nota pra 3113

12
Tujuan pentaksiran di prasekolah adalah untuk : • menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama • membuat keputusan penempatan • membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran • membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran kurikulum • menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa • menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Menurut Beaty (1992) pula, mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, salah satu tugas utama guru prasekolah adalah mengenal pasti tahap perkembangan setiap kanak-kanak kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya dapat dilakukan. Ini adalah kerana, setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain dan kadang-kala memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut keperluan kanak-kanak berkenaan. Dengan ini, hasil dari penilaian mengenai tahap perkembangan kanak-kanak dapat memberikan maklumat tentang minat, kehendak, serta keperluan mereka untuk dijadikan sandaran dalam merancang objektif dan strategi pengajaran pada masa akan datang. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai ditahap pendidikan prasekolah kanak-kanak. Sebaliknya, pendidik dan pentadbir pendidikan awal kanak-kanak perlu mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan penilaian autentik. Tujuan Penggunaan Pentaksiran Autentik Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu,maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui. Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan. Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pentaksiran autentik - bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Upload: vivian-wong-ching-yee

Post on 28-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pra 3113

Tujuan pentaksiran di prasekolah adalah untuk :• menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama • membuat keputusan penempatan • membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran • membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran kurikulum • menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa • menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

Menurut Beaty (1992) pula, mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, salah satu tugas utama guru prasekolah adalah mengenal pasti tahap perkembangan setiap kanak-kanak kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya dapat dilakukan. Ini adalah kerana, setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain dan kadang-kala memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut keperluan kanak-kanak berkenaan. Dengan ini, hasil dari penilaian mengenai tahap perkembangan kanak-kanak dapat memberikan maklumat tentang minat, kehendak, serta keperluan mereka untuk dijadikan sandaran dalam merancang objektif dan strategi pengajaran pada masa akan datang. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai ditahap pendidikan prasekolah kanak-kanak. Sebaliknya, pendidik dan pentadbir pendidikan awal kanak-kanak perlu

mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan penilaian autentik.

Tujuan Penggunaan Pentaksiran Autentik

Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu,maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui. Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan. Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Pentaksiran autentik

- bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

- meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam,penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

- suatu proses melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

- amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri.

- melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan.

Page 2: Nota Pra 3113

Kepentingan Pentaksiran Autentik

- memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka

- tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja.- Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk

menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.

- subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukanhanya tertakluk kepada ujian semata-mata.

- Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.

- menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna- menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran

(contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

- memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritisdari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan

- merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar

- mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak khususnya kerana jenis sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran.

- Melalui laporan pentaksiran autentik, dapat membantu guru memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

- Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan- Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya- Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi- Subjek membina maksud yang tersirat- Berpusatkan kanak-kanak

Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?

· Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna. Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet. Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara.

Page 3: Nota Pra 3113

· Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.

· Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali.

· Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.

· Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan.

Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester. Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa. Penilaian berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.

Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.

Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Page 4: Nota Pra 3113

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan danpencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan muridberdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaanSkala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkahlaku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdotditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif.

Page 5: Nota Pra 3113

Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

Tindakan Susulan

Tindakan susulan dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

Aktiviti Pemulihan

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran

Page 6: Nota Pra 3113

diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web.

PENGAJARAN MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK KANAK-KANAK

Muzik ialah satu cabang seni dan aspek yang penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud.

Oleh itu, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Guru juga hendaklah memberi insentif kepada pelajar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan supaya daya kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan.

Pengajaran lagu, pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti:

a. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak fasa demi fasa.

Page 7: Nota Pra 3113

b. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak lengkapc. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak daripada rakaman.

PENGAJARAN KRAFTANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, capan, titisan, renjisan, pericikan, lukisan, catan , cetakan, tiupan, resis, guntingan, pualaman, lipatan dan kolaj. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, kolaj, stensilan, montaj, catan, resis, gosokan, cetakan, percikan, mozek, gurisan dan capan. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka, origamni, mobail, stabil, model dan diorama.

Contohnya, kolaj adalah kraf 2D yang boleh dibuat dengan menggunakan perca kain, kertas warna, keratin akhbar, kepingan besi, dan bahan-bahan alam seperti rempah ratus, daun dan ranting. Kolaj mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Membuat kolaj memerlukan kesabaran dan ketelitian serta memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya.

Boneka adalah objek-objek yang diukur untuk mewakili watak-watak cerita. Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan kemahiran intrapersonal, kreativiti, bahasa, daya pemikiran dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Boneka boleh dibuat dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil karya masing-masing.

AKTIVITI BERMAIN

    Bermain ialah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri.

      Bermain dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memupuk rasa kegembiraan di yang boleh mempengaruhi kanak-kanak terbabit untuk berimaginasi, berkongsi, bergaul, berfantasi, berkomunikasi, bersosial dan berfikir di dalam pembelajaran.

   Satu permainan yang menyeronok dapat memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak ialah permainan lego. Untuk menyiapkan sesuatu model lego, kita amat memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang maksima. Secara jelasnya, kanak-kanak akan cuba mengimaginasi bentuk model dengan idea mereka sendiri sebelum membuatnya dengan sempurna. Dalam proses menyiapkan model ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang mereka mahu, mereka akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak-kanak bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi

Page 8: Nota Pra 3113

kemahiran kognitif .

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:a) Ulangan (repetition)Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

b) Gantian (substitute)Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

c) Tambahan (insertion)Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlakuseperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak’.

d) Pembalikan (reversals)Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ;

”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal hurufMasalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan menekasahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainanmakna.

g) Salah sebutanSalah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atautidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataantidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

1. Kaedah Abjad/hurufKaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Page 9: Nota Pra 3113

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - zMemperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, uMenggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, buMembentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batuSeterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

2. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh PerkataanKaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. 

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

3. Kaedah Fonik/bunyiKaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ][ t ] + [ a ] = [ ta ][ ba ] + [ta ] = [ bata ]

4. Kaedah FernaldKaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran

Page 10: Nota Pra 3113

berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, daniv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.