minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

35
Disediakan Oleh :- Nur Shamimi binti Jamudin Basirah binti Ya‟acob Norshuhaida binti Masre Athirahshazana binti Zakaria

Upload: shamimi-jamudin

Post on 19-Jul-2015

1.460 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Disediakan Oleh :-

Nur Shamimi binti Jamudin

Basirah binti Ya‟acob

Norshuhaida binti Masre

Athirahshazana binti Zakaria

Page 2: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Tema

Idea dasar @ persoalan pokok

yang diungkapkanoleh pengkaryabagi mendasari

karyanya.

Dalam upayamengumpulkan,

memilih, menyusun bahan-

bahan bagisesuatu karya, temalah yang

menjadi panduankepada

pengkarya.

Tema sesuatu karyatidak boleh

dinyatakan secaralangsung dengan

jelas tetapidinyatakan melaluiunsur-unsur yang membentuk karya

itu.

Tema sesuatu karyalazimnya dapatdiketahui hanya

sesudah karya itudibaca dan dihayati

seluruhnya.

Banyak perkara yang boleh dijadikan temabagi sesuatu karya, misalnya keadilan,

perjuangan, sejarah, kemiskinan,

kemanusiaan, kehijauan alam dan

sebagainya.

Page 3: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Persoalan

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam

sesuatu karya yang adahubungannya dengan

tema.

Wujudnya persoalan-persoalan dalam

sesuatu karya bertujuanmenghidupkan danmemperkukuh tema

yang cubadiketengahkan oleh

pengkarya.

Page 4: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 5: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.

Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

Page 6: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi

kehidupan.

Ibu gigih mencari rezeki dan banyak

bergantung kepada Sungai Ceper yang

berfungsi sebagai sumber air kepada

tanaman.

Page 7: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya

3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Page 8: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 9: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar

masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan

majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan,

mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah

perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan

paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura.

Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.

Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan

untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan

Jali. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang

kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana

tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan

akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini

telah dilupakan.

Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba

memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam

yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir

membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua

mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan

identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam

untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.

Page 10: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Semangat patriotik iaitu perjuangan

mempertahankan tanah air daripada

cengkaman penjajah.

- Pak Itam beria-ria mengadakan majlis

sambutan hari jadinya semata-mata untuk

berkongsi kisah perjuangannya

mempertahankan tanah air suatu ketika

dahulu sehingga dia keluar masuk penjara

dan kehilangan keluarga demi bangsa dan

tanah air.

Page 11: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannyabertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.

2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akandialami oleh anak bangsa.Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsaMelayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapatpendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negarasendiri.

3. Persoalan jati diri yang teguh.Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dariusia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

Page 12: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 13: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Cerpen karya Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, muka surat

143 - 152 dimulai dengan cabaran berlawan catur oleh Uj kepada Um. Uj

mendakwa UM telah lama berlatih dengan Ul, Us, Uk dan Ur, tetapi Um

berdalih dia sedang memikirkan ibu yang sakit darah tinggi. Uj mula

menunjukkan amarah kepada Um yang selama ini ditatang bagi minyak

yang penuh. Uj memang mengharapkan Um dengan membangkitkan

kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur bermula di tanah

Arab. Akhirnya Um yang mulanya bersifat dingin menunjukkan minat yang

mendalam. Dalam pada itu Uk mula memasukkan jarum bisikan

menghasut kononnya UM hendak mengambil alih kedudukan Uj. Termakan

cakap Uk, Uj lalu memaksa Um berlawan dengannya. Uj segera mencegah

Um daripada memilih buah catur berwarna putih. Setelah tiga hari tiga

malam, Um berjaya mencemaskan Uj apabila satu demi satu bidak askar

Uj ditawan. Sedang Um meneguk minuman, kedudukan buah catur kota

miliknya dialihkan. Uj sebaliknya menuduh Um cuba menipu. Taktik kotor

Uj berterusan apabila Um terkena semburan asid yang diletak di bawah

meja. Ibu yang sedih dengan perbalahan adik-beradik itu tiba-tiba diserang

angin ahmar. Tuduh-menuduh tercetus tanpa mempedulikan nasihat si ibu.

Walaupun angkara siapa belum dipastikan, keluarga pemain catur itu telah

pun berpecah belah. Perenggan terakhir cerpen mengulangi perenggan

pertama cerpen...

Page 14: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

1. Perpecahan ahli keluarga akibat perbalahan

yang berpunca daripada permainan catur.

contoh : Uj dan Um berselisih faham dan saling

mengalahkan antara satu sama lain dalam

permainan catur sehingga mengeruhkan

persaudaraan mereka yang selama ini baik.

2. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.

contoh :salah seorang ahli keluarga meletakkan

asid di bawah meja catur untuk mengenakan Uj

ataupun Um .

Page 15: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

1. Sangkaan buruk yang menjadi puncaperbalahan keluarga .

contoh : Uj menyangka Um mahumengalahkannya dalam permainan caturbukti : Abang tahu sekarang , Um sedangbersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkanabang (hal.144)

2. Perabaian terhadap ibu.

Conoth :Uj menyerahkan tanggungjawab untukmerawat ibunya kepada doktor .bukti : Itu tugas doktor untuk memikirkan . Kita sudah ada dua orang doktor keluarga.(hal. 144)

Page 16: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 17: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Cerpen “Seorang Yatim dan Ilmu” inimengisahkan tentang Dila seorang siswi yangterlibat dalam sebuah program sukarelawan.Takdir pertemukan Dila dengan sebuah yayasanrumah anak yatim dan di situlah dia mengenalinsan-insan yang berhati mulia yang cubamencari cahaya hidup. Kehadirannya ke sanaakhirnya mendatangkan pelbagai peristiwa yangseringkali tidak diduga. Seorang yatim yang cubamencuri kasih sayang dan mengubah persepsidirinya terhadap kehidupan yang pernah dilalui.

“Anak yatim itu mengajarkan kami tentangkehidupan.”

Page 18: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Nilai kasih sayang antara setiap insan.

- Dila mengikuti sebuah kumpulan

sukarelawan demi melaksanakan hasrat hati

seorang penjaga untuk membantu anak-anak

jagaannya. Menyelami perasaan anak-anak

kecil itu membuatkan Dila lebih menghargai

hidup ini.

Page 19: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Ketabahan dan kegigihan seorang remaja di

usia muda.

Nilai kasih sayang antara seorang kakak

dengan adik-adiknya.

Nilai persahabatan yang erat antara anak-

anak Darul Hikmah.

Page 20: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 21: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Cerpen ini menceritakan tentang seorang gadis yang juga merupakan seorang

pelajar, iaitu Sarah yang terpaksa menempuh pelbagai halangan bagi mencapai hasratnya

untuk mengikat tali pernikahan pada usia yang muda. Sepanjang perjalanan pulang ke

kampung sempena menyambut Hari Raya, Sarah teringat kembali peristiwa semasa dia

menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada emak dan ayahnya. Pada mulanya, emak Sarah

tidak bersetuju kerana dia mahukan anaknya habis belajar dan mendapat pekerjaan

terlebih dahulu. Ayahnya pula melarang tegas hasrat Sarah itu kerana tidak mahu Sarah

mengalami hidup susah seperti kakaknya. Akibatnya, Sarah merajuk dan mengasingkan diri

di dalam bilik.

Selepas menunaikan solat zohor, Sarah berdoa bersungguh-sungguh kepada Tuhan

supaya dipermudahkan segala urusan dan semoga hati emak dan ayahnya terbuka menerima

keputusan Sarah. Dia yakin dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan alam rumah

tangga di samping tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan pelajar.

Akhirnya, Sarah selamat menjadi isteri kepada Johan. Majlis akad nikah diadakan

secara sederhana di masjid kampung Sarah. Sarah tidak percaya kerana akhirnya emak dan

ayah bersetuju menerima keputusannya. Kesemua hadirin dan rakan-rakan Sarah

mengucapkan tahniah. Emak Sarah menyampaikan pesanan terakhirnya kepada Johan

supaya menjaga anaknya dengan baik.

Lamunan Sarah terhenti apabila bas yang dinaiki telah sampai ke destinasi, iaitu Kota

Bharu. Hati Sarah menjadi girang apabila suaminya yang tercinta menjemputnya di stesen

bas.

Page 22: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kepentingan pelajaran dan pendidikan dalam kehidupan

Emak dan ayah Sarah sangat mementingkan pelajaran anaknya. Sebab

itulah mereka menghalang hasrat Sarah untuk berkahwin ketika belajar

kerana takut pelajaran Sarah terganggu dan terhenti.

Contoh:

“Kalau mengandung masa belajar, susahlah nanti. Nanti dah kahwin, mesti

pelajaran pun terganggu. Kan kamu dah tahu peraturan tempat kamu belajar

tu. Mana boleh mengandung lagi masa belajar?” bebel mak.

“Ayah tak nak kamu berhenti belajar sebab ni. Sia-sia belajar dekat enam

tahun tapi pengakhirannya begini. Ayah dan mak tak nak kamu jadi macam

Kak Lang kamu tu, tak nak belajar sebab nak kahwin dengan laki tak ada

kerja tetap. Sekarang anak dah empat pun masih mintak duit dengan mak

kamu tu,” terang ayah panjang lebar dengan nada tegas.

TEMA

Page 23: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Hubungan kasih sayangPerasaan kasih sayang yang kuat dapat dilihat antara Sarah dengan

ibunya. Ibunya sangat menyanyangi Sarah dan berasa sedih untuk

melepaskan anak perempuannya kepada orang lain.

Contoh:

“Terima kasih kerana sudi menerima anak ibu. Insya Allah, ibu

percaya Johan mampu membahagiakan anak ibu. Dia anak yang baik

dan mendengar kata. Hanya dialah seorang saja anak perempuan

yang ibu ada. Jagalah Sarah dan sayangilah dia dengan

sesungguhnya,” pesan ibu kepada Johan.

Penuh emosi Puan Ramlah mengungkap kata. Sehingga menerbitkan

air mata. Sarah terharu. Kucupan ibunya yang hinggap di keningnya

begitu lembut dan tenang.

Page 24: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Tabah menghadapi cabaran

Sarah tabah mengahadapi pelbagai tentangan daripada ibu dan

ayahnya. Walaupun banyak kali ibu dan ayahnya melarang da

berkahwin tetapi Sarah tidak pernah berputus asa untuk

meyakinkan ibu dan ayahnya yang dia sudah mampu memikul

tanggung jawab sebagai seorang isteri.

Contoh:

“Ibu, saya rasa saya nak kahwin” intro anak kedengaran.

“Boleh, nanti dah habis je belajar, teruslah kahwin. Dah ada

orangnya ke?” tanya ibu.

“Dah ada, yang saya cerita kat ibu dulu, tapi saya nak kahwin masa

belajar” sambung lagi.

“Ishh, sabarlah sikit. Biar selesai satu-satu. Kan ada dua tahun lagi

belajar? Kurang-kurangnya, tunggu lah dapat kerja, boleh kumpul

duit. Ibu tak setuju,” kata ibu dengan tegas.

***********************

Tiba-tiba perbualan aku dengan mak ayah beberapa minggu yang

lepas menerjah je dalam benak fikiranku.

“Nak buat kenduri ada duit ke?”

“Kalau mengandung masa belajar, susahlah nanti. Nanti dah kahwin,

mesti pelajaran pun terganggu.

Page 25: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Patuh pada agamaSarah juga berdoa kepada Tuhan selepas solat zohor agar

dilembutkan hati kedua ibu dan ayahnya untuk menerima

keputusannya berkahwin semasa belajar

Contoh :

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Selesai sahaja solat zohor, aku

menadah tangan menghadap Tuhan Yang Esa. Hanya Dia sahaja yang

berkuasa ke atas segala-galanya.

Page 26: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Hubungan persahabatanIkatan persahabatan antara Sarah dan teman-temannya terus erat

walaupun Sarah sudah bergelar isteri kepada Johan. Rakan-rakannya

turut sama menghadiri majlis akad nikah Sarah.

Contoh:

“Tahniah, Sarah.” Ucap teman-temanku. Tersenyum manis Sarah

mendengar ucapan ikhlas dari rakan-rakan seusianya. Dia berterima

kasih kepada semua yang datang menemaninya di waktu itu. Johan

yang berada di sisi hanya diam mengukir senyuman kecil.

Page 27: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 28: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Cerpen “Terimalah Taubatku” ini mengisahkan tentangseorang gadis yang menuntut di sebuah institusi pengajiantinggi yang dikelilingi dengan kehidupan yang penuhdengan dugaan dan cabaran. Kehidupan Diuji denganpelbagai dugaan tika diri ingin melakukan penghijrahan dirike arah yang lebih baik. „Mia Qaisara‟, kehidupan yangdahulunya dipenuhi dengan gejala sosial dan bebaspergaulan sana sini. Kini kembali ke pangkal jalan.Bertarung nyawa dengan penyakit yang tidak pernahterlintas di benak fikirannya, kini sedang dilalui. Dia redhadengan ketentuan Illahi dan tidak menyalah takdir yangberlaku ke atasnya. Tetapi hakikat hidup yang perlu dilaluitidak panjang dan kembali kepada yang maha Esa.

“Engkau mengujiku dengan hakikat kematian yang menantiku di penjuru hidup ini”

Page 29: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kerapuhan naluri remaja yang ingin mencuba

sesuatu baharu akhirnya menjerumuskan

dirinya sendiri ke kancah yang tidak di

sangka menjadi satu titik hitam dalam

hidupnya.

Page 30: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kegoyahnya prinsip dan nilai insani yang ada

dalam diri yang disebabkan oleh

persekitaran.

Iman seseorang tidak boleh diukur dengan

segulung ijazah yang bakal digenggam.

Keinsafan seorang gadis dalam meneruskan

kehidupan dunia yang hakiki.

Ketabahan dan kegigihan seorang remaja di

ambang usia muda.

Page 31: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kehidupan seorang mahasiswa yang berhak

memilih sama ada ke arah jalan yang benar

atau sebaliknya.

Pergaulan hidup yang bebas

Kematian yang tidak mengenal usia, masa

dan siapa pun kita di dunia ini.

Page 32: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Page 33: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Pelajar mahu pulang ke pantai timur

Dalam perjalanan melihat kerakusan moral

masyarakat terhadap golongan tua dan

miskin.

Teringat kisah hidup pelajar itu.

Pengkhianatan terhadap ibu.

Page 34: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Kerakusan moral

masyarakat terhadap

golongan tua dan miskin

Page 35: Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema

Nilai

• Nilai moral yang ditunjukkan olehmasyarakat

Pengkhianatan

• Pengkhianatan anak terhadapibunye sendiri

Kasih sayang

• Kasih sayang terhadap sahabat-sahabat