pengurusan pra

28
LAMPIRAN 1 PRESCH OOL LITTLE CALIPH Pemimp in Masa Hadapan

Upload: mazaz26

Post on 09-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dapur, pelan lantai, kokurikulum, keselamatan dan kesihatan

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 1PRESCHOOL

LITTLE CALIPH Pemimpin Masa Hadapan

LAMPIRAN 1

PELAN LUAR PRASEKOLAH

PELAN DALAM PRASEKOLAH

LAMPIRAN 2

MATLAMATPendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIFKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

i. Membina kecergasan badan.ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.vi. Mempunyai kematangan emosi.vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.x. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.xii. Mengamalkan nilai murni.xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetikaxix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

FOKUSPendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

ORGANISASI KURIKULUMKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk Rajah 1). Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

1. Tunjang KomunikasiTunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan NilaiTunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.Pendidikan IslamPendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan MoralPendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

3. Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan SosioemosiPendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

4. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan KesihatanKanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekanan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangan KreativitiPerkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya.Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

5. Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains dan Awal Matematik

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal SainsAwal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal MatematikAwal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

6. Tunjang KemanusiaanTunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

Modul Asas dan Modul BertemaPendidikan prasekolah dilaksanakan melalui modul asas dan modul bertema.

Modul AsasModul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina(untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), BahasaTamil(untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa murid beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Aktiviti Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4 M.

Modul BertemaPengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut: Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri saya adalah Sekolah saya, Kawan saya, Keluarga saya. Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara saya adalah Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik tradisional. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan adalah Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah Cuaca.

Aktiviti rutinAktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

REKABENTUK KURIKULUMDua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Kurikulum Berasaskan StandardKurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk ModularKurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

Modul AsasModul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini.

Modul BertemaModul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.Teori Pembelajaran yang dijadikan fokusKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:1. Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.2. Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.3. Perbezaan individu dibenarkan.4. Murid belajar mengikut kadar sendiri.5. Guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman seharian murid.

LAMPIRAN 3PERMAKANAN

Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut : Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkan pengambilan kolesterol secara berlebihan dengan cara memberi kanak-kanak telur tidak lebih satu biji satu hari secara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam seminggu; Lebihkan makan sayursayuran dan buahbuahan kerana makanan ini kurang mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zatzat yang sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun penyakit kronik; Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin. Cara mengurangkan penggunaan garam ialah : i) Gunakan sedikit sahaja garam di dalam masakan; danii) Elakkan pengunaan MSG (Monosodium Glutamate). iii) Minum banyak air kosong.

CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA

Semasa hendak menyediakan makanan pastikan :

1. Tangan dibasuh terlebih dahulu; 2. Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan;3. Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih; 4. Sayuran dan buahbuahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong; 5. Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup;6. Bersihkan ruang memasak; 7. Sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat; 8. Semasa memasak, pastikan anda berada dalam keadaan bersih.

Cara Menyediakan Makanan Bagi Mengekalkan Khasiatnya :

1. Jangan potong terlalu kecil; 2. Mesti dipotong sejurus sebelum dimasak; 3. Ayam dan daging dipotong sederhana besar; 4. Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya; 5. Tutup periuk atau kuali semasa memasak; 6. Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.

Penjagaan Kebersihan Dan Suasana Semasa Makan :

1. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan; 2. Peralatan yang digunakan hendaklah bersih; 3. Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi peralatan dan makanan; 4. Ruang makanan hendaklah kemas dan bersih; 5. Galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan; 6. Semasa makan, Guru hendaklah sentiasa bersama kanak-kanak; 7. Berbual dengan kanak-kanak tentang jenis dan khasiat makanan yang dimakannya; 8. Selepas makan, galakkan kanakkanak menggosok gigi.

PANDUAN PEMILIHAN MAKANAN SEIMBANG

1. Makanan berkhasiat yang dipilih perlu berasaskan pemilihan makanan pelbagai berasaskan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama makanan :a. Bijirin; b. Sayur-sayuran dan buah-buahan;c. Daging; d. Susu atau hasil tenusu; dan e. Lemak dan gula.

2. Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut :a. Metabolisme tenaga; b. Petumbuhan Otot; c. Pembentukan Darah; d. Pembentukan Tulang;e. Perkembangan Otak. (untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembahagian-pembahagian menu ini, sila lihat contoh menu yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN1. Pemantauan oleh pengetua sekolah setiap hari.2. Jabatan Kesihatan melakukan permantawan setiap bulan.3. Pembersihan kawasn dapur dilakukan setiap hari dan akan dipantau oleh pengetua sekolah.

PENGANGKUTAN

1.Ibubapa / penjaga yang memerlukan pengangkutan untuk pelajar boleh berhubung terus dengan pihak berkenaan dan hendaklah memaklumkan kepada pihak Tadika syarikat bas yang dibenar untuk megambil pelajar tersebut.

2.Segala bayaran dan urusan perkhidmatan pengangkutan adalah diluar tanggungjawab Tadika. Ibubapa / penjaga diminta berhubung sendiri dengan syarikat bas tersebut sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah

LAMPIRAN 4KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

KESIHATAN PELAJAR

1.Ibubapa / penjaga pelajar hendaklah memastikan bahawa pelajar dalam keadaaan sihat ketika hadir ke Tadika.

2.Pelajar yang mengalami penyakit berjangkit seperti demam campak, sakit mata, gegatal, TIDAK DIBENARKAN hadir ke Tadika bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh pelajar lain.

