dajjal 2.docx

68
Meskipun telah banyak artikel tentang Dajal telah dibincangkan tetapi mungkin ramai daripada kita yang masih kabur-kabur. Siapakah itu Dajal? Apakah bukti-bukti kewujudan Dajal? Sejak bilakah dia wujud dan adakah dia yang menyesatkan umat manusia di setiap peradaban ketamadunan? Dan kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mempunyai ilmu secukupnya untuk untuk menghadapi The False Messiah ini. Perhatikan tanda-tanda kedatangannya di sekeliling kita, sudah begitu banyak bagi yang celik mata dan hati. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. A'li-Imraan 191 Insya Allah semua persoalan yang sering bermain di benak anda itu akan terjawab apabila membaca artikel rakan seperjuangan kami ini dan sedikit sebanyak info tambahan dari kami. Selamat Membaca! Kredit to Konspirasi Teoris Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis. Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle. Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru. Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al- Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains. KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!! Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini.

Upload: caliph

Post on 26-Sep-2015

301 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Meskipun telah banyak artikel tentang Dajal telah dibincangkan tetapi mungkin ramai daripada kita yang masih kabur-kabur. Siapakah itu Dajal? Apakah bukti-bukti kewujudan Dajal? Sejak bilakah dia wujud dan adakah dia yang menyesatkan umat manusia di setiap peradaban ketamadunan? Dan kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mempunyai ilmu secukupnya untuk untuk menghadapi The False Messiah ini. Perhatikan tanda-tanda kedatangannya di sekeliling kita, sudah begitu banyak bagi yang celik mata dan hati.(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.A'li-Imraan 191Insya Allah semua persoalan yang sering bermain di benak anda itu akan terjawab apabila membaca artikel rakan seperjuangan kami ini dan sedikit sebanyak info tambahan dari kami. Selamat Membaca! Kredit to Konspirasi TeorisMahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa yang ditinggalkan tanpa jawapan dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misterithe puzzle.Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains. KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu garisan benang halus yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJALMengenalpasti & Menyusun kodKod-kod mengenai Dajjal dalam sumber IslamUntuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.Ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.Apa yang dimaksudkan dengan sabda di atas ialah, Dajal akan memberikan kita melalaikan kita dengan syurga dunia iaitu kemewahan, pangkat, harta dan wanita yang sekaligus akan menyebabkan kita lupa diri dan hanyut dengan keduniaan semata-mata walhal itu hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik kembali nikmat-nikmat yang dikecapi itu. Inilah Benedictine Order yang mereka laksanakan dan ramai yang terpedaya lupa apa yang patut sebenarnya kita kejar. Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah: Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata: "Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?" Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: "Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab: "Aku pengintip rahsia (Jassasah)" Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?". Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu." Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?" Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan." Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?" Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering." Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?" Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)." Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?" Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya." Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?" Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya." Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?" Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi" Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat." Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur" Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah." Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit. Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut: - Akan muncul pada akhir zaman - Mengaku bahawa dia adalah Tuhan - Menyebar fitnah dan dusta - Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:Tanya kami; Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?, jawab Rasullullah: Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang. Tanya kami; Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?, jawab Rasullullah; Tidak tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.(HR Muslim)Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:1 hari = Setahun1 hari = Sebulan1 hari = Seminggu37 hari = Seperti hari kitaTentang hari-hari Dajal di dunia telah dikupas dengan begitu baik oleh Imran N. Hosein. Sila tonton video di bawah atau baca artikel kami sebelum ini, klik sini!

