nota bmm oum penilaian bhs dan jsu

37
http://bmtahun1kssr012.blogspot.com/p/bmm-3103.html BMM 3103 Tajuk: PENILAIAN BAHASA 1.0 Pengenalan Pendidikan bukanlah semata-mata mengajar tetapi pendidikan adalah usaha untuk membantu para pelajar menolong dirinya. Guru juga perlu tahu sejauhmanakah proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan dan dapat mencapai objektif. Dalam konteks murid pula, mereka juga perlu tahu tahap keupayaan dan pencapaian dalam bilik darjah. Justeru, dalam hal ini, penilaian amat penting dalam memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid untuk mengetahui tahap keupayaannya seterusnya merancang aktiviti susulan. 1.1 Pengertian Penilaian Penilaian merujuk kepada proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Dalam ertikata lain , penilaian merujuk kepada proses mentafsir atau memberi nilai yang

Upload: mei-jiun-chong

Post on 15-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

http://bmtahun1kssr012.blogspot.com/p/bmm-3103.html

BMM 3103

Tajuk:  PENILAIAN BAHASA

1.0  Pengenalan

     Pendidikan bukanlah semata-mata ‘mengajar’ tetapi pendidikan adalah usaha

untuk membantu para pelajar menolong dirinya.  Guru juga perlu tahu

sejauhmanakah proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan dan dapat

mencapai objektif.  Dalam konteks murid pula, mereka juga perlu tahu tahap

keupayaan dan pencapaian dalam bilik darjah.  Justeru, dalam hal ini, penilaian

amat penting dalam memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid untuk mengetahui

tahap keupayaannya seterusnya merancang aktiviti susulan.

1.1  Pengertian Penilaian

          Penilaian merujuk kepada proses mengumpul, menganalisis

dan   menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana objektif yang

telah ditetapkan itu telah tercapai.  Dalam ertikata lain , penilaian merujuk

kepada proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang

sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil

daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.

 1.2  Matlamat Penilaian Bahasa

      - Mencerminkan matlamat sukatan

      - Berupaya menggunakan BM baku secara berkesan dalam

pelbagai  konteks

        tujuan dan khalayak.

-       Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis.

-       Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat idea dan perasaan.

1.3  Tujuan Penilaian

           Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan.  Penilaian

dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa

untuk tujuan penambahbaikan pendidikan.  Dalam pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah, penilaian dijalankan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’

dan murid ‘belajar’.  Penilaian mempunyai tujuan tertentu dan ianya dapat dilihat

dalam konteks guru dan murid.

Berikut rajah yang memperincikan tujuan penilaian untuk guru dan murid.

Mendapatkan maklum balas – keberkesanan p&p, kesesuaian kaedah dan

teknik pengajaran, peransang untuk murid dan ibu bapa

Alat mencari punca kelemahan – guru akan buat perancangan aktiviti dan

bahan yang sesuai dengan keperluan murid.

Sebagai penggerak – beri perhatian dan sentiasa mengulangkaji untuk

peperiksaan.

 

.

Tujuan Penilaian Bahasa

Pembelajaran lampau – cungkil pengetahuan sedia ada murid dan guru boleh

rancang aktiviti dan isi pelajaran. .sesuai dengan keperluan murid.

Penilaian – sama ada konsep yang disampaikan difahami murid dan menilai

objektif pelajaran tercapai atau tidak.

Membuat klasifikasi – Membolehkan guru membahagikan murid mengikut

kumpulan kecerdasan.

Pensijilan – murid menerima sijil bergantung pada pencapaian gred-gred dalam

peperiksaan.

Membuat ramalan – kecenderungan dan kebolehan murid. Contoh ujian

prognostik membolehkan guru merancang kaedah, bahan dan alat bantu

mengajar. 

                           

Rajah 1.1.1 : Tujuan Penilaian Bahasa

1.4  Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

        Melalui penilaian murid akan tahu sama ada mereka berjaya atau gagal

dalam pelajaran yang diuji.  Murid akan resah dan sedih sekiranya mereka gagal

dan sebaliknya.  Tinggi atau rendahnya peratus yang didapati dalam ujian

memberi isyarat kepada guru supaya membuat penambahbaikkan dalam cara

pengajarannya.

Berikut adalah rajah yang menunjukkan kepentingan penilaian dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Membantu guru mengetahui tahap penguasaan murid terhadap isi

pelajaran.

Membanding tingkat pencapaian murid dalam sesuatu bidang dengan bidang

lain.

Membantu guru merancang p&p seterusnya berdasarkan keupayaan, kemahiran

atau pengetahuan asas.

Membanding pencapaian murid dengan

rakan

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 

Rajah 1.1.2: Kepentingan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1.5  JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA

           Terdapat enam jenis ujian dalam penilaian bahasa.  Ujian-ujian tersebut

terdiri daripada ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan,

ujian bakat dan ujian pencapaian.  Untuk diperincikan dalam tugasan ini, hanya

empat ujian sahaja yang akan dipilih iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian

pencapaian dan ujian kemajuan.

i) Ujian Formatif

    Merujuk kepada penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Ujian formatif ini digunakan untuk

mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang

diajar.  Ianya dijalankan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit

pelajaran sebelum mereka diperkenalkan tajuk seterusnya.  Penilaian ini diguna

pakai oleh guru untuk tujuan diagnosis.  Dalam erti kata lain, ujian formatif ini

merupakan bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji kemahiran

dan unit-unit pelajaran yang diajar.  Hasil daripada ujian ini, guru akan membuat

penambahbaikan dalam mutu proses pengajarannya. Ujian ini dijalankan secara

pemerhatian, soak jawab dan siri ujian atau latihan pendek.  Melalui ujian ini,

kelemahan murid dapat dikesan serta-merta.  Berikut adalah prosedur-prosedur

yang perlu diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan penilaian formatif.

Rancang tindakan susulanRajah ini menunjukkan prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh guru.

Menentukan aspek dan tahap penguasaanMembina item ujianHubungkait elemen-elemen dalam tajukMenentukan tajuk pengajaran 

Rajah 1.1.3: Prosedur Pelaksanaan Ujian Formatif

ii) Ujian Sumatif

        Ujian sumatif ialah alat ujian yang dibina dan ditadbir oleh guru untuk

menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar

dalam jangka masa yang panjang iaitu akhir penggal atau akhir tahun.  Bertujuan

untuk menilai pencapaian akhir murid dan dapat menentukan keberkesanan

sesuatu kurikulum. Ujian ini merangkumi skop pengajaran dan pembelajaran

yang luas berbanding ujian formatif.  Tujuan ujian ini adalah untuk memberikan

gred kepada murid dan boleh dijadikan perbandingan pencapaian di kalangan

murid yang lain.  Contoh penilaian sumatif ialah peperiksaan akhir tahun,

peperiksaan percubaan, UPSR dan PMR. Semasa menggubal ujian sumatif,

terdapat beberapa langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian.

Berikut adalah rajah yang menunjukan langkah-langkah tersebut

1.Membentuk Jadual Penentu Ujian (JPU)

2. Membina item ujian

3. Mengumpul soalan secara sistematik dan teratur

4. Menguji soalan melalui kajian rintis

5. Menyiapkan skema pemarkahan

6. Pemilihan isi kandungan

Pelaksanaan Penilaian Sumatif 

Rajah 1.1.4 : Pelaksanaan Penilaian Sumatif

1.6  PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN

SUMATIF

Rajah di bawah mebunjukkan perbezaan yang jelas tentang ujian formatif dan

sumatif.

Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Konsep Boleh dibuat secara formal/tidak

formal bertujuan mengesan

penguasaan/kelemahan murid

bagi setiap tajuk pengajaran.

Dijalankan secara formal

bagi menentukan

pencapaian murid di akhir

pengajaran seperti

hujung penggal/ akhir

tahun.

Waktu/masa Sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.

Pada akhir

unit/penggal/akhir tahun

persekolahan.

Penekanan Kognitif, psikomotor dan afektif Kognitif

Sifat Skop pengajaran yang terhad di

mana terhad kepada tugasan.

Skop pengajaran yang

luas dan beraneka jenis.

Aras Kesukaran Fleksibel iaitu sentiasa berubah

mengikut zon keperluan murid.

Meliputi aras senang

kepada sukar.

Kaedah Tidak formal : pemerhatian, soal

jawab, latihan. Ditadbir secara

Secara formal : Ujian

pensel-kertas dan

individu/kumpulan. ditadbir secara

berkumpulan.

Tujuan Selepas tahap

kemajuan/penguasaan murid

ditentukan, satu tindakan

susulan diambil segera untuk

mengatasinya.

Selepas pencapaian

murid ditentukan bagi

tempoh persekolahan

tertentu, murid akan

menerima gred.

Tindakan susulan

selepas penilaian

Kelemahan murid diatasi dengan

mengulang semula topik atau

mengadakan aktiviti pemulihan

dan menjalankan aktiviti

pengayaan bagi murid yang

telah menguasai/tiada masalah.

Murid ditempatkan

mengikut tahap

pencapaian. Mereka

diberi pengiktirafan

seperti sijil, hadiah. Ada

penambahbaikan sistem

kurikulum.

Rajah 1.1.5 : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

iii) Ujian Pencapaian

        Merupakan ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauhmana

sesuatu kumpulan murid atau individu telah menguasai sesuatu topik yang telah

dipelajari yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.  Ujian

pencapaian ini bleh ditadbir dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk perbandingan

dengan murid lain dalam sesuatu bilik darjah ( rujukan norma ) atau membuat

rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik ( rujukan kriteria ) sesebuah

kurikulum. Pembinaan ujian ini serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan

norma. 

        Ujian pencapaian dibuat oleh guru dan pada peringkat institusi dikendalikan

oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan

Malaysia.  Penggubalan ujian pada perngkat perseorangan dikenali segai ujian di

bilik darjah manakala bagi pencapaian di peringkat pusat dikenali sebagai Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ), Penilaian Menengah Rendah (PMR ), Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM ), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM ) dan

banyak lagi.

         Menurut Anastasi(1982) ujian pencapaian adalah direka untuk

mengukur kesan yang standard yang berkaitan dengan kurikulum

pendidikan yang spesifik.  Menurut Nowak(1986)ujian pencapaian

merupakan satu alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian individu

dalam mata pelajaran tertentu. 

Tujuan Ujian Pencapaian

         Mengukur aspek pencapaian akademik , aptitud, siasah, minat,sikap dan

sebagainya.

         Mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran murid dalam pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah.

         Merancang strategi intervensi sistem pendidikan melalui kemahiran 3M

         Untuk memilih laluan latihan dan kerjaya yang lebih baik.

         Melihat perkembangan murid dri semasa ke semasa.

       

Contoh-contoh Ujian Pencapaian

  Di Malaysia terdapat ujian pencapaian mengikut subjek di peringkat kebangsaan

seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STA, STAM.

  Dua lagi ujian pencapaian selain di atas ialah The Iowa Test Of Basic Skills(ITBS)

dan Metropolitan Achievement Test(MAT).  The Iowa Test Of Basic Skills adalah

sejenis ujian pencapaian untuk menguji tahap (multilevel).  Ianya sejajar dengan

ujian kognitif dan bertujuan untuk mengukur kepentingan kemahiran pendidikan

asas untuk fungsi yang berkesan dalam kehidupan.  Antaranya ialah menguji

tahap membaca, bahasa, matematik dan kemahiran menggunakan alat bantu

mengajar.

iv)  Ujian Kemajuan

         Ujian kemajuan dijalankan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap

murid dalam keadaan sebenar di bilik darjah.  Ujian ini juga yang menentukan

kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang mereka melalui proses

pembelajaran. Ujian ini dikenali juga sebagai pentaksiran autentik.

          Ujian kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan dinilai oleh guru kelas

sahaja.  Ianya dinilai berasaskan kepada objektif pengajaran, program

pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang akan diuji.

Tujuan Ujian Kemajuan dilaksanakan.

  Mengukur dan menilai setakat mana murid-murid telah menguasai bahan atau

perkara-perkara yang diajar berkaitan sesuatu tajuk.

  Mengukur tahap kemajuan seseorang murid dalam pelbagai kebolehan dan

kemahiran.

  Mengetahui dan menentukan sejauh mana murid tahu dan berupaya melihat

potensi diri.

  Menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid.

Contoh-contoh Ujian Kemajuan.

         Pencapaian berasaskan persampelan pemikiran – menjawab soalan,

menyelesaikan masalah, menulis dan menjalankan sesuatu aktiviti.

         Melalui persembahan dan pameran – murid menunjukkan kebolehan istimewa

seperti kebolehan visual, persembahan, kemahiran atau lisan.

         Melalui. portfolio – berdasarkan koleksi tugasan sebenar, hasil lukisan, ujian dan

kuiz.

Rumusan

      Guru merupakan penggerak utama dalam menyediakan dan mentadbir ujian

yang baik dan berkesan.  Ini adalah kerana guru lebih arif tentang bidang yang

telah diajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Ujian

yang dilaksanakan dapat memberikan kesan pembelajaran untuk jangka masa

pendek mahu pun jangka masa panjang.  Berdasarkan ujian yang telah

dilakukan, guru boleh mengetahui tahap pencapaian dan penguasaan murid

tentang sesuatu topik yang diajar.  Dengan ini guru boleh mengambil tindakan

susulan seperti program pemulihan bagi murid yang lemah dan aktiviti

pengayaan bagi yang telah mebguasai.  Sementara ujian yang dijalankan pada

akhir sesuatu penggal akan memberikan maklumat berkenaan pencapaian

murid.  Dengan ini guru boleh membuat perbandingan dengan menggredkan

murid-murid mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada kumpulan lemah

atau cemerlang.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )

2.0  Pengenalan

       Sebagai seorang guru, pengetahuan yang luas sangat penting untuk

menggubal sesuatu kertas ujian agar tidak tersasar daripada landasan yang

telah ditetapkan dalam jadual spesikasi ujian. Penggubalan kertas soalan

perlulah mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Sebelum sesuatu ujian

ditadbir, beberapa pertimbangan perlu dibuat agar ianya menepati sukatan

pelajaran dan soalan yang releven dengan sukatan.

       Penggubalan kertas ujian perlu melalui beberapa proses termasuk

penyedian JSU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis, pemurnian item dan

akhir sekali ialah penilaian oleh pakar setiap mata pelajaran.  Kesemua proses

ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi

kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya pengukuran yang adil (Hale,

1980 ).

2.1  Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU )

         Jadual yang mengandungi senarai tajuk-tajuk dan objektif pengajaran dalam

bentuk aras kemahiran yang akan diuji

         Merupakan “ Test Blue Print”

         Rancangan persediaan item secara terancang, rapi dan teratur.

         Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu Paksi Konteks

(menegak)  dan Paksi Konstruk( mengufuk)

         Mengandungi aras kemahiran mengikut taksonomi pendidikan.

         Menunjukkan pemberatan(peratus) pada kandungan aras kemahiran

berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran.

         Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.

2.2  Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian

  Menjamin ujian dibina secara tersusun dan berobjektif.

  Sebagai panduan untuk membentuk soalan secara terancang.

  Memastikan terdapatnya keseimbangan dan kesesuaian di antara tajuk-tajuk

(konteks ) dengan aras kemahiran ( konstruk )

  Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.

  Membolehkan ujian yang sama boleh dibina oleh guru-guru lain.

  Menjamin kualiti kertas ujian

  Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

  Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu tajuk.

    2.3  Langkah-langkah Pembinaan JSU

-       Terdapat empat langkah dalam membina sesebuah JSU iaitu;

         Mengkaji sukatan pelajaran

         Menganalisis objektif pengajaran

         Menentukan jenis soalan

         Menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji sukatan pelajaran           Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah 2.1.1

4.Menentukan bilangan soalan

Langkah Pembinaan JSU

2.Menganalisis objektif pengajaran

3.Menentukan jenis soalan 

Rajah 2.1.1: Langkah Pembinaan JSU 

i) Mengkaji sukatan pelajaran

    - Sukatan perlu dikaji untuk mendapat maklumat yang merangkumi seluruh

kurikulum yang dibina. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:

  Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.

  Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk

  Kepentingan bandingan antara satu topik dengan topik-topik yang lain.

  Kompleksiti sesuatu tajuk.

  Masa pengajaran yang diperuntukan bagi sesuatu tajuk.

ii) Menganalisis Objektif Pengajaran

     -Objektif pengajaran perlu dianalisis bagi menentukan tahap pengetahuan

dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji

iii) Menentukan jenis item

     -Untuk menentukan jenis item, penggubal perlu menentukan domain

objektif   pengajaran yang terdiri daripada kognitif, psikomotor, afektif dan sosial.

     -Jenis item termasuklah;

      Item objektif

      Struktur

      Esei

iv) Menentukan bilangan soalan

     -Jumlah soalan mesti mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran

     -Jumlah soalan penting kerana ia mempengaruhi kesahan dan

kebolehpercayaan

       sesuatu ujian.

     - Mengambil kira jangka masa ujian, jenis item, kesukaran soalan, panjang

soalan

        kemampuan bahasa murid.

Contoh aras kemahiran item mengikut Taksonomi Bloom iaitu Domain Kognitif.

Analisis

Penilaian

Sintesis

Aplikasi

Kefahaman

Pengetahuan                                                                                                           

                                            Aras sukar                                                         Aras

sukar

   Aras mudah                                                                                             Aras

Mudah

Rajah 2.1.2 : Aras Kemahiran Taksonomi Bloom

  Pembinaan Item Ujian Objektif

3.0  Pengenalan

       Ujian objektif memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk

mendapatkan respon.  Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana

pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa

kertas yang sama.  Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif

yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan

memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang

serupa( Gronland,1977 ).  Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu item respon

bebas dan item respon tetap.  Item respon tetap terdiri daripada item betul-salah,

item padanan, item aneka pilihan.

3.1  Kelebihan Item ujian objektif

      Mudah disemak/diperiksa

      Mempunyai ciri kebolehpercayaan( semasa pelaksanaan)

      Dapat menguji banyak topik

      Mempunyai nilai potensi diagnostik

      Mengukur keupayaan mental yang tinggi

3.2  Kelemahan Item ujian objektif

      Murid tidak dapat mengeluarkan idea sebab ada pilihan jawapan.

      Potensi untuk meneka jawapan adalah tinggi.

      Sukar untuk dibina.

      Murid/calon yang bijak tidak perlu belajar lebih.

      Tidak dapat ukur keaslian.

      Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dengan tepat.

1.    Item Respon Bebas

-       Menghendaki murid meneliti soalan dan menulis jawapan pada ruang yang

disediakan.  Lazimnya jawapan kepada soalan ditulis di dalam kotak atau di

hujung soalan.

-       Terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  Jenis soalan

Contoh:  a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan          

                   kesakitan?     ( ke----an )

                                                b)  Apakah lawan bagi perkataan cetek?  ( tohor )

  Item melengkapkan pernyataan

Contoh:  a)  Sarah __________ dengan adiknya.  ( bergaduh)

2.    Item Respon Tetap

-       Memerlukan murid membuat pilihan jawapan yang betul atau paling tepat. 

-       Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

-       Item-item itu ialah format betul-salah, padanan dan aneka pilihan.

  Item betul-salah

Contoh: a)  Nyatakan sama ada pernyataan berikut betul atau

                   Salah.

  Simpulan bahasa kaki botolbermaksud orang yang berjalan tanpa kasut.       B/S

                                               b)  Nyatakan ya atau tidak pada pernyataan

berikut.

  Nama tempat tergolong dalam kata nama khas.       Ya/Tidak  

        

  Item Padanan

  Mengandungi dua ruangan yang mengandungi perkataan atau frasa.

  Ruangan A dipanggil pokok soalan dan ruangan B dipanggil jawapan ( respon )

  Pelajar perlu memilih jawapan dengan memadankan benda/perkara yang erkaitan

dengan perkara di ruang A.

                                Contoh:

Ruangan A

Kata bilangan

Ruangan B

Contoh

1.Kata bilangan tentu A.Separuh bahagian hartanya akan

diserahkan kepada rumah kebajikan

2.Kata bilangan Himpunan B.Rahim mempunyai dua ekor lembu.

3.Kata bilangan Pecahan C.Peserta kursus itu mengeluarkan

buku nota masing-masing apabila

penceramah masuk ke dewan.

4.Kata bilangan pisahan D.Ketiga-tiga murid perempuan tahun

satu diarahkan ke klinik berdekatan

kerana muntah-muntah.

  Item aneka pilihan

  Merupakan ujian objektif yang paling digemari oleh penggubal soalan.

  Terdiri daripada golongan item jawapan tetap kerana tindakbalas terhad.

Rajah ini menunjukkan prinsip penyediaan item beraneka pilihan

Pembinaan Item Beraneka Pilihan

Arahan mesti jelas

Jawapan yang mudah dipilih murid perlu dikurangkan

Aras kesukaran perlu sama

Jawapan harus

munasabah

Perkataan sepunya tidak diulang-

ulang

Sistem susunan jawapan pilihan. Contoh mengikut abjad

Jawapan pilihan sama

panjang

Soalan dan jawapan ditulis secara

padat

Taburan jawapan secara

rawak 

               Rajah 3.1.1 : Sembilan prinsip penyediaan item aneka  pilihan

a)    Item aneka pilihan berbentuk soalan.

Contoh :

1)    Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat tanya?

A.   Jangan bising.

B.   Tolong senyap

C.   Mengapakah Ali ketawa terbahak-bahak?

D.   Sila duduk sekarang.

b)     Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh :

1)    Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

A.   Jika dia malas dia gagal.

B.   Mereka memancing di sungai.

C.   Pemandu bas yang sakit itu telah meninggal.

D.   Sungguh memalukan jika mereka kalah dalam perlawanan itu.

c)    Mengisi tempat kosong.

Contoh

1)    Ibu sedang _____________kain di ampaian

A.   membasuh

B.   melipat

C.   menjemur

D.   menjahit

d)   Jenis jawapan terbaik

Contoh

1)    Maksud yang tepat bagi kering-kontang

A.   Tandus

B.   Cetek

C.   Kemarau

D.   Kering

e)    Jenis Anologi

Contoh

Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan.

Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.

Hitam : putih

A.   Kain : merah

B.   Merah : tua

C.   Merah : jambu

D.   Merah : hijau

f)     Jenis Antonim

Contoh

Arahan : Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti

oleh lima perkataan.

Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

SEDIH

i.Gembira

ii.Riang

iii.Seronok

iv.ketawa

A.   I dan II

B.   I dan III

C.   II dan IV

D.   III dan IV

g)   Jenis Negatif

         Pokok soalan sering menggunakan perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-

lain.

Contoh

1)Semua kata nama di bawah merupakan kata nama am kecuali

A. arnab

B. almari

C.Sang Belang

D. rama-rama

                    h)  Item Jenis Cantuman

                         Contoh( a) : Cantuman jenis sesuai /tidak sesuai

1)    Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong

dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih jawapan yang paling sesuai.

i.Budak lelaki itu menyokong   dan memapah ibunya yang hampir pitam  

   agar tidak rebah.

ii.Ibu bapa menyokong langkah-langkah pihak sekolah membeteras

    gejala ketagihan rokok di kalangan murid-murid sekolah.

iii.Setiap bulan Harislah yangmenyokong perbelanjaan sekolah adik-

    adiknya.

iv.Semua murid diminta hadir ke sekolah untuk menyokong

    pasukan hoki sekolah yang bertanding esok

A.   I dan II

B.   II danIV

C.   I, II dan IV sahaja

D.   I, II, III dan IV.

                       Contoh(b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai

urutan.

1)    Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis.

Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

I. Yang berusaha

II.Yang Amat Berhormat

III.Yang Berhormat

iv.Yang Berbahagia

A.   I, II, III dan IV

B.   II, III, IV dan I

C.   III, II, I dan IV

D.   IV, III, II dan I

      Teknik Kloz

  Untuk menguji kafahaman bacaan

  Mudah untuk dijalankan

  Murid perlu membaca keratan bacaan secara keseluruhan

  Murid mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan.

Contoh:

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan senarai

Hujan turun tidak berhenti-henti di Kampung Saga sejak semalam.  Kampung

Saga telah________________banjir dan ________________air sedalam lima

meter.  Semua ______________dinasihatkan _____________ke balai raya yang

terdekat.  Pelbagai pihak tampil________________bantuan kepada mangsa-

mansa banjir.  Bantuan yang dihulurkan termasuklah_______________dan

minuman serta ______________.  Setelah hujan mulai _______dan air mulai

__________, mereka pun __________ ke rumah masing-masing.                      

                 Jawapan

menghulurkan           reda                pulang            dinaiki               

penduduk               makanan                     berpindah            

dilanda                pakaian               surut 

                  

Rumusan

       Kesimpulannya, setelah membincangkan pembinaan item ujian objektif

secara terperinci, kita boleh garapkan dan nyatakan bahawa bukanlah mudah

untuk seorang penggubal soalan menggubal soalan.  Soalan yang dimaksudkan

ialah item jenis objektif .  Hal ini dinyatakan demikian kerana sebelum menggubal

sesuatu item ujian objektif, guru perlulah melihat dan meneliti secara terperinci

jenis-jenis item objektif terlebih dahulu.  Item jenis objektif terdiri daripada

pelbagai bentuk soalan seperti aneka pilihan, betul-salah, padanan dan mengisi

tempat kosong.

       Pembinaan item ini penting agar ianya tidak tersasar daripada prinsip-prinsip

yang telah ditetapkan bagi setiap bentuk soalan tersebut. Penggubal soalan

perlu membuat penelitian dan pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat

mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini dengan

adil dan saksama.

PENERANGAN ITEM ANEKA PILIHAN DAN KAITAN DENGAN JSU.