nota sjh3103 kurikulum sejarah sekolah rendah (bab 2).docx

22
Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah hazmanazhar_ipda© 2013 BAB DUA: MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH PERSPEKTIF MATA PELAJARAN SEJARAH Kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah disusun secara tematik (bertema) mengikut Tahun yang berbeza. Pada Tahun Empat, murid diperkenalkan dengan tema “Sejarah Awal Negara”, tema “Kedaulatan Negara” di Tahun Lim dan tema “Kemakmuran Negara Kita” di Tahun Enam. Bagi setiap tema, terdapat beberapa topik yang berkaitan dipelajari oleh murid. Berikut merupakan topik-topik sejarah yang dipelajari mengikut tema: Tahun Empat : Sejarah Awal Negara Topik Satu : Mari Belajar Sejarah 1.1 Apa itu Sejarah 1.2 Sejarah Diri dan Keluarga 1.3 Sejarah Sekolah 1.4 Sejarah Setempat Topik Dua : Zaman Air Batu 1 Bab ini berfokus kepada kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah bermula daripada Tahun Empat hingga Tahun Enam.

Upload: hazman-azhar

Post on 01-Jan-2016

1.506 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PISMP Pendidikan Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

BAB DUA:

MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH

PERSPEKTIF MATA PELAJARAN SEJARAH

Kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah disusun secara tematik (bertema)

mengikut Tahun yang berbeza.

Pada Tahun Empat, murid diperkenalkan dengan tema “Sejarah Awal Negara”, tema

“Kedaulatan Negara” di Tahun Lim dan tema “Kemakmuran Negara Kita” di Tahun

Enam.

Bagi setiap tema, terdapat beberapa topik yang berkaitan dipelajari oleh murid.

Berikut merupakan topik-topik sejarah yang dipelajari mengikut tema:

Tahun Empat : Sejarah Awal Negara

Topik Satu : Mari Belajar Sejarah

1.1 Apa itu Sejarah

1.2 Sejarah Diri dan Keluarga

1.3 Sejarah Sekolah

1.4 Sejarah Setempat

Topik Dua : Zaman Air Batu

2.1 Perubahan Zaman Air Batu, pembentukan benua

Topik Tiga : Zaman Prasejarah

3.1 Kehidupan Manusia Prasejarah

1

Bab ini berfokus kepada kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah bermula daripada Tahun Empat hingga Tahun Enam.

Page 2: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Topik Empat : Kerajaan Melayu Awal

4.1 Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal

Topik Lima : Tokoh Kesultanan Melayu Melaka

5.1 Tokoh Terbilang (Konsep)

5.2 Parameswara sebagai Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

5.3 Tun Perak Bendahara Melaka

5.4 Hang Tuah Laksamana Melaka

Tahun Lima : Kedaulatan Negara

Topik Enam : Warisan Negara Kita

6.1 Institusi Beraja

6.2 Agama Islam

6.3 Bahasa Melayu

Topik Tujuh : Perjuangan Kemerdekaan Negara

7.1 Penjajahan Kuasa Luar

7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan

7.3 Kemerdekaan Negara Kita

Topik Lapan : Yang di-Pertuan Agong

8.1 Ketua Negara, Cara Perlantikan, Alat Kebesaran, Bidang Kuasa

Topik Sembilan: Identiti Negara Kita

9.1 Jata Negara

9.2 Bendera Kebangsaan

2

Page 3: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

9.3 Lagu Kebangsaan

9.4 Bahasa Kebangsaan

9.5 Bunga Kebangsaan

Tahun Enam : Kemakmuran Negara Kita

Topik Sepuluh : Negara Malaysia

10.1 Pembentukan Malaysia

10.2 Negeri-negeri di Malaysia

10.3 Rukun Negara

Topik Sebelas : Kita Rakyat Malaysia

11.1 Pelbagai Kaum dan Etnik di Malaysia. (Orang Asli, Melayu, Cina, India,

Senarai kaum, lokasi Orang Asli), amalan kehidupan harian secara

umum.

11.2 Agama dan Perayaan di Malaysia

11.2.1 Agama dan Kepercayaan

11.2.2 Perayaan

11.3 Kesenian dan Kebudayaan

11.3.1 Cerita Rakyat

11.3.2 Kesenian Tradisional

11.3.3 Pakaian Tradisional

11.3.4 Permainan Tradisional

Topik Dua Belas: Pencapaian dan Kebanggaan Negara

12.1 Keharmonian Kaum dan Perpaduan (sukan dan kebudayaan)

12.2 Kemajuan Ekonomi

12.3 Pemimpin Negara (Mantan PM, Biodata Ringkas, Kejayaan)

12.4 Malaysia dan Dunia (PBB, Komanwel, ASEAN - Definisi, Logo dan

Penglibatan Malaysia)

3

Page 4: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Perspektif (Gambaran) Mengenai Kandungan Kurikulum Sejarah

TAHUN EMPAT : SEJARAH AWAL NEGARA

Tajuk Satu : Mari Belajar Sejarah

ORGANISASI Pengenalan:

Kemahiran Sejarah

Fokus:

Konsep Ilmu Sejarah

i. Pengertian; ii. Sejarah Diri dan Keluarga;

iii. Sejarah Sekolah; iv. Sejarah Tempat Tinggal

Empati:

Menghubungkait peristiwa sejarah mengikut garis

masa;

Menghayati sejarah negara;

Menjelaskan sebab dan akibat dalam sejarah;

Menghargai diri, keluarga dan masyarakat.

SINOPSIS BAB Tajuk ini adalah pengenalan kepada ilmu sejarah yang

berteraskan kepada kajian kemanusiaan yang mencakupi

konsep, istilah dan kepentingan ilmu sejarah.

Pemahaman sejarah turut didedahkan melalui pengkajian

tentang sejarah diri dan keluarga, sejarah sekolah dan

sejarah setempat.

Melalui proses ini, murid dapat memahami kemahiran

sejarah dan mengaplikasikan kemahiran serta nilai-nilai

murni dalam kehidupan seharian.

STANDARD KANDUNGAN 1.1. Mengetahui dan memahami pengertian sejarah;

1.2. Mengetahui dan memahami diri dan keluarga;

4

Page 5: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

1.3. Mengetahui dan memahami sejarah sekolah;

1.4. Mengetahui dan memahami perihal tempat tinggal

murid.

Tajuk Dua : Zaman Air Batu

ORGANISASI Pengenalan:

Zaman Air Batu

Fokus:

Perubahan Zaman Air Batu

Empati:

Memahami kejadian alam;

Memupuk kesedaran memelihara alam sekitar;

Menanam semangat jati diri dalam kalangan murid.

SINOPSIS BAB Tajuk ini menjelaskan tentang Zaman Air Batu Akhir iaitu

Zaman Plestosen dan Zaman Holosen.

Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografi

dan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan

negara dan menghargai alam sekitar.

STANDARD KANDUNGAN 2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu.

5

Page 6: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Tiga : Zaman Prasejarah

ORGANISASI Pengenalan:

Zaman Prasejarah

Fokus:

Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah

Empati:

Memupuk perasaan menghargai diri dan alam

sekitar;

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi.

SINOPSIS BAB Tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat

sebelum kewujudan sistem tulisan.

Perbincangan memfokuskan cara masyarakat prasejarah

menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan

hidup.

Di samping itu, tajuk ini juga memperlihatkan kesungguhan

mereka menghadapi cabaran alam. Sikap berani, kreatif dan

inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi

murid.

Tajuk ini juga menghubungkait disiplin ilmu sejarah dengan

geografi.

STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mengetahui dan memahami kehidupan manusia

prasejarah.

6

Page 7: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Empat : Kerajaan Melayu Awal

ORGANISASI Pengenalan:

Kerajaan Melayu Awal

Fokus:

Kerajaan Melayu Awal

Kerajaan-kerajaan Melayu

Lokasi

Kegiatan Ekonomi

Empati:

Mengagumi kegiatan kerajaan-kerajaan Melayu awal;

Menghayati kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu

awal;

Mengagumi kemahiran masyarakat kerajaan Melayu

awal.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal

sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Melalui pembelajaran

ini murid dapat mengenali keistimewaan dan keunikan

kerajaan-kerajaan Melayu yang dikaitkan dengan

kemashyuran jalan laut dan perdagangan.

STANDARD KANDUNGAN 4.1 Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan-

kerajaan Melayu awal.

7

Page 8: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Lima : Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

ORGANISASI Pengenalan:

Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Fokus:

Tokoh Terbilang

Parameswara

Bendahara Tun Perak

Laksamana Hang Tuah

Empati:

Memupuk perasaan menghargai diri dan alam

sekitar;

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi.

SINOPSIS BAB Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah

melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Di antara tokoh-

tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun

Perak dan Laksamana Hang Tuah yang telah memainkan

peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan

Melayu Melaka.

Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu

dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan contoh

kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan

kepimpinan mereka pada masa hadapan.

Nilai-nilai murni masyarakat lalu dapat juga dijadikan

panduan oleh murid-murid untuk melahirkan sebuah

masyarakat yang beretika mulia.

STANDARD KANDUNGAN 5.1 Tokoh Terbilang (Konsep)

5.2 Parameswara sebagai Pengasas Kesultanan Melayu

Melaka

5.3 Tun Perak Bendahara Melaka

5.4 Hang Tuah Laksamana Melaka

8

Page 9: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

TAHUN LIMA : KEDAULATAN NEGARA

Tajuk Enam : Warisan Negara Kita

ORGANISASI Pengenalan:

Warisan Negara Kita

Fokus:

Warisan Negara Kita

Institusi Beraja

Agama Islam

Bahasa Melayu

Empati:

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Menghubungkait kesinambungan sejarah lalu yang

kekal sebagai warisan negara;

Menanamkan semangat mempertahankan warisan-

warisan negara.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang asas-asas penting

warisan negara yang dijamin oleh Perlembagaan

Persekutuan.

Warisan-warisan ini meliputi institusi beraja, agama Islam

dan bahasa Melayu yang merupakan identiti penting kepada

negara bangsa Malaysia.

Tajuk ini juga mengupas tentang sejarah institusi beraja,

kedatangan agama Islam dan sejarah kegemilangan bahasa

Melayu sebagai salah satu bahasa lingua franca.

Seterusnya, tajuk ini juga menjelaskan tentang

kesinambungan warisan ini yang berkekalan sehingga ke

hari ini.

STANDARD KANDUNGAN 6.1 Institusi Beraja

6.2 Agama Islam

6.3 Bahasa Melayu

9

Page 10: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Tujuh : Perjuangan Kemerdekaan Negara

ORGANISASI Pengenalan:

Perjuangan Kemerdekaan Negara

Fokus:

Perjuangan Kemerdekaan Negara

Penjajahan Kuasa Luar

Perjuangan Tokoh Tempatan

Kemerdekaan Negara Kita

Empati:

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Menghargai keamanan dan kemakmuran negara

pada masa kini;

Menanamkan semangat mempertahankan negara

dari sebarang ancaman.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang perjuangan ke arah

membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Di awal tajuk, fokus terhadap penjajahan oleh kuasa-kuasa

luar seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun

diperkenalkan kepada murid.

Seterusnya, tajuk ini menjelaskan tentang perjuangan tokoh-

tokoh seperti Tok Janggut, Mat Kilau dll dalam

membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Pada bahagian akhir tajuk ini juga, perjuangan ke arah

kemerdekaan negara dan bagaimana Malaysia memperoleh

kemerdekaan melalui usaha Tunku Abdul Rahman

dijelaskan.

STANDARD KANDUNGAN 7.1 Penjajahan Kuasa Luar

7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan

7.3 Kemerdekaan Negara Kita

10

Page 11: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Lapan : Yang di-Pertuan Agong

ORGANISASI Pengenalan:

Yang di-Pertuan Agong

Fokus:

Yang di-Pertuan Agong

Konsep

Peranan - Ketua Negara

Cara Perlantikan

Alat Kebesaran

Bidang Kuasa

Empati:

Menjunjung konsep Raja Berperlembagaan di

Malaysia;

Menyatakan perasaan taat setia kepada Yang di-

Pertuan Agong sebagai institusi pemerintahan

tertinggi negara.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang Yang di-Pertuan Agong

yang berperanan sebagai Ketua Negara Malaysia.

Tajuk ini berfokus kepada cara perlantikan Yang di-Pertuan

Agong yang dilantik dalam kalangan sembilan orang Raja-

raja Melayu secara bergilir-gilir setiap lima tahun sekali.

Selain itu, alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan

bidang-bidang kuasa baginda turut disentuh dalam tajuk ini.

STANDARD KANDUNGAN 8.1 Ketua Negara, Cara Perlantikan, Alat Kebesaran,

Bidang Kuasa.

11

Page 12: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Sembilan : Identiti Negara Kita

ORGANISASI Pengenalan:

Identiti Negara Kita

Fokus:

Identiti Negara Kita

Jata Negara

Bendera Kebangsaan

Lagu Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan

Bunga Kebangsaan

Empati:

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Menghargai dan berbangga dengan identiti negara;

Menanam semangat mempertahankan identiti

negara.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang identiti-identiti rasmi

negara Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan

Negara.

Antaranya termasuklah Jata Negara Malaysia, Bendera

Jalur Gemilang sebagai Bendera Kebangsaan, Lagu

Negaraku sebagai Lagu Kebangsaan, bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bunga Raya sebagai

Bunga Kebangsaan.

STANDARD KANDUNGAN 9.1 Jata Negara

9.2 Bendera Kebangsaan

9.3 Lagu Kebangsaan

9.4 Bahasa Kebangsaan

9.5 Bunga Kebangsaan

12

Page 13: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

TAHUN ENAM : KEMAKMURAN NEGARA KITA

Tajuk Sepuluh : Negara Malaysia

ORGANISASI Pengenalan:

Negara Malaysia

Fokus:

Negara Malaysia

Pembentukan Malaysia

Negeri-negeri di Malaysia

Rukun Negara

Empati:

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan

merentasi negeri dan wilayah di Malaysia;

Menghayati dan mengamalkan lima prinsip Rukun

Negara.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang negara kita iaitu Malaysia

dari sudut sejarah pembentukan negara Malaysia, latar

belakang sejarah negeri-negeri di Malaysia serta Rukun

Negara sebagai lambang ikrar taat setia rakyat di negara ini.

Pada bahagian awal tajuk ini, fokus diberikan kepada usaha

ke arah pembentukan sebuah negara Persekutuan yang

dinamakan Malaysia di antara Persekutuan Tanah Melayu,

Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

Seterusnya, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang latar

belakang 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan

yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Pada bahagian akhir bab ini, pengenalan kepada konsep

dan lima prinsip Rukun Negara turut ditekankan.

13

Page 14: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

STANDARD KANDUNGAN 10.1 Pembentukan Malaysia

10.2 Negeri-negeri di Malaysia

10.3 Rukun Negara

Tajuk Sebelas : Kita Rakyat Malaysia

ORGANISASI Pengenalan:

Kita Rakyat Malaysia

Fokus:

Kita Rakyat Malaysia

Pelbagai Kaum dan Etnik di Malaysia

Agama dan Perayaan di Malaysia

Keseniaan dan Kebudayaan

Empati:

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam

kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia;

Memahami, menerima dan meraikan kepelbagaian

yang ada di Malaysia.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang sejarah sosial masyarakat

di negara ini. Antaranya termasuklah kaum-kaum dan etnik

yang terdapat di Malaysia dari segi amalan kehidupan,

budaya dan kepercayaan mereka. Kaum dan etnik ini

termasuklah Orang Asli, Melayu, Cina, India, Bumiputera

Sabah dan Sarawak dll.

Seterusnya, tajuk ini turut menjelaskan tentang agama dan

kepercayaan utama yang terdapat di Malaysia serta

perayaan-perayaan keagamaan yang utama di Malaysia.

14

Page 15: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Pada bahagian akhir tajuk ii, kesenian dan kebudayaan

rakyat meliputi cerita rakyat, kesenian tradisional, pakaian

tradisional dan permainan tradisional turut diperkenalkan

kepada murid.

STANDARD KANDUNGAN 11.1 Pelbagai Kaum dan Etnik di Malaysia. (Orang Asli,

Melayu, Cina, India, Senarai kaum, lokasi Orang Asli),

amalan kehidupan harian secara umum.

11.2 Agama dan Perayaan di Malaysia

11.2.1 Agama dan Kepercayaan

11.2.2 Perayaan

11.3 Kesenian dan Kebudayaan

11.3.1 Cerita Rakyat

11.3.2 Kesenian Tradisional

11.3.3 Pakaian Tradisional

11.3.4 Permainan Tradisional

15

Page 16: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Tajuk Dua Belas : Pencapaian dan Kebanggaan Negara

ORGANISASI Pengenalan:

Pencapaian dan Kebanggaan Negara

Fokus:

Pencapaian dan Kebanggaan Negara

Keharmonian Kaum dan Perpaduan;

Kemajuan Ekonomi;

Pemimpin Negara

Malaysia dan Dunia

Empati:

Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid;

Memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam

kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia;

Menanam perasaan bangga terhadap pencapaian

dan kejayaan negara.

SINOPSIS BAB Tajuk ini membincangkan tentang kejayaan-kejayaan dan

pencapaian-pencapaian yang menjadi kebanggaan negara.

Antaranya termasuklah kemampuan negara ini dalam

mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni di

bawah masyarakat yang berbilang kaum.

Seterusnya, kejayaan negara dalam bidang ekonomi

termasuklah dari segi hasil bumi, perdagangan,

perindustrian dan pertanian turut disentuh dalam bab ini.

Selain itu, senarai pemimpin utama Malaysia di bawah enam

orang Perdana Menteri turut dijelaskan dalam bahagian ini

dari sudut biodata ringkas para Perdana Menteri dan

kejayaan-kejayaan yang dikecapi di bawah pentadbiran

mereka.

16

Page 17: Nota SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (Bab 2).docx

Nota SJH3103Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

hazmanazhar_ipda© 2013

Dalam bahagian akhir tajuk ini juga, peranan dan

penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa turut

dijelaskan termasuklah di peringkat PBB, Komanwel dan

ASEAN.

STANDARD KANDUNGAN 12.1 Keharmonian Kaum dan Perpaduan (sukan dan

kebudayaan)

12.2 Kemajuan Ekonomi

12.3 Pemimpin Negara (Mantan PM, Biodata Ringkas,

Kejayaan)

12.4 Malaysia dan Dunia (PBB, Komanwel, ASEAN -

Definisi, Logo dan Penglibatan Malaysia)

17