nota pkp3117.docx

39
PENGENALAN KEPADA ASPEK PENGGUNAAN B AHASA YANG INDAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KESUSATERAAN MELAYU TRADISIONAL Prosa tradisional Puisi tradisional PROSA TRADISIONAL Konsep : Satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non- naratif). PUISI TRADISIONAL Konsep : Satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Terbahagi kepada dua: 1. Naratif Syair 2. Bukan naratif Pantun Gurindam Endoi Zikir Nazam ghazal Fungsi Prosa tradisional Sebagai alat hiburan Sebagai alat mengkritik alat perhubungan PROSA MODEN Cerpen Novel Drama Cerpen Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata. mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya. Novel kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa.

Upload: apey-lalala

Post on 01-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota ringkas PKP3117

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PKP3117.docx

PENGENALAN   KEPADA   ASPEK   PENGGUNA AN   BAHASA   YANG   INDAH DALAM KARYA

SASTERA MELAYU

KESUSATERAAN MELAYU TRADISIONAL

Prosa tradisional Puisi tradisional

PROSA TRADISIONAL

Konsep :

Satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif)

sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif).

PUISI TRADISIONAL

Konsep :

Satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu.

Terbahagi kepada dua:1. Naratif

Syair

2. Bukan naratif

Pantun Gurindam Endoi Zikir Nazam ghazal

Fungsi Prosa tradisional

Sebagai alat hiburan Sebagai alat mengkritik alat perhubungan

PROSA MODEN

Cerpen Novel Drama

Cerpen

Cerpen atau cerita pendek dapat  didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata. 

mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya.

Novel

kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa.

suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa yang benar-benar berlaku atau yang imaginatif dengan penyertaan watak yang kesemuanya digarap menurut suatu pola tertentu.

Drama

suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut.

Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan.

Page 2: NOTA PKP3117.docx

JENIS PROSA TRADISIONAL

CERITA LIPUR LARA

Konsep

Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu lama, dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances) atau fairy-tales, folktales atau merchen.

Cerita ini biasanya mengisahkan raja raja dan putera-puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib Osman, 1974)

Menurut Ismail Hamid (1987), ‘Lipur’ bermaksud ‘hibur’ dan ‘lara’ bermaksud ‘duka’ atau ‘kesedihan hati’. ‘Penglipur Lara’ bermaksud ‘penghibur hati yang duka’ atau penghibur hati yang sedih.

Cerita lipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya penyampaian, lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai dikenali sebagai Tok Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini bersempena nama-nama alat muzik yang digunakan semasa mempersembahkan cerita.

Antara cerita-cerita lipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Raja Ambong, Cerita-cerita Gembang, Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit, Raja Mahadong Bongsu, Awang Lutong dan Hikayat Terung Pipit.

Ciri-ciri

1. Diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman.

2. Bertemakan percintaan wira dengan wirawati.

3. Ceritanya berpusatkan puetra atau puteri raja

4. Ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, awal, tengah dan akhir

5. Kaya dengan unsur-unsur alam super natural dan kuasa sakti

6. Berlakunya pengembaraan yang bertolak dari mimpi atau niat.

7. Terdapatnya watak manusia dan bukan manusia (jin)

8. Kemenangan sentiasa dipihak putera atau puteri raja

9. Menjadi milik bersama kerana nama penulis atau pengarang tidak dinyatakan.

10.Banyak menggunakan bahasa istana

11.Mengandungi unsur mitos dan legenda.

12.Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya maka, sebermula, al-kisah, arakian dan sebagainya.

13.Mengisahkan tentang pengembaraan anak-anak raja yang penuh dengan kehebatan dan keperkasaan

14.Kebiasaannya cerita akan berakhir dengan kegembiraan dan kemenangan kepada wira atau wirawati.

Gaya Bahasa

Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan, oleh itu unsur-unsur irama seperti rentak, tekanan dan turun naik nada suara adalah penting. Antara gaya bahasa yang sering digunakan ialah:

1. Penggunaan Puisi

Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita lipur lara, antaranya ialah :

a. Rangkap ulang (runs)

Page 3: NOTA PKP3117.docx

Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. Kebiasaannya digunakan untuk menggambarkan kecantikan seseorang anak raja, kehebatan, mengisahkan perjalanan, perayaan diraja dan kejadian-kejadian luar biasa yang lain.

Dalam Hiakayat Raja Donan, digambarkan sambutan rakyat terhadap perayaan diraja sempena perkahwinan wira dan wirawati.

Yang capik datang bertongkatYang buta meraba-rabaYang tua leka bertanya

Yang kecil terambil lintangYang jarak bertolak-tolakan

Yang pendek tinjau-meninjauYang kurap mengekor angin

(Hikayat Raja Donan)

b. Pantun

Contoh pantun yang digunakan dalam cerita Poteri Bongsu berpantun meratapi dirinya ketika tidak dipedulikan oleh suaminya, Malim Deman.

Ada kain songket permataTenun Puteri Galoh Kencana

Ada lain buangkan betaKerana beta dagang yang hina

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandinganKebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka

dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam.

Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.

CERITA BINATANG

Konsep Sejenis cerita rakyat yang disampaikan secara

lisan dari generasi ke generasi.Disebut juga cerita Mergastua.Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua,

sama usianya dengan cerita asal usul.Cerita-cerita binatang melayu mengambil

binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi, binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.

Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia.

Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang.

Ciri-ciri

i. Isi karya Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang

tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan manusia.Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan peranan tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang.

Page 4: NOTA PKP3117.docx

Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu.Contoh : Bercakap, menipu,berbincang, berfikir dan sebagainya

ii. Watak PerwatakanWatak-watak dalam cerita binatang ialah

binatang.Contoh di dalam cerita Hikayat SangKancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain.

Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia.Contohnya sang kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.

Watak manusia tidak dipentingkan, Hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang dapat diperdayakan oleh binatang.

Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk, buaya, gajah,harimau, anjing,ular, arnab, kura-kura, musang, ayam, burung bangau, kambing, lembu dan kerbau.

iii. Plot/Susunan CeritaBagi mana-mana cerita binatang, plot/susunan

ceritanya tersusun dengan teratur kerana cerita akan bermula dengan :›bahagian pengenalan›bahagian perkembangan cerita›bahagian penyelesaian cerita.

Setiap cerita binatang mempunyai masalah yang diselesaikan yang tertumpu di bahagian perkembangan cerita. Bahagian penyelesaian cerita biasanya watak utama Berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Terdapat sesetengah cerita binatang yang mempunyai episod/siri tertentu. Setiap episode dalam cerita ini merupakan sebuah cerita yang lengkap iaitu bermula dengan bahagian pengenalan, bahagian perkembangan danbahagian akhir. Walau bagaimanapun, watak utama dalam siri/episod ini masih pada binatang yang sama. Hal ini jelas dalam cerita Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.

Contoh :Cerita Katak Membunuh Gergasi.

› Plotnya bermula apabila Gergasi membuat kekacauan di dalam hutan sehingga menganggu kehidupan haiwan-haiwan lain.Cerita terus berkembang apabila katak merancang untuk membunuh Gergasi apabila berlaku kematian dalam kalangan kelompok nyaketika Gergasi cuba melarikan diri ke hutan kerana khuatir rumahnya akan runtuh. Cerita ini tamat apabila, Katak dan rakannya Berjaya membunuh Gergasi tersebut.

iv. LatarLatar tempatbagi cerita binatang adalah melibatkan latar di hutan belantara atau kawasan-kawasan yang berkaitan dengan tempat tinggal binatang tersebut. Hal ini bermakna latar tempat bagi cerita binatang adalah di alam nyata.Latar masanyaadalah melibatkan zaman dahuluLatar masyarakatadalah merangkumi masyarakat/kelompok binatang yang biasanya mempunyai ketua

v. Gaya BahasaCerita binatang menggunakan bahasa Melayu

klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Kadang-kadang diselitkan dengan beberapa puisi Melayu lama. Hal ini dikaitkan dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat kanak-kanak.Contohnya:Maka sempah Raja Gajah "Ya Tuan Syeikh, bilakah kiranya binatang-binatang itu akansampai ke mari".

Jenis-jenis

Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang

menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yangdimiliki oleh binatang tertentu.

Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas,mengapa puyuh tiada berekor, mengapa anjing bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain- lain.

Bercorak fable

Page 5: NOTA PKP3117.docx

iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiran terhadap tingkah laku manusia. iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia.

Contoh : kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang

Beast epik

iaitu seekor binatang yangmemegang watak utama sebagai hero. Contoh : Cerita Hikayat Pelanduk Jenaka,watak utamanya ialah seekor pelanduk yang memainkan peranan-peranan tertentu.

Jenis sambut-bersambut

iaitu rangkaian cerita sebab akibat, menerangkan kenapaperkara itu terjadi dan melibatkan binatangyang banyak. Penyampaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.

Contoh : Cerita Bangau oh bangau yang dapat menjelaskan sebab dan akibat daripada pertanyaan, kenapa bangau itukurus.

Fungsi

Sebagai hiburan

Cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar.

Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong.

Sebagai pengajaran

Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Contohnya Sang Kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana

diminta untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.

Sebagai Kritikan/sindiran

Hal ini berkaitan dengan sifat-sifat buruk yang cuba ditonjolkan oleh binatang yangsebenarnya mempunyai sindiran /kritikan secara halus. Sindiran ini disampaikan secara tidak langsung kepada pembaca.

Contohnya, dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi di mana menyindir orang yang berkuasa akan jatuh pada masanya apabila melakukan kejahatan.

Sebagai gambaran masyarakat

Cerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui cerita-cerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.

CERITA JENAKA

Definisi

Disebut juga sebagai anekdot atau kisah lucu.

Menimbulkan rasa geli hati dan ketawa kepada orang yang mendengarnya.

Disampaikan secara santai dengan menggunakan bahasa pertuturan harian.

Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu.

Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan geli hati kerana kelucuan.

Unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, geli hati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur.

Ciri-ciri

Page 6: NOTA PKP3117.docx

Cerita-cerita yang bercorak lucu, berkisar pada watak dikalangan rakyat yang lucu.

Nama watak melambangkan sifat-sifat watak Contohnya watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk,Si Luncai dan Pak Belalang. Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri.

Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan.

Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing.

Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan.

Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni.

Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:

(i) Watak bodoh-sial - cerita Lebai Malang dan PakKaduk

(ii) Watak pintar-bodoh - cerita Pak Pandir(iii) Watak pintar - cerita Pak Belalang dan

SiLuncai

Berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial.

CONTOH CERITA jenaka

(Bodoh-sial - Pak Kadok)

•Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang.

•Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang.

•Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya di rumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati.

(Pintar-bodoh Pak Pandir)

Contoh kecerdikan Pak Pandir :

a) Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.

b) Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak Pandir menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja.

Contoh kebodohan Pak Pandir

a) Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan.

b) Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku.

c) Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.

Watak Pintar: Pak Belalang

•Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negara.

•Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekor itik setelah mengetahui rahsia daripada nahkoda

Page 7: NOTA PKP3117.docx

kapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betina.

•Pak Belalang boleh meneka belalang di dalam genggaman raja secara kebetulan sahaja

Fungsi

SEBAGAI HIBURAN

•Berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan.

•Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.

• Contoh: Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “Perutnya besar, punggungnya tonggekdan apabila berjalan menjemur dada”

PENGAJARAN SEORANG YANG BODOH DAN LURUS SELALU DITIPU OLEH ORANG LAIN.

Contoh, Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja.

JANGAN TERLALU PERCAYA KEPADA NUJUM. SETENGAH-TENGAHNYA HANYA TIPU HELAH SAHAJA.

Contoh, Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampong.

SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL

•Mengkriktik perkara-perkara yang tidak baik dilakukan oleh masyarakat.

•Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri.

•Contohnya, cerita Lebai Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri kematian,kenduri khatam Quran dan kenduri maulud. Akhirnya ketiga-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya.

Gaya bahasa

•Menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Hal ini dikaitkan dengan cerita jenaka yang dikhususkan untuk peringkat kanak-kanak.

•Contohnya jelas dalam cerita Pak Belalang yang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi mudah difahami. Antara bahasa klasik yang digunakan ialah “ada yang mercuri parit, membaiki batas-batas mana-mana yang parit dirosak”

•Selain itu, terdapat penggunaan bahasa arab dalam cerita tersebut. Contohnya maka sembah pak Belalang “Daulat Tuanku, titahP atik junjung, Allah Ta’ala...”

MITOS

Konsep

Menurut Taib Osman, cerita mitos biasanya menceritakan tentang kisah dewa-dewa dan tuhan.

Sementara C. Hooykaas dalam bukunya Penyedar Sastera menyatakan cerita ini bersifat keagamaan dan mengandungi unsurunsur ajaib iaitu merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau keturunan.

Menurut William R. Bascom, mitos ialah prosa rakyat yang dianggap oleh kolektifnya sebagai benar-benar terjadi dan suci (keramat).

Tokohnya terdiridaripada golongan para dewa atau makhluk setengah dewa. Peristiwa yang berlaku pula terjadi di alam yang bukan kita kenali sekarang walaupun kisah yang berlaku adalah asal terjadinya alam semesta, dunia atau manusia pertama.

Mitos juga mengandungi cerita asal bermulanya kehidupan dan kematian, bentuk khas binatang, bentuk topografi, gejala alam, kisah petualang para dewa,

Page 8: NOTA PKP3117.docx

percintaan mereka, hubungan kekerabatan mereka, kisah perang dan sebagainya.

Ciri-ciri

1. Cerita, kejadian dan perkara yang berkaitan dengannya dipercayai benar-benar terjadi oleh masyarakat pendukungnya.

2. Peristiwa yang berlaku walaupun aneh dan kadang-kadang aneh dan sukar dimengertikan, tetapi sungguh bererti dan sangat pentingkepada masyarakat khalayaknya.

3. Dari segi strukturnya, mitos biasanya merupakan cerita yang sederhana yang terdiri daripada beberapa motif dan plotnya mudah.

4. Cara penuturannya disertai dengan upacara yang tertentu danhanya boleh dituturkan oleh orang yang tertentu.5. Masyarakat khalayak cerita mitos menganggap cerita-cerita yang terkandung di dalamnya sebagai suci dan keramat.

6. Latar belakang masa yang terdapat dalam cerita mitos ialah berlaku pada zaman lampau (distant past).

7. Tokoh-tokoh yang terdapat dalam cerita mitos biasanya berkaitan dengan makhluk penting dalam pengertian budaya dan masyarakatkhalayak termasuk tuhan-tuhan, dewa-dewi, atau makhluk lainnya seperti penunggu, jembalang dan sebagainya.