The Arrivals Part 26 (Dajjal Sudah Tiba 2) - Malay Sub

Kod-kod sumber Yahudi "This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666)." (Bible, Revelation 13:18) - ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666. For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist. (Bible King James, John 1:7) - ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendustaJika kita perasan, kehidupan kita seharian dikelilingi oleh angka 666 ini. Boleh dikatakan semua barangan anda hari ini mempunyai angka 666 ini secara tersembunyi. Hanya mereka yang prihatin akan menyedari tentang perkara ini. TIDAK PERCAYA? Tidak mengapa. Cuba anda perhatikan setiap barangan yang anda beli di kedai-kedai, termasuklah kasut, baju, peralatan sekolah dan banyak lagi, semuanya mempunyai kod bar barang!Inilah bukti Dajal menguasai sistem kita sekarang. Kita tidak dapat lari dan elak dari membeli barang keperluan seharian kita yang semuanya mempunyai mark of the beast ini. Untuk artikel lanjut, anda boleh membaca artikel sahabat saya, Sang Tawal berkenaan perkara ini, klik sini! Kod-kod sejarah mengenai manusia hebat , tuhan matahari dan sebagainya. Kod #1: Horus The One-Eyed Sun GodDalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudaraOsiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus. Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib. Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.Lambang Horus ini banyak digunakan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia Dajal, antaranya Freemason dan Illuminati. Siapakah Horus yang akan kembali ini seperti yang dipercayai masyarakat mesir purba ini? Biarkan jawapan itu kekal di benak anda, dan baca kata kunci yang seterusnya.

Kod #2: Quetzalcoatl, The God of MayanQuetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurutkepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asingLelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir.. Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ala alihi wa as habihi ajmain).Kalendar Mayan yang berbentuk matahariTeori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siapdengan ketiadaan bucu (Unfinished Pyramid seperti di mata wang satu USD)Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.Menurut pandangan perubadi saya, filem 2012 itu diwujudkan untuk menimbulkan ketakutan di dalam fikiran manusia yang akan terjadi sesuatu pada 2012. Apa yang ditunjukkan di dalam filem itu kemungkinan besar tidak akan berlaku sebaliknya akan berlaku sesuatu yang besar (perang atau peristiwa lain) yang akan menyebabkan masyarakat dunia terdesak untuk menerima bantuan. Dan ketika itulah akan datang penyelamat membawa berita gembira tetapi mempunyai helah di sebaliknya, jika kita tidak menerima bantuan itu, mungkin hidup kita akan terseksa. Inilah permainan Dajal untuk membuatkan manusia menerimanya sebagai Tuhan. Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of EarthKita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak Tuhan mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina. Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah ...pemerintah akan kembali.....penghujung waktu... maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell. Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.Empayar China juga tidak terlepas dari mendapat kunjungan 'pemerintah agung' ini. Dan dia akan kembali di akhir zaman nanti. Horus, Maharaja Shi Huangdi? Mengapa mereka seakan mempunyai kaedah yang hampir sama? Adakah mereka ialah orang yang sama? Simpan dulu jawapan anda, tunggu sehingga ke akhir artikel ini. Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina. Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno. Manakala teori penulis pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.Kenapa binaan piramid ini ada di kebanyakan tempat-tempat lokasi tamadun purba? Tidakkah anda terfikir ia sudah pasti diilhamkan oleh orang yang sama. Seakan tanda dia telah menjelajah dan menyesatkan ketamadunan itu.

Logged

Sum79

Posts: 570

THE TRUTH IS OUT THERE!!

Jawab #211 January, 2010, 02:43:57 AM

Publish Di FB

Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi terpilih di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri. Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai seorang manusia. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM). Ia juga mungkin sebagai salah satu tanda kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.Saya sudah menulis artikel tentang obelisk ini sebelum ini. Jangan terkejut jika di negara kita juga turut sama mempunyai binaan Dajal ini. Untuk artikel lanjut, klik sini! Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual. Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat. Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari. Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus? Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.Mengikut Judith Flanders, Mysteries Of The Ancient World, halaman 31 menyatakan: "It was hardly two centuries ago that sightline to the midsummer sunrise was first detected at Stonehenge. It was not until nineteenth century that similar alignments were noticed in other stone circles. And it is only in the last decade that other orientations have been confirmed, unexpectedly to the cardinal points of nort, east, south and west, directions that remain teasingly unexplained. How they were achieved in times when there was no pole star in unclear."" Lebih kurang dua kurun dahulu, buat pertama kalinya garisan yang berjajaran dengan terbitnya matahari musim panas dikesan pada susunan batu Stonehenge. Hanya pada kurun ke-19 jajaran yang sama dikesan wujud pada lingkaran batu lain. Dan hanya pada abad akhir bentuk orientasinya disahkan, di luar jangkaan ia menunjuk tepat ke arah utara, timur, selatan dan barat, arah yang sehingga kini membingungkan para pengkaji. Bagaimana pembinanya mampu melakukannya sedangkan tidak arah kompas bintang pada waktu itu."Satu lagi fakta mengejutkan, dipetk dari Reader's Digest, Strange Stories, Amazing Facts II, halaman 341. "Researcher in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence to blind springs also emerged...Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with 'blind springs' where water wells up but not break the surface." "Para pengkaji Amerika secara bersama mendedahkan bahawa pembentukan jaringan garisan lurus itu, artifak kaum Indian dan binaan batu agam jelas dibina dan diletakkan oleh manusia dan bertemu dengan mata air yang terbenam...Para pencari air disokong dengan kajian geologis menemui bahawa garisan putih dan lokasi purba bertemu dengan mata air yang terbenam."Ada sesuatu yang terlindung yang perlu difahami oleh kita semua. Mengapakah bongkah-bongkah ini dibina di atas jajaran ley dan blind springs? Menurut Alfred Watkins yang menemui fenomena ini, perkataan ley membawa maksud 'garam' di dalam bahasa purba. Asal perkataan itu dipercayai diperolehi sebagai denai (jalan) pedagang mengangkut garam. Denai itu bukan hanya menjadi laluan malah mempunyai Earth force (kuasa Bumi).Menurut kajian mereka, para dowser menggunakan denai ini bai mencari air. Ini bermakna ley itu mengarah ke punca mata air yang terbenam atau dikenali sebagai blind springs. Teori Watkins telah disahkan oleh pakar matematik dan jurutera Alexander Thom pada tahun 1960. Beliau mengatakan bahawa lokasi semua bonglah batu di Eropah khususnya di Britain adlah berjajaran dengan fenomena astronomi dan berakhir dengan tempat terbitnya sumber mata air - Blind springs.Apa Makna Semua Ini?Perkara ini bukan suatu kebetulan. Kedudukan bongkah batu ini diletakkan dengan tujuan yang telah dijangka dan satu perancangan yang tersembunyi. Kembalikan ingatan kita kepada hadith Nabi S.A.W:"Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di Bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid At-Thur dan Masjid Aqsa."(Riwayat Imam Ahmad, sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26)HAARP ( High Frequency Active Auroral Research Program)Jadi, KEMUNGKINAN BESAR DAJJAL AKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI HAARP UNTUK MENGELUARKAN AIR SEWAKTU KEMARAU TIGA TAHUN MENJELANG KEDATANGANNYA. INI MEMBANTU 'TAYANGAN PERDANANYA' UNTUK MEMPERHAMBAKAN UMMAT! Kod #7: Triniti agama paganSesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang tidak dapat diselamatkan. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran keluarga tuhan iaitu tuhan mempunyai anak ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci."Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya)."(Quran, al-Isra: 85)Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini? Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan bahawa TUHAN ITU SATU:EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.

Logged

Sum79

Posts: 570

THE TRUTH IS OUT THERE!!

Jawab #311 January, 2010, 02:58:53 AM

Publish Di FB

Cao Dai Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.Di dalam Al-Quran jelas mengatakan bahawa Tuhan yang wajib disembah hanyalah satu. Dan tiada tuhan lain selainnya. Di dalam surah Al-Ikhlas 1-4:Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".Allah telah berfirman bahawa hanya ia yang layak disembah dan hanya padanya sahaja tempat kita meminta sebarang hajat. Dan ia tidaklah mempunyai sifat seperti manusia yang boleh beranak dan diperanakkan. Lihat wahai penganut Kristian, cuba kaji balik agama anda. Mungkin anda akan menemui cahaya kebenaran jika anda betul-betul buka minda dan gunakan akal yang dikurniakan.Saya tambah petikan dari Kitab kamu yang mengatakan Tuhan itu esa. Mungkin ayat-ayat ini tidak sempat diubah oleh tangan-tangan ghaib yang telah mengubah Injil asal. Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. John 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. Yohanes (John) 17:3Ini bukan ayat rekaan saya, ini adalah ayat kitab kamu sendiri! Kalau tidak percaya anda boleh buka sendiri kitab kamu dan lihat sendiri. Ayat di atas dengan jelas mengatakan hanya Allah tuhan yang benar dan Nabi Isa a.s itu adalah utusan Allah sahaja, bukan TUHAN! I am the Lord, and there is no other; besides me there is no god. I arm you, though you do not know me, so that they may know, from the rising of the sun and from the west, that there is no one besides me; I am the Lord, and there is no other. Isaiah 45:5-6 Bahwa Akulah Tuhan dan tiada lain lagi; kecuali Aku tiadalah yang ilah adanya, maka Aku sudah mengikatkan pinggangmu, meskipun engkau tiada mengetahui akan Daku. Supaya dari pada masyrik sampai kepada magrib diketahui orang, bahwa kecuali Aku tiada ilah lagi, bahwa Akulah Tuhan dan tiadalah lain, Yesaya (Isaiah) 45:5-6 Hear, O Israel: The Lord is our God, the Lord alone. Deuteronomy 6:4 Dengarlah olehmu, hai Israel! sesungguhnya Hua, Allah kita, Hua itu esa adanya. Ulangan (Deuteronomy) 6:4Tidakkah kamu mengkaji kitab-kitab kamu? Jika kamu rajin mengkaji, kamu akan menemui kebenaran yang mereka sembunyikan dari kamu! Carilah cahaya kebenaran, saya doakan kamu segera menemuinya sebelum terlambat.Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".Al-Imran:64 Kod #8: Merlin, The Prophet of MagicMerlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang Englad ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai penyimpan rahsia dunia , ketua pengetahuan dan druid Celt terakhir. Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan. Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)...dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.Menurut John Matthews bertajuk Merlyn: Sharman, Prophet, Magician. Menurut penulis, Merlin dilahirkan dari benih syaitan. Iblis sangat tidak berpuas hati dengan keadaan hal ehwal bumi, maka diutuskan syaitan untuk menghamilkan wanita. Dan hasil perhubungan inilah, Merlin dilahirkan dengan keupayaan dan ilmu yang luarbiasa.Merlin dikatakan seorang yang mempunyai kuasa magis dan sakti. Berkeupayaan memukau manusia melalui pemikiran, seorang dukun, seorang dapat mengubah sesuatu keadaan dan kemudian ke tempat lain tetapi arahan dan seruannya masih tinggal kedengaran di tempat yang ditinggalkan ituParas rupa Merlin tidak pernah dijelaskan dengan terperinci melalui mitos ini, dari banyak sumber yang saya rujuki kebanyakan nya adalah tidak sama. Ia seolah-olah adalah gambaran penulis sendiri. Akan tetapi bagi mengaitkan Merlin dengan Dajjal, terdapat satu sumber yang mengatakan Merlin bertubuh besar sedikit dari manusia dan sangat cerdik akalnya. Dia mengabdikan diri di dalam hutan untuk menanti zaman kegemilangannya dan mempersiapkan kemunculannya diangkat sebagai Tuhan/Penyelamat. Harus diingat tulisan sumber ini datangnya dari teks kuno Eropah, ditulis pada abad ke-14, dan penulisnya bukan seorang yang beragama Islam! Namun tidak mustahil jika beliau ada melakukan kajian dalam Al-Quran dan Hadith mengenai Dajjal.Kisah Merlin juga dikaitkan dengan bongkah Stonehedge, kisah dia adalah guru kepada King Arthur dan adalah tulang belakang kejayaan England serta pembangkit kepada golongan barbarian, Anglo-Saxon. Terdapat ribuan teks yang ditulis mengenai nya untuk membuktikan Merlin adalah wujud dan berkomunikasi dengan manusia.Sudahkah anda nampak perkaitan puzzle di sini? Stonehedge dan Merlin? Mari kita teruskan mengbongkar misteri makhluk ini. Kod #9: Star of DavidJika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of DavidJuga imej Jesus Christ di tengah Star of David Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, penulis biarkan anda membuat kesimpulan.Buta hati kamu. Wahai saudara Hindu, carilah kebenaran sebenar. Saya pernah berbual sendiri dengan seorang bekas Sami Batu Caves (berkasta Brahmin). Beliau telah menceritakan kepada saya, kisah hidupnya yang begitu menyentuh hati saya dan membuatkan saya amat bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam. Beliau sanggup meninggalkan keluarga, kerjaya yang berjaya (beliau adalah bekas penuntut University Of Oxford) semata-mata demi Islam. Dan beliau telah cuba dibunuh oleh Hindraf atas arahan ayahnya sendiri kerana memeluk Islam, kepalanya ditetak, perutnya ditikam sehingga tembus dan urat nadi dia dipotong. Doktor meramalkan dia dapat hidup 3 bulan sahaja dengan keadaannya tetapi Allah maha berkuasa, sehingga sekarang beliau masih hidup dan sudah lebih 3 tahun beliau mengalami peristiwa itu. Kata-katanya yang begitu menyentuh ialah, semuanya kerana Allah, semuanya kerana Allah.Tetapi apa yang menyedihkan, berapa ramai melayu Islam yang murtad! Betapa tidak bersyukurnya mereka dan begitu nipisnya iman mereka sedangkan itulah nikmat yang paling besar, Iman dan Islam. Carilah kebenaran, dan kamu akan temui cahaya kebenaran di celah-celah kegelapan. Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi penulis pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini penulis ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal. Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya...ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad... dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi. Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis..."sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya...?". Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu akan kembali pada akhir zaman memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan mata satu dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori penulis ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama? Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan 'bergaya' di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana. Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti. Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu. Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu sistem yang sengaja diwujudkan oleh seseorang sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari. Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal. Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya.Masih ingatkah anda dengan sabda Rasullulah s.a.w?Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.Jika Rasullulah masih hidup, baginda akan mempertahankan umatnya dari Dajal ini, tetapi baginda telah wafat dan menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menepis fitnah dajal ini. Bagaimana kita mahu untuk menepis fitnah Dajal ini? Kita mestilah memperkuatkan diri kita dengan ibadat, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, tinggalkan segala hal yang boleh melemahkan iman kita dan kita juga mestilah melengkapkan ilmu di dada untuk menolak penyelamat yang salah ini. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah dari fitnah Al-Masih Ad-Dajal!Jika ada pendapat atau sebarang komen, mari sama-sama kita bincangkan di sini. Mari sama-sama melengkapi antara satu sama lain. Kumpulkan puzzle bersama-sama. Dan semakin mudah ia akan lengkap. Insya Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w : Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yangpaling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yangdemikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya danpenduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikianhujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjalkecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi olehDajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiranMakkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan diluar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika ituorang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggaldi Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudahmenjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.

Dalam hadis yang lain, di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidakberiman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman merekatidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia laludi satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun berimankepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supayamenurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkantumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanamanmereka subur.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Menjelang turunnyaDajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendustadipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanahdipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: Bumi yangpaling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawaloleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnyaDajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orangmunafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacingkepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalahyang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannyaseperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedangmenangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: Mengapa menangis? Sayamenjawab: Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takutmendengarnya. Rasulullah s.a.w berkata: Seandainya Dajjal datang padawaktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalaudia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal munculpada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Padazaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikansetahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yangterasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.

Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga? Rasulullah s.a.w menjawab:Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu. Menurut riwayat Dajjalitu nanti akan berkata: Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari iniberjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya? Katanya sambilditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu mingguatau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepadamanusia: Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan? Merekasemua menjawab: Ya, kami ingin. Maka dia tunjukkan lagi kehebatannyadengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Akan keluarlah Dajjalkepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empatpuluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluhbulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryamyang rupanya seolah-olah Urwah bin Masud dan kemudian membunuh Dajjalitu.

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk duniamenjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yangtetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.

Jika salah seorang diantara kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati sertadari keburukan fitnah Dajjal. doanya seperti berikut :

SIRAH AD-DAJJAL ALMASIH

ASAL-USUL

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya MinalMunzharin seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn syaqq manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

SIFAT FIZIKALNYA

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kanan, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan Kafir (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

LOKASINYA

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dlm kitab Shahih Muslim, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama Al-Jassasah. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat transitnya itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

RIWAYATNYA

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

DOKTRIN AD-DAJJAL

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?Nabi menjawab:Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan. H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan Al Ghaist (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang. H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Sekian Wasallam

ASAL USULAD-DAJJAL

SEJARAH AD-DAJJAL

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya. Kemudian berkata: Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.

Rasulullah s.a.w berkata lagi: Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: Makhluk apa engkau ini? Binatang itu menjawab: Saya adalah Al-Jassasah. Mereka tanya: Apa itu Al-Jassasah? Binatang itu hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: Siapakah anda? Orang seperti raksaksa itu menjawab: Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: Siapa kamu ini?

Mereka menjawab: Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya. Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu, nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: Keadaan apanya yang tuan maksudkan? Orang besar itu menjawab: Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah? Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: Aku takut pokok itu tidak berbuah.

Orang besar itu bertanya lagi: Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah. Mereka menjawab: Tentang apanya yang tuan maksudkan? Lelaki itu menjawab: Maksudku airnya apakah masih ada. Mereka menjawab: Airnya tidak susut. Lelaki itu berkata: Air sungai itu disangsikan akan kering.

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat? Mereka menjawab: Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Lelaki itu bertanya lagi: Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab? Mereka menjawab: Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab. Lelaki itu bertanya lagi: Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka? Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya. Kata orang besar itu lagi: Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.

Kata Tamim Al-Dariy lagi, Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu? Mereka menjawab: Ya, sudah ya Rasulullah. Rasulullah s.a.w berkata lagi: Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur, kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu? Orang Arab itu akan berkata: Tentu. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: Siapa Tuhanmu? Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.

Kata Rasulullah s.a.w lagi: Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: Mengapa menangis? Saya menjawab: Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.

Rasulullah s.a.w berkata: Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.

Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya? Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan? Mereka semua menjawab: Ya, kami ingin. Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Masud dan kemudian membunuh Dajjal itu.

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu Alam.

SIAPAKAH SEBENARNYA ALMAHDI

Di sini ingin saya kongsikan sedikit cerita yang pernah saya dengari dari seorang sahabat saya yang pernah menuntut di sebuah Universiti di Mesir suatu ketika dulu. Beliau ada menceritakan pada saya mengenai Siapakah Al Mahdi sebenarnya kepada saya yang suka banyak bertanya persoalan agama daripadanya. Saya amat tertarik dengan salah satu cerita beliau mengenai kebangkitan Al Mahdi dan di sini saya ingin kongsikan pada anda semua tentang sesuatu yang tersirat dan tersurat disebalik kisah Al Mahdi yang banyak diperkatakan oleh ramai orang terutama pada umat akhir zaman ini sehingga ada yang terlalu taksub dan berani mengaku sebagai imam mahdi

Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi ini memang telah wujud semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda sendiri juga pernah banyak meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan Iman Mahdi diakhir zaman selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga kedatangan Nabi Isa alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di sampaikanya mengenai Imam Mahdi adalah :

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis.Hadith riwayat At-Tabarani.

Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.

Ceritanya yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tenteraYazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu

Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid

Disini saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan Rasullah dan Siti Khadijah.

Di pendekkan cerita saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa orang pengikut yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazidbin Muawiyah (Yazid I)di suatu kawasan padang pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung selama beberapa hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan kepada tenteranya supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana katanya sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk mempertahankan diri dan keluarganya.

Di saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernamaMuawiyah bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernamaDzulfikar atau Dhu al-Faqaritu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.

Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya. Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.

Kaum Syiah Mempercayai Imam Mahdi tersembunyi di sini tetapi sejauh mana kebenaranya ?

Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan disembunyikan bersama dengan pedangDhu al-Faqardan kuda saidina ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:

Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengankeadilan(Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamumencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdidari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti

Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabitbahawaAl-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan, Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.

Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranyaAl-Manawidi dalam kitabnyaAl-Kabir, Ibnu Atsirdalam kitabnyaAn-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyahdalan kitabnyaGharibul HaditsdanAl-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dhaif, Al-Muhaddits Sayid AhmadSiddiq Al-Ghumaridi dalam kitabnyaAqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa ASdan lain-lain lagi.

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnyaAunal Mabud(syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataanAl Hafiz Imanuddinyangmenyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab Aunal Mabud juzu II m.s 374 dan 382)

Di dalam riwayat yang lain :

Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedangZulfaqor (Dhu al-Faqar)sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.

Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi

Sehingga kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya.Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung saidina Ali ra.

TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL MAHDI

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi ituada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahirapi yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian