aktiviti pra bacaan

Upload: khairyl-amre

Post on 15-Jul-2015

1.448 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI PRA BACAAN Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 1. pengamatan penglihatan 2. pendengaran 3. pergerakan mata & tangan. KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakn KEMAHIRAN PENDENGARAN Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanakkanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca. KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini

bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.

1. 2. 3.

1.

2.

KAEDAH MENGAJAR BACAAN Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak. Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga: Kaedah bunyi/ fonetik Kaedah huruf Kaedah pandang dan sebut KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu: Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contohnya: ba + pa = bapa Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa Kekuatan Kelemahan Sesuai denagn susuk bahasa Melayu Bacaan murid-murid tidak licin. Ini adalah terdiri daripada suku-suku kata disebabkan perhatian murid-murid itu yang hampir tetap bunyinya. tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak Tidak menarik hati kerana suku-suku kata membaca perkataan-perkataan baharu yang diajar itu tidak mempunyaai makna walaupun perkataan-perkataan itu diluar yang nyata pada mereka. perbendaharaan kata mereka. KAEDAH HURUF Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan

disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Vokal a a i Konsonan s y l r Gabungan sa ya la ri Vokal dan Konsonan Perkataan saya lari Kekuatan Kelemahan 1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar kerana bahasa Malaysia terdiri daripada tanpa memahami apa yang dibacanya. suku-suku kata yang hampir tetap Mereka hanya mementingkan sebutan dan bunyinya kelancaran membaca. 2 Membolehkan kanak-kanak membaca 2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat perkataan-perkataan baharu, walaupun membaca sambil mengeja menyebabkan belum mempelajarinya kerana mereka mereka membaca merangkak-rangkak. dapat mengenal huruf-huruf dan Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan membunyikan vokal dan konsonan kehendak pendidikan dan psikologi muriddengan baik. murid kerana pengajaran tidak secara 3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang keseluruhan yang bermakna. kukuh dalam membaca. 3. Boleh membosankan murid-murid 4 Tercapai kecekapan dan kemahiran terutama apabila mereka diberi latih tubi membaca serta member keyakinan yang berlebihan. kepada murid-murid KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah emgeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Peringkat 1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. 2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kekuatan Kelemahan 1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak- 1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kanak kerana mereka mempelajari sesuatu kepada perkataan, rangkai kata dan ayatcara keseluruhan, menarik minat muridayat yang telah diajar sahaja murid. 2 Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-

2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian- 3 bahagiannya 3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. 4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca 4 dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

ktiviti PratulisanAKTIVITI PRATULISAAN Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkaraperkara berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

a) b) c) d)

Strategi pengajaran pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. a. Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.

Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. Menggenggam dan merasa bola. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula. b. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. vi. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya. c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki: i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran. ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnyajigsaw puzzle. iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. vi. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. vii. Mencantum arah jalan atau aliran sungai. viii. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. ix. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. x. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. xii. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

iii. iv. v.

1.0 ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN M e m b a c a i a l a h a s a s b a g i s e m u a p e m b e l a ja r a n d a n p e n c a r i a n i l mu . Se kiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membacapada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dankejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adala . Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaanuntuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatanpendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan m enajamkandaya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan p englihatanbertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakalaaktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajamanpengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukatadan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktivitimembezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlain an didalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankanyang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktivitilain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atauurutan huruf, aktiviti bendabenda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkanhuruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkanmobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyaklagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengai tkanhuruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti Di Man

PrabacaanMembaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti Di Manakah Saya, Permainan Kad Nama, Pokok Nama dan aktiviti membina perkataan, Kaedah Abjad Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata. Kaedah Suku Kata Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kaedah Pandang dan Sebut

Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah Fonik Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar). Aktiviti membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap. Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti Di Manakah Saya, Permainan Kad Nama, Pokok Nama dan aktiviti membina perkataan, Kaedah Abjad Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu

mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata. Kaedah Suku Kata Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kaedah Pandang dan Sebut Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah Fonik Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar). Aktiviti membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap.

