hikayat indera nata

21
Hikayat Indera Nata

Upload: shineeluvme

Post on 16-Jun-2015

9.790 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ulasan komsas tingkatan 4: prosa tradisional - HIKAYAT INDERA NATA

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Indera Nata

Hikayat Indera Nata

Page 2: Hikayat Indera Nata

Sinopsis• Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama

Indera Nata, iaitu anak Raja Rom yang mempunyai kehebatan tersendiri. Hal ini diceritakan oleh Indera Jenaka anak Si Batu Hampar yang mengikut Indera Nata.

• Dalam pengembaraannya, Indera Nata telah melihat sebuah rumah yang terlalu tinggi dan di sebelahnya terdapat sebuah istana. Di situ dia telah melihat tujuh orang puteri, iaitu Puteri Cendera Kesuma (anak Raja Mesir), Puteri Normia (anak Raja Baghdad), Puteri Indera Paksi (anak Raja Siam), Puteri Ratna Cahaya (anak Raja Kufah), Puteri Ratna Bagang (anak Raja Iraq), dan Puteri Cendera Maha Dewi (anak Raja Peringgi). Mereka berada di situ untuk dibesarkan oleh raksasa dan seterusnya akan dimakan oleh raksasa tersebut.

Page 3: Hikayat Indera Nata

• Indera Nata memberitahu semua puteri itu bahawa dia ke situ kerana Raja Rom memintanya mencari gajah bergading emas. Kesemua puteri itu sedia untuk dibawa ke benua Rom oleh Indera Nata kerana tidak mahu menjadi mangsa raksasa. Puteri Cendera Kesuma mengatakan bahawa mereka berupaya untuk mendapatkan gajah itu daripada raksasa.

• Apabila raksasa pulang, dia merasakan bahawa terdapat bau manusia di dalam rumahnya. Indera Nata telah disorokkan oleh Tuan Puteri di dalam sebuah peti emas dan Tuan Puteri menafikan bahawa terdapat manusia di situ. Tuan Puteri telah memnita raksasa mencarikan gajah yang bergading emas supaya hati mereka lebih cepat besar.

Page 4: Hikayat Indera Nata

• Setelah raksasa dan isterinya pulang, Tuan Puteri telah meminta raksasa mencarikan kijang putih bertanduk emas. Mereka juga meminta raksasa dan isteri mencucikan kain hitam sehingga menjadi putih. Setelah usaha mereka gagal, raksasa dan isterinya pulang ke rumah.

• Semasa raksasa dan isteri mencari kijang, Indera Nata dan kesemua puteri keluar dari mahligai. Setelah raksasa dan isterinya mendapati kesemua puteri telah tiada, mereka telah mencari kesemua puteri tersebut. Indera Nata telah memperoleh bantuan daripada Betara Gangga yang menyuruh ular sakti dan naga menyeberangkan Indera Nata dan kesemua puteri.

Page 5: Hikayat Indera Nata

• Selepas menempuh perjalanan selama tujuh hari tujuh malam, mereka telah sampai di rumah bonda Indera Nata. Apabila Tuan Puteri Cenderawati melihat Indera Nata, dia berasa sungguh gembira. Kesemua puteri itu tinggal bersama-sama Puteri Cenderawati.

Page 6: Hikayat Indera Nata

Tema

• Kehebatan anak-anak raja menangani pelbagai rintangan. Indera Nata mengembara untuk menunaikan hasrat bapanya, iaitu Raja Rom yang memintanya mencari gajah yang bergading emas. Tuan puteri tujuh orang pula bijak menggunakan kesempatan melepaskan diri daripada raksasa dengan bantuan Indera Nata.

Page 7: Hikayat Indera Nata

Persoalan

Pernyataan• Keberanian seorang anak

raja

• Kesaktian seorang anak raja

• Kasih ibu kepada anak

Huraian/Contoh• Indera Nata berani

berhadapan dengan binatang buas semasa masuk ke hutan. (m/s 59)

• Indera Nata mempunyai kesaktian iaitu boleh berkomunikasi dengan binatang. (m/s 59)

• Bonda Indera Nata amat menyayangi anaknya, Indera Nata. (m/s 67)

Page 8: Hikayat Indera Nata

• Hubungan mesra antara ahli keluarga

• Tanggungjawab sesama manusia

• Penyelesaian masalah secara bijaksana

• Bonda Indera Nata gembira apabila bertemu semula dengan anakandanya yang telah lama tidak pulang. (m/s 67)

• Indera Nata menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. (m/s 67-68)

• Semasa raksasa pulang, Tuan Puteri telah menyorokkan Indera Nata di dalam peti emas supaya tidak dapat dikesan oleh raksasa. (m/s 64)

Page 9: Hikayat Indera Nata

Plot

Permulaan• Indera Nata memberitahu bondanya (Si Batu

Kembar) bahawa Indera Nata mempunyai keistimewaan, iaitu dibawa menyeberang lautan oleh ular sakti.

• Indera Nata juga boleh bercakap dengan binatang dan berani berhadapan dengan binatang buas.

Page 10: Hikayat Indera Nata

Perkembangan• Indera Nata terjumpa sebuah istana dan di situ

dia terlihat tujuh orang puteri.• Indera Nata dan tujuh orang puteri itu

berkenalan dan menceritakan situasi masing-masing.

Konflik• Tujuh orang puteri itu dibesarkan oleh raksasa

dan akan dimakan oleh raksasa.• Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu

Indera Nata bahawa gajah yang dicari boleh diuruskan oleh mereka dengan meminta raksasa mencarikan gajah tersebut.

Page 11: Hikayat Indera Nata

• Raksasa pulang dan dapat mengesan bau manusia.

• Tuan Puteri meminta raksasa suami isteri mencarikan mereka gajah bergading emas dan kijang putih bertanduk emas serta kain yang hitam disuruh cuci sehingga putih.

• Semasa raksasa keluar mencari kijang putih, Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri keluar dari mahligai.

Page 12: Hikayat Indera Nata

Klimaks• Raksasa sedar bahawa mereka telah ditipu.• Betara Gangga telah membantu Indera Nata

dan tujuh orang puteri dengan menyuruh ular sakti dan naga menyeberangkan mereka (termasuk gajah).

• Raksasa suami isteri mati setelah dibawa oleh ular sakti dan naga ke tengah laut.

Page 13: Hikayat Indera Nata

Peleraian• Indera Nata pulang menemui ibunya.• Ibunya gembira dapat bertemu semula

dengan anaknya.• Ketujuh-tujuh orang puteri itu tinggal

bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati (bonda Indera Nata).

Page 14: Hikayat Indera Nata

Latar

Latar tempatDi negeri Rom, tepi laut, sebuah bukit, mahligai,

di dalam peti emas, dan di dalam hutan.Latar masaPada waktu petang, hampir siang, siang, tengah

malam, dan selama tujuh hari tujuh malam.

Page 15: Hikayat Indera Nata

Latar masyarakat• Masyarakat yang baik hati.• Masyarakat yang bersifat kejam.• Masyarakat yang sedia membantu orang yang

berada dalam kesusahan.• Masyarakat yang mempunyai kuasa sakti.• Masyarakat yang mempunyai sifat kasih

sayang.

Page 16: Hikayat Indera Nata

Watak dan Perwatakan

Indera Nata• Berani (m/s 59)• Boleh bercakap dengan binatang (m/s 59)• Taat pada suruhan bapa/raja (m/s 61)• Penyayang (m/s 67)• Mengharapkan kuasa lain untuk

menyelamatkan diri (m/s 66)

Page 17: Hikayat Indera Nata

Tuan Puteri Cendera Kesuma• Mengharapkan pertolongan orang lain

(m/s 62)• Bimbang akan nasib diri (m/s 61)• Sedia membantu orang lain (m/s 64)• Bijaksana (m/s 64)• Rindu akan ibu bapa (m/s 68)Raksasa• Amat kejam (m/s 61)• Boleh mengenal pasti bau manusia (m/s 64)• Bijaksana (m/s 66)

Page 18: Hikayat Indera Nata

Gaya Bahasa

• Inversi“…esok harilah aku pergi mencari kehendakmu

itu!” (m/s 64)• Simile…menengar bunyi seperti ribut (m/s 63)• Peribahasaseperti orang beroleh gunung emas (m/s 62)

Page 19: Hikayat Indera Nata

• RepetisiHatta maka tiada berapa lamanya ia bersama-sama

dengan tuan puteri itu maka kata Tuan Puteri Cendera Kesuma… (m/s 63)

• SinkofMaka kata raksasa, “Hai cucuku, esok…” (m/s 65)• HiperbolaTuan puteri ketujuh itu terlalu elok parasnya gilang-

gemilang cahayanya kilau-kilauan… (m/s 62)• AnaforaMaka ia pun menegar bunyi seperti ribut. Maka

kata Indera Nata… (m/s 63)

Page 20: Hikayat Indera Nata

Nilai dan Pengajaran

• Keberanian

• Bijaksana

• Ketaatan

• Kita perlulah berani menempuh cabaran dalam kehidupan.

• Kita mestilah menyelesaikan masalah dengan bijaksana.

• Sebagai anak, kita mestilah mentaati orang tua kita.

Page 21: Hikayat Indera Nata

• Kasih sayang

• Tolong-menolong

• Kerjasama

• Kita mestilah mengasihi keluarga kita.

• Kita mestilah membantu insan yang berada dalam kesusahan.

• Kita haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah.