cerebral palsy.ppt

19
TAJUK TAJUK CEREBRAL PALSY / CEREBRAL PALSY / PALSI SEREBRUM PALSI SEREBRUM (CP) (CP)

Upload: chitradevipriya

Post on 04-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • TAJUKCEREBRAL PALSY /PALSI SEREBRUM (CP)

  • APA ITU CP?Serebrum merujuk kepada otak .

    Palsi merujuk kepada gangguan terhadap pergerakan ataupun postur

    # Orang yang mengalami CP bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal akibat kerosakan dalam otak.

  • KLASIFIKASITerdapat 3 jenis CP yang utama:

    Spastik

    Athetosis

    Ataxia

  • SPASTIKKetegangan otot adalah pada tahap abnormal yang tinggi dan meningkat semasa menjalankan aktiviti.

    Otot dan sendi adalah ketat dan kaku serta pergerakan adalah terhad.

  • ATHETOSISKetegangan otot berubah secara konstan atau malar, biasanya daripada ketegangan normal ke tahap tinggi.

    Tiada koordinasi daripada segi pergerakan dan tidak terkawal.

  • ATAXIAMasalah yang teruk dari segi imbangan dan koordinasi

    Kebanyakannya boleh berjalan ketika berumur 2-3 tahun.

  • Bentuk Fizikal CPSesetengah kanak-kanak mengalami satu jenis CP atau kombinasi daripada beberapa jenis CP.

    Bentuk dan tahap dalam pergerakan fizikal adalah berbeza antara kanak-kanak malah bahagian badan yang terlibat juga berbeza.

    Tahap keterukan CP bergantung kepada sejauh mana tahap kerosakan otak yang mengawal setiap bahagian anggota badan.

  • Bentuk Fizikal CPHemiplegia kanak-kanak yang mengalami kecacatan di satu bahagian badan sahaja. Diplegia kanak-kanak yang mengalaminya di keseluruhan badan tetapi keadaan kaki lebih teruk daripada tangan.Quadriplegia kanak-kanak yang mengalaminya di keseluruhan anggota badan

  • PUNCA CPKecederaan otak semasa dalam kandungan atau selepas lahir.

    Kekurangan oksigen semasa proses kelahiran.

    Kelahiran pra-matang

    Pendarahan dalam otak.

    Fetus terdedah kepada bahan kimia berbahaya

    Ibu mengalami masalah kesihatan semasa mengandung

    # Tiada satu sebab yang pasti yang menyebabkan CP terjadi.

  • TANDA-TANDA AWAL CP

    Di Awal Kelahiran

    Kelihatan lesu dan kurang sedarTidak selesa dan sukar dijagaSering menangis dengan kuatTangan dan kaki menggeletarSukar menghisap dan menelanKetegangan otot yang rendahSuka mengiring sebelah badan sahajaMata selalu berkelipDiserang sakit yang tiba-tibaBadan tersentap-sentap

  • TANDA-TANDA AWAL CPEnam Bulan Pertama Kelahiran

    Ketegangan otot mungkin berubah perlahan-lahan daripada ketegangan yang rendah kepada ketegangan yang tinggi hingga ia menjadi kaku.

    Bayi menggenggam tangannya Berlaku pergerakan simetri iaitu satu bahagian badan dapat bergerak dengan lebih mudah berbanding dengan sebelah lagi.

    Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan kerana lidahnya menolak makanan keluar.

  • BAGAIMANA KANAK-KANAK CP DIDIAGNOSISKebiasaannya proses mendiagnosis kanak-kanak CP mengambil satu tempoh yang panjang kerana ia melibatkan masalah motor yang spesifik.

    Kebanyakan kanak-kanak CP dikesan pada umur 18 bulan.

    Pada peringkat awal para profesional menggunakan istilah berikut:

    - Perkembangan lambat berbanding bayi normal- Perkembangan lambat dalam sistem saraf- Ketidakupayaan motor

  • BAGAIMANA KANAK-KANAK CP DIDIAGNOSISSejarah kesihatanSimptomPemeriksaan fizikalPemeriksaan otak

    - CT scan (computed tomography)- MRI (magnetic resonance imaging)- Ultrasound

  • IMPLIKASI CPMasalah pembelajaran Terencat akal EpilepsiMasalah pertuturanKesukaran untuk makanMasalah deriaMasalah pergerakan

  • RAWATAN BAGI KANAK-KANAKProgram latihan

    Rawatan yang diperlukan bagi kanak-kanak CP mencapai tahap kefungsian semaksimum mungkin melibatkan golongan profesional pelbagai disiplin. Di antaranya ialah: Ahli FisioterapiAhli Terapi Cara KerjaPatologis PertuturanPakar Pediatrik

  • KEPERLUAN PEMBELAJARAN ATAU LATIHANTahap kecacatan dan kesulitan yang wujud perlu diambil kira dalam semua aspek seperti kognitif, fizikal, motor, pertuturan, penglihatan, pendengaran, persepsi dan tingkah laku.

    Perhatian perlu diberi kepada aspek motor seperti koordinasi dan kawalan motor.

    Contoh peralatan yang diperlukan ialah penunjuk kepala(head pointers), kerusi roda, alat bantuan elektronik dan pelbagai peralatan yang boleh diubahsuai.

    Program khusus bagi bahasa adalah penting jika berlaku masalah pertuturan.

    Terapi fizikal perlu dimasukkan dalam program harian.

    Penilaian berterusan seiring dengan perkembangan rawatan perubatan, terapi dan pengajaran.

  • KESIMPULANRawatan yang diperlukan bergantung kepada tahap dan jenis kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak.

    Tiada satu faktor atau sebab khusus yang menyebabkan kanak-kanak mengalami CP.

    Kecacatan berkaitan fungsi otak adalah punca utama.

  • RUJUKANhttp://gait.aidi.udel.edu/res695/homepage/pd_ortho/clinics/c_palsy/cpweb.htm

    Jamila K.A. Mohamed, Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa, 2005. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

    Nota Kuliah.

  • Sekian