buku panduan pra

103
DRAF GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH DI LUAR PREMIS (KOMPLEKS PRASEKOLAH, PUSAT-PUSAT KOMUNITI, RUMAH PANJANG, RUMAH KEDAI, BANGUNAN KHAS, SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK) 1

Upload: ramlan-jusoh

Post on 05-Jul-2015

3.490 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Pra

DRAF GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH DI LUAR PREMIS(KOMPLEKS PRASEKOLAH, PUSAT-PUSAT KOMUNITI, RUMAH PANJANG, RUMAH KEDAI,

BANGUNAN KHAS, SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK)

1. Latar Belakang

1.1 Lokasi Prasekolah

1

Page 2: Buku Panduan Pra

Kompleks Prasekolah Merujuk kepada pembinaan sebuah bangunan khas yang mempunyai lebih daripada satu buah kelas prasekolah,permintaan tinggi , tidak ada agensi pelaksana lain dan diurus selia oleh guru besar sekolah berhampiran.

(Punca Kuasa.)

Bangunan KhasMerujuk kepada pembinaan sebuah bangunan khas yang mempunyai sebuah kelas prasekolah, permintaan melebihi 10 orang murid, tidak ada agensi pelaksana lain dan diurus selia oleh guru besar sekolah berhampiran

Pusat KomunitiMerujuk kepada sebuah bangunan yang dibina di kawasan perkampungan yang tidak mempunyai sekolah rendah , tidak ada agensi pelaksana lain serta diurus selia oleh guru besar sekolah berhampiran.(Punca Kuasa.)

Rumah PanjangPrasekolah yang diwujudkan di kawasan yang terdapat sebuah ataubeberapa buah rumah panjang berdekatan. Kawasan tersebut tidakmempunyai agensi pelaksana prasekolah lain dan sekolahrendahnya terletak jauh daripada kawasan petempatanserta menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak kesekolah. Kelas prasekolah akan diurus selia oleh guru besar sekolah

berhampiran.(Punca Kuasa.)

Rumah KedaiPrasekolah yang diwujudkan di kawasan permintaan tinggi dan sekolah rendah berdekatan tidak mempunyai kawasan untuk membina kelas prasekolah. Kawasan tersebut terdapat rumah kedai untuk dibuka prasekolah berbanding pembinaan baru yang melibatkan kos yang tinggi. Kelas prasekolah akan diurus selia oleh guru besar sekolah berhampiran. (Punca Kuasa.)

Sekolah MenengahPrasekolah yang beroperasi di sekolah menengah dan mempunyai permintaan tinggi daripada penduduk setempat. Kelas prasekolah

2

Page 3: Buku Panduan Pra

yang sedia ada di sekolah rendah berdekatan tidak dapat menampung permintaan . Kelas prasekolah diurus selia oleh pengetuasekolah tersebut. (Punca Kuasa.)

Skolah Menengah Teknik/Vokasional Prasekolah yang beroperasi di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan mempunyai permintaan tinggi daripada penduduk setempat. Diurus selia oleh pengetua sekolah berkenaan. (Punca Kuasa.)

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) Prasekolah yang beroperasi di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai permintaan tinggi daripada penduduk setempat serta diurus selia oleh guru besar sekolah tersebut. (Punca Kuasa.)

1.2 Objektif Prasekolah di Luar Premis

Pendidikan Prasekolah di luar premis membolehkan murid:

1.2.1 Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

1.2.2 Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.

1.2.3 Menggunakan Bahasa Cina/Bahasa Tamil/bahasa ibunda suku

1.2.4 kaum dengan betul untuk berkomunikasi yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa ibunda.

1.2.5 Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

1.2.6 Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupaan seharian untuk murid beragama lslam.

1.2.7 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

1.2.8 Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

1.2.9 Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

1.2.10 Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik

3

Page 4: Buku Panduan Pra

1.2.11 Mempunyai daya kreativiti dan nilai estetiks untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

1.2.12 Mencapai dasar kerajaan dalam NKRA iaitu meningkatkan penyertaan murid-murid prasekolah sebanyak 20% menjelang 2012.

1.2.13 Memberi peluang pendidikan prasekolah kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi, dan tempat tinggal

1.2.14 Menampung permintaan masyarakat setempat

1.2.15 Mengatasi masalah tempat dan ruang yang sempit di kawasan sekolah

1.2.16 Mengurangkan jurang peluang pendidikan prasekolah antara bandar dan luar bnadar

2. DASAR PRASEKOLAH

2.1. KURIKULUM (KPK/KSPK)(Rujuk : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) –BPK SPI

Bil. 9/2010

2.2 PENGURUSAAN HAL EHWAL MURID

2.2.1 KEMASUKAN MURID

Syarat-syarat Kemasukan Murid ke Kelas Prasekolah KPM

2.2.1.1 Warganegara Malaysia sahaja.

2.2.1.2 Kanak-kanak yang mencapai umur lima (5+) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa

2.2.1.3 Kanak-kanak yang pada kohort umur empat (4+) tahun ke atas layak memohon .

2.2.1.4 Keutamaan pemilihan berdasarkan kepada merit pendapatan ibu bapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan ”ranking” pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.

2.2.1.5 Jumlah bilangan murid setiap kelas tidak melebihi daripada 25 orang-Rujuk kepada EPRD.

2.2.1.6 Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

4

Page 5: Buku Panduan Pra

***Sediakan borang-borang berkaitan ***Kaedah permohonan kemasukan Rujuk buku panduan lama.

2.2.2 PEMILIHAN MURID

2.2.2.1 Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada :

Guru Besar - Pengerusi GPK Pentadbiran/HEM/KoKu - Naib Pengerusi Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha Guru Prasekolah - Ahli Jawatankuasa Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa Seorang PPM - Pencatat Seorang Wakil Komuniti

2.2.2.2 Pihak sekolah hendaklah membuat siaran permohonan murid secara meluas dan menerima seberapa banyak permohonan sehingga tarikh tutup.

2.2.2.3 Semua permohonan hendaklah diperakui (Berjaya/Gagal) oleh Jawatankuasa Pemilihan dalam mesyuarat tersebut.

2.2.2.4 Pemilihan kemasukan murid hendaklah diberi keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur lima (5) tahun ke atas.

2.2.2.5 Keputusan semua permohonan sama ada berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon

2.2.2.6 Pihak sekolah akan mengeluarkan surat tawaran dan borang penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah kepada ibu bapa/penjaga.

2.2.2.7 Sekiranya ada calon yang menolak tawaran tersebut, pihak Jawatankuasa Pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan mengikut senarai keutamaan.

2.2.2.8 Pihak Jawatankuasa Pemilihan berhak menolak permohonan yang didapati maklumat yang diberikan palsu

2.2.2.9 Sekiranya terdapat murid yang telah diterima masuk, didapati maklumatnya PALSU, pihak sekolah hendaklah

5

Page 6: Buku Panduan Pra

memberhentikan murid dengan cara mengeluarkan notis kepada ibu bapa/penjaga.

2.3 2.2.3 Akta/ Surat Pekeliling Pemilihan dan kemasukan kanak-kanak ke kelas prasekolah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996(Akta 550) dan SPI Bil.15 Tahun 2002.

2.4 2.2.4 Surat Perjanjian/Sewa/Kebenaran menggunakan premis/tanah/setuju terima(Rujuk : Bahagian Pembangunan dan Perolehan KPM) – Rujuk kepada arahan perbendaharaan.

2.5 Pendidikan Percuma

2.5.1. Kanak-kanak yang belajar di kelas prasekolah KPM tidak perlu membayar yuran.

2.5.2. Tiada Pungutan Wang Tanpa Kebenaran Pendaftar Sekolah & Guru

Insuran Takaful Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1995 Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok bagi semua pelajar sekolah kerajaan dab bantuan kerajaan.

Pungutan Insuran – Perlindungan kepada murid prasekolah2.6 Pakaian

2.6.1 Pakaian seragam prasekolah mesti mengikut jadual yang ditetapkan2.6.2 Kanak-kanak prasekolah mesti memakai kasut dan sarung kaki setiap

hari.

**** Tiada dalam Pekeliling – Tindakan BPSH _Surat Siaran/Pekeliling

2.7 Kesihatan

2.7.1. Langkah-langkah kawalan wabak penyakit – Sediakan borang-rujuk pihak berkuasa kesihatan.

2.7.2. Langkah kerahsian bagi pengidap penyaki (contoh HIV)

3. Pentadbiran Am

6

Page 7: Buku Panduan Pra

GURU BESAR

PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKURIKULUM

GURU PRA

PRA 2 PRA 1PRA 3

PPM PPM PPM

GURU PRAGURU PRA

3.1 Struktur Organisasi

Prasekolah yang berada di Sek. Menengah/SM Teknik/Vokasional/SABK adalah tanggungjawab pentadbir sekolah berkenaan di mana prasekolah itu berada. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Syarat kemasukan prasekolah ke Sek. Menengah/SM Teknik/Vokasional/SABK Keutamaan kemasukan seperti syarat sedia ada.

3.2 Peranan & Bidang Tugas.

7

Page 8: Buku Panduan Pra

3.2.1 Guru Besar Guru besar adalah bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut:a. Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara

menyeluruh meliputi bidang pentadbiran , kebajikan , keselamatan , kewangan , kurikulum dan kokurikulum.

b. Memastikan guru yang mempunyai opsyen prasekolah mengajar di kelas prasekolah.

c. Memastikan setiap kelas prasekolah di bawah jagaannya mempunyai seorang Pembantu Pengurusan Murid yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

d. Memastikan kelas prasekolah di bawah jagaannya berada dalam keadaan selamat , ceria dan semua peralatan berfungsi.

e. Menyediakan anggaran belanja mengurus tahunan seperti gaji , elaun , bantuan makanan , PCG dan penyelenggaraan/baik pulih.

f. Memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan sepenuhnya dan pemantauan hendaklah dibuat secara berterusan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun .

g. Menjalin hubungan baik antara pihak sekolah , prasekolah jagaannya dengan komuniti .

h. Memastikan tatacara pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

i. Guru Besar yang dipertanggunjawabkan ke atas prasekolah di luar premis mempunyai tanggungjawab penuh ke atas pengurusan prasekolah berkenaan walaupun prasekolah beroperasi di luar sekolah.

j. Guru Besar / Pengetua membuat pencerapan dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah .

3.2.2 Penolong Kanana. Membantu Guru Besar / Pengetua mengikut fungsi masing – masing

meliputi cawangan-cawangannya. b. Membantu Guru Besar / Pengetua membuat penyeliaan dan pemeriksaan

pengurusan prasekolah.c. Membantu Guru Besar / Pengetua membuat pencerapan dan pemantauan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah

8

Page 9: Buku Panduan Pra

3.2.3 Guru Penolong Prasekolah

Guru prasekolah adalah bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut :a. Memastikan P & P dijalankan mengikut kurikulum yang ditetapkan.

b. Memastikan aktiviti kokurikulum ( koakademik ) dilaksanakan seperti yang ditetapkan.

c. Melaksanakan pengurusan murid .

d. Menyediakan pengurusan kewangan .

e. Memastikan keselamatan murid prasekolah terjamin.

f. Mengisi maklumat murid dalam SMPK.

g. Memastikan Pembantu Pengurusan Murid melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan .

( Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2003 )

3.2.4 Pembantu Pengurusan Murid Pembantu Pengurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-

3.2.4.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

Membantu guru mendaftar kehadiran muridd-murid prasekolah setiap hari

Membantu guru membuat inventori paralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah

Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah

Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah

Mengemas kini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah

Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah

Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.

Membantu guru membuat lawaatan sususlan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah

Membantu guru dalam menguruskan akaun dan prkara yang berkaitan dengan kewangan prase3kolah

9

Page 10: Buku Panduan Pra

Merekodkan perbelanjaan dan ssumbangan yang diterima u ntuk prasekolah

3.2.4.2 Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan

Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan mengembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan.

Membantu mewujuddkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah dalam kalangan murid prasekolah.

Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.

Membantu memilih dan menyeddiakan bahan-bahan serta peralatan yang sessuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.

Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.

Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semua menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatklan diri secara aktif.

Membantu guru prasekolah dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran

3.2.4.3 Urusan Penyediaaan Makanan /Mengemas/ Membersih

Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.

Mengemas dan membersihkan perkakasan seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.

Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

10

Page 11: Buku Panduan Pra

3.2.4.4 Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

Melayani kerenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.

Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

3.3. Sistem Fail:

Fail-fail yang dicadangkan untuk kelas prasekolah Pekeliling berkaitan pengurusan prasekolah( SPI..............) Pendaftaran murid( SPI.............................) Kewangan(Akta Prosedur Kewangan 1957/Arahan

Perbendaharaan/Pekeliling Kewangan KPM.............................................)

Inventori (Akta Prosedur Kewangan 1957/Arahan Perbendaharaan/Pekeliling Kewangan KPM.............................................)

Takwim tahunan dan rancangan tahunan Aktiviti tahunan berserta laporan dokumentasi Perincian tugas guru dan PPM (.............................................) Jawatankuasa prasekolah (.....................................................) Jawatankuasa kurikulum prasekolah

(.............................................) Penyelenggaraan (...................................................) Kursus /Bengkel/Mesyuarat (...................................................)

3.4. Khidmat Runding Cara.

Kesedaran ibu bapa untuk menggalakkan murid datang ke kelas prasekolah:

11

Page 12: Buku Panduan Pra

Memberikan khidmat nasihat dengan mengadakan sesi perjumpaan berkala dengan ibu bapa untuk memberikan keyakinan dan kesedaran kepada ibu bapa berkenaan.

Menubuhkan jawatankuasa waris kelas prasekolah dalam kalangan ibu bapa yang ada murid di kelas prasekolah ( Punca kuasa.-PU(A) 118/98 tidak terpakai bagi keperluan ini rujuk memo PUU KPM bertarikh ......................)

a. Ibu bapa /penjaga b. Komuniti setempat c. Ketua kampung / JKK/Tuai Rumah d. Murid prasekolah

(Dapatkan Maklumat daripada Unit Kaunseling- UNIT HEM bagaimana cara untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam prasekolah)

( Kena adakan perbincangan dengan pihak agensi yang terlibat)

4. Pengurusan Fizikal

Mengamalkan dan membudayakan konsep 3K; keselamatan, keceriaan & kebersihan yang dapat membantu aspek pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Memastikan bangunan prasekolah berada dalam keadaan selamat

4.2 Memantau, menyelia, memeriksa serta mendapatkan kerjasama daripada agensilain ang berkaitan (Seperti Jabatan Bom & Penyelamat/PBT/JKR/JPAM

4.3 Rujukan: Buku Konsep dan Sekolah Selamat-SPI Bil. 6/2000 dan Bil.4/2002

4.3.1 . Keselamatan Bangunan

i) Bangunan konkrit (batu)ii) Bangunan kayuiii) Bangunan separa kayu dan separa konkritiv) kabinv) Binaan bahan komposit – prasekolah rumah panjang / pusat komuniti

Premis yang dibina hendaklah mengandungi ruang yang sempurna, sesuai untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya. Pembinaannya mesti mengambil kira keperluan orang kurang upaya (OKU) seperti laluan

12

Page 13: Buku Panduan Pra

kerusi roda, tandas dan rel pemegang (railing) yang dapat digunakan oleh semua golongan murid.

Langkah-langkah keselamatan bangunan

1. Longkang di sekeliling bangunan hendaklah bertutup 2. Kawasan taman permainan luar mesti berpagar3. Pintu dan tingkap premis hendaklah dipasang jeriji dan mudah dibuka dari

dalam supaya jeriji tersebut tidak menjadi perangkap apabila berlaku kebakaran/kecemasan.

4. Atap/bumbung yang bocor perlu diganti5. Pendawaian elektrik diselenggara secara berjadual6. Alat pemadam api diselenggara secara berjadual7. Pintu rintangan/kalis api perlu disediakan (terutama pintu bahagian

dapur)8. Setiap premis mestilah diselenggara dengan ubat pembasmi serangga

dan haiwan perosak secara berkala9. Nombor telefon Polis, Bomba, Klinik Kesihatan, TNB dan Pelan laluan

kecemasan dipamerkan ditempat yang mudah dilihat.10. Kamera litar tertutup (CCTV) perlu dipasang di luar premis (mengikut keperluan)11. Pemeriksaan saluran hos tong gas hendaklah dijalankan secara berkala. Bagi murid- murid yang menggunakan jalan air, jaket keselamatan yang mencukupi dan selamat digunakan perlu disediakan. Insurans untuk murid perlu ada.13.Rujuk buku Dokumen Spesifikasi Bangunan dan Peralatan.14.Latihan kecemasan/kebakaran dan lain-lain

4.3.2. Keselamatan Murid.

1. Pengawal lalu lintas merangkap pengawal keselamatan perlu ada di premis tersebut untuk menjamin keselamatan murid-murid prasekolah.

2. Hanya waris yang sah atau wakil yang diberi kebenaran sahaja boleh mengambil murid-

murid prasekolah (perlu sediakan prosedur)

4.3.3. Keselamatan Ruang P & P

1. Peti pertolongan cemas mestilah lengkap dan kandungan sentiasa dikemaskini dan tidak melampaui tarikh luput. Mengandungi bahan asas

13

Page 14: Buku Panduan Pra

seperti pembalut luka dan krimpencuci luka sahaja. Hendaklah diletak tempat yangmudah dilihat dan dilabelkan.

2. Peralatan perabot berada dalam keadaan selamat.3. Peralatan yang tajam disimpan ditempat yang selamat selepas aktiviti P &

P.4. Semua sambungan peralatan elektrik hendaklah diletak ditempat yang

terlindung.

4.3.4. Keselamatan Ruang Dapur

1. Susunan peralatan dapur bersesuaian2. Ruang pengaliran udara seperti tingkap dibuka3. Tabung gas dan salur getah gas diselenggara bagi mengelakkan

kebocoran.4. Pastikan peralatan letrik berada dalam keadaan selamat5. Alat Pemadam Api bersaiz kecil ( 1 kg )

4.3.5. Keselamatan Ruang Tandas

1. Lantai berada dalam keadaan bersih dan dialas dengan non slippery floormat.

2. Pintu tandas sentiasa ditutup3. Pintu tandas dari dalam mudah untuk dibuka.4. Paip air ditutup selepas digunakan.

4.3.6. Keselamatan Kawasan Permainan Luar

1. Pastikan semua alat permainan luar selamat digunakan. Bagi yang telah rosak, letakkan papan tanda TIDAK SELAMAT DIGUNAKAN.

2. Tempat pendaratan pengguna perlu dilapisi dengan rubber tiles.3. Elakkan tanaman yang beracun dan berduri di kawasan taman

permainan.

4.3.7. Keselamatan Generator.

4.3.8. Keselamatan Ruang Penyimpanan Barang.

1. Barang-barang yang disimpan di dalam stor hendaklah teratur dan dilabel

4.3.9. Keselamatan Bekalan Air. 1. Perigi hendaklah sentiasa ditutup atau dipagar.

Aspek kebersihan yang perlu dimabil pehartian adala seperti berikut:

4.4.1. Kebersihan Fizikal Bangunan

14

Page 15: Buku Panduan Pra

1. Longkang sentiasa dicuci dan bersih. 2. Rumput sentiasa dalam keadaan pendek dan kemas.3. Bangunan kelas prasekolah sentiasa bersih dan kemas

4.4.2. Kebersihan Ruang P & P

1. Mengadakan sudut-sudut pembelajaran yang ditetapkan dan berubah mengikut tema dalam Kurikulum Prasekolah

2. Peralatan berada dalam susun atur yang kemas dan menarik.3. Kerusi dan meja murid bersih dan selamat4. Lantai dan tingkap hendaklah sentiasa dicuci/dilap 5. Kelas hendaklah sentiasa bersih; tanpa sawang dan habuk. (Kipas dan

lampu)7. Ruang pengajaran dan pembelajaran hendaklah dialas.

4.4.3. Kebersihan Dapur

1. Peralatan memasak dibersihkan selepas digunakan.2. Pinggan, mangkuk dan cawan murid dibersihkan selepas digunakan3. Lantai dan tingkap sentiasa dicuci/dilap dengan menggunakan cecair

pencuci anti bakteria 4. Tong sampah yang bertudung dan hendaklah sentiasa bersih5. Penyimpanan bahan kering dan basah di tempat yang bersesuaian6. Lantai ruang penyediaan makanan hendaklah dilap setiap hari dengan

cecair anti kuman7. Sisi tepi kaunter hendaklah dilapik dengan sejenis getah atau plastic pvc8. Rak penyimpanan makanan, dapur dan peti sejuk mesti dalam keadaan bersih.

4.4.4. Kebersihan Tandas

1. Tandas perlu dibersihkan secara berkala.2. Lantai, mangkuk tandas, sinki dan cermin sentiasa dicuci/dilap dengan

menggunakan cecair pencuci anti bakteria 3. Cecair pencuci tangan anti bakteria disediakan di dalam tandas dan sinki4. Pam/curah tandas selepas digunakan5. Cermin di ruang urus diri hendaklah diletakkan sesuai mengikut ketinggian

murid 4 hingga 6 tahun. Berus gigi hendaklah disimpan di dalam bekas yang bertutup.

6. Tandas perlu dibersihkan setiap hari dan diletakkan pewangi dan dilap dengan antikuman.

4.4.5. Kebersihan Kawasan Permainan Luar

1. Rumput berada dalam keadaan pendek dan kemas

15

Page 16: Buku Panduan Pra

2. Tanaman hiasan yang bersesuaian dan selamat3. Wujudkan taman sains4. Ruang permainan luar yang berturap hendaklah dibersihkan setiap hari

manakala yangberumput pula perlu dipotong tiga minggu sekali.

4.4.6. Kebersihan Bekalan Air.

Perigi (jika ada) hendaklah dibubuh ubat pembunuh jentik-jentik (abate).

4.5. Langkah-langkah keceriaan.

4.5.1. Keceriaan (luaran dan dalaman)

Setiap ruang di dalam kelas prasekolah hendaklah dalam keadaan ceria supaya timbul suasana yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran . Ruang-ruangtersebut adalah seperti berikut:

- Ruang penyediaan makanan- Ruang urus diri- Ruang permainan luar- Ruang penyimpanan- Ruang makan- Ruang tamu- Sick bay

Taman sains/kebun hendaklah dijaga. Pokok-pokok yang berduri atau beracun adalah dilarang.

4.6. Langkah-langkah Penyelenggaraan.

Penyelenggaraan

- Bangunan/Fizikal- Peralatan- Perabot

- Tandas- Kumbahan ** sistem perkumbahan sekolah pedalaman- Pendawaian- Alat pemadam kebakaran- Permainan Luar- Saluran perpaipan- Padang permainan- Tempat pelupusan sampah

Sediakan jadual penyelenggaraan berbentuk carta gantt atau senarai pemantauan bagi setiap aspek di atas.

16

Page 17: Buku Panduan Pra

4.7. Piawaian bangunan-Perlu ada mesyuarat dengan agensi terlibat.

- Kelulusan pihak PBT (OP) – permit menduduki- Bomba- Kesihatan- JKR (CF)

Pastikan premis yang diduduki mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, pihak bomba, kesihatan dan JKR.

4.8. Rekod Pergerakan .

4.8.1. Buku Rekod Kehadiran

1. Setiap kelas prasekolah hendaklah menyediakan buku kehadiran/kedatangan, kad perakam, atau thumb scan untuk pentadbir, guru & PPM(untuk prasekolah di luar premis)

2. Setiap kelas prasekolah hendaklah menyediakan buku kehadiran/kedatanganuntuk murid.

3. Buku Pergerakan Pentadbir/guru & PPM hendaklah disediakan dan diletakkan dikelas prasekolah. Buku rekod keluar masuk murid prasekolah hendaklah disediakan supaya pergerakan murid dapat dipantau.

4. Buku pelawat hendaklah disediakan untuk merekod nama pelawat dan tujuan melawat kelas prasekolah.

** Masukkan contoh buku kehadiran, buku pelawat, buku pergerakkan

5. PENDAFTARAN MURID :

Pihak institusi perlu membuat tindakan berikut :

` 5.1 Promosi :

Promosi pendaftaran murid boleh dibuat melalui Iklan / Hebahan / Brosur /

Pamplet / Kain rentang.

Contoh Iklan

Contoh hebahan

Contoh brosur

5.2 Butir-butir yang perlu ada :

5.2.1 Nama Prasekolah / Pusat .

17

Page 18: Buku Panduan Pra

5.2.2 Tajuk (Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah Tahun 2011

).

5.2.3 Jangkamasa Pendaftaran (Tarikh ).

5.2.4 Waktu Pendaftaran.

5.2.5 Tempat Pendaftaran.

5.2.6 Dokumen-dokumen yang perlu dibawa (Surat Beranak / Mykid /Siji

l Anak Angkat).

5.3 Tempat atau lokasi meletakkan iklan / Hebahan / Brosur / Pamplet /

Banner.

5.3.1 Surat edaran kepada ibu/bapa/penjaga melalui murid

5.3.2 Tempat awam seperti dewan orang ramai, masjid, rumah ibadat,

kedai, persimpangan, Pasaraya, Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar

Tamu, Pekan Sehari,jalan, pagar sekolah dan lain-lain tempat yang

sesuai.

5.3.3. Portal Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD

*** contoh iklan

Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Syarat-syarat yang

melayakkanSeorang kanak-kanak itu mengikuti kelas prasekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia - Merujuk kepada peraturan-peraturan

(penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).

ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 4 dan 5 tahun pada hari

pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa. Walau

bagaimanapun keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang

berumur 5 tahun.

iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis

Kemiskinan.

iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari

rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak

lebih daripada 25 orang.

18

Page 19: Buku Panduan Pra

v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh

Jawatankuasa prasekolah

19

Page 20: Buku Panduan Pra

PROSES KERJA

Proses permohonan yang disediakan sebagai panduan kemasukan ke kelas prasekolah:

Proses Kerja Tindakan Dokumen Yang

Diperlukan

- Mengeluarkan Surat Siaran ke sekolah - sekolah untuk pengambilan murid -murid prasekolah.

- Menyediakan borang kemasukan ke kelas prasekolah.

- Membuat hebahan / siaran / iklan kepada ibu bapa / penjaga, masyarakat sekitar dan sekolah-sekolah yang berdekatan

- Menetapkan tarikh tutup penyerahan borang ke sekolah.

- Menyemak borang permohonan dan kembalikan borang yang tidak lengkap kepada pemohon untuk dilengkapkan.

- Pemilihan murid dibuat oleh AJK prasekolah (G/B, P/K & Guru Prasekolah).

- Menghantar borang kemasukan murid yang dipilih ke PPD untuk pengesahan.

- Mengeluarkan surat tawaran dan borang penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah kepada ibu bapa/penjaga melalui sekolah berkenaan.

o JPN

o JPN

o Guru Besar

o Guru Besar

o Guru Besar / PK 1 / Guru Prasekolah

o Guru Besar / PK 1 / Guru Prasekolah

o Guru Besar

o JPN / PPD / Sekolah

Surat Siaran

Borang Permohonan

Kain rentang /pengumuman semasa perhimpunan sekoah

Borang Permohonan Kemasukan Ke Kelas prasekolah/Sijil LelahiranSlip Gaji ibu bapa/penjaga/Penyata Pendapatan yang telah disahkanKad Pengenalan ibu bapa / penjaga

Surat tawaran/ borang jawapan penerimaan

20

Page 21: Buku Panduan Pra

Proses permohonan yang disediakan sebagai panduan kemasukan ke kelas prasekolah:

Proses Kerja Tindakan Dokumen Yang

Diperlukan

- Menerima jawapan penerimaan tawaran dari ibu bapa/penjaga.

- Menghantar data murid ke BS sebagai rekod.

- Mengeluarkan surat siaran kepada ibu bapa/penjaga murid.

- Membuat pendaftaran murid di kelas prasekolah

- Memastikan AJK Prasekolah mengadakan orientasi murid prasekolah di sekolah masing-masing.

o JPN / PPD / Sekolah

o JPN / PPD / Sekolah

o Guru Besar / Guru Prasekolah

o Guru Besar / Guru Prasekolah

o Guru Besar / Guru Prasekolah

Surat jawapan permohonan

Data murid prasekolah

Surat Siaran

Surat Siaran

21

Page 22: Buku Panduan Pra

CARTA ALIRAN KERJA____________________________________________________________________________CARTA ALIRAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PELAKSANAAN KELAS PRASEKOLAH KPM

MERANGKUMI:

22

MULA

Sekolah menetapkan tarikh tutup penyerahan borang ke sekolah.

Sekolah membuat hebahan / siaran / iklan kepada ibu bapa / penjaga, masyarakat sekitar dan sekolah-sekolah yang berdekatan setiap Julai .

Membuka Permohonan kemasukan ke kelas prasekolah

JPN menyediakan borang kemasukan ke kelas prasekolah.

Menyemak borang permohonan dan kembalikan borang yang tidak lengkap kepada pemohon untuk dilengkapkan

JPN mengeluarkan Surat Siaran ke sekolah - sekolah untuk pengambilan murid -murid prasekolah pada bulan Jun setiap tahun.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan

TAMAT

Menghantar keputusan akhir status permohonan kepada pemohon.

Menyediakan laporan mesyuarat pemilihan.

Menghantar laporan berkaitan keputusan akhir mesyuarat kepada PPD

Menyimpan salinan laporan.

Page 23: Buku Panduan Pra

6. CUTI

6.1 Guru

6.1.1 Pihak pentadbir perlu memastikan terdapat guru ganti di kelas prasekolah jika

guru prasekolah tidak hadir bertugas atas sebab : -

i. cuti bersalin

ii. cuti sakit berpanjangan yang disahkan oleh doktor kerajaan

iii. berkursus jangka pendek

iv. cuti rehat

v. Cuti ganti

vi. Cuti haji

6.1.2 Guru Tahap 1 di sekolah tersebut diarah mengajar ke kelas prasekolah dan tempatnya diganti dengan GSTT.

(Hanya guru bertauliah sahaja dibenarkan mengajar di prasekolah)

6.1.3 Melantik GSTT dan diarah mengajar terus kelas Prasekolah (khusus untuk di

pedalaman)

6.1.4 Maklumat Tambahan untuk integrasi - BPKhas

6.2 Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

6.2.1 Pihak pentadbir boleh mendapatkan Pengasuh Sambilan apabila PPM tidak hadir bertugas atas sebab : -

i. cuti bersalin

ii. cuti sakit berpanjangan yang disahkan oleh doktor kerajaan

iii. cuti tanpa gaji yang diluluskan

iv. Cuti haji

** rujuk surat pekeliling yang berkaitan.

JPN perlu memohon peruntukan elaun pengasuh sambilan dibawah OS29000 (ABM Kewangan)

Page 24: Buku Panduan Pra

Tafsiran sakit berpanjangan-rujuk bab C Perintah Am

7. Pengambilan Kakitangan.

7.1. Syarat-Syarat Pengambilan PPM Sambilan

7.1.1. Pihak sekolah memohon untuk mendapat PPM sambilan dari JPN dengan disertakan bersama :

i. Salinan *cuti bersalin/bertukar/cuti tanpa gaji/ cuti sakit berpanjangan Pembantu Pengurusan Murid;

ii. Salinan kad pengenalan calon;

iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya ; dan

Syarat khas lulus Bahasa Melayu.

iv. Surat permohonan calon.

7.1.2. Surat permohonan PPM sambilan yang lengkap perlu dihantar ke Unit Pengurusan Prasekolah, Sektor Pengurusan

Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah

7.1.3. Surat cadangan akan diproses oleh Unit Pengurusan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah dan surat lantikan akan

diuruskan oleh Unit Perjawatan, Sektor Khidmat Pengurusan Pendidikan/Pejabat Pelajaran Daerah

Dapatkan contoh Borang daripada JPN Perak.

Page 25: Buku Panduan Pra

PENGURUSAN KEWANGAN

8. PENGURUSAN KEWANGAN

Pengenalan

Prasekolah mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Ia perlu diuruskan dengan sempurna mengikut prosedur yang betul. Sebagai pengurus sekolah guru besar perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab dalam mengurus kewangan tersebut.

PERUNTUKAN DI BAWAH AKTIVITI PRASEKOLAH YANG DIURUSKAN OLEH SEKOLAH

8.1 Emolumen ( 10000 )(Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Merangkumi pembayaran gaji dan elaun, Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Bantuan Sara Hidup ( COLA ) untuk guru dan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) mengikut kelayakan.

Semua pembayaran gaji guru dan PPM di bawah skim berjawatan tetap dibayar melalui eSPKB

8.1.1 Gaji (rujuk skim perkhidmatan dan gred gaji)

8.1.2 Elaun

a) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)(rujuk jadual skim perkhidmatan dan gred gaji)

b) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)(rujuk jadual skim perkhidmatan dan gred gaji)

c) Bantuan Sara Hidup (COLA):(Penjawat Awam Tetap)

Page 26: Buku Panduan Pra

i. Kategori A RM 300.00ii. Kategori B RM 200.00III. Kategori C RM 100.00

d) Elaun Pedalaman(Penjawat Awam Tetap)

i. Pedalaman 1 RM 500.00ii. Pedalaman 2 RM 1000.00iii. Pedalaman 3 RM 1500.00

8.1.3 KWSP

a) Majikan 12%b) Individu 11%

(rujuk jadual KWSP)

8.1.4 Dokumen yang perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Akauntan Negara (AG)

a) Guru dan PPM lantikan baru

- Kew 8- Borang KWSP- Salinan muka hadapan buku bank- Penyata pengiraan gaji- SG 20

. Elaun Pembantu Pengurusan Murid Sambilan

a) Mengisi kekosongan jawatan

b) Menggantikan PPM yang bersalin/bercuti panjang

Page 27: Buku Panduan Pra

8.2.1. Kadar Elaun :

Elaun Pembantu Pengurusan Murid Sambilan dibayar berdasarkan kepada bilangan hari bekerja dalam sebulan dengan kadar

a) Elaun harian RM 30.90 sehari

b) ITKA RM 4.10 sehari

c) COLA ( Semenanjung sahaja )

i. Kategori A RM 13.05ii. Kategori B RM 8.70III. Kategori C RM 4.30

8.2.2 Dokumen yang perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Akauntan Negara (AG)

a. Kew 304b. Kew 304Ac. Penyata pengiraan gajid. Jaduan kehadirane. Laporan Perubahan gajif. Salinan muka hadapan buku bankg. Borang KWSP (Borang A) – 2 salinan

8.2.2. Tuntutan hendaklah dikemukakan ke PTJ masing-masing pada atau seburlum10 haribulan berikutnya setiap bulan

8.2.3. Pastikan tuntutan tersebut dibuat di bawah peruntukan aktiviti prasekolah (030201)

8.2.4. Jika tersalah caj sila maklumkan ke PTJ masing-masing untuk tujuan jurnal.

Page 28: Buku Panduan Pra

8.3 Bantuan Murid :

8.3.1 Bantuan PCG :

a) Bantuan Perkapita ( PCG ) merupakan satu peruntukan kewangan untuk pembelajaran yang diperuntukan kepada setiap murid prasekolah samada sekolah bertaraf kerajaan atau bantuan kerajaan. Kadar- kadar tertentu ditetapkan bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh pihak sekolah.

b) PCG prasekolah diberikan kepada 25 orang murid setiap kelas manakala kelas integrasi pendidikan khas tujuh (7 ) orang setiap kelas dengan kadar RM 100.00 seorang murid setahun.

8.3.2. Kaedah Tuntutan

a) Sekolah membuat permohonan ke unit kewangan JPN/PPD menggunakan Borang PS

b) Asas permohonan dibuat berasaskan senarai nama murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.

c) Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke JPN/PPD selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.

d) Permohonan tambahan peruntukan hendaklah dibuat ke PPD/JPN selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun semasa jika sekiranya permohonan awal tidak mencukupi bagi enrolmen untuk sesebuah kelas.

e) Pelarasan tidak dibenarkan

f) Jika bilangan murid tidak mencapai 25 orang setelah tuntutan diterima, lebihan tuntutan PCG tersebut perlulah dikembalikan ke unit hasil PPD/JPN.

8.3.3. Baki Bantuan PCG yang bernarkan dibawa ke tahun hadapan hendaklah tidak melebihi 10% .

8.3.4. Bahan-bahan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan PCG :

a) Pembelian peralatan dan bahan habis guna untuk tujuan P&P

b) Penyelenggaraan peralatan dalam dan luar bilik darjah dan lain lain peralatan bagi tujuan P&P

Page 29: Buku Panduan Pra

c) Pembelian buku rujukan ensiklopedia, video tape, dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan P&P

d) Program dan lawatan yang berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan proses P&P samada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

e) Perolehan adalah dibenarkan dengan kadar terhadf) Rujuk pekeliling kewangan Bil. 5/2002 – Pemberian Bantuan Perkapita untuk sekolah rujukan

KP.1573/17/Jld.14(4) bertarikh 16 Oktober 2002 jadual 1C(1)

8.3.5. Tatacara perbelanjaan bantuan PCG:

a) Sedia anggaran dan perancangan belanjawan aktiviti tahunan

b) Dapatkan sebut harga / buat tinjauan harga

c) Sediakan nota minta

d) Sediakan pesanan kerajaan (LO)

e) Dapatkan perkhidmatan atau perolehan

f) Urusan bayaran

Page 30: Buku Panduan Pra

JADUAL 1

KADAR BANTUAN PERKAPITA BAGI PRASEKOLAH

BIL JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN

A BANTUAN PERKAPITA RM 100.00 SEORANG MURID SETAHUN

CATATAN :- Jumlah tuntutan yang boleh dibuat bagi setiap kelas adalah berdasarkan bilangan murid maksimum seramai 25 orang 1 kelas bagi prasekolah biasa dan 7 orang bagi prasekolah integrasi.

BORANG PSTUNTUTAN BANTUAN PERKAPITA PRASEKOLAH

Page 31: Buku Panduan Pra

1. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : ________________________________

________________________________

2. KOD SEKOLAH : ________________________________

3. NO. TELEFON SEKOLAH : ________________________________

4. NAMA DAN ALAMAT BANK : ________________________________

5. NO. AKAUN BANK : ________________________________

6. BILANGAN MURID PADA 1 OKTOBER TAHUN SEMASA : ______________ MURID ATAU BILANGAN MURID YANG DIJANGKA PADA HARI

PERTAMA PERSEKOLAHAN : ___________ MURID

JENIS TUNTUTAN ASAS PERKIRAAN JUMLAH TUNTUTAN(RM)

a) Bantuan Perkapita ________ Murid x RM 100

Disahkan bahawa bilangan murid yang belajar di kelas prasekolah pada ____________ (nyatakan tarikh) adalah benar.

Tarikh : ……………………………………………..

Cop Sekolah : (Nama dan Tanda tangan Guru Besar)

Page 32: Buku Panduan Pra

8.4 Bantuan Makan

a) Bantuan makan diberikan kepada 25 orang murid setiap kelas perdana dan tujuh (7) orang bari kelas integrasi.

b) Murid disediakan dengan 2 kali waktu makan; sarapan dan makan waktu rehat.

c) Makanan akan dimasak dan dihidangkan oleh PPM berdasarkan kepada menu yang disediakan.

d) Cadangan menu perlu dipamerkan.

e) Kadar bantuan makan ialah sebanyak RM 1.80 untuk semenanjung dan RM 2.05 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan sehari bagi seorang murid.

f) Peruntukan bantuan makanan boleh dibuat hanya untuk perolehan bahan makanan sahaja.

g) Semua lebihan peruntukan makanan hanya boleh digunakan untuk perolehan bahan makanan atau pembelian makanan yang berkhasiat sahaja.

8.4.1 Kaedah Tuntutan

a) Sekolah membuat permohonan ke unit kewangan JPN/PPD menggunakan Borang PS(BM)

b) Asas permohonan dibuat berasaskan senarai nama murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.

c) Borang tuntutan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke JPN/PPD selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.

d) Permohonan tambahan peruntukan hendaklah dibuat ke PPD/JPN selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun semasa jika sekiranya permohonan awal tidak mencukupi bagi enrolmen untuk sesebuah kelas.

e) Pelarasan tidak dibenarkan

f) Jika bilangan murid tidak mencapai 25 orang setelah tuntutan diterima, lebihan tuntutan tersebut perlulah dikembalikan ke unit hasil PPD/JPN.

g) Rujuk pekeliling kewangan Bil. 6/2002 – Pemberian Bantuan Makan untuk pelajar rujukan KP.1573/17/Jld.14(4) bertarikh 16 Oktober 2002 jadual 1C(1)

Page 33: Buku Panduan Pra

8.4.2 Rekod pembelian bahan makanan hendaklah direkodkan dalam kad petak (KEW PS04)

8.4.3 Tatacara perbelanjaan bantuan PCG:

a) Sedia anggaran dan perancangan perbelanjaan bahan kering dan bahan basah

b) Dapatkan sebut harga / buat tinjauan harga

c) Sediakan nota minta

d) Sediakan pesanan kerajaan (LO)

e) Dapatkan perkhidmatan atau perolehan

f) Urusan bayaran

8.4.4. Menu

Menu yang dicadangkan adalah menu untuk dua minggu satu pusingan

( rujuk Jadual 3 )

Jadual 3

Page 34: Buku Panduan Pra

Cadangan menu untuk tempoh 2 minggu

HARI MENU A MENU B

ISNIN SARAPANAIR MILO + SUSUBISKUT FIBERMEAL

MAKAN WAKTU REHATMEE GORENG/KUEY TEOWGORENG + TELUR/NUGGET/DAGING + SAYUR

BUAH-BUAHAN TEMPATAN/IMPORT/BUAH-BUAHANDALAM TIN

JUS BUAH-BUAHAN

SARAPAN

NESTUM + SUSU

MAKAN WAKTU REHATNASI LEMAK/NASI KUNING(LAUK IKAN BILIS/AYAM +TIMUN)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN/IMPORT/BUAH-BUAHANDALAM TIN

AIR SIRAP

SELASA SARAPAN

NESTUM + SUSU

MAKAN WAKTU REHAT

NASI AYAM

BUAH-BUAHAN TEMPATAN/IMPORT/BUAH-BUAHANDALAM TIN

SARAPAN

SUSU + BISKUT PELBAGAI

MAKAN WAKTU REHAT

ROTI BAKAR SARDIN/TELURBUBUR CHA-CHA/BUBURKACANG

BUAH-BUAHAN TEMPATAN/ IMPORT/BUAH-BUAHANDALAM TIN

Page 35: Buku Panduan Pra

AIR PUTIH AIR PUTIH

RABU SARAPAN

SUSUBISKUT FIBERMEAL

MAKAN WAKTU REHAT

MEE HOON SUP/ MAKARONI/SPHAGETTI/KUEY TEOW + DAGING/UDANG/ BEBOLA IKAN

AGAR-AGAR BUAH/PUDING

AIR PUTIH

SARAPAN

MILO + BISKUT FIBERMEAL

MAKAN WAKTU REHAT

NASI GORENG + TELUR/UDANG/AYAM/DAGING DAN SAYUR

BUAH-BUAHAN TEMPATAN/IMPORT/BUAH-BUAHANDALAM TIN

AIR SIRAP

KHAMIS SARAPAN

MILO + BISKUT FIBERMEAL

MAKAN WAKTU REHAT

NASI GORENG + SAYUR +TELUR/UDANG/AYAM/DAGING

SARAPAN

MILO + BISKUT PELBAGAI

MAKAN WAKTU REHAT

MEE, HOON SUP/ MAKARONI / SPHAGETTI / KUEY TEOW SUP + BEBOLA DAGING /UDANG/ BEBOLA IKAN

Page 36: Buku Panduan Pra

BUAH-BUAHAN TEMPATAN/IMPORT/BUAH-BUAHANDALAM TIN

JUS BUAH-BUAHAN

PUDING JAGUNG

AIR PUTIH

JUMAAT SARAPANSUSUBISKUT MARIE/BISKUTCRACKER

MAKAN WAKTU REHAT SANDWICH TELUR/SARDIN/ROTI BAKAR + TELUR DADAR/ROTI PEANUT BUTTER DAN JEM

BUBUR KACANG

AIR PUTIH

SARAPANNESTUM BISKUT MARIE/BISKUTCRACKER

MAKAN WAKTU REHAT

ROTI BAKAR + HOT DOG/NUGGET/TELUR

BUBUR CHA-CHA/BUBURKACANG

AIR PUTIH

BORANG PS (BM)

Page 37: Buku Panduan Pra

TUNTUTAN BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAHBAGI TAHUN __________

1, NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : __________________________

___________________________________

2. NAMA DAN ALAMAT BANK : __________________________

__________________________

3. NO. AKAUN BANK : __________________________

4. BILANGAN MURID : _________________ ORANG

JENIS TUNTUTAN ASAS PERKIRAAN JUMLAH TUNTUTAN

b) Bantuan Makanan ________ (Bil. Murid) x 200 hari

x _________ (Kadar Bantuan)

RM ______________

Disahkan bahawa bilangan murid yang belajar di kelas prasekolah pada ____________ (nyatakan tarikh) adalah benar.

