pra pembentangan.pptx

27
PENGGUNAAN PETA ALIR BERWARNA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BERFORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Disediakan oleh MUHAMMAD IZZUDDIN AZRI BIN ROJA Diibimbing oleh CIK HAJJAH FATIMAH BINTI IDRIS Jabatan Bahasa Melayu

Upload: muhammad-izzuddin-azri

Post on 07-Feb-2016

76 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: pra pembentangan.pptx

PENGGUNAAN PETA ALIR BERWARNA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS

KARANGAN BERFORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Disediakan oleh MUHAMMAD IZZUDDIN AZRI BIN ROJA

Diibimbing oleh CIK HAJJAH FATIMAH BINTI IDRIS

Jabatan Bahasa Melayu

Page 2: pra pembentangan.pptx

Penyataan Masalah

Berdasarkan dapatan tinjauan dan semakan dokumen hasil kerja, murid didapati mengalami masalah di dalam kemahiran bahasa, kemahiran menulis karangan berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi dengan baik.

Hal ini dikenal pasti apabila murid menulis karangan jenis Surat kiriman Tidak Rasmi menggunakan format penulisan dan struktur karangan yang tidak tepat.

Page 3: pra pembentangan.pptx

Pengenalan/Tinjauan Literatur

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997:1) menjelaskan bahawa kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa bentuk sekalipun mustahak. Kemahiran menulis dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran. 

Kemahiran Menulis

Penulisan Karangan

Penulisan karangan merupakan komponen penting dalam kemahiran bahasa dan menjadi gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah (Rosminah Shamsuddin, 2003).

Page 4: pra pembentangan.pptx

Pengenalan/Tinjauan Literatur

Setiap karangan berformat tentulah mempunyai format yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Mohd. Isa Abd Razak (2004) menyatakan bahawa terdapat format yang diguna pakai dalam menyemak kertas soalan penulisan berformat. Ia meliputi bahasa isi dan format.

Karangan berformat

Warna

Warna merupakan elemen penting dalam pengembangan multimedia pengajaran. Penggunaan warna yang sesuai dalam pengajaran dapat membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk belajar. Menurut Siti Zaleha Mohammad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa warna adalah hasil kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Warna yang berbeza adalah hasil daripada panjang gelombang yang dipantulkan.

Page 5: pra pembentangan.pptx

Pengenalan/Tinjauan Literatur

Eric Jensen (2012) menyatakan bahawa 80% daripada informasi yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual. 40% pula terdiri daripada saraf gentian dalam badan yang disambung ke bahagian otak adalah dihubungkan dengan retina dan 3600 mesej dalam bentuk visual diterima oleh mata dalam masa satu jam. Ini bermakna, proses pembelajaran melibatkan proses visualisasi terhadap bahan yang digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Bahan Grafik

Ismail (2001) menyatakan di dalam web Utusan Malaysia “ penggunaan peta minda dan pegurusan grafis sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.”

Page 6: pra pembentangan.pptx

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Murid kurang mengetahui dan tidak

menguasai fomat penulisan karangan berformat bagi Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Murid menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi menggunakan format penulisan Surat Kiriman Rasmi.

Tinjauan kajian dijalankan berdasarkan Huraian Hasil Pembelajaran (HHP) tahun 5 iaitu :

8.4 Aras 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format.

Page 7: pra pembentangan.pptx

Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan adalah satu bidang yang bersifat dinamis dan sentiasa mengalami pelbagai perubahan dari semasa ke semasa selari dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.

Nilai pendidikan yang dipegang adalah untuk memperkembangkan potensi murid dari segi intelek, iaitu berfikir secara kritis dan kreatif melalui pengaplisian bahan bantu mengajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 8: pra pembentangan.pptx

Refleksi Nilai Pendidikan

Nilai pendidikan lain yang dipegang adalah untuk meningkatkan potensi individu secara meneyeluruh yang bertepatan dengan FPK dan disokong dengan pemilihan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Hak sama rata untuk pendidikan turut diberikan penekanan di mana tiada unsur diskriminasi di dalam pendidikan. Ini untuk meningkatkan pencapain dan seterusnya berfungsi sebagai ransangan dan motivasi untuk lebih berjaya.

Page 9: pra pembentangan.pptx

Fokus Kajian

Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan teknik Peta Alir Berwarna bagi memudahkan murid untuk menulis karangan berformat jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi berdasarkan aspek-aspek yang berikut:

Format penulisan (bentuk dan rupa sesuatu; Kamus Dewan 2010)

Struktur karangan (cara sesuatu terbentuk atau terbina daripada pelbagai bahan; Kamus Dewan 2010)

Page 10: pra pembentangan.pptx

Peta Alir Berwarna

Page 11: pra pembentangan.pptx

Nama Pengirim

Alamat Pengirim

Tarikh

Pembuka bicara

Panggilan sapaan

Isi atau perkara yang hendak disampaikan

Pengesahan pengirim

Nama Huruf Besar

Page 12: pra pembentangan.pptx
Page 13: pra pembentangan.pptx

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan mengkaji kesan

penggunaan teknik Peta Alir Berwarna dalam meningkatkan pemahaman murid tentang struktur dan format dalam aktiviti menulis sebuah karangan lengkap jenis berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi. Membantu murid dengan menyediakan satu

rumus atau formula yang jelas untuk menulis karangan berformat SKTR.

Membantu murid mengingat format penulisan SKTR dengan lebih mudah dan berkesan melalui teknik Peta Alir Berwarna .

Page 14: pra pembentangan.pptx

Soalan Kajian

Dapatkah teknik Peta Alir Berwarna memandu dan membantu murid dalam penulisan karangan SKTR murid dengan format dan struktur yang betul?. (Analisis Temu Bual)

Dapatkah teknik Peta Alir Berwarna meningkatkan pencapaiaan penulisan karangan SKTR murid? (Analisis Ujian)

Page 15: pra pembentangan.pptx

Kumpulan Sasaran

Perkara Maklumat

Bilangan responden 37 orang

Tahap umur 11 tahun

Jantina Lelaki : 15Perempuan : 20

Bangsa Melayu : 35India : 1Singh : 1

Pencapaian subjek bahasa malaysia

Baik dan sederhana. Mengalami masalah dalam penulisan karangan berformat

Page 16: pra pembentangan.pptx

PELAKSANAAN TINDAKANMengenal pasti aspek amalan

- Membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.- Menjalankan

tinjauan masalah.

Merancang tindakan

- Menetapkan objektif dan soalan

kajian.- Merancang

teknik Peta Alir Berwarna .

Melaksanakan tindakan

- Dilaksanakan dalam tempoh empat minggu.

- Memperkenalkan Teknik Peta Alir

Berwarna - Melaksanakan

Intervensi menggunakan

Teknik Peta Alir Berwarna

Melihat kesan tindakan

- Menjalankan Ujian Akhir.

- Menjalankan temu bual dan soal

selidik.

Refleksi- Melihat

keberkesanan Teknik Peta Alir

Berwarna .

Model Lewin ( 1946 ) dan Laidlaw ( 1992

Page 17: pra pembentangan.pptx

Langkah 1

Ujian awal penulisan karangan berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi•Dilaksanakan sebulum tindakan dijalankan•Kesan masalah murid•Soalan penulisan bahagian B

Langkah 2 Kenal pasti format dan struktur karangan berformat Surat Kiriman Rasmi dan Tidak Rasmi

Langkah 3 Perkenalkan teknik Peta Alir Berwarna kepada responden

Langkah 4 Menyususn semula karangan surat kiriman tidak rasmi menggunakan teknik Peta Alir Berwarna

Langkah 5 Ujian akhir penulisan karangan berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi•Dilaksanakan selepas tindakan dijalankan•Uji pengetahuan murid tentang format penulisan dan struktur karangan•Soalan penulisan bahagian B

Langkah 6 Soal selidik •Dilakukan terhadap 12 orang responden

Langkah 7

Temu bual•Dilakukan terhadap 10 orang responden yang dipilih secara rawak

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Page 18: pra pembentangan.pptx

Cara Pengumpulan Data

• Ujian Awal dilaksanakan untuk mengesan pencapaian murid sebelum tindakan dijalankan.• Ujian Akhir dilaksanakan untuk mengesan pencapaian selepas tindakan dijalankan.• Data dianalisis secara deskriptif dan dipamerkan di dalan bentuk pengurusan grafik; jadual dan graf bar

• Tujuh item soalan disediakan untuk melihat pandangan murid berkenaan teknik Peta Alir Berwarna dan keberkesanannya dalam usaha membantu murid dalam penulisan karangan berformat jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi.•Data dianalisis secara deskriptif dan dipamerkan di dalam bentuk jadual dan graf.

Ujian

Soal Selidik

Page 19: pra pembentangan.pptx

Cara Pengumpulan Data

•Untuk mengetahui respon serta pandangan dan perasaan murid tentang teknik peta alir berwarna

• Data dianalisis terhadap transkipsi temubual secara deskriptif dan dipamerkan dalam bentuk jadual.

Temu bual

Page 20: pra pembentangan.pptx

Dapatan Kajian : Ujian

Gred E Gred D Gred C Gred B Gred A

Ujian Akhir 0 0 8 27 65

Ujian Awal 3 15 48 2 3

5

15

25

35

45

55

65

Perbandingan Peratusan Skor Murid Bagi Ujian Awal Dan Ujian Akhir

Pera

tusa

n

Page 21: pra pembentangan.pptx

Dapatan Kajian: Soal Selidik Bil.

Item Skor Ya

Skor Tidak

1. Adakah kamu dapat membezakan antara Surat Kiriman Tidak Rasmi dengan Surat Kiriman Rasmi melalu teknik ini?

11 1

2. Adakah anda tidak menguasai format penulisan karangan jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi?

2 10

3. Adakah kamu masih berasa lemah dalam penulisan Surat Krirman Tidak Rasmi walaupun pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebelum ini?

2 10

4. Kamu dapat menulis karangan menggunakan format dan struktur karangan SKTR dengan tepat?

10 2

5. Kamu menyukai aktivit teknik Peta Alir Berwarna ini?

12 0

6. Aktiviti menggunakan ‘teknik Peta Alir Berwarna ’ ini banyak membantu kamu mengingat format dan struktur karangan SKTR?

12 0

7. Adakah kamu lebih berkeyakinan untuk menulis karangan SKTR dengan tepat?

9 3

Page 22: pra pembentangan.pptx

Dapatan Kajian: Soal Selidik

Soalan Peratus Skor Ya (%) Peratus Skor Tidak (%)

1 91 9

2 17 83

3 17 83

4 83 17

5 100 0

6 100 0

7 75 25

Jadual 16Peratusan Skor Soal Selidik

Page 23: pra pembentangan.pptx

Dapatan Kajian: Temu BualSoalan Murid Jawapan Kod

Apakah yang

kamu rasa

setelah

menggunakan

teknik Peta Alir

Berwarna ini?

Kod : 1: Mudah saya mengingat2: Menyeronokkan dan saya suka3: Menyusahkan saya

M7 Saya suka cikgu. 2

M8Saya rasa saya dapat ingat format dan

struktur penulisan dengan lebih mudah.

1

M2 Tak suka. Hari-hari kena bawa pensel

warna.

3

M10Senang saya nak ingat. Tapi...saya tulis

lambat. Kena tukar pensel dengan

pensel warna.

3

M5Dah kurang kesalahan saya. Warna

membantu saya untuk mengingati

setiap warna yang berada di dalam peta

alir tersebut.

1

Page 24: pra pembentangan.pptx

Dapatan Kajian: Temu bualSoalan Murid Jawapan Kod

Adakah Teknik Peta Alir

Berwarna ini membantu

kamu mengingat format

dan struktur penulisan

karangan dalam

penulisan karangan

SKTR?

KOD 1 : Ya2 : Tidak3 : Tidak Pasti

M15 Ya 1

M28 Ya 1

M20 Ya 1

M13 Ya 1

M25 Ya 1

Page 25: pra pembentangan.pptx

Refleksi Terhadap Tindakan

Teknik Peta Alir Berwarna dapat membantu murid meningkatkan penguasaan dan pemahaman terhadap format penulisan serta struktur karangan di dalam penulisan karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Murid menunjukkan minat terhadap teknik yang diperkenalkan dan memudahkan mereka untuk mengingat format penulisan dan struktur karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi dan seterusnya akan memudahkan mereka untuk menulis karangan jenis ini.

Page 26: pra pembentangan.pptx

Cadangan Kajian Kitaran Ke-2 Teknik yang sama digunakan untuk

mengatasi kelemahan murid berkaitan aspek yang sama (format dan struktur) tetapi untuk karangan berformat yang lain.

Penggunaan ICT dan TMK dalam memperkenalkan teknik yang digunakan:- menarik- mudah- pembelajaran interaktif

Page 27: pra pembentangan.pptx

Rumusan

Secara keseluruhannya, teknik Peta Alir Berwarna ini dapat membantu murid untuk menulis karangan berformat jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Hal ini telah dibuktikan melalui 3 kaedah pengumpulan data serta analisis data berkenaan dengan teknik yang telah digunakan. (ujian, soal selidik dan temubual)