8. Cerita mitos merupakan lambang kepada masyarakat khalayak kerana ketahanannya bergantung kepada kekuatan, kepercayaandan penerimaan masyarakat khalayaknya.

Jenis-jenis

1. Cerita Mitos Rasmi Ceriat ini ialah mengenai tuhan yang

merupakan suatu sandaran kepercayaan.

Dasar kepercayaan ini dijadikan mitos apabila dimasukkan ke dalam sesebuah cerita.

Contohnya dalam Hikayat Raja Khandak. Dalam hikayat ini, tuhan menurunkan malaikat membantu Nabi Muhammad saw bagi menentang tentera kafir di bawah pimpinan Raja Khandak. Tujuan memasukkan watak-watak tuhan, Nabi Adam, Nabi Muhammad itu adalah untuk menarik perhatian dan meyakinkan masyarakat terhadap hikayat tersebut.

2. Cerita Mitos Popular Selalunya mengisahkan tentang tokoh

dewa, separuh dewa atau separuh tuhan yang dimasukkan ke dalam sesebuah cerita.

Misalnya Ikan Nun dikatakan sebagai binatang yang telah menyelamatkan Nabi

Nuh. Dalam Hikayat Si Miskin, ikan ini dikatakan telah menyelamatkan Marakarmah yang dicampakkan ke dalam laut.

3. Cerita Mitos Politik Mengisahkan sesorang tokoh kebangsaan

yang dianggap sebagai manusia agung kerana mempunyai hubungan dengan manusia manusia isimewa atau dengan tuhan. Tokoh-tokoh ini kemudiannya mendapat tempat istimewa dalam sesebuah negara atau kerajaan.

Contohnya, dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, dikatakan Merah Silu memeluk agama Islam terus daripada Nabi Muhammad yang menemui baginda di dalam mimpi.

4. Cerita Mitos Asal-usul Lazimnya, mengisahkan tentang sesuatu

kejadian luar biasa yang mana dari situ timbulnya kepercayaan hendak mendirikan dan menamakan sesuatu tempat.

Contohnya, nama Melaka diambil sempena dengan kejadian pelanduk yang menendang anjing buruan raja dan kebetulan tempat raja berteduh di bawah pokok bernama Melaka.

Page 9: NOTA PKP3117.docx

Gaya Bahasa

1. Penggunaan PuisiPuisi kerap digunakan dalam cerita-cerita mitos, antaranya ialah :

a. Rangkap ulang (runs)Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.

b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang rajaraja.Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandinganKebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam.

Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.

Fungsi

•Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu kejadian alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.

•Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa.

•Sebagai alat kawalan sosial.

•Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan.

•untuk menerang sebab dan akibat sesuatu kejadian itu.

•Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial.

•Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatuyang terdapat dalam kehidupan mereka.

LEGENDA

Konsep

Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin, Legendrus yang bermaksud sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi popular dan digunapakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu lagi.

Menurut James Dananddjaja, legenda adalah prosa rakyat yang dianggap oleh yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang sungguhsungguh pernah terjadi.

Robert A Georges dalam American Folk Legend, menyatakan legenda ialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi pada masa lampau atau

Page 10: NOTA PKP3117.docx

masa terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya.

Ciri-ciri

1. Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam masyarakat pendukunnya.

Misalnya pembentukan Gunung Jerai di Kedah yang dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri raja yang berkelahi yang kemudiannya ditegur oleh Sang Kelembai.

2. Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.

3. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang istimewa

seperti mempunyai ilmu kebatinan, kegagahan yang luar biasa dan sebagainya, yang biasanyadiingati secara berpanjangan oleh masyarakat kolektifnya.

4. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam masyarakat pendukungnya.

5. Cerita legenda sangat jelas unsur tempatannya kerana mengandungi nilai sejarah tempatan.

6. Latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya masa lampau tetapi ada hubungkait antara masa silam denganmasa kini.

Jenis-jenisTerbahagi kepada dua jenis :

1. Legenda TempatanLegenda tempatan merupakan tokoh-tokoh legenda yang diambil dari sejarah tempatan atau direka sendiri oleh orang Melayu apadamasa dahulu. Legenda tempatan boleh dibahagikan kepada:

a. Legenda Setempatb. Legenda Kebangsaanc. Legenda Islam

2. Legenda dari luarCerita-cerita mengenai tokoh yang sangat popular di dunia meresap masuk ke dalam cerita legenda Melayu. Contohnya Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan lain-lain.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan PuisiPuisi kerap digunakan dalam cerita-cerita legenda, antaranya ialah :

a. Rangkap ulang (runs)Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.

b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandingan Kebiasaannya digunakan untuk

menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam.

Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana

Page 11: NOTA PKP3117.docx

penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.

Fungsi

Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah.

Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlawanan dan kegagahan. Misalnya, tokohHang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah “Tak Melayu Hilang Didunia‟ menjadi sebutan orang Melayu.

Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagai orang yang gagah dan mulia.

Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagungan kesultanan Melayu Melaka.

Untuk dijadikan sebagai idola/model seorang pahlawan atau pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat.

Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam disamping untuk menggantikan lagenda yang bersumber daripada kepercayaan hindu-buddha).

JENIS PROSA MODEN

NOVEL

Konsep Novel merupakan karangan berbentuk

fiksyen, dikategorikan sebagai prosa naratif mengandungi cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa.

Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali 'novella', daripada bahasa Perancis 'nouvelle' yang bermaksud 'sepotong berita'.

Ciri-ciri

Page 12: NOTA PKP3117.docx

1.Novel lebih panjang dan kompleks daripada cerpen sekurangkurangnya 40 000 patah perkataan.2. Menceritakan tentang watak dan perwatakan dalam kehidupan.3. Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk atau format.4.Ceritanya mempunyai kaitan erat dengan masyarakat dan dapat dikatakan sebagai satu dokumentasi sosial.5. Terdiri daripada tiga elemen utama iaitu plot, perwatakan, latar dan gaya.6. Novel yang baik dikatakan mengandungi unsur penceritaan, sudut pandangan dan dialog.

Jenis-jenisJenis-jenis novel dibahagikan kepada beberapa jenis;

1. Novel saduranMengambil kisah daripada negara lain contohnya Hikayat Setia Asyik kepada Masyuknya atau kemudiannya dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh Al-Hadi yang menyadurkan novel daripadaMesir.

2. Novel Melayu Asli Menggunakan latar dan watak bangsa

Melayu. Ahmad Rashid Talu merupakan seorang novelis yang pertama menghasilkan nivel jenis ini.Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Antara novel yang dihasilkan oleh

Ahmad Rashid Talu ialah Kawan Benar (1927), Ialah Salamah? (1928), dan 12 Kali Sengsara (1929). Kesemua novel yang dihasilkan oleh beliaumengemukakan persoalan moral dan agama.

3. Novel berunsur Islam Persoalan novel berunsur Islam dan moral

semakin mendominasi Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Pengarang mengajak khalayak mendalami dan mempraktikkan ajaran agama Islam.

Oleh yang demikian, muncullah Al-Syiqaq I karya Shahnon Ahmad, Arbain karya Sabda

S, Di Sebalik Sebuah Kubah karya Harun Haji Salleh, Seorang Guru Tua karya Abdul Rahman Harun, Mengejar Kedamaian karya Manap Abdul Malik, Mereka Yang Tertewas karya Hasanudin Mat Isa dan pada tahun 1990-an, Imam karya Abdullah Hussein.

