binaan plot novel kembara amira

51
BINAAN PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA BAHAGIAN PLOT HURAIAN Bahagian Pengenalan / Eksposisi Pembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika berehat di kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga. Bahagian Perkembangan Amira dihanyutkan oleh arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air terjun. Amira hamper lemas, tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani john O’Hara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit. Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh. Bahagian Konflik Itai membawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi, dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah pondok. Bahagian Klimaks / Puncak Amira, Itai, Jacinta, dan Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka nyaris diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh Pak Lias. Misteri makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung. Tau rupanya yang menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di hutan itu sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau. Bahagian Peleraian Amira kini bergelar mahasiswa dalam bidang

Upload: yeongweiming

Post on 22-Nov-2015

701 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

BINAAN PLOT NOVEL KEMBARA AMIRABAHAGIAN PLOTHURAIAN

Bahagian Pengenalan / EksposisiPembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika berehat di kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga.

Bahagian PerkembanganAmira dihanyutkan oleh arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air terjun.Amira hamper lemas, tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani john OHara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit. Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh.

Bahagian KonflikItai membawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi, dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah pondok.

Bahagian Klimaks / PuncakAmira, Itai, Jacinta, dan Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka nyaris diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh Pak Lias. Misteri makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung. Tau rupanya yang menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di hutan itu sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau.

Bahagian PeleraianAmira kini bergelar mahasiswa dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di ibu Negara. Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu dan rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Jacinta menguruskan perniagaan fesyen bapanya di Paris. Ibu Amira masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Malique Berjaya menggagalkan projek cari gali emas. Dr. Zawawi bertukar bidang, iaitu terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut

Pembinaan Plot Novel Kembara Amira

(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai. Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja OHara yang hilang. Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia. Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan OHara.

(iii) Klimaks Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.

(iv) Peleraian Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau. Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.

Teknik Plot1. PemerianMereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.

2. Dialog tentu tiket tu dah sampai, Amira bersuara antara dengar dengan tidak Apa? Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

3. Imbas kembaliAmira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

4. KejutanPembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

5. Suspens Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

Apa benda itu? Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.PLOT NOVEL AZFA HANANI

-Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.-Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa.

Permulaan cerita.Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap.Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.

Perkembangan.Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku Murni.Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran.

Klimaks/Puncak CeritaAzfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.

Peleraian CeritaPenyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah.Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik.Kumpulan budak glamor dibubarkan.

Teknik PlotTeknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya menarik dan berkesan.

1.Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.-Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya, pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.

2.Teknik dialog.-Untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani berdialog dengan Kak Finaz.

3.Teknik Monolog dalaman.-Watak berkata-kata di dalam hati atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.

4.Teknik Imbas Kembali-Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya, Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku Mazran.

5.Teknik Suspen.-Unsur suspen dapat mengundang minat pembaca untuk menghabiskan bacaan bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar.

6.Teknik Kejutan.

-Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.

AMALAN MENABUNG

Istilah berjimat cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada era pascamode ini. Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat cermat? Sebernanya berjimat cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara. Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahillah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi, maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat. Sesungguhnya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada alaman itu. Saya yakin bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Oleh itu,kepentingan amalan berjimat crmat dan usaha-usaha menjayakannya yang mewarnai focus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Justeru, salah satu kepntingan amalan berjimat cermat ialah mempunyai persediaan dan jaminan masa hadapan. Hal ini membolehkan individu merancang masa depan dan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Sebagai contoh, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat cermat terutamanya dalam apek kewangan kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Dengan mempunyai wang simpanan, ibu bapa dapat membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak. Selain itu, generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia tua. Hal ini erbukti kebanyakan generasi muda akan mengahadapi masalah jika gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan, supaya generasi muda tidak sudah terhantuk baru tengadah. Di samping itu, kita janganlah menjadi masyarakat yang sentiasa mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa mengharapkan bantuan daripadakerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh itu, amalan berjimat cermat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri. Selain itu, mempunyai persediaan yang mencukupi untuk menghadapi waktu kecemasan ialah salah satu kepentinganny. Prsis peribahasa, malang tidak berbau, sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, amalan berjimat cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa ataupu kaum keluarga. Kita juga tidak perlu mengemis di merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Oleh itu, kita perlulah membuat persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Hal ini terbukti apabila kos rawatan yang terlalu tinggi amat membebankan pesakit tersebut. Jika pesakit gagal menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian. Jelaslah bahawa langkah berjimat cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa penyakit. Kepentingan yang terakhir ialah kestabilan ekonomi negara. Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Untuk membangunkan ekonomi negara, kita perlulah membeli barangan buatan tempatan atau melancong di dalam negara sendiri. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan pengaliran wang keluar, wang yang dibayar atau dibelanjakan itu akan diterima oleh pengeluar empatan dan wang tersebut mengalir di dalam negara. Oleh itu, negara dapat menggunakan wang tersebut untuk membiayai pelbagai projek. Selain itu, negara juga tidaklah perlu membuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia dan maruah negara diselamatkan serta dipelihara. Kegiatan ekonomi tempatan juga dapat dihidupkan secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mapan serta dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestic. Sehubungan dengan itu dapat member sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap berjimat cermat pemaangkin kekukuhan ekonomi negara. Langkah-langkah amalan berjimat cerrmat termasuklah ibu bapa memainkan peranan yang penting. Ibu bapa sendiri perrlu memupuk amalan berjimat cermat dan mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimat cermat. Bak kata peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini terbukti ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Justeru, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak memupuk minat suka menabung dan berjimat cermat nalah makanan seimbang yang disediakan oleh ibu bapa dari segi khasiatna malah terjamin kebersihannya. Hal ini tidak timbul lagi masalah keracunan makanan. Di saming itu, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan beli barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan. Dengan itu, amalan berjimat cermat perlu dijadikan budaya yang paut diamalkan oleh setiap pelajar. Langkah yang seterusya ialah peranan kerajaan dan kyt. Misalnya, kerajaan perlu menyeru rakyat agar meembuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak. Hal ini merupakan mempersiapkan diri awal-awal lagi untuk mmbiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan ketika sampai masanya anak-anak memasuki institusi pendidikan. Jnganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan. Justeru, ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat simpanan dalam skim pelaburan pendidikan. Di samping itu, syarikat insurans, umpamanya Malysian National Insurance(MNI), Malayan Alliance Insurace(MAA), Insurans Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringkan beban ibu-bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Ibu bapa juga perlulah sediakan payung sebelum hujan. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak boleh hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita perlu berusaha sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Konklusinya, hal ini terbuktilah bahawa pelaburan awal dapat menjamin penerusan kegemilangan generasi cemerlang. Langkah yang terakhir ialah peranan golonga wanita. Pada zaman kini, wanita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi. Selain itu, golongan wanita juga perlu mengambil berat dan sentiasa peka tentang wang yang dibelanjakan. Hal ini demikian untk mnstabilkan konomi rumah tangga. Di samping itu, bijaksana serta teliti ketika bebelanja akan mengikis sikap terburu-buru. Misalnya, jangan membelibarangan yang tidak perrlu atau tidak berkualiti hanya kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah khabar daripada rupa. Golongan wanita juga perlu menyahut seruan kerajaan agar berjimat cermat melalui penanaman sayur atau memelihara ayam itik I belakang rumah. Hal ini terbukti golongan wanita dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga dapat membantu suami mengurangkan perbelanjaan rumah tangga. Pada masa yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan buatan tempatan perlu dimanfaatakn oleh golongan wanita.Jika selama ini merka terlalu taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang kononnya berkualiti tinggi, kini merka boleh beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Selain murah,barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih baik. Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi negara.

Sebagai penghias bicara akhir, amalan berjimat cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai. Sesungguhnya, amalan berjimat cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan warganegara yang bijak da berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Maka, sekiranya kita sayang akan keluaga dan negara daripada dibebanikebejatan ekonomi, kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya berjimat cermat. Biarlah kita menjadikan prinsip berakit-rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian sebagai panduan kita, Kalau bukan sekarang, bila lagi?

AMALAN BERGOTONG ROYANG

Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, huraikan faedah aktiviti amalan bergotong royong dalam kehidupan kita seharian.

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggaptak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakatMalaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong.Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.Faedah dominan ialah amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadarindah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotongroyong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasatak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Persis kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotongroyong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa,bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Lantaran itu, kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi; dan janganlah kita lupa bahawadi mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Biar saya ambil contoh yang dekat dengan kita, amalan ini perlu dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal . Justifikasinya, amalan ini harus menjadi amalan daripada satu generasi kepada satu generasi.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini demikian, kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun keranarambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yangseperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing keranamasuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Sebagai contoh, melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan itu, kita akan hidup saling membantubagai aur dengan tebing .Melalui kegiatan yang afdal ini juga kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama sepertisambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyatMalaysiaoleh sebabbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Hal ini terbukti benar apabila rakyatMalaysiayang berbilang kaum dapat hidup secara harmoni dan harmonis. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa amalan kemasyarakatan seperti bergotong royang merupakan wahana terpenting ke arah merealisasikan agenda dan aspirasi nasional.Faedah terakhir yang tidapat diketepikan sama sekali ialah aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Setelah terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong termasuklah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa jiran sepakat membawa berkat. Lantaran itu, hidupkanlah amalan murni ini dalam kehidupan kita seharian.Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Hayatilah kata pepatah,ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, amalan ini tidak akan dilupai dan sirna ditelan zaman. Sesungguhnya, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita semaikan amalan yang murni dan amalkannya dalam kehidupan harian kerana pepatah ada menyebut bahawayang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Maka, semangat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing dapat disuburkan semula dalam sanubari rakyatMalaysiayang rencaman budaya, ras, etnik dan agama ini!

PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

SINOPSIS

BAB IIIPerkahwinan Opu Daeng Menambun Dengan Puteri Kesumba

Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng lima saudara. Setelah perbincangan dibuat, Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.

BAB IVPanembahan Agung Ditangkap

Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah kepada Opu Daeng lima saudara menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berjumpa dengan Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka berhunus keris untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng berlima.

BAB VOpu Yang Berlima Saudara di Riau

Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Opu daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng berlima mengenakan syarat iaitu apabila Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Setelah persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku antara orang Bugis dengan orang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Opu Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

BAB VIOpu Yang Berlima Saudara di Kedah

Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn ya, namun Raja Kedah memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut. Opu daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang Dipertuan Negeri Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya dan membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng lima bersaudara.

BAB VIIOpu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng Kemasi

Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

BAB VIIIPemilihan Sultan Muda di Matan dan Darihal Perkahwinan Sultan Muhammad Zainuddin

Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin.Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masing-masing menyokong Pangeran Ratu, Pangeran Mangkurat dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan Raden Mas Inderawati, anak Raja Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden Mas Inderawati merupakan tunang kepada Ratu Anom Kesumayuda. Panembahan Sengkauk meminta supaya Raja Muhammad Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.

BAB IXOpu Daeng Menambun serta Puteri Kesumba dan Mas Inderawati Menziarah Makam Panembahan Sengkauk

Khabar berita telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sengkauk telah mangkat. Seri Paduka Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan secara besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sengkauk.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

ITEMPERNYATAANHURAIAN

TemaKepahlawanan menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah MelayuKepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas

PersoalanPersoalan keberanian menegakkan keadilanOpu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman.

Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperanganRaja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara

Persoalan bersedia memberikan bantuan jika diperlukanOpu Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya menyerahkan kembali takhta kerajaan

Persoalan muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusanOpu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan

NilaiMuafakat/kerjasamaOpu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah

KeberanianOpu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil

Tolong-menolongOpu Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing

Menunai janjiRaja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau

PengajaranKita hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hakOpu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman

Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat diringankanOpu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai pemerintah oleh saudaranya sendiri.

Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamatOpu Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah

Kita hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kitaRaja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau.

WATAKPERWATAKAN

Opu Daeng MenambunMempunyai 4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak

Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau

Dilantik menjadi raja di Mempawah

Daeng PeraniSaudara yang tertua daripada lima bersaudara

Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan

Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

Daeng KemasiBeristerikan anak Raja Mempawah

Dilantik menjadi raja di Sambas

Daeng ChelakDilantik menjadi raja di Riau

Berkahwindengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman

Daeng MerewahMenjadi Yang Amtuan Muda di Riau

Berkahwin dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung

LATAR MASAPERNYATAANHURAIAN

Tujuh hari tujuh malamMeraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun

Hari JumaatRombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar

Lapan hariPeperangan di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya

LATAR TEMPATRiauOpu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak

SiakPeperangan di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak

Negeri MatanTempat Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun

LATAR MASYARAKATMasyarakat feudalMasyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja

Masyarakat istanaMasyarakat yang tinggal di istana seperti raja

Masyarakat yang suka membantuOpu Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan

Masyarakat yang beraniOpu Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.Khabar Raja Kedah, Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlimabersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara. Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.

(Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]- Supaya dapat membantu Raja Kedah menjatuhkan/mengalahkan saudaranya- Supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjayamencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.- Janji Raja Kedah : akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranyalima belas bahara setiap seorang sekiranya berjaya dalam perebutan kuasa tersebut- Syarat Opu Daeng : meminta pengesahannya/persetujuannya orang dagangdari Timur seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura di bawah pemerintahannya

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian? [3 markah]- supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat- memperoleh ganjaran / pulangan sebagaimana yang ditetapkan- tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari- untuk mengelakkan penipuan / penindasan / penyalahgunaan kuasa

KESALAHAN EJAAN DAN PEMBETULANNYA

KESILAPAN EJAAN (KATA)SALAHBETULSALAHBETUL

auto matifaudienagregetarithmetikagen (wakil)ampanganakedakitekanalisaatlitatnikanggrikbaucerbistaribowlingbuffetbumiputraburohcaluncocok (tusuk)cucuk (sesuai)catitcendiawancopdasyhatdialogdefinasideligasiderafdurhakaefisyenekurehsanengzosekslusifekspotekspressemelengkarfadhilatfaxfaksimiliFebuarigembeling / gembelengautomotifaudiensagregataritmetikejen (wakil)empanganarkedarkitekanalisisatletetnikanggerikbaucarbestaribolingbufetbumiputeraburuhcaloncucuk (tusuk)cocok (sesuai)catatcendekiawancap (cetak)dahsyatdialogdefinisidelegasidrafderhakaefisienekorihsanekzoseksklusifeksporteksprese-melingkarfadilatfaksfaksimileFebruarigemblenggerafgeharuhajjahhurmatideidapiktizamimpotinjininspekterinsuranInsyaallah / Insya Allahistiharistirehatisyajustrujeketkampongkapitalismakatunkefeteriakomidikomisyenkondaktorkonsotiumkontrekkorumkaptainkarenah (ragam)kelenderkeredhaankerintingkianatko-kurikulumkolestrolkomersilkomplekkontingenlagendalakunlapuranlebellencunganleukimia

grafgaharuhajahhormatideahidapiltizamimportenjininspektorinsuransinsya- Allahisytiharistirahatisyakjusterujaketkampungkapitalismekartunkafeteriakomedikomisenkonduktorkonsortiumkontrakkuorumkaptenkerenahkalendarkeredaankeritingkhianatkokurikulumkolesterolkomersialkomplekskontinjenlegendalakonlaporanlabellenconganleukemia

SALAHBETULSALAHBETUL

lojiklosyenletriklojistikmaksimamanafaatmasaalahmeemekanismamencatitmengenengahkanmegenepikanmengujudkanmengwujudkanmenteramerbahayaminimamunshinasionalismaoditoditoriumoptimaorganismeotomatikotomobilpamirpaspotpatriotismapehakpelancungpemerosesanpemilekanpengembalapengemblenganpensilperabutperihatinperlaburanperlancaranperletakanpertunjukkanpesaraanpesiaranplanprofessionprosidurlogiklosenelektriklogistikmaksimummanfaatmasalahmimekanismemencatatmengetengahkanmegetepikanmewujudkanmewujudkanmanteraberbahayaminimummunsyinasionalismeauditauditoriumoptimumorganismaautomatikautomobilpamerpasportpatriotismepihakpelancongpemprosesanpemilikanpenggembalapenggemblenganpenselperabotprihatinpelaburanpelancaranpeletakanpertunjukanpersaraanpersiaranpelanprofesionprosedurprotinpekejpesonal (kakitangan)petroliumplatfomprofailprofesyenalsekalasekeliansekimsessisetorsiksasilaturrahimsnookerstesyenstokinsunnahsabsidisanwicselinderskimaspesisstemtalipontaugeh (sayuran)trampiltulinugamausekwarongvokasyenalyunitproteinpakejpersonelpetroleumplatformprofilprofesionalskalasekalianskimsesistorseksasilaturahimsnukerstesenstokingsunahsubsidisandwicsilinderskemaspesiessetemtelefontaugeterampiltulenagamausikwarungvokasionalunit

KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)SALAHBETULSALAHBETUL

acapkaliada punadakalaandai punandaikataapa kalaapa tahatau punAidil-fitriaturcaraambilalihbarang kalibegitupunbelumpunbiar punbaikpulihbandarayacendera matacahayamatacampurtanganempatbelasgambarajahgantirugigarispanduangunatanahhakmilikhapuskiraibubapaibupejabatibusawatisipaduinipunjanakuasajasabaikjawatan kuasajiwa-mujualbelikawalseliakadang kalakemaskinikerapkalikeretapikerja samakerjatanahkertaskerjakuatkuasaacap kaliadapunada kalaandaipunandai kataapakalaapatahataupunAidilfitriatur caraambil alihbarangkalibegitu punbelum punbiarpunbaik pulihbandar rayacenderamatacahaya matacampur tanganempat belasgambar rajahganti rugigaris panduanguna tanahhak milikhapus kiraibu bapaibu pejabatibu sawatisi paduini punjana kuasajasa baikjawatankuasajiwamujual belikawal seliakadangkalakemas kinikerap kalikereta apikerjasamakerja tanahkertas kerjakuat kuasalalulintaslatarbelakanglebuhrayalagi punmana punmana kalamerekapunmeski punolah ragapapantandapenguatkuasapengubahmilikpilihanrayapasarayarekabentukrekabinaruangniagasamadasebuthargasediadasegitigasekaligussenirekasuratcarasuratkhabarsusunatursusutnilaisediakalaselangseliseringkalisesungguh-nyasiapa-tahsudahpunsungguh puntemubualtemudugatengaharituanpunyatukarsyarattelahpunulangtahunurusetiausahasamawalau punwalaubagaimanapunlalu lintaslatar belakanglebuh rayalagipunmanapunmanakalamereka punmeskipunolahragapapan tandapenguat kuasapengubah milikpilihan rayapasar rayareka bentukreka binaruang niagasama adasebut hargasedia adasegi tigasekali gusseni rekasurat carasurat khabarsusun atursusut nilaisedia kalaselang selisering kalisesungguhnyasiapatahsudah punsungguhpuntemu bualtemu dugatengah harituan punyatukar syarattelah punulang tahunurus setiausaha samawalaupunwalaubagaimanapun

KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)Imbuhan Pinjaman-imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.-boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.Contoh imbuhan pinjaman:Imbuhan Inggeris:AwalanImbuhanMaknaContoh

anti-menentang / benciantidadahantikomunisanti-Amerika

auto-dengan sendiriautomatikautonomiautomobil

poli-banyakpoligamipoliklinikpoliteknik

pro-menyokong / menyebelahiprokerajaanprobaratpro-Malaysia

sub-sebahagian daripadasubtajuksubbidangsubsistem

supra-melebihi / merentasisupranasionalsuprakelas

pasca-selepaspascakemerdekaanpascakolonialpascamajlis

AkhiranImbuhanMaknaContoh

-isorang yang melakukancerpeniskartunisekonomis

-ismekepercayaan / ajaran / fahaman seseorangkapitalismekomunismenasionalisme

-logibidang ilmuantologipsikologimorfologi

-grafibidang ilmu / bidang senigeografikaligrafibiografi

*Catatan-jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel

Imbuhan SanskritAwalanImbuhanMaknaContoh

dasa-sepuluhdasawarsa

dwi-duadwibahasadwimusimdwicara

eka-satuekabahasaekafungsiekatujuan

juru-orang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidangjuruhebahjurubahasajuruterbang

maha-agung / besarmahagurumaharajamahasiswa

panca-limapancaragampancawarnapancaindera

pra-sebelumprakataprasangkaprasyarat

tata-peraturan / sistemtatabahasatatatertibtatadunia

AkhiranImbuhanMaknaContoh

-itawanita / perempuanbiduanitaposnita

-manorang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidangsenimanbudiman

-wanorang yang-pakar dalam sesuatu bidang-melakukan sesuatu perbuatan-memiliki sesuatu sifat-memiliki sesuatujutawanwartawanjelitawanilmuwanangkasawan

-watiwanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaanperagawatiseniwatiangkasawati

*catatan--wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]--man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf i]

Imbuhan Arab ParsiAwalanImbuhanMaknaContoh

bi-tidakbiadabbilazimbinormal

AkhiranImbuhanMaknaContoh

-ahorang perempuan / wanitaustazahqariah

-atorang perempuan / wanitamuslimathadirat

-iahhal yang ada perkaitan dengan sifatilmiahjasmaniahalamiah

-inorang lelakihadirinmusliminmusyrikin

*catatan--wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]--in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]

NOTA TATABAHASA DAN LATIHAN SERTA JAWAPAN UNTUK MEMANTAPKAN TATABAHASA ANDA

SalahBetul

Ada berbagai barang di kedai itu.- Adaberbagai-bagaibarang di kedai itu.- Adapelbagai barangdi kedai itu.

Alidihadiahkansebuah buku harian.Alidihadiahisebuah buku harian.

Di antara mereka yang hadir.Antara mereka yang hadir.

Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim.Banyak perbezaanantara bilik Ali dengan bilik Kasim.

Bangunan itu adalah Daya Bumi.Bangunan itu Daya Bumi.

Banyak orang datang.Banyak orang yang datang.

Berbincang masalah.Berbincang tentang masalah itu.

Berdasarkan kepada perkara itu.Berdasarkan perkara itu.

Bergantung kepada.Bergantung pada.

Berhubung itu.Berhubung dengan itu.

Berkait itu.Berkait dengan itu.

Berkaitan itu.Berkaitan dengan itu.

Bersama.Bersama-sama.

Beda.Beza.

Bola itu Ali tendang.Bola itu ditendang (oleh) Ali.

- Bola itu ditendang oleh saya.- Bola itu saya menendang.Bola itu saya tendang.

Buku itu dihadiahi kepada Ahmad.Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.

Buku itu dia hantar ke perpustakaan.Buku itu dihantar ke perpustakaan.

Buku itu dimasukkan dalam laci.Buku itu dimasukkan di dalam laci.

Buku itu disimpan dalam laci.Buku itu disimpan di dalam laci.

Di dalam hal itu.Dalam hal itu.

Di dalam peperiksaan itu.Dalam peperiksaan itu.

Dari Kedah hingga Sabah.Dari Kedah ke Sabah.

Dari masa ke semasa.Dari masa ke masa.

Dari semasa ke masa.Dari semasa ke semasa.

Daripada segi.Dari segi.

Dato Sri.Dato Seri.

Datuk Sri.Datuk Seri.

Dengan lain perkataan.Dengan perkataan lain.

Dalam bilik itu.Di dalam bilik itu.

Dia belajar dari pengalaman.Dia belajar daripada pengalaman.

Dia datang bila dipanggil.Dia datang apabila dipanggil.

- Dia memandang pada saya.- Dia memandang kepada saya.Dia memandang saya.

Dia berikan anaknya pelajaran.Dia memberi anaknya pelajaran.

Dia berikan saya sebuah buku.Dia memberi saya sebuah buku.

Dia memberi buku kepada saya.Dia memberikan buku kepada saya.

Dia memberi pelajaran kepada anaknya.Dia memberi anaknya pelajaran.

Dia mempelajari daripada pengalamannya.Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.

Dia memperisterikan Aminah.Dia memperisteri Aminah.

Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.

Dia menaiki bendera.Dia menaikkan bendera.

Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Dia mengambil apa sahaja.Dia mengambil apa-apa sahaja.

Dia menolehkan pandangannya kepada saya.Dia menolehkan pandangannya pada saya

Dibincangkan di dalam mesyuarat itu.Dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Dia merindukan anaknya.Dia merindui anaknya.

Jangan memijak rumput.Jangan pijak rumput.

Jauhilah daripada dadah.Jauhilah dadah.

Berkesanan.Keberkesanan.

Kedua belah pihak.Kedua-dua belah pihak.

Kepimpinan.Kepemimpinan.

Kereta itu melalui di jalan besar.Kereta itu melalui jalan besar.

Letaklah di mana yang sesuai.Letaklah di mana-mana yang sesuai.

Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang.Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.

Maksudnya yang asalnya.Maksudnya yang asal.

Melawat ke Eropah.Melawat Eropah.

Melihat kepada/pada keindahannya.Melihat keindahan.

Membincangkan tentang perkara itu.Membincangkan perkara itu.

Menduduki di tempat kedua.Menduduki tempat kedua.

Beg itu mengandung.Beg itu mengandungi.

Mensiakan tanggungjawab.Mensia-siakan tanggungjawab.

Mengunjungi ke Eropah.Mengunjungi Eropah.

Mereka memberitahukan saya perkara itu.Mereka memberitahu saya perkara itu.

Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.

Mereka-mereka.Mereka.

Oleh kerana itu.Oleh sebab itu.

Merujuk kepada surat tuanMerujuk surat tuan

Di masaPada masa

Pada pendapatan sayaPada pendapat saya

Pada satu hari (bilangan)Pada suatu hari (tak tentu harinya)

Para wartawan-wartawan/ para-para wartawanPara wartawan

Pegawai dari Jabatan Pendidikan NegeriPegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Pergilah ke mana punPergilah kemana-mana pun.

Perkara itu ialah benarPerkara itu adalah benar

Pilihlah mana yang sesuaiPilihlah mana-mana yang sesuai

Ramai orang datangRamai orang yang datang

- Sebahagian wangnya didermakan- Sebahagian dari wangnya didermakan.Sebahagian daripada wangnya didermakan

Sehubungan ituSehubungan dengan itu

Selain dari/ daripada ituSelain itu

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnyaSemoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya

Semoga rohnya dicucurkan rahmat.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Seperti yang kita telah katakan.Seperti yang telah kita katakan.

Sri.Seri (cahaya)

Setengah orang- Setengah-setengah orang- Sesetengah orang

Surat dari Dewan Bahasa dan PustakaSurat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka

Takutkan hantu.Takut akan hantu.

Tan Seri.Tan Sri.

Tanyalah siapa pun.- Tanyalah sesiapa pun.- Tanyalah siapa-siapa pun.

Tiap orang / setiap-tiap orangTiap-tiap orang / setiap orang.

Tiga ayam.Tiga ekor ayam

Yang manaYang

Melaporkan dariMelaporkan berita dari

Amat pandaiAmat pandai sekali

Sangat kukuhsangat kukuh sekali

sungguh gagahsungguh gagah sekali

terbesar sekali- terbesar- besar sekali

paling kuat sekali- paling kuat- kuat sekali

Contoh Soalan Peperiksaan

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i.Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar. ii.Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalam negara yang berbilang kaum.

Jawapan:

i.Penyediaankertas kerjapaling pentingdalam apa-apa jua projekagarpelaksanaannyadapat berjalan lancar. ii.Bahasa Melayu dapatdijadikanteraspertumbuhankebudayaan nasionaldi negarayang berbilang kaum.

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).

ii.Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

Jawapan: i. Kanak-kanak yang berusiasepuluh tahun setengahitumemperolehanugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi danMaklumat ( ICT ).

ii.Perabotyangsaya beliitu diimportdariluar negeri.

3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali. ii.Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

Jawapan: i.Kain-kain suterayangdijualdi butik itusangat cantik. ii.Baju kurung yangdijahitoleh emak jahit ituakan sayapakaipada pagihari raya.

Latihan 1 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja. 2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang di kandung.

2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata pensyarah tersebut.

Latihan 4 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya. 2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli persatuan ini.

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara. 2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman tanahair.

Latihan 6 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada anaknya.

2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada lelaki itu.

Latihan 7 Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut. 2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Contoh Jawapan Latihan 1 1. Aliditugaskan/bertugassebagaipengarangdiAkhbarUtusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpungdalambidangpenternakanitik, rusa danangsa sejak kecil lagi.

Latihan 2 1. Aseandianggotaioleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura, Laos,Myanmar, danKemboja.

2. Menurutkepercayaanmasyarakat Melayu,Sang Kanciladalah binatang yang pintar.

Latihan 3 1.Tabiatmerokok bagi wanita hamil akanmembahayakankesihatan dan keselamatan bayi yangdikandung.

2. "Keahliansayadalampersatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun,"katapensyarah tersebut.

Latihan 4

1. "Sekolahkamiakanmengadakansatu persembahananeka ragam," kata Aliaskepada ibunya.

2.Kitahendaklah senantiasaberwaspadaterhadap anasir negatifdi kalanganahli persatuan ini.

Latihan 5 1.Kamisebagaipihak kerajaan akan terus berusahamembangunkan ekonomi negara. 2. Gejala cetak rompak bolehmelumpuhkanindustri seniterutamanya industri muzik dan perfilemantanah air.

Latihan 6 1. "Di manakahkamuletakkan gergaji yang telahdigunakantadi?" tanya Ramzi kepada anaknya.

2. "EngkaukahWakil Jualan yang perlukamitunggu-tunggu?"tanyaLinggam kepada lelaki itu.

Latihan 7 1.Pastikankamumencatatnama dan angka giliran pada kertasjawapantersebut. 2. Penguruspemasaranakan sentiasa membantukamu dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.

KESALAHAN LAZIM BM SPMKesalahan Lazim TatabahasaSALAH1. daripada luar negara2. demi untuk masa hadapan3. di musim perayaan4. kerana sayangkan anaknya5. di dalam bidang ekonomi6. mengenepikan7. mempastikan8. mengkagumkan9. memperindahkan tempat itu10. beliau adalah pemimpin11. paling indah sekali12. lain-lain usaha yang dilakukan13. banyak rumah-rumah musnah14. bilik urusetia ditutup tengahari15. menyambut ulangtahun ke 4816. kasih-sayang yang di curahkan17. kumpulan anti-pengganas18. wakil ibu-bapa yang datang19. mereka memasuki ke negara ini20. yang dibincangkan oleh kamiPEMBETULAN1. dariluar negara2. untukmasa hadapan3. padamusim perayaan4. keranasayang akananaknya5. dalambidang ekonomi6. mengetepikan7. memastikan8. mengagumkan9. memperindahtempat itu10. beliauialahpemimpin11. paling indah / indah sekali12. usaha-usaha lainyang dilakukan13. banyak rumahmusnah14. bilikurus setiaditutuptengah hari15. menyambutulang tahun ke-4816. kasih sayangyangdicurahkan17. kumpulanantipengganas18. wakilibu bapa19. merekamemasuki negaraini20. yangkami bincangkan

KATA KERJA TRANSITIFKata Kerja Transitif

a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya, awalan meN- perlulah digunakan;

Kami sekeluarga sukamakannya. beritahuku kepada Pak ManKami sekeluarga sukamemakannya. beritahuku kepada Pak Man

b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN--I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;

Pelajar-pelajar yanglanggardisiplin sekolah itu didenda oleh pengetuaPelajar-pelajar yangmelanggardisiplin sekolah itu didenda oleh pengetua

c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;

Pak Sudin berhasrat untukmembesarkan lagi rumahpusaka ituPak Sudin berhasrat untukmembesarkan rumahpusaka itu

d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;

Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi Dia mengatakanbahawadia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi

e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam binaan ayat aktif;

Manisah ingin sekalicubamemakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu Manisah ingin sekalimencubamemakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu

f. Perbezaan antara apitan meN--kan dengan meN--I merujuk kepada satu objek.

- Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN--kan digunakan.- Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN--kan digunakan.

Dalam acara itu Ahmad telahmendahulukanpeserta-peserta lainDalam acara itu Ahmad telahmendahuluipeserta-peserta lain

g. Kata kerja berapitan meN--kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan iaitu mengalami perpindahan;

- Kata kerja berapitan meN--kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.

Mak TemahmembungkusiRoslinda nasi lemakMak Temahmembungkuskannasi lemak untuk Roslinda

h. Kata kerja apitan meN-I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas, iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);

- Kata kerja berapitan meN-I boleh menerima dua objek berturutan.

Mak Temahmembungkuskannasi lemak untuk RoslindaMak TemahmembungkusiRoslinda nasi lemak

i. Perbezaan antara apitan meN--kan dengan meN--I merujuk kepada dua objek;

- Apitan meN--I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.- Apitan meN--kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.

Tuan hakimmenjatuhihukuman mandatori keatas pengedar dadah ituTuan hakimmenjatuhkanhukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu

j. Perbezaan antara meN- dengan meN--kan merujuk kepada dua objek;

- Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.- Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN--kan boleh menerima dua objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.

Suhailimelukiskanpemandangan pada waktu senja di tepi pantai Suhailimelukispemandangan pada waktu senja di tepi pantai

PERBEZAAN PERKATAANAgen, Ejen & Agenda

1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada sesuatu tindak balas.Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan

2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan

Con: ejen eksport, ejen perkapalan

3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal(* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja.* Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.)

Con:Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti berikut:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu3. Perkara-perkara berbangkit4. Kegiatan Sukan4.1 Sukaneka Keluarga4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin5. Hal-hal lain5.1 5.2 6. Ucapan penangguhan

_______________________________________________________________

Antara, di antara, dengan, antara

Antara digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak perbezaannya.)= biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara maktab perguruan Malaysia.bukannya Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah kata nama am yang diulang)= kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka berbincang antara adik-beradik.)

di antara digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura.Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga.

Nota:1. di antara & antara hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata hubung dan.2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama.MAKNA PERKATAAN1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)

2. ulam-ulaman (sayur)

3. para-para (rak)

4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah(kumpulan yang jahat)

5. jarang-jarang (kadang-kadang)

6. sahur (makan sebelum subuh)

7. sarapan (makan pada waktu pagi)

8. kudapan (minum pagi (10 pagi)

9. merarau (makan tengah hari)

10. mengombe (makan petang)

11. menggabi (makan malam)

12. menuruk (makan tengah malam (supper)

invesmen (labur/simpan)

hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)

patik (anak anjing)

kaos (tapak kaki)

ahli (pakar/hebat)

kakitangan (simpulan bahasa)SALAH & BETUL IVBudak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul)

membincangkan akan hal itu (salah)membincangkan tentang hal itu. (betul)

Berbincang akan hal itu. (salah)Berbincang tentang hal itu. (betul)

dengan/dalam lain perkataan. (salah)dengan perkataan lain (betul)

hadirin hadirat sekalin (salah)hadirin sekalian (betul)

balik kampung (salah)balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll)

mertua (salah)mentua (betul)

jangan pandang belakang (salah)jangan pandang ke belakang (betul)

Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul)

mulai dari sekarang. (salah)mulai sekarang (betul)Bermula dari sekarang (betul)

Ahli bomba (salah)Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja.

baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaranbaru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan

SALAH & BETUL IIIsalah satu daripada (salah)salah satu (betul)

selain dari/daripada (salah)selain/selain itu (betul)

SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah)SUKMA X (betul)

sekali-sekala (salah)sekalipun (betul)

setengah murid (salah)sesetengah murid (betul)

ada pekerja-pekerja (salah)ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan)

daun-daun kering berguguran (salah)daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan.

bintang-bintang berkerdipan (salah)bintang berkerdipan (betul)

Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja.

tengahari(salah)tengah hari (betul)

Daku terkenang akan dia (salah)Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan)

sarapan pagi (salah)sarapan (betul)- 'sarapan' memang digunakan hanya untuk makan pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan 'pagi.'

layan diri (salah)swalayan (betul)

cenderahati (salah)cenderamata (betul)

pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkanpedalaman (betul)

perasmian penutup majlis (salah)perasmian penutupan majlis (betul)

Agenda minit mesyuarat1. Perutusan Pengerusi2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja

Agenda minit mesyuarat operasiPerkara-perkara mesyuarat:1. Perutusan Pengerusi2. Hal-hal lain (betul)

Awalan di-, di--kan dan di--iAwalan di-

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga.

Ch.:Ayat Contoh:(a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)

(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)

(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran kan tidak perlu

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:

1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)2. (c) Ayah membaca surat khabar.3. (c) Raju memukul ular it.

Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) 3 (a) (b)

Apitan di-...-kan dan di-...-i

Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran kan dan i .

Ch.:(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.

(a) Siva membaiki radio.(b) Radio dibaiki oleh Siva.

Makna 'Diterajui:'

Ada 4 erti teraju:

neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)tali untuk meregang khemah.\pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.

Ayat contoh:(a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)

**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).

KESALAHAN STRUKTUR AYAT1) Ayat gabungan

- Ayat gabungan terbentuk daripadadua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkandengan kata hubungsepertidan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:SurayadanYati ke sekolahDia bangunkemudianberjalan

- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:Mereka akan melancongkePualu TiomanatauPulau Langkawi? (salah)Mereka akan melancongkePualu Tiomanatau kePulau Langkawi? (betul)

Baikyangkayaataumiskin datang ke rumahnya. (salah)Baikyangkayaatau yangmiskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:Budak itu / menangisSubjek / predikat

- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:Siapakah / gadis itu?Predikat / subjek3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantung

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:Di seluruh negara mengalami banjir (salah)Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)Yang manakah yang betul? (betul)

Panduan Untuk Ejaan Yang Gramatis

SALAHBETUL

anti agamaanti dadahanti Israelanti kapal selamanti komunisanti lelakianti nuklearanti peranganti sosialanti-aparteidanti jenayahdwi bahasadwi budayadwi bulanandwi cabangdwi caradwi fokusdwi fungsidwi tahunaneka atomeka bahasaeka fungsieka suku kataeka warnapasca ijazahpasca merdekapasca modenismepra katapra Olimpikpra sejarahpra-modenpra-sekolahpra-syaratpro aktifpro Baratpro kemerdekaanpro-pembangkangsub tajuksub-judulsub-kelassub-kontraktorsub-seksyensub-standardtata namatata riastata susilatata-tertibtatatur / tata aturantiagamaantidadahanti-Israelantikapal selamantikomunisantilelakiantinuklearantiperangantisosialantiaparteidantijenayahdwibahasadwibudayadwibulanandwicabangdwicaradwifokusdwifungsidwitahunanek atomekabahasaekafungsiekasuku kataekawarnapascaijazahpascamerdekapascamodenismeprakatapra-Olimpikprasejarahpramodenprasekolahprasyaratproaktifpro-Baratprokemerdekaanpropembangkangsubtajuksubjudulsubkelassubkontraktorsubseksyensubstandardtatanamatatariastatasusilatatatertibtataatur

KESILAPAN EJAAN (KATA)

KESILAPAN EJAAN (KATA)SALAHBETULSALAHBETUL

auto matifaudienagregetarithmetikagen (wakil)ampanganakedakitekanalisaatlitatnikanggrikbaucerbistaribowlingbuffetbumiputraburohcaluncocok (tusuk)cucuk (sesuai)catitcendiawancopdasyhatdialogdefinasideligasiderafdurhakaefisyenekurehsanengzosekslusifekspotekspressemelengkarfadhilatfaxfaksimiliFebuarigembeling / gembelengautomotifaudiensagregataritmetikejen (wakil)empanganarkedarkitekanalisisatletetnikanggerikbaucarbestaribolingbufetbumiputeraburuhcaloncucuk (tusuk)cocok (sesuai)catatcendekiawancap (cetak)dahsyatdialogdefinisidelegasidrafderhakaefisienekorihsanekzoseksklusifeksporteksprese-melingkarfadilatfaksfaksimileFebruarigemblenggerafgeharuhajjahhurmatideidapiktizamimpotinjininspekterinsuranInsyaallah / Insya Allahistiharistirehatisyajustrujeketkampongkapitalismakatunkefeteriakomidikomisyenkondaktorkonsotiumkontrekkorumkaptainkarenah (ragam)kelenderkeredhaankerintingkianatko-kurikulumkolestrolkomersilkomplekkontingenlagendalakunlapuranlebellencunganleukimiagrafgaharuhajahhormatideahidapiltizamimportenjininspektorinsuransinsya- Allahisytiharistirahatisyakjusterujaketkampungkapitalismekartunkafeteriakomedikomisenkonduktorkonsortiumkontrakkuorumkaptenkerenahkalendarkeredaankeritingkhianatkokurikulumkolesterolkomersialkomplekskontinjenlegendalakonlaporanlabellenconganleukemia

SALAHBETULSALAHBETUL

lojiklosyenletriklojistikmaksimamanafaatmasaalahmeemekanismamencatitmengenengahkanmegenepikanmengujudkanmengwujudkanmenteramerbahayaminimamunshinasionalismaoditoditoriumoptimaorganismeotomatikotomobilpamirpaspotpatriotismapehakpelancungpemerosesanpemilekanpengembalapengemblenganpensilperabutperihatinperlaburanperlancaranperletakanpertunjukkanpesaraanpesiaranplanprofessionprosidurlogiklosenelektriklogistikmaksimummanfaatmasalahmimekanismemencatatmengetengahkanmegetepikanmewujudkanmewujudkanmanteraberbahayaminimummunsyinasionalismeauditauditoriumoptimumorganismaautomatikautomobilpamerpasportpatriotismepihakpelancongpemprosesanpemilikanpenggembalapenggemblenganpenselperabotprihatinpelaburanpelancaranpeletakanpertunjukanpersaraanpersiaranpelanprofesionprosedurprotinpekejpesonal (kakitangan)petroliumplatfomprofailprofesyenalsekalasekeliansekimsessisetorsiksasilaturrahimsnookerstesyenstokinsunnahsabsidisanwicselinderskimaspesisstemtalipontaugeh (sayuran)trampiltulinugamausekwarongvokasyenalyunitproteinpakejpersonelpetroleumplatformprofilprofesionalskalasekalianskimsesistorseksasilaturahimsnukerstesenstokingsunahsubsidisandwicsilinderskemaspesiessetemtelefontaugeterampiltulenagamausikwarungvokasionalunit

Teknik Plot Novel Kembara AmiraTEKNIK PLOTCONTOH

PemerianMereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.

Dialog tentu tiket tu dah sampai, Amira bersuara antara dengar dengan tidak Apa? Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

Imbas kembaliAmira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

KejutanPembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

SuspensDia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

Apa benda itu? Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

Ingatannya kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut OHara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya dan OHara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan OHara yang berkulit putih.

KES DADAH

Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.

Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.

Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam membenteras masalah ini amatlah penting. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.

Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.

Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.

Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita adalah contoh dalam kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya

Dedicated to 4S1 under Class Monitor's order:KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAHOleh:Akmal Adib bin Fadzil

Sudah hampir 54 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Semenjak tahun 1957 sehinggalah kini,Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun,di sebalik semua kemajuan ini,terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Masalah nombor satu yang negara sedang hadapi kini ialah penyalahgunaan dadah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Dadah juga ditakrifkan sebagai bahan yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan diri mereka sendiri baik dari segi fizikal,rohani,mental mahupun emosi. Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang;kalau tiada penyalahgunaan dadah,masakan ada kesan-kesannya. Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.

Satu daripada kesan-kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat pada perempuan-perempuan yang sedang hamil. Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan boleh memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko utama akibat kemudaratan tersebut ialah fenomena yang yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan tingkah laku yang tidak normal. Penggunaan dadah juga boleh memberikan kesan terhadap mental para ibu yang mengandung dan membuatkan mereka ketagihan. Dadah-dadah yang boleh memberi kesan mental dengan memasuki bahagian otak ibu akan memasuki bahagian uri dan membawa kesan yang mudarat kepada janin. Selain itu,penggunaan kokain semasa tempoh trimester pertama kehamilan ( 3 bulan pertama ) boleh mengakibatkan keguguran secara spontan. Penggunaannya semasa trimester ketiga kehamilan ( 3 bulan terakhir ) pula boleh meningkatkan risiko abruptio placentae dalam tempoh 30 minit selepas mengambilnya. Abruptio placentae ialah satu keadaan di mana uri terpisah daripada rahim sebelum waktunya. Berdasarkan bukti-bukti berikut,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan kepada perempuan hamil.

Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk membasmi penyalahgunaan dadah,tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat dengan penyalahgunaan dadah,sudah pasti kesannya akan menjadi sangat teruk. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak aman. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun isteri. Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik. Berdasarkan huraian-huraian itu, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.

Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah kepada para pembeli dan masalah pengedaran dadah oleh sindiket-sindiket ini telah berlaku sejak puluhan tahun lagi. Tambahan pula,kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah laluan antarabangsa menyebabkan Malaysia dijadikan pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara-negara lain. Sindiket-sindiket dadah di Malaysia pasti mengambil kesempatan ke atas peluang yang berada di hadapan mata mereka lalu mengedarkan dadah di sini. Akibat pengedaran dadah oleh mereka,10 peratus daripada 11 juta belia di Malaysia dikesan terlibat dengan dadah pada tahun 2006 yang lalu. Menurut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia pada 21 Mac 2006,sindiket dadh juga terlibat dengan jenayah ganas yang lain. Kenyataan inijuga disokong oleh pengalaman para pegawai polis yang terlibat dengan usaha menentang sindiket-sindiket dadah. Jika kita tidak berupaya menangani sindiket-sindiket ini,sudah pasti jenayah akan berleluasa di negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sindiket-sindiket ini juga pasti akan menguasai negara kita. Berdasarkan bukti dan huraian di atas,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah dapat mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah.

Bukan setakat itu sahaja,penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan pembaziran wang. Contoh pembaziran wang yang paling jelas dapat dilihat pada penagih dadah itu sendiri. Menurut sebuah sumber kajian,secara puratanya 100 000 penagih dadah telah membelanjakan RM 1 000 000 sehari dan RM 360 000 000 setahun. Selain itu,kerajaan telah membazirkan RM 100 000 000 setahun bagi pusat serenti,pusat pemulihan akhlak dan PUSPEN. Jumlah ini sudah cukup untuk membina 15 buah sekolah yang lengkap. Tambahan lagi,purata RM 138 000 sehari diperuntukkan kepada 11 500 pelatih di pusat-pusat serenti. Pihak polis pula terpaksa mengeluarkan RM 100 000 bagi mendapatkan maklumat tentang sindiket dadah. Bayangkan jika semua duit yang dibazirkan ini digunakan untuk keperluan negara,sudah tentu kita boleh membangunkan negara kita dan menjadi maju seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh itu,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah membawa kepada pembaziran wang.

Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan sekalipun,kesan yang paling jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan bersuluh,kalau sudah penagih itu menyalahgunakan dadah,tentulah penagih itu yang terkena kesannya dahulu. Tetapi,tidak semua dadah memberikan kesan yang sama kepada penagih. Sebagai contoh,candu pada peringkat awal akan memberi kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa manakala kesan jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan mental. Selain itu,morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang bagi pengambilan morfin ialah gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi heroin pula,kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang tenang,tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,bingung,kekejangan dan berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya pula ialah keracunan darah,hepatitis,kancing gigi,HIV dan kematian.Walau berjuta jenis dadah didapati sekalipun,kesannya pasti ada pada penagih itu sendiri.

Konklusinya,terdapat banyak kesan penyalahgunaan dadah. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing serta memainkan peranan penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang tahun 2015. Kita sudah semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Semoga segala usaha kita untuk menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan menampakkan kejayaan. Akhir kata,sekadar memetik sebahagian daripada lagu Insya Allah yang dinyanyikan oleh Maher Zain dalam versi bahasa Malaysia:Insya-ALLAH,insya-ALLAH,insya-ALLAH,ada jalannya

Kempen Kitar Semula mempunyai banyak kebaikan, malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Bincangkan kebaikan kitar semula. [NUR RABIATUL ADAWIYAH BT MAZLAN]Dalam era pembangunan moden zaman kini, pelbagai topik menjadi halwa telinga kita saban hari. Salah satunya adalah mengenai topikKitar Semula. Secara zahirnya majoriti daripada rakyat Malaysia tidak megertitentang maksud di sebalik slogan Kitar Semula. Kitar semula ialah proses menghasilkan sesuatu produkyang baru atau boleh dikategorikan sebagai inovasi, hasil daripada bahan-bahan yang enggan digunakan lagi.Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah tin-tin kosong, plastik, kertas dan tayar-tayar lama. Pelbagai program yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya untuk membuka mata masyarakat tentang kebaikan kitar semula. Malangnya, program-program sebegini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Hal ini begitu mengecewakan pihak penganjur.Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kitar semula berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan t