nota kuliah - kanak-kanak cerebral palsy

6
1 DEFINISI CEREBRAL PALSY Serebrum merupakan bahagian otak yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot anggota badan manusia. Kawalan serebrum inilah yang membolehkan kita bergerak, melakukan pelbagai jenis aktiviti, makan dan minum. Cerebral Palsy (CP) atau palsi serebrum merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan kerana serebrum mengalami kerosakan. Ini bermaksud bahawa pergerakan badan melibatkan psikomotor major dan psikomotor minor terjejas. Bahagian otak serebrum yang mengalami kerosakan itu tidak dapat disembuhkan, berkekalan dan bermaksud kanak-kanak “Cerebral Palsy” mengalami ketidakupayaan perkembangan sepanjang hidup sehinga dia dewasa. Kanak-kanak “Cerebral Palsy” menghadapi kesukaran melakukan semua aktiviti rutin harian seperti berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan sebagainya. Walaupun demikian, kerosakan serebrum itu tidak akan bertambah teruk. Gejala ini boleh berlaku semasa kanak-kanak masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau selepas dia dilahirkan. Kanak-kanak Cerebral Palsy adalah unik. Keadaan fizikal seseorang kanak-kanak “Cerebral Palsy” adalah berbeza dengan kanak-kanak“Cerebral Palsy” yang lain. Tahap ketidakupayaan juga tidak sama sama. Tahap ketidakupayaan seseorang kanak-kanak “Cerebral Palsy” itu boleh dikategorikan dari paling minima hingga ke paling teruk. Kanak- kanak “Cerebral Palsy” dikategorikan pada tahap paling minima biasanya berupaya menjalani kehidupan dan rutin harian harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Kanak-kanak “Cerebral Palsy” yang termasuk dalam tahap paling teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang masa. Orang lain perlu memberi bantuan sokongan untuk membolehkan dia melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan. Umumnya, “Cerebral Palsy” dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Kanak-kanak“Cerebral Palsy” juga mungkin mengalami gabungan dua atau ketiga-tiga jenis “Cerebral Palsy” itu. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami “Cerebral Palsy” juga biasanya mengalami gejala lain seperti lah masalah pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, terencat akal, epilepsi dan masalah pertumbesaran dan masalah lain.. Kanak-kanak yang mengalami “Cerebral Palsy” jenis spastik (spastic) mengalami ketegangan otot yang melampau.Ketegangan ototnya berkemungkinan meningkat apabila dia cuba melakukan kerja dan ini menyebabkan dia kelihatan kaku dan keras. “Cerebral Palsy” jenis spastik dibahagikan kepada 3-kategori yang lebih khusus. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai spastik paraplegia mengalami kedua-dua tangan dan kaki serta tengkuknya terjejas. Kebanyakan kanak-kanak kategori ini tidak dapat berjalan.

Upload: puworkutara-onslideshare

Post on 03-Jul-2015

610 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

1. Nota Kuliah dan Draft Kerja Kursus. Kerja kursus yg murni sudah dihantar dahulu. 2. Rujukan( ), Footnotes, Biliografi tidak disertakan/dibuka. 3. Anda (pelajar) boleh merujuk tetapi jangan disalin bulat-bulat nanti kelak hasilkerja anda akan dikesan sebagai tiruan.

TRANSCRIPT

1

DEFINISI CEREBRAL PALSY

Serebrum merupakan bahagian otak yang mengawal koordinasi dan pergerakan

otot-otot anggota badan manusia. Kawalan serebrum inilah yang membolehkan kita bergerak,

melakukan pelbagai jenis aktiviti, makan dan minum. Cerebral Palsy (CP) atau palsi serebrum

merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan kerana serebrum mengalami

kerosakan. Ini bermaksud bahawa pergerakan badan melibatkan psikomotor major dan

psikomotor minor terjejas.

Bahagian otak serebrum yang mengalami kerosakan itu tidak dapat disembuhkan,

berkekalan dan bermaksud kanak-kanak “Cerebral Palsy” mengalami ketidakupayaan

perkembangan sepanjang hidup sehinga dia dewasa. Kanak-kanak “Cerebral Palsy”

menghadapi kesukaran melakukan semua aktiviti rutin harian seperti berjalan, menguruskan

diri, makan, menulis dan sebagainya. Walaupun demikian, kerosakan serebrum itu tidak akan

bertambah teruk. Gejala ini boleh berlaku semasa kanak-kanak masih berada dalam kandungan

ibu, semasa dia dilahirkan atau selepas dia dilahirkan.

Kanak-kanak Cerebral Palsy adalah unik. Keadaan fizikal seseorang kanak-kanak

“Cerebral Palsy” adalah berbeza dengan kanak-kanak“Cerebral Palsy” yang lain. Tahap

ketidakupayaan juga tidak sama sama. Tahap ketidakupayaan seseorang kanak-kanak

“Cerebral Palsy” itu boleh dikategorikan dari paling minima hingga ke paling teruk. Kanak-

kanak “Cerebral Palsy” dikategorikan pada tahap paling minima biasanya berupaya menjalani

kehidupan dan rutin harian harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Kanak-kanak

“Cerebral Palsy” yang termasuk dalam tahap paling teruk pula memerlukan penjagaan

sepanjang masa. Orang lain perlu memberi bantuan sokongan untuk membolehkan dia

melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan.

Umumnya, “Cerebral Palsy” dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic),

athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Kanak-kanak“Cerebral Palsy” juga mungkin

mengalami gabungan dua atau ketiga-tiga jenis “Cerebral Palsy” itu. Selain itu, kanak-kanak

yang mengalami “Cerebral Palsy” juga biasanya mengalami gejala lain seperti lah masalah

pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, terencat akal, epilepsi dan masalah

pertumbesaran dan masalah lain..

Kanak-kanak yang mengalami “Cerebral Palsy” jenis spastik (spastic) mengalami

ketegangan otot yang melampau.Ketegangan ototnya berkemungkinan meningkat apabila dia

cuba melakukan kerja dan ini menyebabkan dia kelihatan kaku dan keras. “Cerebral Palsy”

jenis spastik dibahagikan kepada 3-kategori yang lebih khusus. Kanak-kanak yang

dikategorikan sebagai spastik paraplegia mengalami kedua-dua tangan dan kaki serta

tengkuknya terjejas. Kebanyakan kanak-kanak kategori ini tidak dapat berjalan.

2

Kanak-kanak yang dikategorikan spastik hemiplegia mengalami hanya sebelah kiri atau kanan

badan sahaja yang terjejas dan dia kelihatan tempang semasa berjalan. Kanak-kanak

mengalami spastik diplegia pula mengalami kakinya yang lebih terjejas berbanding tangan.

Fungsi kedua-dua tangan mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang masalah.

Athetosis dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami mengalami ketegangan

otot tidak konsisten iaitu ada masanya dia mengalami ketegangan otot yang sangat tinggi dan

ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah. Ini mewujudkan impuls

“pergerakan luar kawalan” atau pergerakan secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan postur

ketika berdiri, duduk atau berjalan. Kanak-kanak athetosis memerlukan usaha lebih dan

tumpuan yang tingi untuk mengunjurkan tangannya mencapai sesuatu objek.

Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi

masalah koordinasi, kestabilan dan keseimbangan badan. Dia boleh berjalan tetapi tidak stabil

maka dia terpaksa melebarkan jarak antara kedua-dua tapak kaki untuk mengimbangkan badan.

Tangan pula akan bergetar-getar ketika melakukan kerja khasnya jika dia perlu pergerakan

tepat dan pantas seperti mengenakan baju atau menulis. Keadaan bertambah teruk jika dia

disuruh melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.

Kebanyakan kanak-kanak palsi serebrum dikategorikan jenis spastik, dan ia diikuti

dengan athetosis dan ataxia. Walaubagaimanapun, seseorang itu berkemungkinan mengalami

lebih daripada satu jenis palsi serebrum.

PUNCA-PUNCA KECACATAN CEREBRAL PALSY

Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya Cerebral Palsy pada kebanyakan kes

tidak dapat dikenalpasti. Namun, pada asasnya, wuudnya Cerebral Palsy adalah disebabkan

oleh kerosakan otak yang kritikal yang berlaku semasa seseoramg bayi masih berada dalam

kandungan ibu lagi. Kerosakan otak ini juga berlaku semasa seseorang bayi dilahirkan ataupun

dalam beberapa tahun pertama selepas seseorang bayi dilahirkan.

Kerosakan otak bayi diketagorikan kepada dua jenis iaitu kegagalan perkembangan otak secara

normal dan kerosakan neurologi atau saraf dalam otak kanak-kanak yang sedang mmembesar.

Masa keroskan otak bayi atau akanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum

kelahiran bayi, semasa kelahiran bayi dan selepas kelahiran.

Faktor Cerebral Palsy Sebelum Kelahiran.

Beberapa faktor terjadinya kerosakan otak pada bayi yang masih dalam kandungan . Antaranya

ialah sebahagian ibu memang mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan

kurang darah semasa mengandung. Ibu yang mengalami mengalami pendarahan teruk semasa

3

mengandung juga menjadi penyebabnya. Jangkitan rahim seperti rubella, cytomegalovirus &

toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi menyebabkan bayi

menghidapi celebral palsy sebelum dilahirkan. Ibu yang terdedah kepada bahan-bahan toksik,

alkohol, rokok dan dadah juga berisiko tinggi yang merencatkan pertumbuhan organ-organ

seperti otak bayi. Kekurangan zat makanan, vitamin dan makanan tidak seimbang boleh

menjejaskan pertumbuhan janin. Dari sudut sains perubatan, faktor genetik dilihat sebagai

salah satu sebab yang perlu diberi perhatian. Masalah kromosom Trisomi 13 dan Kromosom

Trisomi 18 bukan sahaja menyebabkan kerosakan otak bayi malah kerosakan pada jantung,

anggota dan muka janin dalam kandungan.

Faktor Cerebral Palsy Semasa Kelahiran.

Terdapat kes kelahiran tidak cukup bulan atau “premature birth”. Kelahiran pramatang

ini membawa komplikasi yang sangat tinggi, bayi akan kekurangan oksigen dan perkembangan

anggota yang belum matang. Kekurangan oksigen akan menyebabkan terancatnya fungsi otak

dan ini menyebabkan kerosakan pada otak bayi. Kadang-kadang juga bayi yang dilahirkan

cukup bulan pun mengalami kecederaan otak semasa lahir. Antara lain sebab-sebab celebral

palsy semasa kelahiran ialah bayi mungkin lemas ketika dilahir atau bayi tertelan najis sendiri.

Jangkitan kuman semasa lahir seperti penyakit kuning juga penyebab berlakunya kerosakan

pada otak kanak-kanak.

Faktor Cerebral Palsy Selepas Kelahiran.

Selepas proses kelahiran kanak-kanak mungkin terdedah kepada pelbagai kuman seperti

kuman penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Ini menyebabkan otak

bayi akan rosak secara perlahan-lahan dan seterusnya otak tidak mampu mengawal

perkembangan fizikal secara normal. Keracunan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan

kerosakan otak pada kanak-kanak. Faktor lain ialah kemalangan seperti kemalangan jalanraya

dan terjatuh dan juga penderaan fizikal termasuk mengoncangkan dengan kuat badan kana-

kanak. Kanak-kanak yang tertelan benda-benda keras seperti duit syiling dan guli juga akan

berisiko menghidap celebral palsy.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN / MENGURANGKAN RISIKO

Pakar mengenalpasti bahawa penyebab cerebral palsy bergantung pada waktu

kelahiran sebelum lahir, semasa lahir dan waktu anak masih bayi selepas kelahiran. Risiko

tinggi bayi akan mendapat celebral palsy ialah semasa berlakunya kelahiran pramatang atau

4

lahir tidak cukup bulan. Konsepnya ialah mengelakkan kelahiran pramatang. Antara tindakan

ibu untuk megurangkan risiko ialah seperti berikut

Ibu perlu mengamalkan pola hidup sihat sebelum dan sewaktu mengandung dan

juga selepas melahirkan anak. Ini termasuklah pemakanan yang betul dan teratur, rehat dan

senaman yang seimbang. Ibu-ibu perlu menghindari rokok dan alkohol atau sebarang ubat-

ubatan yang tidak diiktiraf. Jika ibu tidak mengikut tabiat hidup yang sihat maka bayi mungkin

dilahirkan dengan berat badan rendah, perkembangan otak fizikal bayi terbantut dan ini

membawa faktor bayi akan menghidap celebral palsy.

Sebelum melahirkan anak, ibu perlu berjumpa dengan jururawat atau doktor di

klinik-klinik berdekatan mengikut jadual ditetapkan. Dengan bantuan mereka, ibu dapat

mengetahui secara jelas akan pola perkembangan janin dan pengetahuan ini dapat mengelakkan

kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang akan menyebabkan bayi menghadapi risiko tinggi

mendapatkan masalah cerebral palsy.

Selain perjumpaan dengan klinik secara berjadual, ibu-ibu mengandung juga perlu

mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar dari masa kesamasa. Doktor pakar sangat

memahami apakah jenis ubata-ubatan yang perlu diambil ketika mengandung. Doktor pakar

juga mengetahui apakah jenis pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Doktor pakar

juga mengetahui jenis-jenis aktiviti yang patut dan tidak patut dilakukan oleh ibu mengandung.

Pendekatan ini menelan kos tetapi ini perlu demi masa depan janin dan kesihatan ibu sendiri.

Ini juga merupakan pendekatan berkesan untuk mengurangi faktor risiko kelahiran pramatang.

Tindakan pencegahan awal perlu diambil oleh para ibu yang sedang mengandung

untuk langkah keselamatan. Ibu-ibu mengandungharus mengelakkan diri daripada bekerja

sambil berdiri selama berjam-jam lamanya, menghindari perkara-perkara penyebab ketegangan

dan kekerasan dalam rumah tangga serta berjaga-jaga terhadap penyakit kelamin yang menular.

Ibu-ibu mengandung juga perlu mengurangkan pergerakan yang merbahaya dan meletihkan

untuk mengelak sebarang kemungkinan seperti terjatuh atau tergelincir. Kebanyakan ibu

mengandung yang mengalamai penderahan adalah disebabkan terjatuh atau tergelincir.

Keadaan ni juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

5

STRATEGI PENDIDIKAN MEMBANTU KANAK-KANAK MENGHIDAP

CEREBRAL PALSY

Kanak-kanak yang menghidap cerebral palsy tidak berkeupayaan belajar seperti

kanak-kanak normal. Keupayaan mereka dari sudut kognitif dan pergerakan amat terhad

danmenyakitkan bagi mereka. Strategi pendidikan yang dapat dilaksanakan untuk membantu

kanak-kanak cerebral palsy adalah berupa klinikal yang tertumpu kepada psikomotor. Rawatan

dan terapi yang dikhusukan kepada kanak-kanak kumpulan ini adalah untuk membolehkan

mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri,

pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan kemahiran visiul asas.

Rawatan / Terapi Fizikal

Kaedah ini merupakan senaman fizikal seperti regangan untuk melonggarkan otot-otot

dan sendi. Terapi fizikal ini memerlukan beberapa peralatan yang berfokuskan kepada

kemampuan individu. Kanak-kanak yang tidak dapat berjalan dengan kuat akan ajar dan dilatih

berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches atau walkers. Kanak-kanak yang

mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan dikenakan kasut khas yang bertumit tinggi

pada kaki yang lebih pendek.

Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy)

Terapi Cara Kerja ini berfokuskan kepada objektif untuk membantu kanak-kanak-kanak

meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki.

Terapi initermasuklah pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas cara berpakaian, cara

makan, cara pergi ke tandas dan cara tidur dan sebagainya. Kaedah ini juga memerlukan alatan

sokongan khusus seperti kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan menyertai aktiviti yang

bersesuaian.

Terapi hidro/ Terapi air

Kaedah ini berdasarkan kepada rangsangan air iaitu pergerakan dan aktiviti dalam air.

Ransangan air membolehkan pesakit merasa tenang melakukan gerakan motor halus dan kasar

dalam air. Aktiviti gerakan regangan dalam air dapat melembutkan fungsi-fungsi sendi,

melonggarkan otot-otot, meningkatkan daya ketahanan jantung dan seterusnya dapat

memantapkan perkembangan fizikal dan psikomotor.

6

Terapi Pertuturan

Aktiviti ini sangat sesuai dengan kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan

makan. Dengan bantuan bahan visual atau konkrit, kanak-kanak dibimbing dan dilatih

mengungkapkan kata-kata verbal. Kanak-kanak dibimbing ntuk menguasai kemahiran

pergerakan bibir dan lidah. Kanak-kanak cerebral palsy juga dibimbing dan dilatih untuk

menguasai bahasa non-verbal atau bahasa isyarat menggunakan gerakan bibir, lidah dan jari.

Terapi ini membolehkan kanak-kanak cerebral palsy dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak

yang menghadapi masalah yang sama dan dengan orang lain yang normal.

Terapi Integrasi Sensori

Terapi Integrasi sensori ini merupaka satu pendekatan yang digunakan untuk

membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari sudut pergerakan dan memperbaiki

keseimbangan semasa duduk, berdiri, berjalan dan semasa mengikuti aktiviti. Terapi ini

termasuklah sentuhan dan urutan pada bahagian badan tertentu. Terapi ini memerlukan

beberapa alat sokongan khusus seperti alat per“styrofoam chips”, alat permaianan dan air.

Terapi Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang digunakan adalah untuk mengurangkan masalah ketegangan dan bukan

untuk menyembuhkan. Ini disebabkan kanak-kanak cerebral palsy tidak dapat sembuh

sepenuhnya. Ubat-ubatan yang diiktirafkan ialah seperti diazepam, baclofen, and dantrolene.

Suntikan ubat seperti “Botulinum Toxin” juga dikenakan pada bahagian otot-otot yang

mengalami ketegangan.

Pembedahan/Surgery

Pembedahan tertentu hanya akan dilakukan mengikut keperluan. Sebagai contoh,

kanak-kanak yang bergerak menggunakan hujung kaki dan mengalami kesakitan perlu

dilakukan pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki kanak-kanak itu.

Pembedahan ini dapat membantu kanak-kanak cerebral palsy untuk mengawal keseimbangan

dalam pergerakan. Ini memudahkan mereka berjalan dan melaksanakan aktiviti dengan lebih

baik. Selepas pembedahan pun, kanak-kanak masih dibekalkan peralatan khusus untuk

pergerakan lebih baik seperti kerusi roda & walker