masalah dan cabaran penggunaan sistem...

12
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013 43 MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PENSYARAH Santana Rajan A/L Perumale dan Dr. Kok Boon Shiong Jabatan Teknologi Pendidikan ABSTRAK Penggunaan sistem pengurusan pembelajaran terbukti dapat menyokong dan meningkatkan tahap pencapaian pelajar, terutamanya pelajar di institusi pengajian tinggi. Tinjauan lepas menunjukkan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran masih kurang dipraktikkan di kalangan pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam penggunaan sistem pengurusan pembelajaran, myKentLMS. Seramai 17 orang pensyarah daripada jabatan- jabatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dipilih secara rawak dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif dan kualitatif diguna sebagai metodologi kajian. Borang selidik diedarkan untuk mengumpul data kuantitatif manakala temubual berstruktur dijalankan untuk mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah amat berminat menggunakan myKentLMS dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Antara masalah yang sering dihadapi seperti tahap kemahiran teknologi dan maklumat yang rendah, kekurangan masa dan kemahiran dalam membangunkan respositori pembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan myKentLMS tidak tercapai. Pensyarah perlu meningkatkan kemahiran teknologi dan maklumat dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Amalan mengguna sistem dan aplikasi atas talian dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menyokong dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar, tetapi juga telah menyediakan suatu alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran kepada bakal guru. PENDAHULUAN Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran semakin mendapat banyak perhatian daripada para pendidik terutamanya di kalangan guru dan pensyarah (Kok Boon Shiong, 2012). Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009), selain media membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran, media juga berperanan untuk mendorong minat dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya projektor Liquid Crystal Display (LCD), projektor Over Head (OHP), pemain video, pemain kaset, radio televisyen dan rakaman audio. Setiap alat media pengajaran mempunyai fungsi yang tertentu, sebagai contohnya, pelajar menerangkan pergerakan asas dalam Pendidikan Jasmani dengan menggunakan pemain media.

Upload: trancong

Post on 02-May-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

43

MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PENSYARAH

Santana Rajan A/L Perumale dan Dr. Kok Boon Shiong

Jabatan Teknologi Pendidikan

ABSTRAK Penggunaan sistem pengurusan pembelajaran terbukti dapat menyokong dan meningkatkan tahap pencapaian pelajar, terutamanya pelajar di institusi pengajian tinggi. Tinjauan lepas menunjukkan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran masih kurang dipraktikkan di kalangan pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam penggunaan sistem pengurusan pembelajaran, myKentLMS. Seramai 17 orang pensyarah daripada jabatan-jabatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dipilih secara rawak dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif dan kualitatif diguna sebagai metodologi kajian. Borang selidik diedarkan untuk mengumpul data kuantitatif manakala temubual berstruktur dijalankan untuk mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah amat berminat menggunakan myKentLMS dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Antara masalah yang sering dihadapi seperti tahap kemahiran teknologi dan maklumat yang rendah, kekurangan masa dan kemahiran dalam membangunkan respositori pembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan myKentLMS tidak tercapai. Pensyarah perlu meningkatkan kemahiran teknologi dan maklumat dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Amalan mengguna sistem dan aplikasi atas talian dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menyokong dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar, tetapi juga telah menyediakan suatu alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran kepada bakal guru.

PENDAHULUAN

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran semakin mendapat banyak perhatian daripada para pendidik terutamanya di kalangan guru dan pensyarah (Kok Boon Shiong, 2012). Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009), selain media membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran, media juga berperanan untuk mendorong minat dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.

Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya projektor Liquid Crystal Display (LCD), projektor Over Head (OHP), pemain video, pemain kaset, radio televisyen dan rakaman audio. Setiap alat media pengajaran mempunyai fungsi yang tertentu, sebagai contohnya, pelajar menerangkan pergerakan asas dalam Pendidikan Jasmani dengan menggunakan pemain media.

Page 2: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

44

Selain alat-alat media pengajaran, aplikasi atas talian seperti blog, twitter, facebook, Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (SPP) dan emel sering digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, pensyarah sering berkomunikasi dengan pelajar melalui emel untuk perbincangan dan menyemak tugasan.

Perkembangan teknologi dalam bidang multimedia telah berjaya membawa banyak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hasil daripada kerjasama antara KPM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menyediakan alternatif pengajaran kepada guru dan pensyarah. Usaha ini juga dapat membawa pengalaman yang berbeza pelajar di sekolah apabila mereka belajar dengan menggunakan SPP.

Institut Pendidikan Guru (IPG) juga mula mengolah langkah ke arah pembelajaran atas talian. Antaranya pembangunan SPP untuk pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG), respositori pembelajaran dan ePraktikum (Kok Boon Shiong, et al. 2012).

Menurut Wardlaw (2010) dan Noriati et al. (2009) impak teknologi laman web terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah: i. Anjakan daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada

pembelajaran berpusatkan pelajar, guru dapat menyediakan aktiviti autentik untuk pelajar yang pelbagai gaya pembelajaran;

ii. Penilaian yang lebih bermakna, termasuk ulasan rakan sebaya (peer review) dan penerbitan kepada pelanggan sebenar, ini dapat menggalakkan pelajar menghasilkan tugasan yang berkualiti tinggi;

iii. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Pelajar dapat digalakkan membina pengetahuan baru bersama guru, mentor dan pensyarah;

iv. Menggalakkan pembelajaran kooperatif antara pelajar dengan pakar, ibu bapa dan rakan sebaya;

v. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam pengajaran; vi. Mengatasi masalah ruangan dan jarak, terutamanya pelajar

pedalaman dan pendidikan khas yang memerlukan alat-alat bantuan, bilik darjah maya dan permainan atas talian.

PENGGUNAAN SISTEM ATAS TALIAN DI IPG

Beberapa sistem atas talian telah dibangunkan di IPG Kampus Kent. Jadual 1 menunjukkan contoh sistem atas talian dan tujuan dibangunkan di IPG.

Page 3: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

45

Jadual 1: Sistem Atas Talian dan Tujuan Dibangunkan di IPG

Bil Sistem Atas Taliaan Tujuan

1 myKentLMS Sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran Pelajar (SPP)

2 e-persepsi Sistem penilaian pengajaran dan pembelajaran

3 e-praktikum Sistem pemantauan rancangan pengajaran harian pelajar

4 e-kolaborasikajian Sistem membantu pelajar yang sedang menjalankan kajian di sekolah

5 e-aset Membantu pihak pengurusan dalam menguruskan aset.

Dalam kajian ini, SPP yang diberi tumpuan adalah myKentLMS.

myKentLMS telah dibangunkan dan telah diuji sejak beberapa tahun yang lepas. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa myKentLMS telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus Teknologi Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan beberapa kursus Matematik. Selain itu, myKentLMS juga telah dibuktikan dapat meningkatkan tahap pembelajaran kendiri pelajar. Satu kajian yang dilaksanakan oleh Kok Boon Shiong (2012) menunjukkan bahawa peningkatkan tahap pembelajaran kendiri pelajar juga dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

myKentLMS myKentLMS telah dibangunkan sejak tahun 2008. Beberapa pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Jabatan Bahasa (JB), Jabatan Pengajian Sains Sosial (JPSS) dan Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) telah mengguna sistem ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Antara kursus yang menggunakan myKentLMS adalah Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU3105), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TM1311D3), Mengenali Nombor (MTE3101) dan Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (WAJ3111).

Rajah 1 menunjukkan menu utama myKentLMS. Nama jabatan-jabatan terpapar di menu utama. Pelajar boleh klik pada jabatan yang menawarkan kursus yang berkaitan untuk sesi pembelajaran mereka. Contohnya, jika seorang pelajar mengambil kursus Keputusan Matematik (MTE3104), pelajar berkenaan boleh melayari pautan Jabatan Sains dan Matematik untuk mendapatkan bahan-bahan dan melaksanakan aktiviti seperti tugasan, forum dan kuiz yang berkaitan dengan kursus MTE3104.

Page 4: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

46

Rajah 1: Menu Utama myKentLMS

Rajah 2 menunjukkan paparan utama kursus EDU3105, pelajar boleh

membaca tugasan, artikel dan nota yang disediakan dalam myKentLMS.

Rajah 2: Paparan Utama Kursus EDU3105

Rajah 3 menunjukkan paparan aktiviti minggu 1 bagi kursus TM1311.

Pelajar boleh muat turun nota, mendapatkan tugasan dan muat naik tugasan mereka serta menjawab kuiz secara atas talian.

Page 5: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

47

Rajah 3: Paparan Aktiviti Minggu 1 Kursus TM1311

RASIONAL KAJIAN Walaupun kajian lepas telah menunjukkan bahawa myKentLMS dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam beberapa kursus, tetapi penggunaannya di kalangan pensyarah adalah tidak begitu menggalakkan. Maka, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi di kalangan pensyarah dalam penggunaan myKentLMS.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan deskritif, maka data kuantitatif dikutip melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah. Manakala, data kualitatif daripada temubual berstruktur diguna untuk menyokong data kuantitatif. Sampel Kajian Seramai 17 orang pensyarah dipilih secara rawak daripada semua jabatan yang ada di IPG Kampus Kent. Instrumen Kajian Terdapat dua set instrumen yang diguna dalam kajian ini iaitu soal selidik dan temubual berstruktur. Soal selidik mempunyai 5 bahagian (Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin & Manimegalai Subramanian, 2002). iaitu (i) kepentingan alat media pengajaran dan kepentingan aplikasi atas

talian, (ii) amalan pedagogi (iii) aras kemahiran TMK (iv) masalah penggunaan myKentLMS dan (v) cabaran penggunaan myKentLMS.

Manakala temubual berstruktur mempunyai 7 soalan (Kok Boon Shiong, 2012; Tan Wee Chuen, 2006) yang perlu dijawab oleh pensyarah.

Page 6: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

48

Soal Selidik Soal selidik terbahagi kepada bahagian A dan B. Bahagian A meninjau penggunaan alat media pengajaran dan aplikasi atas talian di kalangan pensyarah. Soalan 1 dalam bahagian A terdapat 12 item dan soalan 2 mempunyai 6 item untuk dinilai oleh pensyarah. Pensyarah boleh menilai kepentingan-kepentingan item tersebut dengan menggunakan skala dalam soal selidik tersebut. Rajah 4(a) dan Rajah 4(b) menunjukkan skala yang digunakan dalam soal selidik soalan 1 dan soalan 2. 1 12 Tidak Penting Sangat Penting

Rajah 4(a): Skala Soal Selidik Soalan 1 Diadaptasi daripada Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin &

Manimegalai Subramaniam. (2002).

1 6 Tidak Penting Sangat Penting

Rajah 4(b): Skala Soal Selidik Soalan 2 Diadaptasi daripada Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin &

Manimegalai Subramaniam. (2002).

Bahagian B merupakan soal selidik yang menggunakan skala Likert. Skala Likert yang digunakan untuk meninjau penggunaan myKentLMS di kalangan pensyarah adalah: 1 (Sangat tidak setuju), 2 (Tidak setuju), 3 (Agak setuju), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat setuju). Temubual Bahagian temubual mempunyai 7 soalan yang berbentuk semi struktur. Protokol temubual digunakan semasa sesi temubual diadakan.

HASIL DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Demografi Rajah 5 menunjukkan demografi data pensyarah yang terlibat dalam kajian ini. Data demografi dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan.

Page 7: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

49

Rajah 5: Pengalaman Mengajar (Tahun)

Seramai 17 orang pensyarah terlibat dalam kajian ini. Pengalaman

mengajar pensyarah dikategorikan kepada empat kategori iaitu 2(12%), 7(41%), 6(35%) dan 2(12%). 76% responden dalam kajian ini mempunyai pengalaman mengajar antara 15 hingga 25 tahun. Kepentingan Alat Media Pengajaran Rajah 6 menunjukkan kepentingan alat media pengajaran yang dinilai oleh pensyarah.

12%

41% 35%

12%

10-15 Tahun

15-20 Tahun

20-25 Tahun

Lebih 25 Tahun

Lain-lain 2%

Projektor OHP 4%

Smart Phone 7%

Televisyen 7%

Radio 7%

Model 8%

Kamera Video 8%

Kamera 8%

Komputer 9%

Mesin Pencetak

9%

Projektor LCD 15%

Komputer Riba 16%

Other 49%

Page 8: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

50

Rajah 6: Kepentingan Alat Media Pengajaran

Alat media pengajaran yang paling penting untuk pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran adalah komputer riba (16%), projektor LCD (15%) dan komputer (9%). Alat lain yang dinyatakan penting dalam tinjauan ini adalah jalur lebar dan papan gulung (2%). 5.3 Kepentingan Aplikasi Atas Talian Rajah 7 menunjukkan aplikasi atas talian yang dinilai oleh pensyarah.

Rajah 7: Kepentingan Aplikasi Atas Talian

Aplikasi atas talian yang terpenting adalah emel (29%) diikuti dengan sistem pengajaran dan pembelajaran (23%) dan facebook (20%). Terdapat sebahagian kecil pensyarah mengguna Twitter (10%) dalam pengajaran dan pembelajaran. Persepsi terhadap myKentLMS Jadual 2 menunjukkan persepsi pensyarah terhadap penggunaan myKentLMS.

Blog 16%

Facebook 20%

Twitter 10%

SPP 23%

Emel 29%

Lain-lain 2%

Page 9: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

51

Jadual 2: Persepsi Pensyarah terhadap myKentLMS

Item Perkara Min Sisihan Piawai

A01 Saya berasa sukar untuk mencari masa dalam membina respositori pembelajaran.

2.47 0.8745

A02 Saya biasa mengguna blog sendiri untuk sesi pengajaran.

2.12 0.9275

A03 Saya lebih suka mengguna emel dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.47 1.0073

B01 Saya tidak berkeyakinan dengan pembelajaran atas talian.

1.88 0.8575

B02 Kursus dalam peningkatkan kemahiran TMK jarang diadakan.

2.94 1.1440

B03 Saya akan berusaha meningkatkan kemahiran TMK dalam tahun ini.

4.18 0.7276

C01 Nota-nota dalam sistem pembelajaran atas talian tidak dijamin keselamatan.

2.65 1.0572

C02 Saya lebih suka mengguna aplikasi atas talian seperti blog, facebook dan twitter dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.47 1.1246

C03 Saya dapat ingat langkah-langkah yang perlu diikuti dalam myKentLMS.

2.88 1.1114

D01 Gangguan internet sering kali mengganggu penggunaan myKentLMS.

4.00 1.0607

D02 Pensyarah tidak didedahkan dengan maklumat yang terkini tentang myKentLMS.

2.82 1.0146

D03 Pensyarah tidak diberi kursus atau latihan yang mencukupi dalam penggunaan myKentLMS.

2.71 0.7717

Jadual 2 menunjukkan respons pensyarah terhadap beberapa aspek

tentang penggunaan myKentLMS. Daripada analisis didapati kebanyakkan pensyarah akan berusaha meningkatkan kemahiran TMK mereka (min = 4.18), antara komen daripada pensyarah:

R11: “Kursus meningkatkan kemahiran TMK upload data,

pengurusan dan pentadbiran SPP perlu diadakan...” R15: “...kemahiran yang terhad...” Menurut kajian Wardlaw (2010), ramai guru mendapati elemen TMK

dalam suatu projek Inovasi Teknologi adalah sukar. Guru-guru yang menyertai projek tersebut juga mendapati penggunan blogs dan rangkaian sosial lebih mudah dikuasai. Pensyarah IPG perlu diberi kursus TMK dari masa ke semasa agar kemahiran dan pengetahuan mereka dalam penggunaan TMK dapat dikemaskini dan diperluaskan.

Vajargah, Jahani dan Azadmanesh (2010) cadangkan kompeten serta literasi TMK perlu dipertingkatkan di kalangan pensyarah dan pelajar apabila TMK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Cadangan ini amat

Page 10: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

52

penting apabila institusi pengajian tinggi ingin memperkenalkan suatu sistem atau aplikasi yang baru dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. Maka, Unit Latihan dalam Perkhidmatan, Institut Pendidikan Guru memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan kompeten pensyarah dalam bidang TMK agar aplikasi yang dibina dapat dimanfaat serta diguna oleh semua pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Gangguan internet juga sering kali menjejaskan penggunaan myKentLMS dalam pengajaran dan pembelajaran (min = 4.00), Komen daripada pensyarah:

R02: “...internet connection tidak stabil...”

R07: “...kelajuan internet perlu diperbaiki...” R15: “...masalah internet lambar...” Wardlaw (2010) juga mendapati sumber teknologi dan aplikasinya

dapat meningkatkan prestasi sekolah, tetapi kekangan dari segi alat perkakasan yang terhad serta talian internet yang tidak menampung sejumlah pelajar telah menjadi satu cabaran dalam menggalakkan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran atas talian.

Terdapat juga pensyarah yang menyatakan mereka perlu menghafalkan langkah-langkah yang banyak dalam akses myKentLMS (min = 2.88), salah seorang pensyarah komen “Prosedur upload agak rumit...”. Selain itu, pensyarah yang ditemubual juga menyatakan bahawa mereka tidak menampak keperluan dalam mengguna myKentLMS. Antara contoh komen pensyarah seperti:

R04, R12: “Tidak nampak keperluan.”

R16: “Belum nampak keperluan mendesak...” Schmidt dan Brown (2004) menyatakan jika isi pelajaran disampaikan

dengan cara tradisi dan atas talian, pelajar akan memperolehi beberapa manfaat seperti: i. Berpeluang belajar dalam mod yang sesuai; ii. Menyedari proses kognitif diri sendiri; iii. Wujud persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai kepada pelajar.

myKentLMS dibangunkan dengan tujuan utama menyokong sesi

pembelajaran pelajar. Sesi bersemuka dalam kelas masih dijalankan seperti biasa. Seseorang pensyarah boleh menggalakkan pelajar mengadakan perbincangan, membaca petikan dan mencuba kuiz atas talian selepas sesi kuliah dalam kelas. Maka, myKentLMS haruslah dilengkapi dengan bahan bacaan, aktiviti yang mencabar dan kuiz yang membolehkan pelajar melakukan ulangkaji masa pembelajaran kendiri. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pembelajaran kendiri pelajar maka juga dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar pakar guru.

Page 11: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

53

KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan kesedaran kepentingan penggunaan myKentLMS dalam Pengajaran dan Pembelajaran di kalangan pensyarah adalah tinggi. Mereka juga menunjukkan kesediaan tinggi untuk meningkatkan kemahiran TMK. Walau bagaimanapun gangguan internet merupakan masalah utama membantut perkembangan penggunaan myKentLMS di kalangan pensyarah. Prosedur rumit dan kurang pendedahan kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran juga antara masalah peggunaan myKentLMS di kalangan pensyarah.

Berikut adalah beberapa cabaran yang telah dikenalpasti melalui kajian ini bagi menggalakkan penggunaan myKentLMS di kalangan pensyarah: i. pensyarah perlu melihat kepentingan menggunaan mykentLMS dalam

P&P. ii. kelajuan internet yang baik dan berterusan (tidak ada gangguan) iii. kursus atau bengkel Latihan Pembangunan Staf yang berterusan iv. bahan atau aktiviti yang lebih menarik dan mudah untuk bersaing

dengan sistem aplikasi yang lain seperti emel dan facebook.

RUJUKAN Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin & Manimegalai Subramaniam.

(2002).Rekabentuk Perisian Multimedia. Skudai, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Jacobs, H. H. (2010). Curriculum 21 : Essential Education for a Changing

World. Alexandria, VA, USA: Association for Supervision & Curriculum Development.

Kok Boon Shiong (2012). Web-Based Learning System and Self-Directed

Learning.Proceeding of the Teknopan. 11 July 2012. Kota Kinabalu, Sabah: Malaysia.

Kok Boon Shiong (2012). Adaptive Web-Based Learning System for Different

Self-Directed Learning Students. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.

Kok Boon Shiong, Teh Ah Huat, Kong, B., & Tiong Hong Keong. (2012).

Online Practicum System for In-Service Training Teacher. Proceeding of the IPGM International Convention in Teacher Learning and Development. 19-21 November 2012. Kuala Lumpur, Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan

Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Page 12: MASALAH DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/112013/5.pdfpembelajaran serta kekurangan latihan mengakibatkan penggunaan ... menunjukkan contoh

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

54

Schmidt, K. & Brown, D. (2004). A Model to Integrate Online Teaching and Learning Tools into the Classroom. The Journal of Technology Studies, 30(2), 86-92

Tan Wee Chuen (2006). Development and Evaluation of a Web-Based Learning System Based on Learning Object Design and Generative Learning to Improve Higher-Order Thinking Skills and Learning. Ph.D. Thesis. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Wardlaw, C. (2010). Teaching and Learning with Web 2.0 Technology.

Melbourne: Communication. Division for Innovation and Next Practice Divison Department of Education and Early childhood Development.

Vajargah, K. F., Jahani, S., & Azadmanesh, N. (2010). Application of ICTS in

Teaching and Learning at University Level: The Case of Shahid Beheshti University. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 9(2), 33-39.