modul hikayat indera nata

24
Prosa Tradisioal (Hikayat Indera Nata) Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang 1

Upload: juilis-mokujal

Post on 27-Jun-2015

665 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Hikayat Indera Nata

Prosa Tradisioal(Hikayat Indera Nata)

Sinopsis

Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah

sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar .

Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu

itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan

boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan

dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan

Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi

Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak

sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah

rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di

dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan

memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah

bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan

memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah

seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka

telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka

dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk

mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu

segera.

Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti

emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika

hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari

gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan

secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading

emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah

membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.

1

Page 2: Modul Hikayat Indera Nata

Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya

raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk

dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki

keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi

mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa

ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama

semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan

memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah

bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu

marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak

ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-

tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai

ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala

hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata

dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut

membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba

menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga

telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh

hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati.

Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan

semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka

kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri

Cenderawati.

Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran

Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah

ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut

antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi,

2

Page 3: Modul Hikayat Indera Nata

menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap

dan dibunuh oleh raksasa.

Persoalan

1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja

Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka

daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.

Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang

puteri.

Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik

darpada mengembara.

Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih

ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan

diri

Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa

mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar,

tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah

bergading emas segera.

Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh

raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan

mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka.

Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-

puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan

binatang buas di hutan. Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan

raksasa.

3

Page 4: Modul Hikayat Indera Nata

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Indera Nata Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati Digelar Si Piatu Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati

sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada

mengembara.

Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.

Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas

Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma

Anak Raja Mesir Memiliki rupa paras yang cantik Menjadi tawanan raksasa . Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata

dan berpantun. Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk

menyelamatkan diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri

Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi. Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan. Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi

berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera

Kesuma

4

Page 5: Modul Hikayat Indera Nata

Indera Jenaka

Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan

kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa

sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.

Latar

Latar Tempat

i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)

Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal

Indera Nata

ii. Negeri Pattani

Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan

Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.

iii. Sebuah bukit yang tinggi

Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah

bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.

iv. Sebuah peti emas

Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa

raksasa balik ke mahligai.

v. Tepi Laut / Pantai

Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)

Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.

Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.

5

Page 6: Modul Hikayat Indera Nata

Latar Masa

Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.

Waktu petang – raksasa tidur.

Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.

Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya

bersama tujuh puteri.

Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Latar Masyarakat

Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri

Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma

Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang

semuanya dimakan oleh raksasa

Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom

mengembara mencari gajah bergading emas

Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi

dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru

dan meminta bantuan Betara Gangga.

Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah

bukit.

Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

Gaya Bahasa

Bahasa Klasik – sebermula, hatta

Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .

Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala

binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.

Puisi – pantun contoh:

6

Page 7: Modul Hikayat Indera Nata

Ikan pari bertelur beribu

Bertelur sejengkal juga;

Hujan arah ke langit biru,

Tawakalku dapat juga.

Bahasa Arab – Allah

Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas ,

parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.

Nilai

Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk

melepaskan diri.

Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan

menyelamatkan tujuh puteri.

Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.

Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada

tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya

raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang

dihajati.

Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup

harmoni.

Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.

Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-

baiknya.

Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Watak Sampingan

7

Page 8: Modul Hikayat Indera Nata

Tuan Puteri Cendera Kesuma

Anak Raja Mesir Memiliki rupa paras yang cantik Menjadi tawanan raksasa bersama enam puteri yang lain untuk dimakan

oleh raksasa apaabila mereka besar Petah berkata-kata Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk

menyelamatkan diri daripada raksasa Menetap di rumah Tuan Puteri Cenderawati bonda Indera Nata selepas

bebas daripada tawanan raksasa

Raksasa suami isteri

Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi bersama tujuh orang puteri yang ditawan.

Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi

berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera

Kesuma

Indera Jenaka

Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar Pernah bersama-sama Indera Nata dan diselamatkan oleh Indera Nata daripada

serangan binatang buas di dalam hutan Menghargai jasa Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan

Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera

Nata.

8

Page 9: Modul Hikayat Indera Nata

MODUL SOALAN HIKAYAT INDERA NATA

SET 1 :HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya mendengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.  Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya,”Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mahu makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!” 

Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya,”Hai anakku Indera Nata, betapalah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”  Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis mendengar cetera anaknya itu serta katanya,”Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!” 

Maka Indera Nata pun terlalu kasihan mendengar bondanya itu. Sebermula maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika maka ia pun menangis pula bersama-sama dengan bonda Indera Nata itu. Setelah sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya itu sebab bercerai dengan ayahandanya. Setelah itu maka hari pun sianglah, maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah ia bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati.

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, hlm. 67- 68, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

9

Page 10: Modul Hikayat Indera Nata

i. Apakah maksud rangkai kata hiduplah rasa hatiku? [ 2 markah]

ii. Mengapakah Tuan Puteri Cenderawati terlalu sukacita melihat Indera Nata? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah perasaan kasih sayang amat penting dalam kehidupan?

[3 markah]

SKEMA SET 1.

i. …perasaan riang gembira muncul semula setelah lama bermuram

ii. …kerana sudah terlalu lama baginda tidak bertemu dengan anaknya Indera Nata ...baginda hilang selera hendak makan dan minum serta tidak dapat melelapkan mata …rindu baginda terhadap Indera Nata terubat apabila anaknya itu pulang ke istana.

iii. …kasih sayang memberikan kebahagiaan dalam kehidupan …ibu dan anak hidup dalam suasana penuh kasih sayang …kehidupan mereka dirasakan amat bermakna, tidak berasa kosong atau hampa …kasih sayang antara suami dengan isteri dapat mengukuhkan institusi keluarga

10

Page 11: Modul Hikayat Indera Nata

SET 2 HIKAYAT INDERA NATA.

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma,”Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi! 

Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah hal adinda sekalian ini.”  Maka kata Indera Nata,”Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”  Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekali perhambakan diri kepada kekanda.” Maka oleh Indera nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya serta ia berpantun:“Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa; Jikalau tuan puteri suka menyerah diri, Nanti esok kakanda bawa.”

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, hlm. 61-62. Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata betapakah fikir adinda sekarang ini? [ 2 markah]

ii. Nyatakan tiga kesulitan yang sedang dihadapi oleh ketujuh-tujuh orang puteri itu.[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata membantu membebaskan puteri-puteri itu? Berikan tiga alasan anda.

[3 markah]

11

Page 12: Modul Hikayat Indera Nata

SKEMA SET 2

i. …apakah rancangan adinda sekarang/ apakah yang hendak dilakukan sekarang ini

ii. …terpisah daripada ibu bapa masing-masing kerana diculik raksasa …dipelihara raksasa …akan dimakan raksasa apabila sudah besar

iii. Wajar

…raksasa ialah makhluk yang jahat …puteri-puteri itu akan mati dimakan raksasa …puteri-puteri itu sanggup memperhambakan diri kepada Indera Nata

12

Page 13: Modul Hikayat Indera Nata

SET 3: HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri. 

Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki isteri. Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah keduanya ke dalam hutan mencari gajah bergadingkan emas kesana ke mari tiada juga diperolehnya. 

Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Raja Rom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat sekalian.  Syahadan adapun raja itu naik gajah bergadingkan emas. Setelah dilihat oleh raksasa itu pun terlalu sukacitanya. Maka sekalian rakyat itu pun habislah dimakannya, seorang pun tiada tinggal lagi. Maka gajah itu pun diambilnya lalu dibawanya pulang.  Setelah itu maka raksasa itu pun kembalilah ke mahligai tuan puteri itu.

Maka kata tuan puteri,”Hai nenekku, sebenarnya kasih nenekku akan kami sekalian ini dan lagi jika ada kasih nenekku akan kami ini carikanlah kami kijang putih bertanduk emas serta kain yang hitam ini nenekku sucikan sampai putih! Jikalau belum lagi putih janganlah nenekku kembali.” 

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, hlm. 64-65. Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata seorang pun tiada tinggal lagi.[ 2 markah]

ii. Apakah muslihat tuan puteri untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh raksasa.

[ 3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh oleh orang yang bijak menggunakan akal fikirannya?

[ 3 markah]

13

Page 14: Modul Hikayat Indera Nata

SKEMA SET 3

i. …tidak ada sesiapa yang terselamat

ii. …meminta raksasa mencari kijang putih bertanduk emas untuk mereka …meminta raksasa membasuh kain hitam sehingga menjadi putih …selagi kain hitam itu tidak menjadi putih, raksasa tidak dibenarkan pulang

iii. …mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya …dapat menyelamatkan nyawa pada waktu kecemasan …dapat membuat muslihat untuk mengelirukan musuh

14

Page 15: Modul Hikayat Indera Nata

SET 4: HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri. 

Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu. Mulalah habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih. 

Maka kata suaminya, “Hai isteriku, jika demikian marilah kita kembali dahulu!” Maka ia pun kembalilah lalulah berjalan. Setelah sampai ke rumahnya maka dilihatnya kepada mahligai itu gajah itu tiada lagi.  Maka katanya, “Ke mana gerangan gajah ini hilangnya?” Maka lalu dilihatnya tuan puteri sekalian itu tiadalah. 

Maka katanya,”Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika demikian sahaja dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.”  Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah itu dan tiada berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri ketujuh orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu pun sangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu serta dengan tempik soraknya.  Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih .[2 markah]

ii. Mengapakah raksasa itu menjadi sangat marah? [ 3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah dalam diri kita?

[3 markah]

15

Page 16: Modul Hikayat Indera Nata

SKEMA SET 4

i. …kain itu carik, namun masih lagi hitam

ii. …gagal mencari kijang putih …gajahnya sudah hilang …tuan puteri juga sudah tiada …melihat tuan puteri ketujuh orang berada di atas gajah

iii. …banyak bersabar … cuba mententeramkan diri …berfikiran secara rasional..ingat akan Tuhan ....berfikir secara rasional sebelum bertindak

16

Page 17: Modul Hikayat Indera Nata

SET 5: HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Hatta maka beberapa lamanya ia berjalan sampailah ia ke negeri Rom itu lalu

masuklah ia ke dalam rumah bondanya Si batu Kembar itu.Setelah dilihat oleh Si

Batu Kembar anaknya datang itu terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya dan

diciumnya itu.  Syahadan maka baginda pun bertanya,”Hai Indera Jenaka, manatah

Si piatu itu sekarang ini?” 

Maka sembah Indera Jenaka itu, “Ya tuanku. adapun Si Piatu itu bukankah

anak namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian

mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka

adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur

kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu

terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-

buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu

nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun berlalu

sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala

binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka

hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.”

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata”dalam

antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

17

Page 18: Modul Hikayat Indera Nata

i. Apakah maksud rangkai kata dibawa oleh lembur kehendaknya? [2 markah]

ii. Nyatakan tiga kelebihan yang ada pada Si Piatu seperti yang diceritakan oleh Indera Jenaka.

[3 markah]

iii. Sekiranya anda ialah raja,apakah tindakan yang mungkin anda ambil untuk menyambut kedatangan Indera Nata? Berikan tiga cadangan.

[3 markah]

SKEMA SET 5.

i. …sejenis ular sakti membawa Indera Nata/Si Piatu dengan berpandukan arahannya

ii. …sekalian mergastua menyebut namanya Indera Nata …menyeberang lautan dibawa oleh lembur …mergastua yang buas tidak memberi bahaya akan dirinya …berkata-kata dengan binatang seperti berkata dengan manusia

iii. …meraikan Indera Nata seperti seorang raja …memberikan anugerah tertinggi negara kepada baginda …memberikan jawatan penting dalam negeri kepada baginda

18