bab 1.docx

29
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran- semasa Guru dan cabaran semasa Oleh DR. AMINUDIN MANSOR DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya. Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru (Dr. Aminudin Mansor, 2014) Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan. Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi

Upload: laicomel

Post on 15-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bab 1.docx

TRANSCRIPT

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa

Guru dan cabaran semasaOleh DR. AMINUDIN MANSORDENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru (Dr. Aminudin Mansor, 2014) Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.PENULISialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3TyroYdTh Utusan Melayu (M) Bhd

BAB 1ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1) Pengenalan

usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan. Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yangsangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.

2) Integrasi Nasional

Akibat keretakan integrasi nasional Perbezaan budaya dan agama Ketidakpuasan hati Kedudukan Geografi

3)Cabaran mewujudkan satusistem sosial

Agama dan kebudayaan Dasar Penjajah British Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan Amalan ekonomi yang berlainan Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

4)Halangan Integrasi Nasional

Perbezaan budaya dan agama Dasar Penjajahan Sistem Pendidikan Amalan Ekonomi Perbezaan politik

5)Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran

Sistem Pendidikan Kebangsaan Agenda Memperkasakan SK Penerapan Nilai Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Konsep Sekolah Wawasan Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Perkasakan bahasa Kebangsaan Pemantapan Aktiviti Pupuk Kefahaman Dasar Pelajaran kebangsaan menggunakansukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama

6)Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan

melaksanakansistem pendidikan kebangsaan menjadikanagenda memperkasakan SK menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian. memperkenalkanmata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraanpada tahun 2003 memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melaluiaktiviti kurikulum dan kokurikulum

7)Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP

Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan Modul Aktiviti Kokurikulum Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

8)Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional

Sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan yang sama Penggunaan Bahasa Melayu Pendedahan kepada nilai Seminar/forum

9)Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional

Program Permuafakatan Masyarakat Hari Keluarga Acara Kebudayaan Sambutan Perayaan Aktiviti Kokurikulum Bulan Kemerdekaan Lawatan ziarah Bina Insan

10)Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapatmencapai objektifseperti yang berikut:

meningkatkan kefahamanpelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia. menimbulkan rasa hormatterhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum. menanamkan kesedaranbahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum. menyemai dan memupuk nilai-nilai muliayang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.

11)Pendemokrasian Pendidikan

Semua dapat hak yang sama Sekolah dapat kemudahan yang sama Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan Sekolah satu aliran Amalan kehidupan Peluang pendidikan yang sama Persamaan hak Peluang yang luas Pembangunan sumber manusia

12)Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan

Basmi buta huruf Pendidikan universal Penyediaan infrastruktur Guru terlatih yang mencukupi Pra sekolah untuk semua

13)Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan

Pendidikan asasperlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan. Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial,peluang pendidikan perlu disediakantanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi. Sistem pendidikan perlu cubameningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan. pengagihan dan penggunaan sumbersedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan. Pendidikan patut mempunyaikaitan dengan kerjadan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

14)Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan

Pendidikan asas Pendidikan wajib untuk semua Kecekapan dalam pengurusan Pengagihan sumber Keperluan dengan pasaran kerja

15)Pendidikan Negara Pelbagai peringkat Kurikulum yang sama Penubuhan sekolah agama rakyat Peningkatan bilangan pelajar ke universiti Pendidikan swasta Pendidikan untuk semua Pengagihan sumber kewangan Pendidikan sawarjagat Pertambahan guru dan bilangan kelas Pendidikan Bertaraf Dunia Pendidikan berterusan Pendemokrasian pendidikan Pendidikan berkualiti

16)Tonggak Pendidikan UNESCO

Tonggak Pendidikan UNESCOadalah berdasarkan kepada;a) pelajar belajar untuk tahub) belajar untuk membuatc) belajar untuk menjadi apad) belajar untuk hidup bersama

17)Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO Pengurus punyai kuasa autonomi Memperkasakan kapasiti Struktur terurus Ukuran prestasi Pemantauan prestasi Kawalan sumber ketelusan

18) Menurut laporan UNESCO (2005),kuasa autonomibagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya pengurusan sekolah mesti mempunyaistrategi untuk memperkasa kapasitidan kepemimpinannya. sekolah perlu mempunyaimaklumat tentang prestasinyauntuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya. sekolah memerlukanstruktur yang terurusdan professional. kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segipemantauan prestasi sekolah. sekolah perlumengawal sumber-sumber. pengurusan sekolah mesti telus.

