nota rekreasi

9
.1.1 Definisi dan Konsep Rekreasi adalah penting di dalam kehidupan seseorang. Tetapi adakah anda benar- benar faham mengenai pengertian dan konsep rekreasi? Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Pengertian perkataan rekreasi dan masa lapang mestilah difahami supaya tidak ada kekeliruan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini mempunyai pertalian iaitu rekreasi selalunya dibuat pada masa lapang. Justeru itu dalam menuju ke arah gaya hidup sihat seseorang itu mestilah pandai membahagikan masa supaya masa untuk berekreasi wujud. Rekreasi terbahagi kepada dua jenis iaitu: (a) Rekreasi Aktif

Upload: hidayah-musa

Post on 08-Aug-2015

71 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Rekreasi

.1.1 Definisi dan Konsep

Rekreasi adalah penting di dalam kehidupan seseorang. Tetapi adakah anda benar-

benar faham mengenai pengertian dan konsep rekreasi? Perkataan rekreasi berasal

daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen,

1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan

rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu

(apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai

institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses

(apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana

rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi

merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan

mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai

perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta

kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai

pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain

rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh

dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak

utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam

kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh

didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri.

Pengertian perkataan rekreasi dan masa lapang mestilah difahami supaya tidak ada

kekeliruan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini

mempunyai pertalian iaitu rekreasi selalunya dibuat pada masa lapang. Justeru itu

dalam menuju ke arah gaya hidup sihat seseorang itu mestilah pandai

membahagikan masa supaya masa untuk berekreasi wujud. Rekreasi terbahagi

kepada dua jenis iaitu:

(a) Rekreasi Aktif

(b) Rekreasi Pasif

Soalan :

1. Apakah yang anda faham mengenai rekreasi?

2. Kenapa rekreasi sangat penting dalam gaya hidup sihat?

Page 2: Nota Rekreasi

1.2 REKREASI AKTIF

Semasa Revolusi Industri berlaku pada era 1970-an, pekerjaan di United Kingdom

lebih tertumpu kepada sektor perkilangan. Walau bagaimanapun pada 1980-an,

terdapat suatu pergerakan yang menjurus ke arah dasar ekonomi perkhidmatan di

UK, di mana orang kurang lagi aktif di tempat kerja. Hasilnya, semakin ramai pekerja

mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi.

Fenomena ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dan sejak akhir-akhir ini

timbul pula aktiviti yang luar biasa dan berbahaya seperti bungee jumping.

1.2.1 Ciri-ciri Rekreasi Aktif

Rekreasi aktif banyak melibatkan aktiviti fizikal (Rajah 6.1). Pada zaman ini, ramai

orang lebih cenderung melakukan rekreasi aktif. Ini kerana ia memberikan

pengalaman, cabaran dan keseronokan kepada individu. Berikut ialah ciri-ciri

rekreasi aktif:

(a) Kegiatan sukan, sama ada sebagai pemain atau penonton – golf, bola sepak,

berenang, bermain tenis, boling, gimnastik.

(b) Rekreasi luar – suka membawa kereta, bersiar di tepi pantai, berjalan atau

berkelah.

(c) Melancong lebih dari satu malam – membuat perjalanan yang jauh, lawatan, cuti

hujung minggu dan bercuti.

1.2.2 Aktiviti-aktiviti Aktif

Pada masa ini anda mungkin sudah mendapat gambaran mengenai aktiviti-aktiviti

rekreasi aktif. Seperti yang anda ketahui, aktiviti-aktiviti rekreasi aktif banyak

melibatkan kegunaan fizikal berbanding rekreasi pasif. Dengan erti kata lain,

rekreasi aktif menggunakan lebih tenaga.

Page 3: Nota Rekreasi

Soalan :

Apakah ciri-ciri rekreasi dan aktiviti-aktiviti yang paling disukai orang ramai pada

masa kini? Sokong hujah anda dengan menyatakan sebabnya.

1.2.3 Sumbangan kepada Gaya Hidup Sihat

Rekreasi juga merupakan satu senaman. Oleh itu kebaikan atau sumbangannya

terhadap gaya hidup adalah amat besar kerana dengan berekreasi, anggota tubuh

badan kita sentiasa bergerak. Secara tidak langsung ia menyebabkan badan anda

berpeluh, membakar kalori dan mengurangkan lemak yang berlebihan di dalam

badan. Rekreasi aktif banyak menyumbang kepada kesihatan fizikal kerana ia

melibatkan aktiviti-aktiviti permainan. Selain itu rekreasi aktif juga boleh

meningkatkan stamina anda. Ini kerana kebanyakan rekreasi aktif menggunakan

ketahanan kardiovaskular atau aerobik. Contohnya, jika anda selalu berjoging atau

berjalan kaki dengan masa dan kaedah yang betul bukan sahaja stamina anda yang

meningkat tetapi juga tahap kesihatan anda. Rekreasi aktif juga dapat membantu

dari segi emosi. Apabila anda melakukan perkara-perkara yang anda gemar seperti

bermain bola sepak bersama-sama rakan, anda akan berasa gembira. Hasilnya,

anda juga akan berasa ceria dan tenang menempuh rutin harian. Semangat

kerjasama sesama sendiri juga wujud di dalam rekreasi aktif. Contohnya bila anda

menyertai perlawanan bola jaring atau futsal, kerjasama antara rakan sepasukan

adalah penting selain daripada kemahiran dan kecergasan. Ini kerana ia membentuk

satu pemahaman yang mantap apabila anda bermain dan merupakan faktor utama

memenangi sesuatu perlawanan.

Page 4: Nota Rekreasi

1.3 REKREASI PASIF

Walaupun pada masa kini rekreasi aktif menjadi pilihan orang ramai, masih terdapat

lagi ruang untuk rekreasi pasif. Sekali lagi, corak kerja di sesuatu negara memberi

kesan kepada aktiviti masa lapang. Semasa era 1970an, ekonomi UK dilihat sebagai

‘orang sakit di Eropah’. Ia merosakkan disebabkan tidak efektif, perhubungan

industri yang tidak baik dan kejatuhan produktiviti. Sejak pada masa itu ekonomi UK

telah melalui transformasi yang dramatik dan banyak penyakit lampau telah dapat

diubati. Namun begitu, perubahan ini bermakna ramai orang sekarang bekerja

dengan bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan tekanan di tempat kerja. Bagi

golongan ini, rekreasi pasif seperti membaca atau mendengar muzik adalah cara

terbaik menghilangkan stres dan tekanan kerja. Selalunya terdapat masalah untuk

membezakan kegiatan aktif dan kegiatan masa lapang, dan dalam kebanyakan kes,

orang lebih gemar menggabungkan kedua-duanya. Justeru itu, sesetengah orang

akan membahagikan masa lapang mereka kepada aktiviti yang dilakukan di dalam

dan di luar rumah.

1.3.1 Ciri-ciri Rekreasi Pasif

Secara dasarnya konsep rekreasi adalah sama, iaitu melakukan aktiviti yang anda

suka pada waktu lapang. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di antara

rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Antara perbezaan ketara di antara kedua-dua

rekreasi ini ialah dari segi aktiviti. Rekreasi aktif banyak melibatkan tenaga dan

fizikal seperti bermain bola dan mendaki gunung. Manakala, rekreasi pasif berlainan

kerana ia kurang menggunakan tenaga atau kekuatan fizikal berbanding rekreasi

aktif. Ia lebih kepada kaedah relaksasi yang boleh menghiburkan mereka dari segi

emosi dan psikologi.

Page 5: Nota Rekreasi

Antara ciri-ciri rekreasi pasif adalah:

(a) Aktiviti yang dibuat di rumah – menonton TV, membaca, mendengar muzik,

bercucuk tanam dan melakukan hobi lain.

(b) Aktiviti berunsur sosial yang tinggi – menghibur atau melayan kawan atau

saudara, makan di luar dan menghadiri majlis keramaian.

(c) Aktiviti kebudayaan, pembelajaran dan minat kepada perkara-perkara artistik –

pergi teater, konsert, pameran dan muzium.

1.3.2 Aktiviti-aktiviti Pasif

Aktiviti-aktiviti rekreasi pasif mempunyai perbezaan dengan rekreasi aktif di mana ia

banyak melibatkan aktiviti relaksasi. Pada zaman sekarang, kebanyakan orang lebih

suka berekreasi pasif dengan menonton televisyen atau mendengar radio.

Berdasarkan statistik aktiviti-aktiviti rekreasi di Amerika dari tahun 1987 ke 1996,

kemunculan teknologi seperti televisyen dan radio memberi impak yang ketara

dalam cara mereka menghabiskan masa lapang mereka.

1.3.3 Sumbangan kepada Gaya Hidup Sihat

Seperti yang anda sudah ketahui rekreasi pasif tidak banyak menggunakan tenaga

seperti rekreasi aktif. Namun begitu ia tetap memberi kebaikan atau sumbangan

kepada gaya hidup sihat. Rekreasi pasif adalah penting di dalam gaya hidup sihat

kerana ia memberikan keseronokan atau hiburan kepada seseorang dari segi

psikologi. Apabila anda berasa ceria atau seronok, anda akan bertambah sihat. Ini

disebabkan jiwa anda lebih tenang dan tidak mengalami tekanan. Cara terbaik

memulihkan seseorang yang menghadapi tekanan atau stres ialah dengan

Page 6: Nota Rekreasi

menenangkan mereka dengan relaksasi, keseronokan, kegembiraan dan hiburan.

Rekreasi pasif juga memupuk semangat perpaduan kerana ia menggalakkan

pergaulan dengan orang ramai. Selain itu, ia juga boleh merapatkan perhubungan

sosial anda dengan keluarga, rakan dan masyarakat.

Walaupun rekreasi pasif tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti rekreasi

aktif, ini tidak bermakna ia tidak baik. Sebagai contohnya bercucuk tanam juga

adalah rekreasi pasif, tetapi ia tetap mengeluarkan peluh. Dengan erti kata lain ia

juga memberi sumbangan yang sama iaitu meningkatkan kesihatan. Namun jika

anda selalu menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau mendengar

radio tanpa melakukan pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh, ini tidak baik

untuk kesihatan. Ia boleh menambahkan lemak berlebihan serta meningkatkan

kolesterol dalam badan anda dan seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-

penyakit yang berbahaya. Oleh itu anda bukan sahaja perlu menjaga pemakanan

atau kesihatan dengan bersenam, tetapi anda juga mesti menjaga mental dan emosi

anda sekali. Apabila kesemua ini dapat diseimbangkan, hidup anda akan menjadi

lebih sihat, ceria dan cergas.

1.4 LANGKAH-LANGKAH DAN PROSEDUR KESELAMATAN SEWAKTU

BEREKREASI

Seperti yang anda ketahui rekreasi biasanya melibatkan aktiviti fizikal seperti

bermain, melakukan senaman, mendaki gunung dan sebagainya. Aktiviti sedemikian

mungkin boleh mendedahkan seseorang kepada risiko yang tidak diingini seperti

kecederaan atau masalah kesihatan. Ini bukan kerana aktiviti itu berbahaya tetapi

disebabkan oleh kecuaian manusia. Oleh yang demikian langkah-langkah dan

prosedur keselamatan amat penting bagi mengelak kejadian tidak diingini dari

berlaku.

Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang harus anda patuhi semasa

berekreasi:

(a) Pakai pakaian yang sesuai.

(b) Anda mesti mengetahui tahap kesihatan anda sebelum menyertai aktiviti-aktiviti

sebegini.

(c) Pastikan kelengkapan atau peralatan yang digunakan mencukupi.

(d) Pastikan peralatan atau kemudahan yang digunakan selamat dipakai.

Page 7: Nota Rekreasi

(e) Pastikan keadaan persekitaran selamat.

(f) Sediakan peti kecemasan dan catatkan nombor ambulans.

(g) Sentiasa ikut peraturan yang disediakan.

Soalan :

Bolehkah anda fikirkan langkah-langkah keselamatan lain yang patut anda ambil jika

anda hendak berkhemah di dalam hutan? Bincang bersama pensyarah dan rakan

sekelas anda.

RUMUSAN

Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti

penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain, rekreasi membawa

maksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang.

Rekreasi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang,

menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial.

Semasa melakukan aktiviti fizikal seperti bermain, bersenam dan mendaki gunung,

ada kemungkinan kita berhadapan dengan risiko yang tidak diingini.

Rekreasi aktif banyak melibatkan aktiviti fizikal.

Rekreasi pasif berlainan kerana ia kurang menggunakan tenaga atau kekuatan

fizikal berbanding dengan rekreasi aktif. Ia lebih bersifat relaksasi dari segi emosi

dan psikologi.

Bila berekreasi, anggota tubuh badan kita bergerak. Secara tidak langsung ia

membuat badan anda berpeluh.

Cara terbaik memulihkan seseorang yang menghadapi tekanan atau stres ialah

dengan menenangkan fikiran melalui relaksasi, keseronokan, kegembiraan dan

hiburan.

Selain itu, rekreasi aktif juga boleh meningkatkan stamina