LITERASI BAHASA( PEMULIHAN BACAAN)Pemulihan Membaca. Pengenalan Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. b) Faktor yang ada pada bahan bacaan. Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik. Aktiviti Pemulihan Bacaan. 1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut 4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan 4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan

Aktiviti Pemulihan TulisanPada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis

dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M. Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

4.2 Pemulihan membaca 4.2.1 Saringan dan diagnosis. Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut : 1. memerhatikan murid yang sedang membaca. 2. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru. 3. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. 4. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca. 5. memberi ujian tara. 6. memberi ujian yang direka oleh guru. 7. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan). Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. 1. Memerhatikan murid yang sedang membaca. Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut : a. Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya. b. Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu. c. Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan. d. Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca. e. Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca. Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara-perkara seperti diatas haruslah dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan membaca. 2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca. Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid. Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca. Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru. Nama murid : . Tarikh : .. 1. Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah?

2. Adakah anda suka membaca majalah dan buku? 3. Apakah jenis buku yang anda suka baca? Riwayat hidup Pengembaraan Cerita binatang Dongeng Berita 4. Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dan tandakan buku yang anda suka. 5. Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca? 6. Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa? 7. Kerja sekolah jenis apa yang anda suka? 8. Apakah cita-cita anda apabila dewasa? 3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagaibagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang. 4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca. Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut : a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan tulisan. b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yang sedikit ketika membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat. Contohnya seorang murid darjah dua di Amerika Syarikat didapati telah membuat 200 perhentian (lompatan) untuk membaca 100 perkataan (20 perhentian untuk 10 perkataan), manakala seorang murid berkebolehan biasa di Gred 8 di Amerika Syarikat ( tingkatan 2 di Malaysia) membuat 93 perhentian untuk membaca jumlah perkataan yang sama. Dari kiraan ini, murid darjah dua tadi membuat 50 pematahan balik untuk 100 perkataan (5 pematahan balik untuk 10 perkataan), manakala murid tingkatan dua membuat 17 pematahan balik untuk 100 perkataan seperti yang digambarkan dalam rajah berikut : Pergerakan mata ketika membaca untuk murid darjah dua. 10 perkataan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 llllllllll = 10 perhentian = 15 pematahan balik = 10 perhentian llllllllll jumlah : 20 perhentian 5 pematahan balik

Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untuk beberapa proses yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, tidaklah betul jika matlamat pengajaran pemulihan ialah untuk melatih pergerakan mata sematamata. Rancangan pemulihan harus memberi pengalaman membaca kepada murid-murid tertentu. Rekod pergerakan mata seperti ini harus digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca dengan maklumat, atau bukti dari ujian dan cara mengesan yang lain. Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang paling mudah dan paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa. Cermin diletakkan di sebelah kiri halaman buku, dan murid disuruh membaca halaman kanan. Guru berdiri di belakang murid dan mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata murid tersebut ketika membaca. Untuk memudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan pematahan balik dikira kemudian, atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan menjadi mudah dan keputusan yang diperolehi amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlah purata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid berkebolehan biasa dari Gred 1 hingga ke maktab di Amerika Syarikat. Jadual ini adalah untuk panduan kasar semata-mata, kerana data tempatan tidak diperolehi. Purata pergerakan mata untuk murid-murid dari berbagai-bagai darjah. Perhentian untuk 100 perkataan 1 250 2 200 3 175 4 140 5 125 6 120 7 115 Menengah atas 93 Maktab 80 Pematahan balik untuk 100 perkataan 60 50 40 30 25 23 21 17 10 5. Memberi ujian tara Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membaca seorang murid, tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikat berpandukan data murid-murid disana. Tambahan pula ujian ini menguji pembacaan di dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, berikut diturunkan di antara ujian-ujian bacaan yang lazim digunakan untuk pengetahuan dan makluman

sahaja. a. Gates Primary Reading Test : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred 1,2, dan 3. Masa pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit. b. Gates Reading Survey for grades 3 to 10 : Ujian ini menguji empat aspek pembacaan iaitu perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, dan ketepatan. c. Iowa Silent Reading Test : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga 8. d. SRA Reading Record : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8 hingga 13. Ujian ini menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan, kefahaman, maksud perenggan, membaca direktori, membaca peta, jadual, graf, membaca iklan, penggunaan indeks, perbendaharaan kata teknikal, makna ayat, dan perbendaharaan kata am. 6. Memberi ujian yang direka oleh guru Berbagai-bagai cara mengesan dan menetukan kelemahan membaca dikalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan. Semua murid dalam bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teks mereka yang belum dibaca mereka lagi. Semua murid disuruh mula membaca pada masa yang sama, dan disuruh membaca dengan cepat. Kemudian setelah 10 atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti membaca, dan disuruh menandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan yang dibaca dan masa yang digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semua murid dalam bilik darjah tersebut. Untuk menentukan bahawa murid faham bahan yang dibaca, mereka boleh disuruh menjawab soalan mengenai perkara yang dibaca. Bahan-bahan lain, selain dari buku teks seperti majalah, surat khabar, novel, atau bahan bacaan yang sesuai boleh digunakan. Sebaik-baiknya, semua murid harus membaca bahan yang sama. Untuk menguji kefahaman sahaja, amatlah baik jika masa yang digunakan oleh murid tidak dihadkan, kerana ujian tersebut bertujuan menguji sama ada murid benar-benar faham bahan yang dibacanya. Jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman adalah seperti berikut : a. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta semata-mata. b. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta yang dimaksudkan, atau tidak begiti nyata dalam bacaan. c. Soalan yang menguji sama ada murid dapat mengumpulkan maklumat penting dalam sesuatu perenggan. d. Soalan yang menilai kebolehan membaca dan memahami soalan. e. Soalan yang menguji pengetahuan murid mengenai makna perkataan. Dari ujian-ujian ini, guru bilik darjah dapat membuat skel norma atau purata bagi pembacaan untuk darjahnya atau untuk sekolahnya. 7. Memilih murid untuk pengajaran pemulihan (tambahan) Setelah murid diberi ujian ( berbagai-bagai cara lain ) untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca, guru harus memilih murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Walaupun demikian, perlu ditegaskan di sini bahawa semua murid perlu memperbaiki teknik membacanya, tidak kira sama ada murid tersebut perlu pengajaran pemulihan, atau tidak. Murid-murid yang berkebolehan biasa dan berkebolehan lebih tinggi dalam bilik darjahnya harus diberi pengajaran biasa. Untuk murid yang jauh ketinggalan dan tiada harapan untuk mengejar kemajuan rakannya dalam darjah yang sama. Mereka ini harus diberi pengajaran asing atau mereka harus disatukan dengan murid yang sama kebolehan untuk diberi pengajaran pemulihan. Perkara ini harus dimulakan pada awal tahun supaya masa tidak terbuang, dan pengajaran pemulihan dapat dimulakan awal-awal lagi. 4.3 Kaedah pengajaran pemulihan membaca dan penilaiannya. 4.3.1 Teknik am Pengajaran pemulihan ( iaitu kaedah, rancangan dan penilaiannya) harus dilaksanakan berdasarkan maklumat dari saringan dan diagnosis. Jika kecacatan fizikal yang menyebabkan kelemahan itu (

masalah penglihatan, pendengaran, kekurangan makanan, atau zat makanan, atau penyakit teruk) maka masalah ini harus dirujuk kepada pihak berkenaan (klinik atau hospital). Kira-kira 95 % masalah penglihatan dapat diatasi dengan penggunaan kaca mata. Walau bagaimanapun, kerja pengajaran pemulihan harus jangan dimulakan kiranya masalah fizikal murid yang sepatutnya dapat dirawati, masih belum diberi pertolongan. Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa murid tersebut amatlah lembab dari segi kebolehan mental, maka guru harus mengajarnya lebih perlahan dengan menggunakan contoh dan unit-unit konkrit dalam usaha membina perbendaharaan kata mereka. Oleh kerana murid lembab ini biasanya tidak suka membaca, kerana terpaksa membaca bahan bacaan yang terlalu susah untuknya, maka berikut dikemukakan langkah-langkah untuk panduan guru bagi mengatasi masalah ini. a. Bincangkan perkara mengenai buku, di mana hendak mendapatkannya, dan maklumat-maklumat seronok yang terkandung di dalamnya. b. Suruh murid membaca buku yang senang dan seronok baginya tanpa meminta ringkasan buku tersebut. c. Tolong murid mencari dan memilih buku yang senang dan seronok baginya. Cerita pendek, dongeng dan riwayat yang mengandungi perbendaharaan kata terhad amatlah sesuai untuk murid ini. d. Berikan projek kecil, atau aktiviti yang memerlukan pembacaan. Jika masalah yang dihadapi oleh murid berpunca dari rumah, guru yang bijaksana mungkin dapat menemui ibu bapa murid tersebut untuk mengurangkan masalah ini jika masalah tersebut dapat dikawal. Semua data yang dikumpulkan dari usaha saringan dan diagnosis harus dipertimbangkan dan digunakan untuk merancang sesuatu rancangan pemulihan. Setip murid yang lemah amatlah berbeza jika dibandingkan dengan murid lemah yang lain. Rancangan pemulihan dan seterusnya teknik mengajar haruslah berpandukan maklumat setiap murid dalam rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, ada beberapa prinsip asas yang boleh digunakan. a. Mulakan pengajaran di tahap kebolehan murid. Kesilapan yang sering dibuat oleh guru ialah menganggap bahawa seseorang murid itu mengetahui lebih daripada kebolehannya yang sebenar. Bahan yang baru dan lebih tinggi tidak dapat dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai. b. Murid harus diberitahu selalu mengenai kemajuannya. Kemajuan murid harus ditunjukkan kepada murid tersebut dengan menggunakan graf, carta atau rekod-rekod lain. Ini akan menggalakkan murid tersebut berusaha lagi. c. Kerja, atau pelajaran yang diikuti oleh murid harus penting baginya dan mirip kepada keadaan sebenar. Latihan mengenai sesuatu semata-mata untuk latihan sahaja tanpa memasukkan perkaraperkara yang bermakna tidak akan menimbulkan kesan. Keperluan murid harus diambil kira. d. Murid harus merasa puas mengikuti pelajarannya. Latihan-latihan yang dapat melahirkan rasa puas hati murid akan mempercepatkan proses pembelajarannya lagi. e. Latihan-latihan yang banyak dan berbagai-bagai jenis harus diberikan. Murid memerlukan pengalaman yang baru. 4.3.2 Teknik khusus. Beberapa teknik khusus boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan dalam bidang membaca. Berikut diturunkan secara kasar teknik khusus yang boleh digunakan diikuti dengan pemerian tiaptiap satu secara lebih terperinci. 4.3.2.1 Teknik pengajaran pemulihan membaca. 1. Menambahkan perbendaharan kata. a. Menambahkan perbendaharaan kata yang dilihat. b. Membaca selalu. c. Penggunaan kamus. d. Kajian perkataan secara sistematik. e. Kajian punca perkataan.

2. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali. 3. Menambahkan kadar kecepatan membaca. a. Membaca untuk maklumat penting i . Latihan ii . Menyatakan tajuk utama iii . Menyatakan idea pusat. iv . Mencari ayat tajuk v . Membaca sepintas lalu. b. Membaca untuk maklumat terperinci. I. Menambahkan perbendaharaan kata Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa seseorang murid itu lemah dalam perbendaharaan kata, maka latihan latihan dalam perkara ini harus diaturkan. Ini adalah kerana aktiviti pembacaan bergantung berat kepada penguasaan makna perkataan yang mengcukupi. a. Perbendaharaan kata yang dilihat. Sebelum memulakan seseorang murid dalam sebarang rancangan pemulihan membaca, guru harus memastikan bahawa murid tersebut dapat mengenal perkataan-perkataan yang sering terdapat dalam sebarang bacaan. Dalam Bahasa Inggeris ada dua ratus dua puluh perkataan yang mewakili lebih dari 50% dari semua bahan bacaan biasa. Senarai perkataan seperti ini biasanya terdiri dari sendi nama, sendi kata, nama, adjektif, adjektif, adverba dan berbagai-bagai permainan dapat direka oleh guru bersama dengan murid untuk menguasai perkataan-perkataan biasa ini. Perkataan-perkataan itu boleh ditulis diatas kad-kad, seperti daun terup, tiap-tiap satu perkataan diatas satu kad. Kemudian dua orang murid boleh bermain dengan kad-kad ini. Seorang menjadi pemain dan seorang lagi pembantunya. Kad-kad dicampurkan dan seorang pembantu akan mengambil satu kad lalu menanya pemain. Jika pemain dapat mengenal perkataan di kad tadi, maka kad tersebut disimpan, jika tidak kad itu diasingkan dan akan disebut oleh pembantu, diikuti oleh pemain. Maklumat mengenai kemajuan pemain akan dicatatkan pada tiap-tiap akhir permainan, iaitu berapa kali betul dan salah, hinggakan semua perkataan itu dikenali. b. Membaca selalu. Cara yang paling berkesan untuk menambahkan perbendaharaan kata ialah dengan membaca selalu, dan membaca berbagai-bagai bahan bacaan. Dalam konteks sesuatu ayat, makna perkataan yang tepat mudah dipelajari. Pelajaran mengenai makna perkataan harus diperkaitkan secara langsung kepada ayat dalam konteks yang dibaca dan tidak boleh dikaji secara sendiri. c. Penggunaan kamus. Murid harus digalakkan menggunakan kamus. Bagi murid sekolah rendah, kamus yang mudah harus digunakan, tanpa simbol dan definisi makna yang membingungkan. Ujian, atau latihan yang memerlukan kemahiran menggunakan kamus boleh juga digunakan. Contohnya adalah seperti berikut : i . Aturkan perkataan-perkataan sebagaimana ia mungkin terdapat didalam kamus. ii . Cari makna yang sesuai dari kamus bagi perkataan yang bergaris. d. Kajian perkataan secara sistematik. Kesan pembacaan dapat ditambahkan lagi dengan satu rancangan yang sistematik mengenai perkataan. Perkataan yang susah mudah dipelajari dengan menggunakan latihan yang sesuai senarai berbagai-bagai latihan yang boleh digunakan adalah seperti berikut : i . Membuat senarai seerti, berlawanan, dan hononim( perkataan yang sama ejaan dan bunyi tetapi berlainan makna ). ii . Mencari perkataan lain untuk perkataan yang terlalu sering digunakan. iii . Membuat pasangan perkataan di satu senarai dengan senarai yang lain. iv . Mengisi tempat-tempat kosong dalam perenggan dalam perkataan dalam senarai. v . Menukar perkataan khusus kepada perkataan am. vi . Membuat senarai perkataan yang mewakili satu keluarga perkataan yang dibina dari punca yang sama. vii . Membuat pasangan perkataan dalam jadual tertentu seperti nama dengan adjektif, kata kerja dengan adverba, nama dengan kata kerja. viii . Menyimpan buku nota untuk perkataan, tiap-tiap satu perkataan diikuti dengan ayat.

ix . Memilih gambar dan membuat senarai perkataan yang sesuai dengan gambar tersebut. x . Mencari perkataan yang sesuai untuk perkataan percakapan biasa, seperti member, relax, best, dan sebagainya. xi . Menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan serti. Bermacam-macam lagi latihan boleh direka atas bijakpandai dan pengalaman guru. Latihan seperti ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai peringkat, atau tahap kebolehan membaca. Tahap yang rendah akan menggunakan perkataan yang mampu digunakan oleh murid ditahap itu. e. Kajian punca perkataan. Sama ada Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia banyak perkataan menggunakan imbuhan. Kajian makna asal sesuatu perkataan, iaitu tanpa menggunakan imbuhan akan memudahkan mengingati makna berbagai-bagai bentuk perkataan itu kemudian. Kemudian makna imbuhan pula harus dikaji supaya makna sesuatu ayat itu jelas difahami dari segi makna asal dan bersama dengan imbuhannya. II. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali. Murid yang kurang cekap membaca biasanya lebih banyak mengetahui makna perkataan, tetapi tidak dapat mengenalnya secara tulisan. Dalam keadaan ini, guru harus memberi murid pelajaran fonik (atau bunyi biasa). Banyak cara boleh digunakan untuk belajar menyebut bunyi perkataan, sama ada dalam Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysia. Satu daripada cara-cara itu adalah seperti berikut : w.. Apakah bunyi yang anda sebut apabila meniup lilin? r... Bagaimanakah bunyi kucing berehat? Sy Apakah bunyi yang anda sebut untuk memberi isyarat supaya Jangan bisang? C . Apakah bunyi yang anda sebut apabila bersin? OwApakah bunyi yang anda sebut apabila kesakitan? O . Apakah bunyi yang anda sebut apabila sesuatu yang tidak disangka berlaku. Gr Apakah bunyi anjing apabila ia marah? (selain dari menyalak) Banyak lagi bunyi yang dapat ditambahkan kepada senarai ini dari pengalaman guru bilik darjah. III. Menambahkan kadar kecepatan membaca. Apabila seseorang murid itu sudah mula pandai membaca, menambahkan kadar membacanya adalah perkara yang paling mudah. Kadar kecepatan membaca seseorang murid itu biasanya bergantung kepada tabiatnya. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan dan digunakan dalam usaha menambahkan kadar kecepatan membaca. a. Membaca selalu. Cara yang mudah dan yang baik untuk menambahkan kecepatan membaca iailah dengan membaca selalu bahan bacaan yang mudah dibaca dan yang seronok. Murid yang lambat membaca biasanya kurang membaca. Mereka hanya membaca buku teks sekolah yang memerlukan bacaan perlahan, dan perhatian sepenuhnya. b. Penggunaan masa yang terhad. Cara yang kedua yang mudah digunakan untuk mempercepatkan kadar membaca ialah dengan menghadkan masa membaca. Katakan sesuatu cerita, atau rencana itu memerlukan setengah jam untuk dibaca dengan kadar biasa, hadkan masa ini kepada dua puluh minit pula. Dengan cara ini, pembaca terpaksa membaca pantas supaya rencana tersebut selesai dibaca pada masa yang terhad itu. Dalam mengikuti cara ini, pada mulanya setengah-setengah makna dalam rencana itu akan kabur sedikit, tetapi lama-kelamaan perkara ini dapat diatasi. c. Penggunaan alat-bantu kadar membaca. Berbagai-bagai alat Bantu kadar membaca telah direka dan dijual di negara maju. Untuk kegunaan guru bilik darjah di negara ini, cara yang paling mudah dan murah untuk menambahkan kecepatan muridnya membaca ialah dengan menggunakan sekeping kad yang ditolak oleh guru, atau rakan murid. Sebelum menggunakan teknik ini, guru harus memastikan kadar pembacaan seseorang murid terlebih dahulu. Katakan murid tersebut mengambil masa tujuh saat untuk membaca satu baris. Masa ini boleh dikurangkan kepada enam saat. Caranya seperti berikut :

i . Suruh murid membaca sesuatu bahan seperti biasa. ii . Apabila murid tersebut telah membaca satu, atau dua baris, sekeping kad akan digunakan untuk menutup baris yang baru lalu. iii . Untuk tiap-tiap satu baris,guru harus mengira enam saat, sama ada dengan menggunakan jam, atau dengan mengira seperti satu-ribu-satu, satu-ribu-dua, dan sebagainya, hingga enam kali untuk enam saat. iv . sedikit demi sedikit masa ini boleh dikurangkan agar kadar pembacaan murid tersebut bertambah cepat. Berbagai-bagai alat lain boleh digunakan, tetapi kesemuanya menggunakan prinsip yang sama. IV. Menambahkan kefahaman membaca Tujuan utama semua rancangan membaca ialah untuk menambahkan kefahaman. Perkara yang diperkaitkan dengan kefahaman membaca ialah keadaan fizikal, rasa hati, kecerdasan akal, perbendaharaan kata, kadar membaca, pengalaman membaca, minat dan latihan dalam sesuatu bidang yang tertentu. Panduan am untuk menambahkan kefahaman tidak dapat diberikan, kerana kefahaman membaca biasanya dikaitkan dengan isi kandungan, dan kecekapan tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa keperluan membaca dapat dilatih oleh guru. a. Membaca untuk maklumat penting. Biasanya, bukan semua perkara dalam sesuatu perenggan itu penting. Murid harus dapat membaca dan mengingat perkara yang penting sahaja. Perkara lain tidak perlu diingat, dan membaca perkara yang tidak penting ini dengan teliti adalah membuang masa semata-mata. Beberapa latihan untuk mencapai matlamat ini dapat dikemukakan oleh guru. Antaranya adalah seperti berikut. i . Latihan kefahaman : seperti menanya soalan penting, maklumat penting, memberikan tajuk yang sesuai, dan sebagainya. ii . Mengarang tajuk utama : seperti contoh tajuk di surat khabar. iii . Menyatakan idea pusat : di dalam sesuatu perenggan. Berbagai-bagai bahan bacaan boleh digunakan untuk tujuan ini. iv . Mencari ayat utama : latihan mencari ayat utama dalam sesuatu perenggan harus diberikan juga. Biasanya, murid tidak tahu bahawa kebanyakan perenggan mempunyai ayat utama yang biasanya terletak di permulaan, atau di akhir perenggan. Kadang-kadang ayat ini mungkin terletak dimana-mana sahaja dalam perenggan tersebut. v . Membaca sepintas lalu : kebolehan membaca sepintas lalu harus diajar awal, khususnya untuk membolehkan murid yang sudah lancar membaca untuk memilih buku yang ingin dibacanya, atau untuk mencari maklumat penting. Membaca sebuah buku sepintas lal, bukanlah bermaksud membaca dengan penuh ertikata membaca. Apabila seseorang murid membaca sepintas lalu, ia hanya mencari maklumat yang dikehendakinya seperti, melihat jadual isi kandungan, dan melihat bab-bab tertentu secara kasar sahaja tanpa membaca tiap-tiap perkataan. Perkara-perkara kecil, seperti tajuk kecil, petikan dan sebagainya tidak perlu dibaca. Sebaik-baiknya sebelum membaca sesuatu bahan bacaan ( kecuali cerita yang seronok) maka lebih baik jika pembaca membaca bahan itu sepintas lalu secara kasar dahulu, kerana ini akan mengurangkan masa membaca bahan tersebut sepenuhnya, sebab bentuk keseluruhan bahan itu sudah diketahui. b. Membaca untuk maklumat terperinci. Kadang-kadang murid perlu juga membaca Sesuatu perkara dengan terperinci. Contohnya ialah membaca langkah-langkah tertentu untuk ujikaji, mengikuti peraturan mengenai penggunaan sesuatu alat dan sebagainya. Bacaan seperti ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya agar perkara-perkara kecil dan terperinci tidak tertinggal. Sebagai kesimpulan, guru pemulihan membaca membaca perlu mengajar, menggabungkan teknik dan bahan pengajarannya, dan menilai kemahiran yang diperlukan muridnya supaya dapat membaca. Berikut diturunkan kemahiran ini untuk panduan guru dan untuk memastikan bahawa murid tersebut telah menguasainya. i. Kemahiran dekod : kemahiran persepsi

Persepsi visual setiap huruf Persepsi visual urutan huruf Persepsi pendengaran sebutan bunyi konsonan, diftong dan dwilambang. Persepsi pendengaran perkataan dalam urutan. ii . Kemahiran dekod mengenal perhubungan fonem-grafem Analisa fonetik perkataan. Analisa struktur perkataan. Perkaitan perkataan yang dilihat dengan perkataan yang diingat dan disebut : bersama maknanya. Kemahiran membaca secara automatik. iii . Kemahiran kefahaman. Memberi makna sesuatu fakta Memahami makna satu urutan fakta ( perenggan atau cerita ) Membuat kesimpulan atau penutup Membuat atau mengingat perkara-perkara yang terperinci dalam sesuatu cerita. Membuat seperti yang diarahkan. Mengikuti satu urutan arahan (seperti dalam resepi) Mencari perhubungan yang menyebabkan sesuatu. Meramal sesuatu akan terjadi atau berlaku. Menyelesaikan masalah, termasuk mencari maklumat yang diperlukan. Menilai maklumat untuk kepentingan dan keesahannya. iv . Kemahiran belajar. Mengetahui urutan abjad Mengetahui dan dapat menggunakan berbagai-bagai bahagian buku (tajuk, jadual isi kandungan, indeks, glosari, dan sebagainya) Menggunakan format buku ( susunan buku kepada bahagian tertentu, bab dan perenggan) sebagai panduan untuk mencari idea penting Mengelaskan bahan kepada tajuk-tajuk tertentu. Menggunakan bahan rujukan (panduan telefon, kamus dan sebagainya) Membaca peta,graf,jadual, dan carta. Menggunakan fail-fail dan bibliografi. Membuat rencana kasar dan ringkasan.