model tgfu

4
Pendekatan TGfU telah diperkenalkan oleh Rod Thorpe dan David Bunker di Loughborough University pada tahun 1970an dan awal 1980an. Nama lain bagi pendekatan ini adalah model permainan taktikal (Griffin, Oslin, and Mitchell, 1997) dan kesedaran permainan (Australia Sport Commission, 1997). Pendekatan TGfU merupakan satu kitaran pendekatan dimana mengantikan pembelajaran kemahiran ke dalam konteks permainan yang membolehkan murid melihat kaitan antara kemahiran dalam situasi permainan (Bunker and Thorpe, 1982). Model ini juga menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak- kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.

Upload: muhamad-hafiza

Post on 10-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Pendekatan TGfU telah diperkenalkan oleh Rod Thorpe dan David Bunker di Loughborough University pada tahun 1970an dan awal 1980an. Nama lain bagi pendekatan ini adalah model permainan taktikal (Griffin, Oslin, and Mitchell, 1997) dan kesedaran permainan (Australia Sport Commission, 1997). Pendekatan TGfU merupakan satu kitaran pendekatan dimana mengantikan pembelajaran kemahiran ke dalam konteks permainan yang membolehkan murid melihat kaitan antara kemahiran dalam situasi permainan (Bunker and Thorpe, 1982). Model ini juga menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.

Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang mengapa dan bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak akan peka dan memberi respon yang lebih baik sekiranya mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran yang harus dilakukan diketahui. Model ini sesuai digunakan sebagai kurikulum di sekolah kerana dapat memberi peluang kepada murid-murid meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka. Pendekatan TGfU lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada kerana pendekatan ini merangkumi semua aspek kemahiran dan taktikal yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan membantu kanak-kanak menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.

(1)Permainan( Nama Permainan )Fikirkan tentang: Kawasan Bilangan pemain alatan

(2)Apresiasi Permainan Peraturan Permainan Ubahsuai Variasi

(6)Prestasi Penilaian permainan.

- Penilaian kebolehan berasaskan kriteria

Pelajar

(3)Kesedaran Taktikal Prinsip pergerakan Ruang dan masa Situasi lanjut Kesan kelemahan lawan(4)Membuat KeputusanApa yang perlu dilakukan? Nilai situasi Kenalpasti dan menjangka kemungkinanBagaimana melakukannya? Pemilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

(5)Pelaksanaan Kemahiran- Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan

Rajah 1. Model Teaching Games for Understanding (TGfU)