teknik plot

Upload: muhammad-hasbul-irfaan-hasbullah

Post on 20-Jul-2015

391 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NOVEL AZFA HANANI KARYA HALIS AZHAN MOHD HANAFIAHDISEDIAKAN OLEH: NORFATIN NAZIHAH NURASMAHUSNA NURUL JANNAH LAILATUL SOPEA

TEKNIK PLOT Teknik plot merujuk kepada gaya atau stail sesebuah cerita itu disampaikan oleh pengarang.Antara teknik plot: IMBAS KEMBALI IMBAS MUKA DIALOG MONOLOG DALAMAN KEJUTAN KONFLIK SUSPEN

SOALAN

HURAIKAN DUA TEKNIK PLOT YANG DIGUNAKAN OLEH PENGARANG BERDASARKAN NOVEL YANG ANDA PELAJARI

JAWAPAN Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah,terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan.Antara teknik yang digunakan ialah TEKNIK SUSPEN.Pengarang menerapkan unsur suspen dalam novel ini.Salah satu unsur suspen dapat dikesan melalui watak Azfa Hanani apabila kehidupannya sebagai Tengku Murni bermula.Hal ini dapat dilihat melalui petikan

.. namun, ada kegelisahan lain pula yang membuak-buak.Pelawaan pengetua bukanlah terarah ke kerusi menghadap meja besarnya.Aku diminta mengambil tempat di sofa lembut.Agar kecanggunganku tidak ketara,punggungku labuhkan di sisi Kak Rozan.Amat meresahkan bebola mata dua orang tetamu yang tidak kukenali itu tidak lepas daripada menatap seraut wajahku.Peristiwa ini terdapat di halaman 18 novel ini.

Selain itu,novel ini juga menggunakan teknik plot berunsur konflik,Azfa Hanani mengalami begitu banyak konflik dalaman dengan dirinya sendiri.Dia rasa serba salah kerana mencuri buku-buku rujukan dari perpustakaan sekolah.Dia takut dirinya akan dihukum dan dia berasa susah hati memikirkan nasib pak long dan mak long sekiranya mereka mengetahui dia telah mencuri buku itu.Ini dapat dilihat dalam petikan halaman 4 novel Azfa Hanani. Benar,terlanjur bersalah,aku pasti akan dihukum.Sama ada digantung atau dibuang sekolah,kesan sama sahaja.Nama baikku akan tergadai dan selepas ini,aku akan sentiasa dipandang serong.Lanjutannya,pak long maklong dan seluruh keluarga turut menanggung aib.Dosaku akan bertimpa-timpa.

SEKIAN