______________________( )Nama dan Tanda tangan

Guru Besar

Tarikh : ______________Cop Sekolah :

CATATAN :- Jumlah tuntutan yang boleh dibuat bagi setiap kelas adalah berdasarkan bilangan murid maksimum seramai 25 orang 1 kelas bagi prasekolah biasa dan 7 orang bagi prasekolah integrasi.

Page 38: Buku Panduan Pra

8.5 PENGURUSAN PEROLEHAN

Pendahuluan

Panduan Perolehan ini dihasilkan bertujuan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pengurus sekolah bagi memastikan peraturan perolehan bekalan/ perkhidmatan dipatuhi selaras dengan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

8.5.1. Jenis Perolehan

Perolehan Kerajaan terbahagi tiga iaitu;-

a) Perolehan bekalan

i) Perolehan bekalan merangkumi barangan/peralatan yang dibekal bagi menjalankan sesuatu program, aktiviti atau projek Kerajaan seperti pakaian, kenderaan, kelangkapan pejabat dan sebagainya

b) Perolehan Perkhidmatan

i) Perolehan perkhidmatan adalah ditafsirkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan perunding dan bukan perunding.

ii) Perkhidmatan perunding meliputi bidang-bidang seperti perunding pembangunan fizikal dan bukan fizikal

iii) Perkhidmatan bukan perunding adalah meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan, pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya

iv) Syarikat yang ingin menyertai perolehan perkhidmatan perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan

c) Perolehan Kerja

Page 39: Buku Panduan Pra

i) Perolehan kerja melibatkan kerja-kerja pembinaan seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, tapak kawasan, empangan air, kerja-kerja perparitan serta juga merangkumi kerja-kerja mekanikal dan eletrikal.

ii) Syarikat yang ingin menyertai perolehan kerja perlu berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kepala dan sub-kepala berkaitan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam kelas dan gred yang berkaitan.

Kaedah Perolehan

Perolehan Kerajaan terbahagi kepada empat (4) kaedah mengikut nilai perolehan dan syarat-syarat seperti berikut:-

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

1. Pembelian Terus Sehingga RM50,000 (bekalan/perkhidmatan dan kerja)

1.1 Berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan bertaraf bumiputera atau bukan bumiputera

Rujukan Pekeliling:

i) Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 12 Tahun 2007

Page 40: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

ii) Arahan Perbendaharaan (AP) berkaitan

Rujukan Jabatan:

i) Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

ii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

iii) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran (KPM).

iv) Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA), KPM

2. Sebut Harga RM50,000 – RM500,000 (bekalan/perkhidmatan)

2.1 Dipelawa secara sebut harga dikalangan sekurang-kurang lima (5) pembekal tempatan yang berdaftar dengan MOF

Page 41: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

RM20,000 – RM200,000 (Kerja)

2.2 Perolehan bernilai RM50,000 – RM100,000 hendaklah dipelawa kepada sekurang-kurangnya 5 pembekal tempatan bertaraf bumiputera

2.3 Perolehan bernilai RM100,000 – RM500,000 dipelawa kepada sekurang-kurangnya 5 pembekal bertaraf Bumiputera dan Bukan Bumiputera dengan keutamaan diberikan kepada pembekal Bumiputera

2.4 Perolehan kerja kecil/pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dan yang tidak mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan Awam hendaklah dipelawa dikalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor tempatan kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan

Page 42: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

RM200,000 – RM500,000 (Kerja)

dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

2.5 Dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor tempatan Kelas E yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala berkaitan dan CIDB dalam gred berkenaan.

2.6 Perolehan kerja elektrik yang bernilai melebihi RM50,000 – RM500,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor tempatan yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala berkaitan dan CIDB dalam gred berkenaan.

2.7 Maksud kontraktor tempatan bagi perolehan kerja untuk kontraktor Kelas F adalah kontraktor yang

Page 43: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

berdaftar dengan PKK di daerah berkenaan dan CIDB. Jika kontraktor tempatan di daerah berkenaan tidak mencukupi kontraktor di daerah berhampiran/sempadan boleh dipelawa.

2.8 Maksud kontraktor tempatan bagi perolehan kerja untuk kontraktor Kelas E adalah kontraktor yang berdaftar dengan PKK di negeri berkenaan dan CIDB. Jika kontraktor tempatan di negeri berkenaan tidak mencukupi kontraktor di negeri berhampiran/sempadan boleh dipelawa.

2.9 Dalam menentukan kaedah perolehan sebut harga, Agensi hendaklah mengambilkira nilai perolehan setahun atau nilai kontrak. Agensi adalah dilarang memecah kecilkan perolehan

Page 44: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

bekalan/perkhidmatan atau kerja bagi mengelakkan pelawaa sebut harga/tender.

Rujukan Pekeliling:

i) SPP Bil. 5 Tahun 2009

ii) Arahan Perbendaharaan (AP) berkaitan

Rujukan Jabatan:

i) PPDii) JPNiii) BPSH, KPMiv) BPPA, KPM

3. Tender Melebihi RM500,000 (bekalan / perkhidmatan / kerja)

3.1 Perolehan bekalan/ perkhidmatan yang melebihi RM500,000 setahun hendaklah diuruskan secara tender.

3.2 Bagi item-item yang ditetapkan secara kontrak

Page 45: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

panel di dalam Pekeliling Kontrak Penbendaharaan, tender hendaklah dipanggil dikalangan panel sahaja.

3.3 Bagi perolehan kerja, tender hendaklah dipanggil secara tempatan kecuali kontraktor tempatan tidak mempunyai kepakaran atau keupayaan

3.4 Kontraktor hendaklah berdaftar dengan PKK dan CIDB dalam kelas dan gred yang ditetapkan dalam mengikut nilai tender

3.5 Tender kerja yang dianggar bernilai tidak melebihi RM30 juta hendaklah dipelawa kepada syarikat yang seratus peratus (100%) milik bumiputera

3.6 Tender kerja yang dianggar

Page 46: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

bernilai RM30 juta hingga RM50 juta hendak dipelawa kepada:

i) syarikat seratus peratus (100%) milik warganegara; atau

ii) syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Malaysia oleh warganegara dengan pegangan saham individu asing tidak melebihi tiga puluh peratus (30%) dan Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja dianggotai seratus peratus (100%) oleh warganegara.

3.7 Tender kerja yang dianggarkan bernilai melebihi RM50 juta

Page 47: Buku Panduan Pra

BilKaedah Perolehan

Had Nilai Perbelanjaan Setahun Perolehan

Syarat-Syarat

hendaklah dipelawa:

i) syarikat seratus peratus (100%) milik warganegara; atau

ii) syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau

iii) syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira samada disenaraikan di Bursa Malaysia atau tidak) dengan syarikat pegangan ekuiti tidak melebihi empat puluh sembilan peratus (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

8.5.2. Tatacara Perolehan

a) Perolehan Secara Belian Terus

Page 48: Buku Panduan Pra

i) Merancang perolehan dan mengenalpasti item

ii) Memastikan tidak dipecah kecil

iii) Memastikan pembelian tidak melebihi RM50,000 setahun bagi satu item

iv) Membuat kajian untuk mengenalpasti pembekal yang menawarkan harga/peralatan yang menepati criteria

v) Mengemukakan laporan spesifikasi dan harga untuk kelulusan jabatan

vi) Mengeluarkan pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal

vii) Menerima dan memeriksa peralatan/perkhidmatan yang dipesan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan

viii) Membuat pembayaran

ix) Menyediakan laporan bulanan pembelian terus kepada Ketua Jabatan dan salinan kepada Unit Audit Dalam pada setiap 3 bulan

Rujukan - AP 173.1

- AP 184.2

- SPP Bil. 12 Tahun 2007

- PP Bil. 10 Tahun 2008

b) Perolehan Sebut Harga

i) Merancang dan mengenalpasti item.

Page 49: Buku Panduan Pra

ii) Menyediakan dokumen sebut harga (Lampiran Q - AP170)

iii) Agensi hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebut harga di papan kenyataan awam agensi selain daripada mempelawa kepada penyebut harga yang telah dikenalpasti.

iv) Tempoh sebut harga sekurang-kurang tujuh (7) hari berturut-turut.

v) Satu penyebut harga hanya dibenar mengemukakan satu tawaran sebut harga.

vi) Menetapkan tarikh dan masa tutup sebut harga dan membuka sebut harga secepat mungkin oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga (JKPSH). JKPSH hendaklah dilantik secara bertulis oleh Ketua Jabatan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pegawai yang mana salah seorang daripadanya pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional.

vii) Semua sebut harga yang diterima hendaklah dikaji dan dinilai oleh jawatankuasa penilaian sebelum syor dibuat kepada Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH).

viii) Perlantikan ahli jawatankuasa penilaian hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan yang terdiri daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal (JPT) dan Jawatankuasa Penilaian Harga (JKH).

ix) Keahlian JPT hendaklah tidak kurang dari tiga (3) orang, iaitu seorang pengerusi dan dua (2) ahli. Manakala JKH hendaklah tidak kurang daripada dua (2) orang, iaitu seorang pengerusi dan seorang ahli.

x) Menyediakan Kertas Taklimat Sebut Harga untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH). JKSH hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal bagi Kementerian/Jabatan.

xi) Keahlian JKSH terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) pegawai dimana salah seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik atas nama jawatan secara tahunan/dua tahun sekali.

xii) JKSH tidak boleh menganggotai JKPSH dan jawatankuasa-jawatankuasa lain.

xiii) Ahli JKSH hendaklah menimbang dan memilih harga yang paling menguntungkan kerajaan. Perbincangan dan keputusan JKSH hendaklah dicatat dalam minit dan ditandatangani oleh pengerusi dan ahli. Setiap keputusan hendaklah sebulat suara.

Page 50: Buku Panduan Pra

xiv) Setelah keputusan dikeluarkan, Pesanan Kerajaan/Inden Kerja hendaklah dikeluarkan dengan segera kepada pembuat/pembekal/kontraktor yang berjaya.

xv) Agensi hendaklah mengadakan satu kontrak formal bagi perolehan bekalan/perkhidmatan bermasa atau perolehan kerja untuk ditandatangan selaras dengan AP 176.1 (c).

xvi) Bon Pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan dan kerja yang bernilai melebihi RM200,000 mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

xvii) Bayaran pendahuluan boleh diberi 15% sehingga 25% daripada nilai kontrak maksimum RM50,000 atau RM100,000 yang mana berkenaan mengikut syarat-syarat tertentu. Bayaran balik pendahuluan hendaklah dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja/bekalan/perkhidmatan.

xviii) Agensi hendaklah menyediakan rekod lengkap yang mengandungi maklumat perolehan seperti nama pembuat/pembekal/kontraktor, nilai perolehan dan sebagainya. Rekod tersebut hendaklah disimpan dan dikemaskini oleh agensi dan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan

Rujukan - SPP Bil. 5 Tahun 2009

- AP 170.1, 170.3(a)-(c), 171.1, 176.1(a)-(c), 179.2(c), 180, 181.1(e), 190(b) (i) dan (ii), 190(c), 200.5(i) dan (ii), 201.1 (d) dan (e) dan AP180.2(d) dan 202.3.

c) Perolehan Secara Tender

i. Merancang perolehan Jabatan secara tahunan dengan menyenaraikan;

Jenis perolehan (bekalan/perkhidmatan)

Memastikan perolehan dirancang tidak dipecahkecil untuk mengelakkan daripada membuat pelawaan secara tender

peruntukan kewangan

Page 51: Buku Panduan Pra

Tarikh tender dipelawa

carta/jadual perancangan/pelaksanaan menentukan jangkaan proses tender dipelawa dan pertimbangan Lembaga Perolehan Kementerian Pelajaran (LPKPM)

ii. Memastikan peruntukan telah diluluskan samada daripada peruntukan belanja mengurus atau pembangunan.

iii. Memastikan Jabatan membuat pembelian dengan kontrak pusat/kontrak panel bagi perolehan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Pembelian di luar Kontrak Pusat/Kontrak Panel adalah di larang.

iv. Menubuhkan Jawatankuasa Spesifikasi (JKS) bagi menyediakan spesifikasi umum/khusus/teknikal untuk tiap-tiap perolehan. Pelantikan ahli JKS hendaklah dibuat secara rasmi oleh Pegawai Pengawal. Keahlian terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai yang mahir dan berkelayakkan.

iv) JKS bermesyuarat menyediakan spesifikasi dan menyediakan kriteria Penilaian Teknikal.

v) Menyediakan dokumen tender yang lengkap mengandungi maklumat arahan kepada petender, spesifikasi dan lain-lain maklumat yang diperlukan.

vi) Mengiklankan tender di akhbar sekurang-kurangnya satu akhbar utama Bahasa melayu dan bagi tender antarabangsa pula diiklankan sekurang-kurangnya dua akhbar harian utama dengan satu Bahasa Melayu dan satu akhbar Bahasa Inggeris. Kandungan iklan seperti;

a) Nama agensib) Tajuk tenderc) Jenis tenderd) Syarat-syarat kelayakan pretendere) Tempat, tarikh dan masa dokumen dijualf) Tempat, tarikh dan masa lawatan tapakg) Tempat, tarikh dan masa tutup tender

Page 52: Buku Panduan Pra

* Tarikh tutup tender hendaklah sekurang-kurangnya 21 hari daripada tarikh dokumen dijual atau tarikh lawatan tapak

vii) Menyediakan peti tender dan diletakkkan di tempat strategik, dilabel dengan tajuk, tarikh dan masa ditutup. Memastikan peti tawaran dikunci dengan dua kunci yang berbeza dan dipegang secara berasingan oleh dua pegawai.

viii) Tender ditutup tepat pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tender yang lewat diterima dicatat perkataan “LEWAT”.

ix) Jawatankuasa Pembuka Tender (JKPT) hendaklah membuka tender sebaik sahaja tender ditutup. JKPT hendaklah dilantik secara bertulis oleh Ketua Jabatan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua pegawai yang mana salah seorang daripadanya pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional.

x) Tugas JKPT adalah membuka tender dan memastikan segala prosidur pembukaan tender dipatuhi.

xi) Mempamerkan Jadual Pembukaan Tender di papan kenyataan agensi tanpa nama petender.

xii) Penilaian tender dibuat oleh dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penilaian Teknikal (JKP Teknikal) dan Jawatankuasa Penilaian Harga (JKP Harga). Ahli JKP Teknikal dan JKP Harga hendaklah dilantik secara rasmi oleh Ketua Jabatan. Keahlian JKP Teknikal hendaklah tidak kurang dari tiga orang, iaitu seorang pengerusi dan dua ahli. Manakala JKP Harga hendaklah tidak kurang daripada dua orang, iaitu seorang pengerusi dan seorang ahli.

xiii) Ahli jawatankuasa penilaian hendaklah terdiri pegawai yang mahir, berpengalaman dan berkelayakan tentang barangan/perkhidmatan yang ditender.

xiv) Ahli JKP Teknikal perlu membuat penilaian terperinci berdasarkan kepada spesifikasi perolehan yang telah ditetapkan dalam dokumen tender manakala ahli JKP Harga perlu membuat penilaian harga berdasarkan perkara seperti syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh, diskaun, harga pasaran terbuka, keupayaan pretender dan lain-lain.

xv) Tempoh penilaian hendaklah disiapkan tidak melebihi tiga puluh hari (30) dari tarikh tawaran dikemukakan kepada jawatankuasa penilaian.

Page 53: Buku Panduan Pra

xvi) Menyediakan Kertas Taklimat Tender dan membentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Tender.

xvii) Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada petender yang berjaya.

xviii) Mendapatkan Bon Pelaksanaan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh SST.

xix) Menyediakan dokumen kontrak untuk ditandatangan oleh pihak Kerajaan dan pihak kontraktor.

xx) Melaksanakan pentadbiran kontrak

Rujukan - SPP Bil. 5 Tahun 2007 - Surat Perbendaharaan S/K.KEW/PK/PP/1100/ 000000/10/31 JLD.23 SK.9(26)

bertarikh 24 April 2008

8.6. PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

8.6.1. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)

a) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) bermaksud pengurusan Harta Modal dan Inventori yang meliputi tatacara pengurusan perkara-perkara seperti;-

Penerimaan Aset Pendaftaran Aset Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Penyelenggaraan Aset Pelupusan Aset Kehilangan dan hapus kira

8.6.2. Pegawai Yang Terlibat Dalam Pengurusan Aset

a) Pelantikan Oleh Pegawai Pengawal

Page 54: Buku Panduan Pra

i) Pelantikan pegawai-pegawai aset oleh Pengawai Pengawal adalah seperti berikut;

Bil Pelantikan Tempoh Bilangan Pegawai

1. Pegawai Aset Tiada had tempoh

Seorang setiap PTJ

2. Pegawai Pemeriksa Dua Tahun Sekurang-kurang 2 orang

3. Lembaga Pemeriksa Dua Tahun Sekurang-kurang 2 orang

4. Pemverifikasi Stok Dua Tahun Sekurang-kurang 2 orang

5. Jawatankuasa Penyiasat Mengikut Keperluan

Sekurang-kurang 2 orang

b) Pelantikan Pegawai Aset Oleh Ketua Jabatan

i) Pelantikan pegawai-pegawai aset oleh Ketua Jabatan adalah seperti berikut:

Bil Pelantikan Tempoh Bilangan Pegawai

1. Pegawai Penerima Tiada had tempoh

Seorang setiap PTJ

2. Pegawai Stor Tiada had tempoh

Seorang setiap PTJ

3. Pegawai Pengangkutan Tiada had tempoh

Seorang setiap PTJ

c) Kaedah Pelantikan

i) Secara manual: danii) Melalui Sistem Pelantikan Pegawai Aset

Page 55: Buku Panduan Pra

d) Maklumat Untuk Pelantikan

i) Nama;ii) Jawatan dan gred;iii) No. Kad Pengenalan; daniv) Kementerian/Jabatan.

e) Lembaga Pemeriksa

i) Keanggotaan

Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai (1 pengerusi dan 1 ahli) yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan aset berkenaan;

Mempunyai kepakaran memeriksa aset jika perlu;

Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Anggota Kumpulan Sokongan 1 atau yang setaraf;

Pegawai dari Kementerian/Jabatan lain boleh dilantik jika perlu; dan

Menandatangani KEW.PA-17 dan dikemukakan kepada Urus Setia (BPPA)

ii) Tugas Semasa Pemeriksaan

Menyediakan dan mengemukakan Jadual Pelupusan kepada Urus Setia Pelupusan Jabatan;

Memerikasa aset dan rekod dalam tempoh 1 bulan Memastikan maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan yang hendak dilupuskan dikeluarkan;

Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-17);

Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai; dan

Menandatangani kepada Urus Setia.

Page 56: Buku Panduan Pra

f) Jawatankuasa Penyiasat

Jawatankuasa Penyiasat Hendaklah dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal menggunakan borang KEW.PA-29 dengan segera dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal ditandatangani.

i) Keanggotaan

Pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan itu bukan daripada Bahagian/Unit yang sama;

Pegawai berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang terlibat; dan

Sekurang-kurangnya 2 orang ahli di mana pegawai lebih kanan sebagai Pengerusi.

ii) Tugas Jawatankuasa Penyiasat

Menjalankan siasatan dengan segera selepas pelantikan;

Memeriksa sendiri tempat kejadian;

Meneliti Laporan Polis yang dibuat mengenai kehilangan;

Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang;

Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset Alih (TPA) dan Arahan keselamatan dipatuhi;

Mengenalpasti kelemahan yang wujud;

Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak berulang kejadian kehilangan; dan

Menyediakan dan menandatangani Laporan Akhir.

