bab 8-pendidikan khas

44
TAJUK 8: PENDIDIKAN KHAS • PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran atau kesihatan dsb.

Upload: ladyzuely

Post on 10-Jun-2015

10.125 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8-Pendidikan Khas

TAJUK 8: PENDIDIKAN KHAS

• PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas atau

kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu.

Merangkumi golongan kanak-kanak pintar

cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran atau kesihatan dsb.

Page 2: Bab 8-Pendidikan Khas

MHJ/IPTAR

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas ditakrifkan sebagai kanak-kanak yg dianggap berhadapan dgn batasan keupayaan dgn sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup kerana bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.

Page 3: Bab 8-Pendidikan Khas

• 8.1 Pendidikan Khas juga boleh didefinisikan sebagai:

• “Special education means education by special methods appropriate to the requirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social developments cannot in the opinion of education authority be adequately promoted by ordinary means”

Page 4: Bab 8-Pendidikan Khas

8.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

• Satu program pendidikan yg dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya drp rancangan sekolah biasa.

Page 5: Bab 8-Pendidikan Khas

• Pendidikan khas juga merujuk kepada:• “Satu program pendidikan yang dirancang khas

untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek,fizikal,sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.” (Chua, 1992)

Page 6: Bab 8-Pendidikan Khas

Manakala Slavin (1997):PENDIDIKAN KHAS

• “Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas”

Page 7: Bab 8-Pendidikan Khas

• Menurut Gearhart dan Weishman (1980) pula, pendidikan khas ialah:

• Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.

Page 8: Bab 8-Pendidikan Khas

6.2 PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS• Lerner et al. (1998) dalam memperihalkan

kanak-kanak istimewa di peringkat pra-sekolah mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu:– > kanak-kanak yang dianggap mempunyai

risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah dan

– > kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

Page 9: Bab 8-Pendidikan Khas

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHASTokoh Tarikh Kewarga-

negaranIdea Utama

Jean Marcgaspard

1775-1838 Perancis Mengajar pelajar-pelajar terencat akal

Samuel G.Howe

1801-1876 Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar yang cacat boleh diasuh melalui pendidikan yang tersusun

Edward Seguin 1812-1889 Perancis Pelajar-pelajar terencat akal boleh diajar melalui latihan deria motor

Alfred Binet 1857-1991 Perancis Kecerdasan atau kepintaran boleh diukur dan dimajukan melalui pembelajaran

Louis Braille 1809-1852 Perancis Pelajar-pelajar buta boleh diajar melalui titik-titik timbul

Page 10: Bab 8-Pendidikan Khas

Thomas Hopkins

1787-1851 Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar pekak boleh berhubung melalui bahasa isyarat dan ekspresi muka

Alexander Graham Bell

1847-1922 Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar pekak boleh belajar bercakap menggunakan pendengaran terhad

Maria Montessori

1870-1952 Itali Pelajar-pelajar mudah belajar menggunakan bahan konkrit

Anna Freud 1895-1982 Austria Teknik psikoanalisis boleh membantu pelajar-pelajar bermasalah emosi

Alfred Staruss 1897-1957 Jerman Kanak-kanak bermasalah dengan kerosakan otak minimum memerlukan latihan khas.

Page 11: Bab 8-Pendidikan Khas

6.3 CIRI PENDIDIKAN KHAS

• Guru terlatih

• Kurikulum khas

• Penglibatan aktif pelajaran

• Kaedah pengajaran khas

• Objektif pengajaran khas

• Kombinasi kepakaran

Page 12: Bab 8-Pendidikan Khas

6.4 FALSAFAH & MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

• (a) “Falsafah Pendidikan Khas

ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang.Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.”

Page 13: Bab 8-Pendidikan Khas

(b) Tujuan Pendidikan Khas

• Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani;kekuatan kanak-kanak luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan.

• Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat.

• Mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan.

Page 14: Bab 8-Pendidikan Khas

Sambungan…• Mengubah sikap negatif terhadap

pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa.

• Mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya mereka yang cacat ini dapat diterima oleh masyarakat.

Page 15: Bab 8-Pendidikan Khas

6.5 KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

6.5.1 BERMASALAH PENDENGARAN

• Pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran:

(i) penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga)

(ii) pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga)

(iii) pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera) (iv) psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang terpendam)

Page 16: Bab 8-Pendidikan Khas

• Pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti:

– Kurang memberi perhatian– Susah mengikut peraturan– Selalu berkhayal– Memerlukan bantuan daripada kawan

Page 17: Bab 8-Pendidikan Khas

6.5.2 Bermasalah Penglihatan

• Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu:

– (i) buta yang langsung tidak dapat melihat dan

– (ii) separuh buta yang kabur penglihatan

Page 18: Bab 8-Pendidikan Khas

• Selain daripada dua kategori di atas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya,iaitu:

– (i) astigmatisme (rabun)– (ii) strabismus (juling)– (iii) amblipia (mata malas)– (iv) diplopia (nampak dua)– (v) glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata)– (vi) albinisme ( sensitif pada cahaya )– (vii) myopia (rabun jauh ) dan– (viii) hyperopia (rabun dekat )

Page 19: Bab 8-Pendidikan Khas

6.5.3 BERMASALAH PEMBELAJARAN

• Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah:

• (i) lembam (slow learner)• (ii) sindrom Down• (iii) hipoaktif• (iv) hiperaktif• (v) gangguan emosi dan masalah tingkah laku

Page 20: Bab 8-Pendidikan Khas

• (vi) cerebral palsy• (vii) pelbagai kecacatan (multiple

handicapped)• (viii) terencat akal ringan dan sederhana• (ix) autistik• (x) masalah pertuturan dan• (xi) epilepsi

Page 21: Bab 8-Pendidikan Khas

6.6.1 Pendidikan Inklusif

• “Inklusif” berasal drp perkataan bahasa Inggeris “inclusive” yg bermaksud “merangkumi”.

• Istilah inklusif membawa maksud mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke dlm bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dlm keadaan normal spt pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim,1997).

Page 22: Bab 8-Pendidikan Khas

6.6 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

• Bermaksud suatu program yg disediakan di sekolah khas bagi pelajar yg mempunyai kecacatan penglihatan; atau kecacatan pendengaran dan

• suatu program percantuman di sekolah biasa bagi pelajar yg mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; serta

• suatu program pendidikan inklusif bagi pelajar berkeperluan khas yg boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama pelajar biasa.

Page 23: Bab 8-Pendidikan Khas

Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis,iaitu:

(i) Pendidikan inklusif separuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar hanya dimasukkan ke kelas biasa utk mengikuti pembelajaran biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.

(ii) Pendidikan inklusif sepenuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar dimasukkan ke kelas biasa utk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim,1997).

Page 24: Bab 8-Pendidikan Khas

• Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif spt berikut:

• Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat

• Memberi peluang kpd kanak-kanak khas utk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yg normal dan menyertai aktiviti yg disediakan utk mereka.

(a) Objektif Pendidikan Inklusif

Page 25: Bab 8-Pendidikan Khas

sambungan……

• Memberi pengetahuan dan kemahiran kpd kanak-kanak khas yg setanding dengan kanak-kanak normal utk meningkatkan konsep kendiri mereka.

• Untuk mengelak drp berlakunya diskriminasi dlm pendidikan dan kemudahan yg telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Page 26: Bab 8-Pendidikan Khas

Deschenes et al. (1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dlm strategi pengajaran yg boleh dijadikan panduan dlm pelaksanaan program pendidikan inklusif :

• Saiz-menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yg pelajar sepatutnya belajar/capai

• Masa-menyesuaikan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian

(b) Penyesuaian Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

Page 27: Bab 8-Pendidikan Khas

sambungan…..

• Tahap sokongan-menyesuaikan bantuan secara individu kpd pelajar yg memerlukannya

• Input-menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar, supaya mereka lebih memahami apa yg diajar.

Page 28: Bab 8-Pendidikan Khas

• Kesukaran-menyesuaikan tahap kemahiran, jenis masalah atau cara bagaimana pelajar boleh menyelesaikan tugas yg diberikan.

• Output-menyesuaikan cara bagaimana pelajar boleh memberi tindak balas terhadap arahan yg diberikan.

sambungan……

Page 29: Bab 8-Pendidikan Khas

sambungan……

• Penglibatan-menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat di dalamnya.

• Pilihan-menyesuaikan sasaran pencapaian atau matlamat yg ingin dicapai.

• Kurikulum-menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran, gaya pembelajaran dan minat pelajar utk membantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing.

Page 30: Bab 8-Pendidikan Khas

6.6.2 Rancangan Pendidikan Individu• RPI adalah satu dokumen bertulis yg

dirancang khas utk seseorang pelajar.

• Bertujuan utk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

• Merupakan perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan pelajar dan cara bagaimana keperluan tersebut boleh dipenuhi.

Page 31: Bab 8-Pendidikan Khas

sambungan…..

• Menurut Daniel et al. (1997), dari segi pelaksanaan, RPI adalah satu kontrak tentang perkhidmatan yg perlu disediakan utk seseorang pelajar tersebut.

• Bender (1995) mendefinasikan RPI sebagai satu program pembelajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka utk memenuhi keperluan individu pelajar yg kurang upaya.

Page 32: Bab 8-Pendidikan Khas

sambungan…..

• Kesimpulannya,

RPI adalah satu rancangan program penilaian berterusan utk seseorang pelajar, dan sebagai teras perancangan pendidikan dlm program pendidikan khas

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Page 33: Bab 8-Pendidikan Khas

6.6.3 Program Pendidikan Pemulihan

• Kamus Dewan: “Pulih” bermaksud “kembali spt biasa” atau “sembuh”.

• Dlm konteks pendidikan, pemulihan bermaksud sesuatu usaha utk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yg tidak betul.

Page 34: Bab 8-Pendidikan Khas

Secara umum, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai:

“ Satu tindakan khusus utk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yg mengalami kesusahan pembelajaran dlm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yg dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dlm kumpulan yg diasingkan dari sekolah biasa atau dlm darjah utk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.”

(Sharifah Alwiah Alsagoff,1983)

Page 35: Bab 8-Pendidikan Khas

• Aktiviti pemulihan dlm p&p di bilik darjah ialah satu usaha utk menolong pelajar yg lemah mencapai objektif pembelajaran yg belum dicapainya dlm pelajaran lampau.

• Mereka perlu didedahkan kpd banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar utk membolehkannya membina gambaran mental yg jelas dan seterusnya memahami konsep yg betul.

Page 36: Bab 8-Pendidikan Khas

Objektif pendidikan pemulihan:

• Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran

• Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya.

• Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar

• Membina keyakinan diri

Page 37: Bab 8-Pendidikan Khas

Proses Pengajaran Pemulihan

• Pengajaran pemulihan merupakan satu proses yg berperingkat-peringkat disusun mengikut urutannya dan saling berhubung antara satu sama lain.

1. Masalah

2. Punca/sebab

3. Pilih ganti tindakan

4. Penilaian

Page 38: Bab 8-Pendidikan Khas

sambungan…..

• Peringkat 1. Mengenal pasti pelajar lemah dan

masalah pembelajaran mereka.• Peringkat 2. Menentukan punca dan sebab kelemahan

mereka.• Peringkat 3. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif).• Peringkat 4. Menilai kejayaan program pemulihan.

Page 39: Bab 8-Pendidikan Khas

6.6.4 Program Pengayaan

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988);“Aktiviti tambahan kpd aktiviti asas pembelajaran yg mengandungi unsur utk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yg sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan utk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka”.

Page 40: Bab 8-Pendidikan Khas

Program pengayaan bertujuan utk:

• Mengembangkan potensi pelajar ketahap yg sebenar.

• Membolehkan mereka mencuba sesuatu yg baru utk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka.

Page 41: Bab 8-Pendidikan Khas

Dua kategori aktiviti pengayaan:

(i) Pengayaan secara mendatar.

Aktiviti pengayaan yg dirancang utk kumpulan mengikut kebolehan.

(ii) Pengayaan secara menegak.

Aktiviti pengayaan yg dirancang utk kumpulan pelajar yg cerdas sahaja.

Page 42: Bab 8-Pendidikan Khas

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik

• Pengayaan matematik dlm blk darjah adalah aktiviti tambahan yg lebih kompleks, menarik dan mencabar bertujuan utk meluaskan pengetahuan dan kemahiran matematik yg telah dipelajari.

• Boleh dibuat utk kumpulan cerdas, sederhana dan lemah.

Page 43: Bab 8-Pendidikan Khas

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik

Mata pelajaran Matematik

Penilaian dijalankan

Pelajar menguasai Pelajar lambat menguasai

kemahiran kemahiran

Program Program Penilaian

pengayaan pemulihan semula

Program Menguasai

pengayaan kemahiran

Page 44: Bab 8-Pendidikan Khas

Pelaksanaan aktiviti pengayaan dan pemulihan matematik

Mata Pelajaran Matematik

Membaca Menulis Mengira

Aktiviti Penilaian

Pencapaian pelajar Pencapaian pelajar memuaskan kurang memuaskan

Aktiviti pengayaan Aktiviti pemulihan