minit mesyuarat pss bil 1 2014

7
مدرسة ل ا ة ي ئ دا ت ئلا ا ة ي ئ ر لع ا م ئ ا ج و, ن ر ب7546 ا ق ل مSEKOLAH RENDAH ARAB JAIM PERNU 75460 MELAKA MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL 1 / 2015 Tarikh : 12 Februari 2015 Tempat : Bilik Mesyuarat Masa : 3.00 Petang KEHADIRAN 1. En. Saufi Bin Yusof – GPK 1 2. Pn. Hjh Izzah Binti Musa – GPK HEM 3. En. Mahfot Bin Rahmat – GPK KOKU 4. Pn. Norfamiza Binti Moktar - Penyelaras Pusat Sumber Sekolah 5. Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor @ Mohd – Penyelaras Perpustakaan 6. Pn. Bibi Fatimah Binti Roslan 7. En. Mohd Hatta Bin Abu Bakar 8. En. Muhammad Nor Amri Bin Mohd Nasir 1

Upload: wan-nurul-ashikin-mansor

Post on 09-Jul-2016

254 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat PSS Bil 1 2014

ملقا7546برنو, جائم العربية االبتدائية المدرسة SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM PERNU

75460 MELAKA

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL 1 / 2015

Tarikh : 12 Februari 2015

Tempat : Bilik Mesyuarat

Masa : 3.00 Petang

KEHADIRAN

1. En. Saufi Bin Yusof – GPK 1

2. Pn. Hjh Izzah Binti Musa – GPK HEM

3. En. Mahfot Bin Rahmat – GPK KOKU

4. Pn. Norfamiza Binti Moktar - Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

5. Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor @ Mohd – Penyelaras Perpustakaan

6. Pn. Bibi Fatimah Binti Roslan

7. En. Mohd Hatta Bin Abu Bakar

8. En. Muhammad Nor Amri Bin Mohd Nasir

9. Pn. Aznirawati Binti Mohd Azizi

10. Pn. Juliana Binti Siman

11. En. Nizam Bin Musiri

12. Pn. Normala Binti Muhamad

13. Pn. Norzaidah Binti Nordin

14. Pn. Nur Ayuni Binti Aiyub

15. En. Shahril Bin Roslan

16. Cik Syazana Binti Mansor

17. En. Zulfadzelie Bin Mahmad Saleh

1

Page 2: Minit Mesyuarat PSS Bil 1 2014

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pn Norfamiza Binti

Moktar selaku Penyelaras Pusat Sumber Sekolah 2015 mengalu – alukan

kehadiran guru ke dalam mesyuarat pada kali ini. Beliauberharap agar mesyuarat

kali ini berjalan dengan lancer dan mencapai objektifnya.

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk

memegang jawatan sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah 2015 .

2. Ucapan Penasihat

2.1 En. Saufi Bin Yusof mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru meluangkan

masa untuk hadir ke mesyuarat ini.

2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan kerana telah berjaya

menggalakkan murid ke PSS. Beliau berharap pss menjadi bilik darjah kedua yang

diminati oleh murid. Tindakan: AJK

2.3 Menyatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah (Pss) ialah nadi sekolah dan mesti

diwujudkan di setiap sekolah. Perkembangan Pss semakin menunjukkan

peningkatan dan perubahan terutamanya dari segi bilangan buku dan kemudahan-

kemudahan lain.

Tindakan : Makluman

3. Jawatankuasa Induk PSS

3.1 Pn. Norfamiza menyatakan bahawa perlantikan Jawatankuasa Induk PSS telah

dibuat dan senarai tugas telah diedarkan oleh penyelaras PSS.

Tindakan: Penyelaras PSS

2

Page 3: Minit Mesyuarat PSS Bil 1 2014

3.2 Jawatankuasa Induk PSS melibatkan Semua Ketua Panitia mata pelajaran. Oleh

itu, semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia mestilah melibatkan Pusat Sumber

Sekolah. Begitu juga dengan kertas kerja dan laporan aktiviti hendaklah di

serahkan kepada Pusat Sumber Sekolah satu salinan untuk simpanan PSS.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

3.3 Pn. Norfamiza mengedarkan senarai bidang tugas ketua panitia dan peranan

mereka dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.

Tindakan: Makluman

4. Perlantikan Pengawas PSS 2015 4.1 Pn. Norfamiza memaklumkan pelantikan pengawas PSS adalah seramai 24 orang

yang merangkumi murid tahun tiga hingga tahun enam. Mereka akan menjalankan

tugas mengikut jadual tugasan yang telah disediakan.

Tindakan : Makluman

5. Peraturan perpustakaan5.1 Penggunaan perpustakaan oleh murid

Cik Wan Nurul Ashikin memaklumkan bahawa semua murid boleh menggunakan

perpustakaan sekolah pada waktu rehat dan waktu pulang sehingga jam 5.00

petang setiap hari Isnin hingga khamis. Manakala pada hari jumaat hingga jam 12

tengahari sahaja.

Tindakan : makluman

5.1.1 Beliau memaklumkan murid boleh membuat peminjaman buku mengikut hari

yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman

5.2 Penggunaan perpustakaan semasa waktu P&P5.2.1 En. Shahril Bin Roslan telah mencadangkan beberapa peraturan yang mesti

diikuti oleh semua pengguna Pusat sumber sekolah (Pss) – saranan:

3

Page 4: Minit Mesyuarat PSS Bil 1 2014

1. Setiap kelas yang ingin menggunakan perpustakaan perlulah

memaklumkannya sehari sebelum digunakan serta menulis di dalam

buku rekod keluar masuk perpustakaan.

2. Keputusan mesyuarat setuju.

Tindakan : Semua AJK

6.0 Aktiviti PSS bersama panitia6.1 Pn. Norfmiza menyatakan bahawa aktiviti PSS 2015 akan dijalankan mengikut

perancangan aktiviti 2015 dan semua aktiviti tersebut akan di ubah cara mengikut

kesesuaian.

Tindakan : Semua AJK

6.2 Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor mencadangkan agar diadakan program

membaca harian bersama panitia diadakan setiap hari selasa hingga khamis bagi

menyemarakan program NILAM di sekolah. Keputusan Mesyuarat bersetuju dengan

cadangan tersebut.

Tindakan : Semua AJK

7.0 Keceriaan7.1 Pn. Norfamiza Binti Moktar meminta kerjasama dari semua panitia untuk

menceriakan pusat sumber sekolah dan perlu dijalankan dengan kadar segera.

Tindakan: Semua Panitia Mata Pelajaran

8.0 Unit BBM8.1 Pn. Norfamiza memaklumkan peminjaman yang dibuat perlulah direkodkan.

Semua BBM yang di letakkan di bilik BBM hendaklah memaklumkan kepada

guru BBM supaya kerja – kerja perekodan dibuat.

Tindakan : Semua Ajk

9.0 Nilam9.1 Pn. Norfamiza berharap Program NILAM dapat di laksanakan dengan jayanya.

Selain itu, beliau juga berharap pelbagai aktiviti dapat dijalankan bagi menggalakkan

program NILAM di sekolah.

Tindakan : Semua AJK

4

Page 5: Minit Mesyuarat PSS Bil 1 2014

10. 0 Hal – Hal Lain

( Tiada )

PENUTUPPn. Norfamiza mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat

Jawatankuasa Induk PUsat Sumber Sekolah pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Di Sediakan Oleh,

Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor @ Mohd

Penyelaras Perpustakaan

Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu

5