf.com/reader/full/nota-rujukan-sajak-tiba-waktunya 3/4

 

2. Kata ganda.Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.

3. Aliterasi :pengulangan konsonan n  Contoh : merebut tun as-tun as harapan  yan g hijau

4.  Asonansi :pengulangan vokal u  Contoh :dari pu tik dan pu c u k berembu n kemilau  

5. Sinkope.Contoh : kau tanya

6. Hiperbola.Contoh : angin musim semakin deras  dan ganas

7. MetaforaContoh : tunas-tunas harapan

8. Imajan / simbolik.Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)

9. InversiContoh : usah kau tanya persoalan dilemma

1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalampelbagai bidanguntuk pembangunan negara.

2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.

3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arusperdana dalam hidup.

4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapaimatlamat hidup.

Nilai

Page 4: Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

8/20/2019 Nota Rujukan Sajak Tiba Waktunya

http://slidepdf.com/reader/full/nota-rujukan-sajak-tiba-waktunya 4/4

 

1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan dirisendiri.

2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.

3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.

4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan

mental dan fizikal.

Soalan

1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Tiba Waktunya.

2. Nyatakan dua nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini.

Jawapan:

1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah gaya bahasa imajan/simbolikcontohnya persada dunia yang menjadi simbolik kepada puncak kejayaan dan juga gayabahasa inverse iaitu usah kautanya persoalan dilemma.

2. Antara nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini ialah nilai keberanian iaitu wanita perluberani melibatkan diri dalam pembangunan negara. Selain itu nilai kecekalan juga harusada dalam diri wanita kerana ia penting untuk mencapai kejayan dalam sesuatu bidang. 

Pengajaran