kajian manuskrip melayu di · pdf filemanuskrip yang utama termasuklah hikayat indera ... ini...

Click here to load reader

Post on 09-Mar-2019

261 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

MENJEJAKI MANUSKRIP MELAYU DAN SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT DI PERANCIS

Dr. Jelani Harun

Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Pengajian Melayu sudah mendapat tempat di Perancis sekitar pertengahan abad ke-19 yang lalu melalui tokoh-tokoh awalnya seperti Adouard Dulaurier, Pierre Farve dan Aristide Marre. Mereka bukan sahaja mengajar bahasa dan sastera Melayu, mengumpul dan membuat salinan manuskrip, malah juga menterjemahkan beberapa buah karya penting Melayu ke dalam bahasa Perancis. Adouard Dulaurier juga telah membuat salinan terhadap surat-surat Francis Light yang berasal dari Pulau Pinang yang kini tersimpan di Paris dan Tournus. Kertas kerja ini akan meneliti kembali sejarah awal penyalinan manuskrip Melayu di Perancis khususnya dalam konteks hubungan Perancis dengan Pulau Pinang. Perbincangan adalah berdasarkan penjejakan kembali beberapa buah manuskrip Melayu dari Pulau Pinang yang terdapat di beberapa buah perpustakaan di Perancis termasuk salinan surat-surat Francis Light. Perbincangan turut membicarakan bagaimana penyalinan manuskrip Melayu dan surat-surat Francis Light telah berlaku di Perancis pada pertengahan abad ke-19 yang lalu untuk keperluan pengajian Melayu di Perancis ketika itu. Kata kunci : bahasa dan sastera Melayu, manuskrip, surat-surat Francis Light, Perancis, Pulau Pinang

Pengenalan

Sebuah katalog awal tentang koleksi manuskrip Melayu di Perancis telah pun dibuat oleh Cabaton pada tahun 1912. Pada tahun 1973, katalog yang dibuat oleh Cabaton telah dihuraikan semula oleh Voorhoeve secara lebih sistematik dan mendalam.1

Tidak kurang daripada 110 buah manuskrip Melayu telah disenaraikan oleh Voorhoeve tersimpan dalam koleksi Manuscrits Orientaux, Departement des Manuscrits (Division Orientale), Perpustakaan Rechelieu, Paris, sebagai sebahagian daripada rangkaian Bibliotheque Nationale de France. Semua manuskrip Melayu yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu diberi singkatan nombor panggilannya Mal-Pol yang bermaksud Malayo-Polynes. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar karya yang terdapat dalam simpanan Perpustakaan Richelieu adalah jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah manuskripnya kerana kebanyakan manuskrip mengandugi tiga hingga lima buah kompilasi karya yang berbeza-beza di dalamnya. Kedua-dua tulisan oleh Cabaton dan Voorhoeve diterbitkan dalam bahasa Perancis. Sebuah katalog ringkas tentang koleksi manuskrip di Perancis telah diterbitkan kemudiannya oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan judul Katalog Manuskrip Melayu di Perancis (1991) dan sebuah lagi oleh Henri Chambert-Loir dalam bukunya Khazanah Naskah (1999) yang mengandungi maklumat ringkas tentang manuskrip di Paris, Marseille, Rouen dan Tournus.

Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

2

Tanda Jalan Menuju ke Perpustakaan Richelieu, Paris

Dari segi jumlahnya, koleksi manuskrip Melayu di Paris tidaklah sebanyak yang terdapat di London atau di Leiden. Sungguh pun begitu, penghargaan harus diberikan kepada minat awal sarjana-sarjana Perancis terhadap manuskrip Melayu. Berdasarkan huraian Voorhoeve (1973), sekurang-kurangnya 24 buah manuskrip dikaitkan dengan nama Edouard Dulaurier (1807-1881) dan 5 buah kepada Pierre Favre (1812-1887).2 Kedua-dua tokoh ini adalah antara sarjana awal Perancis yang banyak melibatkan diri dalam pengajian bahasa dan sastera Melayu termasuk sebagai pensyarah bahasa Melayu di Ecole des Langues Orientales (Sekolah Tinggi Bahasa-bahasa Timur), Paris.3

Antara manuskrip penting yang terdapat dalam simpanan Perpustakaan Richelieu ialah Bustan al-Salatin, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Adat Raja-Raja, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Di perpustakaan tersebut juga terdapat salinan Hikayat Abdullah dan Syair Kampung Gelam Terbakar oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Malah tidak kurang pentingnya juga, Perpustakaan Richelieu turut menyimpan beberapa buah syair karangan Tuan Simi di Singapura berjudul Syair Dagang Berjual Beli, Syair Potong Gaji dan Syair Tengku Perabu.

Voorhoeve dalam katalognya turut menyenaraikan sebanyak 20 buah manuskrip yang

tersimpan di Musee national des Arts asiatiques-Guimet (Musee Guimet), Paris. 4

Antara manuskrip yang utama termasuklah Hikayat Indera Putera, Syair Bidasari, Syair Ken Tambuhan, Hikayat Indera Bangsawan, Bustan al-Salatin dan Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham. Agak menariknya, dalam koleksi manuskrip di muzium ini terdapat cerita-cerita nasihat tentang kisah ikan di dalam air dan raja gajah (Mal-Pol. 266) yang tiada ditemui di tempat lain. Dalam Mal-Pol. 274 pula, terdapat dua buah syair yang ditulis dengan gaya tulisan Jawi yang berseni berjudul Syair Orang Dagang di Selangor dan Syair Belalang dan Kumbang.

Kedua-dua koleksi manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu dan Musee Guimet adalah sumber terpenting manuskrip Melayu yang terdapat di Perancis. Tidak banyak yang diketahui tentang nilai sebenar karya-karya tersebut kerana belum banyak kajian khusus dibuat terhadap manuskrip-manuskrip yang ada sama ada dari sudut isi mahu pun dari aspek keaslian naskhah, pengarang atau penyalinnya. Di samping karya-karya yang telah

Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

3

disebutkan di atas, terdapat juga puluhan cerita tentang Nabi Muhammad, hikayat, syair, pantun, surat dan pelbagai bentuk karya lainnya yang telah disenarikan dalam katalog Catabon (1912) dan Voorhoeve (1973).

Selain di Perpustakaan Richelieu dan Musee Guimet, koleksi manuskrip Melayu di Paris turut dikesan tersimpan di Archives Des Missions Etrangeres, Paris. Penulis telah berpeluang meneliti dua buah manuskrip Melayu yang tersimpan di situ yang terdiri daripada sebuah cerita panji (MS 1080) dan Hikayat Pelanduk Jenaka (MS 1085). Manuskrip cerita panji bertarikh tahun 1820 dan disalin oleh penyalin bernama Syeikh Ali al-Din. Sementara Hikayat Pelanduk Jenaka bertarikh 1237 Hijrah (1828), berukuran 19.5 sm x 14.5 sm, terdiri daripada 78 halaman. Tulisan menggunakan dakwat hitam dan merah. Manuskrip berasal dari Melaka. Besar kemungkinan, manuskrip-manuskrip tersebut telah dibawa ke Paris oleh paderi yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu pada masa dahulu.5

Dulaurier dikesani pernah membuat salinan terhadap Hikayat Raja Pasai, mungkin merupakan manuskrip yang kini tersimpan di Perpustakaan Richelieu (Mal-Pol. 50). Hal ini telah dibicarakan oleh Monique-Zaini Lajoubert (2004 & 2008) sewaktu beliau membuat kajian semula terhadap Hikayat Raja Pasai. Menurutnya, pada tahun 1849, Dulaurier telah membuat sebuah salinan Jawi manuskrip Hikayat Raja Pasai yang tersimpan di Royal Asiatic Society, London (Raffles Malay 67). Pada tahun 1874 manuskrip Jawi salinan oleh Dulaurier itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Aristide Marre (1823-1918) yang merupakan buat julung-julung kalinya Hikayat Raja Pasai boleh dibaca dalam bahasa Perancis. Pada tahun 2004, terjemahan Hikayat Raja Pasai dalam bahasa Perancis tersebut telah diedit semula oleh Monique Zaini-Lajoubert dan diterbitkan dengan judul Histoire des rois de Pasey.6

Selepas menterjemahkan Hikayat Raja Pasai, Aristide Marre menterjemahkan pula Makota Radja-Radja (Taj al-Salatin) pada tahun 1875, Sejarah Melayu pada tahun 1896 dan Hikayat Jauhar Manikam pada tahun 1897. Misalnya, terjemahan Taj al-Salatin dibuat dengan judul Makota Radja-Radja Ou La Couronne Des Rois Par Bokhari De Djohore, terdiri daripada 24 bab lengkap dengan cacatan dan indeks. Teks diterbitkan oleh penerbitan Maisonneuve di Paris. Agak menariknya, Aristide Marre mengatakan teks Makota Radja-Radja itu dikarang oleh Bokhari dari Johor, dan bukannya Bukhari al-Jauhari.

Pierre Favre terkenal dalam sejarah pengajian Melayu kerana usaha beliau

menerbitkan Kitab Qamus Bahasa Melayu Dengan Bahasa Perancis (1875) dan Kitab Qamus Bahasa Perancis Dengan Bahasa Melayu (1880). 7

Dalam Kitab Qamus Bahasa Melayu Dengan Bahasa Perancis (1875, hlm. xxv-xxvi), Pierre Farve menyenaraikan beberapa buah teks kesusasteraan Melayu yang telah digunakannya sebagai bahan rujukan iaitu Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Bispu Raja, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Isma Yatim, Hikayat Kalilah dan Daminah, Syair Ken Tambuhan, Makota Raja-Raja, Hikayat Seri Rama, Syair Bidasari, Hikayat Sultan Abdul Muluk, Hikayat Sultan Ibrahim dan Sejarah Melayu. Hal ini menunjukkan Pierre Favre telah membaca sebahagian daripada karya kesusasteraan Melayu yang utama ketika itu.

Selain Hikayat Raja Pasai, Dulaurier juga telah membuat salinan Jawi bagi Undang-Undang Melaka dan pelbagai undang-undang adat Melayu yang lain, Hikayat Raja Banjar dan Kotaringin, Syair Perang Inggeris di Betawi, Syair Selindung Delima, Syair Ken Tambuhan, Syair Bidasari, Hikayat Hatim Tai, Hikayat Si Miskin, Hikayat Indera Putera,

Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

4

Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat-surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain lagi (lihat Voorhoeve, 1973). Usaha dan keupayaan Dulaurier menyalin manuskrip Melayu dalam tulisan Jawi adalah sesuatu yang agak istimewa sifatnya kerana lazimnya sarjana Eropah akan menggunakan khidmat pengarang atau penyalin Melayu bagi melaksanakan kerja-kerja penyalinan manuskrip yang rumit dan memakan masa itu. Malah, Dulaurier pernah menerbitkan sebuah hasil tulisan beliau yang menceritakan usahanya dalam membuat pengumpulan dan penyalinan manuskrip Melayu termasuk daripada koleksi manuskrip yang

View more