thesis saya

18
BAB 1 PENGENALAN Dalam bab satu ini, saya menerangkan latar belakang kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian serta membincangkan terma-terma yang digunakan sepanjang menjalankan kajian ini. 1.1 Pendahuluan Ponteng sekolah adalah masalah yang sering berlaku dikalangan pelajar. Ia perlu diambil perhatian kerana remaja adalah pewaris dan aset negara pada masa akan datang dan mereka akan memimpin negara ini. Ponteng boleh didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (KamusDewan : 1979). Secara umum, ia boleh difahamkan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga boleh dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidakberdisiplindanbermoralrendah. Masalah ponteng ini hangat diperkatakan sejak kesan daripada era globalisas ini walaupun terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah. Menurut Rasidah Binti Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke

Upload: candace-munoz

Post on 27-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Thesis Saya

BAB 1

PENGENALAN

Dalam bab satu ini, saya menerangkan latar belakang kajian, persoalan kajian, objektif kajian,

kepentingan kajian, skop kajian serta membincangkan terma-terma yang digunakan sepanjang

menjalankan kajian ini.

1.1 Pendahuluan

Ponteng sekolah adalah masalah yang sering berlaku dikalangan pelajar. Ia perlu

diambil perhatian kerana remaja adalah pewaris dan aset negara pada masa akan datang dan

mereka akan memimpin negara ini.

Ponteng boleh didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa

kebenaran (KamusDewan : 1979). Secara umum, ia boleh difahamkan tidak hadir ke sekolah

tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga boleh dikaitkan

dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidakberdisiplindanbermoralrendah. Masalah

ponteng ini hangat diperkatakan sejak kesan daripada era globalisas ini walaupun terdapat

pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah.

Menurut Rasidah Binti Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai

ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa

yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya

dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks

membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.

Perangkaan bagi gejala ponteng sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (1993, 1995 dan 1997), peratusan salah laku disiplin yang telah di rekodkan

pada tahun-tahun berikut ialah 1993 (34%), 1995 (14.3%) dan 1997 (81.9%). Namun, statistik

terbaru yang dipetik dari ucapan Yb.Dato’ HishammuddinTun Hussein (2004) menyatakan

bahawa, hanya 2 peratus pelajar terlibat dengan salah laku disiplin.

Page 2: Thesis Saya

Menurut analisa Unit Disiplin, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

(1999) mendapati bahawa sebahagian besar salah laku yang telah dilakukan oleh pelajar adalah

kesalahan jenis kecil iaitu ponteng sekolah (0.67%), ponteng kelas (0.48%), lewat datang sekolah

(0.38%), pakaian sekolah tidak mengikut peraturan (0.20%), mengganggu pengajaran (0.15%)

dan berambut panjang (0.13%). Berdasarkan data ini, masalah ponteng tetap memberi peratusan

yang tinggi berbanding dengan salah laku yang lain.

Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng sekolah

merupakan salah satu di antara sembilan jenis tingkah laku pelanggaran disiplin oleh pelajar

disamping jenis-jenis tingkah laku yang lain. Hasil daripada kajian Unit Disiplin Bahagian

Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1991), didapati bahawa kes ponteng sekolah

mencatat peratus kekerapan yang tertinggi dibandingkan dengan kes-kes yang lain iaitu sebanyak

15%.

Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan

Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah adalah kategori salah laku

yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar ponteng sekolah. Faktor-

faktor ini yang menggalakkan para pelajar ponteng. Faktor-faktor ini boleh disebabkan oleh diri

seperti sikap dan motivasi, keluarga seperti pergaulan dan amalan, rakan seperti pergaulan dan

keperayaan, sekolah seperti persekitaran dan pengurusan dan guru seperti sikap dan kaedah

mengajar. Faktor-faktor ini adalah faktor-faktor yang biasa di kaji oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu.

Page 3: Thesis Saya

1.2 Pernyataan Masalah

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN UNIT HAL EHWAL MURID 2013.

Statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran 5 tahun (2008

hingga 2012).

Jadual 1

Jadual 1 diatas menunjukkan bahawa perbandingan tahun yang direkodkan oleh

Kementerian Pelajaran sepanjang 5 tahun iaitu dari tahun 2008 sehingga tahun 2012.

Page 4: Thesis Saya

Jadual 2

Jadual 2 diatas menunjukkan bahawa perbandingan yang direkodkan oleh Kementerian

Pelajaran di antara pelajar sekolah rendah dan menengah pada tahun 2012 mengikut jenis

kesalahan tingkah laku diatas. Berdasarkan jadual diatas, saya dapati bahawa pelajar sekolah

menengah yang paling banyak melakukan ponteng sekolah.

Menurut Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’Mahadzir Mohd Khir, pelajar tingkatan

dua dan tiga dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling ramai ponteng sekolah pada tahun 2003

dan kebanyakan mereka menuntut di sekolah sekolah dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.

Menurut beliau lagi, seramai 34,628 pelajar terlibat dengan salah laku ponteng ini daripada

keseluruhan lima juta pelajar di negara ini termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Daripada jumlah itu, seramai 99 peratus adalah pelajar lelaki dan merupakan 0.78 peratus

daripada keseluruhan jumlah pelajar. Namun menurut beliau, bilangan ini menurun berbanding

tahun 1999 iaitu 38,053 pelajar dan kebanyakan pelajar menghabiskan masa pergi ke pusat-pusat

hiburan.

Menurut Mustaza (1994) dan Hamidah (1999) dalam Ropiah (2005) pula, kajiannya telah

meneliti beberapa faktor yang mendorong kepada salah laku ponteng iaitu faktor individu dan

keluarga, faktor persekolahan dan persekitaran sekolah. Manson dan Edie (1998) menyatakan

bahawa, sikap guru adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng pelajar.

Page 5: Thesis Saya

Di dalam laporan Harian Metro, Rabu 9 April 2014 melaporkan bahawa 56 pelajar

ditahan kerana ponteng dalam satu Operasi Ops Kobra di Gombak. Dalam pada itu, Penolong

Ehwal Murid PPD Gombak Sulaiman Bukhari Amir berkata, peningkatan peratusan pelajar yang

dibuang sekolah semakin meningkat kini menyebabkan pihaknya menjalankan operasi bagi

membanteras masalah berkenaan. Katanya lagi, pelajar bermasalah dalam ponteng sekolah atas

dua faktor iaitu pengaruh rakan sebaya dan masalah keluarga di rumah.

Menurut Johari Bin Hassan dan Nik Selma Bt Muhammad (2010)

menyatakanbahawaterdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar rmelibatkan diri dalam

gejala ponteng sekolah, diantaranya adalah disebabkan faktor sikap pelajar, rakan sebaya,

keluargadan guru. Selainitu, faktor-faktor persekitaran sekolah, pengurusan sekolah dan

prasarana sekolah juga boleh menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng

sekolah. Namun, di dalam kajian ini, saya hanya akan mengenal pasti sejauh manakah faktor-

faktor guru, rakan sebaya dan keluarga yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng

sekolah. Di samping itu, saya juga akan cuba mengenal pasti faktor manakah yang lebih

mendorong pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

1.3 Persoalan Kajian

Adakah terdapat hubungan antara faktor guru dengan pelajar ponteng sekolah?

Adakah terdapat hubungan antara faktor rakan sebaya dengan pelajar ponteng sekolah?

Adakah terdapat hubungan antara faktor keluarga dengan pelajar ponteng sekolah?

1.4 Objektif Kajian

Untuk mengenal pasti hubungan antara faktor guru dengan pelajar ponteng sekolah.

Untuk mengenal pasti hubungan antara faktor rakan sebaya dengan pelajar ponteng

sekolah.

Untuk mengenal pasti hubungan antara faktor keluarga dengan pelajar ponteng sekolah.

Page 6: Thesis Saya

1.5 Definisi Terminologi

Istilah atau terminologi yang digunakan dalam kajian ini akan diterangkan secara ringkas bagi

mengelakkan kekeliruan pembaca.

1. FAKTOR – Perkataan ‘Faktor’ bermaksud unsur atau sebab yang menyumbang kepada

sesuatu hasil. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002: 348)

2. PELAJAR – ‘Pelajar’ membawa maksud orang yang belajar (seperti murid, penuntut di

maktab dan dsb), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). (Kamus Dewan Edisi Ketiga,

1994 : 18)

3. PONTENG – ‘Ponteng’ membawa maksud lari daripada tugas. (Kamus Dewan Edisi

Ketiga, 2002 : 1050)

4. SEKOLAH – ‘Sekolah’ pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima

dan memberi pelajaran, masa belajar di sekolah. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 :

1211)

5. PONTENG SEKOLAH – ‘Ponteng Sekolah’ yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah

pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang surat akuan sakit atau pun surat akuan

ibu bapa yang menyatakan sebab pelajar tidak hadir ke sekolah.

Page 7: Thesis Saya

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Dalam bab dua ini, saya menerangkan mengenai kajian-kajian yang lepas yang telah dijalankan

oleh para pengkaji lain mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah di

kalangan pelajar sekolah menengah.

2.1 Punca Guru

Laporan keciciran Kementerian Pelajaran Malaysia (1973) menyatakan bahawa prestasi

akademik yang rendah mempunyai kaitan dengan masalah ponteng. Laporan itu juga

menyatakan bahawa guru juga boleh mempengaruhi tingkah laku ponteng melalui proses

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, cara dan gaya pengajaran guru perlu diambil perhatian

kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak ponteng kelas dan ia juga dapat

mendatangkan rasa bosan dan benci pelajar sekaligus menyebabkan mereka ponteng kelas.

Di dalam kajian yang dilakukan oleh Abd. Karim Desa (1994), beliau menyatakan

bahawa guru mempunyai peranan yang penting dalam menarik minat pelajar dengan cara

mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar tidak

akan ponteng kelas kerana guru mempelbagaikan kaedah semasa mengajar iaitu dengan

peratusan sekitar 90%. Ini membuktikan bahawa guru berperanan besar dalam menangani

masalah ponteng di kalangan anak didiknya.

Jaafar (1977), dalam kajiannya telah menyatakan dapatan kajian yang dibuat oleh

Pejabat Pelajaran Daerah kepada lima buah sekolah di Kuala Lumpur, 18 buah sekolah di Klang,

10 buah sekolah di Petaling Jaya dan 12 buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Kajian mendapati

bahawa sikap guru yang terlalu garang akan menganggu konsep kendiri yang mengakibatkan

pelajar berasa takut kepada guru dan menyebabkan mereka ponteng sekolah.

Menurut pendapat Smink dan Reimer (2005), isi mata pelajaran yang tidak berkaitan

atau kurang rangsangan, kerja sekolah yang kurang mencabar dan hubungan yang rapuh antara

guru dan pelajar merupakan faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran. Situasi ini perlu

di ubah oleh guru dalam menarik minat pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah atau belajar.

Page 8: Thesis Saya

Ismail Darus (1981) yang menyatakan peraturan dan disiplin yang ketat boleh

mengakibatkan berlakunya ponteng. Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal boleh

mengakibatkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan seterusnya mendorong pelajar melakukan

salah laku ponteng sekolah.

Menurut Matsumoto (1982), perhubungan individu yang lemah diantara guru dengan

pelajar merupakan salah satu sebab yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Manja Mohd

Ludin (1990) juga turut menyatakan bahawa kurang prihatin daripada guru terhadap pelajar akan

menyebabkan berlakunya salah laku ponteng sekolah.

Menurut Olweus (1978), guru yang memalukan pelajar, menyindir, dan mengejek, adalah

faktor utama pelajar ponteng. Kesan perbuatan ini menyebabkan pelajar kurang keyakinan diri

dan hilang rasa hormat kepada guru mereka. Polit (2001), dalam kajiannya mendapati bahawa

kesan kekecewaan pelajar terhadap pelajaran telah mengakibatkan mereka benci terhadap guru-

guru dan program sekolah. Pelajar ini akan mencari jalan keluar dengan melakukan ponteng

sekolah.

2.2 Punca Rakan Sebaya

Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga

antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan

rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan

ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam

salah laku seperti ponteng sekolah dan gangsterisme. Ini kerana rakan sebaya adalah individu

yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mustaza Abu Amin (1994), mendapati bahawa

13.3% pelajar yang ponteng sekolah atau kelas akan bersama-sama rakan dan berada di tempat

yang sunyi seperti belukar, rumah kosong dan sebagainya untuk mengelak daripada dilihat oleh

orang ramai yang akan melaporkan kepada sekolah atau polis.

Menurut kajian Merton (1938), zaman remaja merupakan peringkat umur yang penuh

dengan cabaran. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan kajian Erikson (1965), peringkat umur

remaja ialah peringkat membentuk indentiti sendiri seperti tingkah laku, memilih rakan sebaya,

Page 9: Thesis Saya

cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh, pelajar tersebut akan tertekan

dan cenderung untuk melanggar disiplin sekolah seperti ponteng sekolah.

Bakhtiar Mansor (1977) yang menyatakan rakan sebaya boleh membawa seseorang

pelajar untuk mengenal dunia kebaikan dan keburukan terutamanya pada diri sendiri. Selain itu,

Manja Mohd Ludin (1990) juga menyatakan rakan sebaya menjadi pendorong kepada pelajar

untuk ponteng. Berlakunya keadaan sedemikian kerana rakan sebaya merupakan individu yang

mudah menerima cita rasa atau pembaharuan yang dibawa oleh rakan lain.

Manja Mohd Ludin (1990) dan Jaafar Abdul Rahim (1977) menyatakan bahawa pelajar-

pelajar yang tidak datang ke sekolah disebabkan oleh ajakan kawan dan terpengaruh dengan

rakan yang tidak hadir.

2.3 Punca Keluarga

Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti

sosial seperti ponteng sekolah turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu

sendiri. Hal ini disahkan oleh Ismail Daros (1981), melalui dapatan kajiannya menunjukkan

bahawa terdapat enam elemen berlakunya ponteng sekolah. Di antaranya ialah faktor keluarga.

Menurutnya, kelemahan sosialisasi dalam keluarga dan tiada galakan daripada ibu bapa

menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar dan berasa bosan

terhadap sekolah.

Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993),

merujuk punca salah laku di kalangan pelajar seperti ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor.

Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi di mana kajian yang telah dijalankan pada

tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor

kekeluargaan, 4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh

faktor persekolahan. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran

keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap,

nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran

Page 10: Thesis Saya

keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli

di dalamnya.

Mengikut Renfrew (1997), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil

dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran

seseorang dalam alam dewasa. Manakala di Jerman , pelajar yang kerap kali tidak hadir ke

sekolah tanpa sebarang alasan yang sah atau benar akan diambil perhatian oleh pihak sekolah.

Jikalau ibu bapa menolak untuk menghantar ke sekolah atau tidak mampu mengawal anak-anak

mereka daripada terjebak dengan masalah ponteng sekolah, perkhidmatan tempatan kanak-kanak

atau perkhidmatan sosial akan berperanan untuk meminta pihak polis menghantar pelajar-pelajar

yang tanpa penjagaan baik dari ibu bapa mereka ke sekolah.

Menurut Jacobvit (1996), kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga

dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku devian seperti ponteng dan salah laku.

Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau

kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak. Kebanyakan tingkah laku antisosial

remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga.

Menurut Dishion (1991), menyatakan bahawa usaha ke arah pemantapan institusi

kekeluargaan dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di

kalangan remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian

besarnya bertitik-tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud

dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut.

Pelbagai kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya

adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah.

2.4 Kesimpulan

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa faktor guru, rakan sebaya dan

keluarga mempunyai hubungan dengan gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Bab

seterusnya saya akan membincangkan tentang metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini

termasuklah pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini, reka bentuk

kajian, kerangka teori, sampel kajian dan sebagainya

Page 11: Thesis Saya

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pembolah Ubah Kajian

Pemboleh ubah pemboleh ubah ynag digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada dua jenis

pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Terdapat

satu pemboleh ubah bersandar dan tiga pemboleh ubah tidak bersandar di dalam kajian ini.

Pemboleh Ubah Bersandar

Pemboleh ubah bersandar di dalam kajian ini ialah pelajar ponteng sekolah. Pemboleh ubah ini

disandarkan kepada tiga pemboleh ubah yang tidak bersandar yang telah dikaji hubungannya

bersama pemboleh ubah bersandar ini.

Pemboleh Ubah Tidak Bersandar

Terdapat tiga pemboleh ubah tidak bersandar yang telah dikaji dalam kajian ini. Tiga pemboleh

ubah tidak bersandar tersebut ialah guru, rakan sebaya dan keluarga.

a) Guru.

b) Rakan Sebaya.

c) Keluarga.

Kerangka Teori

Dalam kerangka teori ini, pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada tiga kategori iaitu

guru, rakan sebaya dan keluarga. Pemboleh ubah bersandar pula ialah pelajar ponteng sekolah.

Pemboleh ubah bersandar dalam rajah di bawah diwakili dengan huruf ‘PB’, manakala untuk

pemboleh ubah tidak bersandar pula diwakili dengan huruf ‘PTB’.

Page 12: Thesis Saya

PTB PB

Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura (1977)

Hipotesis Kajian

Terdapat tiga hipotesis kajian yang ingin diuji oleh saya dalam kajian ini. Hipotesis-hipotesisnya adalah seperti berikut :

H1 : Guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelajar ponteng sekolah.

H2 : Rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelajar ponteng sekolah.

H3 : Keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelajar ponteng sekolah.

RAKAN SEBAYA

KELUARGA

GURU

PELAJAR PONTENG SEKOLAH

Page 13: Thesis Saya

SENARAI RUJUKAN

Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu Kajian Kes Di Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Mohamed Sharif Bin Mustaffa &

Hazni Binti Abdul Ghani. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (2010)

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Johor.Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, How Lee Chan. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia. (2007)

Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu

Kajian Kes. Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil. Faculty Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. (2012)

Faktor Yang Mendorong Pelajar Felda Ponteng Sekolah : Satu Kajian Di Sekolah Menengah Air

Tawar, Kota Tinggi, Johor. Asma Nabihah Binti Abd Rahman. (2004)