19)Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO Memenuhi keperluan pembelajaran asas Membentuk wawasan Akses kepada universal Focus terhadap pembelajaran Perluaskan skop Penambahbaikan persekitaran Perkukuhkan perkongsian Pembangunan dasar gerakkan sumber perpaduan antarabangsa

20)Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO

Perkembangkan potensi individu Tingkatkan kreativiti Sistem pendidikan yang cekap Pusat kecemerlangan pendidikan Tingkatkan martabat pendidikan

21)Tujuan KPM untukmembentukpembangunan insanyang seimbang adalah seperti yang berikut;

Memperkembang potensi individusecara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budayailmu pelajar. Membudayakan sains dan teknologidan pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebagaipusat kecemerlangan pendidikan. Meningkatkan martabatpendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.22)Pembangunan Modal Insan KPM; Perkembangkan potensi Punyai pelbagai kemahiran Bentuk peribadi Kemahiran berkomunikasi Kemahiran ICT Pembelajaran sepanjang hayat Nilai yang tinggi23)Cabaran KPMadalah untukmenyediakan generasi muda Malaysiadengan seluas-luas peluang dengan cara;

memperkembangkan potensidiri bagi setiap pelajar. melengkapkan diri pelajar denganpelbagai kemahiran. membentuk ciri-ciri keperibadiandan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.24)Pembangunan modal insanjuga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;

kemahiran komunikasiberkesan. kebolehan menggunakan ICTdengan baik. berfikir secara kreatif dan kritis. mengamalkanpembelajaran sepanjang hayat. nilai yang tinggisupaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.25)Pendidikan Berterusan; Institusi diperbanyakkan Bekalkan kemahiran Memenuhi guna tenaga sumber manusia Ahli masyarakat yang berfungsi Pemahaman kritikal Bijak menggunakan masa lapang Belajar sukarela Sedar kepada biografi Merancang kerja Perkembangan bakat Bentuk konsep kendiri

26)Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat; Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untukmemperoleh kemahiranyang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan. Memperolehkemahiran pekerjaan peringkat tinggi. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorangahli masyarakat yang berfungsilebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar. Membangunkan pemahaman kritikaldaripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial. Membangunkan sikapmenggunakan masa lapang dengan kreatifbagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan. Membangunkan sikapbelajar secara sukarela. Membantu orang dewasa menjadilebih sedar pada biografisendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya. Membantu orang dewasa dalammerancang kerjayadan mencapai matlamat yang bererti. Membolehkan individumembangunkan kelebihan-kelebihan terpendamdan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

27)Pendidikan Seumur Hidupadalah bertujuan untuk;

Menyediakan dan memberigalakan latihan dalam teknologitinggidengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran. Membangunkan program latihanyang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri. Mewujudkan program e-Latihan. Mewujudkan persekitaran yang mesrakepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan(R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan. Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan. Melancarkan Kempen Kebangsaanmengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.28)Rumusannya;Pendidikan Seumur Hidup;

Galakan dalam teknologi Pembangunan pgram latihan E-learning Persekitaran yang mesra Penggunaan institusi Kempen di peringkat kebangsaan29)Globalisasi Dalam Pendidikan;

Cabaran globalisasidalam pendidikan adalah dari segi yang berikut; Keperluan terhadappembelajaran berterusan. Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat. Pengurusan pendidikan. Pembentukan jati diri pelajar. Kualiti guru.

