farrah wahilda bt hj khirluddin - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat,...

24
PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) UNTUK PELAJAR PRA-SEKOLAH DI BAWAH TAJUK “MENGENAL HAIWAN” FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lehuong

Post on 13-May-2018

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) UNTUK

PELAJAR PRA-SEKOLAH DI BAWAH TAJUK “MENGENAL HAIWAN”

FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication
Page 3: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication
Page 4: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) UNTUK

PELAJAR PRA-SEKOLAH DI BAWAH TAJUK “MENGENAL HAIWAN”

FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication
Page 6: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

iii

Tiada kata-kata yang terungkap di bibir… Tiada madah semanis bahasa…

Tiada gambaran secantik lukisan yang.. Dapat menunjukkan betapa bersyukurnya hati dengan segala limpah kurnia yang telah

Allah SWT berikan buat hambaNya ini.. Hasil nukilan ini, kutujukan khas buat tatapan…

Buat insan yang teristimewa dalam hidupku…

HJ KHIRLUDDIN BIN DARUS

HJH NORIZAN BT KAMIS

Abah dan mama yang banyak memahami kak long.....Yang banyak menyokong kak long sepanjang kehidupan kak long di dunia ini..Inilah bukti buat abah dan mama, tanda

kasih sayang seorang anak yang tidak pernah mensia-siakan peluang yang telah diberikan oleh Allah supaya berbakti pada kedua ibubapanya. Harapan abah dan mama takkan

kak long kecewakan..

Buat adik-adik yang dikasihi dan disayangi…

FARID WAHIDI KHIRLUDDIN FIKRI WAFIQ KHIRLUDDIN

MOHAMMAD FAHMI WAZIR KHIRLUDDIN

Adik-adik yang manja yang banyak memberikan semangat dan mencetus idea buat kak long. Yang memberikan sokongan secara tidak langsung dan bantuan di saat kak long

memerlukan kalian. Yang sentiasa membahagiakan hari-hari kak long dengan gelak tawa adik-adik semua.Terima kasih di atas segalanya…

Buat insan yang banyak memberi semangat dan memahami diri sejak aku lahir sehingga

sekarang..Kak ella,terima kasih di atas kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang diberikan buat along selama ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu diri ini sepanjang pengajian selama lima tahun di UTM, terutamanya zuli, tini, aida, ayu, irma dan eyta..Semoga

jalinan ukhuwah di antara kita akan kekal buat selamanya…Segala susah senang, pahit manis yang kita lalui bersama akan tersemadi dalam kenanganku…

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dapat menganugerahkan kasih sayang dan

kebahagiaan yang kita kecapi bersama-sama… Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang bertakwa dan berjaya di dunia dan di akhirat...Amin…

Page 7: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T dengan penuh ikhlas kerana

dengan limpah kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan perisian saya ini dengan

sebaiknya dalam masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia saya iaitu Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Haji Sidek yang telah

banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses pembangunan

perisian ini. Tanpa beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan perisian ini dalam

jangka masa yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasih juga buat penasihat akademik saya Encik Abdul Razak Bin

Idris yang banyak membantu memberi pandangan serta nasihat kepada saya sepanjang

proses pembangunan perisian ini. Dan tidak lupa juga buat pihak Fakulti Pendidikan,

saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana saling memahami

dan banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan perisian ini.Tidak

ketinggalan kepada pelajar 5 SPK di atas komitmen yang telah diberikan. Penghargaan

ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.

Wassalam.

Farrah Wahilda Bt Khirluddin

Page 8: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

v

ABSTRAK

Pada masa sekarang proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan

menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, internet dan lain-lain.

Namun begitu, kebanyakan perisian yang dibangunkan adalah dikhususkan bagi pelajar

sekolah yang mengambil peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM.

Projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan perisian Pengajaran Berbantukan

Komputer (PBK) untuk pelajar pra-sekolah di bawah tajuk “Mengenal Haiwan”.

