nota bmm 3112

6
Nota BMM 3112 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (spot) CIRI BAHASA KUNO • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit • Susunan ayat bersifat Melayu • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) BATU BERSURAT • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) TUJUAN DBP • Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. • Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara- negara lain. MAKSUD BAHASA PENGANTAR • Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. • Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar. FUNGSI BAHASA PENGANTAR • Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan. • Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza. • Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu. • Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. • Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu. BAHASA PERPADUAN • Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain. FUNGSI BAHASA PERPADUAN • Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi. • Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa- bahasa lain didunia. • Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara. • Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha

Upload: ilyani-omar

Post on 24-Oct-2015

175 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota ringkas sebagai rujukan. berkaitan dengan sejarah bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Nota BMM 3112

Nota BMM 3112 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (spot)

CIRI BAHASA KUNO

• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit• Susunan ayat bersifat Melayu• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)• Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

BATU BERSURAT

• Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)• Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)• Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)• Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

TUJUAN DBP

• Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.• Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

MAKSUD BAHASA PENGANTAR

• Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.• Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR

• Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan.• Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa

pengantar antara kaum yang berbeza-beza.• Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.• Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.• Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

BAHASA PERPADUAN• Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN• Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.• Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.• Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.• Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

3.Aliran tatabahasa & penulis Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim aliran TG)

ALIRAN TATABAHASA

ALIRAN TRADISIONAL ( Plato, Aristotle, Zaaba) • Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.• Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.• Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.• Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna.• Antara ciri-cirinya

o Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani).o Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan.o Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif.o Bersifat nasional iaitu bukan formal dan structural.o Percampuran teori semantik dan

Page 2: Nota BMM 3112

gramatikKetiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai strukturo Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan samaada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atautidak.o Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟o Dalam memerikan bahasa, aliran tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

ALIRAN STRUKTURAL (L.Bloomfield, Edward Sapir, Asmah Hj Omar)• Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.• Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.• Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalamsesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa.• Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku.• Antara cirinya :o Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan.o Bahasa ialah satu sistem. Sistem bahasa ialah arbitrari.o Bahasa adalah untuk perhubungan

ALIRAN TRANSFORMATIF GENERATIF(TG) (Noam Chomsky, Nik Safiah Karim) • Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.• Di samping itu,proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yangmemberi kelainan kepada nahu TG.• Aliran ini dilihat mengambil pendekatanpertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural.• Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi.• Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

1. Ciri BM Klasik bdasarkan teks

• Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.• Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang• Menggunakan bahasa istana• Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)• Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.• Banyak menggunakan partikel pun dan lah• Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.• Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.• Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan

ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.• Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

2.Tahap perkembangan tulisan jawi

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.

*      Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

*      Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke

Page 3: Nota BMM 3112

ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:*      batu bersurat,*      manuskrip lama,*      kertas lama,*      majalah,*      batu nisan,*      bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat*      senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar danseumpamanya*      ukiran-ukiran pada masjid, istana*      azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

  Ciri- Ciri Tulisan Jawi

Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :a) bertindan secara menegakb) ligaturc) aksara-askara berbaris atau mempunyai titikd) aksara bersambung* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

Page 4: Nota BMM 3112

Pembentukan istilah

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu. Namun pembinaan istilah masa masa dahulu merupakan proses yang tidak kukuh di mana tidak terdapat sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehingga diterbitkan buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Langkah-langkah tersebut ialah :

I. Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :

gayagaris pusattapakhasil keluarandefisitkuasa

II. Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya :

pekacerakinmendaphablurjisimketuhar

III. Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya :

gambut (Banjar)nyeri (Sunda)engkabang (Iban)awet (Jawa)dermaga (Jawa)labur (N.Sembilan)

IV. Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya :

dening (Kelantan)riam (Johor)engkabang (Iban)nyeri (Sunda)

V. Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya :

atom - atomelectron-  elektronprofessional - profesionalpsychology - psikologistructure - struktur

VI. Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fideesprit de corpsfait accompliweltanschauung

VII. Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :

a. Ungkapan yang paling singkatb. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpangc. Ungkapan yang tidak berkonotasi burukd. Ungkapan yang sedap di dengar.

Bmm3111

struktur :makna leksikal ( hiponim-polisem)konsep semantik (semantik + ling, semantik + sejarah)pembentukan istilah

eseipeluasan, penyempitan & anjakan maknateori naom chomskyejaan rumi bahasa melayu

bmm3112

Contoh SOALAN BMM 3112

Contoh SOALAN  BMM 3112 1.       Ismail Hussein (1948) menyatakan terdapat 3

tahap perkembangan bahasa melayu. Jelaskan tahap-tahap tersebut?

2.       Nyatakan 4 tokoh yang terkenal pada Zaman perkembangan bahasa Melayu Kerajaan Acheh?

3.       Nyatakan prinsip-prinsip utama penyusunan kamus?

4.       Nyatakan 4 peranan DBP?5.       Lima faktor mengapa BMelayu dipilih sbg bahasa

Kebangsaan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957?

Page 5: Nota BMM 3112

6.       Lima perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang penterjemah?

7.       Bagaimanakah bidang pendidikan dapat memartabatkan tulisan jawi?

8.       Dalam proses perkemabnagan Bahasa Melayu , bahasa ini telah menerima penyerapan dari bhasa arab ke bahasa Inggeris. Terdapat 53 pola. Berikan dua contoh perkataan untuk setiap pola

1.       a menjadi e2.       ee menjadi i3.       f tetap f4.       Konsonan ganda menjadi tunggal5.       x  yang tidak terletak di awal kata menjadi ks6.       Definiskan kedwibahasaan

7.       Nyatakan perbezaan antara kedwibahasaan majmuk dan kedwibahasaan koordinat?

8.       Bincangkan kesan-kesan yang berlaku dari kedwibahasaan?

9.       Huraikan intipati laporan Razak 1956 dalam sistem pelajaran Negara kita?