hikayat indera quraisyin: analisis struktural

Download HIKAYAT INDERA QURAISYIN: ANALISIS STRUKTURAL

If you can't read please download the document

Post on 19-Dec-2016

256 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • HIKAYAT INDERAQURAISYIN: ANALISIS STRUKTURALDANTELAAHAMANAT

    HARUN BIN JAAFARFAKULTI BAHASA

    KOD PENYELIDlKAN UPSI: 01-01-11-02AKAUN PENYELIDlKAN UPSI: 050529

    2003

  • III

    PENGHARGAAN

    Syukur kehadiratAllah [s.w. t] kerana dengan limpah kurnia-Nya serta dengan petunjukdan hidayah-Nya, saya dapatmenyempumakan penyelidikan ini seadanya.

    Saya inginmerakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepadaProfesorDr.KhadijahRohani binti Mohd. Yunus, TimbalanNaib Canselor [Akademik], UniversitiPendidikan Sultan Idris [UPSI] , TanjongMalim, Perak dan ProfesorDato' Dr. AbuBakarbinNordin, Pengarah, PusatPenyelidikan danPerundingan,UPSI keranamemberipeluang kepada saya untuk:menjalankanpenyelidikan ini.

    Ucapan terimakasih juga saya tujukan kepadaDr. Alias bin MohammadYatim,[mantan Dekan, Fakulti Bahasa, UPSI], Dr. NorAzmi binMostafa, Dekan, FakultiBahasa, UPSI, kakitangan Pusat Penyelidikan dan Perundingan, UPSI, dan kakitanganPerpustakaanTun Seri Lanang,Universiti KebangsaanMalaysia [UKM] keranamemberisokongan padu ke arah penyiapan penyelidikan ini.

    Jasa baik anda semua tidak akan dilupakan. SemogaAllahmembalas budi baikandasemua.

    Wassalam.

    Drs. Harun Jaafar,Jabatan KesusasteraanMelayu,Fakulti Bahasa,Universiti PendidikanSultan Idris,TANJONGMALIM, PERAK mLAI 1,2003.

  • IV

    ABSTRAK

    Penyelidikan inimenggunakan teksHikayat Indera Quraisyindalam bentukmikrofilem yang tersimpan di Perpustakaan TunSeri Lanang, Universiti KebangsaanMalaysia [UKM], Bangi.Bagimembolehkanfokus penyelidikandijalankan, teks itu terlebihdahulu ditransliterasikanke tulisanRumi. Denganmenggunakanteori struktur dan teori kebahasaan yangmenerbitkan pendekatanstruktural danpendekatan semiotik, teks tersebut dikupas untukmenyerlahkan peranan dan fungsi aspek-aspek struktur didalamnya sertamenganalisis actualmeaning dan intentionalmeaningyang terdapatdi dalamnya Hasil yang diperolehmelaluipenggunaan alat-alatpenyelidikan itu ialah teks inimengandungiunsur dakwah [walaupunmasih terselit unsur-unsurHindu yangminimum] kerana temanya ialah usaha dan pertolonganAllahmerupakan tangga kejayaan. Sehubungan itu, ditemui pelbagaiamanat yang hendak disampaikan kepada pembaca olehpengarangnya, Amanat-amanat itu dilontar secara tersiratmelaluisuruhan dan larangan. Semua bentuk suruhan terarah kepadaamar makruf. Semua bentuk larangan terarah kepada nahimungkar. Kedua-dua unsur itumerupakan teras kepada seruandakwah dalam agama Islam. Dengan demikian, dapatlahdisirnpulkan bahawakarya yang tergolong dalam SasteraTransisiini telahberjaya 'diislamkan' oleh pengarangnya.

  • HIKAYAT INDERA QURAISYIN: ANALISIS STRUKTURAL DAN

    TELAAHAMANAT

    LATARBELAKANG

    Kajian ini dilaksanakan untukmenilai Hikayat Indera Quraisyin sebagai salah satu

    daripada karya-karya yang wujud dalam KesusasteraanMelayu Klasik, khususnya

    Hikayat Transisi. Adalah diharapkan kemunculan kajian ini dapatmemberi sedikit

    surnbangan kepada kajian-kajian akan datang, parapenggemar KesusasteraanMelayu

    Klasik, dan sekali gusmenambah khazanah kajian dalam bidang yang dimaksudkan itu.

    (a) Definisi Hikayat

    Terdapat berbagai-bagai definisi tentang hikayatyang diberikan oleh orang perseorangan,

    kamus-kamus, dan juga ensiklopedia. Menurut The Encyclopaedia of Islam

    (1971: 367-377), istilah hikayat berasal daripada kata kerja bahasaArab 'haka' yang

    asalnya bermakna 'to in itiate 'dan kemudian berubahmenjadi 'tale, narrative, story;

    legend '. Namun demikian, pada hakikatnya istilah 'hikayah'

    [hekaye] dalam bahasa

    bahasa Arab dan Parsi merujuk kepada 'short prose anecdotes"

    bukannya prose

    tales' yang biasanyapanjang-panjang atau roman pahlawan seperti dalam bahasaMelayu.

    Walau bagaimanapun, genre yang disebutHikayatMelayu seperti itu tidak terdapat di

    dalam Kesusasteraan Parsi. Genre sedemikian dalam Kesusasteraan Parsi disebut

    'dastan"

    misalnya Dastane Amir Hamze (Brakel 1979: 6). Dalam bahasa Melayu

    karya itu disebutHikayatAmir Hamzah.

    Keraguan mengenai istilah hikayat mengalami transformasi semantik selepas

    dipinjam daripada Kesusasteraan Parsi terjawab melalui indeks dalam Katalog

    Kesusasteraan Parsi yang dihasilkan oleh C.A. Storey. Di dalam indeks tersebut

  • 2

    dinyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lima hasil karya yang disebut 'hikayat '.

    Tiga daripadanya adalah kumpulan karya [sekali gusmembuktikan kata hikayat itu

    merujuk kepadabentukplural dan bukan naratifpanjang], termasuk di dalamnya ialah

    Hikayat al-Salihin yang terdiri daripada dua puluh bab; tiap-tiap satu mengandungi

    sepuluh hikayat yang dihasilkan oleh Uthman bin Umar dan dinamakanKahf. Karya

    keempat rnenyebutHikayat al-Salihin dalam bentuk singular. Hal ini menyebabkan

    timbulnya tanda tanya, kerana hikayat [singular] itu tidak boleh dianggap sebagai

    kesilapan penyalin semata-mata kepada hikayat [plural] (Brakel 1979: 6-7).

    Satu-satunya teks dalamKesusasteraan Parsi catatan Storeyyang disebuthikayat

    [hekaye] ialah HikayatMuhammad IHanafiyah. Teks yang sarna telah digunakan

    oleh seorang penterjemah untuk melahirkanHikayatMuhammadHanafiah dalam

    bahasaMelayu padapertengahan abad ke-14M. Denganmengambil kira romanHikayat

    MuhammadHanafiah sebagai satu-satunya teks dalambahasaParsi dan bahasaMelayu

    yangdipanggil hikayat, kemungkinan istilahitumengalarni perubahan sernantik danmasuk:

    ke bahasaMelayumelalui roman tersebut tidak dapat dinafikan begitu sahaja.

    Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, hikayat bermakna karya

    kesusasteraan berisi cerita, baik sejarahmahupun cerita roman fiktif, yang dibaca untuk

    pelipur lara, pernbangkit semangat juang, atau sekadar untuk meramaikan pesta

    (1988: 307). Ensiklopedi Umum mendefinisikan hikayat sebagai cerita, penuturan,

    atau cerita khayaL Dalam sasteraMinangkabau, hikayatbererti riwayat yang dibacakan

    dengan irama danjuga didendangkan. Cerita-cerita seperti itu juga disebut kaba (1973:

    497). R. J. Wilkinson (1959: 407)mendefinisikan hikayat sebagai narrative, story,

    tale, or tale chanted by a professional story-teller. Kamus Dewan (1996: 457)

    mendefrnisikan hikayat sebagai cerita, terutamanya cerita lama dalam bentuk prosa. Siti

