nota sjh3103 kurikulum sejarah sekolah rendah (bab 5).docx

21
Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 BAB LIMA: PENGURUSAN PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH STRUKTUR ORGANISASI PANITIA SEJARAH Secara umumnya, keperluan penubuhan panitia mata pelajaran di setiap sekolah adalah berdasarkan ketetapan yang telah diselaraskan di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk “Panitia Mata Pelajaran”. Pekeliling ini telah dikeluarkan atas saranan Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sebelum tahun 1986, terdapat beberapa masalah utama berkait dengan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti termasuklah: 1. Ketiadaan dasar dan garis panduan yang mewajibkan penubuhan panitia mata pelajaran; 2. Penubuhan dan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di sekolah tidak diselaraskan; 3. Ketiadaan arahan dan panduan yang jelas tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab sesebuah panitia; 4. Terdapat sekolah yang tidak menubuhkan panitia mata pelajaran; 1 EMPAT Fokus utama dalam bab ini termasuklah: 1. Struktur Organisasi Panitia Sejarah di peringkat sekolah rendah 2. Tujuan Penubuhan Panitia Sejarah 3. Pengurusan Panitia dalam aspek: i. Sistem Fail; ii. Perancangan Aktiviti

Upload: hazman-azhar

Post on 29-Nov-2015

2.723 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PISMP Pendidikan SejarahSJH3103 - Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

BAB LIMA:

PENGURUSAN PANITIA SEJARAH SEKOLAH RENDAH

STRUKTUR ORGANISASI PANITIA SEJARAH

Secara umumnya, keperluan penubuhan panitia mata pelajaran di setiap sekolah

adalah berdasarkan ketetapan yang telah diselaraskan di bawah Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 4/1986 Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk “Panitia Mata

Pelajaran”.

Pekeliling ini telah dikeluarkan atas saranan Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran

Malaysia kerana sebelum tahun 1986, terdapat beberapa masalah utama berkait

dengan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti

termasuklah:

1. Ketiadaan dasar dan garis panduan yang mewajibkan penubuhan panitia

mata pelajaran;

2. Penubuhan dan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di sekolah tidak

diselaraskan;

3. Ketiadaan arahan dan panduan yang jelas tentang fungsi, peranan dan

tanggungjawab sesebuah panitia;

4. Terdapat sekolah yang tidak menubuhkan panitia mata pelajaran;

5. Terdapat sekolah yang tidak mengaktifkan peranan panitia mata pelajaran.

Keperluan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah

Penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah adalah PERLU berdasarkan Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.

1

EMPAT Fokus utama dalam bab ini termasuklah:

1. Struktur Organisasi Panitia Sejarah di peringkat sekolah rendah

2. Tujuan Penubuhan Panitia Sejarah

3. Pengurusan Panitia dalam aspek: i. Sistem Fail; ii. Perancangan Aktiviti

4. Peranan Panitia Sejarah

Page 2: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Sebuah “panitia” (committee) yang dianggotai dalam kalangan guru yang mengajar

sesuatu mata pelajaran yang sama hendaklah ditubuhkan sebagai sebuah badan

ikhtisas.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, kewajaran penubuhan panitia di

sesebuah sekolah termasuklah:

“Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau

mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka

menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar mereka sebagai

pendidik.

Mereka juga harus mempunyai semangat berkerjasama, saling membantu

dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi

kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar

sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk berkerjasama dan menyelaraskan usaha

mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.

Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang

menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-

masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang

berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.”

Struktur dan Organisasi Panitia Sejarah

Pengetua / Guru Besar

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Panitia Mata Pelajaran Sejarah

2

Page 3: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Panitia Mata Pelajaran Sejarah adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh

kesemua guru yang terlibat atau mengajar mata pelajaran Sejarah di sesebuah

sekolah.

Di peringkat sekolah rendah misalnya, penubuhan Panitia Mata Pelajaran Sejarah

adalah dianggotai oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kurikulum Standard

Sejarah Tahun Empat hingga Enam bermula Tahun 2014.

Bermula tahun 2016, Panitia Sejarah ini akan menggantikan sepenuhnya Panitia

Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan selaras

dengan pemansuhan mata pelajaran tersebut secara berperingkat sehingga tahun

2016.

Panitia Sejarah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang Guru Kanan yang dilantik

sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar. Menurut Ismail Said & Rosadah Nik Ali

(2013), Ketua Panitia perlulah dilantik dalam kalangan guru kanan yang beropsyen

Sejarah di sesebuah sekolah.