8.6.3. Penerimaan

a) Peraturan Penerimaan Daripada Pembekal

Page 57: Buku Panduan Pra

i) Tindakan Sebelum Terima Aset

Menyemak Pesanan Penghantaran (Delivery Order) dan Pesanan kerajaan (Local Order) dan memastikan barangan yang diterima menepati spesifikasi dan kuantiti yang telah ditentukan;

Memastikan barang diterima diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta oleh Pegawai Penerima dan disaksikan oleh Pegawai Lain sebelum disahkan penerimaan; dan

Mendapatkan Surat Jaminan dan manual penggunaan / penyelengaraan daripada pembekal.

ii. Tindakan Semasa Terima Aset

Sahkan penerimaan – Tandatangan Sijil Akuan Penerimaan (SAP)

Memberikan pengesahan bersyarat “Diterima dengan syarat ianya diperiksa, dikira, diukur, ditimbang dan diuji”; dan

Jika terdapat kerosakan/perselisihan – isi borang KEW.PA-1 (Laporan Penerimaan)

iii. Tindakan Selepas Terima Aset

Pendaftaran

8.6.4. Pendaftaran

a) Peraturan Pendaftaran Aset

i) Pendaftaran aset hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.

b) Punca Maklumat

i) Aset Yang Dibeli Pesanan Rasmi Kerajaan; Nota Serahan;

Page 58: Buku Panduan Pra

Invois; Dokumen Kontrak; Kad Jaminan; Manual Pengguna; dan Dokumen lain yang berkaitan

ii) Aset Yang Disewa Beli

Surat Ikatan Perjanjian; dan Dokumen lain yang berkaitan.

iii) Aset Yang Diterima daripada Sumber Lain

Salinan Daftar jika diterima secara pindahan; Salinan surat kelulusan menerima hadiah; dan Salinan Sijil Lucut Hak oleh mahkamah.

iv) Aset Yang Belum Berdaftar

Sekiranya tiada punca maklumat, pendaftaran berasaskan maklumat di fizikal aset atau sumber-sumber lain yang berkaitan.

c) Dokumen Pendaftaran

Pendaftaran aset yang perlu direkodkan adalah seperti berikut:

i) Borang Daftar Harta Modal (KEW.PA-2); dan

ii) Borang Daftar Inventori (KEW.PA-3)

iii) Pendaftaran melalui sistem berkomputer Format yang sama diguna pakai; Daftar hendaklah dicetak; dan Ditandatangani oleh Ketua Jabatan

d) Urusan Pendaftaran

Page 59: Buku Panduan Pra

Tindakan atas urusan pendaftaran adalah seperti berikut:

i) Didaftar oleh Pegawai Aset di Kementerian/Jabatan/PTJ menggunakan Borang KEW.PA-2 dan KEW-PA-3;

ii) Satu Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) dan Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) disediakan;

iii) Salinan KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 dikemukakan secara tahunan seperti berikut

Pendaftaran di peringkat PTJ dikemukakan kepada Jabatan atau Ibu Pejabat;

Pendaftaran Peringkat Jabatan, kumpulkan senarai daftar PTJ beserta senarai daftar Jabatan dan kemukakan kepada Kementerian; dan

Pendaftaran di peringkat Kementerian, kumpulkan senarai daftar PTJ, Jabatan dan Kementerian bagi membolehkan Kementerian mengetahui dan memantau keseluruhan aset dibawah kawalan.

iv) Daftar aset dikemaskini bila berlaku: Penambahan / penggantian / penaiktarafan; Pemeriksaan aset; Pelupusan; dan Hapus kira

e) Pelabelan Aset Tatacara pelabelan aset dibuat seperti berikut;

Contoh

KPM/SKCA/ABB2076/H/08/0001

Penjelasan

Kod Definasi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 60: Buku Panduan Pra

SKCA08 - Bahagian Perolehan dan Pengurusan AsetABB2076 - Kod Tambahan (jika perlu)H - H-Harta Modal atau I-Harta Inventori08 - Tahun Perolehan Aset0001 - Bilangan atau No. siri

9.6.5 Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

a) Penggunaan

i) Bagi tujuan rasmi sahaja;

ii) Mengikut fungsi sebenar dalam manual;

iii) Dikendalikan oleh Pegawai yang mahir dan berkelayakan;

iv) Perlu direkodkan; dan

Page 61: Buku Panduan Pra

v) Melaporkan kerosakan dalam Borang Aduan Kerosakan (KEW.PA-9)

vi) Aset yang dibawa keluar dari pejabat hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ketua Jabatan. Aset dipulangkan semula sebaik selesai penggunaanya atau mengikut tempoh kelulusan mana lebih awal;

vii) Peraturan mengenai pengunaan, pengurusan dan penyelengaraan kenderaan adalah mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa; daN

viii) Pergerakkan aset; Pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada Buku Daftar Pergerakan Harta

Modal dan Inventori (KEW.PA-6).

b) Penyimpanan

i) Aset hendaklah sentiasa disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai bertanggungjawab. Arahan Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi;

ii) Setiap pegawai adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset di bawah tanggungjawab;

iii) Aset yang menarik atau bernilai tinggi hendaklah sentiasa di bawah kawalan maksima;

iv) Pegawai yang gagal mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957; dan

v) Penyimpanan Daftar

KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 disimpan dalam fail kulit keras dalam kabinet berkunci. Buku KEW.PA-6 disimpan dalam kabinet berkunci. Daftar asal disimpan oleh Pegawai Aset dan salinan disimpan di lokasi.

Page 62: Buku Panduan Pra

c) Pemeriksaan

i) Pemeriksaan aset dilaksanakan ke atas:

Fizikal; Rekod; dan Penempatan

ii) Tujuan pemeriksaan adalah untuk:

Mengetahui keadaan dan prestasi aset;

Memastikan setiap aset yang mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini; dan

Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar

iii) Pegawai Pengawal melantik sekurang-kurangnya 2 orang Pegawai Pemeriksa;

iv) Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun; dan

v) Pegawai Pemeriksa mengemukakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal (KEW.PA-10) dan Laporan Pemeriksaan Inventori (KEW.PA-11) kepada Ketua Jabatan.

vi) Ketua Jabatan mengemukakan KEW.PA-10 dan KEW.PA-11 bersama-sama Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-12) kepada Pegawai Pengawal;

vii) Pegawai Pengawal dikehendaki mengemukakan KEW.PA-12 kepada Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikutnya; dan

viii) Ketua Jabatan hendaklah melakukan sendiri pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan peraturan dipatuhi.

Page 63: Buku Panduan Pra

8.7. Penyelengaraan

a) Jenis Penyelengaraan

i) Pencegahan (Preventive Maintenance) Memeriksa, menyelengara, membaiki atau menggantikan komponen atau sumber fizikal secara berjadual.

ii) Pemulihan (Corrective Maintenance) Membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal

b) Panduan Penyelengaraan

i) Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan

Menyediakan senarai aset yang memerlukan penyelengaraan (KEW.PA-13);

Merancang penyelengaraan;

Melaksanakan program penyelengaraan;

Merekod penyelengaraan;

Menilai program penyelengaraan; dan

Menyelia dan memantau penyelengaraan oleh pihak swasta.

Page 64: Buku Panduan Pra

8.8. Pelupusan

a) Dokumen untuk pelupusan

i) Pelantikan Ahli Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-15);ii) Perakuan Pelupusan (PEP) (KEW.PA-16); daniii) Laporan Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-17)

Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-17) beserta dokumen berikut:

Perakuan Pelupusan (PEP) bagi aset mekanikal, teknikal, elektrikal, elektronik dan ICT;

Surat permohonan daripada Kementerian/Jabatan/Pertubuhan bagi kaedah hadiah/pindahan; dan

Laporan Kemalangan bagi kenderaan yang terlibat dengan kemalangan

Jadual Dokumen Yang Perlu Dihantar Kepada Kuasa Melulus mengikut jenis aset seperti berikut:

Bil Jenis AsetDokumen Yang Perlu Dihantar Kepada Kuasa Melulus

1. Kenderaan KEW.PA-17KEW.PA-16 oleh JKR

2. Peralatan ICT KEW.PA-17KEW.PA-16 oleh PTM

3. Pindahan/Hadiah KEW.PA-17

Page 65: Buku Panduan Pra

Surat permohonan hadiah daripada agensi pengguna

4. Peralatan mekanikal, teknikal, elektrikal dan elektronik

KEW.PA-17KEW.PA-16 oleh pakar

b) Tindakan Semasa Melaksanakan Pelupusan

i) Label HMK dan nama Kementerian/Jabatan pada aset dipadamkan;

ii) JPJ dimaklumkan mengenai pelupusan kenderaan supaya pendaftaran kenderaan dibatalkan;

iii) Kad Pendaftaran kenderaan diserhkan kepada pembeli kecuali pelupusan secara jualan sisa;

iv) Kenderaan Kerajaan dan aset alih lain yang telah dilupus dikecualikan daripada semua jenis cukai; dan

v) Catat pada KEW.PA-2/KEW.PA-3

c) Tindakan Selepas Kelulusan Pelupusan

i) Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan mengikut kaedah yang diluluskan;

ii) Melantik 2 orang saksi bagi pelupusan kaedah pemusnahan; dan

iii) Menghantar dokumen berikut melalui urus-setia kepada Kuasa Melulus

iv) Jenis dokumen yang perlu dihantar kepada Kuasa Melulus mengikut kaedah pelupusan seperti berikut:

Bil Kaedah PelupusanDokumen Yang Perlu Dihantar Kepada Kuasa Melulus

Page 66: Buku Panduan Pra

1. Jualan secara:TenderSebut HargaLelongJualan Sisa

KEW.PA-19Resit

2. Tukar Barang (Barter Trade)Tukar Beli (Trade In)Tukar Ganti (Cannibalize)

KEW.PA-19

3. PindahanHadiah

KEW.PA-19Surat Akuan Penerimaan

4. Musnah secara:DitanamDibakarDibuangDitenggelam

KEW.PA-19KEW.PA-18

d) Pengecualian

i) Perlanjutan tempoh pelupusan danii) Pindaan kaedah pelupusan

8.9. Hapuskira

a) Tindakan Kementerian/Jabatan Selepas Kelulusan

Page 67: Buku Panduan Pra

i) Kelulusan hapus kira dicatat dalam Daftar Harta Modal atau Inventori;

ii) Maklumkan pelaksanaan tindakan hapus kira kepada Kuasa Melulus dengan mengemukakan Sijil Hapus Kira Aset (KEW,PA-31) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan;

iii) Syor surcaj/tindakan tatatertib hendaklah di bawa ke Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Kementerian/Jabatan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan Perbendaharaan; dan

iv) Maklumkan keputusan PBT ke atas syor surcaj/tatatertib kepada Perbendaharaan dalam tempoh 9 bulan dari tarikh kelulusan Perbendahraan

8.9.1. Aspek Apa Yang Perlu Diuruskan

i) Aspek Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pengurusan Aset Kerajaan

Bil. Aktiviti KekerapanPegawai Bertugas

1. Mesyuarat JKPAK Setiap 3 bulan

2. Verifikasi stok Sekurang-kurang 2 kali setahun

3. Pemantaun ke atas Agensi dibawahnya

4. Pengiraan stok Penjaga Stor

5. Pemeriksaan mengejut Ketua Jabatan

6. Pemeriksaan stok Penyelia Stor

Page 68: Buku Panduan Pra

7. Pemeriksaan harta modal dan inventori

Pegawai Pemeriksa

8. Laporan bagi pelupusan dan hapuskira

Setiap suku tahun

Sekiranya ada

8.9.2. Senarai Borang

BIL BORANG KEGUNAAN NAMA BORANG

1 KEW.PA-1 PenerimaanBorang laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan

2 KEW.PA-2

Pendaftaran

Daftar Harta Modal

3 KEW.PA-3 Daftar inventori

4 KEW.PA-4 Senarai Daftar Harta Modal

5 KEW.PA-5 Senarai Daftar Inventori

6 KEW.PA-6Daftar Pergerakkan Harta Modal Dan Inventori

7 KEW.PA-7 Senarai Aset Alih Kerajaan

8 KEW.PA-8Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori Bagi Tahun….

9 KEW.PA-9Pengunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

Borang Aduan Kerosakkan Aset Alih Kerajaan

10 KEW.PA-10

Laporan Pemeriksaan Harta

Page 69: Buku Panduan Pra

BIL BORANG KEGUNAAN NAMA BORANG

11KEW.PA-11

Laporan Pemeriksaan Inventori

12KEW.PA-12

Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori

13KEW.PA-13

Penyelengaraan

Senarai Aset Memerlukan Penyelengaraan

14KEW.PA-14

Daftar Penyelengaraan Harta Modal

15KEW.PA-15

Pelupusan

Surat Lantikan Ahli Lembaga Pemeriksa

16KEW.PA-16

Perakuan Pelupusan

17KEW.PA-17

Laporan Pemeriksaan

18KEW.PA-18

Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih

19KEW.PA-19

Sijil Pelupusan Aset

20KEW.PA-20

Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan

21KEW.PA-21

Kenyataan Tawaran Tender

22KEW.PA-22

Borang Tender Pelupusan Aset Alih Kerajaan

23KEW.PA-23

Jadual Tender Pelupusan

24 KEW.PA- Kenyataan Tawaran Sebut Harga

Page 70: Buku Panduan Pra

BIL BORANG KEGUNAAN NAMA BORANG

24 Pelupusan Aset Alih Kerajaan

25KEW.PA-25

Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan

26KEW.PA-26

Jadual Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan

27KEW.PA-27

Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih Kerajaan

28KEW.PA-28

Kehilangan dan Hapuskira

Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan

29KEW.PA-29

Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat

30KEW.PA-30

Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih Kerajaan

31KEW.PA-31

Sijil Hapuskira Aset Alih Kerajaan

32KEW.PA-32

Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib

8.10 PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR

Pembaikan ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihkan sesuatu kerosakan atau kecacatan kepada keadaan sedia. Penyelengaraan ialah aktiviti yang dilaksanakan untuk memelihara sesuatu keadaan supaya kekal dalam keadaan asal.

Kategori Pembaikan dan Penyelengaraan

8.10.1. Bangunan

Page 71: Buku Panduan Pra

a) Pembaikan dan Penyelengaraan bangunan meliputi kategori seperti berikut:

i. BangunanII Bangunan Pentadbiraniii Bilik Darjahiv Bilik Kuliahv. Bilik Kesihatanvi. Bilik kaunselingvii. Stusioviii. Bilik Muzikix. Makmal Sainsx. Makmal Komputer

xi. Surauxii Bengkel Kejuruteraanxiii. Bilik Kemahiran Hidupxiv. Asramaxv. Dewan Makanxvi. Dewan Serbagunaxvii. Dataran Kejatxviii. Pondok Pengawal

8.10.2. Mekanikal dan Elektrikal

a) Pembaikan dan Penyelengaraan Mekanikal dan Elektrik meliputi kategori seperti berikut;

Mekanikal Sistem

Pencegah Kebakaran

Sistem Perpaipan

Ssitem Kumbahan

Lif Kebuk

Elektrik Sistem

Pendawaian Lampu Suis Soket Kota suis

Infrastruktur Padang Astaka Cerun Pagar Jalan masuk Garaj

Page 72: Buku Panduan Pra

Wasap

8.10.3 Jenis-Jenis Penyelengaraan

a. Terdapat dua (2) jenis penyelengaraan

i) Pembaikan dan penyelengaraan biasa Kerja-kerja pembaikan dan penyelengaraan kecil yang menggunakan peruntukan dibawah Objek Sebagai (OS)

28000 yang melibatkan kerja-kerja penjagaan bangunan termasuk kerja mencuci dan mengecat yang tidak bermaksud untuk mengubah fungsi asal bangunan/peralatan dan menaikan nilai sesuatu aset tetapi hanya untuk mengekalkan ia dalam keadaan baik. Contoh pembaikan seperti pembaikan pintu, tingkap, dinding, bilik darjah, bumbung, siling, pendawaian elektrik, sistem kumbahan, perpaipan, mengecat dan lain-lain.

Kerja-kerja pembaikan bangunan yang menggunakan peruntukan dibawah Objek Sebagai 32000 yang melibatkan kerja-kerja untuk mendapatkan bangunan, pembaikan besar keatas bangunan dan bayaran semua kos yang berkaitan dengan mendapatkan bangunan. Contoh pembaikan seperti tandas, kantin, dewan makan, stor, surau, pondok pengawal, pagar batu, tempat wuduk, laluan gajah menyusur dan lain-lain.

ii. Pembaikan bagi kerja-kerja kecemasan (darurat)

Pembaikan yang melibatkan bencana alam ke atas aset kerajaan seperti banjir, kebakaran, ribut, keruntuhan cerun, mendapan tanah, keretakkan struktur dan kerosakan lain yang mengancam keselamatan jika tidak diperbaiki segera. Contoh pembaikan seperti membina semula cerun runtuh, membina sistem perparitan, membaiki bangunan terbakar dan lain-lain.

b) Contoh Sumber Peruntukan Mengikut Jenis-Jenis Kerosakan

i) Objek Sebagai 28000 Kerosakan pintu, tingkap, dinding, bilik darjah, bumbung, siling, pendaiwaian elektrik, sistem kumbahan,

perpaipan dan mengecat.

ii) Objek Sebagai 32000

Page 73: Buku Panduan Pra

Kerosakan tandas, kantin, dewan makan, bilik darjah, stor, surau, pondok pengawal, pagar batu, tempat wuduk dan laluan gajah menyusur

iii) Kecemasan Cerun runtuh, banjir, ribut dan bangunan terbakar

8.10.4. Tatacara Permohonan Peruntukan Pembaikan dan Penyelengaraan Biasa

Sekolah/Institusi Pendidikan memohon peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang diperlukan

Kemukakan permohonan kepada PPD/JPN/KPM

PPD/JPN menyemak permohonan

BPPA terima dan semak permohonan JPN/Bahagian serta menimbang permohonan untuk agihan peruntukan

JPN mengemukakan permohonan kepada BPPA untuk kelulusan peruntukan

Mengenalpasti objek sebagai samada di bawah OS 28000 atau OS 32000

Mengadakan lawatan tapak bagi menganggarkan kos untuk dikemukakan kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset ( BPPA), KPM

BPPA akan mengeluarkan waran peruntukan kepada JPN/Bahagian

Page 74: Buku Panduan Pra

8.10.5. Tatacara Permohonan Peruntukan Pembaikan Secara Darurat (Kecemasan)

Page 75: Buku Panduan Pra

KEW.PS-3

KAD KAWALAN STOK No. Kad: 01..

(Tatacara Pengurusan Stor 53)

Perihal Stok : Kertas A 4 Fotostat.

BAHAGIAN A

No. Kod   KA4F       Kumpulan A  

Unit Pengukuran RIM       Gerakan AKTIF  

Lokasi                

Stor Pusat

Gudang: Baris: Rak: Tingkat: Petak:      

                 

Stor Utama

Seksyen: Baris Rak. Tingkat: Petak:      

                 

                 

      PARAS STOK

         

TAHUNMAKSIMUM MENOKOK MINIMUM

(Kuantiti) (Kuantiti) (Kuantiti)

2009 500   100     50

                 

                 

                 

TERIMAAN STOK SUKU TAHUN

TAHUNPERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT

KuantitiNilai (RM)

KuantitiNilai (RM)

Kuantiti Nilai (RM) Kuantiti Nilai (RM)

2009 300 3000.00            

                 

                 

KELUARAN STOK SUKU TAHUN

TAHUNPERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT

KuantitiNilai (RM)

KuantitiNilai (RM)

Kuantiti Nilai (RM) Kuantiti Nilai (RM)

2009 175 1750.00            

                 

                 

                 

TAHUN TERIMAAN STOK TAHUNAN KELUARAN STOK TAHUNAN

Kuantiti Nilai (RM) Kuantiti Nilai (RM)

2009                

Sekolah/Institusi Pendidikan melapor segera kejadian kecemasan ke PPD/JPN/KPM

PPD/JPN/Bahagian menyemak dan membuat lawatan tapak segera serta menganggar kos pembaiakan

PPD/JPN/Bahagian segera kemukakan laporan ke BPPA

BPPA akan melaporkan kepadaPerbendaharaan berkaitan perolehan darurat yang telah/akan dilakasanakan dalam tampoh satu blulan

AP 173.2 adalah menggunakan peruntukan sedia adaAP 55 tiada peruntukan dan perlu memohon kepada perbendaharaan

BPPA menyemak peruntukan dan akan mendapatkan kelulusan pegawai pengawal

Page 76: Buku Panduan Pra

                           

  BAHAGIAN B  

  Transaksi Stok  

   

 Tarikh No.PK/BTP/BPPS

Terima Daripada / Keluar

TERIMAAN KELUARAN BAKI Tanda Tangan Pegawai

 

  Kuantiti Seunit Jumlah Kuantiti Seunit Jumlah Kuantiti Jumlah  

Page 77: Buku Panduan Pra

kepada (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) Stor   

   

  01.01.2010 BAKI J3               - -    

 05.01.2010 CJB473447

SYKT. ABC

100 10.00 1000.00         1000.00   

 05.01.2010 BPS01/10

Bilik Cetak 1

      100 10.00 1000.00 - -   

 10.02.2010 CJB473448

SYKT. XYZ

200 10.00 2000.00       200 2000.00   

 10.02.2010 BPS02/10

Bilik Cetak 1

      200 10.00 2000.00 - -   

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

   

 Nota: PK = Pesanan Kerajaan

BTB = Borang Terimaan Barang-barang  

  BPPS = Borang Pesanan Pengeluaran Stok  

   

   

KEW.PS - 4

KAD PETAK(Tatacara Pengurusan Stor 53)

Ruj. Kawalan Stok* :

     Nombor Kod:

KLO    

Perihal Stok :   KLOROFOM        

Kumpulan Stok : A Lokasi Stok:  BILIK MAKMAL (1) A102

   

Bil. Tarikh No. Ruj. BTB atau No.Ruj. BPPS 

  Kuantiti   Tandatangan

    Terima Keluar BakiPegawai Stor

1 01.01.2010 Dipindah dari J4 25 252 05.01.2010 BPS 01/10 100 1253 08.01.2010 BPS(D) 01/10 (Ali) 25 1004 10.02.2010 BPS02/10   200 300

5 11.02.2010BPS(D) 02/10 (Ali)

  150 150

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Baki dipindahkan ke hadapan    

Nota :

* Di isi oleh Stor Pusat/Utama sahajaBTB - Borang Terimaan Barang-Barang (KEW. PS-1)BPPS - Borang Pesanan Pengeluaran Stok (KEW.PS.10/KEW.PS-11)

Page 78: Buku Panduan Pra

Lampiran

             

  KEW.PS - 5  

   

  SENARAI DAFTAR KAD KAWALAN STOK  

  (Tatacara Pengurusan Stor 61)  

   

  Bil. No. Kad No. Kod Perihal StokTandatangan Pegawai Stor

 

          Dan Tarikh  

  1 01 KA4F KERTAS A 4 FOTOSTAT    

  2 02 KF4F KERTAS F 4 FOTOSTAT    

  3          

  4          

  5          

  6          

  7          

  8          

  9          

  10          

             

             

             

             

             

             

             

             

             

Page 79: Buku Panduan Pra

             

             

             

             

             

             

             

             

             

             

             

             

Mohamed Shoib Bin IbrahimSektor Pengurusan PrasekolahBahagian Pengurusan Sekolah HarianKementerian Pelajaran Malaysia.

Page 80: Buku Panduan Pra