plot novel papa form 4

Upload: myselfzzz

Post on 08-Jul-2015

1.082 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buku 1 Pak Musa mengadu tentang sakitnya yang semakin teruk. Pak Musa memberitahu Seman bahawa segala harta yang dimiliki oleh mereka adalah milik orang lain.. Pak Musa meninggal dunia. Seman mengetahui segala harta ayahnya sebenarnya milik Cina Panjang, selepas rakan ayahnya menunjukkan surat tanah kebun, sawah,tanah kampung dan surat hutang. Cina Panjang juga memberitahu Seman bahawa ayahnya ada berhutang dengannya sebanyak RM 10 ribu. Mak Limah kesal dengan sikap suaminya yang tidak mahu berterus terang. Buku 2 Lee Kim Lock dan anaknya Cing Huat mengambil keputusan meningggalkan kampung. Ini kerana, padi mereka diserang burung, belalang, dan banjir sehingga menyebabkan hasil tidak dapat dituai. Mereka menaiki kapal ke Pelabuhan Amoy sebelum sampai ke Pelabuhan Singapura. Di situ, Cing Huat bekerja sebagai pelayan kedai kopi manakala bapanya sebagai penarik lanca. Mereka kemudiannya menaiki tongkang ke Muar kerana tidak berpuas hati dengan Paman Kok Leng. Apabila mendapati lombong tempatnya bekerja ada kaitan dengan Paman Kok Leng, Lee Kim Lock membawa anaknya ke Pulau Pinang. Di pekan Simpang Empat, Le Kim Lock membeli sebuah kedi milik peniaga Melayu dan memulakan perniagaan dengan menjual ikan basah.

Buku 3 Maniam bersama-sama 120 orang lain menaiki kapal dari Pelabuhan Ngapatam menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang sekitar Julai 1910. Maniam berasal dari Tricur, Kerala,India. Semasa di desanya, kehidupan Maniam sangat sukar. Upah yang diterimanya hanyalah dalam bentuk beras, manakala lembu jantannya yang digunakan untuk bekerja sudah tua. Dia menggadaikan rumah dan tanahnya kepada Pillay. Mengikut perjanjian, Maniam perlu membayar dua kali ganda kepada Pillay. Di Pulau Pinang, Maniam bekerja sebagai kuli. Pada bulan pertamanya bekerja, Maniam sudah mengirimkan wang kepada isterinya. Namun pertemuannya dengan Raman, rakannya yang baru sampai dari India, meremukkan hati Maniam apabila mengetahui isterinya mengikut Pillay kerana kesempitan wang. Walhal dia mengirimkan wang tiap-tiap bulan kepada isterinya melalui Pillay. Buku 4 Maniam sudah 21 tahun bekerja di ladang. Usianya sudah mencecah 50 tahun. Pada suatu hari, Maniam dikunjungi Seman yang datang untuk mencari kerja. Seman menyebut Kampung Nyiur Condong, tiba-tiba dia teringat akan Musa. Maniam tidak berjanji, namun meminta Seman datang menemuinya dalam tempoh dua hari lagi untuk mengetahui sama ada Seman boleh atau tidak bekerja di ladang itu. Selepas dua hari, Maniam memberitahu Seman bahawa dia boleh memulakan kerja bermula keesokan harinya

Buku 1 Seman ke rumah Lebai Man untuk membincangkan masalah harta ayahnya yang berpindah milik kepada Cing Huat. Lebai Man tidka mampu menyelesaikan masalah Seman lalu bertemu dengan Penghulu Talib. Beliau menasihati Seman agar tidak bertindak terbaru-buru. Sementara itu, Cina Panjang, Pak Cin, dan anaknya Kadir datang ke rumah sSeman dan menasihati Seman untuk meninggalkan Kampung Nyiur Condong. Namun, Seman berkeras tidak mahu berbuat demikian. Lazim, Penghulu Talib, dan beberapa penduduk kampung yang lain datang ke rumah Seman. Penghulu Talib menasihati Seman supaya meninggalkan rumah mereka kerana tanah dan rumah itu kini kepunyaan Cina Panjang. Lima hari kemudian, penduduk kampung tertanya-tanya akan kehilangan Seman dan ibunya, Mak Limah Buku 2 Pada peringkat ini, Lee Kim Lock sudah berumur 40 tahun, anaknya Cing Huat berumur 17 tahun. Lee KimLock sudah mempunyai wang yang cukupo untuk membawa isterinya di China ke Tanah Melayu. Namun, setiap kali ke bandar, dia akan menghisap candu. Dia membawa Mei Hwa ke rumah sebagai teman. Cing Huat mendapat berita bahawa ibunya di China telah meninggal dunia. Dia kemudiannya m,engahwini anak tiri Kim Sui, Tua Toa. Sebulan selepas itu, ayahnya Lee Kim Lock meninggal dunia dalam tidur dan diikuti Mei Hwa sebelum mayat Lee Kim Lock dikebumikan.

Buku 3 Maniam dan dua orang kawannya ke Bagan Tuan Kecil. Dia bekerja di sebuah kebun orang putih di Cangkat Lima. Mandur di kebun itu ialah Perumal. Perumal mengahwinkan Maniam dengan anaknya, Malini. Perkahwinan berjalan lancar sehinggalah rakan lama Maniam iaitu Suppiah datang ke situ. Suppiah telah membocorkan rahsia perkahwinan Maniam di India. Hal ini mencetuskan konflik antara Maniam dengan Malini dan Perumal. Perummal memintab Maniam meninggalkan ladang itu pada waktu subuh. Maniam dipukul oleh orang yang tidak dikenali namun diselamatkan oleh Musa. Malini melahirkan anak lelaki bernama Ramakrisynan. Maniam tidak pernah pulang menjenguk keluarganya. Perumal berasa bersalah terhadap Maniam apabila mengetahui cerita sebenar dariupada Raman. Malini yan sakit akhirnya meninggal dunia Buku 4 Yew Seng yang berkecil hati dengan layanan bapanya membuat keputusan untuk meninggalkan rumah. Sementara itu, Seman kembali ke Kampung Nyiur Condong selepas dua tahun setengah meninggalkan kampung itu. Seman kecewa apabila Upik telah berkahwin dengan Lazim. Lazim mencadangkan supaya Seman merisik Gayah. Mat Ranggi yang pada mulanya tidak bersetuju untuk menjadikan Seman sebagai menantunya akhirnya bersetuju untuk mengahwinkan Seman dengan Gayah. Dua hari sebelum perkahwinannya, Seman dan Mak Limah kembali semula ke Kampung Nyiur Condong

Perumitan. Seisi Kampung Nyiur Condong gempar apabila mendapat tahu tentera Jepun sudah mendarat di Tanah Melayu. Pada ketika itu, Cing Huat mua sedar akan kesilapannya kerana bersikap sombong terhadap orang Melayu. Pada suatu malam, Seman pergi ke kedai Cing Huat sendirian. Di belakang kedai, Seman terdengar suara-suara halus, lalu mengangkat parang kerana mengagak suara itu milik musuh. Ruparupanya, suara itu milik Poh Eng . Seman membawa Poh Eng ke rumahnya, sebelum membawa ibunya ke Cangkat Janggus,. Seman meminta Maniam menjaga ibunya dan Poh Eng. Klimaks Yew Seng yang mengetuai pasukan komunis masuk ke Cangkat Janggus lalu membunuh pengurus yang merupakan rakyat Jepun. Yew Seng terkejut kerana Poh Eng berada di situ, lalu membawanya masuk ke hutan. Mak Limah yang dihantar ke kampung telah ditangkap oleh tentera Jepun lalu dibvawa ke bandar. Maniam dan beberapa pekerja ladang turut ditangkap oleh Jepun.. Maniam disoal siasat oleh seorang inspektor muda yang akhirnya dikenal pasti oleh Maniam sebagai anaknya, Ramakrisynan. Menerusi anaknya, Maniam mengetahui bahawa Mak Limah juga ditahan. Kehidupan masayarakat semakin teruk . Barang-barang semakin susah diperolehi

Peleraian Tentera Jepun tertekan untuk terus menduduki Tanah Melayu. Pasukan Kong Beng pula mendapat bantuan daripada Pasukan 136. Jepun meneyrah kalah kepada Amerika. Tanah Melayu kembali jatuh ke tangan British. British cuba memeperkenalkan Malayan Union . Namun, rancangan itu ditentang penduduk tempatan. Dengan bantuan Suppiah, Maniam pula diculik komunis lalu dibawa masuk ke dalam hutan. Sebelum sempat Suppiah menembak Maniam, Poh Eng terlebih dahulu menembak Suppiah. Yew Seng pula terkena tembakan daripada anggota komunis, yang lain. Maniam dan Yew Seng berjaya dibawa keluar dari hutan. Seman dan sekumpulan penduduk Simpang Empat bercadang ke bandar untuk menyambut Hari Kemerdekaan