minit curai.linus

Upload: khoo-ghee-san

Post on 05-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit curai

TRANSCRIPT

MINIT CURAI

Kepada : En. Zaini bin MaharupGuru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Tembak

Melalui : Pn. Norliza binti Mohd Yusoff GPK 1

Daripada : Khoo Ghee SanPerkara : Kursus Kelestarian Program LINUS 2.0 (Numerasi) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2015Tarikh : 18 Ogos 2015Hari : SelasaMasa : 8.00 pagi 5.00 petangTempat : Dewan Kuliah A, Bangunan Baharu, IPGM Kampus Pulau PinangAnjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

1.Latar Belakang1.1 Kursus ini dianjurkan oleh JPN Pulau Pinang.

1.2Sasaran kursus ini adalah guru matematik yang mengajar Tahun 2 di mana muridnya terlibat dalam Program LINUS.

2.Isu / Maklumat penting2.1Kursus ini terdiri daripada 4 slot.2.2Dalam slot pertama, taklimat dan pengoperasian Program LINUS diadakan. Guru dimaklumkan peratus pencapaian LINUS dan ranking kebangsaan.

2.3Dalam slot kedua pula, konsep kelestarian, bridging dan penulisan rancangan pengajaran harian diadakan. Guru dimaklumkan pendekatan bridging, gabungjalin, berulang-ulang dan didik hibur (rekreasi matematik) perlu diaplikasikan dalam PdP untuk mencapai kelestarian (murid terus kekal dalam arus perdana).

2.4Slot ketiga ialah bengkel penulisan rancangan pengajaran harian.

2.5Slot keempat ialah pembentangan kumpulan.

3.Makluman / Tindakan Guru Besar3.1Menurut pegawai PPD, minit curai perlu diserah kepada pihak pentadbiran

3.2Latihan dalaman perlu diadakan untuk guru-guru matematik. Laporan perlu dihantar kepada En. Norazreen B. Raduan (JPN).

3.3 Penulisan rancangan pengajaran harian perlu dibuat untuk arus perdana dan LINUS.

Disediakan oleh,

________________(Khoo Ghee San)