Perisian ini dibangunkan berdasarkan sukatan Kurikulum Pra-Sekolah (2003), oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Perisian ini direkabentuk menggunakan Model

ASSURE dan mengaplikasikan Teori Kognitivisme dalam setiap aktivitinya. Perisian ini

juga dibangunkan menggunakan bahasa gubahan dengan perisian Macromedia

Authorware 6.5. Bagi membina dan merekabentuk animasi, perisian Marcomedia Flash

MX digunakan. Perisian Adobe Photoshop 7.0 pula, digunakan untuk mengedit grafik.

Untuk merekabentuk dan mengubahsuai video, perisian Adobe Premiere 6.5 diperlukan.

Perisian Sony Foundry Sound Forge 6.0 digunakan untuk merakam dan mengedit audio.

Pembangunan perisian ini menggabungkan kesemua elemen multimedia iaitu teks,

grafik, animasi, audio, dan video supaya perisian ini lebih menarik dan interaktif. Ia juga

mesra pengguna dan efektif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan

perisian ini dapat memberikan pembelajaran seumur hidup dan meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan

teknologi.

Page 9: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

vi

ABSTRACT

Nowadays, teaching and learning process use electronic media such as compact

disc, computer, internet and etc. But, many of today software that have been develops

are focusing on student who will take important examinations like UPSR, PMR, SPM or

STPM. The aims of this project is to produce a Computer Aided Learning Software

(CALS) for Pre-School students in a topic “Mengenal Haiwan”. This software is

develops based on Pre-School National Curriculum Syllabus (2003), of Malaysia

Ministry of Education. This software is designed by using ASSURE Model and

application of Cognitivisme Theory in every activities. It is develops by using Authoring

Language Macromedia Authorware 6.5. And for animation design and development,

Macromedia Flash MX is used. The Adobe Photoshop 7.0 software is used for graphics

editing. For video design, and editing, Adobe Premiere 6.5 is used. Sony Foundry Sound

Forge 6.0 is used for audio recording and editing. Development of this software is by

combination of all multimedia elements that are text, graphics, animations, audio, and

video. By using a combination of software that makes this software will be more

interesting and interactive. It is also friendly user and effective for teaching and learning

process. Hopefully this software can give long-life learning and improved the

effectiveness in teaching and learning process along with the development of

technology.

Page 10: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS

PERAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.5 Objektif Projek 7

1.6 Objektif Perisian 8

1.7 Kepentingan Projek 9

1.8 Definisi Istilah 9

Page 11: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

viii

2 SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pengenalan Kepada Pengajaran Berbantukan 11

Komputer (PBK)

2.2.1 Definisi PBK 11

2.2.2 Klasifikasi PBK 12

2.2.3 Jenis-jenis PBK 13

2.2.4 Kelebihan PBK 14

2.2.5 Kelemahan PBK 14

2.3 Teori Pembelajaran 15

2.3.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 16

2.3.2 Teori Pembelajaran Kognitivisme 17

2.3.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 18

2.4 Pengenalan Kepada Multimedia 18

2.4.1 Elemen-elemen Dalam Multimedia 19

2.4.2 Proses Membina Multimedia Interaktif 20

3 REKABENTUK PERISIAN 22

3.1 Pengenalan 22

3.2 Model Rekabentuk Perisian 22

3.3 Aplikasi Teori Pembelajaran Kognitivisme 24

Di Dalam Rekabentuk Perisian

3.4 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian 26

3.4.1 Perkakasan (Hardware) 26

3.4.2 Perisian (Software) 26

3.5 Bahasa Pengarangan 28

3.6 Carta Alir Perisian 31

Page 12: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

ix

4 PEMBANGUNAN PERISIAN 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Struktur Asas Perisian 33

4.2.1 Paparan Montaj Perisian 34

4.2.2 Paparan Objektif Perisian 35

4.2.3 Paparan Masukan Pengguna 35

4.2.4 Paparan Tajuk Perisian 37

4.2.5 Paparan Menu Utama 37

4.2.6 Paparan Mari Belajar 38

4.2.7 Paparan Mari Mencuba 40

4.2.8 Paparan Mari Berhibur 41

4.2.9 Paparan Bantuan 43

4.2.10 Paparan Keluar 44

4.3 Ciri-ciri Multimedia Dalam Perisian 46

4.3.1 Interaktif 46

4.3.2 Navigasi 46

4.3.3 Maklumbalas 46

4.3.4 Toleransi 47

4.3.5 Animasi 47

4.3.6 Audio 47

4.3.7 Grafik 47

4.3.8 Teks 48

4.4 Penilaian Perisian 48

5 KESIMPULAN 49

5.1 Pengenalan 49

5.2 Kelebihan dan Kelemahan Perisian 50

5.2.1 Kelebihan Perisian 50

5.2.2 Kelemahan Perisian 51

5.3 Masalah Yang Dihadapi 52

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 52

Page 13: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

x

5.3.2 Masalah Teknikal 52

5.3.3 Keperluan Masa 53

5.3.4 Saiz Storan yang Besar 53

5.4 Cadangan 53

5.5 Cadangan Lanjutan 54

5.6 Kesimpulan 55

BIBLIOGRAFI 56

LAMPIRAN 59

Page 14: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Carta Alir Utama Perisian 32

4.1 Paparan “Loading” 34

4.2 Paparan Montaj 34

4.3 Paparan Objektif Perisian 35

4.4: Paparan Masukan Pengguna 36

4.5 Paparan Pengguna Belum Daftar 36

4.6 Paparan Pengguna Sudah Mendaftar 36

4.7 Paparan Tajuk Perisian 37

4.8 Paparan Menu Utama 38

4.9 Paparan Menu Mari Belajar 38

4.10 Paparan Nota Video 39

4.11 Paparan Nota Animasi 39

4.12 Paparan Nota Pengukuhan 39

4.13 Paparan Menu Mari Mencuba 40

4.14 Paparan Latihan 1 41

4.15 Paparan Latihan 2 41

4.16 Paparan Menu Mari Berhibur 42

4.17 Paparan Permainan 42

4.18 Paparan ABC 43

4.19 Paparan Lagu 43

4.20 Paparan Bantuan 44

4.21 Paparan Keluar 45

4.22 Paparan Penghargaan 45

Page 15: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

xii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

CAL - Computer Aided Learning

ICT - Information and Comunication Technology

PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 16: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 59

B Surat 62

Page 17: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan pra-sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai

persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah.

Pendidikan pra-sekolah adalah bertujuan menyediakan asas yang kukuh kepada

pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. Kurikulum Kebangsaan Pra-

sekolah akan membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh

asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial, dan kemahiran-kemahiran

lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga merupakan asas kepada

pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor selari

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada

tahun 1950. Pada asalnya program pendidikan pra-sekolah adalah disediakan untuk

kanak-kanak dari golongan pertengahan dan atasan. Program ini dirancang adalah

sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani

kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar.

Program pendidikan pra-sekolah bertujuan untuk membantu meletakkan dasar ke

arah perkembangan sikap, pengetahuan, keterampilan, berdayasaing dan kreatif yang

diperlukan oleh kanak-kanak dalam menyesuaikan diri sebelum melangkah ke

pendidikan sekolah rendah.

Page 18: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

2

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan dengan program pendidikan pra-

sekolah kurang mendapat perhatian oleh masyarakat kita terutamanya di Malaysia.

Jika dikaji secara mendalam, program pendidikan pra-sekolah merupakan batu asas

kepada proses pembelajaran dan perkembangan fizikal serta minda bagi kanak-kanak

yang sedang membesar. Oleh itu, amatlah penting program pendidikan pra-sekolah

bagi memastikan kanak-kanak di peringkat umur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun

memperolehi kemahiran-kemahiran asas pembelajaran iaitu membaca, menulis dan

mengenal nombor. Semua kemahiran adalah amat penting untuk kanak-kanak

menyediakan diri mereka apabila berada di sekolah rendah yang bersifat lebih formal.

Menerusi program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang di peringkat

pendidikan pra-sekolah, proses pembelajaran yang akan dijalani oleh kanak-kanak

dapat memenuhi naluri ingin tahu mereka, berdaya kreatif, bersemangat bersosial,

mengukuhkan sifat saling hormat-menghormati dan berdisiplin. Daripada kajian-

kajian di atas, jelas menunjukkan betapa pentingnya program pendidikan pra-sekolah

sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah.

