ieda - hikayat indera nata

Download Ieda - Hikayat Indera Nata

If you can't read please download the document

Upload: eenie-meenie

Post on 20-Jun-2015

350 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

HIKAYAT INDERA NATA

FASEHA IEDA MIERA

Tema

KEBERANIAN LUAR BIASAseorang raja yang bernama Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas dan menyelamatkan tujuh orang puteri daripada menjadi makanan raksasa

Persoalan

KEHEBATAN PUTERA RAJAmenyelamatkan nyawa orang lain Kebolehan BERCAKAP atau dengan haiwan dengan menggunakan akal

dalam usaha

BERINTERAKSI

KEBIJAKSANAAN dalam menghadapi cabaran TIDAK MALU UNTUK MEMOHON BANTUAN ketika menghadapi kesusahanSikap merupakan tindakan yang bijak

KASIH SAYANG SEORANG IBU terhadapanak tidak akan luput selama-lamanya Sikap suka TOLONG-MENOLONG sesama manusia telah mewujudkan keharmonian hidup

Watak & Perwatakan

Indera Nata

ANAK RAJA ROM dan TUAN PUTERI CENDERAWATISeorang yang BERANI. Baginda berani mengembara seorang diri untuk mencari gajah bergadingkan emas Memiliki KESAKTIAN, iaitu boleh bercakap dengan binatang

SUKA MENOLONG ORANG ORANG LAIN.Indera Nata telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada binatang buas dan tujuh orang puteri daripada dimakan binatang buas

Indera Jenaka

ANAK TUANKU SYAH ALAM dan SI BATU KEMBAR SEORANG YANG JUJUR. Baginda menceritakankeberanian dan kehebatan Indera Nata kepada Tuanku Syah Alam

Indera Jenaka tahu BERTERIMA KASIH dan MENGHARGAI JASA Indera Nata yang telah menyelamatkannya daripada binatang buas di hutan

Merupakan ANAK RAJA MESIR

Tuan Puteri Cendera Kesuma

Memiliki rupa paras yang CANTIK dan PETAH

BERKATA-KATA

Baginda menjadi TAWANAN RAKSASA bersamasama enam puteri yang lain. Mereka akan dimakan apabila sudah besar Baginda BIJAK MEMPERDAYAKAN RAKSASA. Baginda meminta raksasa mencari gajah bergadingkan emas, kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam hingga menjadi putih sebagai alasan untuk melarikan diri

Raksasa Suami Isteri

Raksasa bersikap PEMARAH dan GANAS. Mereka telah membunuh dan membaham Raja Rom dan rakyatnya yang sedang berburu Raksasa KUAT dan GAGAH. Kedatangan raksasa ke mahligai ketujuh-tujuh orang puteri dapat dikesan melalui bunyi seperti ribut Raksasa MUDAH DIPERDAYAKAN oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma. Raksasa tertipu oleh kata-kata puteri itu, misalnya hati gajah bergadingkan emas dapat membesarkan hati mereka

Latar

Latar TempatLatar tempat dalam cerita ini adalah :

Negeri Rom Pattani Puncak gunung Mahligai raksasa Tepi laut

Latar Masa

Pada waktu pagi waktu raksasa keluar pergi mencari kijang bertandukkan emas Pada waktu malam waktu raksasa suami isteri tidur

Latar Masyarakat

Masyarakat yang TAAT KEPADA RAJA. Contohnya, Indera Nata sanggup menjunjung perintah Raja Rom supaya mencari gajah bergandingkan emas Masyarakat yang MEMILIKI HIKMAT dan KESAKTIAN. Contohnya, Indera Nata memiliki kesaktian, iaitu berkebolehan berkata-kata dengan binatang buas Masyarakat yang MEMPERCAYAI PERKARA-

PERKARA YANG TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA. Contohnya, lembur dan naga yang datangmembantu Indera Nata dan tujuh orang puteri

Masyarakat zaman dahulu yang PENGARUH HINDUNYA AGAK KUAT. Buktinya, nama watak seperti Betara Gangga Masyarakat yang PRIHATIN dan SUKA TOLONGMENOLONG. Contohnya, Indera Nata telah membantu Indera Jenaka dan tujuh orang puteri. Tujuh orang puteri itu pula menolong Indera Nata mendapatkan gajah bergadingkan emas dengan menipu raksasa Masyarakat PENYAYANG. Contohnya, bonda Indera Nata, iaitu Tuan Puteri Cenderawati senantiasa merindui dan menyayangi anaknya, Indera Nata sehingga baginda hilang selera untuk menjamah makanan