    Hawa SaIleh (1991) rnerumuskan bahawa sastera hikayat ialah:

  • 3

    Cerita dalam bentuk bertulis yangmenggunakan bahasaMelayu lama dengan

    langgam bahasa dan struktur tertentu, membawa cerita ajaib berunsur hiburan,

    hasil imaginasi dan fantasi pengarangnya. Ceritanyaberkisar di istana dengan

    watak-watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri raja yang cantik,

    berani, dan pahlawan. Peristiwa-peristiwa yang dikemukakan bersifat rekaan

    semata-mata tetapimembayangkan latarbelakangpengaruhyangmenjadi sumber

    imaginasi tersebut.

    Berdasarkan kepada definisi-definisi dan huraian-huraian di atas, dapatlah kita

    ketahui bahawa hikayat itumengandungi cerita rekaan, berbentuk prosa, menggunakan

    bahasa Melayu lama, wujud unsur keajaiban, tujuan utamanya untukberhibur, cerita

    difokuskan kepada golongan bangsawan danmemperlihatkan pelbagai pengaruh yang

    mencorakkan pembentukan sesebuah cerita.

    Namun dernikian, hams diingat bahawawalaupun karya-karya yang tergolong

    dalam sastera hikayat berperanan sebagai alat yang berfungsi untukmemberi hiburan,

    terdapat dua fungsi lain yang dibawanya, iaitumengajar danmendidik. Kepelbagaian

    pengaruh yangwujud dalam sastera hikayatmembolehkan kitamembahagikan genre

    tersebut kepada tiga kumpulan, iaitu:

    (i) SasteraHikayatBerunsurHindu

    (ii) SasteraHikayatBerunsurHindu-Islam

    (iii) SasteraHikayatBerunsur Islam

    (b) Sejarab Perkernbangan Hikayat

    Genre hikayat dalam Kesusasteraan Melayu ialah warisan kebudayaan Islam.

    Kebudayaan Islam [yang di dalamnya tercakup kesusasteraan] sebagai salah satu daripada

  • 4

    kebudayaan-kebudayaan besar dalam sejarah manusia dan dunia hari ini tidak dapat

    dipersoalkan lagi (Kritzeck 1964: 15). Justeru itu, pengaruh kesusasteraan tersebut

    telah tersebar luas ke merata tempat sarna ada di Barat mahupun di Timur melalui

    penyebaran agama Islam.

    Agama Islam dikatakan sampai ke Nusantara pada abad pertama Hijrah

    (Syed Muhammad Naguib al-Attas 1972: 4). Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh

    ketetapan yang dibuat dalam SeminarMasuknya Islam ke Indonesia yang diadakan di

    Medan pada 17 hingga 20 Mac 1963 (A. Hasjmy 1981: 7). Berdasarkan kepada

    catatan-catatan di dalam naskhah-naskhahMelayu lama, agama itu dibawa oleh para

    pendakwah berbangsaArab. HikayatMerongMahawangsamenceritakanRajaKedah

    diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani, seorang pendakwah Arab. Baginda

    kemudian bergelar SultanMuzaffar Syah (SyedMuhammadNaguib al-Attas 1969: 11).

    Namun demikian, sarjana-sarjana sejarah ramai yang sependapatmengatakan bahawa

    agama itu berkembang pesat di Nusantaramulai abad ke-13M.

    Agama Islam t elah memberi sumbangan yang t idak temilai t erhadap

    perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu. Apabila agama itu

    datang keNusantara, huruf-hurufArab diperkenalkan kepadapenganut-penganut agama

    Islam dengan tujuanmenjadikannya sebagai abjad barn dalampenulisan bahasaMelayu.

    BahasaMelayu dikatakanmenjadi linguafranca sebelum datangnya Islam ke rantau

    Melayu. Kenyataan ini disanggah oleh Syed Muhammad Naguib al-Attas. Menurut

    beliau, bahasaMelayu atau lebih tepatnya bahasaMelayu kuno tidak boleh dianggap

    demikian kerana belummempunyai tulisan tunggal yangmengikat atau belum mencapai

    tarafsebenar sebagai bahasa yangmampumenafsir danmenghuraikan setiap a