minggu 4 (sastera) pembinaan plot

43
Disediakan oleh : Nur Shamimi binti Jamudin Basirah binti Ya’acob Athirahshazana binti Zakaria Norshuhaida binti Masre

Upload: shamimi-jamudin

Post on 18-Jul-2015

584 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Disediakan oleh :

Nur Shamimi binti Jamudin

Basirah binti Ya’acob

Athirahshazana binti Zakaria

Norshuhaida binti Masre

Plot – kebijaksanaan yang istimewa untuk

mengatur peristiwa-peristiwa mengikut

timing yang tertentu supaya rancangan yang

disediakan itu tidak gagal.

Daya ingatan yang baik diperlukan supaya

watak-watak dapat memainkan peranan di

dalam melaksanakan tugasnya sepertimana

yang dihajati oleh si perancang.

Hassan Ibrahaim : plot sebagai jalan cerita.

Bagaimana sebuah cerita itu dirangkaikan dari

satu peristiwa kepada peristiwa yang lain.

Lynn Altenbernd dan Leslie L. Lewis (A Handbook

or the Study of Fiction): ..”plot use to indicate

the parallel sequence of changes in human

relation which are occasioned and manifested by

the event of the action. Hence plot is concerned

with the significance of the dramatic symbols

with theme.” (hlm66)

Idrus (Teknik Mengarang Cerpen) : plot sebagai

sesuatu yang ada di luar cerita yang tertulis dan

yang kita baca kerana plot itu hanyalah ada dalam

kepala pengarang sebelum mengarang, dan ada

dalam kepala pembaca setelah membaca. Ia

hanyalah suatu garis besar sahaja dari setiap

kejadian yang langsung mempengaruhi cerita.

(Hlm66)

Marlies K. Danzinger dan W. Stacy Johnson (An

Introduction to Literary Criticism) : plot sebagai..

‘narrative of motived action involving some

conflict or question which is finally resolved.’

(Hlm19)

E. M Forster (Aspects of the Novel) : plot is a

narrative of events, the emphasis falling on

causality.” (Hlm93)

Kesimpulannya : plot itu ialah sesuatu yang

menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam

sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak

laku lahiriah dan batiniah watak-watak dalam cerita

itu.

Hubungan di antara peristiwa-peristiwa dalam

cerita hendaklah didasarkan kepada hukum sebab

akibat.

Oleh kerana cerpen terbatas kemampuannya, dan

cuma memusatkan perhatian kepada satu gagasan

yang besar sahaja atau satu tema yang pokok maka

komposisi cerpen memerlukan kebijaksanaan si

penulis untuk memadukan segala anasir dalam

cerpen ke dalam bentuk yang terbatas itu.

Gambaran watak-watak dalam cerita tidak boleh

melukiskan banyak perubahan seperti dalam novel.

Begitu juga gambaran gerak laku yang terlalu

banyak dan dialog yang membazir tidak perlu

dimasukkan ke dalam cerpen.

Setiap ayat, dialog atau gerak laku hendaklah

menggerakkan cerita itu ke depan, lebih terang

menjelaskan pokok persoalan dalam cerpen yang

berkenaan.

•Pemerolehan Bahan

•Pengeraman Idea

•Merangka Cerita

•Penulisan

•Penyemakan

Melalui pengalaman Diri

Mendengar cerita dari orang lain

Membaca pelbagai bahan

Menonton

Menyelidik

Proses ini berlaku dalam

minda

Bergantung pada sensitiviti

dan kreativiti kamu

Proses ini mengambil

waktu yang berbeza antara

kamu dan rakan-rakan

kamu

Ia dapat membantu penulis

untuk menyusun idea dan

pemikiran mereka.

I. Menentukan jalan cerita

II. Menentukan watak

III.Menentukan siapa pencerita

IV.Menentukan latar, tempat, latarmasa, dan latar masyarakat

V. Menyusun peristiwa berdasarkansebab akibat

Plot Kronologis (Susunan A – Z)

Dibina menurut urutan masa

Mempunyai 3 tahap yang utama :

Permulaan

Klimaks

Penyelesaian

Plot Bukan Kronologis (Susunan Z – ABC....Y- A)

Keterbalikan plot kronologis

Cerita dimulai dengan pengakhiran

cerita, kemudian dibawa pulang kepada

permulaan, bahagian sebelum pengakhiran

dan peleraian.

Imbas Kembali Menggambarkan atau

memerihalkan semula

Dialog

Monolog Dalaman

Imbas Muka

Monolog Luaran

Perbualan atau percakapan

antara watak-watak

Ucapan secara dalaman

iaitu pengucapan batin

watak

Kata-kata yang diucapkan

hanya didengar oleh watak

yang bercakap sendirian

Gambaran peristiwa yang akan

atau mungkin terjadi

Setiap cerpen lazimnya terdiri daripada tiga

bahagian – pengenalan, pertikaian, dan

penyelesaian.

Bahagian pengenalan dikenali juga sebagai

permulaan cerita; pertikaian pula berada pada

bahagian perkembangan atau pertengahan cerita;

sementara bahagian penyelesaian berada pada

tahap pengakhiran cerita.

Sebagai pembuka cerita, ayat pertama dan atau

perenggan pertama harus mempunyai upaya untuk

segera menarik perhatian dan minat pembaca.

Ayat pertama atau perenggan pertama yang

mempunyai daya tarikan, daya pukauan pembaca

menjadi permulaan cerita yang hidup dan wajar

dengan persoalan yang akan dikemukakan.

Sesungguhnya, amat wajar dan dituntut malah

bijaksana memulakan cerita dengan mengemukakan

watak yang berada dalam situasi

berkonflik, terutama pada watak utamanya.

Penyodoran watak utama yang berkonflik wajar

ditampilkan sejak pada awal cerita lagi, kerana

watak itulah yang akan melakukan pelbagai

tindakan. Dialah yang punya cerita. Jadi biarlah dia

terus bercerita sejak pada tahap permulaan lagi.

Ayat pertama yang baik, perenggan pertama yang berjaya mempunyai upaya memberikan keterangansebanyak mungkin tentang persoalan cerita kepadapembaca.

Keterangan yang banyak itu akan memungkinkanpembaca memperoleh makna-makna yang tersirat, yang akan memberi kesan yang lebihterhadap persoalan yang cuba ditampilkanpengarang.

Bentuk cerpen itu sendiri memang unik. Pendek, padat, ringkas, terhad dan ekonomi dalamjumlah watak, kata dan latar. Oleh itu, cerpenharus dimulai dengan pembukaan yang pendek, kejap dan padat, bertempo cepat danmengundang minat membaca.

1 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 4

permulaan pertengahan Pengakhiran

2 3

Konflik 2

Konflik 3

Konflik 4

Puncak 5

6

Peleraian

Penyelarasan

Selalunya agak sukar untuk memulakancerita. Pada bahagian ini, sejak ayat pertamadan perenggan pertamadiperkenalkan, pengarang seharusnya sudahmengemukakan beberapa perkara pentingkepada pembaca.

Perkara penting – watak-watak, permasalahan, latar, sudutpandangan, dan nada cerita yang dapatmembayangkan tema atau persoalan.

Hal ini penting diambil kira untuk memancingminat pembaca agar terus mengikutiperkembangan cerita selanjutnya.

Dalam penulisa cerpen, begitu cerita memasuki

bahagian pertengahan, perkara yang perlu diperhatikan

ialah tentang pertimbangan beberapa aspek dalam

cerita.

Pada bahagian inilah terhimpun permasalahan utama

pengarang yang harus ditentukan antaranya :

Berapa banyakkah peristiwa yang patut ditampilkan?

Apakah peristiwa yang dikemukakan secara

berurutan, atau sebaliknya menggunakan teknik imbas

kembalik?

Bagaimanakah mahu menceritakannya? Secara

dialog, pemerian, laporan, pembauran antara

semuanya, atau ada cara yang lain lagi?

Apakah yang wajar disarankan?

Siapakah yang akan berkonflik? Mengapa mereka

berkonflik? Konflik yang bagaimanakah yang akan

ditampilkan?

Apakah pula yang wajar digugurkan?

Adegan yang manakah yang patut

dieksploit, dibabakkan dan atau dipanoramakan?

Bagaimana pula caranya?

Dalam hal ini, sesuatu cerita seharusnya berupaya

memenuhi tiga tuntutan, ataupun dapat

menghuraikan paling kurang tiga pertanyaan yang

cukup dasar.

Cerita dan struktur dalaman merupakan dua elemen

yang tidak dapat dipisahkan apatah lagi untuk

dinafikan sama sekali kehadiran unsur-unsurnya.

Malah, cerita dan struktur berpadu dan mengalir

mesra sejak tahap permulaan cerita hingga

membawa ke muara pengakhiran cerita.

Pada bahagian inilah watak akan saling

berkonflik, menemukan krisis, malah berlaku

segala-galanya yang berkaitan untuk mengisi ruang

latar waktu dan tempat yang serentak menuju ke

puncak cerita.

Segala sesuatu yang dialami oleh watak-watak

dalam ruang tersebut adalah ‘proses’ dalam

sesebuah cerita.

Proses itu dapat dirujukkan pada perkembangan dan

aksi cerita yang terdapat dalam sesuatu ruang, yang

dikenali sebagai bahagian pertengahan cerita.

Bahagian pertengahan cerita adalah ‘proses’ yang

bakal menjurus kepada suatu titik tertinggi atau

puncak.

Sedangkan inti pati ‘proses’ itu adalah

perubahan, kerana apa yang muncul atau terjadi

pada bahagian pengakhiran cerita pastilah tidak

mungkin sama dengan apa yang berlaku pada

permulaannya.

Perubahan yang berlaku dapat ditelusuri lewat

watak-watak yang saling beraksi dan

berinteraksi, di samping hubungan antara watak

dengan segala macam konflik yang merungkai setiap

peristiwa.

Dalam proses penciptaan cerpen, begitu cerita

bermula, prosesnya tidak boleh diberhentikan lagi

atau diganggu. Penceritaan semestinya terus

mencetuskan reaksi untuk berkembang.

Namun, perkembangannya tidaklah terlalu deras.

Sebaik-baiknya berilah kesempatan kepada

pembaca sedikit waktu supaya agak selesa untuk

meneliti maklumat tentang lokasi, watak

sampingan, dan terutamanya watak utama.

Penutup atau pengakhiran cerita amat penting bagi

sesebuah cerpen kerana ia merupakan satu ciri bagi

menandakan berakhirnya sesuatu cerita.

Pengakhiran merupakan kesudahan atau

penyelesaian sesebuah kisah yang ingin dipaparkan

oleh pengarangnya.

Pengakhiran cerita haruslah dititikberatkan.

Malah, pengakhiran harus dilakukan dengan rapi

agar tidak menimbulkan pengaruh negatif yang

boleh menjejaskan sehingga pembaca atau

pengkritik sastera dapat mengatakan bahawa

cerpen itu belum selesai.

Bahagian penamat akan menutup sesuatu kisah yang

dipaparkan melalui sesebuah cerpen.

Pada bahagian ini selalu hadir penyelesaian sesuatu

konflik atau kemelut persoalan.

Penamat sesebuah cerpen mempunyai fungsinya

yang tersendiri. Antaranya ialah untuk membantu

pembaca mengetahui sesuatu cerita, persoalannya

atau perutusannya dapat dipaparkan dengan

selengkapnya oleh pengarang.

Penamat juga mempunyai upaya mempengaruhi

keberkesanan cerpen secara keseluruhannya.

Dues ex machina

Maksud – dewa yang muncul dari mesin.

Penyelesaian secara ini dilakukan dengan mendadakbagi mengatasi sesuatu kerumitan.

Cerpen yang dimasukkan unsur ini seringditamatkan dengan unsur ‘takdir ataupun kuasaTuhan atau bencana alam’.

Penyelesaian begini boleh dianggap sebagaimenggunakan unsur kebetulan dalam karya kreatif.

Unsur kebetulan dianggap sebagai suatu kelemahandalam penceritaan.

Keadilan Puitik

Suatu konsep pembalasan yang wajar tetapi sesuai

dengan peranan masing-masing watak.

Watak yang baik dan berjasa akan memperoleh

ganjaran yang bahagia ceria.

Sementara watak jahat atau pengacau akan

mendapat ganjaran yang setimpal dengan kejahatan

masing-masing.

Cerita yang demikian, menampilkan watak hitam

putih dan amat mementingkan unsur moral dan

didaktik.

Pengakhiran Tidak Disangka (Surprise Ending)

Penamat cerita yang mengejutkan atau diluar

dugaan para pembaca.

Umpamanya, setelah mengikuti perkembangan

cerita sehingga ke bahagian pertengahan dan

menyaksikan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh

watak-watak, maka mungkin pembaca meramalkan

suatu penyelesaian yang buruk akan berlaku, tetapi

ternyata sebaliknya yang berlaku.

Ini merupakan suatu daripada penyelesaian yang

menarik dan pembaca akan termenung

memikirkannya dan tidak mustahil akan menghela

nafas panjang.

Tragedi

Pengakhiran begini merupakan penyelesaian cerita

yang sedih, malang, dan tidak mustahil mengalirkan

air mata.

Penamat sedemikian lebih banyak memberi kesan

terhadap emosi pembaca dan berupaya memberi

kepuasan emosi dan penjernihan jiwa.

Dari segi teknik penceritaan pengarangnya, mungkin

pembaca dapat meramalkannya atau mungkin juga

tidak.

Pengakhiran Bahagia (Happy Ending)

Ini merupakan penyelesaian cerita yang

membahagiakan, ceria dan menggembirakan watak-

watak utama yang sekali gus dapat

menggembirakan pembaca.

Ini dapat dinikmati setelah semua permasalahan

dan konflik diatasi dengan baik.

Tanda Tanya atau Terbuka

Pengakhiran begini merupakan penamat cerita yang

tergantung dan terserlahlah kepada pembaca

membuat pertimbangan sendiri berdasarkan daya

fikir dan persiapan diri pembaca.

Cara ini boleh mencabar minda pembaca untuk

membuat pelbagai andaian, tafsiran, dan tentunya

ada alasan-alasan yang logik pula.

Stail penulisan yang menarik Plot cerita yang jelas

Watak digambarkansecara hidup

Pemilihan perkataan yang sesuai Fakta atau konsep isi

yang betul .

Cerita berkembang dengan baik sesuai dengan tahap pembaca

Isi cerita yang menajamkan fikiran dan berfaedah

Penggunaan laras bahasa

yang sesuai

Ciri-Ciri

Cerita Yang

menarik

“Kalau kamu mahu menjadi penulis, kamu

harus melakukan 2 perkara:

banyak MEMBACA dan banyak MENULIS.

Tiada jalan singkat untuk menjadi penulis

yang baik.

Stephen King

“Untuk mencapai kejayaan dalam hidup, anda

mesti berlagak seperti pendaki gunung, yang

bercita-cita mendaki sampai ke puncak. Oleh

sebab itu anda mesti mempelajari bagaimana

cara-cara mendaki supaya dapat berjaya sampai

ke puncak cita-cita anda.”

Terima kasih atas

perhatian anda !

Selamat Mencuba dan

Semoga Mencapai

Kejayaan !