30)Perlu kepadaperubahan kurikulum;

Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalahseperti yang berikut;a) Sekolah Bestari:Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimediab) Projek Sekolah Net:Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajarc) Projek Smart Lab:Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.d) Projek Sekolah Vista:Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

31)Persediaan menghadapi persaingan globaliaitu dari segi

Mempunyai budayapembelajaran sepanjang hayat. Mempunyaikebolehan untuk berkomunikasidalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa. Meguasaikemahiran teknologiuntuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. Bersedia darisegikognitifuntuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru. Menjadi warganegara yang bertanggungjawabdari segi sosial, politik dan budaya.

32)Kesan Globalisasi Pendidikan;

Pembelajaran sepanjang hayat Kebolehan berkomunikasi Kemahiran teknologi Kesediaan kognitif Warganegara bertanggungjawab

33)Cabaran Globalisasi;

Kesediaan guru Kurang rasa kepunyaan Pertambahan beban Kekurangan sokongan pengurusan Pengurusan pendidikan Sikap guru Perbezaan tahap pengetahuan Perubahan yang kerap Penggunaan teknologi Pembentukan jati diri Budaya sekolah Perkembangan profesionalisme guru

34)Pembelajaran Berbantu Komputer;

Perisian latih tubi Perisian tutorial Perisian simulasi Perisian permainan Perisian penyelesaian masalah

35)Pengurusan Maklumat SekolahMenurut Rahmad Sukor (2006);

Permudahkan urusan Tingkatkan kecekapan Kurangkan beban Jimatkan masa Penempatan pelajar Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar Pengagihan sumber Rekod stok dan inventori

36)Perkembangan Profesionalisme Guru;

Memimpin perubahan Utamakan daya pengeluaran Perkembangan semasa Perkembangan teknologi Perubahan inovasi37)Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru;

Berupaya memimpin perubahandi sekolah di mana guru itu bertugas. Mengutamakan daya pengeluarantinggi dalam bidang kerjayanya. Sentiasamengikutiperedaran masa. Memahami perkembangan teknologi. Mempunyai sifat berani, mahumencuba idea baru dan inovatif

38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikantingkah laku gurukepada tiga tahap iaitu;

Tumpuan Berkaitan Peribadi Tumpuan Berkaitan Tugas Tumpuan Berkaitan Kesan.

39)Hall dan Loucks (1978)pula dalam kajian lanjutnya telahmemurnikanklasifikasi tumpuantersebut kepada tahap berikut;

Tumpuan Tiada Berkaitan:Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah. Tumpuan Berkaitan Peribadi:Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya. Tumpuan Berkaitan Tugas:Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan Berkaitan Kesan:Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.40)Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru;

Berdaya saing Hubungan sumber pendidikan Kemahiran berbahasa Komunikasi rentas budaya Produk dan perkhidmatan Keupayaan nilai antarabangsa Peningkatan bilangan institusi Penyebaran teknologi Cita rasa global

41)Kesan Negatif Globalisasi; Negara lemah ditindas Ketidakadilan perkongsian Pemantauan yang mendalam Permintaan pasaran tenaga kerja Meminggirkan bahasa melayu Terbuka kepada persaingan tidak sihat Pengkomersilan pendidikan Penafian pendemokrasian pendidikan Penghayatan ilmu terhakis

42)Kepelbagaian Budaya;

Perlu keadilan Peluang pendidikan kepada semua Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Program sekolah berkembar

43)Merujuk kepadaDasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001),proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut;

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikandengan melibatkan pelajar secara aktif. Berpandukanbahan-bahan sokongan yang relevandengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

44)Kepelbagaian sosio budayapelajar haruslahditanganidengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut;

Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaandengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. Memastikan setiappelajar yang berkelayakanmendapat tempat di institusipengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Memastikanpelantikannaib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukanberdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daifdi pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Meningkatkan mutu pendidikan gurubagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. Menyediakan peluang latihanperingkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. Mengkaji kembali skim perkhidmatan gurudan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewanganlain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. Menekankan betapa mustahaknya pelajarmenguasai pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. Menyediakan tempat dan latihankepada mereka yang keciciran. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaanuntuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45)Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;

Sekolah kebangsaan sebagai peneraju Kelayakan pelajar jadi penentuan Pindaan akta Tingkatkan kemudahan Tingkatkan mutu pendidikan guru Peluang latihan Biasiswa kepada yang berkelayakan Kuasai pelbagai bahasa

46)Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK);Suasana lebih kondusifMudah hasilkan bahanKepelbagaian mediaMaklumat pelbagai

47)Terdapat3asas penting dalam penggunaan teknologi maklumatiaitu;

teknologi maklumat adalah untukmengumpul maklumat.Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. memanipulasikan maklumatdan proses semula imej. proses berkomunikasi iaitu iamenjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasibagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

48)Perubahan Teknologi Maklumat;

Kuasa penggerak Pelaksanaan Pemudahan bertindak Kaedah perubahan Permulaan perubahan

49)Implikasi TMK;

penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampumerubah cara kerjadan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasimenjadi lebih terancang dan telusterutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. mampu untuk mengawal seliadengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonaldan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

50)Komputer Dalam Pendidikan; Pendidikan jarak Jauh Reformasi dalam pendidikan Mudah beri maklumbalas Sebagai bahan pengajaran pembelajaran Alat komunikasi Memudahkan pemahaman

51)Gejala sosial;

Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada3 Bahagianiaitu;a) Jenis kesalahan jenayahseperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.b) Jenis kesalahan gengsterismeseperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.c) Jenis kesalahan kurang sopandan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.52)Punca Gejala Sosial;

Globalisasi dan modenisasi Keruntuhan institusi keluarga Media-massa ICT Kelemahan undang-undang Sikap remaja Sikap ibu bapa

53)Kesan Negatif;

Kepada individu sendiri Menjejaskan Negara Keruntuhan nilai agama

54)Tangani Gejala Sosial; Peranan ibu bapa Peruntukan undang-undang Pendekatan akademik Didikan agama Peranan ahli masyarakat

55)Kesimpulan;Antaracabaran yang perlu ditanganidan diatasi adalah seperti yang berikut;

pemupukanIntegrasi Nasional melaksanakanPendemokrasian Pendidikan menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan menghadapiGlobalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya menanganiKepelbagaian Budayadengan penuh berhemah menggunakanPerkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasidengan sepatutnya berjaya mengatasi setiapGejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

Tekanan Emosi dalam kalangan pelajarhttps://www.youtube.com/watch?v=fDPEoReMfaw

KLIK DISINI UNTUK MENGUJI TAHAP STRES ANDA

http://www.lessons4living.com/stress_test.htmAtiqahaiza (2014). Jenis dan Siptom gangguan emosi http://atiqahaiza.blogspot.com/2014/01/nota-edu3109-jenis-dan-simptom-gangguan.html

Tingkah laku yang menunjukkan murid mengalami gangguan emosi: bersikap pasif murum menangis pendiam tidak berkeyakinan tidak suka berhubung dengan orang lain tidak berani menyuarakan pendapat. Punca bagi murid mengalami gangguan emosi: Persekitaran sekolah yang kurang kondusif kelas sempit dan kotor. Kesan: murid mewujudkan rasa tidak selesa dalam diri murid sehingga menyebabkan mereka tertekan dan tidak dapat memberikan tumpuan semasa sesi penngajaran. Masalah keluarga kehadiran adik baru, penderaan, kurang kasih sayanng, masalah kewangan dan kes penceraian

Pdf di bawah bertajuk Tekanan Emosi dalam kalangan Murid yang dihasilkan oleh Nordin Tahir (IPG Kampus Ipoh)