mohamad bin abdullah.tt - fp.utm.my bin abdullah.tp.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam...

40
PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KECERDASAN EMOSI MOHAMAD BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MENENGAH

KAWASAN PARLIMEN MUAR DALAM AKTIVITI

KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA

DENGAN KECERDASAN EMOSI

MOHAMAD BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN

PARLIMEN MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KECERDASAN EMOSI

SESI PENGAJIAN : 2010/2013

Saya MOHAMAD BINABDULLAH (MP101701) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 98, BATU 3, PROF.MADYA DR HAMDAN SAID

JALAN SALLEH

84000 MUAR JOHOR

Page 3: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

Pengesahan Penyelia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR HAMDAN SAID

Tarikh : …29 JAN 2013…………………

Page 4: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

ii

PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN

PARLIMEN MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KECERDASAN EMOSI

MOHAMAD BIN ABDULLAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2013

Page 5: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja

saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda Tangan : …............................................

Nama Penulis : MOHAMAD BIN ABDULLAH

Tarikh : 29 JAN 2013

Page 6: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

iv

DEDIKASI

بسم هللا الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji

bagi Allah S.W.T tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi

kerana dengan rahmat dan hidayah-Nya serta dengan keizinan daripada-Nya juga

telah memberikan kekuatan dan kesempatan untuk menyiapkan penulisan projek

ilmiah ini.

Ucapan jutaan terima kasih khas buat isteri tercinta, Azura binti Saadon serta

anak-anak yang amat dikasihi, Siti Ruqaiyah Fathini dan Siti Zainab Ibtisam yang

tidak jemu-jemu memberi sokongan dan galakan serta pengorbanan yang tidak

berbelah bagi selama ini. Tidak dilupakan juga jasa bonda Hajah Taumijah binti

Jamal dan Hajah Norila binti Ahmad yang sentiasa mendoakan kejayaan anakanda.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita.

Page 7: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

v

PENGHARGAAN

بسم هللا الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji

bagi Allah S.W.T tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi kesyukuran penulis panjatkan ke hadrat

Ilahi kerana dengan rahmat dan hidayah-Nya serta dengan keizinan daripada-Nya

juga telah memberikan kekuatan dan kesempatan untuk menyiapkan penulisan projek

sarjana ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengukir setinggi-

tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hamdan Said

selaku penyelia yang banyak mengorbankan masa dan tenaga serta memberi tunjuk

ajar kepada saya dalam menyiapkan penulisan projek sarjana ini. Tanpa bimbingan,

buah fikiran, sokongan, pandangan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh

beliau tidak mungkin kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya. Ucapan sekalung

budi juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan Fakulti Pendidikan

UTM khususnya tenaga pengajar PESISIR Muar yang berdedikasi seperti Dr. M. Al-

Muzammil Mohd Yassin, Dr. Lokman Tahir, Dr. Khadijah Daud, Prof. Dr.

Mohamed Najib Ghafar, Prof Madya Dr Abdul Rahim Hamdan dan Prof Madya Dr.

Yusof Boon di atas segala curahan ilmu dan kerjasama yang diberikan.

Jutaan terima kasih juga kepada warga SMK Sungai Abong Muar, yang

dipimpin oleh pengetua cemerlang, Tuan Haji Mahmud Sarlan, barisan pentadbir,

rakan-rakan sejawat serta murid-murid yang memberi kerjasama seterusnya kepada

semua yang terlibat dalam menyempurnakan projek ilmiah ini. Semoga jasa baik

kalian akan dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik balasan, insya-Allah.

Sekian terima kasih.

Page 8: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat penglibatan pelajar di sekolah menengah

dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi di sekolah-

sekolah menengah dalam kawasan Parlimen Muar, Daerah Muar, Johor. Kajian ini

juga meneliti hubungan antara pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti

kokurikulum dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungan

antara pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan factor

demografi respondan. Sebanyak 6 buah sekolah menengah dengan 311 responden

dilibatkan dalam kajian ini. Kajian menggunakan soal selidik penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum dalam kajian Wong Huey Ling (2007) dan soal selidik

hubungan dengan kecerdasan emosi dalam kajian Florence Fletcher (2007) yang

diambil dari buku Mohd Najib(2003) dan diubah suai kerana ia terkini dan lebih

lengkap. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan Alpha

Cronbach iaitu 0.814 . Kesemua borang soal selidik yang lengkap telah dipulangkan.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For

Social Sciences” ( SPSS ) versi 17.0 secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, min

dan peratusan dan secara inferensi dalam bentuk ujian-t dan Pekali Korelasi Pearson.

Dapatan kajian menunjukkan min pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti adalah

tinggi. Selain itu, min penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah

sederhana. Min tahap kecerdasan emosi pelajar adalah tinggi. Keputusan ujian-t

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan

pengetahuan kepentingan aktiviti kokurikulum pada nilai signifikan 0.25. Cadangan

yang relevan berdasarkan dapatan kajian dikemukakan.

Page 9: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

vii

ABSTRACT

This study aims to look at the involvement of secondary school students in

extra-curricular activities and its relationship with emotional intelligence in

secondary schools, in the Muar Parliament constituency Johor. The study also

examines the relationship between the knowledge on co-curricular activities with

student involvement and the relationship between knowledge on the importance of

co-curricular activities with demographic factors of respondents. A total of six

schools with 311 respondents were involved in this study. The study used

questionnaires on the involvement of co-curricular activities in the study of Wong

Huey Ling (2007) and a questionnaire on emotional intelligence in relation with the

study of Florence Fletcher (2007) taken from the book Mohd Najib (2003) and

modified as it is updated and more complete. Findings from the pilot study show

Alpha Cronbach coefficient was respectively 0.814. All completed questionnaires

were returned. Data were analyzed using the software "Statistical Package For Social

Sciences" (SPSS) version 17.0 using descriptive in terms of frequency, percentage

and mean and inference in the form of t-test and Pearson correlation coefficient. The

results showed the mean knowledge of the importance of the activity is high. In

addition, the mean of student involvement in co-curricular activities is modest. Mean

level of emotional intelligence is high. The t-test results showed no significant

difference in the level of student involvement in co-curricular activities among male

and female students. Based on Spearman correlation test showed no significant

relationship between the level of student involvement in co-curricular activities with

the knowledge of the importance of co-curricular activities at a significant value of

0.25. Relevant recommendations based on the findings presented

Page 10: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xviii

SENARAI RAJAH xxiii

SENARAI SIMBOL xxv

SENARAI LAMPIRAN xxvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kerangka Teori Dan Konsep 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Skop 12

1.10 Batasan Kajian 13

Page 11: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

ix

1.11 Definisi dan Istilah Operasi 14

1.11.1 Kecerdasan Emosi (EQ) 14

1.11.2 Kesedaran Kendiri 15

1.11.3 Pengawalan Kendiri 15

1.11.4 Motivasi Kendiri 16

1.11.5 Empati 16

1.11.6 Kemahiran Sosial 16

1.12 Penutup 17

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum 18

2.2.1 Konsep Aktiviti Kokurikulum 19

2.2.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum 20

2.2.3 Objektif Aktiviti Kokurikulum 21

2.2.4 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 21

2.2.5 Strategi Dan Pelaksanaan Aktiviti 22

Kokurikulum

2.3 Kecerdasan Emosi (EQ) 24

2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Luar Negara 27

2.5 Kajian-Kajian Berkaitan Dalam Negara 29

2.6 Penutup 34

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

Page 12: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

x

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 39

3.4 Instrumen Kajian 41

3.4.1 Bahagian A - Maklumat Demografi Responden 42

3.4.2 Bahagian B - Pengetahuan Kepentingan 42

Aktiviti Kokurikulum

3.4.3 Bahagian C – Penglibatan Dalam Aktiviti 43

Kokurikulum

3.4.4 Bahagian D - Kecerdasan Emosi (EQ) 44

3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 46

3.6 Kaedah Pemarkatan 46

3.6.1 Skala Pengetahuan Kepentingan 46

Pengetahuan Dalam Aktiviti Kokurikulum

3.6.2 Skala Penglibatan Dalam Aktiviti 48

Kokurikulum

3.6.3 Skala Kecerdasan Emosi (EQ) 49

3.7 Kajian Rintis 51

3.8 Analisis Data 52

3.8.1 Analisis Deskriptif 53

3.8.2 Analisis Inferensi 53

3.9 Prosedur Kajian 55

3.10 Penutup 56

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 57

4.2 Analisis Diskriptif Maklumat Diri 58

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 58

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 59

Pendidikan Ibu

Page 13: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xi

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap 59

Pendidikan Bapa

4.3 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 60

4.3.1 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 60

Kokurikulum Dalam Aspek Jasmani dan Kesihatan

4.3.2 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 62

Kokurikulum Dalam Aspek Kerohanian

4.3.3 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 64

Kokurikulum Dalam Aspek Emosi

4.3.4 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 66

Kokurikulum Dalam Aspek Intelek / Akademik

4.4 Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum 67

4.4.1 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti 68

Kokurikulum

4.4.2 Jumlah Masa Melibatkan Diri Dalam 68

Aktiviti Kokurikulum

4.4.3 Jumlah Aktiviti Yang Disertai Dalam 70

Aktiviti Kokurikulum

4.4.4 Jumlah Jawatan Yang Dipegang Dalam 71

Aktiviti Kokurikulum

4.4.5 Menjalankan Tugas Dalam Aktiviti 73

Kokurikulum

4.4.6 Penilaian Aktiviti Kokurikulum 75

4.5 Tahap Kecerdasan Emosi 76

4.5.1 Tahap Kecerdasan Emosi Intrapersonal 76

4.5.1.1 Keupayaan Mengenal Emosi Kendiri 77

4.5.1.2 Keupayaan Mengurus Emosi Kendiri 79

4.5.1.3 Keupayaan Mengurus Motivasi 83

Kendiri

4.5.2 Kecerdasan Emosi Interpersonal 85

4.5.2.1 Keupayaan Mengendalikan 85

Hubungan Yang Berkesan

4.5.2.2 Keupayaan Mengenal Emosi 88

Orang Lain

Page 14: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xii

4.5.2.3 Rumusan Analisis Tahap 91

Kecerdasan Emosi

4.6 Analisis Hubungan 93

4.6.1 Hubungan Penglibatan Pelajar Dalam 93

Aktiviti Kokorikulum Dengan Intrapersonal

Dan Interpersonal

4.6.2 Hubungan Antara Penglibatan Dalam 94

Aktiviti Kokorikulum Dengan Kecerdasan Emosi

4.7 Hubungan Antara Penglibatan Pelajar Dalam 94

Aktiviti Kokorikulum Dengan Pengetahuan

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

4.8 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam 95

Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Faktor Demografi

4.8.1 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam 95

Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Faktor Jantina

4.8.2 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam 96

Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Faktor Kaum

4.8.3 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam 97

Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Tahap

Pendidikan Ibu

4.8.4 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam 99

Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Tahap

Pendidikan Bapa

4.9 Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar Berdasarkan 100

Faktor Demografi

4.9.1 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 100

Berdasarkan Jantina

4.9.2 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 101

Berdasarkan Kaum

4.9.3 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 102

Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu

4.9.4 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 103

Berdasarkan Tahap Pendidikan Bapa

4.10 Penutup 104

Page 15: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xiii

BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 105

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 105

5.2.1 Taburan Demografi Responden 106

5.2.2 Tahap Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 106

Kokurikulum

5.2.3 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti 107

Kokurikulum

5.2.4 Tahap Kecerdasan Emosi Responden 109

5.2.5 Hubungan Antara Tahap Penglibatan pelajar 110

Dalam Aktiviti Kokorikulum Dengan Tahap

Kecerdasan Emosi (Intrapersonal, Interpersonal)

5.2.6 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan 111

Kepentingan Aktiviti kokorikulum Dengan Tahap

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

5.2.7 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut 112

Jantina

5.2.8 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut 113

Kaum

5.2.9 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut 114

Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 114

5.4 Cadangan Tindakan 115

5.5 Kesimpulan 118

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 16: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Populasi Kajian 40

3.2 Penentuan Saiz Sampel, Krejcie dan 40

Morgan (1970)

3.3 Instrumen Pengetahuan Kepentingan 42

Aktiviti Kokurikulum

3.4 Skor jawapan soal selidik Bahagian B 43

3.5 Item-Item Penglibatan Pelajar 44

Dalam Kokurikulum

3.6 Item-Item Kecerdasan Emosi 45

3.7 Skor jawapan soal selidik Bahagian D 45

3.8 Tahap Pengetahuan Kepentingan 47

Aktiviti Kokurikulum Min Tiga Skor

3.9 Pemarkatan item Positif dan Negatif Instrumen 47

Pengetahuan Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

3.10 Kedudukan item-item positif dan negatif 48

Instrumen Pengetahuan Kepentingan Aktiviti

Kokurikulum

3.11 Tahap Min Skor Penglibatan Dalam 48

Aktiviti Kokurikulum

3.12 Tahap Skor Jawapan Penglibatan Dalam 49

Aktiviti Kokurikulum

3.13 Tahap EQ berdasarkan min tiga skor 49

3.14 Pemarkatan item Positif dan Negatif 50

3.15 Kedudukan item-item positif dan negatif bagi 50

soal selidik Kecerdasan Emosi

Page 17: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xv

3.16 Kaedah Penganalisisan Data 52

3.17 Interpretasi Kekuatan Berdasarkan Hubungan 54

Tafsiran

3.18 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara 55

Dua Pembolehubah

3.19 Takwim Kajian 55

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 58

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 59

Pendidikan Ibu

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap 60

Pendidikan Bapa

4.5 Taburan Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 61

Kokurikulum Dalam Aspek Jasmani dan Kesihatan

4.6 Taburan Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 63

Kokurikulum Dalam Aspek Kerohanian

4.7 Taburan Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 65

Kokurikulum Dalam Aspek Emosi

4.8 Taburan Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 66

Kokurikulum Dalam Aspek Intelek / Akademik

4.9 Taburan Jumlah Masa Melibatkan Diri Dalam 68

Aktiviti Kokurikulum

4.10 Taburan Jumlah Aktiviti Yang Disertai Dalam 70

Aktiviti Kokurikulum

4.11 Taburan Jumlah Jawatan Yang Dipegang Dalam 72

Aktiviti Kokurikulum

4.12 Taburan Menjalankan Tugas Dalam Aktiviti 73

Kokurikulum

4.13 Taburan Penilaian Aktiviti Kokurikulum 75

4.14 Taburan Keupayaan Mengenal Emosi Kendiri 77

4.15 Taburan Keupayaan Mengurus Emosi Kendiri 80

4.16 Taburan Keupayaan Mengurus 83

Motivasi Kendiri

Page 18: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xvi

4.17 Taburan Keupayaan Mengendalikan Hubungan 86

yang Berkesan

4.18 Taburan Keupayaan Mengenal 89

Emosi Orang Lain

4.19 Taburan Kecerdasan Emosi Intrapersonal 91

4.20 Taburan Kecerdasan Emosi Interpersonal 92

4.21 Taburan Kecerdasan Emosi (Intrapersonal 92

dan Interpersonal)

4.22 Taburan Keputusan Ujian Korelasi Spearman 93

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Intrapersonal

dan Interpersonal

4.23 Taburan Keputusan Ujian Korelasi Spearman 94

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum Dengan Kecerdasan Emosi

4.24 Taburan Korelasi Hubungan Antara Pengetahuan 95

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dengan

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

4.25 Taburan Keputusan Ujian-T Terhadap Perbezaan 96

Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

KokurikulumMengikut Jantina

4.26 Taburan Keputusan Anova Satu Hala Terhadap 97

Perbezaan Tahap Penglibatan Aktiviti

Kokurikulum mengikut kaum

4.27 Taburan Keputusan Anova Satu Hala Terhadap 98

Perbezaan Tahap Penglibatan Aktiviti

Kokurikulum Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu

4.28 Taburan Keputusan Anova Satu HalaTerhadap 99

Perbezaan Tahap Penglibatan Aktiviti

Kokurikulum Berdasarkan

Tahap Pendidikan Bapa

4.29 Taburan Keputusan Ujian-t Terhadap 100

Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Mengikut Jantina

Page 19: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xvii

4.30 Taburan Keputusan Anova Satu Hala Terhadap 101

Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Mengikut Kaum

4.31 Taburan Keputusan Anova Satu Hala Terhadap 102

Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi

Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu

4.32 Taburan Keputusan Anova Satu Hala Terhadap 104

Perbezaan Tahap KecerdasanEmosi

Berdasarkan Tahap Pendidikan Bapa

5.1 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti 106

Kokurikulum

5.2 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum 107

5.3 Tahap Kecerdasan Emosi Responden 109

Page 20: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xviii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 10

2.1 Hubungan Di Antara 20

Kurikulum Dan Kokurikulum

2.2 Aliran ciri kecerdasan emosi 26

3.1 Reka Bentuk Kajian 37

Page 21: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xix

DAFTAR SINGKAT

EQ Emotional Qoutient (Kecerdasan Emosi)

Ho Hipotesis nol

IQ Intelligence Quotient (Kecerdasan Intelek)

IPT Institut Pengajian Tinggi

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

p Signifikan

S Setuju

SP Sisihan Piawai

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UIA Universiti Islam Antarabangsa

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UPM Universiti Putra Malaysia

% Peratus

Page 22: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xx

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

r Pekali Kolerasi

f - Kekerapan

α - Alpha

df - Darjah Kebebasan

p - Nilai Signifikan

Page 23: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

xxi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

F Nilai Analisis Data- Kajian Rintis 167

G Nilai Analsis Data- Kajian Sebenar

H Nilai Analisis Data- ANOVA

I Surat Kelulusan Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Page 24: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha kerajaan untuk menyediakan tenaga

kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seimbang kepada pihak

industri dijelmakan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara inti pati falsafah

tersebut ialah melahirkan individu yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Dalam konteks inilah peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada

kurikulum memainkan peranannya. Ini kerana menerusi kurikulum semata-mata adalah

sukar untuk sesebuah institusi pendidikan melahirkan individu yang seimbang secara

sempurna. Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (2003) menyenaraikan antara fokus

utama kegiatan kokurikulum ialah membina kemahiran generik supaya pelajar dapat

berdikari. Kecerdasan Intelek (IQ) boleh dikembangkan menerusi kurikulum tetapi

Kecerdasan Emosi (EQ) agak sukar dikembangkan menerusi kurikulum, EQ lebih

mudah dikembangkan menerusi kokurikulum. IQ penting dalam menentukan kejayaan

seseorang pelajar dalam alam persekolahan tetapi EQ penting dalam menentukan

kejayaan seseorang dalam alam pekerjaan dan kehidupan sebenar (Tuan Ismail Tuan

Soh, 1999).

Page 25: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

2

Kokurikulum sangat penting dalam pembangunan diri individu dan melahirkan

individu yang seimbang turut disokong oleh Teng Bon Tong (1984) dan Vasudevan T.

Arosoo (1988) yang menyatakan antara keunikan kokurikulum ialah di dalamnya

terkandung pembangunan psikomotor (fizikal), kognitif (intelek) dan afektif (emosi dan

rohani). Yusoff Ismail (1993) pula menyatakan pelajaran dalam bilik darjah ialah asas

pengetahuan tetapi perkembangan potensi diri individu adalah menerusi kokurikulum.

Sekiranya aspek ‘Kecerdasan’ dilihat dalam ruang lingkup lebih luas seperti diutarakan

oleh Gardner (1982) menerusi konsep Kecerdasan Pelbagai yang merangkumi

kecerdasan linguistik, kecerdasan matematik-logik, kecerdasan ruang, kecerdasan

muzik, kecerdasan kinestatik-fizikal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan

intrapersonal, maka peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum akan

lebih diperlukan.

Kecerdasan emosi merupakan satu cabang ilmu yang masih baru dalam disiplin

psikologi. Apabila kecerdasan emosi mula diperkenalkan kepada dunia, ramai sarjana

yang mempersoalkan berkenaan keperluan dan signifikannya kepada kejayaan dan

kebahagian hidup manusia. Selama ini, ramai yang mengganggap bahawa jika seseorang

individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan

memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah salah satu daripada sektor yang dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan generasi masa depan. Oleh itu kualiti kehidupan rakyat dalam sesebuah

negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Sistem persekolahan di

Malaysia dikawal oleh Akta Pelajaran 1961. Kegiatan pendidikan di sekolah terbahagi

kepada dua bahagian utama iaitu kurikulum dan kokurikulum (Laporan Razak, 1956).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah meggalurkan keseimbangan perkembangan

pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani semasa berada di peringkat alam

persekolahan. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum sekolah digubal bagi

Page 26: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

3

memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial pelajar dengan penekanan kepada aspek

pengajaran dan pembelajaran formal yang melibatkan sukatan dan kandungan mata

pelajaran, aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan dari yang di atas, seperti penglibatan

pelajar dalam persatuan-persatuan dan kelab mata pelajaran, sukan dan permainan dan

badan-badan beruniform. Segala aktiviti yang disediakan dalam sistem pendidikan

bertujuan menggalakkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar selain

dari menggalakkan pembentukan kecerdasan emosi yang dapat membentuk ciri-ciri daya

kepimpinan dan sahsiah kepimpinan yang boleh membina keperibadian pelajar.

Mohd. Najib Abd Ghafar (2007) menyatakan pendidikan seimbang seharusnya

menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti kokurikulum. Penekanan

yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmonis dan

seimbang. Umum menerima hakikat bahawa kecerdasan emosi generasi hari ini dapat

melahirkan pemimpin masa depan. Apa yang menarik untuk kita ketahui daripada

kenyataan ini ialah sejauh manakah generasi muda hari ini sedar akan hakikat bahawa

mereka kelak akan menjadi pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan

tanggungjawab kepimpinan kepada masyarakat? Ramai pelajar berpendapat aktiviti

kokurikulum hanyalah merupakan satu aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa

memperlihatkan matlamat dan objektif yang nyata (Faridah Karim, 1988) dalam kajian

Wong Huey Ling (2007). Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada pemburuan

keputusan akademik cemerlang sahaja. Ada juga pelajar berpendapat pelajar yang aktif

dalam kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi akademik. Walau

bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim Yen Yen (1988) dalam kajiannya

yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam pencapaian akademik bagi

pelajar yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Walaupun ramai pelajar mengakui akan kepentingan aktiviti kokurikulum dalam

pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran dan menghayati nilai-nilai

murni seterusnya memupuk semangat menguasai kemahiran dan kompetensi, namun

sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan penegasan yang sewajarnya dalam

mengimbangi antara kepentingan akademik dengan aktiviti kokurikum. Hasrat untuk

Page 27: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

4

mewujudkan satu generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul bagi

mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang tidak akan tercapai

sekiranya penekanan yang lebih hanya diberikan kepada bidang akademik (Hamzah

Rahman Soriat, 1996). Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya diberikan pendidikan yang

mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek kurikulum dan kokurikulum supaya

lebih ramai tenaga profesional dan separuh profesional dapat dilahirkan bagi

memastikan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran negara.

Menurut Azizah Nordin (1991), kokurikulum memberi ruang kepada pelajar

untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat menyemai,

memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan perasaan kekitaan

dalam kalangan pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya bersikap berdisiplin,

berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi (Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,1979). Asiah Abu Samah

(1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan

sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena penglibatan yang tidak

seimbang dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar berlaku kerana kegagalan

pihak pengurusan sekolah melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti

kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan peluang pelajar memupuk sifat

kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di kalangan pelajar. Menurut Mohd.

Nordin Mohd. Nasir (1986), kecerdasan emosi yang tumbuh dalam diri pelajar-pelajar

akan mempengaruhi tahap insiatif pembelajaran mereka. Rasa tanggungjawab

menjalankan tugas, rasa hormat menghormati antara warga sekolah dipengaruhi oleh

kesedaran yang ada pada pelajar sendiri. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum, sikap-sikap dalam kemahiran generik ini akan dapat disemai, disubur dan

akhirnya dibentuk. Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata kokurikulum mempunyai

peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan diri

dan personaliti pelajar.

Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002) dan Sumarni Dahrir dan Borhan

Yusof (2002) pula menyatakan kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti yang dapat

Page 28: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

5

mengembangkan kemahiran sosial, bercampur gaul, berhubung mesra, personaliti

positif, kepimpinan, kemasyarakatan dan sifat bertanggungjawab dan akhirnya dapat

membentuk pelajar yang mahir dalam perhubungan awam (interpersonal). Menerusi

kegiatan perkhemahan akademik di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat

mewujudkan ciri-ciri kemahiran generik seperti pembinaan sahsiah, kepimpinan, akhlak

mulia, membina potensi pelajar, jaya diri, yakin diri, disiplin, ketokohan, daya

kepimpinan, amal muafakat, keprihatinan, budaya penerokaan ilmu pengetahuan dan

kemahiran berfikir kritis dan kreatif (Torek Sulong, 2001). Idea tersebut selari dengan

pandangan yang dikemukakan oleh Wan Abd. Aziz Wan Mohd. Akib, et al (1999), yang

berpendapat kegiatan kokurikulum yang efisien dapat melahirkan lulusan universiti yang

mempunyai personaliti kemesraan, personaliti keberanian, personaliti disiplin diri,

personaliti tahu tanggungjawab, personaliti kompromi, personaliti dedikasi, personaliti

berinovasi dan bermotivasi.

Sehubungan dengan konteks kokurikulum melahirkan pelajar yang mempunyai

motivasi, Ishak Othman dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002), mengemukakan

pandangan bahawa dalam kegiatan sukan, seseorang dapat meningkatkan motivasi

dalaman dan luaran. Selanjutnya Zainuddin Mohamad dan Mohd Sofian Omar Fauzee

(2002), berpendapat bahawa dalam kegiatan sukan terdapat faktor motivasi, proses

latihan, kepuasan kendiri dan hidup, hubungan personal dan pencapaian prestasi yang

merupakan antara penentu imej kendiri positif dan seterusnya melahirkan pemikiran

positif serta menjamin pencapaian sesuatu matlamat.

Omardin Ashari (1996) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum yang diadakan

di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin dalam kalangan masyarakat pelajar

untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan. Kokurikulum juga dilihat

sebagai satu konsepsi, orientasi dan bayangan yang hendak dicapai melalui program

pendidikan. Kokurikulum yang dirancang bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang

berilmu malah memiliki sifat-sifat kepimpinan yang terserlah. Semua ini menunjukkan

bahawa aktiviti kokurikulum diharapkan akan dapat membentuk personaliti pemimpin

pada diri pelajar. Ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam

Page 29: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

6

Rancangan Malaysia Ke-9 yang mensasarkan beberapa objektif yang boleh dicapai

berhubungan dengan pembentukan daya kepimpinan dalam kalangan pelajar melalui

aktiviti kokurikulum yang memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dengan aktif,

meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dengan sikap

positif dan memupuk daya kepimpinan dalam kalangan mereka. Secara umumnya kita

menyedari bahawa daya kepimpinan dalam diri seseorang tidak wujud secara

semulajadi. Menyedari realiti ini pihak berwajib telah berusaha untuk menyemai dan

menyuburkan pembentukan kecerdasan emosi tersebut dalam aktiviti kokurikulum.

1.3 Pernyataan Masalah

Usaha membentuk kecerdasan emosi pelajar telah dilakukan melalui aktiviti

kokurikulum. Malangnya terdapat pelajar yang terpengaruh dengan pendapat yang

menyatakan bahawa penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tidak mendatangkan faedah

yang banyak dan hanya membazirkan masa. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya hanya

sebilangan kecil sahaja pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum berbanding

dengan bilangan sebenar pelajar di sekolah (Mashitah Ghazali,1994). Penglibatan yang

tidak seimbang dalam kalangan pelajar telah menghasilkan kumpulan pelajar yang

berkeyakinan tinggi, berani berucap dan berhujah di khalayak ramai, bertanggungjawab,

boleh membuat keputusan, boleh menyelesaikan masalah dan sebagainya. Sementara itu

terdapat sebilangan pelajar yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersebut.

Pengkaji berkeyakinan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum berupaya

membentuk kecerdasan emosi pelajar. Oleh yang demikian, maka lahirlah gerakan untuk

membuktikan terdapat hubungan antara penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan

pembentukan kecerdasan emosi pelajar yang efektif terhadap pelajar-pelajar sekolah

menengah.

Page 30: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat pembentukan kecerdasan emosi pelajar

dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-

sekolah yang menjadi tempat kajian. Kajian ini ingin melihat bagaimana sumbangan

yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan

permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu pembentukan

kecerdasan emosi pelajar. Secara terperinci objektif kajian ialah:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan terhadap kepentingan penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum

1.4.2 Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

1.4.3 Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi pelajar (Intrapersonal dan

Interpersonal)

1.4.4 Mengenalpasti perkaitan antara tahap pengetahuan terhadap kepentingan

penglibatan dalam kokurikulum dengan tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum.

1.4.5 Mengenalpasti hubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan tahap kecerdasan emosi.

Page 31: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

8

1.4.6 Mengenalpasti perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan faktor demografi ( jantina, kaum, tahap pendidikan ibu

dan bapa).

1.4.7 Mengenalpasti perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum, tahap

pendidikan ibu dan bapa).

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang akan

dijalankan dan ianya bergantung kepada objektif kajian iaitu untuk mengetahuai

kecerdasan emosi pelajar dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum di sekolah-sekolah yang menjadi tempat kajian. Kajian ini akan menjawab

soalan-soalan berikut :

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan aktiviti

kokurikulum?

1.5.2 Apakah tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum?

1.5.3 Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar (Intrapersonal dan interpersonal)?

1.5.4 Apakah terdapat perkaitan antara tahap pengetahuan terhadap

kepentingan aktiviti kokurikulum dengan tahap penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum?

1.5.5 Apakah tahap hubungan antara penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan kecerdasan emosi ?

Page 32: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

9

1.5.6 Apakah terdapat perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum berdasarkan faktor demografi demografi (jantina, kaum,

tahap pendidikan ibu dan bapa) ?

1.5.7 Apakah terdapat berbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor

demografi (jantina, kaum, tahap pendidikan ibu dan bapa)?

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini akan menguji empat hipotesis bagi melihat hubungan antara

pembolehubah dengan menggunakan pernyataan hipotesis berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan

terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan pelajar

dalam aktiviti ko-kurikulum..

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti ko-kurikulum dengan faktor kecerdasan emosi pelajar

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan

terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan faktor demografi

( jantina, kaum, tahap pendidikan ibu dan tahap pendidikan bapa).

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan

terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan faktor kecerdasan

emosi pelajar.

Page 33: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

10

INTERPERSONAL 1. Mengendalikan

perhubungan berkesan

2. Mengenal emosi orang lain

1.7 Kerangka Teori Dan Konsep

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah menengah

dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi. Pengkaji ingin

memperjelaskan sumbangan yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum, iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab dan badan beruniform.

Rajah 1.1: Kerangka Kajian

PERBEZAAN

AKTIVITI KOKURIKULUM

HUBUNGAN

EQ

Demografi

Jantina Kaum

Tahap Pendidikan Ibu dan bapa

Pembolehubah Bersandar I

INTRAPERSONAL 1. Mengenal emosi

kendiri 2. Mengurus emosi

kendiri 3. Motivasi kendiri

EQ

Pembolehubah Bebas

Pembolehubah Bersandar II

Page 34: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

11

Pembolehubah Bersandar I iaitu tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum merangkumi aspek jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang

disertai, bilangan jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas dan penilaian

aktiviti kokurikulum. Pembolehubah Bersandar II merupakan tahap kecerdasan emosi

intrapersonal yang terdiri dari mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri dan

motivasi kendiri. Sementara dalam Interpersonal pula iaitu mengendalikan hubungan

berkesan dan mengenal emosi orang lain.

1.8 Kepentingan Kajian

Matlamat pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai jika pengurus sekolah tidak

memberi keutamaan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan aktiviti

kokurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penglibatan

menyeluruh pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar di sekolah perlu diberi ruang

untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka

menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu

aktiviti kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pembentukan personaliti diri

pelajar. Dapatan ini disokong oleh Omardin Ashari (1996) yang menegaskan aktiviti

kokurikulum yang diadakan bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan pelajar.

Berdasarkan kepada permasalahan yang dinyatakan terdahulu dan kepentingan yang

dinyatakan di atas maka kajian tentang tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan kecerdasan emosi pelajar didapati amat penting berdasarkan rasional

berikut:

1.8.1 Kepentingan Kepada Pelajar

i. Maklumat mengenai pembentukan kecerdasan emosi amat penting untuk

memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan melibatkan diri

dalam aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan antara

Page 35: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

12

perkembangan mental dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, dan

jasmani.

1.8.2 Kepentingan Kepada Pengurusan Sekolah

i. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah

untuk memberi keutamaan yang sewajarnya dalam aktiviti kokurikulum.

1.8.3 Kepentingan Kepada Guru

i. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru penasihat

kokurikulum untuk merancang atau melaksanakan aktiviti kokurikulum

berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk menetapkan dasar menggalakkan penglibatan pelajar

yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

iii. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada

penyelidikan mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan kecerdasan emosi. Diharapkan ia akan menjadi

salah satu bahan rujukan untuk penyelidik lain yang berminat untuk

membuat kajian lanjutan.

1.9 Skop

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penglibatan pelajar sekolah menengah

dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi. Penglibatan

pelajar berfungsi sebagai pemboleh ubah bebas dan kecerdasan emosi sebagai pemboleh

ubah bersandar. Kajian dijalankan di sekolah menengah di kawasan Parlimen Muar di

Daerah Muar sahaja. Oleh itu, kajian tidak menggambarkan secara keseluruhan tahap

Page 36: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

13

kesibukan dan kepimpinan pengajaran pengetua di daerah luar bandar Muar atau di

daerah dan negeri-negeri lain.

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi mereka. Lima faktor

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dikaji. Faktor-faktor yang terlibat adalah

jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang

dipegang, kekerapan menjalankan tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum. Berkaitan

dengan hubungan dengan kecerdasan emosi pula, sejak kebelakangan ini kajian

berhubung dengan kecerdasan emosi mula mendapat perhatian daripada ramai pengkaji.

Kajian-kajian ilmiah sangat diperlukan untuk pengesahkan kebenaran sesuatu fakta atau

isu yang diketengahkan. Seperti yang diketahui topik EQ mendapat perhatian

menyeluruh disebabkan penghasilan buku oleh Goleman pada tahun 1995 yang

membincangkan peranan EQ dalam menentukan kejayaan seseorang, dimana

menurutnya tahap IQ yang tinggi bukanlah peramal mutlak kepada kejayaan dalam

hidup. Untuk melihat kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar, kajian ini memfokus

kepada secara umumnya EQ boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu emosi

perhubungan kendiri (Intrapersonal) dan emosi untuk perhubungan dengan orang lain

(Intrapersonal).

Kajian ini melihat intrapersonal daripada tiga kategori, iaitu mengenal emosi

kendiri, mengurus emosi kendiri dan memotivasikan emosi kendiri. Manakala

Intrapersonal pula boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu mengendalikan

perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Mohd. Najib Abd Ghafar,

2002), Instrumen yang digunakan oleh Mohd. Najib Abd Ghafar untuk melihat tahap

kecerdasan emosi respondan, manakala instrumen yang telah digunakan oleh Wong

Huey Ling (2007) diubahsuai untuk melihat tahap dan hubungan kokurikulum

respondan untuk memperjelaskan hasil kajian. Populasi kajian hanya melibatkan pelajar-

Page 37: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

14

pelajar tingkatan empat di sekolah menengah di dalam Parlimen Muar. Kajian ini juga

terbatas kepada 311 orang responden sahaja. Tiga buah sekolah luar bandar dan tiga

buah sekolah bandar termasuk dalam kawasan Parlimen Muar di daerah Muar, Johor

dipilih untuk kajian dianggap mempunyai sistem dan struktur yang sama. Kesemua 311

orang responden dipilih secara rawak tidak kira jantina, kaum, latar belakang dan tahap

pendidikan ibu bapa. Responden-responden ini juga berbeza dari segi pencapaian

akademik dan mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu hasil kajian tidak

dapat menggambarkan secara menyeluruh tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi pelajar yang dilihat dari sudut

interpersonal dan intrapersonal di sekolah-sekolah lain di daerah ini.

1.11 Definasi dan Istilah Operasi

Dalam kajian ini, definasi berikut digunakan bagi menjelaskan maksud

kecerdasan emosi, kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi kendiri, empati ,

kemahiran sosial, kecekapan kemahiran, kemahiran mendengan, kemahiran

mempengaruhi, sensitiviti emosi, perkembangan personal dan kemahiran silang budaya.

1.11.1 Kecerdasan emosi (EQ)

Menurut Kamus Dewan (1999), kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal

untuk berfikir dan mengerti. Emosi pula membawa maksud perasaan atau jiwa yang kuat

seperti sedih, marah, gembira dan lain-lain. Kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan

yang luas dan ada kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana

perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan intelektual. Konsep kecerdasan emosi

mengikut Mayer dan Salovey (1997) bermaksud satu bentuk kebolehan memantau dan

meregulasikan emosi diri dan emosi orang lain, dapat membezakan antara keduanya dan

boleh menguruskan maklumat itu untuk mengarah pemikiran dan tindakannya. Dalam

konteks kajian ini, kecerdasan emosi difokuskan kepada lima komponen iaitu Kesedaran

Page 38: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

15

Kendiri, Pengawalan Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati dan Kemahiran Sosial. Lima

komponen kecerdasan emosi ini adalah merujuk kepada lima faktor atribusi kecerdasan

emosi seperti yang disarankan oleh Goleman (1999).

1.11.2 Kesedaran Kendiri (self-awareness)

Konsep kesedaran kendiri bermakna kebolehan mengawal diri (perasaan) dalam

sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat membantu individu membuat keputusan

yang kongruen dengan pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung ia juga

membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik. Individu yang

memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahan dirinya,

bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang lain dan bersedia untuk

belajar dari pengalaman yang dilalui (Goleman, 1999). Dalam kajian ini, definisi

kesedaran kendiri diertikan sebagai keupayaan pelajar untuk mengenali perasaan yang

dialami olehnya. Selain itu, kesedaran kendiri juga merujuk kepada kemampuan

seseorang pelajar untuk menggendalikan emosi dirinya dengan lebih baik.

1.11.3 Pengawalan Kendiri (self-regulation)

Pengawalan kendiri bererti mengawal emosi sendiri supaya tidak dicampur

adukkan dengan tugas dan tekanan emosi yang dihadapi. Pengawalan kendiri sebenarnya

terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, emosi dan niat. Keupayaan mengawal emosi

juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi dengan berkesan. Dengan itu

individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat bebas daripada kitaran emosi

yang kritikal (Goleman, 1999). Dalam konteks kajian ini, definisi operasi pengawalan

kendiri bermaksud kebolehan seseorang pelajar untuk mengawal emosinya dan

mengarah emosinya untuk berfikir sebelum bertindak.

Page 39: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

16

1.11.4 Motivasi Kendiri (self-motivation)

Konsep motivasi kendiri adalah merujuk kepada kecenderungan emosi yang

menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga memandu kita

mengambil inisitif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi

kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya lebih mudah dalam

membuat sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa (Goleman,

1999). Dalam kajian ini, motivasi kendiri adalah bermaksud kebolehan seseorang pelajar

menggunakan dorongan dalaman dalam menggerakkan diri sendiri untuk mencapai

sesuatu matlamat.

1.11.5 Empati (empathy)

Konsep empati adalah diertikan sebagai satu kebolehan untuk mengenali dan

memahami orang lain dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka.

Manusia jarang mempamerkan gangguan emosi yang dialami secara berterus terang.

Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti perubahan nada suara

dan ekspresi wajah. Kebolehan individu merasai situasi-situasi emosi ini telah

membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka menguruskan situasi emosi

ini. Perasaan empati ini akan memudahkan seseorang individu menjalin perhubungan

dengan individu lain (Goleman, 1999). Dalam konteks kajian ini, definisi operasional

empati diertikan sebagai keupayaan pelajar untuk memahami perasaan orang lain serta

meletakkan situasi orang lain dalam situasi diri sendiri.

1.11.6 Kemahiran Sosial (social skill)

Kemahiran sosial bermakna kebolehan mengurus emosi orang lain dalam

perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial serta

interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga memberi kelebihan kepada

Page 40: Mohamad Bin Abdullah.TT - fp.utm.my Bin Abdullah.TP.pdf · dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian Korelasi Spearman menunjukkan

17

seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan perbalahan dengan

individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat diwujudkan. Individu yang

dapat menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam perhubungan sosialnya

dan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya (Goleman, 1999). Dalam kajian

ini, definisi operasi kemahiran sosial adalah merujuk kepada kebolehan pelajar

berinteraksi dengan orang lain dalam suasana yang positif dan produktif.

1.12 Penutup

Kajian yang akan dijalankan ini akan mengkaji tahap hubungan penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan tahap kecerdasan emosi

(EQ). Ini adalah kerana kecerdasan emosi merupakan suatu kebangkitan diri seseorang

terhadap satu tindakbalas atau reaksi melalui sesuatu benda atau keadaan yang dialami.

Kecerdasan emosi akan membentuk nilai peribadi seseorang dan juga akan membentuk

nilai dikalangan masyarakat (Mohd. Najib, 2000).

Goleman (1995) menyatakan kecerdasan otak atau IQ hanya menyumbangkan

sebanyak 20% dalam menentukan kejayaan hidup. Manakala 80% kejayaan adalah

ditentukan oleh faktor EQ. Goleman juga menyimpulkan bahawa tahap IQ yang tinggi

mungkin berkait rapat dengan kejayaan akademik di universiti tetapi prestasi mereka

dalam pekerjaan belum pasti lagi. Berkemungkinan ianya berkait rapat dengan tahap EQ

mereka. Dengan itu EQ dikatakan boleh menentukan masa hadapan individu. Kejayaan

tidak mungkin digapai oleh orang yang tidak pandai menyelesaikan masalah. Masalah

kecil diberikan perhatian berlebihan manakalah masalah besar terus buntu. Orang yang

tidak pandai menyelesaikan masalah adalah orang yang tidak pandai mengawal emosi

(HM Tuah Iskandar, 2003). Pada hari ini pelbagai masalah yang timbul di kalangan

masyarakat berpunca daripada ketidakmampuan untuk menguruskan emosi dengan baik.