bab 1 thesis

41
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam proses melahirkan modal insan yang seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, daya kepimpinan individu menjadi aspek yang penting. Pemimpin atau kepemimpinan, tidak mesti ada sebuah organisasi yang dibawahnya mesti mengendalikan ramai kakitangan atau kerani, tetapi minimal adalah menjadi pemimpin bagi diri sendiri yang akan mempertanggungjawabkan apa yang telah kita perbuat sebagai pertanggung jawaban atas eksistensi sebagai pelaku sosial. Sebagai seorang pemimpin, tentunya adalah pemimpin, oleh kerana itu dalam memajukan sekolah yang dipimpin seorang pemimpin atau setiap kepemimpinan memiliki Gaya (style) tersendiri.Gaya kepemimpinan, tentunya tidak terbatas tetapi boleh sahaja mengarah kepada Performan, dan Komunikasi dalam berinteraksi dengan masyarakat organisasi yang di pimpin atau dibawah kepemimpinannya, dalam pendidikan (sekolah) maka bagaimana gaya kepemimpinannya iaitu bagaimana 1

Upload: jayappriya

Post on 21-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bab 1

TRANSCRIPT

CHAPTER 1

BAB1

PENDAHULUAN

1.1Pengenalan

Dalam proses melahirkan modal insan yang seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, daya kepimpinan individu menjadi aspek yang penting. Pemimpin atau kepemimpinan, tidak mesti ada sebuah organisasi yang dibawahnya mesti mengendalikan ramai kakitangan atau kerani, tetapi minimal adalah menjadi pemimpin bagi diri sendiri yang akan mempertanggungjawabkan apa yang telah kita perbuat sebagai pertanggung jawaban atas eksistensi sebagai pelaku sosial. Sebagai seorang pemimpin, tentunya adalah pemimpin, oleh kerana itu dalam memajukan sekolah yang dipimpin seorang pemimpin atau setiap kepemimpinan memiliki Gaya (style) tersendiri.Gaya kepemimpinan, tentunya tidak terbatas tetapi boleh sahaja mengarah kepada Performan, dan Komunikasi dalam berinteraksi dengan masyarakat organisasi yang di pimpin atau dibawah kepemimpinannya, dalam pendidikan (sekolah) maka bagaimana gaya kepemimpinannya iaitu bagaimana seorang pemimpin berkomunikasi dengan para Guru disekolah selaku sebagai seorang pemimpin.

Pertanyaanya sekarang adalah Bagaimana Gaya kepemimpinan jika seorang pemimpin tersebut adalah seorang wanita (jantina), kemudian bagaimana dia memotivasi para Guru di sekolah kerana Gaya kepemimpinan yang kita bincangkan kembali dari tajuk hasil kajian ini adalah berada dalam konteks sekolah. Motivasi juga berkait rapat dengan kepemimpinan, dan kesemuanya itu menjadi Salah satu karakteristik utama yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin adalah kemampuannya untuk memotivasi orang lain dalam mencapai tujuan atau misi dari organisasinya.

1.2Latar Belakang Kajian

Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa kehadiran wanita sebagai pemimpin dalam organisasi yang secara puratanya didominasi oleh golongan lelaki boleh menimbulkan masalah, kerana terdapat perbezaan jangkaan dari anggota organisasi mengenai peranan mereka sebagai pemimpin dan sebagai seorang wanita . Perbezaan dalam jangkaan ini boleh menimbulkan konflik kepada kaum wanita kerana piawai mengenai tingkah laku pemimpin yang berkesan dan berkualiti sering diasaskan kepada tingkah laku dan kualiti pemimpin lelaki (Gutek dan Morasch, 1 982; Eagly, 1 992). Sedangkan ini bertentangan dengan proses sosialisasi yang mereka lalui sebagai seorang wanita. Wanita disosialisasikan untuk memainkan peranan yang berbeza dengan lelaki dan faktor ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam tingkah laku wanita (Haslett, Geiss dan Carter, 1 992; Lipmen - Blumen, 1 992).

Kajian ini akan meneroka bagaimanakah pemimpin wanita bertingkahlaku sebagai seorang pemimpin dan juga bagaimana pimpinan wanita terhadap tahap motivasi guru. Bagi membolehkan kajian ini dibincangkan dengan lebih jelas, maka perlu diletakkan dalam konteks yang sesuai. Dengan itu penyelidik terlebih dahulu akan memberi maklumat latar belakang mengenai kedudukan wanita sebagai pemimpin secara umum dan khusus di peringkat sekolah.

Kedudukan wanita sebagai pemimpin di Malaysia, faktor pendidikan telah membuka peluang bagi kaum wanita untuk turut serta dalam pembangunan negara (Robiah , 2000). Pada hari ini terdapat pekerja wanita dalam pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta termasuk jawatan-jawatan yang pada suatu masa dahulu hanya di monopoli oleh kaum lelaki.

1.3Pernyataan Masalah

Keupayaan pemimpin wanita menjalankan tugas kepimpinan di sekolah mungkin diragui oleh guru-guru bawahan, terutama guru-guru lelaki. Ini disebabkan oleh berlakunya keraguan, iaitu ia akan memberi kesan terhadap kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Menurut Langer & Baris-Schacter (2003), pemimpin wanita juga berhadapan dengan cabaran peribadi, iaitu harapan masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat penyayang.

Selain itu, pemimpin wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi dualism dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pemimpin di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjwab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter 2003). Wanita juga seringkali dianggap mengalami halangan, gagal menyelesaikan masalah dan pembuat keputusan yang tidak cekap. Baron (1987), mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki kerana tidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti berikut : (1) Wanita tidak begitu yakin, (2) Wanita mempunyai kurang pengaruh atau kuasa, (3) Wanita kurang bijak berurusan, (4) Wanita Kadang-kadang terlalu mendesak.

Tambahan pula kajian yang dijalankan oleh Abdul Ghani Abdullah (2006) menyatakan pertambahan bilangan pengurus wanita di peringkat sekolah tidak dapat diketepikan lagi kerana berdasarkan data statistik Kementerian Pelajaran Malaysia (2014) didapati seramai 292,696 orang guru ialah wanita daripada jumlah guru seramai 420854 orang iaitu sebanyak 69% orang adalah guru wanita. Jadi tidak dapat dinafikan bahawa jumlah guru wanita yang besar ini yang akan memenuhi kebanyakan jawatan pemimpin pada masa kelak.

1.4Objektif Kajian

a) Mengenalpasti gaya kepimpinan wanita dalam sesebuah sekolah yang dipimpin olehnya.

b) Mengenalpasti tahap motivasi guru di sekolah yang dipimpin oleh pemimpin wanita.

c) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi guru mengikut demografi (jantina,umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan)

d) Menyelidiki keberkesanan kepimpinan wanita dalam organisasi sekolah yang dipimpinnya dengan gaya kepimpinan yang dipraktikan.

e) Mengenalpasti kualiti kerja berkesan yang diterapkan oleh pemimpin dengan gaya kepimpinan yang diamalkan dalam sekolah.

1.5Soalan Kajian

Penyelidikan ini dijalankan bagi menjawab objektif bagi penyelidikan berdasarkan beberapa persoalan penyelidikan seperti berikut:

a) Apakah gaya kepimpinan yang digunakan oleh seorang pemimpin wanita dalam sekolah?

b) Bagaimanakah tahap motivasi guru di bawah pemimpin wanita?

c) Apakah perbezaan tahap motivasi guru mengikut demografi (jantina,umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan)

d) Bagaimana gaya kepimpinan yang diamalkan dapat membantu keberkesanan pimpinan seorang pemimpin wanita dalam memimpin sesebuah sekolah?

e) Apakah kualiti kerja guru yang diterapkan pemimpin dengan gaya kepimpinan yang diamalkan untuk mencapai kepimpinan yang berkesan dalam sekolah?

1.6Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini ialah:

Ha 1=Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya kepimpinan pemimpin wanitaterhadap motivasi guru.

Ha 2 =Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut jantina guru

Ha 3 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut pengalaman

mengajar guru

Ha 4 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut umur guruHa 5= Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut status perkahwinan guru

Ha 6 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut sebagai guru kelas

Ha 7 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut mengajar kelas

peperiksaan

Ha 8 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap motivasi guru mengikut sesi persekolahan guru

Ha 9 = Terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan pimpinan seorang pemimpin

wanita terhadap motivasi guru

Ha 10 = Terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti kerja guru terhadap keberkesanan

pimpinan seorang pemimpin wanita.

1.7Kerangka Teori Dan Kerangka Konsep Teori

Istilah penting yang digunakan dalam kajian ini ialah gaya, kepimpinan, pemimpin dan motivasi telah diterangkan seperti di bawah. Seterusnya, hubungkait antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar juga telah ditunjukkan dalam kerangka konsep teori.

1.7.1 Gaya

Merujuk kepada kajian ini, gaya merupakan perlakuan, stail, cara atau orientasi kepimpinan pemimpin dalam mengurus, memimpin dan mentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat, visi dan misi sekolah. Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya. Aminuddin (1994), merujuk gaya kepimpinan kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza. Perbezaan ini dianggap penting oleh Fiedler (1967), kerana pada ketika tingkah laku penting seseorang boleh berubah daripada satu situasi ke situasi lain, struktur keperluannya yang memotivasikan tingkah laku itu mungkin tidak berubah-ubah1.7.2Kepimpinan

Secara teori kepimpinan merujuk kepada proses interaksi antara dua atau lebih manusia. Menurut Rue & Byars 2000; Benson et al. 2001; Day 2003; Kouzes and Posner 2003) kepimpinan melibatkan proses dua hala, iaitu tingkah laku pemimpin yang cuba mempengaruhi pengikut ke arah pencapaian matlamat organisasi. Merujuk kepada kajian ini kepimpinan merupakan tingkah laku pemimpin bagi mencari penyelesaian masalah dan mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Ainon (2003), kepimpinan ialah sejenis tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin. Fiedler (1967), menyatakan kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan di mana kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu. Gardner (2000), pula mentakrifkan kepimpinan sebagai proses pujukan iaitu mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif secara kolektif antara pemimpin dengan pengikut.Kepimpinan merupakan suatu bentuk perhubungan yang mempunyai tujuan bagi memenuhi kehendak orang yang memimpin dan juga orang yang dipimpin. McGregor (1966), menyatakan kepimpinan bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu, melainkan ia suatu perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor berikut iaitu:

i) Ciri-ciri peribadi seseorang pemimpin

ii) Sikap, keperluan dan ciri-ciri peribadi mereka yang dipimpin.iii) Sifat-sifat organisasi yang dipimpinnya, seperti matlamat penubuhannya, strukturnya dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.

iv) Persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang ada Kepimpinan merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan sering saling berkaitan di antara satu aspek dengan aspek yang

1.7.3Motivasi

H. W.Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut. Secara ringkasnya, motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arahmencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul. Menurut Woolfolk (1990) motivasi dirujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. Manakala Chaplin (1985) menyatakan bahawa angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor dalaman organisma yang membangkitkan dan mengarahkan tingkah lakunya ke arah sesuatu matlamat. Vernon pula menjelaskan bahawa motivasi adalah tugasan yang memerlukan inisiatif peribadi.

Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Ahli psikologi memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai motivasi iaitu :

1. Apakah yang menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku?

2. Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke arah matlamat atau impian?

3. Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak mencapai impian itu?

Menurut Kimble, (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan. Manakala bagi Santrock (2008) mengatakan bahawa motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.1.7.4Pemimpin

Pemimpin sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah. Pemimpin merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah, dilantik oleh Kementerian Pendidikan, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan,1993). Dalam kajian ini, pemimpin dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah. Pemimpin mempunyai cara yang tersendiri untuk menentukan hala tuju dan matlamat sekolah. Cara dan gaya seseorang pemimpin dalam mentadbir dan mengurus sekolah dan berhubung secara terus dengan semua guru. Guru juga mempunyai pandangan yang tersendiri tentang gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin. 1.7.5Kerangka Konsep Kajian

Kerangka kajian ini berdasarkan gaya kepimpinan pemimpin kajian Ohio State. Kajian Ohio State melihat gaya kepimpinan pemimpin dari dua dimensi iaitu dimensi mengutamakan struktur aau dimensi timbang rasa. Manakala tahap stres guru pula berdasarkan kepada apa yang guru rasa terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin. Model kajian yang dicadangkan oleh pengkaji adalah seperti Rajah 1.2 di bawah.

PEMBOLEH BEBAS

Faktor Demografi Jantina

Umur

Pengalaman Mengajar

Status Perkahwinan

Sebagai Guru Kelas

Mengajar Kelas Peperiksaan

Gaya Kepimpinan Wanita Bertimbang rasa

Berstruktur

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR

TinggiTahap Motivasi Guru

Sederhana

Rendah

Rajah 1.2 : Kerangka Model Kajian

1.8Kepentingan Kajian

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk cuba memberikan sedikit sebanyak gambaran dan penjelasan tentang persoalan ini. Kajian juga dijalankan untuk melihat sejauh mana

keberkesanan sekolah di bawah kepimpinan pemimpin wanita. Kepentingan kajian ini meliputi beberapa perkara seperti berikut :

1. Mengumpul maklumat berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin wanita bagi rujukan sekolah-sekolah yang dikaji.Hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan pengurusan dan pentadbiran serta prestasi kerja pemimpin wanita.

2. Dapatan kajian dapat menyumbang serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan gaya kepimpinan pemimpin wanita dan hubungannya dengan motivasi guru di sekolah yang diharap dapat memberikan satu implikasi mengenai isu keberkesanan wanita sebagai pemimpin.

3. Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh pemimpin wanita bagi membantu mereka membuat refleksi diri serta melihat apakah stail atau gaya kepimpinan yang diperlukan dan dapat diterima oleh guru bagi meningkatkan motivasi guru supaya semua program serta perancangan sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kecemerlangan sekolah.

4. Seterusnya hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau mana-mana pihak yang berkewajiban untuk merancang atau menganjurkan kursus-kursus atau program yang sesuai bagi membimbing wanita sebagai pemimpin yang cekap dan berkesan supaya dapat meningkatkan komitmen guru di sekolah.

5. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu serta memberikan maklumat kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya dapat memberikan peluang yang sewajarnya kepada wanita yang memenuhi kriteria serta kelayakan yang ditetapkan untuk memimpin sekolah.1.9Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas guru yang mengajar di sekolah ditadbir oleh pemimpin wanita di Negeri Selangor . kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pemimpin wanita di sekolah sama ada mengamalkan gaya kepimpinan dimensi berstruktur atau bertimbang rasa. Tahap motivasi guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pemimpin wanita dari segi dimensi berstruktur dan bertimbang rasa. Seterusnya gaya kepimpinan pemimpin wanita dan hubungannya dengan motivasi guru di cari. Perbezaan motivasi guru di cari berdasarkan demografi guru.1.10Definisi Operasi1.10.1Umur

Umur atau usia adalah satuan waktu yang mengukur waktu keberadaan suatu benda atau makhluk, baik yang hidup maupun yang mati. Semisal, umur manusia dikatakan lima belas tahun diukur sejak dia lahir hingga waktu umur itu dihitung. Oleh yang demikian, umur itu diukur dari tarikh ianya lahir sehingga tarikh semasa(masakini). Manakala usia pula diukur dari tarikh kejadian itu bermula sehinggalah tarikh semasa(masa kini).1.10.2Jantina

Jantina ialah jenis kelamin sama ada lelaki atau perempuan dari segi nilai dan tingkah laku.1.10.3Pengalaman Mengajar

Tempoh masa seseorang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk.1.10.4Status Perkahwinan

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan. Status perkahwinan boleh dikategorikan seperti, berkahwin, bujang, janda, dan duda.1.10.5Guru Kelas Dan Guru Mata Pelajaran

Guru merupakan tenaga pengajar yang menyubangkan pengetahuannya kepada anak didik di sesebuah organisasi. Guru kelas merupakan tenaga pengajar yang menguruskan hal ehwal murid bagi suatu tempoh yang khusus. Manakala guru mata pelajaran pula tenaga pengajar yang pakar menyampaikan ilmu sesuatu subjek yang khusus kepada anak muridnya.1.10.6Gaya Kepimpinan Berstruktur Tugas

Gaya kepimpinan dari segi dimensi berstruktur merupakan gaya kepimpinan Terstruktur, berdasarkan standard prosedur operasi untuk menyelesaikan tugasan, gambaran terperinci dari produk, amanah atau jasa yang ditugaskan, dan indikator objektif mengenai seberapa baik tugas itu dilaksanakan dan sebaliknya1.10.7Gaya Kepimpinan Yang Bertimbang Rasa

Gaya kepimpinan dari segi dimensi timbang rasa diukur berdasarkan kelembutan dan kerahmatan ataupun mengambil berat terhadap kebajikan guru. Cara pemimpin wanita menunjukkan persahabatan, saling menghormati, saling mempercayai dan jalin hubungan yang mesra antara guru dan bersedia berubah mengikut aliran masa.1.10.8Pemimpin

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.1.10.9Motivasi

Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku organisma yang berterusan untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi, ( penghargaan) adalah menuju ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Apabila merasa dahaga iaitu memerlukan minuman anda bermotivasi (terdorong) untuk berusaha mencari minuman. Tingkah laku anda ( iaitu berusaha mencari minuman) mempunyai suatu matlamat, iaitu untuk memenuhi keperluan dahaga. Insentif atau kepuasan yang anda peroleh kerana usaha itu ialah minuman. Setelah pencapaian matlamat motivasi organisma itu akan berkurangan.

Secara amnya, motivasi melibatkan tiga keadaan iaitu:-

(i) Motivasi mewujudkan sesuatu situasi.

(ii) Situasi mewujudkan sesuatu tingkah laku

(iii) Tingkah laku itu menuju ke sesuatu matlamat

1.11Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan di antara gaya kepimpinan pemimpin wanita dengan tahap motivasi guru. Kecekapan seseorang pemimpin adalah bagaimana beliau mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasinya, upaya ke hala tersebut. Gaya seorang pemimpin tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.

BAB2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Peranan pemimpin dalam sesebuah organisasi amat penting apatah lagi dalam suatu organisasi pendidikan seperti sekolah. Sarjana-sarjana pengurusan kepimpinan menegaskan bahawa kepimpinan berkesan terhasil dari gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin terhadap anggota organisasi. Jika wujudnya pemimpin yang berkaliber dalam suatu organisasi, maka ia akan dapat menimbulkan kepuasan serta motivasi kerja yang tinggi dalam kalangan guru. Hal ini menjadi tunjang utama yang menjurus yang menjadi agen pemangkin pada tahap kejayaan organisasi sesebuah sekolah. Secara langsung ini akan memberi kesan pada pencapaian matlamat penubuhan sekolah, khususnya dalam mencapai agenda utama dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.2Teori-Teori Kajian

Teori- Teori Kepimpinan

Terdapat beberapa teori kepimpinan yang yang mempengaruhi kepimpinan seseorang seperti yang telah disenaraikan dalam definisi kepimpinan (2.2.1). Kesemua teori kepemimpinan bertujuan menganalisis hubungkait kepimpinan dengan Produktiviti, Kecemerlangan, motivasi dan kepuasan kerja pekerja.

2.2.1Personaliti Pemimpin (Teori Trait)

Menurut teori ini seseorang pemimpin memang "dilahirkan untuk memimpin". Teori ini menyatakan seorang pemimpin besar dilahirkan dengan karakteristik(ciri-ciri) tertentu seperti karisma, keyakinan, kecerdasan dan ketrampilan sosial yang membuatnya dilahirkan sebagai pemimpin. (Gordon Allport, 1937; Hans Eynsenck,1967) . Teori ini menyokong Teori great man yang menyatakan cirri-ciri memimpin adalah sesuatu yang sudah ada pada pemimpin besar semasa dilahirkan bukannya dibuat. Teori ini menggambarkan seorang pemimpin yang heroik dan ditakdirkan untuk menjadi pemimpin. Kelemahan Teori Trait ialah Teori trait tidak mengambil kira ciri-ciri kepemimpinan yang berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan. Ia terhad kepada ciri-ciri individu dan tidak dapat digeneralisasikan. Pendekatan trait tidak memberi perhatian kepada interaksi antara individu dan kumpulan. Oleh itu, tidak wujud satu taksonomi psikologi yang jelas dan lengkap untuk ciri-ciri kepemimpinan.

2.2.2Tingkahlaku Pemimpin (Teori Tingkahlaku/ Behaviorisme)

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris(Tingkahlaku) pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa. Tiga kajian yang meneliti tingkahlaku kepimpinan telah dijalankan iaitu, Kajian University of Iowa oleh Kurt Lewin, Ronald Lippitt dan Robert K. White,, Kajian Ohio State University oleh Ralph M. Stogdill dan Alvin E. Coons dan Kajian University of Michigan oleh Rensis Likert.

2.2.3 Teori Partisipatif (Participative Theory)

Teori kepemimpinan partisipatif menyatakan pentingnya pengaruh pemimpin terhadap persepsi bawahan mengenai tujuan kerja, tujuan pengembangan diri, dan jalur pencapaian tujuan. Dasar teori ini adalah teori motivasi eksperimental. Teori kepemimpinan ini dipopularkan oleh Robert House yang berusaha mengenalpasiti keberkesananan kepemimpinan dalam berbagai situasi menerusi Model kepemimpinan jalur tujuan (path goal). .Menurut model ini, dua pembolehubah situasi yang menentukan keberkesanan pemimpin adalah karakteristik/sifat peribadi para bawahan/karyawan dan lingkungan internal organisasi seperti misalnya peraturan dan prosedur yang ada. Model ini belum dapat menghasilkan klarifikasi yang jelas tentang kombinasi yang paling efektif antara karakteristik peribadi, tingkah laku pemimpin dan pembolehubah situasi.

2.2.4 Teori Transaksi (Transactional Theory)

Teori transaksional (Max Weber, 197; Bernard Bass, 1981) juga dikenal sebagai teori manajemen, peranan pemimpin berfokuskan pengawasan kerja, organisasi dan kelompok. Teori ini berdasarkan pada sistem imbalan (reward) dan hukuman (punishment). Contohnya, dalam suatu organisasi, ketika staf berproduktif / bekerja dengan baik mereka dihargai dan diberi saguhati, ketika mereka gagal mereka ditegur atau dihukum.2.2.5 Teori Kontinjensi (Teori Kontinjensi)

Teori kontingensi (Joan Woodward, 1958 dan Fiedler,FE, 1958) menyatakan pemimpin yang paling efektif bergantung kepada cara atau gaya kepemimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the favourableness of the situation) yang dihadapinya. Menurut teori ini, tidak ada gaya kepemimpinan yang terbaik dalam segala situasi. Kejayaan pemimpin bergantung pada sejumlah pembolehubah, termasuk gaya kepemimpinan, kualiti para pengikut/staf dan aspek lingkungan.

2.3.0Teori-Teori Motivasi

Motivasi adalah suatu semangat yang perlu berkobar-kobar dalam jiwa setiap manusia supaya insan tersebut sentiasa berusaha untuk mencapai objektif ataupun matlamat hidupnya sehingga akhir. Banyak teori motivasi yang dikemukakan oleh para ahli yang dimaksudkan tentang motivasi. Semuanya berpendapat bahawa, motivasi adalah suatu tenaga yang memandukan/menggerakkan diri seseorang untuk mencapai sasaran hidupnya. Menurut De Charm (1968), seseorang yang bersikap origin adalah orang yang menentukan tingkahlakunya dengan pemilihan sendiri dan individu yang bersifat pawn pula orang yang menentukan tingkahlakunya menerusi tekanan persekitaran dan bukannya dalam kawalan individu tersebut. Empat konsep/faktor untuk mengkaji motivasi iaitu Apakah faktor yang memberikan tenaga terhadap tingkah laku?, Apakah faktor yang diperlukan memandu tingkahlaku positif seseorang?Bagaimanakah mengekalkan tingkahlaku positif seseorang?apakah factor yang mematikan tingkahlaku seseorang?Motivasi seseorang ataupun kumpulan memberikan kesan terhadap kejayaan sesuatu organisasi. Motivasi juga memainkan peranan penting dalam pengukuran prestasi kerja seseorang.

2.3.1Teori Hirarki Abraham Maslow (1943-1970)

Abraham Maslow (1943;1970)merujuk pada hirarki, menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai 5 kategori keperluan iaitu, keperluan psiologi (physiological needs) seperti makanan, minuman, udara dan sebagainya. Beliau berpendapat, keperluan asas pada peringkat bawah perlu dicapai dahulu sebelum bergerak ke tingkat yang lebih tinggi. Peringkat kedua pula keselamatan(safety) dimana setiap individu akan bermotivasi untuk menjamin keselamatannya tempat tinggal, pakaian, perlindungan dari segi kerjaya, jauh dari ancaman dan bahaya dan sebagainya. Yang seterusnya pula, keperluan kasih sayang (affliation needs) iaitu individu tersebut berinisiatif sekiranya memperoleh kasih saying dari persahabatan, keluarga, dan tempat kerja. Seterusnya, keperluan penghormatan diri (esteem needs) di mana keperluan individu untuk mendapat pengiktirafan, penghargaan, penghormatan kedudukan yang bermaruah. Dan akhir sekali, keperluan tahap kepuasan (Self-Actualisation). Keperluan individu ini adalah untuk mencapai keseimbangan diri yang dari segi jasmani, emosi, intelek, fizikal, rohani dan sosial.

Rajah2.1: Hirarki Teori Maslow

2.3.2 Teori ERG (Existence, Related and Growth)

Pengasas teori ini ialah Clayton Alderfer. Teori beliau mencatumkan keperluan Maslow kepada 3 jenis sahaja iaitu kewujudan, perhubungan dan perkembangan/pertumbuhan. Segala keperluan ini amat diperlukan oleh seseorang individu untuk mencapai kebahagiaan hidup. Keperluan kewujudan merangkumi aspek fisiologi dan keselamatan. Keperluan Perhubungan pula keperluan social dan kasih saying dan keperluan pertumbuhan pula menjelaskan tentang keperluan harga diri dan kesejahteraan diri. Perbezaan antara Teori Maslow dan Teori ERG ialah, keperluan ERG tidak bergantung kepada hirarki di mana seorang individu boleh memenuhi beberapa keperluan secara serentak seperti dalam rajah 2 di bawah. Teori ini juga mengambilkira frustration-regression.

Rajah2.2 : Model Teori ERG

2.3.3 Teori Keperluan Pencapaian (Mcclelland)

Teori ini pula menyatakan seseorang individu memerlukan tiga aspek keperluan sebagai pemandu kehidup iaitu, keperluan untuk pencapaian (need for achievement), keperluan untuk bersama/gabungan (need for affliation) dan keperluan kuasa (need of power). Keperluan untuk pencapaian adalah keinginan seseorang untuk berjaya dalam kerjayanya. Individu yang bersemangat tinggi mengambil tanggungjawab, tugas dan melaksanakan amanah yang sukar dicapai dan ingin mengetahui output usaha tersebut dengan secepet mungkin. Keperluan bersama/gabungan ialah suatu keperluan saling faham memahami dengan individu lain dan cuba mengeratkan hubungan tersebut. Dan keperluan kuasa pula, kebolehan seseorang untuk mempengaruhi, mengawal orang lain. Beliau juga berpendapat bahawa kepuasan dan prestasi kerja yang tinggi dapat dibentuk sekiranya individu-individu ditempatkan di tempat-tempat kemahiran masing-masing.

2.3.4 Teori Motivasi Herzberg (1966)

Teori ini juga dikenali sebagai Teori Herbeg, Teori Hygiene, Teori dua factor dan sebagainya yang diperkenalkan oleh Prof. Frederick Herzberg. Dalam teori ini terdapat dua jenis faktor yang mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan dan faktor yang menghalang mencapai kepuasan. Dua faktor itu disebutnya faktor kesihatan/hygiene (faktor ekstrinsik) dan faktor penggerak/motivator (faktor intrinsik).

Faktor Penggerak, menunjukkan tahap kepuasan bekerja iaitu pencapaian, pengiktirafan, jenis kerja, tanggungjawab dan kemajuan diri memotivasikan individu untuk melakukan tugas yang diamanahkan. Faktor ini disokong oleh Paul W.J & Robertson bahawa perkara yang berkenaan kepuasan kerja bergantung kepada tugas yang diberikan dan tema kandungan tugas/jenis tugas yang diamanahkan. Ini kerana, sekiranya seorang individu mempunyai kapasiti yang tinggi dalam tugas yang diberikan, maka individu tersebut akan menyukai tugas itu dan akan melakukannya dengan rela diri. Maka individu tersebut telah dimotivasikan Faktor kesihatan pula dianggap faktor penghalang mencapai kepuasan bekerja. Keadaan tempat kerja, pentadbiran organisasi, dasar, penyeliaan, rakan sekerja, status, jaminan kerjadan gaji adalah antara faktor-faktor kesihatan. Oleh itu, Herzberg berpendapat bahawa bukan sahaja faktor kesihatan malahan faktor penggerak pun diperlukan untuk masalah ketidakpuasan bekerja terutamanya apabila kandungan kerja berubah.

2.3.5 Teori Jangkaan Motivasi (VROOM,1964)

Teori Jangkaan Vroom juga dikenali sebagai Teori VIE (Valence, Instrumentality, Expectancy) menjelaskan tingkahlaku individu memilih sesuatu secara rasional dalam suatu situasi yang diberikan dengan menjangkakan bahawa ia akan memberikan manfaat kepadanya. Tambahan pula, sekiranya individu tersebut diberikan ganjaran untuk suatu tugas yang dilakukan maka hasil kerja yang selanjutnya akan bertambah lebih baik. Rajah 3 menjelaskan tentang Teori Jangkaan Vroom dimana, ganjaran diberikan berdasarkan tingkahlaku individu bergantung kepada taraf usahanya iaitu perlakuan, kreativiti kerja, kebolehpercayaan, ataupun kebelakangan, dan hasilnya ialah pujian, kenaikan gaji, kestabilan kerja, penerimaan rakan sekerja ataupun penurunan pangkat.

Rajah2.3: Model Motivasi Vroom (Konsep VIE)

2.4Kajian Lepas

Adrianto Sugiarto Wiyono,( 2008) Gaya kepemimpinan adalah cara dan pendekatan dalam emberikan arahan, implementasi rencana, dan memotivasi orang Robiah sidin, (2003) Gaya kepemimpinan itu berbeza bagi setiap pemimpin wanita, tetapi yang paling penting adalah bagimana mempengaruhi sumber tenaga dalam organisasi baik pemimpin itu seorang jantina, kerana kepemimpinan dalam segala usaha yang diambil untuk menggerakkan sumber tenaga dalam sebuah oragnisasi.

Latip B.Muhammad,( 2007 ) Seseorang wanita adalah pemimpin yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memandu sekolah dan warganya. Maimunah Aminuddin,( eds.2 2003) Seorang pemimpin wanita dalam kepemimpinan tidak boleh autokratik tetapi harus boleh menghargai warga oraganisasinya, kerana seseorang individu yang merasa dirinya penting akan lebih mengahargai pekerjaanya.Ab Aziz Yusof, (2008 )Seorang pemimpin perlu menjaga perhubungan yang baik di antara subordinat dengan pemimpin adalah penting bagi mengahasilkan pencapaian kerja yang tinggi.

Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang , (2006)Gaya kepemimpinan seorang pemimpin dalam memajukan organisasinya boleh sahaja menjalankan budaya kolaboratif kerana berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif,dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Selanjutnya budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi oleh semua ahli sekolah. Ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama.

Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara pemimpin wanita mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.Dapatan kajian di Malaysia (Abdul Karim Mohd. Nor, 1987; Chairil Marzuki, 1997;Rahimah Ahmad, 1982) mengatakan bahawa kepemimpinan pemimpin wanita memainkan peranan yang penting untuk melahirkan sekolah yang berkesan.

Kemudian berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983, Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action, 1984 di Amerika Syarikat dankajian-kajian Edmonds, (1979), Hussien Mahmood, (1993) (dalam Mahawa binti Pilus,2002) didapati bahawa kepemimpinan pemimpin wanita merupakan penggerak utama bagi kejayaan sesebuah sekolah.

Fiedler,(1967) dalam Aminuddin(1990), gaya kepemimpinan ialah Struktur keperluan yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepemimpinan. Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya.

2.5RumusanMenjadi pemimpin wanita, khasnya di sekolah adalah hak semua orang, hak-hak ini

tidak oleh dibatasi oleh jantina. Kerana persoalannya kemampuan dan kecekapan seseorang itu adalah bagaimana pemimpin itu mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasinya, sebagaimana dikatakan oleh Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara pengetua mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.

Jika yang menjadi pemimpin adalah pemimpin wanita, maka selama pencapaian matlamat oragnisasi dapat berjalan secara berkesan, maka dapat kita fahami bahawa kepemimpinan pemimpin wanita telah berjaya termasuk mengaplikasikan segala gaya kepemimpinannya, sehingga mengenai dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter2003) tidak boleh dijadikan sebagai justifikasi.

RUJUKAN

Collard, John L. (2001). Leadership and gender: An Australian perspective. EducationalManagement and Administration 29 (3) : 343-55.Gan Pei Ling. (2003). Hubungan persepsi guru terhadap tingkah laku kepimpinan pengetuadengan tahap motivasi guru di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tesis Master Sc.

Harvey, T. & Donaldson, G.( 2003). Professional vitality: Do you have it? Principal :TheEmbattled Principal 83 (1) : 30-33.

Hersey, P. & Blanchard, K.H. (1977). The management of organizational behaviour.Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Hersey, P. & Blanchard, K.H. (1982). Management of organization behaviour, utilizing,human resources. 4nd. Ed. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Hussine Hangah @ Haji Hangah. (1998). Gaya kepimpinan pengetua wanita dan korelasinyadengan kepuasan bekerja di kalangan guru di daerah Hulu Langat, Selangor D.E.Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ibrahim Mamat.(1993). Kepimpinan sekolah: Teori untuk praktis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Jones, J.C. & Webber, C.F. (2001). Principal succession: A case study. Paper presented at Annual Meeting of the American Educational Research Association, Seattle, Washington, 10-14 April 2001.

Kamal Arifin Jaih. (2003). Stail kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja di sebuah sekolah menengah kebangsaan (Agama) di Pahang. Kertas Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Laporan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita 69Khadijah Walad. (1999). Kepimpinan pengetua dan motivasi guru: Satu kajian di sekolah menengah. Tesis Sarjana. Pusat Ilmu Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Krejcie, R.V. & D.W. Morgan. (1970). Determining size for research activities. Educationaland Psychological Measurement 30 : 607-610.

Kochan, F. K., Spencer, W. A. & Mathews, J G.(2000). Gender-based perceptions of the challenges, changes, and essential skills of the principalship. Journal of School Leadership 10 (4) : 290-310.

Langer, S. & Boris-Schacter, S. (2003). Challenging the image of the American principalship. Principal: The Embattled Principal 83 (1) : 14-18.

Mehrabian, A. & Bank, L. (1978). A questionnaire measure of individual differences in achieving tendency. Educational and Psychological Measurement 38 : 475-478.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Sidik Mohd Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Pertumbuhan

Perhubungan

Kewujudan

Kepuasan - Perkembangan

Ketidakpuasan-Penurunan

Jangkaan Berdasarkan

Taraf Usaha / Keupayaan bekerja individu

Ganjaran

Diberikan berdasarkan :-

Perlakuan

Kreativiti

Kebelakangan

Kebolehpercayaan

Output / Hasil

Pujian

Kenaikan gaji

Penurunan pangkat

Penerimaan rakan sekerja

Motivasi

126