Organisasi Panitia Sejarah di Sesebuah Sekolah

Penasihat

Guru Besar

Ketua Panitia

Guru Kanan Sejarah

(berdasarkan lantikan Guru Besar)

Setiausaha Panitia

(berdasarkan lantikan dalam kalangan ahli panitia)

Ahli-ahli Panitia

(dianggotai oleh kesemua guru mata pelajaran Sejarah)

3

Page 4: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Ketua Panitia Sejarah secara automatiknya akan dilantik menjadi ahli kepada

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Jawatankuasa ini berperanan sebagai

penghubung di antara ahli-ahli di dalam setiap panitia dengan Guru Besar dan pihak

pentadbiran sekolah.

Setiap panitia haruslah mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-

kurangnya sekali bagi setiap penggal persekolahan dan sekiranya terdapat

keperluan untuk mengadakan mesyuarat.

Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat panitia berhubung isu atau masalah

berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada

Guru Besar atau Penolong Kanannya untuk mendapatkan penyelesaian atau untuk

dimaklumkan.

TUJUAN PANITIA SEJARAH

Penubuhan sesebuah panitia mata pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil. 4/1986 termasuklah:

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-

pembelajaran;

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang

inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para

pelajar terhadap pembelajaran;

3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah

dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan

kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;

4. Mewujudkan semangat berkerjasama di antara panitia mata pelajaran

dengan persatuan atau kelab akademik.

4

Page 5: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

PENGURUSAN PANITIA SEJARAH

Sesebuah Panitia Sejarah yang baik perlulah diuruskan dan dikelolakan dengan

baik. Pengurusan panitia yang baik termasuklah melalui pengurusan rekod yang

bersistematik serta penetapan hala tuju dan perancangan panitia yang tersusun.

Di bawah pengurusan sesebuah Panitia Sejarah, dua aspek penting perlu ditekankan

termasuklah:

1. Sistem Fail

2. Perancangan Aktiviti

1. Sistem Fail

Sistem Fail merujuk kepada proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk

rujukan dengan selamat, mudah diperolehi dengan cepat bila dikehendaki, dan

proses ini meliputi klasifikasi, penyusunan, penyimpanan, dan pelupusan rekod.

Penggunaan sistem fail dalam pengurusan sesebuah panitia mata pelajaran di

sekolah adalah berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam melalui Arahan Perkhidmatan Bab 4: Fail Memfail.

Selain itu, panduan sistem fail yang selaras dengan perkhidmatan awam turut

digunakan dalam pengurusan fail panitia yang tertakluk kepada Sistem Fail Arkib

Negara Malaysia seperti yang terkandung di bawah Akta Arkib Negara Malaysia

2003.

Di peringkat panitia mata pelajaran, fail berwarna putih akan digunakan yang

diklasifikasikan sebagai fail terbuka dan terhad.

Sistem fail yang digunakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia hadir

bersama-sama dengan kod dan nombor panggilannya. Berikut adalah contoh kod fail

bagi sistem fail sesebuah panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah:

TBCXXXX / 06 / 06 / XXX

(Kod Sekolah) / (Kurikulum) / (Panitia) / (Mata Pelajaran)

5

Page 6: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

* Kod Fail di bawah Kod Kurikulum:

06/01 - Laporan Lawatan

06/02 - Jadual Waktu

06/03 - Kursus Pengajian

06/04 - Pelbagai

06/05 - Ujian/Peperiksaan

06/06 - Panitia

Dalam Sistem Fail sesebuah panitia mata pelajaran, terdapat SEPULUH kandungan

yang perlu diuruskan termasuklah:

Bil. Kod Tajuk Isi Kandungan Fail

1. 06/06/XXXA Fail Induk 1. Surat-surat

Perhubungan luar

2. 06/06/XXXB Sukatan Pelajaran 1. Sukatan Pelajaran;

2. Huraian Sukatan

Pelajaran ;

3. Rancangan Pelajaran

Tahunan;

4. Senarai Buku Rujukan

Guru/Murid;

5. Pekeliling Ikhtisas

yang berkait dengan

Kurikulum

3. 06/06/XXXC Mesyuarat Panitia 1. Surat panggilan

mesyuarat panitia;

2. Minit mesyuarat;

6

Page 7: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

4. 06/06/XXXD Program Kecemerlangan 1. Perancangan Program

2. Perlaksanaan

Program

5. 06/06/XXXE Keputusan Ujian dan

Peperiksaan

1. Analisa Keputusan

Peperiksaan Awam

(UPSR) peringkat

sekolah;

2. Analisa Keputusan

Peperiksaan Mata

Pelajaran dalam

peperiksaan awam;

3. Analisa pencapaian

mata pelajaran

peringkat sekolah

(bulanan/penggal);

4. Headcount;

5. Post-mortem.

6. 06/06/XXXF Penyeliaan 1. Jadual Penyeliaan/

Pencerapan;

2. Laporan Penyeliaan

PdP oleh Guru Besar;

3. Laporan Penyeliaan

PdP oleh GPK;

4. Laporan Penyeliaan

PdP oleh Guru Kanan

Panitia;

5. Laporan Penyeliaan

PdP oleh rakan

sejawat.

7. 06/06/XXXG Pemeriksaan Buku Latihan 1. Jadual Pemeriksaan

Buku Latihan/

Rampaian;

2. Jaduan Pemeriksaan

7

Page 8: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Buku Program/Buku

Kerja/Buku Nota.

8. 06/06/XXXH Aktiviti Ko-Kurikulum 1. Surat-menyurat Ko-

kurikulum Akademik;

2. Laporan ringkas

aktiviti.

9. 06/06/XXXI Fail Bank Soalan 1. Koleksi soalan ujian/

peperiksaan yang

dibina mengikut tahap

murid di sekolah;

2. Koleksi soalan dari

Daerah/Negeri lain;

3. Koleksi soalan yang

telah dianalisis (Bank

Soalan)

10. 06/06/XXXJ Fail Maklumat Guru Mata

Pelajaran

1. Maklumat Peribadi

Guru;

2. Jadual Waktu

Mengajar Guru;

3. Carta Organisasi

Kurikulum/Panitia;

4. Jawatankuasa Panitia.

* XXX adalah kod kepada mata pelajaran. Contohnya 002.

Dalam pengurusan sesebuah sistem fail, perkara-perkara tersebut turut diambilkira

termasuklah:

1. Minit (Doket) : Rekod pergerakan keluar masuk surat dan dokumen dalam

sesebuah fail (diletak di sebelah kiri dalam fail)

2. Isi Kandungan : Diletakkan pada sebelah kanan dalam fail; Disusun dengan surat

baharu di bahagian atas.

*(minit dan isi kandungan diikat menggunakan tali hijau pada fail yang ditebuk)

8

Page 9: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

3. Rekod Pergerakan : Sebuah buku rekod (buku log) berkaitan dengan rekod

pergerakan fail diwujudkan.

4. Simpanan Fail : Fail Induk Panitia (berwarna putih) disimpan di pejabat; Fail-

fail lain disimpan oleh Ketua Panitia.

2. Perancangan Aktiviti

Sesebuah panitia mata pelajaran yang baik haruslah mempunyai perancangan

aktivitinya tersendiri yang akan menjadi penentu hala tuju sesebuah panitia bagi

sesebuah tahun atau tempoh tertentu.

Sebagai cadangan, setiap panitia haruslah mempunyai “Buku Perancangan

Tahunan” yang terancang. Buku perancangan ini haruslah meliputi:

1. Pengurusan dan pentadbiran panitia;

2. Perancangan akademik panitia;

3. Perancangan persatuan/kelab akademik;

4. Dokumen sokongan

KANDUNGAN BUKU PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA

BAHAGIAN KANDUNGAN

SATU:

Pengurusan dan Pentadbiran

1. Visi, Misi dan Matlamat Sekolah;

2. Carta Organisasi Sekolah;

3. Carta Organisasi JK Kurikulum Sekolah;

4. Carta Organisasi Panitia;

5. Senarai Guru Panitia dan Biodata;

6. Senarai Penyedia Soalan Ujian/Peperiksaan;

7. Data Pelajar Tahun Semasa;

8. Perancangan Aktiviti Tahunan (Carta Gantt);

9. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan.

9

Page 10: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

DUA:

Perancangan Akademik

1. Prestasi Semasa Mata Pelajaran Tahun Sebelum

bagi setiap Darjah dan Peperiksaan Awam;

2. Data/Rekod Peperiksaan UPSR bagi Mata

Pelajaran (sekiranya ada) hingga Tahun Terkini;

3. Data/Rekod Ujian Kecergasan/UDTA;

4. Perancangan Strategik Semua Darjah:

Keputusan peperiksaan terakhir;

Sasaran tahun semasa;

Strategi/aktiviti peningkatan prestasi.

TIGA

Perancangan Kelab/ Persatuan

Akademik

1. Menubuhkan kelab/persatuan akademik yang

berkait dengan mata pelajaran (cth: Persatuan

Sejarah);

2. Merancang aktiviti untuk kelab/persatuan

akademik;

3. Melaksana aktiviti untuk kelab/persatuan

akademik yang terbabit.

EMPAT

Dokumen Sokongan

1. Penetapan kuota latihan bagi setiap Darjah;

2. Panduan penentuan gred peperiksaan atau ujian;

3. Pemeriksaan buku latihan/nota/kerja/projek murid;

4. Laporan Pemantauan Kurikulum Berkualiti;

5. Sistem Fail Panitia;

6. Senarai Buku Rujukan/CD/BBM untuk guru.

Perancangan Mesyuarat Panitia

Selain itu, setiap panitia haruslah merancang untuk mengadakan mesyuarat panitia

sekurang-kurangnya sekali bagi setiap penggal persekolahan seperti yang

disyaratkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.

Tarikh mesyuarat panitia haruslah ditetapkan selaras dengan tarikh yang

dicadangkan dalam Takwim Tahunan Sekolah. Ketua Panitia dan Setiausahanya

haruslah menentukan penetapan tarikh dan tempat mesyuarat, mengeluarkan surat

panggilan mesyuarat serta menetapkan agenda bagi sesebuah mesyuarat.

10

Page 11: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Setiap kali selesai bermesyuarat, satu minit mesyuarat hendaklah disediakan oleh

Setiausaha Panitia dan difailkan.

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Sesebuah panitia mata pelajaran berperanan dalam menetapkan guru yang akan

mengajar mengikut kelas.

Dalam menetapkan guru yang mengajar, bidang pengkhususan guru mengikut tahap

keupayaan murid atau darjah perlu diambilkira.

Ketua Panitia bertanggungjawab memanjangkan permohonan guru mata pelajaran

kepada Guru Besar sekiranya guru opsyen adalah tidak mencukupi.

Pihak panitia juga bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pengajaran

Tahunan (RPT) mengikut format Kurikulum Berkualiti. Selain itu, semakan berkala

dan analisa ke atas RPT juga perlu dilakukan oleh panitia bagi mendapatkan hasilan

yang terbaik.

Selain itu, pihak panitia haruslah menekankan aspek-aspek berikut dalam melakukan

perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuklah:

1. Menyedia dan menyimpan data murid

2. Menyimpan data peperiksaan dan penilaian

3. Menetapkan buku rujukan guru

4. Menyenaraikan buku teks/rujukan/kerja murid

5. Menetapkan kekerapan jumlah latihan dan semakan latihan

6. Menentukan standard pemeriksaan buku nota/latihan murid

7. Merangka strategi PdP untuk kelas peperiksaan (jika ada)

8. Merancang kajian tindakan

Perancangan Program Sokongan Panitia

11

Page 12: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Sesebuah panitia yang berkesan juga perlu merangka dan merancang perlaksanaan

pelbagai program sokongan yang berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran (PdP) bagi sesuatu mata pelajaran termasuklah:

1. Kelas bimbingan Sejarah

2. Klinik Sejarah

3. Minggu Sejarah

4. Program Motivasi dan Kemahiran Belajar

5. Hadiah Motivasi

6. Program Restu Ilmu (Kelas Peperiksaan)

7. Sudut Khas Sejarah

Perancangan Pembangunan Guru/Staf

Bagi meningkatkan lagi kualiti para guru atau staf bagi sesebuah panitia,

perancangan pembangunan guru dan staf juga perlu dirangka.

Antara program pembangunan yang boleh dirangka termasuklah:

1. Kursus Dalaman

2. Meningkatkan Keilmuan Guru:

Teori pedagogi

Kaedah P&P terkini

Pengurusan Panitia

Kemahiran ICT

Kemahiran mengguna BBM terkini

Isu-isu semasa pendidikan dan kerjaya mata pelajaran

Pembinaan profil pelajar

Pengurusan bilik darjah

Kaedah P&P berkesan

Kemahiran belajar

Membuat kajian tindakan

3. Post-Mortem/Kajian Tindakan:

12

Page 13: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Penilaian Kendiri – refleksi diri:

Menyemak kelemahan dan kekuatan P&P guru

Mencadangkan program pembaikan

Post-Mortem Jadual Spesifkasi Ujian:

Aras Soalan : Pengetahuan

: Kefahaman

: aplikasi

: analisis

: sintisis

: penilaian

Analisis Item

Analisis Keputusan Ujian/Peperiksaan

Analisis Pencapaian Ujian/ Peperiksaan

Pemulihan dan Pengayaan

PERANAN PANITIA SEJARAH

13

Page 14: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Peranan sesebuah panitia mata pelajaran ada dijelaskan secara terperinci melalui

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986. Antara peranan sesebuah panitia mata

pelajaran termasuklah:

1. Memperolehi sukatan mata pelajaran terbaru atau kemaskini untuk kegunaan

ahli-ahli panitia;

2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun

persekolahan. *(takwim sekarang - hanya dua penggal) Rancangan mengajar

ini diselaraskan di antara guru dalam suatu tingkatan/darjah dan di antara

tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk

digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari

segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;

4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan

tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan

kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;

5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah)

yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu

menubuhkan bank soalan;

6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap

peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan

akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-

kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali

sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan

jika perlu;

8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal

atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau

14

Page 15: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 5).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

isu-isu berkaitan, seperti masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar

serta mencari penyelesaian kepada masalah tersebut;

9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah

mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

10. Mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah

dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai

matlamat pengajaran dan pembelajaran;

11. Berkerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan

panitia-panitia di sekolah berhampiran atau sekawasan;

12. Berkerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke

arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu;

13. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan minit

mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

14. Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,

surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

15