complete thesis 1

77
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dunia dalam pelbagai aspek terutama daripada aspek ekonomi, sosial, politik, dan teknologi perlu sentiasa diikuti oleh para pendidik. Semua pihak perlu sentiasa membuat ‘environmental scanning’ bagi mengenal pasti keperluan- keperluan yang terkini dari pelbagai sudut. Bidang pendidikan perlu sentiasa mengenal pasti indikator-indikator asas yang berkaitan sistem pendidikan bagi tujuan peningkatan atau perubahan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003). Umumnya bidang pendidikan di negara ini memang telah bersedia dari semasa ke semasa dalam memikirkan langkah-langkah yang perlu bagi menghadapi zaman yang penuh dengan kemajuan dan cabaran. Sehubungan dengan itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi seperti yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Negara. Atan Long (1984) menegaskan bahawa pendidikan perlu difokuskan terhadap memperkembangkan potensi kanak-kanak ke peringkat optimum bagi menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara. Dalam hal ini, persekitaran pembelajaran serta kemudahan- kemudahan prasarana persekolahan yang sedia ada mampu memperkembangkan potensi pembelajaran kanak-kanak. Di

Upload: haslilah-selamat

Post on 14-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

thesis

TRANSCRIPT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dunia dalam pelbagai aspek terutama daripada aspek ekonomi, sosial,

politik, dan teknologi perlu sentiasa diikuti oleh para pendidik. Semua pihak perlu

sentiasa membuat ‘environmental scanning’ bagi mengenal pasti keperluan-keperluan

yang terkini dari pelbagai sudut. Bidang pendidikan perlu sentiasa mengenal pasti

indikator-indikator asas yang berkaitan sistem pendidikan bagi tujuan peningkatan atau

perubahan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003). Umumnya bidang pendidikan

di negara ini memang telah bersedia dari semasa ke semasa dalam memikirkan langkah-

langkah yang perlu bagi menghadapi zaman yang penuh dengan kemajuan dan cabaran.

Sehubungan dengan itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek

intelek, jasmani, rohani dan emosi seperti yang digariskan dalam Dasar Pendidikan

Negara. Atan Long (1984) menegaskan bahawa pendidikan perlu difokuskan terhadap

memperkembangkan potensi kanak-kanak ke peringkat optimum bagi menjadikan mereka

rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara. Dalam hal ini, persekitaran

pembelajaran serta kemudahan-kemudahan prasarana persekolahan yang sedia ada

mampu memperkembangkan potensi pembelajaran kanak-kanak. Di samping itu,

penekanan yang setimpal juga harus diberikan terhadap tahap kebolehan dan kesediaan

pelajar, serta gaya belajar kanak-kanak tersebut. Ini nyata penting kerana setiap individu

yang bersekolah adalah berbeza.

Apabila persoalan mengenai pendidikan difokuskan, maka secara langsung ianya

akan melibatkan pelajar dan pendidik. Para pelajar ini khasnya, yang datang dari pelbagai

latar belakang, sudah tentu mempunyai wawasan serta matlamat yang berlainan. Justeru

itu, generasi pelajar hari ini perlu diberikan pendedahan serta bimbingan khususnya

dalam aspek gaya belajar masing-masing untuk membolehkan mereka menguasai ilmu

pengetahuan dengan cara yang lebih sistematik, tersusun, dan mengikut kemampuan

sendiri. Ini adalah supaya mereka mampu berdaya saing di peringkat global dan

seterusnya memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan negara.

Persoalan mengenai gaya belajar muzik bukan sahaja berlaku di negara ini malah

berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Fenomena global ini merupakan satu isu

pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian (Othman Lebar, 2004).

Namun begitu, guru perlu sedar bahawa dalam banyak hal, teknik yang digunakan oleh

guru juga akan mempengaruhi pelajar belajar walaupun pada masa yang sama gaya

belajar pelajar perlu difokuskan terlebih dahulu oleh guru. Ini kerana guru merupakan

agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baik sistem pendidikan ataupun betapa

efisiennya gaya belajar pelajar sekalipun, kalau agen yang meyampaikan itu tidak efektif

ia tidak akan mencapai matlamat kesempurnaan insan. Dalam erti kata yang lebih luas,

kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran,

keinsafan dan tanggungjawab sebagai pendidik dan sebagai seorang pelajar.

Kesediaan pembelajaran di antara seseorang individu dengan seseorang individu

yang lain biasanya tidak setara. Ini adalah kerana tahap atau proses pertumbuhan dan

perkembangan mereka tidak sama dan tidak searah (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Ada

pelajar yang suka belajar berseorangan dan ada yang suka belajar secara berkumpulan.

Ada pula pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik atau radio, manakala yang

lain pula ada yang hanya dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dalam keadaan yang

sunyi senyap tanpa sebarang gangguan. Sesetengah pelajar pula gemar belajar melalui

bacaan dan rujukan sendiri, ramai juga pelajar memilih untuk belajar melalui

perbincangan, pemerhatian dan membuat penemuan sendiri. Kebanyakan pelajar juga

dapat belajar dengan berkesan dalam keadaan tenang dan tidak tertekan, manakala ada

pula pelajar yang hanya akan belajar dalam keadaan yang terdesak dan tertekan. Justeru

itu, bolehlah dirumuskan bahawa kriteria gaya belajar muzik ini sangat penting dalam

bidang pendidikan muzik kerana kebanyakan kajian mengenai gaya belajar muzik

dikaitkan dengan pencapaian pelajar secara spesifik (Diaz dan Cartnel, 1999).

Gaya belajar merupakan cara belajar dan berfikir yang berbeza yang mana dipraktikkan

oleh kanak-kanak dan orang dewasa (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar,

2004:3). Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa gaya belajar adalah cara

belajar yang konsisten. (Ellis, 1985 dalam Richards, 1994:138) pula telah berpendapat

bahawa gaya belajar merupakan the more or less consistent way in which a person

perceives, conceptualizes, organizes and recalls information. Berdasarkan kepada

pendapat pengkaji-pengkaji di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa gaya belajar itu

sangat penting dalam pembelajaran. Ianya mampu mempertingkatkan pencapaian para

pelajar di sekolah. Selain daripada itu, pemilihan gaya belajar yang sesuai juga mampu

mendorong para pelajar untuk belajar mengikut kemampuan sendiri. Manakala guru pula

dapat menyediakan suasana pembelajaran yang jitu dan menyampaikan pembelajaran

dengan berkesan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis maka tumpuan harus difokuskan kepada kepentingan

memahami perbezaan individu di kalangan pelajar bagi meningkatkan potensi

pengajaran dan pembelajaran (p & p). Perbezaan inilah merupakan ciri yang

membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Jika kita lihat dari segi

kognitif, perbezaan dilihat dari segi keupayaan melakukan persepsi, pemahaman,

menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan bertindak balas terhadap maklumat

yang diterima. Perbezaan individu dari segi kognitif ini memberi kesan terhadap

perkembangan potensi pembelajaran dan gaya belajar di kalangan pelajar Sekolah Rendah

(SR).

Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mengambil kira

aspek-aspek gaya belajar yang dimiliki oleh pelajar-pelajar mereka waktu itu. Aspek-

aspek gaya belajar perlu difahami dan dititikberatkan oleh guru supaya apa sahaja

perencanaan yang akan dirancangkan dan dilaksanakan dapat memenuhi selera dan

keperluan para pelajar. Dengan hal yang demikian, penyelidik ingin menjalankan kajian

terhadap gaya belajar muzik di kalangan pelajar SR yang mana terdiri daripada pelajar-

pelajar yang mempunyai ciri yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang

lain (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar, 2004:2).

1.2 Pernyataan Masalah

Pada masa kini, persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di kalangan

pelajar–pelajar adalah merupakan satu isu pendidikan yang semakin ketara.

Ketidakseimbangan ini berkemungkinan dipengaruhi oleh gaya belajar pelajar yang

berbeza-beza yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seterusnya

memberi kesan terhadap polisi pendidikan di masa akan datang.

Memandangkan pengetahuan tentang gaya belajar di kalangan pelajar adalah

sangat penting, maka generasi pelajar hari ini perlu didedahkan dengan gayabelajar muzik

yang sememangnya berkesan dalam pembelajaran mereka. Pendedahan terhadap gaya-

gaya ini seharusnya bermula pada peringkat awal lagi. Sewajarnya pelajar-pelajar perlu

mengambilkira faktor-faktor yang boleh membantu mereka memilih gaya belajar muzik

yang sesuai serta dapat membantu dalam penguasaan pembelajaran mereka. Oleh kerana,

tidak terdapat banyak kajian tempatan yang menyentuh tentang gaya belajar muzik, maka

ia menarik untuk dikaji. Justeru itu, kajian ini meninjau sama ada para pelajar di sekolah

rendah mempunyai gaya belajar tertentu dalam mengharungi proses pembelajaran muzik

seharian di sekolah. Tetapi sejauh manakah para pelajar mempunyai pengetahuan tentang

gaya belajar muzik.

1.3 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana para pelajar sekolah

rendah menggunakan gaya belajar muzik yang sesuai semasa proses pembelajaran. Secara

khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Untuk menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar

tersendiri.

(ii) Untuk mengenalpasti gaya belajar muzik yang diamalkan oleh pelajar-pelajar

sekolah rendah.

(iii) Untuk melihat sejauh mana pelajar sekolah rendah menghadapi masalah dalam

memilih gaya belajar muzik.

1.4 Persoalan Kajian

Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut :

(i) Adakah para pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik tersendiri?

(ii) Bagaimanakah gaya belajar muzik pelajar sekolah rendah?

(iii) Adakah para pelajar sekolah rendah menghadapi masalah dalam pemilihan gaya

belajar muzik yang sesuai dengan mereka?

1. Kepentingan Kajian

Adakalanya, penyelidik mempertahankan kaedah pengajaran yang memberi kesan

terhadap pembelajaran pelajar. Dengan perkembangan penyelidikan dalam gaya

belajar ini, ada pula penyelidik memfokuskan kajiannya terhadap pembelajaran

individu yang berbeza dengan gaya (Pettigrew & Zakrajsek, 1984 dalam Keri

2005:5). Oleh kerana, ahli-ahli psikologi lebih berminat terhadap gaya efikasi

seseorang, maka kajiannya lebih memfokuskan perkaitan di antara perbezaan individu

dengan gaya efikasi (Picou, et.al., 1998 dalam Keri, 2005:5). Pada umumnya,

keseluruhan kajian yang berhubung dengan gaya belajar ini dikaitkan dengan

pencapaian akademik pelajar yang menjadi kunci kepada pembelajaran sempurna

(Keri, 2002). Manakala (Keefe, 1979 dalam Richards 1994:59) pula menyatakan

bahawa “ ……. learning styles as the composite of characteristic cognitive, affective,

and physiological factors that serve as relatively stable indicators of how a learner

perceives, interacts with, and responds to the learning environment” …….

Sebaliknya (Jonassen dan Grabowski, 1993) berpendapat “……Individual differ in

their general skills, aptitudes, and preferences for processing information,

constructing meaning from it, and applying it to new situations.”

Memandangkan perbezaan individu dari segi kognitif memberi kesan terhadap

perkembangan potensi individu terhadap gaya belajar muzik, maka wujudlah

ketidakseimbangan yang begitu ketara dalam pencapaian akademik pelajar (Othman

Lebar, 2004). Oleh yang demikian, kepentingan kajian ini adalah untuk melihat sejauh

manakah keberkesanan gaya belajar di kalangan pelajar sekolah rendah dalam

mempertingkatkan potensi pembelajaran muzik mereka. Untuk itu, guru harus

bertanggungjawab mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan gaya belajar muzik

dalam mencorakkan aktiviti pembelajaran. Sebab individu yang faham akan gaya belajar,

akan mampu mengawal aktiviti kognitif dengan baik, lantaran ini akan lebih bersikap

positif terhadap pembelajaran muzik di samping menunjukkan potensi akademik yang

lebih baik (Keefe, 1991).

Kajian ini juga diharapkan dapat dimanafaatkan oleh guru-guru di sekolah untuk

menyampaikan pengajaran muzik mereka dengan berkesan di samping mengambil kira

kepentingan aspek-aspek gaya belajar yang berbeza pada setiap pelajar. Selain itu, kajian

ini juga diharap dapat membantu guru-guru untuk memikirkan kaedah dan strategi

pengajaran yang sesuai dengan gaya belajar muzik pelajar dan tahap kebolehan pelajar

yang berbeza. Ini memandangkan penggunaan strategi dan kaedah yang melibatkan

pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik membuatkan

mereka berasa seronok dan dihargai. Di samping itu, ia dapat membantu guru untuk

mengenal pasti gaya belajar pelajar dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang mampu

berdaya saing di peringkat global.

Dari dapatan kajian ini juga, diharapkan pihak pentadbir sekolah akan

menyediakan suatu prasarana pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan gaya

belajar muzik yang berbeza pada setiap pelajar agar pelajar-pelajar dapat menimba ilmu

pengetahuan yang bersifat futuristik, di samping pelajar-pelajar sekolah belajar dengan

gaya belajar masing-masing. Justeru itu, penerimaan ilmu akan dapat dimaksimumkan.

Pihak Kementerian Pelajaran pula diharapkan akan mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya dalam menyediakan kursus-kursus, buku-buku teks, bahan-bahan bantu

mengajar serta bahan-bahan rujukan muzik lain yang mampu menjana minda pelajar ke

arah pembelajaran muzik yang berkesan. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan

maklum balas oleh ibu bapa serta penjaga pelajar dalam usaha untuk menyediakan

keperluan-keperluan asas serta tambahan kepada anak-anak mereka dalam usaha

menimba ilmu pengetahuan dengan lebih berketrampilan dan berdinamik dalam bidang

dan pengetahuan muzik mereka..

1.6 Definisi Istilah

Menurut pandangan para ahli psikologi, pelbagai definisi boleh ditakrifkan berhubung

dengan istilah dan konsep gaya belajar muzik. Dalam kajian ini pengkaji telah

mengkhususkan istilah gaya belajar ini secara lebih umum iaitu gaya belajar pelajar.

Maka definisi-definisi yang berikut memberi makna yang lebih jelas berkaitan dengan

istilah gaya belajar muzik.

(i) Gaya

Didefinisikan sebagai cara, sikap dan tingkah laku seseorang. (Kamus Dewan,

Edisi Ketiga, 2002).

(ii) Belajar

Didefinisikan sebagai mempelajari sesuatu untuk memperolehi ilmu pengetahuan

yang tinggi (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 2002). Manakala Kamarudin Hj, Husin

(1997) mengatakan bahawa belajar atau pembelajaran merupakan proses

pemerolehan kebiasaan, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara-cara baru

untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaan-percubaan

individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam satu situasi baru.

Menurut (Stalling, 1973 dalam Kamarudin Hj Husin 1997:39) berpendapat

bahawa pembelajaran berdasarkan tiga kriteria yang penting. Pertama,

pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. Kedua,

pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga, pembelajaran harus

menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Dalam hal ini (Crow

dan Crow, 1983 dalam Kamarudin Hj Husin 1997:39) pula menyatakan

pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran

melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu

untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

(iii) Gaya Belajar

Merujuk kepada aktiviti atau gaya tertentu seseorang yang bersungguh-sungguh

untuk memperolehi pengetahuan dengan cara bertindak terhadap persekitarannya

semasa memperoleh pembelajaran iaitu cara memproses informasi ( Lee Shok

Mee, 1997). Di samping itu, (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar,

2004:2) pula mendefinisikan gaya belajar sebagai cara berfikir dan belajar yang

berbeza yang mana diamalkan oleh kanak-kanak dan orang-orang dewasa supaya

dapat memahami proses pembelajaran. Manakala Lourdursamy (1994) pula

menyatakan bahawa gaya belajar merupakan satu konsep multidimensi yang

kompleks yang mana terhasil daripada tindakan dengan persekitaran, emosi,

sosial, fizikal dan psikologi.

(iv) Pelajar

Merujuk kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang berada dalam Tahun Enam

yang juga merupakan responden dalam kajian ini.

Daripada definisi-definisi di atas, maka jelaslah bahawa gaya belajar muzik

merupakan suatu cara yang diaplikasikan oleh pelajar untuk belajar. Ia berlaku samada

disedari atau tanpa disedari untuk menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Ia juga

merupakan cara di mana pelajar belajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran di

sekolah, di rumah atau pun membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

1.7 Limitasi Kajian

Kajian gaya belajar ini berbentuk soal selidik melibatkan 32 orang pelajar Tahap Dua

sekolah rendah. Daripada 32 orang pelajar, enam orang pelajar sekolah rendah dari

Tahun Enam dipilih sebagai responden untuk pemerhatian dan temu bual.

Memandangkan hanya 32 orang pelajar sahaja dipilih dalam kajian ini berbanding jumlah

pelajar sekolah kajian seramai 270 orang, keputusan yang diperolehi adalah benar bagi

sampel-sampel yang digunakan sahaja.

Perlu juga dihuraikan di sini bahawa hasil keseluruhan kajian ini tidak boleh

digunakan untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang gaya belajar pelajar

muzik sekolah rendah di sekolah-sekolah lain. Ini adalah kerana sekolah kajian

merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di bandar dan

persekitaran serta komuniti tidak banyak membantu mereka dalam proses pembelajaran

muzik berbanding dengan sekolah-sekolah lain di bandar.

1.8 Kesimpulan

Secara ringkasnya, kajian ini berfokus kepada gaya belajar pelajar sekolah rendah,

mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dalam pemilihan

gaya belajar muzik dan apakah yang menyebabkan gaya belajar ini merupakan satu aspek

yang begitu penting dalam proses pembelajaran muzik. Dengan kajian yang lebih

mendalam mengenai fenomena ini, maka ianya diharapkan dapat memberi pemahaman

dan pendedahan tentang pentingnya gaya belajar muzik terhadap para pelajar sekolah

rendah khususnya. Sifat tidak menentu tentang pembelajaran di sekolah serta bilik darjah

adalah amat simptomatik, walaupun pelbagai penyelidikan tentang aktiviti guru telah

dilakukan namun, sedikit sahaja yang berkaitan dengan cara bagaimana pelajar,

khususnya sekolah rendah belajar. Pada peringkat paling asas, jika strategi guru tidak

sehaluan dengan gaya murid itu belajar, akan berlaku ketidakseragaman yang

mengakibatkan kurangnya kesefahaman dalam pemahaman muzik pada diri pelajar.

Kapasiti untuk belajar seringkali merupakan hasil interaksi interpretif antara guru

dan pelajar. Kejayaan interaksi itu bergantung kepada sejauh mana berlakunya gagasan

idea yang dikongsi bersama. Pemahaman tentang gaya belajar mungkin menjadi

sumbangan yang besar dalam mengoptimakan interaksi pembelajaran yang efektif.

Adalah satu perkara yang menarik bila melihat bagaimana pelajar di dalam bilik darjah,

jika diberi peluang, akan tertarik secara semula jadi kepada golongan yang dapat bekerja

bersama mereka dengan harmoni. Kecenderungan begini dapat dijelaskan kerana adanya

gaya belajar. Apa yang diperlukan dalam hal ini, ialah pelbagai kaedah pembelajaran

diagnostik yang dapat membantu kita mengenal pasti gaya-gaya belajar bagi beberapa

peringkat perkembangan pelajar-pelajar di sekolah (Christopher Bowring-Carr dan John

West-Burnham, 1999).

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Gaya Belajar

Dunn dan Dunn (1994) merupakan pengkaji-pengkaji terawal yang terlibat dalam

mengkaji bagaimana pelajar belajar. Pada peringkat permulaan Dunn dan Dunn (1994)

mengenalpasti dua belas pembolehubah yang signifikan di kalangan pelajar. Seterusnya

Dunn dan Dunn (1994), telah menggabungkan dua puluh satu elemen dengan

mengutamakan kecenderungan secara analitik atau pun global dalam Model Gaya Belajar

mereka (Rujuk Rajah 2.1 ).

Rajah 2.1

Model Gaya Belajar Dunn & Dunn

Rangsangan Elemen-elemen

Persekitaran bunyi cahaya suhu rekabentuk

Emosi motivasi ketekunan tanggungjawab struktur

Sosiologi diri pasangan rakan kumpulan dewasa berbagai

Fisiologi persepsi tempoh masa mobiliti

Psikologi global analitik hemisfera impulsif reflektif

Sumber: Model Gaya Belajar Dunn dan Dunn, 1994

Sehubungan dengan itu, (Andrews ,.et.al. 1990, dalam Dunn dan Dunn 1994:3)

pula mendapati apabila pelajar diajar melalui gaya belajar mereka, terbukti terdapat

peningkatan dalam pencapaian. Mereka juga mematuhi arahan yang diberi oleh guru dan

lebih berdisiplin berbanding dengan pengajaran yang tidak mengutamakan gaya belajar.

Seterusnya Dunn & Dunn (1994) merangkumkan dua puluh satu elemen dalam

model gaya belajar mereka dan mendapati pelajar-pelajar dipengaruhi oleh persekitaran

pembelajaran, keadaan emosi, sosiologi, tingkahlaku psikologi dan kecenderungan

memproses. Dalam model gaya belajar ini elemen persepsi dibahagikan kepada empat

jenis gaya belajar iaitu visual, auditori, sentuhan dan kinestetik (Rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2

Gaya Belajar Mengikut Elemen Persepsi Dunn dan Dunn (1994)

Dunn & Dunn

(1994)

Visual

Auditori

Kinestetik

Sentuhan

penuh semangat dan seronok

bertemu muka

lihat buku

sentiasa menerima pendapat

guna senarai untuk organisasi

pemikiran

ingat kembali maklumat

beri panduan secara verbal

gemar, dialog, perbincangan

selesaikan masalah dengan

cara berbincang

gunakan rentak dan bunyi

terlibat secara aktif

hadapi kesukaran dalam

jangkamasa panjang

lebih pergerakan

gunakan penulisan, melukis

dan memori

buat projek dan demonstrasi

Di samping itu, Lee Shok Mee (1997) pula telah menyatakan bahawa kebolehan

seseorang dan perbezaan individu amat mempengaruhi gaya pembelajaran. Sehubungan

dengan itu, (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar, 2004:2) menjelaskan gaya

belajar sebagai …..the different ways in which children and adults think and learn. They

see that each of us develops a preferred and consistent set of behaviors or approaches to

learning. Selain daripada itu, (Litzinger & Osif, 1992 dalam Othman Lebar, 2004:2) juga

telah merangka gaya belajar muzik ini kepada beberapa proses supaya dapat memahami

proses pembelajaran dengan lebih mendalam. Proses-proses tersebut adalah seperti

berikut:

(i) kognitif - bagaimana memperoleh pengetahuan

(ii) pengertian konsep - bagaimana informasi diproses dan dilihat perkaitan dan antara

maklumat yang tidak releven serta memperbanyakkan idea baru

(iii) afektif - motivasi, gaya membuat keputusan, nilai dan emosional juga

mempengaruhi gaya pembelajaran muzik seseorang.

Menurut Lourdursamy (1994) pula gaya belajar merupakan satu konsep

multidimensi yang kompleks, terhasil akibat saling tindakan antara beberapa

pembolehubah iaitu persekitaran, emosi, sosial, fizikal dan psikologi.

Sehubungan itu, (Ellis, 1985 dalam Richards 1994:138) pula menjelaskan bahawa,

a learning style as the more or less consistent way in which a person perceives,

conceptualizes, organizes and recalls information. Menurutnya lagi, ……student’s

learning styles will be influenced by their genetic make-up, their previous learning

experiences, their culture and the society they live in.

Dalam pada itu, Keefe (1991) berpendapat individu yang faham akan gaya

belajar mereka akan dapat mengawal aktiviti kognitif dengan baik, akan lebih bersikap

positif terhadap pembelajaran muzik disamping menunjukkan potensi akademik yang

lebih baik. Sehubungan dengan itu, Crozier (1997) pula mendapati bahawa pelbagai jenis

gaya belajar yang dikaji oleh ahli psikologi adalah bergerak dari tindakbalas tingkahlaku

terhadap situasi yang tertentu sehinggalah ke tret yang mempengaruhi pembelajaran

merentasi tugasan pembelajaran yang luas. Ast (1998) pula mencadangkan supaya guru

memberi maklumat dan kemahiran tentang gaya belajar muzik kepada pelajar melalui

pengaplikasian pelbagai teori dan gaya kognitif. Menurutnya lagi, pelajar perlu diberi

peluang untuk menentukan gaya belajar yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan melalui

sumber rujukan dan kaedah penyampaian yang berkesan oleh guru sehinggalah mereka

dapat mengenalpasti kaedah manakah yang sesuai bagi diri mereka.

Richards (1994) pula mencadangkan bentuk soal selidik yang boleh dikemukakan

kepada pelajar untuk menentukan gaya belajar mereka. Beliau telah mencadangkan

supaya unsur gaya belajar berkumpulan dan individu dimasukkan sebagai gaya belajar

tambahan.

2.2 Jenis-jenis Gaya belajar

Terdapat pelbagai jenis gaya belajar. McCarthy (1979) menjelaskan empat jenis gaya

belajar iaitu, belajar secara inovatif (students as innovative learners), belajar secara

analitik ( analytic learners),belajar secara berbudi bicara (common sence learners) dan

belajar secara dinamik ( dynamic learners) (Rujuk Jadual 2.3).

Jadual 2.3

Kerangka Kerja Gaya Belajar McCarthy (1979)

GAYA BELAJAR

Gaya Belajar Inovatif

fokus makna persoalan

catat nilai pembelajaran

terima interaksi sosial

sangat koperatif

membentuk dunia yang selesa

Gaya Belajar Analitik

mempertingkatkan keintelektualan

catat fakta

penyabar dan reflektif

ingin mengetahui perkara penting untuk menambah pengetahuan dunia

mencari jalan penyelesaian

Gaya Belajar Atas Budi bicara

menghargai aspek yang berguna

kinestetik

lebih praktikal dan secara langsung

membuat sesuatu perkara itu berlaku

Gaya Belajar Dinamik

lihat kepada kemungkinan

menilai sesuatu perkara melalui tindakbalas

membuat sintesis terhadap maklumat daripada sumber yang berbeza

James & Gardner (1995) pula telah mencadangkan dua jenis gaya belajar

berdasarkan ‘Grasha-Riechmann Student Learning Style Scales’ (GRSLSS) iaitu Bidang

Pergantungan dan Bidang Kebebasan. Individu yang dikategorikan dalam Bidang

Pergantungan biasanya mengamati sesuatu situasi atau corak secara keseluruhan. Ia

mempengaruhi kesukaran mengasing dan memfokuskan satu-satu unsur atau aspek

daripada seluruh situasi atau corak itu, untuk mengerti butirnya atau menganalisiskan

corak ke dalam pelbagai bahagian. Manakala individu yang dikategorikan dalam Bidang

Kebebasan pula biasanya boleh mengamati bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu

corak yang lengkap. Bahkan ia boleh menganalisiskan corak itu mengikut komponennya

(Rujuk Jadual 2.4).

Jadual 2.4

Skel Gaya Belajar Grasha-Riechmann (GRSLSS)

Perbandingan Gaya Pembelajaran Bidang Pergantungan dengan Bidang

Kebebasan

Bidang Pergantungan Bidang Kebebasan

Mengamati secara keseluruhan

Menerima idea yang merangkumi

konsep umum muzik

Menggemari interaksi sosial

Bahan pelajaran muzik yang

berunsur maujud

Matlamat pembelajaran muzik

ditentukan oleh guru

Organisasi pembelajaran ditentukan

oleh guru

Sangat dipengaruhi oleh kritikan

Mengamati secara analitik

Mengenal pasti konsep yang spesifik

Tidak mementingkan perhubungan

peribadi

Belajar isi kandungan berunsur

maujud

Kadang-kadang matlamat ditentukan

diri sendiri

Mampu mengelolakan organisasi

pembelajaran muzik sendiri

Kurang dipengaruhi oleh kritikal

Perolehan konsep melalui

pendekatan peninjauan muzik

Sangat digalakkkan melalui

motivasi luaran seperti pujian, lisan,

ganjaran dan penghargaan oleh

orang lain

Perolehan konsep melalui ujian

Dipengaruhi oleh motivasi seperti

penggredan , saingan, aktiviti

pilihan dan kegunaan tugasan itu

kepada diri sendiri

Satu lagi gaya belajar muzik ialah atas desakan (impulsive) berbanding dengan

kereflektifan. Pelajar yang mempunyai tingkahlaku berfokus biasanya melakukan tugasan

dan mencapai keputusan dengan cepat tetapi kadang-kala membuat banyak kesilapan.

Pelajar yang reflektif pula bekerja dengan perlahan, sentiasa memikirkan pelbagai pilihan

secara teliti dengan itu kurang melakukan kesilapan (Kolb, 1986).

Pembelajaran Arah Kendiri juga merupakan sejenis gaya belajar yang tidak diatur

dan diawasi oleh orang lain, berbeza dengan pembelajaran berguru dan bilik darjah biasa.

Dalam pembelajaran kendiri ini, pelajar belajar satu-satu aktiviti yang diminatinya dan

guru cuma memberi bimbingan, nasihat, membekalkan maklumat untuk membuat rujukan

dan menyediakan peralatan (Lee Shok Mee, 1997).

Satu lagi gaya belajar muzik adalah gaya pembelajaran koperatif yang mana

menekankan interaksi sosial di kalangan pelajar supaya pelajar dapat saling berinteraksi

antara satu sama lain. Dalam proses pembelajaran ini wujudlah sikap bekerjasama,

bertoleransi terhadap latar belakang dan kebolehan yang berlainan dan menggunakan

kemahiran menyelesaikan masalah secara kumpulan (Diaz dan Cartnal, 1999).

2.3 Kenapa Guru Harus Mengetahui Gaya Belajar Pelajar

Guru muzik sebagai pendidik seharusnya mengetahui gaya belajar pelajar. Kamarudin

Hj Husin (1997) telah mencadangkan beberapa sebab kenapa guru harus mengetahui

tentang gaya belajar:

(i) pelajar belajar dengan lebih baik dan cepat sekiranya kaedah guru muzik sesuai

dengan gaya belajar pelajar

(ii) memperbaiki pembelajaran dan mempertingkatkan keyakinan diri yang mana

memberi pembelajaran berkesan

(iii) pelajar akan rasa lebih berminat dan terdorong untuk belajar muzik

(iv) mengeratkan hubungan guru dengan pelajar yang mana menyempurnakan

pembelajaran muzik

2.4 Gaya Belajar Kolb

Model Gaya Belajar Kolb (1986) menjelaskan gaya belajar dalam pelbagai cara supaya

guru dapat mengenalpasti gaya pelajar dengan mudah.

Model Gaya Belajar Kolb (1986) ini menjelaskan pelbagai cara untuk mengajar

sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2.5. Berpandukan kepada model-model

tersebut guru haruslah memilih gaya mengajar yang sesuai dengan gaya belajar pelajar.

Ciri-ciri dalam Model Gaya Belajar Kolb (1986) dijelaskan dengan lebih

terperinci sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2.5

Jadual 2.5

Gaya Belajar Kolb dan ciri-cirinya

Gaya Belajar Ciri-ciri

Diverger Gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit,

jelas serta nyata, dan memprosesnya dengan cara membuat

pemerhatian muzik yang reflektif bagi melahirkan idea

baru tanpa sebarang praktikal

Asimilator gemar melakukan persepsi terhadap maklumat bersifat

abstrak yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi

memproses maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif

Konverger Gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang abstrak

tetapi memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan

latihan yang aktif

Akomodator gemar membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit

sahaja dan memprosesnya dengan cara membuat

percubaan dan latihan yang aktif

Sumber: Claxton dan Murell, (1987). Learning Styles: Implication for

improving education practice. ASHE-ERIC Higher Education Report,4.

Washington D.C:Association for study of Higher Education. (diubahsuai)

Manakala (DeBello, 1990 dalam Othman Lebar, 2004:7) pula menjelaskan sebelas model

dalam kertas kerjanya. Pada masa yang sama (Michael Gurian, 2001 dalam Othman

Lebar, 2004:8) menjelaskan terdapat sepuluh aspek yang berbeza dari segi gaya belajar

yang berjaya dikesan melalui kajian berkaitan dengan otak. Aspek-aspek tersebut adalah

seperti berikut :

i. Pentaakulan Deduktif dan Induktif

Pelajar lelaki lebih cenderung kepada pentaakulan deduktif dalam proses

pentaakulan mereka iaitu bermula dengan prinsip umum dan menggunakannya

kepada kes-kes individu. Pelajar perempuan pula lebih cenderung menggunakan

pemikiran induktif. Mereka biasanya bermula dengan contoh yang konkrit dan

kemudian membina teori umum.

ii. Pentaakulan Abstrak dan Konkrit

Pelajar lelaki lebih suka persoalan atau prinsip yang abstrak. Otak lelaki yang

banyak meneroka dunia abstrak.seperti. Pelajar perempuan pula lebih cenderung

kepada perkara-perkara konkrit yang ada kaitan dengan dunia nyata.

iii. Penggunaan bahasa

Semasa proses pembelajaran, didapati pelajar perempuan menggunakan perkataan

sedangkan pelajar lelaki biasanya bekerja secara senyap

iv. Logik dan bukti

Pelajar perempuan biasanya adalah pendengar yang baik daripada lelaki,

mendengar lebih apa yang diperkatakan dan lebih reseptif kepada perkara-perkara

yang terperinci semasa pengajaran ataupun perbualan tentang muzik. Pelajar-

pelajar lelaki berkecenderongan kurang mendengar.

v. Kecenderongan merasa bosan

Pelajar lelaki lebih mudah merasa bosan. Manakala pelajar perempuan pula lebih

baik dalam menguruskan rasa bosan semasa pengajaran dan lain-lain aspek

pendidikan muzik. Ini memberi kesan yang penting dalam semua aspek

pembelajaran. Pelajar lelaki sudah tentu memerlukan pelbagai rangsangan untuk

mengekalkan perhatian serta tumpuan mereka.

vi. Penggunaan ruang

Pelajar lelaki lebih cenderong menggunakan ruang fizikal yang lebih semasa

belajar muzik terutama pada usia yang muda jika dibandingkan dengan pelajar

perempuan. Ini mungkin ada kaitan dengan otak spatial pelajar lelaki yang lebih

dibandingkan dengan pelajar perempuan. Tapi ini mungkin selalu disalah ertikan

oleh guru yang menganggap murid lelaki sebagai tidak bersopan, sukar dikawal.

vii. Pergerakan

Pergerakan dapat membantu pelajar lelaki merangsang otak dan mengurus

perlakuan ‘impulsive’ mereka. Semasa bergerak dalam pengajaran muzik ketika

dalam nyanyian, otak pelajar lelaki dirangsangkan dan mereka berasa selesa.

Berbanding dengan pelajar perempuan yang biasanya tidak perlu bergerak begitu

banyak semasa pembelajaran

viii. Sensitiviti dan Dinamika Kumpulan

Dalam pembelajaran koperatif biasanya pelajar perempuan mudah menguasai

memandangkan mereka lebih baik dalam memahami kod interaksi sosial daripada

pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih cenderong memberi tumpuan kepada

melaksanakan tugasan muzik dengan baik dan kurang sensitiviti kepada emosi

orang lain.

ix. Penggunaan simbolisme

Terutama di kelas, pelajar lelaki lebih cenderong kepada kepada teks simbolik,

gambarajah dan peralatan muzik. Mereka lebih suka menggunakan kod daripada

pelajar perempuan yang lebih suka kepada teks penulisan. Kedua-dua pelajar

lelaki dan perempuan suka gambar, tetapi pelajar lelaki lebih banyak bergantung

kepadanya dalam pembelajaran. Ini disebabkan gambar merangsang bahagian

kanan hemisfera otak yang merupakan bahagian yang lebih berkembang.

x. Penggunaan Pembelajaran Secara Berpasukan

Kedua - dua pelajar lelaki dan perempuan mendapat faedah belajar muzik

secara berpasukan. Pelajar lelaki lebih cenderong mengadakan pasukan yang

berstruktur dan pelajar perempuan pula membentuk organisasi yang sedikit

longgar. Pelajar lelaki kurang mengambil masa dalam mengurus proses pasukan

dibandingkan dengan pelajar perempuan, melantik pemimpin dengan cepat dan

terus memfokus kepada orientasi matlamat.

2.5 Kesimpulan

Tinjauan literatur yang dilaporkan ini merangkumi definisi, jenis-jenis, model-model

gaya belajar dan kepentingan guru mengetahui tentang gaya belajar pelajar. Di samping

itu, kajian-kajian yang berkaitan dengan gaya belajar baik dalam negara mahu pun luar

negara juga telah dinyatakan oleh pengkaji.

Sehubungan itu, pelbagai definisi telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik

berhubung dengan gaya belajar. Jika kita memfokus definisi-definisi yang dibuat oleh

ahli-ahli pendidik yang awal (Dunn & Dunn, 1994) didapati bahawa terdapat dua puluh

satu elemen yang mempengaruhi gaya belajar pelajar yang mana digabungkan dengan

mengutamakan kecenderungan secara analitik atau pun global dalam kerangka konseptual

mereka.

Menurut Andrews,.et.al. (1990) pula mendapati pelajar yang melalui gaya belajar

membuktikan terdapat peningkatan dalam pencapaian. Dalam pada itu, Kolb (1986) pula

menjelaskan gaya belajar dengan pelbagai cara melalui modelnya. Manakala, McCarthy

(1979) juga mengenal pasti empat jenis gaya belajar yang mana guru mudah mengetahui

dan amat berkesan dalam proses pembelajaran.

Seterusnya jika kita lihat terhadap perkaitan di antara gaya belajar dengan

pembelajaran, jelas terbukti bahawa gaya belajar membantu seseorang pelajar mengamati

proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna.

Dalam hal ini, guru juga harus mengetahui mengenai gaya belajar supaya dapat

membantu pelajar mempelajari dengan lebih baik dan cepat dengan menggunakan kaedah

yang sesuai dengan gaya belajar. Selain daripada itu, guru juga berpeluang untuk

mempertingkatkan efikasi kendiri yang mana memberi kesan yang positif kepada pelajar

di samping mengeratkan hubungan di antara mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Penyelidikan merupakan salah satu cara untuk memperoleh maklumat supaya dapat

memahami secara lebih mendalam tentang sesuatu kajian. Lebih jelas lagi, Mertens

(1998) telah menghuraikan bahawa penyelidikan adalah satu proses inkuiri yang

sistematik yang telah direkabentuk untuk mengumpul data, membuat analisis,

menterjemah dan seterusnya menggunakan data tersebut untuk memahami, menerangkan,

meramal, atau mengawal pendidikan atau fenomena psikologi atau untuk memberi kuasa

kepada individu dalam sesuatu konteks.

Dalam kajian muzik ini, pengkaji mengenalpasti gaya belajar yang diamalkan oleh

pelajar-pelajar sekolah rendah, menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai

gaya belajar tersendiri dan melihat sejauh mana pelajar-pelajar sekolah rendah

menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar dalam pembelajaran pendidikan muzik.

Pengkaji juga berpendapat bahawa melalui kajian gaya belajar ini pelajar dapat

memperkembangkan pengetahuan dan mempertingkatkan pencapaian pengetahun

pendidikan muzik mereka.

3.2 Rekabentuk Kajian

Sebahagaian besar kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kerana kesesuaiannya untuk

memaparkan realiti subjektif isu yang dikaji, iaitu untuk menentukan sama ada pelajar

sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik tersendiri dan melihat sejauh mana pelajar

sekolah rendah menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar muzik tersebut..

Menurut Denzian dan Lincoln (1994), penyelidikan kualitatif melibatkan deskriptif ,

pendekatan dan keadaan yang sebenar dengan kajian. Ia juga melibatkan pelbagai kaedah

yang empirikal yang mana menjelaskan masalah semasa dan makna dalam kehidupan

individu. Penyelidik kualitatif pula berusaha untuk menghuraikan atau

menginterpretasikan makna tersebut dalam keadaan yang sebenar.

Berhubung itu, kaedah yang dipilih oleh pengkaji ini adalah kajian kes kerana….

…… case-studies have been adopted as they best portray the form of inquiry

conducted as well as the type of practitioner - researcher relationship necessary to

develop such rich data. (Connelly dan Cladinin, 1990 dalam Loughran,1996: 120)

Dalam hal ini (Bogdan & Biklen, 1982 dalam Wellington 2000: 90)

menyumbangkan definisi yang lebih tepat mengenai kajian kes seperti berikut:

A case study is a detailed examination of one setting, or one single subject, or one

single depository of documents, or one particular event.

Seterusnya, (Stenhouse, 1985 dalam Wellington 2000: 91) pula mempertahankan

kekuatan kajian kes di mana,

Case study reaches after the restoration of prudence, and also of perceptiveness,

the capacity to interpret situations rapidly and at depth and to revise

interpretations in the light of experience.

Selain daripada itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada penyelidik untuk

menilai individu atau pun sesuatu unit secara mendalam. Di samping itu, penyelidik juga

boleh menemui sesuatu yang berbeza yang mana sangat penting dalam mempertingkatkan

sesuatu subjek (Ary et.al. 2002).

Merujuk kepada kajian ini yang melibatkan enam orang pelajar SR sebagai

responden, maka kaedah kajian kes ini amat sesuai untuk digunakan dalam kajian ini

dengan harapan responden memberi respon dengan jujur berdasarkan ……the validity of

information is contigent on the honesty of the respondent (Mertens, 1998:105).

Kajian ini adalah sebahagian besarnya berbentuk kualitatif. Penyelidikan kualitatif

ini akan menjawab persoalan kajian dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan adalah

teknik pemerhatian dan temubual untuk menganalisis adakah pelajar sekolah rendah ini

mempunyai gaya belajar yang tersendiri, dan adakah para pelajar sekolah rendah

menghadapi masalah dalam pemilihan gaya belajar yang sesuai dengan mereka dalam

penidikan pelajaran muzik? Menurut Amir Hasan Dawi (1999) maklumat-maklumat hasil

penyelidikan kualitatif perlu dicatatkan semasa atau sebaik sahaja kerja lapangan

dijalankan. Ini terutamanya untuk mengelak penyelidik misalnya ‘terlupa’ akan

maklumat-maklumat yang baru diperolehinya. Penganalisaan dapat dibantu dengan

penggunaan carta, jadual, graf, rajah, transkrip dan sebagainya.

3.3 Responden

Dalam pemilihan sampel, responden terdiri daripada 32 orang pelajar sekolah rendah

di sebuah sekolah jenis kebangsaa Tamil di zon Pudu, Kuala Lumpur.. Daripada 32

orang pelajar ini, enam orang pelajar yang terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki

dan tiga orang pelajar perempuan dari Tahun Enam dipilih untuk ditemubual.

3.4 Kaedah dan Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini sebahagian besarnya berbentuk kualitatif dan instrumen kajian yang digunakan

terdiri daripada kaedah soal selidik, pemerhatian dan temubual (Rujuk Jadual 3.1). Dalam

hal yang demikian, pengkaji membuat lima kali pemerhatian secara spontan terhadap

pergerakan pelajar. Borang pemerhatian juga turut disediakan oleh pengkaji supaya

mudah membuat pemerhatian dalam kelas. Di samping itu, sesi temubual sebanyak dua

kali juga diadakan bersama pelajar sepanjang kajian ini untuk mengumpul maklumat.

Jadual 3.1

Bil Persoalan Kajian Instrumen kajian

1 Adakah para pelajar sekolah rendah mempunyai

gaya belajar tersendiri?

Soal selidik

2 Bagaimanakah gaya belajar pelajar sekolah

rendah?

Pemerhatian 1,2,3,4,5

3 Adakah para pelajar sekolah rendah menghadapi

masalah dalam pemilihan gaya belajar muzik

yang sesuai dengan mereka?

Pemerhatian 1,2,3,4,5 dan

temubual

Berdasarkan kepada Jadual 3.1 di atas, pengkaji menggunakan borang soal selidik

untuk menjawab persoalan kajian pertama (Rujuk Lampiran 1). Manakala untuk

menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji menggunakan teknik pemerhatian ‘natural’

atau spontan sebanyak lima kali terhadap pergerakan pelajar. Dalam pada itu, pengkaji

menggunakan teknik pemerhatian dan temubual sebanyak dua kali untuk menjawab

persoalan kajian ketiga.

Dengan menggunakan kaedah dan prosedur pengumpulan data seperti yang

tersebut (Rujuk Jadual 3.1), maka responden-responden yang dipilih akan memberikan

maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Sepertimana yang dikatakan oleh Brown &

Dowling (1998:68) bahawa,

The researcher can enhance response rate by more closely supervising the

administration of the questionnaire or becoming more personally involved in its

distribution and completion.

3. 4 Soal Selidik

Instrumen kajian yang dipilih oleh pengkaji seterusnya terdiri daripada soal selidik.

Menurut Mohd. Majid Konting (1998), soal selidik sesuai digunakan dalam kajian

penyelidikan yang melibatkan populasi yang besar sebab ia lebih praktikal dan berkesan.

Keupayaan soal selidik menggunakan sampel yang banyak juga akan meningkatkan

ketepatan anggaran statistik sampel untuk menganggar parameter populasi dan seterusnya

mengurangkan ralat persampelan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik

yang telah di ubahsuai daripada Richards (1994) (Rujuk Lampiran 1). Pengkaji juga telah

membuat sedikit pengubahsuaian kerana item-item dalam soal selidik mempunyai tujuan

yang sama walaupun soal selidik asalnya adalah berbentuk soal selidik skala likert.

3.4.2 Pemerhatian

Sebanyak lima pemerhatian dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini. Pemerhatian-

pemerhatian ini dilakukan di dalam kelas atau di pusat sumber sekolah sewaktu

responden-responden terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

pemerhatian ini pengkaji dapat menentukan sama ada pelajar mempunyai gaya belajar

tersendiri serta melihat sejauh manakah pelajar menghadapi masalah dalam memilih gaya

belajar.

Dalam pada itu, pengkaji akan menggunakan Garis Panduan Pemerhatian bagi

setiap orang pelajar semasa membuat pemerhatian (Lampiran 2). Jadi, pengkaji membuat

pemerhatian berdasarkan Garis Panduan yang telah disediakan terlebih dahulu.

Pengalaman membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran tersebut biasanya

merangsang pemerhati untuk memperolehi pengalaman bagi pendekatan pengajaran

tertentu atau pun sesuatu episod (Loughran,1996:8).

Menurut (MacKinnon, 1989a dalam Loughran, 1996) pula, pemerhatian terhadap

pengajaran seseorang dalam suasana bilik darjah yang kondusif merupakan perkaitan

yang bernilai. Maka data yang diperolehi hasil daripada pemerhatian ini, lebih sistematik,

mengkaji praktis sendiri dan menstimulasikan seseorang melihat secara lebih baik atau

‘see better’. Sepertimana yang dikatakan oleh (Eisner, 1988 dalam Hughes, 1991:98)

…..By ‘see,’ I mean observing and attempting to make sense of what is observed. It is to

attempt to generate meaning by attending actively to the primacy of experience. Selepas

melalui pemerhatian terhadap sesi pengajaran, pengkaji dapat memperolehi maklumat-

maklumat penting untuk menjawab persoalan kajian.

3.4.3 Temubual

Teknik temubual dipilih sebagai salah satu alat dalam kajian ini kerana teknik ini

merupakan satu proses yang digunakan untuk menambah pemahaman seseorang untuk

menginterpretasi dan memberi makna kepada pengalaman dalam hidup (Bogdan &

Biklen, 1982). Menurut (Patton, 1990 dalam Wellington 2000:79) pula mengatakan

bahawa,

The fundamental principle of qualitative interviewing

is to provide a framework within which respondents

can express their own understanding in their own terms.

Instrumen kajian yang dipilih oleh pengkaji terdiri daripada temubual. Teknik

temubual ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu yang pertama pada masa sebelum sesi

pengajaran. Temubual yang kedua pula, pada masa selepas sesi pengajaran. Kedua-dua

sesi temubual yang dijalankan ini dianggarkan selama 20 minit setiap satu sesi.

Temubual dijalankan berpandukan kepada protokol temubual (Rujuk Lampiran 3)

yang mana terdiri daripada persoalan seperti berikut:

(i) Adakah anda mengulangkaji pelajaran muzik yang diajar oleh guru?

(ii) Bagaimana anda mengulangkaji pelajaran muzik?

(iii) Adakah anda mempunyai gaya belajar muzik sendiri?

(iv) Pernahkah anda menghadapi masalah atau kesukaran dalam

menyelesaikan sesuatu masalah dalam pelajaran muzik?

(v) Jika ada, nyatakan bagaimana anda menyelesaikan masalah

tersebut?

(vi)

3.5 Analisis Data

Data diperoleh dari tiga sumber iaitu soal selidik, pemerhatian dan temubual. Data yang

diperoleh dari tiga sumber ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dengan

mengenalpasti kategori-kategori berdasarkan kepada persoalan kajian. Manakala proses

penganalisisan data ini dibuat secara induktif.

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini ditentukan oleh proses triangulasi daripada tiga

sumber iaitu soal selidik, pemerhatian dan temubual. Data ditranskrip kemudian disemak

dengan responden untuk memastikan bahawa ada kesahan dan kebolehpercayaan. Selain

daripada itu, pengkaji sendiri melibatkan diri dalam pengumpulan data supaya kesahan

dan kebolehpercayaan kajian ini terus kekal.

3.7 Kesimpulan

Teknik soal-selidik, pemerhatian dan temu bual merupakan tiga teknik kajian yang amat

penting dalam pembelajaran bermakna dan berkesan. Ketiga-tiga pendekatan ini akan

menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik tersendiri.

Seterusnya pengkaji juga akan mendapat maklumat untuk mengenal pasti gaya belajar

yang diamalkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Di samping itu, pengkaji juga akan

mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dalam

memilih gaya belajar dalam pendidikan muzik.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Gaya belajar muzik merupakan suatu ikhtiar yang mana diperlukan oleh setiap orang

pelajar kerana aspek ini sangat penting dan petunjuk dalam mempertingkatkan

kecemerlangan pencapaian diri seseorang pelajar. Kajian ini menjawab persoalan-

persoalan seperti bagaimanakah gaya belajar pelajar sekolah rendah, adakah para pelajar

sekolah rendah mempunyai gaya belajar tersendiri dan adakah para pelajar sekolah rendah

menghadapi masalah dalam pemilihan gaya belajar muzik yang sesuai dengan mereka.

Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut pengkaji mendapatkan data-data yang

diperlukan melalui soal-selidik yang diedarkan kepada 32 orang pelajar Tahap Dua,

teknik pemerhatian dan mengadakan temu bual dengan enam orang pelajar yang dipilih

oleh pengkaji di kalangan pelajar-pelajar tahun enam. Mereka terdiri daripada tiga orang

pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini telah dilabelkan oleh

pengkaji seperti berikut: (Rujuk Jadual 4.1).

Jadual 4.1

Responden dan Jantina

BIL RESPONDEN JANTINA

P1 PELAJAR 1 LELAKI

P2 PELAJAR 2 PEREMPUAN

P3 PELAJAR 3 PEREMPUAN

P4 PELAJAR 4 PEREMPUAN

P5 PELAJAR 5 LELAKI

P6 PELAJAR 6 LELAKI

4.2 Persoalan 1: Adakah para pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar muzik

tersendiri?

Untuk menjawab persoalan pertama, pengkaji telah mengumpul data melalui soal selidik

terhadap 32 orang pelajar tahap dua. Persoalan kajian pertama ini dijawab berpandukan

kepada soal selidik yang telah diubahsuai daripada Richards (1994). Hasil dapatan adalah

seperti beriku:

Jadual 4.2.1

Pemilihan Gaya Belajar Kumpulan

Gaya Belajar Soalan Setuju

(f)

% Tidak

Setuju

(f)

%

Kumpulan Saya boleh menyelesaikan

banyak latihan teori muzik

apabila membuat latihan

dengan rakan-rakan.

Saya lebih menumpukan

perhatian dan suka belajar

muzik dalam kumpulan.

Saya mampu membuat banyak

latihan muzik di dalam kelas

apabila bersama dengan rakan-

rakan.

Saya seronok membuat

tugasan muzik bersama dua tau

tiga orang rakan.

Saya suka belajar muzik

dengan rakan-rakan yang lain.

26

29

26

20

28

81

91

81

63

88

6

3

6

12

4

18

9

18

37

12

Jumlah 129 80 31 20

Jadual 4.2.2

Pemilihan Gaya Belajar Auditori

Gaya Belajar Soalan Setuju

(f)

% Tidak

Setuju

(f)

%

Auditori Saya mudah danlebih

memahami apabila guru

memberikan arahan.

Saya mudah memahami

sesuatu sekiranya rakan

membantu saya di dalam kelas.

Saya mudah ingat perkara

yang disebut di dalam kelas

daripada membacanya.

Saya lebih memahami

pelajaran sekiranya guru

memberikan penerangan di

dalam kelas.

Saya mudah mempelajari

sesuatu apabila saya

mendengar pada seseorang.

29

15

19

25

26

91

47

59

78

81

3

17

13

7

6

9

53

41

22

19

Jumlah 114 71 46 29

Jadual 4.2.3

Pemilihan Gaya Belajar Kinestetik

Gaya Belajar Soalan Setuju

(f)

% Tidak

Setuju

(f)

%

Kinestetik Saya lebih selesa belajar dan

membuat sesuatu di dalam

kelas.

Saya mudah mempelajari

sesuatu apabila membuatnya di

dalam kelas.

Saya merasa seronok belajar di

dalam kelas apabila membuat

sesuatu praktikal muzik.

Saya mudah memahami

sesuatu perkara apabila

mengambil bahagian dalam

sesuatu

lakonan/nyanyian/permainan

muzik.

Saya lebih mudah belajar

apabila saya mengambil

bahagian dalam sesuatu aktiviti

muziik

27

29

32

32

32

84

91

100

100

100

5

3

-

-

-

16

9

-

-

-

Jumlah

153 96 8 4

Jadual 4.2.4

Pemilihan Gaya Belajar Visual

Gaya Belajar Soalan Setuju

(f)

% Tidak

Setuju

(f)

%

Visual Saya lebih selesa belajar

sekiranya guru menulis

maklumat di atas papan hitam.

Saya mudah mengingat sesuatu

apabila membaca arahan.

Saya lebih memahami sesuatu

apabila membaca arahan.

Saya mudah memahami

sesuatu dengan bacaan

daripada mendengar .

Saya lebih mempelajari

sesuatu dengan membaca buku

teks daripada mendengar

penerangan guru.

10

5

15

20

12

31

16

47

63

37

22

27

17

12

20

69

84

53

37

63

Jumlah 62 39 98 61

Jadual 4.2.5

Pemilihan Gaya Belajar Sentuhan ‘Tactile’

Gaya Belajar Soalan Setuju

(f)

% Tidak

Setuju

(f)

%

Sentuhan

‘Tactile’

Saya mudah belajar apabila

membuat model untuk sesuatu

perkara.

Saya lebih memahami dan

belajar di dalam kelas apabila

membuat sesuatu secara

praktikal/ujikaji.

Saya mudah memahami

sesuatu apabila saya belajar

sambil melukis.

Saya lebih mempelajari

sesuatu apabila merekacipta

susuatu hasilan muzik.

Saya seronok membuat sesuatu

untuk projek muzik kelas.

25

29

15

26

20

78

91

47

81

63

7

3

17

6

12

22

9

53

19

37

Jumlah 115 72 45 28

Jadual 4.2.6

Pemilihan Gaya Belajar Individu

Gaya Belajar Soalan Setuju

(f)

% Tidak

Setuju

(f)

%

Individu Saya lebih memahami sesuatu

apabila belajar muzik secara

bersendirian.

Saya lebih mempelajari muzik

secara bersendirian.

Saya mudah mempelajari

muzik di dalam kelas apabila

saya membuatnya

bersendirian.

Saya lebih gemar membuat

sesuatu projek muzik

bersendirian.

Saya lebih gemar membuat

sesuatu berkaitan muzik secara

bersendirian.

10

8

5

9

9

31

25

16

28

28

23

24

27

23

23

69

75

84

72

72

Jumlah 41 26 120 74

Dapatan daripada soal selidik ini menunjukkan gaya belajar yang paling diminati oleh

pelajar-pelajar sekolah rendah adalah belajar dalam gaya pembelajaran kinestetik.. Ianya

merangkumi peratus kekerapan yang paling tinggi iaitu 96% setuju dan cuma 4% tidak

setuju. Pada pandangan pengkaji ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah

memilih gaya belajar kinestetik untuk membolehkan mereka berkongsi masalah serta

dapat bantu-membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan kesukaran yang

dihadapi dalam pembelajaran. . Dapatan juga menunjukkan cuma 4% sahaja responden

tidak bersetuju dengan cara belajar kinestetik. Ini mungkin disebabkan oleh gaya belajar

pelajar-pelajar tersebut yang cenderung kepada gaya belajar yang lain.

Pengkaji juga mendapati bahawa 71% pelajar sekolah rendah tahap dua telah

memilih gaya belajar yang berbentuk auditori yang mana gaya ini menitikberatkan gaya

belajar seperti ingat kembali maklumat, beri panduan secara lisan, gemar berdialog,

perbincangan, penyelesaian masalah dengan cara berbincang dan menggunakan rentak

dan bunyi dalam proses pembelajaran (Dunn dan Dunn, 1994). Dapatan juga

merumuskan bahawa 29% pelajar tidak setuju dengan gaya belajar berbentuk auditori ini.

Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar juga memilih gaya belajar yang

berbeza dan bersesuaian dengan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dilakukan.

Seterusnya, pengkaji dapat merumuskan bahawa 80% pelajar tahap dua ini

memilih gaya belajar berbentuk kumpulan. Gaya pembelajaran ini memerlukan pelajar-

pelajar khasnya mengamalkan cara-cara belajar seperti melibatkan diri dalam

pembelajaran secara aktif, hadapi kesukaran dalam jangka masa panjang dan yang lebih

kepada pembelajaran dengan pergerakan (Dunn dan Dunn, 1994). Didapati pelajar-pelajar

sedemikian suka belajar sambil menggerakkan anggota badan serta melakukan aktiviti-

aktiviti fizikal. Golongan pelajar ini juga sangat aktif dalam bilik darjah. Mereka perlu

diberikan perhatian yang sewajarnya oleh guru dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang

mencabar minda serta tidak membosankan. Pengkaji juga mendapati 20% pelajar tidak

gemar akan gaya belajar kumpulan ini.

Walaupun gaya belajar secara berkumpulan, auditori dan kinestetik merupakan

gaya belajar yang digemari oleh kebanyakan pelajar sekolah rendah, namun demikian

hasil dapatan juga menunjukkan 39% pelajar memiliki gaya belajar berbentuk ‘visual’.

Pelajar-pelajar dalam golongan ini menurut (Dunn dan Dunn, 1994) merupakan seseorang

yang penuh semangat dan seronok untuk belajar, suka melihat dan mendengar apa yang

guru beritahu, bertemu muka, suka membaca buku, sentiasa menerima pendapat dan lebih

cenderung kepada penggunaan senarai semak untuk mengorganisasikan pemikiran visual

mereka. Namun begitu, ianya tidaklah merupakan gaya belajar yang dimiliki atau

digemari oleh pelajar sekolah rendah.

Gaya belajar sentuhan ‘tactile’ merangkumi 72% setuju dan 28% tidak setuju.

Gaya belajar ini memerlukan seseorang pelajar menggunakan penulisan dan melukis

untuk mengingati sesuatu, mereka juga gemar membuat projek dan melakukan ujikaji

eksperimen atau meneroka terhadap sesuatu perkara (Dunn dan Dunn, 1994).

Gaya belajar yang paling tidak digemari dan dimiliki oleh kebanyakan pelajar

tahap dua sekolah rendah di sekokolah jenis kebangsaan Tamil adalahbelajar secara

visual. Ianya cuma merangkumi 39% setuju dibanding dengan 98% tidak setuju. Dapatan

ini jelas menunjukkan gaya belajar secara visual adalah amat tidak digemari oleh para

pelajar sekolah rendah khasnya.

Kesimpulannya, sebahagian daripada pelajar sekolah rendah tidak mengalami

masalah yang berat dalam pemilihan gaya belajar muzik malah sebahagian lagi masih

menghadapi kesukaran dalam pemilihan gaya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh gaya

kognitif yang dimiliki oleh setiap orang pelajar yang mana merangsang kecenderungan

individu untuk memproses maklumat secara global atau pun analitik (Rahil., et. al,. 2000).

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan merangkumi rumusan dapatan kajian dan perbincangan dapatan kajian,

kesimpulan kajian dan implikasi kajian. Pada akhir bab akan diberikan beberapa

cadangan bagi penyelidikan selanjutnya yang boleh diselidiki oleh penyelidik-penyelidik

pada masa akan datang.

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

Kajian ini adalah sebahagian besarnya berbentuk kualitatif. Data-data telah dikumpul

melalui soal selidik untuk menentukan sama ada pelajar sekolah rendah mempunyai gaya

belajar muzik tersendiri, manakala teknik pemerhatian telah digunakan untuk

mengenalpasti gaya belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah.

Temubual juga telah digunakan oleh pengkaji untuk melihat sejauh mana pelajar sekolah

rendah menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar dalam pembelajaran muzik.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan

bandar. Seramai 32 orang murid Tahap Dua terlibat dalam kajian ini. Pengkaji juga telah

memilih seramai enam orang pelajar yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang

perempuan untuk sesi temubual.

Gaya belajar (GB) merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi

pendidikan muzik diri seseorang murid. Di samping itu, (Ellis, 1985 dalam Richards,

1994:138) telah mengatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan satu cara yang

konsisten di mana seseorang menerima, membuat konsep, menyusun-atur dan mengingat

semula maklumat.

Dalam bilik darjah pelajar mempunyai GB yang berbeza-beza. Perbezaan dalam

GB berlaku disebabkan oleh perbezaan individu itu sendiri yang mana ianya berkaitan

dengan gaya kognitif dan GB (Gregorc & Ward, 1977). Selain daripada itu, GB pelajar

juga dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik yang diwarisi, pengalaman pembelajaran yang

lalu, budaya dan komuniti di persekitarannya.

Dalam kajian ini pengkaji mengenal pasti bagaimanakah gaya belajar pelajar

sekolah rendah, adakah pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar tersendiri dan

adakah para pelajar sekolah rendah menghadapi masalah dalam pemilihan gaya belajar

muzik yang sesuai dengan diri mereka. Dapatan kajian hasil daripada teknik pemerhatian

dan temubual menjelaskan bahawa sebahagian pelajar sahaja memahami gaya belajar

manakala sebahagian lagi kurang pendedahan mengenai gaya belajar muzik yang

berkesan. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti jenis-jenis gaya belajar yang

dipraktikkan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah ini. Pengkaji mendapati pelajar sekolah

rendah mempunyai pelbagai gaya belajar yang mana terdiri daripada Gaya Belajar

Auditori, Visual, Kinestetik dan Sentuhan ‘Tactile’ (Dunn dan Dunn, 1994). Di samping

itu pengkaji juga mendapati pelajar sekolah rendah mempunyai gaya belajar iaitu belajar

secara innovatif, analitik, budi bicara dan dinamik (McCarthy, 1979). Gaya belajar muzik

di kalangan pelajar-pelajar ini berbeza antara satu sama lain kerana manusia biasanya

berbeza dalam cara mereka belajar. Jadi mereka menggunakan atau mengubahsuai gaya

belajar yang berbeza mengikut minat mereka tersendiri..

Hasil dapatan menjelaskan bahawa pelajar sekolah rendah mempunyai gaya

belajar muzik mereka yang tersendiri. Pelajar-pelajar juga mengamalkan gaya belajar

yang pelbagai semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik. Dengan ini, dapat

dirumuskan bahawa pelajar sekolah rendah mempunyai pelbagai gaya belajar muzik

tetapi gaya belajar secara kinesteti adalah yang paling diminati oleh para pelajar.

5.2.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar-pelajar Sekolah Rendah

Dalam Pemilihan Gaya Belajar

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dalam pemilihan

gaya belajar adalah berdasarkan kepada faktor-faktor pengalaman pembelajaran yang

lalu, budaya dan komuniti. Dalam pada itu, dapatan kajian menjelaskan P1, P5 dan P6

yang mempunyai gaya belajar auditori, pada awalnya memang menghadapi kesukaran

untuk menentukan satu gaya belajar yang tetap dan berkesan. Ketiga-tiga pelajar ini

didapati belajar mengikut ‘mood’ masing-masing di mana P1 duduk sebentar dan

memerhatikan bukunya kemudian bergerak ke tempat duduk P5. Di sini P1 dan P5 buat

perbincangan dan menyelesaikan beberapa tugasan . P6 pula menuju ke tempat P1 dan P5

serta menyertai mereka. Ini menggambarkan ketiga-tiga pelajar ini menghadapi masalah

dalam pemilihan gaya pembelajaran. Dalam pada itu, dapatan kajian juga menjelaskan P3

yang mempunyai gaya belajar kinestetik.

Dengan ini pengkaji membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah

memang menghadapi masalah dalam memilih gaya belajar yang sesuai dengan diri

mereka. Namun demikian, setelah mereka diberi pendedahan yang sempurna tentang gaya

belajar muzik, pelajar-pelajar dapat memilih gaya belajar yang sesuai mengikut

kesesuaian belajar mereka..

Kesimpulannya, unsur gaya belajar ini merupakan aspek yang sangat penting

dalam proses pembelajaran. Aspek ini perlu diberi penekanan pada peringkat sekolah

rendah lagi. Individu yang faham akan gaya belajar mereka akan dapat mengawal aktiviti

kognitif dengan baik dan akan lebih bersikap positif terhadap pembelajaran di samping

potensi akademik yang lebih baik (Keefe, 1991).

5.3 Kesimpulan dan Implikasi Kajian

Berdasarkan huraian serta dapatan kajian, jelaslah bahawa gaya belajar memainkan

peranan yang amat penting dalam membantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan

pembelajaran pendidikan muzik mereka. Di samping itu, pengkaji juga mengenalpasti

bahawa pelajar mempunyai gaya belajar muzik yang berbeza di antara satu sama lain.

Dengan hal demikian, pelajar-pelajar tidak dapat memilih gaya belajar yang sesuai

dengan mereka. Mereka juga kurang arif untuk menyesuaikan gaya belajar muzik dengan

pembelajaran. Justeru itu, masalah utama yang dihadapi oleh pihak guru dan pelajar di

sekolah pada hari ini untuk meningkatkan potensi pengajaran dan pembelajaran muzik

disebabkan kurangnya kefahaman tentang pentingnya gaya belajar dalam mencorakkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengajaran guru yang hanya

berpandukan kepada rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian

berkemungkinan tidak akan memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar mengikut

gaya belajar yang tersendiri. Walaupun penekanan pembelajaran dalam KBSR adalah

menitikberatkan kepada penggunaan bahan bantu mengajar muzik serta pembelajaran

secara kumpulan namun ianya masih tidak memberi kesan yang menyeluruh kepada para

pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh

pengagihan pelajar kepada kumpulan-kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka dan

bukannya berpandukan kepada gaya belajar pelajar-pelajar tersebut. Sebagai contoh,

seorang pelajar yang ditempatkan dalam kumpulan lemah, akan menunjukkan kelainan

sekiranya pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pendekatan atau gaya belajar muzik

yang sesuai dengannya. Sebaliknya, seorang pelajar yang pintar mungkin akan

mengalami kemerosoton sekiranya pendekatan yang digunakan oleh guru adalah

berlainan dengan gaya belajarnya. Dengan kajian yang mendalam mengenai fenomena

ini, dapatlah memberi pemahaman mengenai gaya belajar supaya ianya dapat

memperbaiki dan mempertingkatkan gaya belajar ke arah peningkatan dalam potensi

pembelajaran muzik yang berkesan dan efektif pada masa akan datang.

.

5.4 Cadangan-cadangan

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia disaran agar menggubal rancangan pelajaran guru

yang turut memberi tumpuan terhadap pengetahuan yang mendalam dalam gaya belajar

yang berbeza pada setiap pelajar. Ini adalah penting kerana pengetahuan yang luas

tentang gaya belajar ini akan mampu mendorong guru-guru menyediakan bahan-bahan

bantu pengajaran yang lebih berkesan dan guru juga mampu menggunakan pendekatan

serta strategi pengajaran yang berbeza dan menarik minat murid untuk belajar

matapelajaran muzik.

Pihak sekolah juga perlu menyediakan kursus-kursus dalaman sekerap yang boleh

untuk mendedahkan kepada guru muzik tentang gaya pembelajaran muzik yang ada pada

pelajar. Dengan ini guru dapat menggunakan kaedah dan strategi pengajaran muzik yang

sesuai. Pihak sekolah juga diharapkan dapat menyediakan sudut-sudut pembelajaran

muzik yang membina di dalam kawasan sekolah untuk membolehkan para pelajar akses

kepada bahan-bahan yang terdapat dalam pusat tersebut. Dengan ini akan memberi ruang

dan peluang kepada para pelajar untuk belajar muzik dengan gaya masing-masing. Pada

masa yang sama mereka juga perlu diawasi oleh guru agar pembelajaran mereka di pusat-

pusat ini terancang dan bermakna. Kepelbagaian bahan atau media pembelajaran muzik

juga mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan sudut-sudut pembelajaran

muzi ini dengan lebih berkesan.

Guru juga harus sentiasa berfikiran kreatif dan berinovatif dalam pengajarannya

muzik. Para guru perlu mengenali gaya belajar muzik pelajar-pelajarnya dan sentiasa

mendedahkan kepada mereka keberkesanan pembelajaran muzi dengan memahami gaya

belajar muzik tersendiri. Untuk ini para guru perlu didedahkan dengan mendalam tentang

aspek-aspek gaya belajar muzik dengan mengadakan kursus-kursus muzik dalam

perkhidmatan yang mengkhususkan kepada gaya belajar. Pengetahuan yang mendalam ini

akan mendorong para guru untuk menyediakan rancangan pelajaran yang bersistematik

dan berupaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik

dengan berkesan kepada anak murid kita..

5.5 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Zon

Pudu, Kuala Lumpur. Bilangan sampel yang digunakan adalah kecil. Oleh itu kajian

mendalam yang merangkumi sekolah jenis campuran atau yang terletak di pusat bandar

atau bandaraya perlu dilakukan supaya pemahaman tentang gaya belajar muzik di

kalangan guru dan pelajar dapat dimaksimumkan. Kajian juga perlu dibuat dengan

menyeluruh iaitu meliputi beberapa buah sekolah rendah dengan menggunakan sampel

yang lebih besar bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat. Dalam hal ini, sumbangan

idea-idea dan juga pandangan-pandangan yang membina adalah sangat-sangat diperlukan.

Selain daripada itu, kajian akan datang juga dicadangkan meliputi aspek-aspek

gaya belajar yang lain untuk tujuan pendedahan yang berkesan terhadap pemilihan gaya

belajar oleh pelajar dan perancangan guru menghadapi gaya belajar muzik pelajar yang

berbeza-beza dalam bilik darjah.

5.6 Penutup

Kajian jelas menunjukkan bahawa pemilihan gaya belajar muzik pelajar di kalangan

pelajar sekolah rendah sangat penting dalam membantu pelajar mempertingkatkan dan

memperbaiki pembelajaran pendidikan muzik mereka. Dengan maklumat yang disalurkan

dari penyelidikan ini, diharapkan para guru memahami gaya belajar pelajar dan

menyediakan pengajaran muzik yang bersesuaian dengan mereka. Di antara langkah-

langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru perlu mengadakan gerakerja

berkumpulan. Para pelajar ditempatkan ke dalam beberapa kumpulan mengikut gaya

belajar muzik yang ada pada mereka. Guru akan menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu,

latihan-latihan dan sebagainya mengikut gaya belajar muzik masing-masing. Sebelum

pelajar-pelajar ini ditempatkan ke dalam kumpulan mereka, satu usaha telah dijalankan

untuk menentukan gaya belajar pendidkan muzik mereka.

Di samping itu, guru boleh mengadakan pelbagai jenis aktiviti untuk memberi

peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti yang digemarinya. Guru boleh

mengendalikan kelas tersebut secara berkumpulan dan mengikut pusingan, iaitu satu

kumpulan berpindah ke kumpulan lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti muzik yang

berlainan.

.

Dalam proses menyediakan persediaan mengajar, guru sentiasa bergerak daripada

yang senang kepada susah, daripada yang konkrit kepada yang abstrak dan sebagainya.

Melalui cara ini pelajar-pelajar tidak akan menghadapi masalah dalam memilih gaya

belajar mereka. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan banyak contoh, alat-alat bantu

mengajar, gerakerja lisan dan bertulis, ulangan dan latih tubi, pembelajaran koperatif dan

sebagainya dalam pengajarannya. Ini secara tidak langsung akan memberi manfaat

kepada para pelajar yang mempunyai gaya belajar tersendiri.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books.

Abu Bakar Nordin (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Cetaklama Sdn. Bhd.

Allen. J. J. & Christenberry, N. J (1994). Learning Style Preferences of Low and High-Achieving Young African-American Males. A paper presented November 1994 at the Annual Meeting of Mid-South Educational Research Association in Nashville, Tennessee.

Amir Hasan Dawi (1999). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim. Quantum Books.

Ary, Donald., Jacobs, L.C. & Razarieh, Ashgar. (2002). Introduction to research in education (6th Ed.). Thomson Learning; Australia.

Ast, H. J. (1998). Learning Styles: Implications for Curriculum and Instruction. (ERIC Document Reproduction Services No. ED302280).

Asmah Ahmad (2003). Leadership Management Styles and Educational Effectiveness. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan., 29, Jilid 13, Bil.01, 1511-4147.

Atan Long (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Baker, M. (1994). Media coverage of education. British Journal of Educational Studies, 42(3), 286-97.

Blackmon, T. C., & Durm, M. W. (1997). Children’s Self-esteem and Their Parent’s Education. Psychological Report. 80. 114.

Bogdan, Robert, C. & Biklen, Sari, K. (1982). Qualitative research for education; An introduction to theory and practice. Boston; Allyn and Bacon.

Brown & Dowling (1998). Doing Research: A mode of Interrogation for Education. London: Falmer Press.

Christopher Bowring-Carr& John West-Burnham. Penterjemah : Annuar Ayub (1999). Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Dunn, R, & Dunn, K, & Perrin, J. (1994). Teaching Young Children Through Their Individual Learning Styles. Allyn & Bacon. USA.

Dunn, R., & Dunn, K. (1999). The Complete Guide to the Learning Styles Inservice System. Allyn & Bacon. USA.

Ee Ah Meng (1988). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.

Geoghegan, S.M. (1996). Modality and learning Styles Among Basic Skills Students. College of New Jersey, Masters Theses (042).

Gadzella, B. M., Stphens, R. & Baloglu, M.( 2002). Prediction of educational psychology course grades by age and learning style scores – Statistical Data Included. College Student Journal.

Hughes, P. (1991). Teachers’ Professional Development: Individual and group reflection as a basis for teacher development. Australian Council for Educational Research. Victoria, Australia.

Gurnam K. S. (2003). Managing Learner Autonomy For Life-Long Learning. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 48, Jilid 13, Bil. 01, 1511-4147.

James, W. B. & Gardner, D.L. (1995). Learning Styles: Implications for distance learning. (ERIC Document Reproduction Service No.EJ 514356).

Jonassen, D. H. & Grabowski, B. L. (1993). Handbook of Individual Differences, Learning and Instruction. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Joyce, B, & Weil, M,. & Calhoun, E. (2000). Models of Teaching. Fifth Edition. Allyn & Bacon. Boston. London.

Julismah Jani. (2004). Stail Pembelajaran Perseptual dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Berfikir 2004: Intekma Resort Convention Centre, Shah Alam.

Kamarudin Hj. Husin (1997). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan : Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan (2002). Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Kolb, D.A. (1986). Learning Style Inventory: Technical Manual (Rev. ed.). Boston, MA: McBer.

LeCompte, Margaret, D. & Pressle, Judith. (1993). Ethnography and Qualitative Design in Educational Research. (2nd Ed.). San Diego:Academic Press.

Lee Shok Mee (1997). Psikologi Pendidikan 2. Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Loudursamy, A.(1994).Perbezaan Gaya Kognitif dan Implikasinya Terhadap Pendidikan. (Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995 Bil.3). Pulau Pinang; Universiti Sains Malaysia. [online] Available: http://www.lib.usm.my/press/SSU/lourd. (Diperoleh Disember 15, 2005).

Loughran. (1996). Developing Reflective Practice: Learning about teaching and Learning Through Modelling. London: Falmer Press.

McCarthy, B. (1979). Learning Styles: Identification and matching teaching formats. Un-published doctoral dissertation. Evanston, Illinois.

McCarthy, B. (1987). The 4MAT System: Teaching to learning styles with right/left mode techniques. Revised Edition.Oak Book,Il: Excel, Inc.

McCarthy, B. (1990). Using the 4MAT System to bring learning styles to Schools. Educational Leadership 48(2), 31-37. (ERIC: EJ416429).

Mertens, (1998). Research Methods in Education and Psychology: Integrating Diversity With Quantitative and Qualitative Approaches. London: Sage Publications.

Ministry of Education Malaysia (2001). Education in Malaysia. A Journey To Excellence. Prepared by the Educational Planning and Research Division. Kuala Lumpur: Cataloging-in-Publication-Data.

Mohd. Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Murugiah, Velayutham. (1997). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

http://www.teachingenglish.org.uk/think/methodology/learning_style.shtml . (Diperoleh Januari 8, 2006)