nota hikayat indera nata

Upload: marrlina-maklin

Post on 09-Jul-2015

284 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

"HIKAYAT INDERA NATA" KOMSAS TINGKATAN 4 (THE GREAT PRINCE)Penceritaan watak pentingIndera Nata / Si Piatu Anak Raja Rom yang gagah perkasa. Mampu menundukkan semua haiwan buas dalam usaha mencari gajah bergading emas seperti titah ayahanda baginda. Berjaya mendaki mahligai puteri tujuh yang diculik oleh raksasa dari kecil untuk dipelihara sehingga tiba waktunya menjadi makanan sang raksasa. Disembunyikan dalam peti emas apabila raksasa kembali. Dengan bantuan puteri, berjaya memperoleh gajah bergading emas, sambil mengalih perhatian raksasa supaya dapat melarikan diri. Ketika dikejar oleh raksasa, Indera Nata mendapat bantuan lembur (ular sakti) dan naga yang diutus oleh Betara Gangga menerusi isyarat gemala hikmat. Raksasa suami isteri dibunuh di laut. Indera Nata membawa puteri tujuh ke rumah bonda baginda, Puteri Cenderawati. tuan puteri tujuh orang Puteri Cendana Kesuma: anak Raja Mesir. Petah berkata-kata Puteri Norlila: anak raja Baghdad (Iraq) Puteri Indera Paksi; anak Raja Siam Puteri Ratna Cahaya: anak Raja Kufah (Iraq) Puteri Ratna Bagang: anak Raja Iraq Puteri Cendera Maha Dewi: anak Raja Peringgi (Portugis) tuan puteri ketujuh: walaupun amat cantik, masih tidak dapat menandingi Puteri Cendana Kesuma Terperangkap dalam mahligai jin di atas bukit nan tinggi. Sedia menghambakan diri jika Indera Nata sanggup menyelamatkan mereka. Berjaya membuat helah hati mereka masih kecil untuk dimakan melainkan dicarikan gajah bergading emas. Apabila raksasa berjaya, disuruh pula mencari kijang putih bertanduk emas, serta mencuci kain hitam sampai bertukar putih. Mereka berjaya melepaskan diri bersama Indera Nata dengan menunggang gajah bergading emas. Setelah raksasa dibunuh oleh lembur dan naga, mereka dibawa bertemu Puteri Cenderawati, bonda Indera Nata dan tinggal di sana. Raksasa laki isteri Betara Gangga Penjaga kepada Indera Nata yang boleh dihubungi menerusi isyarat gemala sakti. Mengutuskan lembur dan naga bagi membantu Indera Nata dan puteri tujuh daripada dikejar oleh raksasa suami isteri Lembur dan naga Puteri Cenderawati Si Batu Kembar Indera Jenaka