buku panduan thesis

42
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BUKU PANDUAN PENGENDALIAN KURSUS FCE4999 PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR SEM 2 SESI 2015-16 DAN SEM 1 SESI 2016-17 PANDUAN PELAJAR DAN PENYELIA SEMAKAN 1 Disember 2015 [Pick the date]

Upload: zabedah-alang-ibrahim

Post on 07-Jul-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

thesis

TRANSCRIPT

Page 1: buku panduan thesis

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BUKU PANDUAN PENGENDALIAN KURSUS FCE4999 PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIRSEM 2 SESI 2015-16 DAN SEM 1 SESI 2016-17 PANDUAN PELAJAR DAN PENYELIA

SEMAKAN 1 Disember 2015[Pick the date]

Page 2: buku panduan thesis

1.0 PENGENALAN

1.1 Buku Panduan Pengendalian Projek Ilmiah Tahun Akhir Fakulti (PITA) Pengajian Pendidikan (FPP) ini menerangkan tentang pengendalian Projek Ilmiah Tahun Akhir bagi pelajar tahun akhir FPP.

1.2 Kursus FCE4999, Projek Ilmiah Tahun Akhir, adalah kursus wajib bagi pelajar tahun akhir FPP. Kursus ini meliputi:

a) penyediaan kertas cadangan kajian pendidikan;b) melaksanakan kajian berdasarkan kertas cadangan kajian yang diluluskan;c) menganalisis dan menginterpretasi data; dand) menulis dan membentangkan laporan akhir.

1.3 Kursus ini adalah 6(0+6) kredit, meliputi 240 jam jumlah pembelajaran pelajar. Penilaian kursus adalah 100% berdasarkan kerja kursus.

1.4 *Kursus ini diambil oleh pelajar FPP pada Semester 6 dan 7 selepas memenuhi prasyarat kursus iaitu lulus kursus FCE3900- Penyelidikan Pendidikan yang diambil oleh pelajar pada Semester 5.

1.5 Sinopsis Kursus FCE3900 dan Kursus FCE4999 adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

1.6 Skop Buku Panduan

Buku Panduan Pengendalian Projek Ilmiah Tahun Akhir Fakulti Pengajian Pendidikan ini merangkumi semua aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar bagi menyiapkan projek.

*Nota: 1. Semester 6 adalah Semester 2 Sesi 2015-16 dan Semester 7 adalah Semester 1 Sesi 2016-172. Pelajar mengambil FCE3900 – Penyelididkan Pendidikan pada Semester 5, Sem 1 2015-16.

2

Page 3: buku panduan thesis

2.0 CARTA ALIR

3

Page 4: buku panduan thesis

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9

4

Mula

Agih Penyelia/Penilai dan Pelajar

Sedia dan Pilih Tajuk

Laksana Projek

Bentang Seminar Projek

Kumpulkan Projek dan Buat Penilaian

Semak Penilaian

Rekodkan Markah dan Gred

Terima Laporan Akhir

Page 5: buku panduan thesis

2.10

2.0 PROSES TERPEINCI

Bil Tindakan

2.1 Mula

2.1.1. Pelajar mendaftar dalam SMP untuk mengikuti Kursus FCE4999A: Projek Ilmiah Tahun Akhir pada semester 6 dan Kursus FCE4999B pada Semester 7.

2.1.2. Pelajar diberi taklimat Panduan Pengendalian Projek Ilmiah Tahun Akhir pada minggu ke

dua semester 6.

2.1.3. Semasa taklimat pelajar menerima:

a) Buku Panduan Pengendalian Projek Ilmiah Tahun Akhir Fakulti Pengajian Pendidikan; dan

b) Borang Pendaftaran Projek Ilmiah Tahun Akhir/ Kertas Projek Resital (PU/PS/BR06/AJR: Sila muat turun dari laman sesawang MS ISO Fakulti Pengajian Pendidikan).

2.2 Agih Penyelia/Penilai dan Pelajar

2.2.1. Pelajar mengenal pasti penyelia projek masing-masing melalui senarai yang dipamerkan oleh Jabatan pada minggu ketiga (3) semester 6. Sebarang perubahan atau pertukaran penyelia selepas ini tidak dibenarkan.

5

Tamat

Page 6: buku panduan thesis

2.3 Sedia dan Pilih Tajuk

2.3.1. Sediakan tiga tajuk pilihan mengikut bidang major masing-masing selewat-lewatnya pada minggu kelima (5) semester 6.

2.3.2. Dapatkan persetujuan tajuk daripada penyelia. Lengkapkan borang pendaftaran projek

ilmiah beserta tanda tangan dan cop penyelia. Serahkan borang tersebut kepada penyelaras PITA jabatan selewat-lewatnya pada minggu keenam (6) semester 6. (Rujuk Lampiran 3 : Borang Pendaftaran Projek Ilmiah Tahun Akhir/ Kertas Projek Resital (UPM/PU/PS/BR06/AJR).

2.4 Laksana Projek

2.4.1. Bincang dengan penyelia dan sediakan Kertas Cadangan Penyelidikan Pendidikan dalam bidang major masing-masing mengikut format yang disediakan oleh fakulti mulai minggu keenam (6) Semester 6. (Rujuk Lampiran 4: Format Cadangan Projek Ilmiah Tahun Akhir (FCE4999).

2.4.2. Dapatkan perakuan kelulusan Kertas Cadangan Penyelidikan Pendidikan daripada penyelia

selewat-lewatnya pada minggu keempat belas (14) semester 6 dengan melengkapkan helaian perakuan penyelia. (Rujuk Lampiran 5: Helaian Perakuan Penyelia (muka kulit Kertas Cadangan Projek Penyelidikan).

2.4.3. Sebarang perubahan tentang tajuk kertas cadangan selepas ini hendaklah mendapat kelulusan bertulis ketua jabatan.

2.4.4. Serahkan satu salinan kertas cadangan projek penyelidikan yang telah diluluskan oleh penyelia kepada:

a) penyelia; dan

b) jabatan penyelia masing-masing untuk kemasukan gred (S) dalam SMP dan untuk simpanan jabatan pada minggu cuti ulangkaji semester 6 (Minggu 15 semester 6).

2.4.5. Laksanakan projek mengikut perancangan yang dipersetujui oleh penyelia dan pastikan anda berbincang dengan penyelia sekurang-kurangnya enam (6) kali sepanjang pelaksanaan PLI. Ulasan/catatan bagi setiap perbincangan akan disediakan oleh penyelia (Rujuk Lampiran 6: Borang Pelaksanaan Projek Ilmiah Tahun Akhir/ Kertas Projek Resital (UPM/PU/PS/BR07/AJR).

2.4.6. Dapatkan kebenaran ketua institusi bagi menjalankan kajian di institusi berkenaan pada minggu pertama (1) cuti akhir semester 6.

2.4.7. Bagi institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:

a) Serahkan borang permohonan menjalankan kajian di institusi pendidikan (Borang Permohonan Menjalankan Kajian Sekolah-Sekolah, Borang BPPDP 1) yang telah lengkap diisi bersama satu salinan kertas cadangan projek penyelidikan kepada

6

Page 7: buku panduan thesis

jabatan penyelia masing-masing untuk dikemukakan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM (BPPDP, KPM). Borang BPPDP 1 boleh di muat turun dari laman sesawang BPPDP, KPM.

b) Dapatkan surat kelulusan KPM untuk menjalankan kajian daripada pejabat Jabatan

penyelia latihan ilmiah masing-masing. Jika perlu, serahkan juga kepada jabatan masing-masing satu sampul surat beralamat sendiri dan bersetem untuk tujuan penghantaran surat kelulusan kepada pemohon.

c) Dapatkan kelulusan menjalankan kajian daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berkenaan. (Rujuk Lampiran 7. Draf surat memohon kebenaran JPN).

d) Jumpa Pengetua sekolah dan dapatkan kelulusan menjalankan kajian dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian kepada Pengetua yang dilampirkan bersama kelulusan menjalankan kajian daripada BPPDP, KPM dan JPN berkenaan. (Rujuk Lampiran 8. Draf surat memohon kebenaran Pengetua sekolah).

2.4.8. Laksanakan kerja lapangan berdasarkan kebenaran dan syarat-syarat yang dikenakan oleh institusi/sekolah.

2.4.9. Bincang bersama-sama penyelia dan sediakan penulisan laporan projek mulai minggu 1 hingga minggu ketigabelas (13) semester 7.

2.4.10. Siapkan laporan akhir projek ilmiah dan serahkan satu salinan laporan kepada penyelia untuk dinilai selewat-lewatnya pada minggu ketigabelas (13) semeter 7. Wajaran markah bagi penilaian oleh penyelia adalah sebanyak 70 peratus dari markah keseluruhan kursus (Rujuk Lampiran 9: Borang Pemarkahan Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir (Penyelia) PU/PS/BR38/AJR).

2.5 Pengendalian Seminar Projek

2.5.1. Dapatkan maklumat jadual waktu seminar dan peraturan seminar daripada jabatan masing-masing selewat minggu sebelas (11) semester 7. Seminar Projek Ilmiah Tahun Akhir diadakan pada minggu cuti ulangkaji peperiksaan semester 7.

2.4.11.Bentangkan laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir selama 15 minit berdasarkan giliran dalam jadual seminar untuk dinilai oleh penilai yang dilantik. Masa selama 5 minit selepas pembentangan diperuntukkan untuk menjawab soalan-soalan daripada penilai. Wajaran markah bagi penilaian oleh penilai adalah sebanyak 30 peratus dari markah keseluruhan kursus penilai (Rujuk Lampiran 10: Borang Pemarkahan Pembentangan Seminar Projek Ilmiah Tahun Akhir (Penilai) (PU/PS/BR06/AJR).

2.6 Terima Laporan Akhir

2.6.1. Terima laporan akhir Projek Latihan Ilmiah Tahun Akhir yang telah dinilai oleh penyelia selewat-lewatnya pada minggu lima belas (15) semester 7 untuk penambahbaikan

7

Page 8: buku panduan thesis

(minggu cuti ulangkaji peperiksaan).

2.6.2. Hantar laporan akhir Projek Ilmiah Tahun Akhir yang telah dibaiki dan berjilid selewat-lewatnya minggu enambelas (16) semester 7:

(a) Satu salinan kepada jabatan untuk simpanan. Terimaan akan direkod dalam Borang Penerimaan Bahan Hasilan Pelajar (Rujuk Lampiran 11: Borang Penerimaan Bahan Hasilan Pelajar (UPM/PU/PS/BR28)).

(b) Satu salinan kepada jabatan untuk dikemukakan kepada BPPDP, KPM (bagi laporan kajian yang dijalankan di institusi di bawah kelolaan KPM.

2.6.3. Panduan penyediaan laporan akhir Projek Latihan Ilmiah Tahun Akhir yang berjilid adalah seperti di Lampiran 12.

2.7 Tamat

Lampiran 1

NAMA KURSUS : PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (Educational Research)

KOD KURSUS : FCE 3900

KREDIT : 3 (2 + 1)

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR

: 120 jam per semester

PRASYARAT : Tiada

HASIL PEMBELAJARAN

: Pelajar dapat:1. mengkritik laporan penyelidikan pendidikan (C6)2. menulis kertas cadangan penyelidikan pendidikan (P7)3. mematuhi etika penyelidikan dalam menjalankan kajian (A4)4. menjana maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber (LL2)

SINOPSIS : Kursus ini terdiri daripada definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan, analisis dan interpretasi data, kritikan laporan penyelidikan, dan penyediaan kertas cadangan penyelidikan.

8

Page 9: buku panduan thesis

(This course comprises of the definitions, significance, procedures and various methods of educational research, data analysis and interpretation, critique of research reports, and preparation of research proposal.)

Jam Pembelajaran

Bersemuka

KANDUNGAN KULIAH

: i. Pengenalan penyelidikan- Pengertian dan kepentingan penyelidikan - Sumber pengetahuan- Langkah umum dalam penyelidikan- Kertas cadangan penyelidikan

2

2. Langkah awal penyelidikan- Mengenal pasti masalah dan pernyataan

masalah penyelidikan - Penyelididkan kuantitatif dan kualititatif - Objektif, persoalan dan hipotesis

penyelidikan- Definisi konseptual dan operasional- Pembolehubah kajian

4

3. Sorotan literatur- Tujuan dan peranan sorotan literatur- Sumber sorotan literatur- Langkah pelaksanaan sorotan literatur- Mengolah, mencantum dan merumus isi

kandungan literatur- Kerangka konseptual

2

4. Reka bentuk penyelidikan - Penyelidikan bersejarah- Penyelidikan deskriptif dan deskriptif

korelasi- Kaedah eksperimen (reka bentuk, kesahan

dan ancaman)- Kaedah ex-post facto- Analisis kandungan dan wacana- Kajian tindakan (model, refleksi dan

tindakan)

9

5. Populasi dan persampelan- Populasi dan sample kajian- Jenis persampelan kajian- Penetapan saiz sample kajian

3

9

Page 10: buku panduan thesis

6. Pengukuran dan instrumen penyelidikan- Konsep, skala pengukuran dan jenis

instrumen- Jadual Penentuan Instrumen- Prosedur pembinaan instrumen

penyelidikan- Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

4

7. Analisis data- Konsep analisis data- Statistik deskriptif- Statistik inferensi

2

8. Penulisan dapatan kajian- Perbincangan dan kesimpulan- Implikasi dan cadangan

2

Jumlah 28

Jam Pembelajaran

Bersemuka

AMALI : 1. Membincang pengertian dan kepentingan ulasan laporan dan kertas cadangan penyelidikan pendidikan

3

2. Mengulas laporan penyelidikan pendidikan 6

3. Mengenal pasti masalah dalam pendidikan dan mencadangkan tajuk, menulis latar belakang dan pernyataan masalah kajian

3

4. Menulis objektif dan persoalan atau hipotesis kajian dan menetapkan pembolehubah kajian

3

5. Menulis kepentingan kajian, skop dan batasan kajian dan definisi konseptual dan operasional

3

6. Memilih dan menilai literatur terkini yang berkaitan dan menulis sorotan literatur

6

7. Menulis reka bentuk kajian 3

8. Mengenal pasti populasi dan sampel kajian 3

10

Page 11: buku panduan thesis

9. Memilih dan membina alat kajian 3

10. Merancang langkah untuk mengesah dan menentukan kebolehpercayaan instrumen penyelidikan serta menulis tatacara penyelidikan

3

11. Menganalisis data 3

12. Melengkapkan penulisan kertas cadangan 3

Jumlah 42

PENILAIAN : Kerja Kursus Peperiksaan Akhir

70%30%

RUJUKAN : 1. Ary, D., Jacobs, L. C., Razavieh, A., & Sorensen, C. (2006). Introduction to research in education (7th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth.

2. Creswell, J.W. (2005). Educational research. Upper Saddle River: Prentice Hall.

3. Mertler, C. A., & Charles, C. M. (2005). Introduction to educational research (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

4. Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

5. Thorkildsen, T. A. (2005). Fundamentals of measurement in applied research. Boston: Allyn & Bacon.

11

Page 12: buku panduan thesis

Lampiran 2

NAMA KURSUS : PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR(Final Year Academic Project)

KOD KURSUS : FCE 4999

KREDIT : 6 (0+6)

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR

: 240 jam per semester

PRASYARAT : FCE 3900

HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat:1. merumus data yang diperoleh daripada kajian (C6)2. menulis laporan projek ilmiah lengkap (P7)3. melaksanakan projek ilmiah secara beretika (A5, EM3) 4. membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh (CTPS5)

SINOPSIS : Kursus ini meliputi penyediaan dan pembentangan kertas cadangan kajian, melaksanakan kajian berdasarkan kertas cadangan yang diluluskan, menganalisis dan menginterpretasi data, penulisan dan pembentangan laporan akhir.

(This course encompasses the preparation and presentation of a research proposal, conducting research according to the approved proposal, analyzing and interpreting data, writing and presentation of a final report.)

PENILAIAN : Kerja kursus

100%

RUJUKAN : 1. Ary, D., Jacobs, L. C., Razavieh, A., & Sorensen, C. (2006). Introduction to research in education (7th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth.

2. Creswell, J.W. (2005). Educational research. Upper Saddle River: Prentice Hall.

12

Page 13: buku panduan thesis

3. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Manual kajian tindakan. Shah Alam: Giga Wise Network.

4. Khalid Johari (2003). Penyelidikan dalam pendidikan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

5. Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal dan tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution.

Lampiran 3

PERKHIDMATAN UTAMAPRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR(AKADEMIK & ANTARABANGSA)Kod Dokumen: PU/PS/BR06/AJR

BORANG PENDAFTARAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR/KERTAS PROJEK RESITAL

(SEMESTER _______ SESI ______)

Projek Ilmiah Tahun Akhir Kertas Projek Resital

Nama Kursus :

Kod Kursus :

Jam Kredit :

Semester :

Nama Pelajar :

Nombor Matrik :

Alamat Semester :

No. Tel :

Program :

Minor (Jika Berkenaan) :

13

Page 14: buku panduan thesis

PNGK (CGPA) :

Tajuk ProjekPilihan Pertama :

Pilihan Kedua :

Pilihan Ketiga :

Tandatangan :

Tarikh :

Tandatangan dan Cop Penyelia

14

Page 15: buku panduan thesis

Lampiran 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAFAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

FORMAT CADANGAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (FCE4999)

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan1.2 Pernyataan masalah1.3 Objektif kajian1.4 Persoalan atau hipotesis kajian1.5 Kepentingan kajian1.6 Skop dan batasan kajian1.7 Definisi konsep dan operasional1.8 Rumusan

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan2.2 Sub topik 12.3 Sub topik 2

2.3.1 Sub sub topik 12.3.2 Sub sub topik 2

2.4 Sub topik 3

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan3.2 Reka bentuk kajian3.2 Populasi Kajian

3.2.1 Pemilihan saiz sampel3.2.2 Teknik Persampelan3.2.3 Sampel Kajian

3.3 Instrumen kajian (termasuk keesahan, kebolehpercayaan instrumen)3.4 Prosedur pengumpulan data3.5 Analisis Data3.6 Rumusan

15

Page 16: buku panduan thesis

RUJUKAN/BIBLIOGRAFIAPENDIKS (termasuk (i) instrumen berkaitan, (ii) Jadual kerja projek dan (iii) Anggaran perbelanjaan/bajet)

Nota: Untuk memetik rujukan dalam teks dan menyenaraikannya dibahagian ‘RUJUKAN’ pelajar hendaklah menggunakan stail APA edisi keenam (atau yang terkini). Pelajar juga boleh merujuk stail APA berkaitan dengan melihat laman sesawang berikut: http://apastyle.org

16

Page 17: buku panduan thesis

Lampiran 5

CADANGAN

PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (FCE4999)

TAJUK PROJEK ILMIAH(Uppercase, centred, bold, Tahoma, 12-point font)

Oleh

NAMA PELAJAR NO. MATRIK & PROGRAM PENGAJIAN

(Uppercase, centred, bold,Tahoma, 12-point font)

Saya menperakukan bahawa cadangan projek ilmiah tahun akhir ini diluluskan untuk dilaksanakan oleh pelajar yang tersebut di atas.

Tanda tangan: ___________________________ Nama Penyelia

Nama JabatanFakulti Pengajian Pendidikan

17

Page 18: buku panduan thesis

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Lampiran 6

PERKHIDMATAN UTAMAPRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)Kod Dokumen: PU/PS/BR07/AJR

BORANG PELAKSANAAN PROJEK ILMIAH TAHUNAKHIR /KERTAS PROJEK RESITAL (SEMESTER _______ SESI ______)

Projek Ilmiah Tahun Akhir Kertas Projek Resital

Nama Pelajar : ________________________________________________________________________

Nombor Matrik : ________________________________________________________________________

Program : ________________________________________________________________________

Kod Kursus : ________________________________________________________________________

Nama Penyelia : ________________________________________________________________________

Bil Tarikh Penyeliaan Ulasan /Catatan penyelia Tandatangan

PelajarTandatangan

Penyelia

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

18

Page 19: buku panduan thesis

Tandatangan dan Cop PenyeliaLampiran 7

Tarikh:

Kepada:

Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri ...................

Y. Bhg Dato’/Dato’/Tuan/Puan.

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN/PENULISAN ILMIAH

Dengan hormatnya diperakui bahawa pelajar di bawah ialah pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan telah mendaftar untuk mengikuti kursus seperti yang dinyatakan.

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIK :

PROGRAM :

KOD & NAMA KURSUS :

TAJUK PENYELIDIKAN :

Pelajar ini dikehendaki membuat satu penyelidikan/ penulisan ilmiah seperti tajuk di atas. Maklumat yang diperlukan boleh didapati berdasarkan penyelidikan/ tinjauan di institusi tuan. Oleh yang demikian Fakulti sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi keizinan serta bantuan kepada pelajar ini ketika membuat penyelidikan/ tinjauan.

Segala kerjasama yang tuan berikan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERILMU BERBAKTI’

Yang benar,

19

Page 20: buku panduan thesis

Nama Pensyarah / PenyeliaLampiran 8

UPM/FPP/TDPS/8.39

Tarikh:

Alamat Sek. / Tempat Ingin Dituju:

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN/PENULISAN ILMIAH

Dengan hormatnya diperakui bahawa pelajar di bawah ialah pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan telah mendaftar untuk mengikuti kursus seperti yang dinyatakan.

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIK :

PROGRAM :

KOD & NAMA KURSUS :

TAJUK PENYELIDIKAN :

Pelajar ini dikehendaki membuat satu penyelidikan/ penulisan ilmiah seperti tajuk di atas. Maklumat yang diperlukan boleh didapati berdasarkan penyelidikan/ tinjauan di institusi tuan. Oleh yang demikian Fakulti sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi keizinan serta bantuan kepada pelajar ini ketika membuat penyelidikan/ tinjauan.

Segala kerjasama yang tuan berikan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERILMU BERBAKTI’

Yang benar,

20

Page 21: buku panduan thesis

Nama Pensyarah / Penyelia

Lampiran 9

1. Semester/Sesi Pengajian : ______________________________________________________________

2. Nama Pelajar : ______________________________________________________________

3. No. Matrik : ______________________________________________________________

4. Tajuk Projek : ______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

5. Nama Penyelia : ______________________________________________________________

6. Nama Penilai : ______________________________________________________________

7. Tarikh Pembentangan : ______________________________________________________________

PERKHIDMATAN UTAMAPRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR(AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Kod Dokumen: PU/PS/BR38/AJR

BORANG PEMARKAHAN LAPORAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR(SEMESTER _______ SESI ______)

Bil. *Perkara yang Dinilai *Markah Penuh

Markah Nilaian

Catatan

1. Abstrak 102. Bab 1: Pendahuluan 103. Bab 2: Tinjauan Literatur 104. Bab 3: Metodogi 105. Bab 4: Hasil Kajian dan Perbincangan 106. Bab 5: Kesimpulan, Implikasi dan Cadangan 107. Rujukan dan Lampiran 58. Keaslian Penulisan 5

JUMLAH 70

*kandungan perkara yang dinilai dan wajaran markah boleh diubahsuai mengikut keperluan program pengajian

21

Page 22: buku panduan thesis

B. KEMAJUAN PROJEK

Markah Penuh Markah Nilaian Catatan

Tandatangan dan Cap Penyelia : Tarikh:

22

Page 23: buku panduan thesis

PANDUAN PEMARKAHAN LAPORAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

Markah Penuh

Markah Nilaian

1. Abstrak:- penyata masalah. - objektif dan soalan. - reka bentuk dan instrumen kajian.- dapatan utama kajian. - perbincangan dan cadangan kajian.

22222

subjumlah 10 2. Bab 1:

a) Tajuk Kajian - Tajuk menggambarkan apa yang ingin dikaji iaitu bersesuaian

dengan objektif dan kaedah kajian1

b) Pengenalan- Latar belakang kajian jelas.- Justifikasi kajian munasabah.- Kajian ini perlu di jalankan

1

c) Permasalahan kajian- Huraian yang diberi jelas, sesuai, mencukupi dan memberikan

gambaran tentang masalah yang membuatkan kajian ini perlu dijalankan.

- Huraian mengambilkira isu semasa dalam bidang yang dikaji

2

d) Objektif kajian dan hipotesis kajian (jika ada)- Terdapat objektif umum dan objektif kusus.- Objektif sesuai dengan kajian yang dilaksanakan.- Objektif dinyatakan dengan jelas- Soalan kajian atau hipotesis yang dikemukakan adalah jelas dan

selaras dengan objektif kajian- Jika hipotesis diperlukan, ia dinyatakan dengan jelas.

2

e) Skop dan kesesuaian kajian- Sesuai dengan tahap pengajian bachelor.- Sesuai dengan bidang pengajian/major.- Sesuai dengan kekangan masa.- Kajian ini menyumbang kepada ilmu atau bidang pengajian

berkenaan.

2

f) Definisi istilah, limitasi dan delimitasi- Definisi constitutive dan operasi dinyatakan.- Limitasi dan delimitasi kajian dinyatakan.- Andaian dinyatakan.

2

23

Page 24: buku panduan thesis

subjumlah 10

3. Bab 2:Tinjauan Literatur- Menepati tajuk kajian.- Meliputi pembolehubah yang dikaji.- Literatur berkaitan diulas, disintesis dan disusun berdasarkan urutan

isu yang dikemukakan dalam kajian.- Literatur berkaitan disorot secara ektensif dan meliputi yang

terkiniMelaporkan kajian dan penerbitan tempatan.- Penulisan memudahkan pembacaan.- Rumusan dibuat pada setiap isu utama.- Mengemukakan kerangka teori, kerangka konsep atau kerangka

kajian

10

4. Bab 3:Metodologi- Kaedah kajian diguna tepat- Rekabentuk kajian diguna tepat- Menerangkan cara yang diguna untuk mengawal ancaman kesahan

dalaman.- Populasi jelas.- Saiz sampel sesuai.- Kaedah persampelan tepat.- Alat kajian sesuai.- Kaedah penetuan kesahan diterangkan dengan jelas.- Kaedah penentuan kebolehpercayaan alat kajian diterangkan dengan

jelas dan sesuai dengan alat kajian yang dicadangkan.- Alat kajian mempunyai keboleh percayaan yang sesuai.- Kaedah pengumpulan data diterangkan dengan jelas.- Menerangkan cara menganalisis data yang diguna menepati objektif,

persoalan dan hipotesis kajian.

10

5. Bab 4:Dapatan kajian- Bagi kajian kuantitatif, statistic yang diguna selaras dengan objektif

dan hipotesis kajian.- Cara pelaporan komponen 24tatistic sesuai.- Penerangan dapatan selaras dengan 24tatistic.- Data 24tatistic diinterpretasi dengan tepat.

10

6. Bab 5:Rumusan, perbincangan dan cadangan

24

Page 25: buku panduan thesis

- Rumusan merangkumi Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan dapatan kajian disediakan.

- Hasil dapatan kajian dibincangkan.- Hasil perbincangan dikaitkan dengan dapatan kajian lain.- Cadangan yang diberi munasabah dan berdasarkan dapatan kajian.

10

7. Rujukan dan lampiranRujukan- Sekurang-kurangnya 75 % rujukan terdiri daipada lima tahun yang

terkini.- Rujukan ditulis dengan lengkap dan mengikut format APA.- Lampiran

5

8. Keaslian penulisan 5JUMLAH 70

25

Page 26: buku panduan thesis

Lampiran 10

PERKHIDMATAN UTAMAPRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Kod Dokumen: PU/PS/BR30/AJR

BORANG PEMARKAHAN PEMBENTANGAN SEMINAR PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

(SEMESTER _______ SESI ______)

1. Semester/Sesi Pengajian : ____________________________________________________________2. Nama Pelajar : ____________________________________________________________3. No. Matrik : ____________________________________________________________4. Tajuk Projek : ____________________________________________________________

____________________________________________________________

5. Nama Penyelia : ____________________________________________________________6. Nama Penilai : ____________________________________________________________7. Tarikh Pembentangan : ____________________________________________________________

Bil. Perkara yang Dinilai * Markah Penuh

Markah Nilaian Catatan

1. Pendahuluan: Objektif (am & khusus) dan/atau hipotesis 3

2. Tinjauan Literatur 3

3. Metodologi 3

4. Interpretasi Data, Integrasi Perbincangan Analisis dan Interpretasi Hasil Kajian 3

5. Kesimpulan 3

6.

Gaya Persembahan: Penampilan diri (contoh: pakaian, suara, kontak mata, menarik minat pendengar) dan penggunaan alat bantu (contoh: terang, lancar, dan berkesan)

10

7. Kemahiran menjawab soalan 5

JUMLAH 30

*kandungan perkara dan wajaran markah yang dinilai boleh diubahsuai mengikut keperluan program pengajian

26

Page 27: buku panduan thesis

Lampiran 11

PERKHIDMATAN UTAMAPRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)Kod Dokumen: PU/PS/BR28/AJR

BORANG PENERIMAAN BAHAN HASILAN PELAJAR (SEMESTER _______ SESI ______)

NAMA KURSUS : ______________________________________________________________________

KOD KURSUS : ______________________________________________________________________

BAHAN HASILAN : ______________________________________________________________________ (Contoh: Tugasan, laporan amali, kertaskerja, laporan kajian, lain-lain aktiviti yang

diberi markah)PENGESAHAN SERAH PENGESAHAN TERIMA

Bil No. Matrik

Nama Pelajar Tandatangan & Tarikh

Nama Penerima Tandatangan & Tarikh

Lampiran 12

27

Page 28: buku panduan thesis

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR

(a) Bahasa

Laporan akhir disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan menggunakan huruf Roman.

(b) Tajuk

Bilangan perkataan bagi tajuk tidak melebihi 20 perkataan.

(c) Muka surat

Teks, jadual dan gambarajah hendaklah dicetak pada satu muka kertas sahaja. Bilangan muka surat tidak melebihi 100 muka surat tetapi tidak termasuk jadual, gambarajah dan lampiran. Paparan muka surat adalah bentuk potret. Paparan landskap boleh digunakan bagi jadual dan gambarajah.

(d) Penomboran muka surat

Semua mukasurat bercetak hendaklah dinomborkan secara berikutan di tengah-tengah pada bahagian bawah mukasurat. Nombor mukasurat hendaklah secara bersedirian tanpa apa-apa tanda seperti braket, sempang dan sebagainya.

Mukasurat awalan sebelum Bab 1 hendaklah dinomborkan dengan angka Roman (i, ii, iii, …). Muka surat Tajuk tidak dinomborkan tetapi dikira sebagai muka surat i. Mukasurat 1 bermula dari halaman pertama Pengenalan (Bab 1) tetapi tidak dinomborkan.

(e) Kertas dan font

Kertas yang digunakan berwarna putih (80 g) saiz A4 (210 mm x 297 mm). Pelajar juga perlu sediakan kertas kosong bagi muka depan selepas kulit dan muka belakang sebelum kulit bagi laporan. Gunakan font Times New Roman bersaiz 12 point. Font berhuruf tebal boleh digunakan bagi tajuk. Teks dalam jadual dan nota kaki tidak boleh kurang dari font bersaiz 8 point. (f) Birai dan langkau

Bagi memudahkan penjilidan, birai kiri hendaklah 40mm. Birai kanan, atas dan bawah hendaklah 25 mm. Penulisan hendaklah menggunakan dua langkau antara baris, empat langkau antara perenggan dan seksyen. Yang berikut adalah satu langkau:

i. nota kaki (jika perlu);ii. petikan tiga baris atau lebih diengsot dan diset dalam blok;

iii. rujukan atau biblografi (kecuali antara kemasukan);iv. kapsyen berbaris (jadual dan gambarajah);v. lampiran seperti soal selidik, surat; dan

vi. tajuk dan subtajuk.

28

Page 29: buku panduan thesis

(g) Susun atur kandungan laporan

Laporan hendaklah menggunakan kulit keras kemudiannya diikuti oleh muka tajuk dan halaman kosong. Susun atur laporan selanjutnya adalah seperti jadual kandungan berikut:

JADUAL KANDUNGAN

Halaman

ABSTRACT ii

ABSTRAK iv

PENGHARGAAN vii

PENGESAHAN vii

PERAKUAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GAMBARAJAH xx

SENARAI SINGKATAN xvii

BAB

1 PENGENALAN 1

2 TINJAUAN LITERATUR 20

3 METODOLOGI 35

4 DAPATAN KAJIAN 55

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 70

29

Page 30: buku panduan thesis

RUJUKAN 90

LAMPIRAN 96

(h) Kulit dan tulang belakang

Kulit keras bewarna merah hati dan teks bewarna emas.

Tulang belakang Kulit

30

Page 31: buku panduan thesis

NAM

A PELAJAR PROJEK ILM

IAH TAHUN

AKHIR TA HUN

(Huruf tebal, font 20 point bew

arna emas)

TAJUK PROJEK(Tengah, huruf tebal, font saiz 18, bewarna emas)

NAMA PELAJAR(Tengah, huruf tebal, font saiz 18, , bewarna emas)

PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (Tengah, huruf tebal, font saiz 18, , bewarna emas)

TAHUN(Tengah, huruf tebal, font saiz 18, , bewarna emas)

(i) Halaman tajuk

31

Page 32: buku panduan thesis

TAJUK PROJEK(Tengah, huruf tebal, saiz font 12 )

Oleh

NAMA PELAJAR(Tengah, huruf tebal, saiz font 12 )

Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir Dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,

sebagai memenuhi keperluan untuk Kursus FCE4999

Bulan dan Tahun

(j) Halaman abstrak

32

Page 33: buku panduan thesis

Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir Dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,

sebagai memenuhi keperluan untuk Kursus FCE4999

TAJUK PROJEK

Oleh

Nama Pelajar

Bulan dan Tahun

Penyelia: (Nama Penyelia)Fakulti Pengajian Pendidikan

Penulisan abstrak antara 300-500 perkataan.

(k) Halaman pengesahan

33

Page 34: buku panduan thesis

Saya mengesahkan bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir bertajuk (tajuk projek) oleh (nama pelajar) memenuhi keperluan untuk Kursus FCE4999.

(Tandatangan)-------------------------------------------(Nama Penyelia)(Nama Jabatan)Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra MalaysiaTarikh:

(l) Halaman pengakuan

34

Page 35: buku panduan thesis

PENGAKUAN

Saya memperakui bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa laporan ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain.

(Tandatangan)-------------------------------------------NAMA CALON

Tarikh:

(m) Umum

Panduan lain boleh dirujuk kepada naskah Guide to Thesis Preparation, UPM (2007).

35