Plot

Binaan Plot

Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara

KRONOLOGI

Pada bahagian PENGENALAN atau EKSPOSISI, Indera Jenaka menceritakan keberanian dan kehebatan Si Piatu, iaitu nama sebenarnya Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang buas Plot terus BERKEMBANG dengan pengembaraan Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas. Indera Nata sampai di puncak sebuah bukit. Di situlah Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri yang menjadi tawanan raksasa suami isteri. Indera Nata bersetuju menyelamatkan mereka daripada dimakan raksasa

Pada bahagian PERUMITAN, Tuan Puteri Cendera Kesuma mencari jalan untuk memperdayakan raksasa suami isteri. Baginda meminta raksasa mencari gajah bergandingkan emas supaya hati mereka lekas besar Plot mencapai tahap PUNCAK atau KLIMAKS apabila Indera Nata dan puteri-puteri itu melarikan diri ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam sehingga menjadi putih. Raksasa naik berang lalu mengejar mereka hingga ke tepi laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas perintah Betara Gangga Pada bahagian PELERAIAN, Indera Nata membawa ketujuhtujuh orang puteri ke benua Rom. Mereka pun tinggal besama-sama dengan bonda Indera Nata, iaitu Tuan Puteri Cenderawati

Teknik Plot

Teknik Pemerian

Pengarang memerihalkan pengembaraan Indera Nata hingga baginda sampai di puncak gunung. Contohnya : Syahadan maka tersebutlah perkataannya Indera Nata berjalan itu. Maka ia pun bertemulah dengan sebuah bukit terlalu amat tinggi daripada bukit yang lain itu. Maka ia pun naiklah ke atas gunung itu. Maka Indera Nata pun melihat sebuah rumah terlalu tingginya (m/s 60)

Pengarang memerihalkan peristiwa lembur dan naga membunuh raksasa. Contohnya : Maka Indera Nata pun segeralah menarik tali gajah itu lalu dibawanya naik ke atas lembur dan naga itu pun menyeberangkanlah. Setelah sampai ia di seberang maka raksasa itu pu datanglah ke tepi laut. Maka tangannya disorongkan ke laut serta datang pertengahan laut lembur dan naga itu segeralah menarik tangan raksasa itu dua laki isteri dibawanya ke dalam laut. Hatta maka raksasa itu pun lemahlah dan ia pun matilah kedua laki isteri (m/s 66)

Teknik Dialog

Dialog antara Indera Nata dengan inang pengasuh. Contohnya : Maka ia pun berseru-seru katanya, Hai bondaku, bukakan aku pintu! Maka inang pengasuh bondanya pun segeralah ia membuka pintu itu serta katanya, Siapatah berseru-seru di luar pintu ini? Maka kata Indera Nata, Akulah anak kepada Tuan Puteri Cenderawati. (m/s 67)

Dialog antara raksasa dengan Tuan Puteri Cendera Kesuma. Contohnya : Maka kata raksasa itu, Hai cucuku, sudahkah besar hatimu itu? Maka kata Tuan Puteri, Hai nenekku, lagi sangat kecil hati kami ini, jikalau nenekku hendak segera membesarkan hati kami, carikanlah gajah yang bergadingkan emas supaya hati kami lekas besar! (m/s 64)

Teknik Saspens

Ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam menjadi putih, pembaca tertanya-tanya adakah Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri itu dapat melarikan diri daripada raksasa? Ketika Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri dikejar oleh raksasa hingga di tepi laut, pembaca tertanya-tanya mampukah menewaskan raksasa yang gagah dan kuat itu?

Gaya Bahasa

BAHASA KLASIK. Contohnya : hatta (m/s 59), syarahan (m/s 60), sebermula (m/s 61) BAHASA ARAB. Contohnya : Allah (m/s 64) BAHASA ISTANA. Contohnya : kakanda, adinda (m/s 61), bonda, anakanda (m/s 67) SIMILE. Contohnya : ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkatakata SEPERTI ia berkata dengan manusia juga (m/s 59), Maka ia mendengar bunyi SEPERTI ribut (m/s 63) HIPERBOLA. Contohnya :

carikanlah GAJAH BERGADINGKAN EMAS supaya hati kami lekas besar! (m/s 64) maka raksasa yang laki-laki itu pun KIJANG PUTIH BERTANDUKKAN EMAS. (m/s 65)

Pemilihan AYAT YANG PANJANG dan MELERET. Contohnya :

Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Rom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat sekalian. (m/s 64)

Setelah sudah maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dan tiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masuk padang maka ia pun sampailah ke tepi laut (m/s 65)

PUISI (pantun). Contohnya : Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa, Jikalau tuan puteri suka menyerah diri, Nanti esok kakanda bawa. Maka Tuan Puteri Cendera Kesuma pun tersenyum seraya berpantun : Ikan pari bertelur seribu, Bertelur sejengkal juga, Hujan arah ke langit biru, Tawakalku dapat juga. (m/s 62)

Nilai

Berani - Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Indera Nata berani mengembara untuk mencari gajah bergadingkan emas