3.Pelajar yang mengalami deman ringan, selsema dan sakit ringan yang tidak berjangkit TIDAK DIGALAKKAN hadir ke Tadika.

4.Pihak Tadika TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan untuk memberi ubat kepada pelajar sekiranya diarah berbuat demikian oleh ibubapa / penjaga. Ini adalah bagi mengelakkan kesilapan memberi ubat.

TATATERTIB DAN KESOPANAN

1.Pelajar dilarang memakai barang kemas atau barang berharga. Pihak Tadika tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang kemas atau barang berharga tersebut hilang di Tadika .

2.Pelajar dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang membahaya ke Tadika.

3.Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas. Manakala pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas rambutnya terutama semasa menjalankan aktiviti sukan.

4.Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan tadika & taska TIDAK DIBENARKAN dibawa pulang oleh pelajar tanpa kebenaran terlebih dahulu.

5.Untuk memastikan pembelajaran pelajar tidak terganggu, Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN berada di Tadika semasa sesi pembelajaran dijalankan tanpa mendapat keizinan daripada pihak Tadika terlebih dahulu.

INSURAN KEMALANGAN

1.Semua pelajar Tadika yang berumur 3 tahun keatas diwajibkan mengambil Takaful Perlindungan Kemalangan yang disediakan oleh pihak Tadika.

2.Ibubapa / penjaga pelajar hendaklah menyerahkan salinan fotostat surat beranak atau My Kid pelajar kepada pihak Tadika untuk membolehkan pihak Tadika membuat pendaftaran Takaful secepat mungkin.

14.LAIN-LAIN

1.Pihak Tadika berhak dan berkuasa memberhentikan atau menggantung pelajar sekiranya didapati pelajar atau ibubapa / penjaga gagal dan/atau TIDAK MEMATUHI peraturan-peraturan Tadika.

2.Ibubapa / penjaga bertanggungjawab membayar kerosakan harta benda Tadika sekiranya kerosakan tersebut disebabkan oleh anak-anak mereka.

3.Pihak Tadika berhak menggubal, menambah dan memperbaharui peraturan-peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada ibubapa / penjaga perubahan tersebut melalui Surat Pekeling

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti berikut:1. Jangan menyentuh soket elektrik dan jangan bermain dengan benda-benda tajam2. Jangan biar anak bersendirian terlalu lama. Walaupun anda sangat sibuk, pastikan anda sentiasa tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak dan di mana dia berada.3. Pastikan ubat-ubatan diletakkan di tempat yang tidak mudah tercapai oleh kanak-kanak4. Jangan biarkan anak-anak berlari di dalam rumah atau di ruang prasekolah dengan memakai stoking5. Pastikan terdapat nombor telefon kecemasan dan diletakkan di sebelah telefon.6. Jangan letak pokok atau pasu bunga yang beracun di dalam ruang tamu atau ruang pembelajaran prasekolah.7. Jika meja mempunyai sisi yang tajam dan anak boleh terhantuk padanya, pasangkan pelapik sudut plastik.8. Pastikan pintu depan ditutup rapat supaya anak tidak boleh membuka pintu dan keluar ke jalan raya.9. Susun rapi alat permainan kanak-kanak.

Peraturan di dapur

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti berikut:1. Tanggalkan plag perkakas elektrik supaya anak-anak tidak dapat memasangnya.2. Letak pisau dan garpu di tempat yang selamat.3. Bersihkan mangkuk haiwan peliharaan dan simpan di tempat yang selamat.4. Jangan letak perkakas yang berisi minyak panas atau air panas di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.5. Simpan mancis atau pemetik api di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.6. Pastikan lantai dapur sentiasa kering dan tidak berminyak.7. Sediakan pemadam api8. Engselkan pintu ayun semasa anak berada di dapur. Anak boleh tersepit jari atau terhantuk.9. Jangan simpan makanan dalam tin yang telah dibuka di dalam peti sejuk. simpan baki makanan di dalam bekas yang bersih.

Keselamatan di tandas

Kanak-kanak mudah terjatuh di dalam bilik air. Terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk bagi memastikan keselamatan anak di dalam bilik air.1. Gunakan kabinet ubat yang boleh dikunci.2. Gunakan alas kaki yang tidak tergelincir.3. Simpan kosmetik di tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak terutama jenis aerosol.4. Simpan bahan pencuci dan berus tandas di dalam kabinet yang berkunci. Jangan letak di belakang tandas.5. Jangan biar anak bermain dengan air, baldi, singki dan lain-lain.6. Jangan biar anak bermain shampu, sabun, serbuk pencuci dan kertas tisu

Keselamatan di luar kelas

Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar. Aktiviti luar ialah aktiviti yang paling diminati oleh kanak-kanak prasekolah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak bersukan atau ketika bermain di taman permainan ialah:1. Pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin dan memakai seluar sukan yang sesuai.2. Tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak tidak cedera jika terjatuh.3. Alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.4. Jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir. Ini kerana pasir boleh mencalarkan mata.5. Semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak6. Ruang di luar prasekolah harus dipagar.7. Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.8. Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain.9. Rumput mestilah dipotong pendek.10. Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.11. Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.12. Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos, lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya13. Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi kanak-kanak prasekolah.14. Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan sebagainya.15. Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.16. Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik, terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.17. Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran dengan segera.18. Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika ada yang terperangkap.19. Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali. Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak dikenali