Menyedari hakikat inilah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah

memperbanyakkan bilangan sekolah-sekolah bagi program pendidikan pra-sekolah

dan juga pusat-pusat tabika dan secara rasminya telah menggubal Piagam Pendidikan

(1994) tidak lupa memasukkan isu pra-sekolah. Piagam ini telah menyatakan 3

perkara iaitu, memastikan semua kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun diberi

peluang mengikuti pendidikan pra-sekolah. Selain itu, dalam piagam juga menyebut

bahawa pendidikan pra-sekolah yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan yang

lain disepadukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyelaraskan dan

memastikan kurikulum pra-sekolah di semua institusi pra-sekolah dilaksanakan

(Utusan Malaysia, 4 Januari 1994).

Kajian ini adalah khusus untuk membangunkan perisian yang sesuai untuk

membantu kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan pra-sekolah khususnya

untuk mengenal haiwan. Ini adalah kerana guru menyepadukan aktiviti pengajaran

supaya pengajaran komponen kurikulum pra-sekolah tidak buat secara terpisah dan

berasingan. Dengan memberikan penekanan terhadap aktiviti pengajaran dan

Page 19: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

3

pembelajaran (P&P) yang berkonsepkan “Belajar Melalui Bermain”

(http://www.moe.gov.my), diharapkan dengan perisian yang dilengkapi dengan

aktiviti interaktif, nota dan penerangan yang lebih terkini ini, pembelajaran kanak-

kanak di peringkat pra-sekolah menjadi lebih efektif dan membina minda yang

berdaya kreatif agar menjadi lebih berjaya dalam akademik dan berdisiplin.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum baru

untuk pendidikan di peringkat pra-sekolah bermula pada 1 Januari 1999. Kurikulum

yang baru ini antara lain menekankan nilai agama dan nilai moral yang tinggi,

pengukuhan kestabilan emosi, dan pembangunan minda serta pembangunan

multimedia. Menteri pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad berkata, “Pada

pandangan awal, pelajar yang didedahkan dengan komputer lebih berminat belajar

dan berdisplin. Ciri-ciri ini tentunya menjurus kepada peningkatan potensi

pendidikan,” (http://www.moe.gov.my, 10 Januari 2002).

Jadi, bagi mencapai objektif kurikulum pendidikan pra-sekolah ini,

pengajaran dapat dijalankan dengan mudah melalui perisian pengajaran berbantukan

komputer (PBK). Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin

berkata, antara kaedah yang boleh digunakan ialah menggunakan komputer untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurutnya, kaedah itu yang turut

melibatkan pendidikan elektronik bukan sahaja boleh menarik minat pelajar malah

turut membantu guru memberi tumpuan yang lebih terhadap setiap murid

(http://myschoolnet.ppk.kpm.my)

Perisian ini sudah pun dikenal pasti berpotensi menyokong proses pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah mahupun di rumah. Dengan ini,

pembelajaran kendiri dapat dijalankan secara individu, selain itu komputer juga

membabitkan penggunaan banyak deria dan dimensi kecerdasan di kalangan pelajar.

Ini sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Page 20: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

4

Sehubungan dengan itulah, pembangun merasakan satu perisian yang

bercorak interaktif khusus untuk kanak-kanak perlu dibangunkan sebagai menyahut

seruan kerajaan. Dijangkakan perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK) ini

dapat membantu para pelajar pra-sekolah untuk mengikuti pelajaran dengan lebih

berkesan terutamanya dalam bidang sains kerana ianya banyak melibatkan kehidupan

seharian pelajar. Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian

Pendidikan, Hamidah Baba, “Kebaikan perisian multimedia dalam pendidikan, bahan

multimedia sebenarnya merujuk kepada atribut bahan yang menyatukan dua media

atau lebih, iaitu teks, grafik, audio, video serta animasi, untuk dijadikan satu

persembahan yang jelas dan mudah difahami.” (Mingguan Malaysia, 26 Jun 2000)

Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman (1998) telah menyatakan

bahawa multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar

membaca. Oleh itu, keadaan ini telah memberikan kelebihan kepada multimedia

dalam beberapa situasi pembelajaran berbanding bahan monomedia seperti papan

tulis dan kapur atau kaset audio. Dengan itu, projek ini telah diusahakan oleh

pembangun untuk membangunkan sebuah perisian yang sesuai untuk digunapakai

oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar pra-sekolah. Bagi tenaga pengajar, perisian

ini digunakan sebagai bahan rujukan dan alat bantu mengajar. Manakala bagi para

pelajar pula, ia dapat digunakan untuk mengulangkaji topik tertentu secara individu

atau berkumpulan secara berulang-ulang kali bagi tujuan pengukuhan tanpa seliaan

guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Ee Ah Meng (1990) telah menyatakan bahawa masalah yang biasa timbul

ialah kurangnya minat kanak-kanak terhadap kaedah pengajaran yang sedia ada. Ini

adalah disebabkan oleh penyampaian pengajaran menggunakan alat bantu mengajar

yang sedia ada, bersifat statik yang belum tentu dapat menarik perhatian kanak-

kanak. Di samping itu, penyampaian pengajaran memerlukan pembimbing setiap

Page 21: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

5

masa, tetapi dengan menggunakan alat bantuan pengajaran berbantukan komputer

(PBK), pengawasan dan bantuan pembimbing dapat dikurangkan.

Maka sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat kini, PBK

merupakan satu kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini

kerana semua ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi yang

interaktif terdapat dalam perisian PBK yang sekaligus dapat meningkatkan

pemahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

daripada hasil tinjauan yang dibuat di pasaran oleh pembangun sekitar kawasan

Johor Bahru, kebanyakan perisian PBK adalah kurang menepati sukatan Kurikulum

Pra-sekolah Kebangsaan.

Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di

peringkat pra-sekolah memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran

aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru

perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-

kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Ini kerana kebanyakan perisian

yang dihasilkan oleh pengaturcara-pengaturcara komputer yang berkemungkinan

besar kurang pengetahuan dalam teori-teori pendidikan.

Selain itu, ianya memerlukan kepada suatu perisian multimedia tempatan

yang selaras dengan keperluan kanak-kanak masa kini dan menggunakan Bahasa

Melayu kerana kebanyakan perisian PBK menggunakan Bahasa Inggeris.

Disebabkan hal yang demikianlah pembangun membangunkan perisian ini dalam

Bahasa Melayu sahaja. Oleh itu, penggunaannya perlu dipertingkatkan sebagai alat

untuk berfikir, berinteraksi serta menyatakan fikiran dan perasaan. Di samping itu,

penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar dapat membolehkan mereka

berkomunikasi dengan bahasa dan tatabahasa dengan betul. Walau bagaimanapun,

ini bukan bermakna Bahasa Inggeris tidak boleh diterap di dalam pendidikan pra-

sekolah. Oleh kerana itulah, satu bahan bantu mengajar dalam Bahasa Melayu perlu

disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pra-sekolah.

Page 22: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

6

1.4 Rasional Pemilihan Projek

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya, merupakan peribahasa

yang sering kita dengari sejak dari dahulu lagi. Peribahasa ini membawa maksud

pendidikan awal seseorang itu hendaklah bermula sejak dari kecil lagi. Kanak-kanak

yang berumur dari 2 hingga 6 tahun merupakan golongan yang perlu dibentuk

sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih tinggi.

Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk membangunkan perisian bagi

kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat inilah, minda kanak-kanak semakin

berkembang dan mudah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Dengan

ini, perkembangan kognitif pelajar dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani

pendidikan di peringkat sekolah rendah.

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan

awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti

pembelajaran. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains dan

Matematik. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, mata pelajaran Sains dan

Matematik adalah begitu penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak

langkah ke arah kemajuan sains dan teknologi untuk mencapai status negara maju

pada tahun 2020. Menurut Okey (1985), pelajar hilang minat terhadap sesuatu

pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah bahan

pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran

pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik.

Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran pelajar dalam mengikuti

proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio,

video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih

efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang dipilih adalah “Mengenal Haiwan

untuk Pelajar Pra-sekolah”. Pembangun memilih tajuk mengenal haiwan kerana

kanak-kanak mempunyai pengetahuan sedia ada tentang haiwan. Tambahan pula,

terdapat pelbagai jenis haiwan di sekeliling mereka yang mereka biasa lihat. Dr.

Bustam Kamri, Pensyarah Pendidikan Pra-sekolah Institut Bahasa Melayu Malaysia

Page 23: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

7

berkata, guru boleh bermula dengan aktiviti `sains harian' iaitu perbezaan pandangan

tentang kandungan apa yang telah diajar dan konteks yang telah diajar dan dipelajari.

Sains di peringkat pra-sekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian

(http://myschoolnet.ppk.kpm.my). Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat

menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka.

Perisian ini dibangunkan berdasarkan Komponen Perkembangan Kognitif.

Jadi, pengaplikasian kemahiran kognitif sangat ditekankan sepanjang pembangunan

perisian ini. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep

nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Dalam perisian ini, kemahiran

pengelasan sangat diberi tumpuan kerana ia merupakan kemahiran paling asas untuk

perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan

mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti. Di samping itu

juga, perisian ini juga dapat menarik minat kanak-kanak yang secara semulajadinya

sukakan benda-benda yang menarik. Perisian ini dilengkapi dengan arahan-arahan

secara teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia juga

mempunyai objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak,

interaktif, dan mempunyai grafik-grafik yang menarik Doren J Croft (1990).

1.5 Objektif Projek

Objektif utama perisian ini direkabentuk untuk membangunkan perisian yang

berbentuk pengajaran berbantukan komputer bagi tajuk “Mengenal Haiwan”

khususnya bagi pelajar pra-sekolah di bawah Komponen Perkembangan Kognitif

mengikut sukatan pelajaran sukatan Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan (2003).

Perisian interaktif dan mudah digunakan ini sesuai dijadikan bahan rujukan asas

untuk para guru dan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di

sekolah. Bagi pelajar, perisian ini dapat dikawal mengikut kehendak masing-masing

supaya pembelajaran kendiri dapat dilakukan pada bila-bila masa dan juga di mana

jua mereka berada sama ada di sekolah mahupun di rumah. Perisian ini juga dapat

membantu para ibubapa mengajar anak-anak mereka di rumah. Bagi para guru pula,

perisian ini dapat diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar (ABM) bagi

menyampaikan isi pelajaran “Mengenal Haiwan” dengan lebih mudah dan berkesan.

Page 24: FARRAH WAHILDA BT HJ KHIRLUDDIN - fp.utm.my · menggunakan media elektronik seperti cakera padat, komputer, ... 4.11 Paparan Nota Animasi 39 ... ICT - Information and Comunication

8

1.6 Objektif Perisian

Antara tujuan perisian ini dibangunkan dan objektif yang ingin dicapai adalah:

i. Pengguna mendapat pendedahan awal tentang haiwan sebelum mengikuti

mata pelajaran Sains Tahun 1

ii. Pengguna dapat mengikuti isi pembelajaran dalam suasana yang

menyeronokkan dan ceria.

iii. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih berkesan

dan memberikan kefahaman kepada pengguna dengan jelas.

1.7 Kepentingan Projek

Pembangunan perisian ini dapat menyumbang kepada proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih efektif dengan mengunakan aplikasi multimedia sebagai

alat bantu mengajar di sekolah. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz

Shamsuddin berkata, golongan pendidik perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk

menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas lebih menarik dan dinamik

dan antara kaedah yang boleh digunakan ialah menggunakan komputer untuk tujuan

P&P. (http://myschoolnet.ppk.kpm.my) Di samping itu juga, projek ini dapat

meningkatkan perkembangan industri penghasilan perisian tempatan yang

berunsurkan pendidikan dalam Bahasa Melayu.