4. Novel remaja Khalayak bagi novel ini ialah golongan

remaja. Utusan Melayu-Public Bank telah menganjurkan sayembara penulisan novel remaja pada tahun 1997. Oleh itu, lahirlah novel-novel seperti Julia karya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh.

Terdapat juga novel-novel yang lain seperti Terminal Tiga karya Othman Puteh, Meniti Kaca karya Raja Sabarudin Abdullah dan Panas Salju karya Talib Selamat.

5. Novel kanak-kanak Banyak penulis yang terlibat dalam

penulisan novel kanak-kanak. Antaranya Siti Aishah Ali telah menulis novel-novel Penerbangan QR 13, Budi, Lelaki Berkaki Kayu. Ghazali Ngah Azia menulis novel Misteri Azrul dan Adi Alhadi menulis novel Pulau Impian dan Hantu Pulau Kambing dan sebagainya.

Novel kanak-kanak turut diperluas dengan menterjemah karyakarya Enid Blyton dan siri Harry Potter karya J.K. Rowling ke dalam bahasa Melayu.

6. Novel popular Golongan muda merupakan sasaran bagi

novel jenis ini yang menggemari bacaan ringan.

Antara pengarangnya adalah seperti Shamsiah Mohd Nor, Akhdiat Akasah dan Sri Diah.

7. Novel konvensionalKesemua novel yang disebutkan di atas mematuhi kovensi penulisan novel. Sehubungan itu, boleh dikategorikan ke dalam novel konvensional.

8. Novel sejarah

Page 13: NOTA PKP3117.docx

Novel sejarah bermaksud menceritakan tentang ketokohan seseorang tokoh sejarah atau peristiwa sesuatu sejarah.

Antara contoh novel iniadalah seperti Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Tun Mandak, Wan Derus dan Sultan Mahmud Melaka karya Harun Aminurrashid.

Pengarang mutakhir yang menulis novel sejarah ialah Zaharah Nawawi yang menulis novel Panglima Sulong.

9. Novel absurd / Novel tak konvensional Terdapat beberapa orang novelis yang

menghasilkan novel beraliran anti-realisme. Rahman Yusof menulis novel absurd yang berjudul Warnawarna. Novel Sampah karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah lagi novel absurd.

Novel absurd juga tergolong dalam kategori novel tidak konvensional.

Plot (urutan peristiwa)

•Plot ialah susunan peristiwa dalam novel atau cereka yang menunjukkan cara pengarang menyusun ceritanya.

•Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara tertib atau secara songsang, bergantung pada daya kreativiti dan kemahiran pengarang berkenaan.

•Dalam hal urutan peristiwa, pengarang kerap menyelitkan unsur ketegangan (suspens) untuk menimbulkan minat pembaca.

SUBPLOT

•Subplot bermaksud plot sampingan atau plot tambahan kepada plot utama.

•Kebanyakan penulis novel menerapkan unsur ini dalam novel mereka untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Teknik penceritaan

•Pengarang mungkin menggunakan teknik penulisan yang tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada khalayak pembaca.

•Teknik penceritaan yang biasa termasuklah teknik dialog, teknik monolog dalaman, teknik imbas kembali, teknik pemerian dan teknik laporan.

•Misalnya, Novel Di Hadapan Pulau karya A.SamadSaid, memperlihatkan pelbagai teknik penceriataan.

Latar

•Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan ruang,waktu, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam novel.

•Novel Terminal Tiga oleh Othman Puteh, misalnya menggunakan latar masa di antara tahun 1994hingga 1995, di samping menggunakan latar negeri Sabah dan Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) sebagai latar tempat penceritaan.

•Namun begitu, latar tidak terbatas pada masyarakat manusia, sebaliknya terdapat pengarang yang menggunakan binatang sebagai latar penceritaan.

•Contohnya, Marwilis Haji Yusuf menggunakan masyarakat binatang seperti arnab dan pelanduk sebagai latar novelnya, Perlumbaan Kedua

Gaya bahasaContoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara Amira.

SimileNafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

Personifikasi

Page 14: NOTA PKP3117.docx

Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itumeraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

Hiperbola“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”

Sinkope“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

InversiKita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan disana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang sayamaksudkan.

Kata GandaJidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha.

Peribahasa Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

Nilai murni & pengajaran

•Novel sarat dengan nilai murni dan pengajaran.

•Antara nilai murni dalam KBSM yang diserap dalam karya sastera ialah:

1) baik hati

–baik hati mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas.

2) berdikari

–kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung padaorang lain.

3) kasih sayang

–iaitu perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap sesuatu.

4) kebebasan

–boleh melakukan sesuatu tanpa batasan. Misalnya. Kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

CERPEN

Konsep Cerpen atau cerita pendek dapat

didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata.

Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya.

Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas.

Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalianceritanya tidaklah kompleks.

Genre ini bermula pada tahun 1925. Antara penulis cerpen yang terawal ialah Harun Muhamad Amin, Mahmud Ahmar, Yusof Arshad. Cerpen tersebut diterbitkan dalam majalah Guru. Akhbar-akhbar yang turut menyiarkan cerpen ialah Utusan Zaman, Warta Ahad dan Warta Jenaka.

Tokoh-tokoh penulis cerpen antaranya; Abd Rahim kajai, Ishak Hj. Mohamad.

Cerpen yang ditulis pada zaman sebelum Perang Dunia lebih berbentuk;- didaktik, bertujuan untuk mengajar- tidak mementingkan struktur penulisan- lebih terpengaruh dengan bentuk sastera lisan dan tradisi bercerita- lebih banyak menggunakan istilah ‘cerita’.

Cerpen yang ditulis pada zaman selepas Perang Dunia mengalami sedikit perubahan. Antara penulis cerpen pada ini ialah Keris Mas, AhmadBoestamam, Abdul Samad Ismail.

Cerpen-cerpen yang dihasilkan pada zaman ini dan seterusnya mempunyai tema yang pelbagai seperti :

Page 15: NOTA PKP3117.docx

- romantis dengan semangat perjuangan untuk mencapai kemerdekaan- Percintaan- Ketidakadilan masyarakat- Kepincangan dan keburukan masyarakat- Percintaan dan kahwin campur- Sindiran tajam (sinis)- Pembangunan- Pemikiran falsafah- Politik- jenaka

Ciri-ciri Menurut pendapat Sumarjo dan Saini

(1997 : 36) sebagai berikut. Ceritanya pendek ; Bersifat rekaan (fiction) ; Bersifat naratif ; dan Memiliki kesan tunggal.

Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut. Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang konsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung maupun tidak langsung. Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama menguasai jalan cerita. Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku atau tokoh utama. Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik.

Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177), ciri-ciri cerita pendek adalah sebagai berikut. Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat, padu, dan intensif(brevity, unity, and intensity). Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan, toko, dan gerak (scena, character, and action). Bahasa cerita pendek harus tajam, sugestif, dan menarik perhatian (incicive, suggestive, and alert).

Jenis-jenis

1. Cerpen konvensional Aliran penulisan karya yang digunakan ialah

realisme. Cerpen pertama berjudul 'Kecelakaan Pemalas' karya Nor bin Ibrahim. Selain itu, cerpen 'Cerpan Kemajuan Dunia' karya Ismail Sulaiman dan 'Cubaan Kasih' oleh Jentayu.

Cerpen yang tersiar dalam Pengasuh dan Panduan Guru selepas itu menggunakan latar negara-negara Barat dan Timur Tengah. Cerpen dalam cerpen Penyuluh berlatarkan China dan Indonesia. Manakala dalam Majalah Guru berlatarkan negara Eropah.

2. Cerpen absurd Antara contoh cerpen absurd ialah 'Gap-

gup-gup' oleh Othman, Puteh 'Fakurdafakia' oleh Mana Sikana dan kumpulan cerpen Parasit oleh Anwar Ridhwan. Kesemua cerpen absurd memanfaatkan aliran absurdisme.

3. Cerpen panjang

4. Cerpen berunsur Islam5. Cerpen berdasarkan karya tradisionalKetiga-tiga cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan beraliran realisme.

6. Cerpen kanak-kanak Penulis terkenal dalam cerpen jenis ini ialah

Ali Majod (Dalam Diri), Azizi Hj Abdullah (Paku Payung dan Limau Mandarin), dan Rejab F.I (Hadiah Hari Guru).

Semua cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan beraliran realisme.

Gaya bahasa

1. Pemilihan kata Bagi menghasilkan penulisan yang baik,

pemilihan kosa kata yang tepat amat penting. Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan menyebabkan pemahaman pembaca tersasar jauh daripada apa yang difikirkan oleh penulis.

Contonya perkataan lihat, tengok, intai, tinjau, tilik semuanya menggambar apa

Page 16: NOTA PKP3117.docx

yang dilihat oleh mata tetapi setiap perkataan memberi maksud yang berbeza.

2. Pembinaan ayat yang mantap Dalam penulisan karya sastera,

penggunaan kata diperindahkan dengan menggunakan bahasa puitis. Lihat bentuk gaya bahasa puitis dalam ayat di bawah.

(i) Air sungai menyenak ke tebing. Hujan semalaman menjadikan sungai sebak. Arus deras menunda sampah sarap yang tesangkut pada tunggul-tunggul berceranggah di tepi tebing. (Dharmala N.S Cerpen Rakit)

Air sungai menyenak – personifikasi

Hujan semalaman menjadikan sungai sebak – Hiperbola

Arus deras menunda sampah - hiperbola

(ii) Sago berasa kepedihan hatinya perlahan-lahan surut. Dia teringat pada mimpi-mimpi yang memberi harapan lain saban malam sejak duabulan terakhir ini. (Baharuddin Kahar, Cerpen Sempena Ganja Iras)

mimpi-mimpi yang memberi harapan lain - personifikasi

kepedihan hatinya perlahan-lahan surut - imejan

3. Dialog yang mantapDialog dalam cepen mempunyai fungsi yang besar menghidupkan penceritaan.

(i) memperkenalkan watak

Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila dialog itu sendiri memperkenalkan watak-watak dalam penceritaan. Sebagai contoh :

" Siapa dia? "

" Namanya Pipah. Tetapi dipanggil Pip saja. Dia sekampung dengan saya. Tapi sudah lama tinggal di KK."

" Dia kerja apa? "

" Setiausaha sebuah firma yang besar di sana. Saya tidak tahu nama firma itu," kata Baitah.

(Cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna karya Abdullah Hussein. Antologi SPBS, DBP hal. 128 - 129)

(ii) Dialog tanpa penjelasan Dialog yang kemas tidak memerlukan

keterangan suasana. Memadai pembaca membaca dialog. Pembaca sudah tahu siapa yang berkata dan kepada siapa dia berkata.

Lihat pula dialog dari cerpen Susanne dan Penyair yang pulang karya Zakaria Ali (Dewan Sastera; Ogos 1973: 1)

" Jebat, aku punyai sesuatu nak aku katakan padamu."

" Apa? "

" Tentang Leonard Weekend ini meyakinkan aku bahawa ia tetap cinta padaku."" Dan kau memulangkan kembali cintanya? "

" Entahlah. Aku sayang padanya'" bisik sussane.

" Tapi aku tak percaya aku cinta padanya sepertiia mencintai aku."

(iii) Dialog dengan penjelasan Namun begitu, ada baiknya juga jika dialog

itu diberi keterangan supaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yang diceritakan oleh pengarang. Contoh :

" Aku akan megusulkan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan parti," ujar Lavasqui secara tebuka sehari selepas berita itu tersiar diakhbar.

" Kau memerlukan dua pertiga majoriti ahli jawatankuasa pusat, Lavasqui," komen Dave.

" Aku telah mengira kau sebagai penyokongku yang pertama,"

Page 17: NOTA PKP3117.docx

Dave menyepi. Dia cuma merenung tepat ke muka sahabatnya.

(iv) Menukar dialog kepada cakap pindah Terdapat juga penulis yang menukar dialog

kepada cakap pindah. Contohnya Anwar Ridhwan dalam karyanya

berjudul Di Negeri Belalang menulis begini.

Dia ditanya apa tujuannya datang ke kota mati itu. Dia memberi jawapan bahawa dia tanpa tujuan sebenarnya dan tidak mengharapkanpenemuan yang luar biasa. Dia sudah terbiasa untuk menemui kekosongan dalam hidupnya. Itu, katanya sama seperti mendulang emas di kali yang memang tidak mempunyai emas.

( Novelet Di Negeri Belalang, Marwilis Publisher, 1989: 59 – 60)

4. Pelukisan Untuk memberi gambaran yang tepat,

pengarang perlu menulis secara terperinci tentang sesuatu perkara. Perincian penulisannya itu menyebabkan pembaca benar-benar berpuas hati .

Dalam novel terjemahan berjudul Perjuangan Sia-sia karya John Steinbeck (DBP, 1981) bahasa pelukisan ini digarap dengan baik.

Akhirnya malam menjelang. Di luar lampu-lampu jalan telah menyala dan lampu neon pada papan tanda restoran berkelip-kelip memancarsinar merah menyala ke udara. Lampu neon di papan tanda itu melontarkan sinar merah redup ke bilik Jim Nolan. Telah dua jam dia duduk di kerusi goyang kecil yang keras di bilik itu dengan melunjurkan kedua-dua kakinya ke lantai dan menepuk-nepuknya untukmenghilangkan rasa kebas itu menjalar naik dan turun hingga ke buku lalinya, kemudian dia berdiri lalu menyalakan lampu yang tidakbertudung dan kelihatanlah sebuah katil putih besar dengan cadarnya berwarna putih seperti kapur sebuah almari kayu oak berwarnakeemasan dan permaidani merah bersih yang terhampar yang warnanya telah bertukar

menjadi kecoklatan dengan tepinya yang meleding (hal.1).

Perhatikan gambaran di dalam bilik itu dengan perabot yang sama sekali tidak diceritakan oleh pengarang. Hanya sesudah lampu dipasang,baharu dapat dilihat dengan jelas keadaan bilik yang dihuni oleh Jim Nolan.

Fungsi

• Fungsi rekreatif;

memberikan rasa senang, gembira,serta menghibur para penikmat atau pembacanya.

• Fungsi didaktif

mengarahkan dan mendidik para penikmat atau pembacanya karena nilai-nilai kebenaran dan kebaikan yang terkandung didalamnya.

•Fungsi estetis;

memberikan keindahan bagi para penikmat atau para pembacanya.

•Fungsi moralitas;

fungsi yang mengandung nilai moral sehingga para penikmat atau pembacanya dapat mengetahui moral yang baik dan tidak baik bagi dirinya.

•Fungsi relegiusitas

mengandung ajaran agama yangdapat dijadikan teladan bagi para penikmatnya atau pembacanya.

DRAMA/ TEATER

Konsep Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah

yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut.

Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan.

Page 18: NOTA PKP3117.docx

Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak.

Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang untuk dipentaskan. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti pula.

Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat untuk memikat perhatian penonton.

Ciri-ciri1. Mesti ada konfliks2. Mesti ada aksi3. Harus dilakonkan4. Tempoh masa kurang tiga jam5. Tiada ulangan dalam satu masa

Jenis-jenis

1. TragediMengandungi cerita tentang kemalangan dan kesedihan.

2. KomediMengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa.

3. Tragi-KomediMengandungi unsur-unsur kesedihan dan lucu.

4. OperaMengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik.

5. PantominLakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.

6. BangsawanPara pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin disampaikan.

Gaya bahasa

1.Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari - sesuai untuk menghidupkan suasana realistik

2.Pemilihan perkataan lebih tepat, lancar di samping mudah difahami dan jelas

3. Penggunaan unsur gaya bahasa singkof- untuk menimbulkan kesan realistik. Contohnya perkataan kamu/mu, hendak/nak, tidak/dak.

4. Pemilihan kata-kata dibuat dengan berhati-hati, misalnya bahasa Inggeris digunakan untuk menggambarkan kehidupan moden.

5. Meninggalkan gaya bahasa tradisi drama puitis, biasanya menggunakan gaya bahasa prosa dan seboleh-bolehnya meniru gayaorang bercakap.

6. Watak-watak bercakap/berdialog dalam bahasa kolakial/bahasa sehari-hari.

BIOGRAFI

Konsep•Biografi berasal dari bahasa Yunani, iaitu bios yang bererti hidup, dan graphien yang bererti tulis. Dengan kata lain biografi merupakan tulisan tentang kehidupan seseorang.

•Biografi, dapat dikatakan sebagai sebuah kisah riwayat hidup seseorang.

•Biografi dapat berbentuk beberapa baris kalimat saja,namun ianya juga berupa lebih dari satu buku.

•Biografi menganalisa dan menerangkan kejadian-kejadian dalam hidup seseorang.

•Biografi biasanya dapat bercerita tentang kehidupan seorang tokoh terkenal atau tidak terkenal, namun demikian, biografi tentang orang biasa akan menceritakan mengenai satu atau lebih tempat atau masa tertentu.

•Biografi seringkali bercerita mengenai seorang tokoh sejarah,namun tak jarang juga tentang orang yang masih hidup.

Page 19: NOTA PKP3117.docx

•Banyak biografi ditulis secara kronologis. Beberapa tempoh waktutersebut dapat dikelompokkan berdasar tema-tema utama tertentu Walau begitu, beberapa yang lain berfokus pada topik-topik atau pencapaian tertentu.

Ciri-ciri

•Biografi adalah penceritaan tentang manusia manakala autobiografi menceritakan tentangb enda atau sesuatu perkara.

•Biografi menceritakan:- latar belakang- nama, umur, tempat lahir , tempat tinggal,pekerjaan dan sebagainya.

•Karangan jenis ini menceritakan juga tentang perjalanan hidup serta diri watak .

•Sebelum ditulis tentang watak tokoh, anda telah tahu banyak tentang dirinya.

•Penghuraian mestilah tepat dan tersusun.

•Gunakan bahasa dan bentuk penyampaian yang sederhana .

•Pastikan fakta atau penerangan yang diberikan tepat dan tidak menyeleweng daripada perkara yang sebenar.

Jenis biografi

•Terdapat beberapa jenis biografi. Antaranya ialah seperti berikut:

* Berdasarkan sisi penulis

* Berdasarkan Isinya

* Berdasarkan persoalan yang dibahas

* Berdasarkan penerbitannya

Berdasarkan sisi penulis

1. Autobiografi.- Ditulis sendiri oleh tokoh yang tercatat perjalanan hidupnya

2. Biografi.- Ditulis oleh orang lain berdasarkan beberapa sebab :

Authorized biography, iaitu biografi yang penulisannya telah diizinkan atau diketahui tokoh didalamnya.

Unauthorized biography, iaitu ditulis seseorang tanpa pengetahuan atau izin dari tokoh di dalamnya (biasanya kerana telah wafat)

Berdasarkan persoalan yang dibahas

i. Biografi politik.

iaitu penulisan tokoh-tokoh dari sudut politik. Dalam biografi seperti ini bahan-bahan dikumpulkan biasanya melalui penyelidikan secara bersistem. Namun, biografi seperti ini kadang kala tidak lepas dari kepentingan penulis ataupun tokoh yang ditulisnya.

ii. Intelektual biografi

disusun melalui penyelidikan secara bersistem dan ilmiah dan segala penemuan diceritakan oleh penulis dalam gaya penulisan ilmiah.

iii. Biografi jurnalistik ataupun biografi sastra

iaitu bahan penulisan biasanya diperoleh dari hasil wawancara terhadap tokoh yang akan ditulis mahupun yang menjadi rujukan sebagai pendukung penulisan.

Berdasarkan penerbitannya

i. Buku Sendiri.

Penerbitan buku kategori ini dilakukan atas inisiatif penerbit dengan seluruh perbelanjaan penulisan, percetakan, dan pemasaran ditanggung oleh penerbit. Biografi jenis ini biasanya memuatkan kisah hidup tokoh-tokoh yang difikirkan akan menarik perhatian orang ramai.

Page 20: NOTA PKP3117.docx

Persoalan sebelum penulisan biografi

•Apa tujuan dari karya Anda?

•Apakah Anda ingin menambahkan catatan sejarahnya?

•Apakah Anda ingin mempelajari motivasi dan psikologi?

•Apakah Anda ingin mencari wang cepat dengan cara mencetak secepat mungkin buku tentang ketenaran atau keburukan seseorang?

Gaya bahasa

•Berbeza gaya bahasa antara menulis tentang diri sendiri dengan menulis tentang orang

•karya autobiografi

lebih selesa untuk menulis humor, mempermalukan atau merendahkan diri

sendiri.

•Biografi (orang biasa)

Gaya bahasa yang lebih santai akan disukai lebih banyak pembaca,

Semakin santai - semakin mudah karya itu difahami

•Biografi akademik.

Tidak sesuai dengan gaya bahasa santai.

•Cth: Menulis tentang pemimpin dunia

•Nada santai

•tulisan tersebut akan membuatnya Nampak serupa dengan orang-orang lain.

PANTUN

Ciri- ciri

•Terdiri daripada empat baris serangkap. Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan manakala jumlah suku katasebaris adalah antara 8-12 suku kata.

•Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terhasil daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan.

•Pantun juga mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Contoh:

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)

Gunung Daik bercabang tiga, (b)

Hancur badan dikandung tanah, (a)

Budi yang baik dikenang juga. (b)

Jenis-jenis pantun

1. Pantun dua kerat2. Pantun empat kerat :- Pantun kanak-kanak- Pantun jenaka- Pantun bersukacita- Pantun berdukacita- Pantun kiasan- Pantun budi- Pantun nasihat- Pantun agama- Pantun kasih saying- Pantun nasib3. Pantun enam kerat4. Pantun lapan kerat5. Pantun sepuluh kerat6. Pantun dua belas kerat7. Pantun empat belas kerat8. Pantun berkait

•Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun

•Pantun mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama.

Page 21: NOTA PKP3117.docx

•Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati.

•Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.

Contohnya:

• Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami.

•Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Jenis Pantun : Empat Kerat – Nasihat

Air melurut ke tepian mandi,Kembang berseri bunga senduduk;Elok diturut resmi padi,Semakin berisi semakin tunduk.

•Terdapat jenis pantun enam kerat, lapan kerat,sepuluh kerat dan dua belas kerat.

•Pantun- pantun ini membawa fungsi dan maksud yang berbeza yang bertujuan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara disamping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka- suka.

Contoh:

• PANTUN ENAM KERAT

Belayar perahu membawa ku ini,Ke Tanjung Jati mengadap Paduka,Bunga Kemboja sembah berkarang;Kalaulah tahu jadi begini,Tidaklah hati dibawa berduka,Ku pilih saja orang lain.

• Setiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud atau isi pantun.

•Selari dengan kenyataan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan pembayang pantun di Indonesia lazim disebut “sampiran”.

Fungsi pantun

•Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Oleh itu,mereka menggunakan pantun Untuk mendidik.

•pantun juga dicipta dan digubal untukmemberikan nasihat dan pedomankepada kita

•Pantun juga dicipta untuk Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

•Pantun juga digunakan untuk meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan

•pantun juga digunakan dalam interaksi antara individu terutama untuk menguji minda seseorang

•pantun juga digunakan sebagai sindiriran dan tempelak

•Pantun juga digunakan untuk menyampaikan mesej berunsur keagamaan

SYAIR

Konsep Syair merupakan karya kreatif lisan genre

puisi tradisonal, Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shi’r (puisi/sajak) dan sha’ir (penulis puisi/penyajak).

Dipercayai diperkenal oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16 (1580-1630) untuk mengajar agama Islam.

Bentuk/ciri-ciri

Page 22: NOTA PKP3117.docx

i. Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).

ii. Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun.

iii. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan denganbaris-baris terdahulu.

iv. Skima rima hujung a,a:a,a(serima) ; tidak dipentingkan rima tengah.

v. Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di hujung baris - pertukaran lenggok suara dan melodi.vi. Isi bercorak cerita atau huraian panjang mengenai subjek.

vii. Bahasanya padat dan puitis.

viii. Syair ialah cerita lengkap (ada watak, urutan peristiwa, teknik dan penyusunan plot seperti cereka/ ada subjek dan huraian tentangsubjek berkenaan secara berurutan)

Golongan / jenis

•Menurut Harun Mat Piah ( 1989:242 ), berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita (naratif) dan bukan cerita (bukan naratif ).

•Syair yang berupa cerita ( naratif ) :i : Syair romantic ii : Syair sejarahiii : Syair keagamaaniv : Syair kiasan

•Syair bukan cerita ( bukan naratif ) :i : Syair agamaii : Syair nasihatiii : Tema-tema lain yang berasingan

•Syair Panji Syair panji menceritakan tentang keadaan yang terjadi dalam istana dan keadaan orang-orang yang berada atau berasal daridalam istana. Contoh syair panji adalah Syair Ken Tambuhan

yang menceritakan tentang seorang putri bernama Ken Tambuhan yang dijadikan persembahan kepada Sang Ratu Kauripan.

•Syair RomantisSyair romantis berisi tentang percintaan yang biasanya terdapat pada cerita pelipur lara, hikayat, maupun cerita rakyat. Contoh syair romantis yakni Syair Bidasari yang menceritakan tentangseorang putri raja yang telah dibuang ibunya. Setelah beberapa lama ia dicari Putra Bangsawan (saudaranya) untuk bertemu dengan ibunya. Pertemuan pun terjadi dan akhirnya Bidasari memaafkan ibunya, yang telah membuang dirinya.

•Syair Agama Syair agama merupakan syair terpenting. Syair agama dibagi menjadi empat iaitu:(a) syair sufi(b) syair tentang ajaran Islam(c) syair riwayatcerita nabi, dan(d) syair nasihat.

*Perlu kita ketahui, setiap syair pasti mengandung pesan tertentu. Pesan tersebut dapat kita simpulkan setelah memahami isi sebuah syair.

Fungsii. Berceritaii. Hiburaniii. Amanat/pengajaraniv. Nasihat/panduan moralv. Ilmuvi. Keagamaan/rasul/nabi/Allahvii. Panduan/bimbinganviii. Sejarahix. Kemasyarakatanx. Percintaan/rasa hatixi. Pengetahuanxii. Ketokohanxiii. Semangat patriotikxiv. Kiasan/alogari/perbandinganxv. Kisah kemasyarakatan/kebudayaanxvi. Peristiwa peperanganxvii. Gambaran cosmopolitan

Gaya Bahasa

Page 23: NOTA PKP3117.docx

a. DiksiBermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilihdengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. PersonifikasiDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. SimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung).

Contoh:Hati dan jantung bagai serbuk,Laksana kayu dimakan bubuk.Syair ikan Terubuk (hlm 105).

d. MetaforaMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.

e. AsonansiMerupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris syair.

Contohnya: pengulangan vokal “a” dalam Syair Nasihat Kepada Perempuan.

Memandang suamimu seperti rusa

f. Aliterasi - Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris gurindam

g. PengulanganBerlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam syair.anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.epifora - pengulangan kata pada akhir baris.

repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.

h. Singkof – iaitu satu perkataan telah disingkatkan.

Contohnya : Setahun padi tak jadi.Iaitu penyingkatan perkataan “tidak” menjadi “tak”.

I. Paradoks – iaitu pertentangan isi ataau kenyataan.

Contohnya : Orang berlaki cerai ungkai, Orang bercerai pulang balik.

j. PerlambanganMerupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain ataumaknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia

k. Hiperbola – iaitu perbandingan yang melampau.

Contoh : Sebulan dagang mengalas, Jejak ditikam mati juga.

GURINDAM

Gurindam ialah sejenis puisi tradisional Melayu yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846.

Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya iaitu yang terikat dan yang tidak terikat.

Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan.

STRUKTUR

• Terikat

Page 24: NOTA PKP3117.docx

. Bentuk gurindam terikat terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhirnya yang sama.

•Tidak terikat. Bentuk gurindam yang tidak terikat pula, jumlah barisnya tidak tetap,manakala rima akhirnya bebas

Bentuk dan ciri-ciri

1. Lazimnya gurindan terdiri daripada dua baris serangkap namun terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau lebih baris dalamsatu rangkp.2. Empat hingga enam patah perkataan/ 8- 12 suku kata sebaris3. Jumlah rangkap dalam seuntai gurindan tidak ditentukan4. Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a5. Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam baris6. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat dan induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua).7. Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

Fungsi

1. Menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusiaberilmu, bermoral, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dannegara.2. Amanat/pengajaran3. Nasihat/panduan moral4. Ilmu Pengetahuan5. Keagamaan/rasul/nabi/Allah6. Panduan/bimbingan

Gaya Bahasa

a. Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-

kata oleh pengarang dalam karyanya.

Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau

penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. SimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

d. MetaforaMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.

e. Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang

sama dalam baris-baris gurindam Contohnya: pengulangan vokal “a” dalam

baris Fasal ketujuh Gurindam 12 Apabila banyak berkata-kata,Di situlah jalan masuk dusta

f. AliterasiBermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris gurindam

Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

g. PengulanganBerlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak.

anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.Contohnya: Fasal Ketujuh Gurindan Dua Belas

epifora - pengulangan kata pada akhir baris.

repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.

Page 25: NOTA PKP3117.docx

h. Perlambangan Merupakan kata-kata yang digunakan untuk

menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia

SELOKA

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka.

Dalam bahasa seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir.

Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam Kesusateraan Melayu yang dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.

Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk seloka.

Sebagai puisi tradisional karangan berrangkap atau bahasa berirama seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.

Walaipun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandugi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.

Bentuk/ ciri-ciri

1. Seloka mempuyai 2 bentuk iaitu : terikat dan bebas.

Contoh seloka bentuk bebas.

Aduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasang

Ada isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpupukAda rumah bertandang dudukAduhai, malang Pak Kadok. (Anak Laut, hlm 9)

Contoh seloka berbentuk terikat (pantun/syair)

Buah pinang buah belimbingKetiga dengan sibuah manggaSungguh senang berbini sumbingWalau marah ketawa juga (Warisan Puisi Melayu, hlm 67)

2. Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima hujung.

3. Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).

4. Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

5. Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.

6. Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

Fungsi1. Pengajaran2. Hiburan3. Kisah Kemasyarakatan4. Kiasan/alogari/perbandingan5. kebudayaan masyarakat.

Gaya Bahasa

a. DiksiBermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilihdengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

b. PersonifikasiDikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama

Page 26: NOTA PKP3117.docx

ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

c. SimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

d. MetaforaMerupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.

e. AsonansiMerupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris seloka.

Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam Seloka Pak Kadok.

Sauh dilabuh bayu berpupuk.

f. AliterasiBermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris seloka.

g. PengulanganBerlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak.

anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

epifora - pengulangan kata pada akhir baris.

repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.

h. PerlambanganMerupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain ataumaknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia

NYANYIAN RAKYAT

•Nyanyian rakyat merupakan seni puisi berlagu dan berirama serta mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berzaman

•Lirik-liriknya berupa pantun, rangkapan syair mahupun puisi bebas disampaikan melalui melodi dan irama.

•Ada lagu yang mempunyai cerita yang panjang, adayang berangkap namun tetap mempunyai makna yang tersirat

Fungsi Lagu Rakyat –Merupakan satu daripada seni warisan yangmelambangkan hasil kreatif daripada pujanggasilam yang tinggi nilainya. –Memainkan pelbagai peranan yang berkesandalam masyarakat dahulu mahupun sekarang. –4 fungsi utama ;•Mendidik•Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

Mendidik dan Memberi Nasihat•Mendidik masyarakat supaya taat pada ajaran agama di samping membentuk nilai berbudi bahasa•Contoh ; Burung Kenek-kenek.

Burung Kenek-kenek Terbang tinggi di awanPesan datuk nenek Pandai-pandai cari kawan •Lagu rakyat ‘Burung Kenek-kenek ’merupakan sebuah lagu yang ditujukan kepada kanak-kanak.

•Lagu ini menyelitkan unsur nasihat supaya kanak-kanak berhati-hati dalamm emilih kawan.

Page 27: NOTA PKP3117.docx

•Selain itu, lagu ini mengingatkan kanak-kanak supaya menjadi insan yang bertaqwa dan menunaikan solat.

•Perkataan ‘pesan’ pada lirik lagu yang membawa maksud nasihat membuktikan bahawa lagu rakyat ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada khalayak

Hiburan

•Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

•Di samping keindahan melodi, lagu rakyat yang sarat dengan cerita-cerita yang mengasyikkan juga telah memukau pendengar. Sebagai contoh lagu ‘Indung-indung’ yang menceritakan mengenai kepahlawanan seorang pemuda. Sebagai contoh ;

Anak dagang pergilah merantauMembawa keris luk tujuh belas

Besi dititik besi di tintingDiasap kemenyan tunggalDibasuh kemenyan tunggalIndung indung lagu indung

Indung indung

Sindiran

•Lagu rakyat yang dinyanyikan turut menjadimedium sindiran kepada golongan-golongantertentu atas perilaku dan sikap yang di anggap menyimpang dari norma masyarakat.•Sebagai contoh ;

Ayam makan padiItik makan berasOrang zaman ini

Hatinya keras

Diguna dalam Perubatan Tradisional

•Terdapat sebilangan lagu yang digunakan oleh bomoh atau pawang untuk mengubat penyakit.

•Masyarakat Melayu zaman dahulu sememangnya kuat kepercayaan kepada bomoh dan pawang terutama dalam menyembuhkan penyakit-penyakit.

•Bomoh atau pawang dikatakan akan menggunakan pertolongan makhluk halus untuk menyembuhkan penyakit.Lagu digunakan untuk menyeru makhluk halus berkenaan.

•Sebagai contoh lagu ‘Ulit Mayang’ yang begitu terkenal di Terengganu.

CIRI-CIRI LAGU RAKYAT

•Diucapkan melalui perantaraan lisan.

•Penyampaian adalah dari seorang individu kepada seorangindividu atau kumpulan yang lain. Seterusnya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain

•Dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya. Lagu rakyat dianggap sebagai hak masyarakatdan bukannya hak perseorangan. Perkara ini berlaku kerana seniman pada masa lampau tidak mempunyai kepentingan individu. Rasa bimbang atau ketakutan pada golongan tertentu juga merupakan faktor sastera rakyat atau juga sastera klasik ini tidak mempunyai nama pengarang atau penciptanya

•Lahir dalam masyarakat yang belum mencapaitaraf kehidupan yang maju atau bercorakbandaran.

•Menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

•Mempunyai unsur-unsur perulangan dankesamaan.

•Mempunyai nilai-nilai unsur pendidikan.

•Bentuknya tidak mantap, tiada istilah, juduldan nama tertentu dan penyebarannyabersifat setempat.

•Lahirnya daripada aktiviti-aktiviti sosial,agama, hiburan dan ritual yang berlaku dalamkehidupan rakyat sehari-hari.

SAJAK

DEFINISI

Page 28: NOTA PKP3117.docx

•Menurut Hashim Awang sajak adalah puisibaru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris,kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas

CIRI-CIRI SAJAK

Tema•Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak,contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.

Persoalan•Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan.Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut.

Bentuk•Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.SIFAT-SIFAT SAJAK •Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap•Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.•Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.•Mempunyai baris-baris ayat yang membangun kanrangkap.•Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baikantara isi dengan bahasa.

BENTUK-BENTUK SAJAK•Disitkhon Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap

•Terzina Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris

•Quantrain Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebihm enyerupai pantun dan syair.

•Quintain Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat

•Sextet Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.

•Oktaf (stanza) Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat

•SeptainSajak yang mengandungi tujuh baris rangkap

•SonetaSajak yang mengandungi 14 baris yang semuanya dengan 4 rangkap

ISI DALAM SESEBUAH SAJAK•Unsur pujaan•Unsur keagamaan•Unsur kesedihan•Unsur pengajaran•Unsur sindiran•Unsur percintaan•Unsur pengisahan

CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK •Mengenali sifat luar sesebuah sajak•Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak•Mengetahui latar belakang penyair atau penulis•Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak

CARA MENDEKLAMASI SAJAK •Pemahaman•Mimik•Peresapan•Gerak geri•Pengucapan•Daya hafal•Daya ucapan dan irama•Batas kalimat

GAYA BAHASA

Page 29: NOTA PKP3117.docx

Perbandingan Metafora Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.

Hiperbola Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.

Personofikasi Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan manusia.

Simile Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.

Penggunaan ayat Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.

Pengulangan Anafora / Epifora / Simplok Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan diawal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).

Unsur Bunyi Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan

Nada Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedihNada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaanNada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang.Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentangNada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang