modul pendidikan khas

76
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

Upload: yanazha-hayatiman

Post on 14-Jun-2015

2.444 views

Category:

Education


28 download

TRANSCRIPT

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PELAJAR5.Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

PengenalanModul BBD 29003 : Pengenalan Kepada Pendidikan ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada anda yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Modul ini memberi garis panduan skop tajuk yang perlu anda pelajari sebelum menghadiri jam interaksi dihujung minggu. Modul ini mengandungi tajuk-tajuk berikut:• Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

• Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas• Perundangan Berkaitan Pendidikan KhasDalam setiap tajuk disertakan dengan soalan-soalan latihan. Pada akhir modul ini akan diberi sekurang-kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut untuk dibawa dalam perbincangan bersama tutor pada waktu tutorial nanti. Anda digalakkan mendapatkan maklumattambahan daaripada pelbagai sumber rujukan.

1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas1.1 Definisi Pendidikan KhasPendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran muridmurid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikansebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaanbahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan KhasKanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanakkanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulanpelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.

Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahayatermasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihatdan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)

1.3 Istilah 1.3.1 Handicap

Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

1.3.2 Disability Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal1.3.3 Impairment Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitanketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.1.4 Konsep Pendidikan KhasKonsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. 1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan khas di MalaysiaSebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara.Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan NegaraLatihan:1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah pendidikan Negara. 2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

TAJUK 2SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA SINOPSISDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara.

HASIL PEMBELAJARAN • Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar Negara

KERANGKA TAJUK-TAJUKSejarah Perkembangan Pendidikan KhasSejarah di MalaysiaSejarah di Luar Negara

2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIADasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas.

Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas 1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah1995 Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam Negara. Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia

Tahun Peristiwa1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).- Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.- Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.1995 - Pendidikan Inklusif bermula.1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur 2006 - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARASejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar darisegi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanakkanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.

Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini ilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.. 1.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara. Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;

a). Terencat akal - ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:

1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M) 3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M) 4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M) 5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M) 6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M) 7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M 8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M) 9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).

b). Autisme - Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.• Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah perkembangan. • Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

c) Sindrom Down• Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman. • Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.• Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom. • Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom.

d) Masalah tingkah laku dan emosi • Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London. • Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman. • Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah kasih sayang untuk kanak-kanak ini.

Latihan:1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan pendidikan khas di Britain. 2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.

TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)

SINOPSISDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasanpendek yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN2. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas3. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas4. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca5. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUKPerundangan Berkaitan Pendidikan KhasMandat-mandat Asas PL94-142Mandat-Mandat LainAmalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan MalaysiaRangka Tindakan Dan Pernyataan SalamancaPerundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia

3.0 PengenalanPublic Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang

menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini.

3.1 Mandat-mandat Asas PL94-142 Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990, apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment, pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

3.1.1 Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanakkanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi.

3.1.2 Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.

3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasiKanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka. (Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihakpihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak

tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).

Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)

3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanakkanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.

3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process)Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)

3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas.

Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan.d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.

Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).

LATIHAN HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM PL 94-142 (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 3 PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHASSINOPSISDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan pendek yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARANa. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khasb. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khasc. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamancad. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUKPerundangan Berkaitan Pendidikan KhasMandat-mandat Asas PL94-142Mandat-Mandat LainAmalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan MalaysiaRangka Tindakan Dan Pernyataan SalamancaPerundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

3.2 Mandat-Mandat Lain3.2.1 Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolahIntervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a range of services provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early childhood”. Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanakkanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akantanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksidengan kanak-kanak lain.d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkinberkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

3.2.2 Program Transisi3.2.3 Pengubahsuaian Kemudahan Awam

LATIHANSecara kumpulan, bincangkan bagaimana program transisi dan pengubahsuaian kemudahan awam diberi penekanan dalam Pendidikan Khas. Cadangan rujukan : Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.

3.4 Amalan konsep-konsep PL94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia.Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang dan polisi pemerintah Berjaya menggerakkan program pendidikan khas di negara ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia.

LATIHANSecara berkumpulan , bincangkan amalan-amalan PL 94-142 dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

3.5 Rangka Tindakan SamalancaNegara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.

Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. Negaranegara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka. Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan ini, kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009)

Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia

a. Akta PendidikanFalsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolahhingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolahsekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusiinstitusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitusecara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dannilai-nilai murni. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelaskelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

b. Dasar-dasar berkaitan Pendidikan KhasDEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkahlangkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.• Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal.• AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya. • LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan PK di Malaysia.• Tanggungjawab kementerian tertentu :

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanakkanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran ( terencat akal ) yang boleh didik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 4 PUNCA MASALAHSINOPSISTajuk ini akan memberi tumpuan kepada punca-punca masalah yang menyebabkan kecacatan kepada murid-murid pendidikan khas HASIL PEMBELAJARAN1. Dapat mengetahu punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid pembelajaran. Kerangka Tajuk-tajukPunca MasalahGenetik/BakaMasalah MetabolismeJangkitan Pranatal, pernatal dan pascanatal Faktor persekitaran/teratogenTrauma(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.0. PengenalanPerkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Begitu juga punca masalah kecacatan yang dihadapi oleh kanak berkeperluan. Kesan baka yang akan mempengaruhi dari segi fizikal, mental, kecerdasan, dan kerdil. Manakala persekiran yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan saperti pemakanan, faktor keluarga, rakan sebaya dan masyaraakat.

4.1. Genetik/BakaKesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang berasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimeneksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik. Prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif. Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut:- 4.1.1. FizikalWalaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Kajian

Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

4.1.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan)Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawanisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitujuga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua factor persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percayabahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg(1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran .(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.3. Mental /Kognitif (Kecacatan mental)Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnyamerosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34). Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya, penyakit Tay-Sachs, dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalahkecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu. Bila keadaan berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak Individu yang mengidap penyakit Tay–Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.

4.1.4. Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid) Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom ‘down’ adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatanbaka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.

4.1.5. Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Individu yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan ”phenylalanine” kepada bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada

sistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap PKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25) (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.6. Penyakit kebakaan (Hemophilia)Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.

4.1.7.Rabun warnaMata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya dari kaum perempuan.

4.1.8. Muscular DystrophyMuscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.

4.1.9. TalasemiaTalasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan orang-orang keturunan Mediterranean dan timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.10. Kerdil (Dwarfism)Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. ’Cartilage’ yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya pendek.

4.1.11. Sindrom Edwards dan Sindrom PatauLain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. Pengidap hanya boleh hidup 3 hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong dan kecil, telinganya cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14).

4.1.12. SahsiahKajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalu baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang.Temperamen yang diwarisiakan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap individu. Maksudnya, terdapat tindak balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan

mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997). Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain–lain bentuk persaudaraan. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.13. KematanganGesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak–kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak–kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak–kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan sendirinya ditentukan oleh gen. Kanak–kanak sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada “ cytoplasm” ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan factor lain.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.2. Masalah metabolismeAda orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam. Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

4.2.1. Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.2.2. Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme jugamenurun. JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak. MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepadapertambahan berat badan.GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat

4.3. Jangkitan Pranatal, perinatal dan pascanatalSemasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.

4.3.1. Peringkat Prenatale. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupunkeadaan )f. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)g. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)h. Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.i. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia member kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui air, makanan, dan udara.j. Cubaan menggugurkan kandungank. Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental

4.3.2. Peringkat PerinatalPelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacatc. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.d. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)e. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.f. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran

g. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.h. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.

4.3.3. Peringkat Posnatal/ pasca natalBayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan.f. Penyakit- • Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.• Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku.g. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanakkanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol.

4.4. Faktor persekitaran/teratogenFaktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pulaadalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat media dan persekitaran dunia.Menurut Amran Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan factor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Manakala Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edger pula menerangkan bahawa persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut Lee Shok Mee (1994), beliau mengatakan persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politikdan interaksi sesama manusia serta alam sekitarnya. Hubungkait dengan persekitaran kanak-kanak ini bolehlah dimaksudkan dengan adanya pertalian rapat kanak-kanak tersebut dengan individu yang paling hampir dengannya, contohnya ahli keluarga terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Juga turut berkaitandengan berlakunya pekembangan kanak-kanak ini disebabkan oleh objek atau peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut sekaligus memberi pengalaman bermakna terhadap kanak-kanak. Perkaitan seterusnya pula mungkin disebabkan oleh faktor tempat tinggal kanak-kanak, cara hidup masyarakat sekeliling dan unsur rohaniah seperti penglibatan rumah ibadat.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan perkembangan individu dan mengemukakan pelbagai jenis teori. Di antara beberapa teori utama mengenai peringkat perkembangan individu seperti teori perkembangan sosiobudaya Robert Havighurst, teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget,teori perkembangan Sigmund Freud, teori pembelajaran social Albert Bandura, teori perkembangan emosi fizikal Erikson, teori ekologikal Bronfenbrenner dan teori moral Lawrence Kohlberg. Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.

Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan seseorang sama ada sebelum dan selepas kelahiran. Terdapat dua kategori utama persekitaran yang mempengaruhi perkembangankanak-kanak. Kategori yang pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua ialah faktor selepas lahir. Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam kandungan, kesihatan ibu semasa mengandung, penyalahgunaan dadah oleh ibu sewaktu hamil, kesan x-ray terhadap ibu mengandung, emosi ibu sewaktu hamil dan umur ibu ketika mengandung. Manakala faktor-faktor persekitaran selepas lahir yang mempengaruhi perkembangan seseorang ialah rakan sebaya, guru dan sekolah, pemakanan, tempat tinggal, sumber teknologi, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat sekeliling, pusat ibadat, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat.

4.4.1 Faktor Keluarga ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh kanakkanak daripada keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala permintaannya akan dipenuhi. Kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak itu bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapanya. Ini sekaligus merencatkan pertumbuhan daya berfikir (kognitif) dan kreativiti kanak-kanak(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) apabila adanya nilai bergantungan atau berharap terhadap setiap pergerakan kanak-kanak itu sendiri. Faktor bentuk asuhan juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan kreativiti kanak-kanak itu. Secara asasnya, bentuk asuhan keluarga terbahagi kepada empat iaitu bentuk autoritarian, autoritatif, abaikan dan indulgent. Autoritarian ialah bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa authoritatif pula sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping sedikit kawalanke atas tingkah laku mereka. Manakala ibu bapa yang abaikan anak-anak pula tidak terlibat dengan kehidupan aak-anak mereka. Ibu bapa indulgent pula terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anakanak.Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan moralLawrence Kohlberg. Menurut teori Kohlberg, seorang individu itu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama.

Tahap yang pertama ialah awal kanak- kanak, tahap kedua dan ketiga ialah semasa remaja. Ketigatiga tahap ini menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu peraturan kerana untuk mendapatkan ganjaran atau mengelakkan hukuman. Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengaruhi tindakan seseorang kanakkanak. Sebagai contoh, peraturan yang dibuat oleh ibu bapa authoritarianterhadap anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut. Kanak-kanak tersebut perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya supaya mereka tidak dikenakan sebarang hukuman. Ini bermakna faktor asuhan keluarga menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak itu. Dengan adanya peraturan yang ditetapkan seperti itu, maka kanak-kanak khususnya tidak mempunyai pilihan lain selain mengikuti arahan tersebut dan ini sebenarnya jelas menghalang keupayaan kanak-kanak dari sudut kreativiti untuk cuba menghasilkan sesuatu idea yang berbeza mengikut situasi- situasi yang tertentu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.4.2 Faktor Rakan Sebaya Rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan seseorang individu itu. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Sebaliknya, seseorang yang terdedah kepada rakan sebaya yang kurang bertanggungjawab akan menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina. Faktor rakan sebaya berkait dengan teori perkembangan emosi-fizikal Sigmund Freud. Menurut Freud, perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Perkembangan manusia terbahagi kepada lima

peringkat pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal. Pada peringkat latency, kanak-kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan sebaya, mula menjauhkan diri sedikit daripada anggota keluarga dan pengalirkanperasaaan sentimen kepada orang lain.pengaruh rakan sebaya yang akanmempengaruhi tahap perkembangan seseorang itu samada positif atau negatif.

4.4.3 Faktor Guru dan Sekolah Seperti yang kita ketahui kanak-kanak amat suka dengan sesuatu aktiviti yang mencabar dan lebih bersifat bebas. Sikap ingin menyiasat, ingin tahu, sebab dan akibat sesuatu perkara itu mendorong kanak-kanak untuk berlumba-lumba sesama mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. Hal ini juga turut berkaitan dengan personaliti kanak-kanak pada waktu itu yang inginkan perhatian. Justeru itu, persekitaran guru dan sekolah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak. Pengaruh guru dan persekitaran sekolah yang berterusan dalam membentuk dan meransang kreativiti pelajar melalui sikap guru, pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan budaya sekolah. Guru yang bersifat penyayang dan mempunyai nilai kendiri yang positif, kreatif dalam mempelbagaikan bentuk P &(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) P mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Iklim sekolah yang kondusif dengan kemudahan-kemudahan P & P turut membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar agar lebih kreatif. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.Faktor guru dan sekolah berkait rapat dengan teori ekologikal Brofrenbrenner (1979,1989). Teori ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organism. Beliau melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hbungan dengan konteksdi mana individu itu berinteraksi. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu mikrosistem,mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,kelima-lima sistem ekologi ini amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.Sebagai contoh, hubungan interaksi secara langsung di antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Kumpulan individu dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.Mesosistem pula merujuk kepada kaitan di antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud bahawa satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap, tingkah laku dan daya pemikiran di sekolah dan sebagainya.Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang kekurangan peluang.Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak. Misalnya sekolah dengan pasaraya. Kaedahpengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.Makrosistem pula adalah perkembangan individu(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) yang melibatkan norma-norma nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 2008).

Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan penting. Kronosistem pula melibatkan perubahan pekembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman terdahulu yang lebih bersosial dengan bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini dilihat mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka

setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

4.4.4 Faktor Sumber Teknologi Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi perkembangan kretiviti kanak-kanak secara positif tetapi ianya bergantung kepada bagaimana bentuk teknologi yang diterima. Sumber teknologi tersebut adalah merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti media cetak, surat khabar, majalah, buku, iklan dan media elektronik seperti filem, radio, televisyen, komputer dan internet. Adalah diketahui bahawa individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang sihat akan mempengaruhi erkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung didalam pengaruh sumber teknologi itu. Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembangan seseorang kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Secara tidak langsung, kanak- kanak yang terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen, internet dan sebagainya akan memberi kesan dalam menghasilkan kretiviti melalui idea-idea yang baru dari sudut pemikiran mereka.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.4.5 Faktor Pemakanan Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak ialah pemakanan. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga sejak peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Ini penting bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang seimbang dan berzat amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dari segi fizikal dan mental, malahan dapat melindungi kanak-kanak daripada sebarang penyakit. Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America yan ditulis oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever, mereka menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-anak mereka. Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang gemar memilih makanan ringan dan makanan segera sedangkan kita mengetahui bahawa makanan tersebut boleh merencatkan tumbesaran fizikaldan mental kanak-kanak.

4.4.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi perkembangan kretaiviti kanak-kanak. Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza di kalangan masyarakat. Begitu juga dengan perbezaan agama dan kebudayaan akan melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza. Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan gaya hidup yang positif. Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian dan kejiwaan sebenarnya turut memberi mpak dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif. Perkara pokoknya di sini ialah bagaimana ketenangan itu amat penting bagi membentuk dan meransang pemikiran kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam sesuatu hal. Robert J. Havinghurst adalah ahli psikologi yang memperkenalkan teori perkembangan yang bercorak sosio-budaya dan antropologi. Teori yang diperkenalkan berkaitan dengan faktor kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Beliau menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.Beliau juga(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh norma serta budaya masyarakat. Sebagai contoh, budaya membedung bayi yang baru lahir bagi sesetengah kaum Melayu jika dinilai dari sudut saintifik sebenarnya menghalang pergerakan lokomotor kasar bayi tersebut. Apabila bayi dalam keadaan tidak selesa, ianya boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan kreativiti bayi tersebut. Berdasarkan faktor-faktor yang disenaraikan di atas, ini menjelaskan kepada kita bahawa dua faktor utama iaitu faktor genetik dan persekitaran sangat memberi kesan kepada perkembangan daya kreativiti kanak-kanak. Dua faktor tersebut memberi kesan kepada perkembangan

kreativiti kanak-kanak yang akan hanya dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan secara kualitatif.

4.5. TaumaTrauma berasal dari bahasa Yunani yang berarti luka (Cerney, dalam Pickett, 1998). Kata trauma digunakan untuk menggambarkan kejadian atau situasi yang dialami oleh korban. Kejadian atau pengalaman traumatik akan dihayati secara berbeda-beda antara individu yang satu dengan lainnya, sehingga setiap orang akan memiliki reaksi yang berbeda pula pada saat menghadapi kejadian yang traumatik. Pengalaman traumatik adalah suatu kejadian yang dialami atau disaksikan oleh individu, yang mengancam keselamatan dirinya (Lonergan,1999). Oleh sebab itu, merupakan suatu hal yang wajar ketika seseorang mengalami shock baik secara fisik maupun emosional sebagai suatu reaksi stresatas kejadian traumatik tersebut. Kadangkala efek aftershock ini baru terjadi setelah beberapa jam, hari, atau bahkan berminggu-minggu. Respon individual yang terjadi umumnya adalah perasaan takut, tidak berdaya, atau merasa ngeri. Gejala dan simtom yang muncul tergantung pada seberapa parah kejadiantersebut. Demikian pula cara individu menghadapi krisis tersebut akan tergantung pula pada pengalaman dan sejarah masa lalu mereka.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Menurut Stamm (1999), stres traumatik merupakan suatu reaksi yang alamiah terhadap peristiwa yang mengandung kekerasan (seperti kekerasan kelompok, pemerkosaan, kecelakaan, dan bencana alam) atau kondisi dalam kehidupan yang mengerikan (seperti kemiskinan, deprivasi, dll). Kondisi tersebut disebut juga dengan stres pasca traumatik (atau Post Traumatic Stress Disorder/ PTSD). Menurut Pickett (1998), ada dua bentuk simtom yang dialami oleh individu iaitu: (1) adanya ingatan terus menerus tentang kejadian atau peristiwa tersebut, dan (2) mengalami mati rasa atau berkurangnya respon individu terhadap lingkungannya. Kondisi tersebut selanjutnya akan mempengaruhi fungsi adaptif individu dengan lingkungannya. Seringkali, peristiwa yang traumatik akan sangat menyakitkan sehingga bantuan dari para ahli akan diperlukan dalam mengatasi trauma yang dialami. Terangkan cara mengelakkan daripada punca masalah kecacatan kepada murid pendidikan khas Jelaskan implikasi terhadap pendidikan terhadap muridmurid yang menghadapi masalah yang berpunca daripada ersekitaran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS SINOPSISDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan enam kategori kanak-kanak keperluan khas iaitu kerencatan akal, masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah tingkahlaku/emosi, Attention Deficit Disorder Hyperactive (ADHD) dan masalah kesihatan.

HASIL PEMBELAJARANa. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan khas.b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalampendidikan dengan kategori kanak-kanak berkeperluan khas.

KERANGKA TAJUK-TAJUKKategori Kanakkanak Berkeperluan KhasKerencatan AkalMasalah PenglihatanMasalah PendengaranMasalah Tingkahlaku/EmosiMasalah KesihatanAttention Deficit

Hyperactive Disorder (ADHD)Keperluan dalam pendidikan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.0. PengenalanPendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspekaspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang seimbang; "Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Bertunjangkan FPK, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu; "Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat". Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanakkanak istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanakkanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan.

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknikaudiologi pendidikan (educational speech therapist), orientasi dan mobility pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif Pendidikan Khas.

Latarbelakang Pendidikan KhasKementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalahtersebut belajar bersama murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang, 2000). Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas. Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang upaya pendengaran (hearing

impairment), (ii) bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual impairment), (iii) bermasalah pembelajaran (learning disabilities), (iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation), (v) bermasalahtingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance), (vi)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment), (vii) bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal (physical disabilities), (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai masalah (multi-problem) . Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatantradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan /pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiranpertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran.

5.1 Kerencatan AkalPengenalanPerkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanakkanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa atupun sederhana dari segi mental,keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 1 : Kanak-kanak Terencat AkalDefinisiKanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR) kerencatan akan didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental disamping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Tingkahlakupenyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehanmemakai pakaian, makan atau mengemas diri. Kerencatan akal ini mesti dikesansebelum usia 18 tahun Seperti yang dinyatakan oleh , Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah sertakekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberikesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. IQ lazimnya diukur melaluiUjian IQ di mana skor purata ialah 100. Individu yang memperolehi skor bawah(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 70hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Untuk mengukur tingkah lakuadaptif, sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu:a)Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian,mandi,makan dansebagainya b ) Kemahiran komunikasi seperti memahamI apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindakbalas) Kem ahiran sosial seperti hubungan dengan ra k a n , keluarga, orang dewasa dan masyarakat.Julia Jantan (2007)

menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan otak berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahajamelibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. Kemampuankognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu. Ini bermakna, kanak-kanak ini lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang komplek Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Kanak-kanak terencat akal memerlukan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal(Deller, R. 1990). Mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun ataupun tiada keupayaan dalam menguruskan aktiviti seharian.

Ciri-ciri terencat akalUmumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam mengurus diri. Namun menurut W arren & Abbedutto (1992), terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum memastikan kanak-kanak itu mengalami kerencatan akaliaitu: a)Kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)b)Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau lebih dikenali sebagai tingkah la kuadaptif seperti memakai pakaian, mandi, menguruskan diri dan sebagainya.Umumnya, kanak-kanak terencat akal menunjukkan beberapa tanda tertentuseperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan, Kesukaran untuk mengingat, sukar memahami peraturan-peraturan sosial dan tidak dapat mengingat atau membezakan kesan dan akibat. Kanak - kanak terencat akal juga menghadapi masalah dalam memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Dalam menentukan criteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal, tiada instrument yang tepat untuk memastikan seseorang individu itu terencat akal.Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terencat akal yang menjadikan setiap seorang dariapada m er upakan individu y ang unik . Kebanyakan kanak-kanak terencat akal juga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman, 1988 Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi,menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hutton, 1998).Kelewatan dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya, bagikanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa merekayang mengalami kerencatan normal, namun kemajuan perkembangan bahasa merekaagak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.2. Masalah PenglihatanPengenalanKanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat melakuka tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk menentukan keterukan gangguan penglihatan. Antara takrif yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad yang ditakrifkan sebagai “akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik dari 3/60manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada 3/60 (WHO 1997).

Gambar 2 : Kanak-kanak masalah penglihatanDefinisiDefinisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepadapenggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi) Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:• Tidak dapat melihat langsung.• Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.• Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

Ciri-ciri Masalah PenglihatanCiri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan dari segi kognitif:1- Tidak memahami benda-benda abstrak. Cth : berkenaan warna2- Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas ( kecuali melalui pengalaman)3- Tidak memahami konsep bentuk (cth ; pyramid itu seperti kon, kon itu seperti segitiga)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri kanak-kanak masalah dari segi psikomotor Kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran. Tahap keyakinan mereka amat kurang. Daya untuk membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah. Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa. Cth : menyentuh sesuatu.

5.3. Masalah PendengaranPengenalanMasalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran (World Health Organisation, 1999). Kejadian masalah pendengaran kongenital dianggarkan seramai 1 hingga 3 orang di dalam setiap 1000 kelahiran. Kira-kira 50 peratus daripada kes berkenaan disebabkan oleh faktor genetik atau pendedahan kepada faktor persekitaran yang lain (Morton,1991). Di Amerika Syarikat, masalah pendengaran kongenital terjadi 3 kali ganda lebih kerap daripada Sindrom Down, enam kali ganda lebih tinggi daripada penyakit spina bifida dan lebih 50 kali lebih tinggi daripada masalah phenylketonuria (Richard et al., 2005). Laporan “Asia-Pasific Congress on Deafness” di Beijing, China pada 1988 menunjukkan terdapat 24 juta daripada 1.2 bilion penduduk negara itu mengalami masalah pendengaran (Prasansuk, 2000). Disamping itu, daripada 1.5 juta kanak-kanak sekolah pendidikan khas di China, kira-kira 50 peratus adalah dilahirkan pekak secara kongenital. Di Malaysia, tiada data rasmi yang diterbitkan mengenai insiden sebenar masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan jumlah penduduk Malaysia seramai 23.8 juta orang pada tahun 2002, anggaran menunjukkan 840 bayi yang bermasalah pendengaran akan dilahirkan pada setiap tahun (ESCAP, 2002)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 3 : Kanak-kanak Masalah pendengaranDefinisiPendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran. Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalah- masalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Rajah 1 : Bahagian dalam telingaMohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), cacat pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu:(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4- Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.5- Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. American National Standards Institute mentakrifkan masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatubunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel sifar (0 dB) adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata bunyi dalam nilai isyarat suatu frekuensi, seperti 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai pendengaran yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15 ke 20 dB tahap masalah pendengaran (dB HL) (Grundfast et al., 2000).

Klasifikasi Masalah Pendengarana. Hilang pendengaran jenis konduktifBunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.b. Hilang Pendengaran jenis sensori neural Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)c. Hilang pendengaran jenis campuran Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

Ciri-ciri masalah pendengaranJENIS MASALAH PENDENGARAN• Masalah Pendengaran Konduktif.• Masalah Pendengaran Sensorineural.• Masalah Pendengaran Campuran.

MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF• Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah.• Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengarankonduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiadacuping telinga (mikrotia / anotia),

sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitankuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah MASALAH PENDENGARAN SENSORI NUERAL• Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah ataujangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada.• Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatanfizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secaramenyeluruh.• Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yangboleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)MASALAH PENDENGARAN CAMPURAN• Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran keduaduamasalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dansensorineural hadir bersama.• Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural jugamempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalahpendengaran campuran.• Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

5.4. Masalah Tingkahlaku/EmosiPengenalanDalam perkembangan mental kanak kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu: 1. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata kata dan sebagainya. 2. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku dikeliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri- ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Gambar 4 : Kanak-kanak masalah tingkahlaku dan emosi DefinisiMenurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah lakuyang terlampau aktif dan impulsif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku akanmengganggu proses pembelajarannya. Impaknya ialah mereka akan mundur didalam pelajaran. Tingkah laku bolehlah didefinisikan sebagai apa yang dilakukan ataudiperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu, tingkah laku juga merupakansemua tindakan manusia yangg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan

sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atausepara sedar.

Manakala, masalah emosi pula bermaksud masalah yang berkaitandengan perasaan atau jiwa seperti sedih, marah, dan lain -lain. Setelah meneliti definisi bagi tingkah laku dan masalah emosi, berikutmerupakan ciri kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku. Ciri-ciri masalah tingkahlaku dan emosi

Ciri bagi kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku ini dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu aspek psikomotor, kognitif, dan afektif.1. Aspek PsikomotorAspek pertama ialah aspek psikomotor. Ciri bagi kanak-kanak bermasalahemosi dan tingkah laku bagi aspek ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui 3 jenismasalah tingkah laku bagi kanak-kanak yang disenaraikan dalam masalah psikologi iaitu:-1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder )2. Oppositional Defiant Disorder (Kecelaruan menentang dan beringkar)3. Conduct Disorder (Kecelaruan Tingkah laku)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Hiperaktif ialah istilah yang digunakan bagi kanak -kanak yang mempunyaitingkah- laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive).Kebiasaannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah hiperaktif ini mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau mempunyai tumpuan yang singkat. Hiperaktif lazimnya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya terlalu aktif sehinggakan mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak – kanak yang lain.

Maka, ciri dari aspek psikomotor yang dapat dilihat pada kanak-kanak hiperaktif ialah mereka kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Mereka juga selalu meninggalkan tempat duduk ketikaberada di dalam kelas. Selain itu, mereka juga selalu berlari ke sana ke mari atausuka memanjat. Seterusnya, ciri bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD pula ialah mereka kerap bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah³digerakkan oleh motor´.Selain itu, mereka juga menghadapi masalah dalamtumpuan iaitu mempunyai tumpuan mata (eye contact ) yang lemah. Misalnya,mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu bapa, guru dan rakan sebaya apabila meminta sesuatu.

Manakala, kanak-kanak yang menghadapi masalah Oppositional Defiant Disorder (ODD) Kecelaruan ini melibatkan tingkahlaku negative, melibatkan pencabulan peraturandan tidak mengendahkan hak orang lain secara berterusan dan berulangkali.Kanak -kanak yang berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan defisit dalam tingkahlaku sosial. Secara umumnya mereka menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:-• Sikap menentang secara terbuka atau berselindung• Keingkaran• Agresif secara lisan atau fizikal• Suka berkelahi• Pendendam(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)• Suka merosak harta benda,vandalism• Berbohong dan Mencuri• Mudah panas baran• Bercenderung bebas dan berbagai-bagai sifat negatif.

2. Aspek KognitifAspek yang kedua ialah dari aspek kognitif. Ciri kanak-kanak bermasalah emosidan tingkah laku dari aspek kognitif dapat dilihat melalui kanak -kanak dengan ADHD. Mengikut Marilyn Friend (2005), terdapat empat ciri yang menunjukkankanak-kanak itu bermasalah emosi dan tingkah laku dari aspek kognitif iaitu ingatan kerja, pertuturan arah kendiri, kawalan emosi dan motivasi, dan membentuk semula.Ciri pertama ialah ingatan kerja. Bagi ciri ini, kanak-kanak boleh mengingait tugasan dan beberapa banyak masa yang mereka ada untuk menyiapkan tugasan.Namun begitu, mereka ini tidak dapat mengingati arahan daripada guru. Ciri kedua bagi kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku dari aspek kognitif ialah pertuturan arah kendiri. Pertuturan arah kendiri ini digunakanoleh pelajar untuk membuat refleksi tetntang perkembangan tugasan,menyelesaikan masalah, dan mengikut arahan. Namaun begitu, mereka ini lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran ini. Ciri ketiga pula ialah kawalan emosi dan motivasi. Kanak-kanak inisebenarnya mempunyai keupayaan untuk mengasingkan kekecewaan dan masalahemosi bagi menyiapkan tugasan. Namun begitu, terdapat segelintir daripada kanak-kanak ADHD ini masih tidak dapat mengatasi masalah emosi dan tugasan lalu keluar dari kelas. Ciri yang terakhir ialah membentuk semula. Aktiviti mental yang melibatkan keupayaan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian -bahagian untukmelaksanakan tindakan baru. Contohnya ialah mereka inibermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Seterusnya , ciri kognitif bagi kanak-kanak autisme pula ialah mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad, namun begitu mereka boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara yang mereka minati atau sukai. Kanakkanak autisme juga berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi merekatidakberupaya memilih maklumat yang penting. Maka, maklumat awal yang mereka adaakan dikekalkan dalam bentuk yang asal. Di samping itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembaliuntuk melihat kepentingan yangada.Mengikut sumber yang lain pula, kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku kebiasaannya akan menunjukkan ciri seperti terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangannya di sekolah. Contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif

3. Aspek AfektifTerdapat beberapa ciri yang dimanifestasikan oleh kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku melalui tingkah laku mereka dari aspek yang ketiga iaitu aspek afektif. Terlebih dahulu, marilah kita lihat apakah yangdimaksudkan dengan afektif. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baru, afektif didefinisikan sebagai keadaan yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Berdasarkan istilah yang dikemukan dapatlah kita membezakan kanak-kanaknormal dengan kanak-kanak yang bermasalah emosi serta tingkah laku melalui reaksi dan perlakuan yang ditonjolkan oleh mereka seperti menunjukkan rasa malu yang melampau apabila berhadapan dengan orang lain di sekitar mereka terutamanya apabiladikelilingi oleh orang-orang yang tidak dikenali. Jika keadaan ini berlaku, mereka lebih suka menyendiri dan melakukan kerja sendiri tanpa menghiraukan orang di sekitar mereka.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Di samping itu juga, mereka mempunyai nilai keyakinan yang rendah terhadap keupayaan diri mereka sendiri serta berasa rendah diri untuk melakukan sesuatu. Oleh sebabitu, mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kurang yakin pada kebolehan yang ada pada mereka lantas lebih suka mendiamkan diri dan hanya akan memberi perhatian terhadap sesuatu yang menarik perhatian mereka. Mereka juga sering mempamerkan emosi yang negatif seperti moody dan juga tertekan. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh mereka ini sudah tentunya akan membawa kesan yang

lain iaitu mewujudkan kesukaran untuk berinteraksi dengan guru –guru didalam kelas serta rakan-rakan kerana pasif di kala menjalani aktiviti berpasangan atau berkumpulan. Sebenarnya, emosi mereka lebih banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan juga layanan yang diterima oleh orang sekeliling mereka terutamanya daripada orang terdekat mereka seperti ibubapa mereka.

5.5. Attention Deficit Disorder Hyperactive (ADHD)PengenalanKanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain. Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD -Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 5 : Kanak-kanak ADHDDefinisiPersatuan Psikologi Amerika (APA) – mendefiniskan Attention Dificit Disorder Hyperactive (ADHD) sebagai kecelaruan psikologi dengan petandapetandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulasi dan/ atau hiperaktiviti- Impulasif yang lebih kerap atau teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Terdapat 3 kategori ADHD berdasarkan definisi oleh Persatuan Psikologi Amerika (Marilyn Friend, 2005),iaitu:-ADD - kurang tumpuanADHD – hiperaktif impulsifADHD – gabungan

ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amatpenting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;• ADHD Kurang TumpuanMereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur• ADHD Hiperaktif-impulsifi. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggiii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir• ADHD GabunganMenunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsiveCiri-ciri Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:

• Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .• Sukar mendengar dan mematuhi arahan.• Sukar memberi tumpuan dan perhatian.• Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.• Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.• Tidak terurus.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)• Kemahiran belajar yang lemah.• Sukar untuk berdikari.Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut:i. Tahap aktiviti tinggiii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.iv.Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.v. Tidak matang dari segi sosial.vi.Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai denganperkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiridi mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial (Jamila 2005).

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:• di rumah,• di sekolah dan sebagainya

1. Hiperaktiviti• Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.• Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas• Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok• Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap• Banyak bercakap• Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2. Tempoh tumpuan yang singkat• Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)• Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas• Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti• Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu

tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)• Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain• Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

3. Tingkah laku impulsif• Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan• Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran• Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain• Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalanganCiri-ciri kanak-kanak "hyper-active" juga ialah kurang penumpuan iaitu:• tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.• Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.• Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas. Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusankemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.

LatihanBentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah1. Berikan definisi kanak-kanak masalah kesihatan2. Huraikan ciri-ciri kanak-kanak masalah kesihatan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)6. Keperluan dalam pendidikan6.1. Masalah PenglihatanKementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:

SentuhPandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktivitiseharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

PendengaranBercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedangdilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”,

cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

BauPastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.

RasaGalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasadan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.

Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut:1. Tidak mampu membeli peralatan itu,2. Peralatan yang ada hilang,3. Tidak tahu menggunakan peralatan itu,4. Tidak suka menggunakan peralatan itu.Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu. Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atasalasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Latihan

Buatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada pensyarah melalui emeil. 1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanakkanak keperluan berikut:a. Masalah Pendengaranb. Masalah tingkahlaku/Emosic. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

7.0. PenutupTidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluankhas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.Sharani 2004). Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak.

Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

Aktiviti Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluas khas di bawah:I. Kerencatan AkalII. Masalah pendengaranIII. Masalah penglihatanIV. Masalah Tingkahlaku/EmosiV. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS SINOPSISTajuk ini adalah sambungan dari modul 3, anda akan didedahkan lagi dengan enam kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu masalah fizikal, palsi serebral. Masalah pembelajaran spesifik, autisme, pintar cerdas.dan kecederaan otak trumatik.

HASIL PEMBELAJARANa. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan khas.b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas.

c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalam pendidikan untuk kategori kanak-kanak keperluan khas.

KERANGKA TAJUK-TAJUKKategori Kanakkanak Berkeperluan KhasMasalah FizikalPalsi SerebralMasalah Pembelajaran SpesifikAutismeKecederaan Otak TraumatikPintar CerdasKeperluan dalam pendidikan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.0. PendahuluanKirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciriciri mental, keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal. Dan juga dalam tingkahlaku sosial atau emosi serta keupayaan komunikasi atau pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial-tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut:a. masalah pendengaranb. masalah penglihatanc. masalah pembelajarand. masalah tingkahlakue. masalah pertuturanf. spastik (cerebral palsy)g. terencat akalh. cacat anggota(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.7 Masalah FizikalPengenalanKanak-kanak keperluan khas secara umumnya dapat dikategorikan epada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang upaya secara kekal ialah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara sementara.

Menurut pengerusi Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury, Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar (2006) menyatakan kanak-kanak keperluan khas atau “Orang Kurang Upaya” ialah orang yang mengalami satu kecederaan otak dan sistem saraf yang mungkin bermula di dalam kandungan atau waktu kelahiran serta kadang-kadang selepas demam panas hasil dari serangan bakteria atau virus yang menyebabkan demam melarat ke dalam otak ataupun selepas berlaku sesuatu kemalangan.

Gambar 1 : Murid-murid masalah fizikal.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)DefinisiKurang Upaya Fizikal ialah keadaaan di mana bahagian tubuh badan tidak dapat bergerak atau dikawal serta gagal berfungsi. Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA) menyatakan masalah fizikal ialah masalah ortopedik iaitu masalah sistem tulang rangka manusia.Ia terjadi disebabkan keganjilan sejak lahir, penyakit,dan masalah lain seperti cerebral palsy, retakan,kudung atau terbakar Masalah Fizikal ialah ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)Ciri-ciri Masalah FizikalMasalah Fizikal boleh di bahagikan kepada beberapa jenis dan ia mempunyai ciri-ciri tertentu.i. Muscular DystrophiesKana-kanak yang mengalami muscular Dystrophies akan mengalami masalah urat saraf yang lemah sepanjang masa. Kebanyakannya berlaku pada kanakkanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

Gambar 2 : Kanak-kanak bermasalah Muscular Dystrophiesii. Acquired Brain dan Spina InjuriesMasalah Fizikal jenis acquired brain dan spina injuries berlaku disebabkan kecederaan yang kekal dalam otak, tulang dan saraf.

Gambar 3 : Kanak-kanak bermasalah Kanak-kanak bermasalah(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)iii. Spina BifidaSpina Bifida berlaku disebabkan tulang belakang bayi tidak mengalami pertumbuhan semasa dalam kandungan. Jika ia berterusan akan menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau separa di kaki serta kesukaran mengawal usus dan pundi kencing.

Gambar 4 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Spina Bifidaiv. Cerebral PalsyCerebral Palsy berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pergerakan semasa awal pertumbuhan, biasanya ia berlaku semasa dalam kandungan. Jika berlaku semasa kelahiran, adalah kerana kekurangan oksigen, meningitis dan kecederaan di otak Kanak-kanak yang mengamali masalah ini akan merasi kesukaran dibahagian postur badan, pergerakan tubuh, otot-otot yang lemah serta keseimbangan dan koordinasi tubuh. Ia juga mengalami kesukaran untuk makan dan bercakap.

Gambar 5 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Cerebral Palsy(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.8. Palsi Serebral (Cerebral Palsy)PengenalanPerkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Ini berbeza dengan mereka yang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot merekagagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak dan memegang barang. Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada kategori Spastik.

Gambar 6 : Kanak-kanak Palsi SerebralDefinisi‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Manakala ‘PALSY’ membawa erti KURANG atau TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan ataupada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang. Cerebral Palsy atau dikenali sebagai CP dikatakan satu keadaan dimana berlakunya kecederaan pada otak seperti mana yang kita ketahui, otak mengawal segala pergerakan dalam badan kita. Kecederaan ini boleh berlaku semasa kandungan masih berada dalam rahim, selepas kelahiran ataupun pada bilabila tahap asalkan berlaku kecederaan dalam otak. Cerebral bermaksud sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy bermaksud kelemahan ataumasalah menggunakan otot-otot (Winnick, 2005).

Ciri-ciri Palsi SerebralTerdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri.

5.9. Masalah Pembelajaran Spesifik PengenalanKementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki cirri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD); Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna. Gambar 7 : Kanak-kanak masalah pembelajaran spesifik(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)DefinisiPerkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3) “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;• Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik• Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa• Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan Disleksia adalah satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik Drake (1989) menyatakan bahawa masalah pembelajaran spesifik atau disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca olehseseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi

merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)Ciri-ciri mengikut tanda bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

I. pra-sekolah• Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan• Suka mengganti perkataan dan hiperaktif• Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah• Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari• Tidak merangkak semasa bayi• Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri• Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

ii. Kanak-kanak Sekolah Rendah 6 hingga 9 tahun• Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor• Menggunakan jari untuk mengira dan membaca• Keliru dengan kiri dan kanan• Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun• Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman• Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan• Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks• Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang• Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah• Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

iii. Sekolah Menengah• Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten• Kesukaran menulis karangan• Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)• Kesukaran mempelajari bahasa lain• Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan• Jenis orang yang suka senyap• Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten• Kurang kemahiran bersosial

5.10. AutismePengenalanGuru dan ibubapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ murid atau anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yangbermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan

sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk Negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi,(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatuperkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

Gambar 8 : Kanak-kanak AutismeDefinisiAutisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme. Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other.

Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan. Kanner (dalam Safaria, 2005) mendefinisikan Autisme sebagai ketidakmampuan untukberinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton (1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial atau mengembangkan komunikasisecara normal. Autistik atau autisme merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku.Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidaksesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita.Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk sepertikanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu

permainandan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Peringkat autismea). Autisme ringanPada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidakberlangsung lama. Anak autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggilnamanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih bisadilakukan secara dua arah meskipunterjadinya hanya sesekali. Tindakan-tindakan yangdilakukan, seperti memukulkan kepalanya sendiri, mengigit kuku, gerakan tangan yangsterotipik dan sebagainya, masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.b). Autisme sedangPada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata, namun ia tidakmemberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakiti dirisendiri, acuh, dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak sulit untuk dikendalikantetapi masih bisadikendalikan.c). Autisme beratPada tahap ini, anak autisme menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali.Biasanya anak autisme memukul-mukulkan kepalanya ke tembok secara berulang-ulang danterus-menerus tanpa henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun anak tidakmemberikan respon dan tetap melakukannya, bahkan dalam kondisi berada dipelukan orangtuanya, anak autisme tetap memukul-mukulkan kepalanya. Ia baru berhenti setelah merasakelelahan kemudian langsung tertidur.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri autismeCiri-ciri kanak-kanak autisme ialah:a) Tidak mampu bersosialPerkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:1. Tidak menghiraukan orang lain.2 Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.6. Lebih suka bermain sendiri.7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi1. Lambat bercakap.2. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.3. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.4. Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.5. Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).6. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.7. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuanSuka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.

Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulangulang. Tidak boleh duduk diam. Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku1. Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.2. Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. 3. Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.4. Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, StephenUnderwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar denganbaik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri. Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanakkanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.11. Pintar CerdasPengenalanGolongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperoleh pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untukmemendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Pelaksanaan sistem ini telah dihentikan pada awal tahun 1970-an. Namun demikian, pada awal tahun 1980-an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-Kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada simposiumtersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985,

pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987.Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah ditubuhkan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawaperancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian PenilaianTahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperoleh tahap maksimum dibenarkan meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.Gambar 9 : Kanak-kanak Pentar CerdasDefinisiTerdapat pelbagai pandangan dan pendapat tentang konsep pelajar pintar cerdas ini. Konsep pintar cerdas ini penting difahami kerana hal ini dapat membantu dan mempengaruhi khidmat (services) akan diberi untuk memenuhi keperluan khas pelajar ini. Ada pihak yang mendefinisikannya sebagai golonganpelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berbakat dan kreatif. Beberapa istilah telah digunakan berkaitan dengan ‘giftedness’ dan kreativiti. Istilah seperti kecerdasan (intellegence) yang tinggi, IQ yang tinggi (1.5 – 2 sisihan piawai atas min), pintar cerdas (gifted) (skor IQ lebih daripada 130)kreatif, berfikiran konvergen, berfikiran divergen sering digunakan untuk memerihalkan ‘giftedness’. Alfread Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test ” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat padatahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S. Deborah, (1998:hal.277) iaitu: “Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination:1. General intellectual aptitude2. Specific academic aptitude3. Creative or productive thinking4. Leadership ability5. Visual and performing artsPurcell (1978), mendefinisikan ‘gifted’ ini sebagai kanak-kanak atau belia (youth) yang telah dikenal pasti pada peringkat prasekolah, sekolah rendah atau menengah sebagai berkebolehan yang tinggi dari beberapa aspek intelektual, kreativiti, akademik, kepimpinan, seni lakonan atau lukisan yang memerlukankhidmat atau aktiviti yang tidak terdapat di sekolah. Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik.• Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama.Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

Gardner (1983) memberi nafas yang baru kepada konsep-konsep kecerdasan (intelligence) yang selama ini berfokus kepada kebolehan logik dan matematik. Konsep ‘multiple intelligence’ yang diperkenalkan olehnya membuka ruang kepada pengiktirafan pelbagai kebolehan dan bakat sebagai penting dan perlu diasah. Gardner menyarankan tujuh jenis kecerdasan yang membolehkan pelajar mengukuhkan kebolehan khusus mereka dan memupuk beberapa bakat(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) yang ada pada mereka. Para pelajar diberi peluang memperluas minat, kebolehan dan kemahiran mengikut kekuatan mereka masing-masing dalam matematik, bahasa, seni, inter dan intra personel, bersukan dan spatial sebagai sama pentingnya dan perlu diiktiraf, dipupuk dan diperkembangkan di kalangan kanak-kanak.

Sternberg (1997) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman (2000) memperkenalkan teori kecerdasan yang menyatakan tiga jenis pintar cerdas iaitu analitis, sintetik, dan praktikal. Pintar cerdas analitis ialah melibatkan kebolehan pelajar pintar cerdas menangani sesuatu masalah – memahami setiap tahap danbahagian masalah serta bagaimana masalah itu berhubung kait. Kebolehan ini boleh diukur melalui ujian kecerdasan yang konvensional. Pintar cerdas sintetik melibatkan kebolehan pemahaman mendalam (insight), intuisi, kreativiti atau kebolehan mengadaptasi dan menangani sesuatu situasi yang berbeza,kemahiran yang bersangkut paut dengan seni dan sains. Manakala pintar cerdas praktikal melibatkan kebolehan mengaplikasikan kebolehan analitis dan sintetik untuk menyelesaikan masalah harian, jenis kemahiran yang dimiliki oleh mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka. Sternberg dan Zhang (1995) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman (2000) mencadangkan lima kriteria untuk menentukan sama ada seseorang itu memiliki bakat, iaitu :I. Kualiti cemerlang (Excellence), bermaksud seseorang individu itu mestilah memiliki kebolehan lebih daripada rakan-rakan sebayanya atau dengan kata lain dimensi persembahannya.ii. Luar biasa (Rarity), bermaksud hanya segelintir daripada sekumpulan manusia yang memiliki watak atau perwatakan yang berbakat. Berketerampilan (Demonstrability), bermaksud seseorang itu mestilah boleh menunjukkan apa-apa keluarbiasaan bakat atau kebolehan mereka melalui ujian-ujian tertentu yang sah instrumennya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)Iii. Produktiviti (Productivity) bermaksud kanak-kanak pintar cerdas itu mampu menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing sehingga menghasilkan kejayaan ataupun melalui produk yang dapat dihasilkan.iv. Nilai (Value) bermakna bahawa seseorang kanak-kanak pintar cerdas itu mempersembahkan kebolehan yang boleh dinilai dan dihargai oleh sesebuah masyarakat mereka.

Ciri-ciri Pintar CerdasKanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan yang lebih cepat daripada kanak-kanak normal dari kognitif, afektif dan fizikal. Mula berjalan dan bercakap lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi, telah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna. Mungkin lebih tinggi, lebih besar, dan lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran perkara tertentu mereka adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paruparu.

Dapat menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan, tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang melawat ke rumah atau penonton, gaya diri yang luar biasa. Menunjukkan minat terhadap masa agak awal. Bercakap tentang semalam, hari ini, esok, hari-hari dalam seminggu, waktu itu dan waktu ini,kalendar dan jam, pada peringkat umur yang awal Ini menunjukkan kesedaran terhadap masa dan kaitannya dengan dirinya. Mempunyai pelbagai minat dan bersikap spontan, disaingi oleh sifat ingin tahu dari segi intelek yang luas dan kian berkembang. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki sekolah dan boleh dikatakan mempunyai keinginan yang awal untuk membaca. Mempunyai(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang seumur dengannya. Mengumpul benda-benda dengan teratur ( tetapi kualiti ini tidaksemestinya ada – mungkin juga ia tidak teliti, tidak sistematik dan tidak teratur). Pengumpulan jika dibuat mungkin termasuk burung, setem, bahan kimia atau gambar-gambar (gambar bintang filem misalnya). Biasanya koleksi ini ialah daripada jenis yang canggih atau saintifik. Mempunyai hobi yang lebih banyak dan memerlukan ketekunan dan penumpuan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya. Mungkin mempunyai antara tiga hingga enam hobi yang berbeza.Mempunyai minatterhadap permainan yang agak mendahului kanak-kanak yang sebaya dengannya. Memilih permainan yang melibatkan peraturan dan sistem, misalnya, permainan catur. Mungkin mempunyai kecenderungan pada permainan dan kerja yang dilakukan bersendirian. Kanak-kanak pintar cerdas yang masih kecil mungkin mempunyai kawan bermain yang direka-rekanya dan perbualannya dengan rakan yang direka-reka ini amat berharga dan menakjubkan. Sering menunjukkan pemahaman tentang makna yang kelihatan agak terlalu awal untuk umurnya. Interpretasinya tentang kejadian semasa, perkembangan antarabangsa dan politik menunjukkan kebolehan memikir secara abstrak, kreatif dan kritis.

Menunjukkan kebolehan yang matang dalam melahirkan dirinya dan perasaannya melalui penulisan kreatif dan pernyataan oral dan melalui lukisan untuk menyampaikan idea; perbendaharaan kata dan kandungannya mungkin agak berbeza dan luar biasa. Memberikan gerak balas kepada komen dengan cara yang menunjukkan pemikiran yang mendalam. Ia cepat memberikan respon. Mempelajari sesuatudengan mudah, memerlukan sedikit penerangan dan kurang pengulangan oleh guru jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar. Mungkin kurang sabar daripada orang lain dengan latih tubi yang tidak bermakna atau tugasan yang diberikan semata-mata untuk mengisi masa, sering merasakan bahawa masa boleh digunakan dengan lebih berfaedah.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Boleh menyesuaikan dan menggunakan apa yang ia telah pelajari dengan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan agak mudah.Mungkin tidak sabar dan memberontak sikap pasif orang lain, termasuk orang dewasa di rumah dan di sekolah. Mungkin agak sukar dalam masyarakat kita yang sering tersuai dengan kanak-kanak yang sederhana. Biasanya menunjukkan keupayaan dan kebolehan dengan pencapaian dan penguasaan mata pelajaran sekolah yang lebih tinggi. Tetapi pencapaianmungkin lebih rendah daripada yang diharapkan apabila dalam kelas yang membosankan, lembap, tidak mencabar, tidak bersemangat, tidak menarik, dan dia tidak boleh terima, dalam keadaan begini dia mungkin mencabar atau mengancam guru. Biasanya sukakan sekolah dan menunjukkan keinginan untuk belajar tanpa desakan atau tekanan. Melibatkan diri dan kelihatan mempunyai lebih masa untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum tanpa menjejaskan

pencapaian akademiknya. Sering memilih mata pelajaran sekolah yang lebih sukar semata-mata kerana ia menyukainya. Boleh menilai kekuatan dan kekurangan dirinya secara objektif. Mempunyai kesedaran akan dirinya dan ini mungkin menyebabkan dia tidak disukai oleh pelajar lain yang tidak sebijaknya. Oleh sebab tidak menyedari punca perseteruan atau antagonisme ini, dia mungkin rasa perlu mengasingkan diri dan tidak bergaul dengan pelajar lain yang sebaya dengannya dan bergaul dengan orang dewasa atau orang yang lebih tua dengannya.Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas daripada kanak-kanak lain pada peringkat umur dan darjah yang sama, menggunakan dan memahami perkataan dalambacaan, penulisan dan percakapan.

Menanyakan soalan kerana dia benar-benar ingin tahu dan kemudian menggunakan maklumat yang diperoleh melalui percakapannya. Menunjukkan sifat original pada tahap yang tinggi dalam permainan, kerja, rancangan dan situasi. Ini mungkin juga dapat dilihat daripada cara dia memotong rumput atau membasuh kereta. Mempunyai jangka masa perhatian dan penumpuan yang lebih lama daripada yang kita jangkakan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Boleh berjenaka dan ketawa mendengar jenaka yang orang lain pada peringkat umurnya tidak dapat memahami, sering kelucuan atau jenaka yang abstrak dan berasaskan imaginasi yang memerlukan kematangan dan lebih tinggi daripada peringkat umurnya untuk memahaminya.Suka bergaul dengankanak-kanak yang lebih tua daripadanya walaupun mereka mungkin tidak menggemarinya. Mungkin menunjukkan kemahiran luar biasa atau kreativiti dalam seni dan muzik, boleh mengikuti nada dengan baik pada umur yang masih awal lagi, mempunyai keinginan yang mendesak untuk mempelajari muzik, mempunyai deria yang luar biasa terhadap irama, atau menunjukkan deria warna yang terang. Selalunya dapat mengawal diri, tenang dan tidak mudah terganggu emosinya, tidak gugup, stabil baik dari segi emosi dan tidak bercakap besar walaupun dia mempunyai kelebihan berbanding kanak-kanak lain.Secara ringkasnya ciri-ciri pintar cerdas adalah: a. Pengamatan tinggi • Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandangb. Keinginan untuk tahu tinggi• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acarac. Minat mendalam• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebutd. Menerima infomasi dengan pantas• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)e. Ingatan yang tinggi• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepatf. Mungkin dapat membaca lebih awal• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahung. Kerap membaca serta meluas• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantash. Tatabahasa yang tinggi• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan uniki. Tahap penumpuan yang lama• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

j. Kebolehan menyelesaikan masalah • Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggik. Suka bertanya dengan lebih teliti• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlakuk. Keupayaan imaginasi yang tinggi• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannyal. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) m. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwann. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang laino. Bersemangat dan bertenaga• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharianp. Pandai berjenaka• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahamiq. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

LatihanBentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah1.Berikan definisi kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik2.Huraikan ciri-ciri kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

6.0. Keperluan dalam pendidikan6.1. Pintar cerdas Kanak-kanak pintas cerdas memerlukan pendekatan dan strategik yang berbeza untuk mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Pengayaan – kajian bebas, peluang menghabiskan sukatan pelajaran dgn lebih awal dan ambil peperiksaan lebih cepat, penggunaan proses pemikiran tinggi, program ceramah, program mentor, bahan peringkat tinggi, program guru penasihat, sumber tahapuniversiti, pendidikan berasaskan komuniti, program pertukaran, dan program pendidikan antarabangsa.Program Pendidikan Kanak-Kanak Pintar Cerdas yang boleh dilaksana saperti Kaedah Pengelompokan – kelas khusus, program bawa keluar,pengelompokan rumpun, sekolah khas, penjadualan rumpun bagi kursus tertentu, seminar, kelas khas di luar waktu sekolah, kelas masa cuti, ekspedisimasa cuti, pusat sumber, program luar Menggunakan Model-Model Pengayaan yang bersesuaian saperti Model Renzulli – penerokaan, latihan berkelompok, dan kajian bebas. Berasaskan minat pelajar. Diguna pakai oleh MRSM dgn nama SEM (schoolwide Enrichment Model )

Corak Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas perlu berbeza dengan kanak-kanak normal supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar. “The classroom will expend its walls via the information and communication links to other parts of the community and world made possible by the Information Highway. Teachers will remain centrally important but will probably spend more time with small groups of students working together using a personal computer that is connected to the network. This form of interactive, engaging learning will mean students can access a wealth information’s, proceed at their own pace and collaborate with other students.” (Gates, 1996)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

“A large wall-mounted screen, perhaps an inch thick, will replaced today’s black board and movie projectors in the classroom. It will displays pictures, movies and other visual materials as well as written notes and outlines. You will be able to draw or make lists by writing on it. The computer controlling the white board will recognize your handwriting and will convert it into a more readable typeface. This information appliance will be centrally located in the classroom and will be used by students and teachers alike for presentations to the group” (Gates, 1996) “In the future, teachers will use text, images, sound, video and animation as part of their curriculum; all available through the ‘Information Highway’. And as the power and ease of use of software increases, so will the ability of teachers and students to create presentations with multimedia content that rivals the production values of today’s high budget films and television” (Gates, 1996) Masalah yang biasa berlaku di Kelas Biasa menurut Smith (1998)bahawa dalam banyak hal, keperluan individu mereka tidak dapat dipenuhi dan minat mereka sering diabaikan. Jika ada kerja berkumpulan, merekalah yang membuatnya. Mereka juga sering digunakan untuk membantu guru menunjuk ajar pelajar lain. Walaupun kerjasama mereka diperlukan, keperluan khusus mereka tidak sepatutnya diabaikan. Sering kali mereka diberi kerja yang sama dan belajar perkara yang mereka sudah tahu, kadang kala perkara yang mereka lebih tahu daripada guru mereka. Program / aktiviti khas untuk pelajar ini perlu difikirkan oleh pihak sekolah jika kita tidak mahu bakat istimewa mereka ini hilang disebabkan sekolah dan pihak bertanggungjawab tidak mampu memberikhidmat yang sewajarnya kepada mereka

6.2. Palsi Serebaral (Cerebral Paalsy)Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiaptiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

LatihanBuatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada pensyarah melalui emeil. 1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanakkanak keperluan berikut:a. Masalah Pembelajaran Spesifikasi.

b. Autismec. Masalah Fizikal

7.0. PenutupTidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

Aktiviti Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluas khas di bawah:I. Masalah FizikalII. Masalah Pembelajaran SpesifikIII. AutismeIV. Pintar CerdasV. Palsi SerebralRujukanNorshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKMYusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUMJamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Selangor : PTSYell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey : Pearson Education , Inc.Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. (2005) Special Education . New Jersey : Pearson Education , IncLonergan, B.A. (1999). The Development of Trauma Therapist : A Qualitative Studi of the Therapist’s Perspectives and Experiences. Colorado : Counselling Psychology.Pickett,G.Y. (1998). Therapist in Distress : An Integrative Look at Burnout, Secondary Traumatic Stress and VicariousTraumatization. Dissertation. University of Missouri-St. Louis.Stamm, B.H. (1999). Secondary Traumatic Stress. Self Care Issues for Clinicians, Researchers & Educators. MD :Sidran Press.PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(XXX PENDIDIKAN RENDAH)NAMA KELAYAKANKAMARUL BAHRIN BIN MOHD. RADZI PENSYARAHIPG KAMPUS [email protected]@ipip.edu.myM.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Pensyarah IPG Kampus IpohPeg.Khas Pend. Khas PPD Kuala Kangsar (6 thn)Penyelaras Pendidikan Khas (4 thn)Guru Pendidikan Khas (2 thn)Guru Pemulihan Khas (10 thn)HJH SATARIAH BT KAMISPENSYARAHIPG KAMPUS [email protected].(Pendidikan Khas)B.Ed. (Psikologi)Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu,Sejarah)Pensyarah Pendidikan KhasIPG Kampus IpohGuru AkademikHJH SAFIAH BT HARUNPENSYARAHIPG KAMPUS [email protected].(Pendidikan Khas)B.Ed. (Kesusasteraan Melayu)Diploma PendidikanPensyarah Pendidikan KhasIPG Kampus IpohGuru AkademikIKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat PANDUAN PENULISAN MODUL PPG

1. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan jam interaksi bersemuka. 2. Modul pembelajaran akan digunakan oleh pelajar PPG ketika mereka berada di sekolah sebagai bahan pembelajaran kendiri. 3. Format modul mesti mengikut format yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Panel penulis modul perlu memilih topik-topik yang sesuai daripada pro forma kursus untuk dimodulkan. 5. Topik-topik yang dipilih mesti mudah difahami oleh pelajar program melalui pembelajaran kendiri. 6. Agihan topik-topik yang dimodulkan ditunjuk dengan jelas dalam “08 Agihan Tajuk” (cara penulisan rujuk contoh “08 Agihan Tajuk” yang dilampirkan) 7. Modul yang dihasilkan harus menjurus ke arah menggalakkan pelajar PPG melakukan pembelajaran kendiri dengan membuat rujukan-rujukan tambahan pelbagai sumber. 8. Aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan. Dua latihan disediakan pada akhir modul ini sebagai latihan. 9. Bahasa yang digunakan mesti interaktif dan mesra pengguna.