penggunaan ict

36
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN; SATU KAJIAN DI JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA. Oleh : Asnuurien Najma Binti Ahmad Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka [email protected] Munirah Binti Mustaffa Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka [email protected] Siti Noor Binti Hussain Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka [email protected] ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kaji selidik untuk mengenal pasti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Merlimau. Seramai 35 orang pensyarah JPA yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang mengandungi 5 bahagian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian dibuat untuk mengetahui tahap kemahiran pensyarah JPA dalam penggunaan ICT, kekerapan penggunaan ICT dalam p&p dan sumber-sumber ICT yang sering digunakan dalam p&p, halangan-halangan terhadap penggunaan ICT dalam p&p serta melihat persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Nilai kebolehpercayaan alat kajian diukur dengan Alpha Cronbach ialah α=0.94. Maklumat yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran para pensyarah terhadap penggunaan komputer dan ICT berada pada tahap sederhana. Persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p adalah pada tahap tinggi. Antara halangan yang telah dikenal pasti ialah faktor masa, faktor kelas yang kurang sesuai dan faktor kemudahan. Kata kunci : persepsi pensyarah, pengajaran dan pembelajaran (p&p), penggunaan dan ICT

Upload: asnuurien-najma

Post on 21-Dec-2014

826 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan ICT

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN; SATU

KAJIAN DI JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK MERLIMAU

MELAKA.

Oleh :

Asnuurien Najma Binti Ahmad Jabatan Pengajian Am,

Politeknik Merlimau, Melaka [email protected]

Munirah Binti Mustaffa

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka

[email protected]

Siti Noor Binti Hussain

Jabatan Pengajian Am,

Politeknik Merlimau Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kaji selidik untuk mengenal pasti penggunaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di

kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Merlimau. Seramai 35

orang pensyarah JPA yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal

selidik yang mengandungi 5 bahagian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian dibuat untuk mengetahui tahap kemahiran pensyarah JPA dalam penggunaan ICT,

kekerapan penggunaan ICT dalam p&p dan sumber-sumber ICT yang sering digunakan

dalam p&p, halangan-halangan terhadap penggunaan ICT dalam p&p serta melihat

persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Nilai kebolehpercayaan alat

kajian diukur dengan Alpha Cronbach ialah α=0.94. Maklumat yang diperoleh dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for

Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Secara

keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran para

pensyarah terhadap penggunaan komputer dan ICT berada pada tahap sederhana.

Persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p adalah pada tahap tinggi.

Antara halangan yang telah dikenal pasti ialah faktor masa, faktor kelas yang kurang

sesuai dan faktor kemudahan.

Kata kunci : persepsi pensyarah, pengajaran dan pembelajaran (p&p),

penggunaan dan ICT

Page 2: Penggunaan ICT

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita telah lama

diperkenalkan lagi. Walau bagaimanapun, Information Communication Technology

(ICT) masih boleh dianggap satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Era globalisasi ini memberi banyak kejutan kepada kita dengan pelbagai cabaran yang

perlu di atasi. Para pendidik pada zaman ini perlu meningkatkan kemahiran untuk

menghadapi cabaran yang akan berlaku. Penggunaan ICT amat meluas hampir meliputi

seluruh urusan sesebuah negara seperti urusan pentadbiran kerajaan, pembangunan

negara, meramal sesuatu ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, pensyarah perlu bergerak

maju ke hadapan seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh

masyarakat bagi mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju

bertonggakkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Kemahiran

menggunakan ICT semakin penting untuk dikuasai oleh setiap pensyarah.

Para pensyarah politeknik kini lebih tercabar lagi dengan dasar dan hasrat

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik untuk

melahirkan para pensyarah yang kompeten serta merealisasikan transformasi

politeknik. Komputer dikatakan sesuai dijadikan alat bagi membantu pensyarah kerana

dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan

dengan sistematik. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang

dihubungkan dengan jaringan internet akan membolehkan maklumat diperolehi dengan

cepat dan pantas. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala

maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat dengan lebih mudah (Nik Azis, 1996).

Page 3: Penggunaan ICT

Penggunaan ICT yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai

bentuk media dan pendekatan dikatakan dapat membantu dalam pembentukkan corak

ingatan yang lebih kompleks dan memudahkan capaian maklumat dilakukan. ICT lebih

berpotensi untuk mengayakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) berbantukan

teknologi maklumat dan komunikasi agar sistem pendidikan sentiasa berkembang

dengan pesat untuk mencapai negara maju.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kemahiran ICT di peringkat institusi pengajian tinggi sememangnya tidak dapat

disangkal lagi kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Oleh yang

demikian, pengetahuan ICT di kalangan pensyarah adalah penting untuk memberikan

maklumat dan informasi kepada para pelajar. Pendedahan kemahiran ICT kepada bpara

pensyarah adalah satu agenda utama setiap institusi pendidikan supaya para pensyarah

tidak janggal dengan peralatan ICT di setiap institusi pengajian mereka dan akan dapat

mengaplikasikannya dalam P&P mereka.

Pengetahuan ICT tidak hanya berkisar kepada kemahiran penggunaan komputer

dan aplikasinya sahaja. Malahan, kemahiran ICT turut meliputi penggunaan peralatan-

peralatan lain seperti penggunaan LCD projektor, mesin OHP, mesin pengimbas

(digital scanner) dan peralatan-peralatan elektronik lain. Pada masa kini, kebanyakan

pelajar telah didedahkan penggunaan alat ICT secara tidak langsung sebelum menerima

pendidikan formal di sekolah. Justeru itu, para pensyarah perlulah lebih melengkapkan

diri dengan kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dan terbelakang daripada pelajar.

Page 4: Penggunaan ICT

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Mengikut Heinich dan Robert (1996), kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan

suatu keperluan untuk bakal guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Terdapat

beberapa kajian yang menunjukkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan

mendatangkan kesan positif, mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Antara

pengkaji yang melihat perbezaan antara penggunaan ICT di dalam P&P ialah Howell

(1971) di mana beliau melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek

(bahasa Perancis) dengan menggunakan komputer berbanding cara konvensional.

Begitu juga dengan pengkaji-pengkaji lain yang melihat alat bantu mengajar (ABM)

dengan menggunakan ICT lebih banyak membantu memberi pemahaman kepada

pelajar berbanding penggunaan ABM yang tidak menarik. Pada dasarnya, sesi p&p

pada masa ini lebih tertumpu dengan alat bantu mengajar yang bersifat teknologi

seperti menggunakan komputer, OHP, pemancar LCD dan sebagainya. Maka, para

pensyarah khususnya harus peka terhadap perubahan situasi ini agar mereka tidak

ketinggalan dengan perubahan yang berlaku dalam institusi pendidikan.

Pengkaji melihat masih ada segelintir pensyarah yang belum cukup ilmu

teknikal dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi apatah lagi peralatan

seperti ini sering kali digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi seperti politeknik.

Perubahan peranan dalam proses p&p memang dinafikan tidak dapat dielakkan dengan

adanya ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan hari ini.

Perubahan ini menuntut kemahiran penggunaan multimedia dalam pendidikan, agar

satu p&p yang lebih menarik dapat diwujudkan. Teknologi maklumat dan komunikasi

kini telah menjadi satu kompenan utama dalam pengajaran kepada sistem pendidikan

negara kita. Pendekatan dalam p&p serta persediaan dalam penyampaian bahan

pengajaran perlu diubah suai mengikut perubahan teknologi.

Sesungguhnya penggunaan ICT di peringkat pengajian tinggi banyak

membantu menyediakan asas kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi yang ada

dalam kehidupan. Di samping itu, penggunaan ICT juga banyak membantu dalam

p&p. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran institusi pengajian tinggi juga telah

Page 5: Penggunaan ICT

banyak melibatkan penggunaan ICT. Namun begitu, masih terdapat ramai pensyarah

yang tidak mahir menggunakan ICT dalam p&p. dalam hal ini, kaedah ‘chalk and talk’

sahaja tidak mencukupi untuk melaksanakan proses p&p. Dewasa ini, di Malaysia,

konsep universiti maya telah lama dibahaskan. Malah kini sudah lahir universiti terbuka

yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui kemudahan jaringan internet.

Program seperti ini akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan dengan

pengetahuan dan kemahiran ICT .

Kejayaan pengaplikasian penggunaan ICT dalam p&p banyak bergantung kuat

di bahu para pensyarah politeknik khususnya bagaimana mereka akan manfaatkan

kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di

sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua

usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan dan efektif.

Sekiranya para pensyarah pandai menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya

dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah atau hal-hal yang berkaitan dengan

kerja mereka, tentu sekali hal ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru serta

dapat mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan seterusnya

dapat mentransformasikan Politeknik.

Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana para pensyarah JPA yang mahir

dalam mengendalikan peralatan ICT, kekerapan penggunaan ICT dalam P&P mereka

serta untuk melihat persepsi pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam P&P.

Oleh yang demikian, daripada kajian ini akan dapat mengenal pasti halangan-halangan

yang wujud dalam penggunaan peralatan ICT bagi melicinkan proses P&P di dalam

bilik kuliah seterusnya melihat keberkesanan pengajaran yang dijalankan.

Page 6: Penggunaan ICT

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran dan kekerapan

penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am di Politeknik

Merlimau dalam proses p&p.

1.3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.3.2.1 Mengenal pasti tahap kemahiran dan kekerapan pensyarah JPA terhadap

penggunaan ICT dalam proses p&p.

1.3.2.2 Mengenal pasti persepsi pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam

proses p&p.

1.3.2.3 Melihat halangan-halangan yang wujud terhadap penggunaan ICT dalam

pelaksanaan p&p.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

1.4.1 Bagaimanakah tahap kemahiran pensyarah terhadap penggunaan ICT

dalam proses p&p.

1.4.2 Apakah sumber-sumber ICT yang selalu digunakan oleh pensyarah dan

kekerapan pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam prose p&p.

1.4.3 Apakah persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p.

1.4.4 Apakah halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta

penggunaan ICT dalam pengajaran guru

Page 7: Penggunaan ICT

1.5 Kepentingan Kajian

Antara kepentingan kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut :

1.5.1 Melihat tahap kemahiran dan kekerapan sumber penggunaan ICT di

kalangan pensyarah JPA.

1.5.2 Memberi cadangan kepada organisasi yang terlibat dalam merangka dan

menyediakan kemudahan penggunaan ICT di Politeknik supaya sesuai

dengan kehendak dan hasrat kementerian.

1.5.3 Mereka yang bertanggungjawab melaksanakan inovasi baru ini, secara

tidak langsung akan mendapat input tentang masalah yang timbul dalam

mengaplikasikan ICT dan komputer dalam p&p.

1.5.4 Kajian ini diharapkan akan dapat memberi kesedaran kepada para

pensyarah tentang kepentingan mereka untuk melengkapkan diri dengan

pengetahuan ICT dan kemahiran komputer.

1.5.5 Kajian ini juga diharapkan agar menjadi perintis jalan bagi pengkaji lain

untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan lebih baik mengenai

ICT dan penggunaannya dalam pendidikan selaras dengan wawasan

kerajaan untuk menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

sebagai satu unsur penting dalam menghadapi alaf baru dan

merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia.

1.6 Skop Kajian

Dalam kajian ini, responden terbatas kepada pensyarah Jabatan Pengajian Am di

Politeknik Merlimau, Melaka sahaja. Kajian yang bersifat tinjauan ilmiah ini hanya

memfokuskan kepada seramai 35 orang responden. Kajian ini tidak boleh

digeneralisasikan untuk semua keadaan. Dapatan kajian ini hanya releven untuk aspek

tempat dan kajian yang dikaji oleh pengkaji sahaja.

Page 8: Penggunaan ICT

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Pembacaan yang meluas amat diperlukan bagi memenuhi kehendak kajian yang hendak

dijalankan. Tumpuan kajian literatur terhadap teori dan praktis yang diberikan ke atas

sumber sekunder yang terdiri daripada bahan-bahan bertulis seperti buku teks, majalah,

kertas kerja, kajian-kajian akademik, laporan seminar dan pembentangan, tesis dan

jurnal-jurnal akademik yang berkaitan.

2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan dalam

hidup pada abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang sering digunakan untuk

memproses, menyimpan dan memindahkan sesuatu maklumat dalam bentuk elektronik.

Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi

dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini adalah disebabkan oleh

peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada

kemunculan teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di

kalangan para pensyarah khususnya Politeknik amatlah perlu dalam melahirkan sebuah

masyarakat yang bermaklumat dan berinovasi dalam mentransformasikan Politeknik.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan ICT adalah merupakan wadah baru

masyarakat pada hari ini. Semua individu alaf baru pada hari ini terpaksa mengenal dan

mengetahui cara untuk mengaplikasi dan memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai

pensyarah, kita perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang

bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru, sebagai pensyarah yang dipandang

tinggi oleh masyarakat perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan

kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini. Penggunaan komputer

Page 9: Penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang pensyarah itu

sedikit sebanyak mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran yang tidak ada pada

individu lain.

Menurut Hj Abdul Ghani Samsudin, (2008), perkembangan ilmu yang pesat

berkait rapat dengan wahana perkembangan pembelajaran dan pengajaran yang efektif

dan bestari. Proses pembelajaran dan pengajaran pula amat berkaitan dengan institusi

perpustakaan yang berperanan mengenal pasti sumber ilmu, mengumpul,

mengklasifikasi, memberi khidmat pengagihan, pinjaman dan penyebaran ilmu baik

secara biasa mahupun secara digital dan bersifat on-line. Oleh yang demikian,

kewujudan perpustakaan digital dan maya merupakan suatu tuntutan vital bagi umat

Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia seluruhnya.

Kajian oleh Suara Ulama Malaysia On-Line, (2008) menyatakan di Singapura

perkembangan pendidikan telah berlaku dalam bentuk idea membangunkan konsep

“On-line Repository” yang membantu institusi pendidikan untuk membentuk kursus-

kursus e-learning yang baru atau new learning paths yang memungkinkan kerja-kerja

pengeditan secara segera dan on-line dilaksanakan. Di Amerika, Britian dan negara-

negara maju lain, konsep digital library sudah begitu banyak dan bercambah dalam

pelbagai bidang ilmu. Enjin pencari google memaparkan berpuluh-puluh library on-line

yang menawarkan pelbagai khidmat pencarian dan pemaparan bahan teks, animasi

video dan lain-lain. Ini membayangkan betapa jauhnya mereka telah menapak dalam

bidang R&D dalam segala bidang. (Hj Abdul Ghani Samsudin, 2008)

2.2 Peranan ICT Dalam Bidang Ilmu

Dalam konteks perkembangan ICT dalam pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mengambil satu langkah baru ke arah merealisasikan visi negara dengan

menyediakan generasi masa depan yang dibekalkan dengan pengetahuan ICT. Justeru,

terhasillah konsep 'Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer' (PPBK).

Pengajaran ini melibatkan pengaplikasian komputer untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Perubahan ICT yang amat pesat memberikan cabaran

Page 10: Penggunaan ICT

besar terhadap profesion keguruan dan pendidikan pada era ini. Guru perlu bersedia

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai

teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang

kurang berasaskan inovasi teknologi. Bagi menjayakan matlamat pendidikan pada masa

hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Ketrampilan dalam ICT

adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21.

Dalam hal ini, membuktikan pada tahun 1995, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah memperkenalkan satu program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi

penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Sains dan Matematik. Justeru, guru-guru mata pelajaran berkenaan telah dilatih

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mata

pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada

tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam

pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003).

Kemahiran penggunaan ICT dalam sesuatu bidang pendidikan secara tidak

langsung banyak memberi kebaikan. Antaranya ialah dalam pembelajaran yang

dilaksanakan sebagai contoh penggunaan internet boleh digunakan untuk mendapatkan

maklumat tentang mata pelajaran, dan ianya didapati secara yang sangat mudah dan

pantas. (Muhammad 'Uthman El-Muhammady, 2008)

2.3 Kajian-kajian Lepas Berkenaan Penggunaan ICT dalam P&P

Dalam menjalankan melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat beberapa kajian

literatur untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat berkaitan kajian. Berdasarkan

kajian lepas yang dijalalankan oleh Zaidatun Tasir dan Lim Bee Yeok, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (2008) berkenaan tahap

pengetahuan, sikap dan masalah penggunaan komputer di Kalangan guru di Sekolah

Menengah Daerah Alor Gajah. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap

Page 11: Penggunaan ICT

pengetahuan komputer di kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91), sikap guru

yang positif dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran

(min=3.10). Bagi pengenal pastian masalah dalam penggunaan komputer pula

menunjukkan para guru yang terlibat dalam kajian tidak mengalami masalah yang

serius untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (min =2.36).

Kajian literatur kedua dijalankan oleh Johari bin Hassan dan Norhayati Edje

dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap penggunaan internet

di dalam mempertingkatkan proses pengajaran & pembelajaran (p&p) dalam kalangan

pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Dapatan kajian menunjukkan persepsi

pensyarah mengenai penggunaan internet dalam p&p adalah positif dengan nilai min

purata 3.82. Namun demikian, tahap penggunaan internet dalam p&p adalah berada

pada tahap yang sedehana dengan nilai purata min 2.64. Selain itu, bentuk penggunaan

internet yang sering digunakan dalam p&p adalah memuat naik (upload) bahan

pengajaran contohnya nota-nota kepada pelajar (58.7%) manakala masalah yang sering

dihadapi oleh pensyarah ketika menggunakan internet dalam proses p&p adalah

masalah pengurusan masa dan masalah talian internet yang tidak berapa baik.

Kajian seterusnya yang dijalankan oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah

Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa adalah berkaitan dengan kajian penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: satu

kajian kes di Pulau Pinang. (Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006). Hasil

kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan

perempuan, antara kategori umur dan antara mata pelajaran major yang diajar dari segi

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor tahap pengetahuan,

sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi komputer (faedah relatif,

kesepadanan, kerumitan, kebolehcubaan dan keteramatan) didapati mempengaruhi

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah

dan Hazman Bin Ali dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru

Page 12: Penggunaan ICT

Sekolah Kebangsaan mendapati bahawa daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap

pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah.

Guru juga mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa para guru di

sekolah ini tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam

pengajaran mereka.

Page 13: Penggunaan ICT

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan tentang metodologi kajian yang meliputi proses dan kaedah

yang dijalankan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di samping itu, ianya

turut menjelaskan sumber-sumber data yang diperoleh untuk melengkapkan kajian ini.

Sumber-sumber data yang diperoleh melalui kajian literature dan emprikal diproses dan

dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu.

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.1.1 Kajian Deskriptif

Kajian ini merupakan satu kajian jenis deskriptif iaitu kajian yang berbentuk soal

selidik di mana kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu mendapatkan

maklumat-maklumat penting yang diperlukan dalam kajian seperti latar belakang

responden, mengkaji tahap kemahiran penggunaan ICT, kekerapan dan bentuk

penggunaan ICT dalam p&p, persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p

dan faktor penghalang terhadap penggunaan ICT dalam p&p.

Reka bentuk kajian bertujuan untuk mencari jawapan kepada andaian-andaian

pengkaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan pensyarah

JPA terhadap menggunakan ICT dalam p&p, mengetahui sikap pensyarah JPA terhadap

penggunaan ICT dalam p&p serta mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh

pensyarah JPA untuk menggunakan ICT dalam p & p. Penyelidikan deskriptif adalah

satu penyeldidikan kuantitatif.

Page 14: Penggunaan ICT

Menurut Azizi Yahaya et.al., (2007) statistik deskriptif digunakan bagi

menghurai ataupun membuat ringkasan pada maklumat atau data yang diperoleh bagi

satu populasi atau sampel. Dalam tinjauan ini, data-data telah dikumpul dengan

menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di tempat

kajian. Penggunaan soal selidik digunakan kerana ianya dapat menghasilkan item-item

yang konsisten serta boleh dipercayai. Menurut Mohd. Majid Konting (2005), kajian

tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan

dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud.

Menurut Azam (2000), kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi

mendapatkan maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian tingkah laku

mereka. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian kerana ianya

dapat menjimatkan kos dan masa dalam pengumpulan data. Soal selidik ini

mengandungi soalan-soalan untuk dijawab oleh semua respondem yang terlibat di

dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif.

3.1.2 Kajian Tinjauan

Dalam kaedah deskriptif ini, pengkaji telah menggunakan kajian tinjauan. Kajian

tinjauan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu pembolehubah-

pembolehubah dalam kajian dengan mengukur pembolehubah-pembolehubah yang

berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut

wujud.

3.1.3 Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang pensyarah iaitu dalam bidang Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral serta bidang Bahasa Inggeris yang sedang berkhidmat di

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka. Kesemua mereka terdiri daripada

pensyarah lelaki seramai 14 orang dan 21 orang lagi adalah pensyarah perempuan.

Page 15: Penggunaan ICT

3.1.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik. Soal selidik ini telah

diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lain seperti Afendi Hamat (2002), Lim Ser

Yen (2005), Muhamad Ridzuan (2006). Menurut Mohamad Najid (1999) yang

menyatakan bahawa instrumen yang baik seharusnya mempunyai ciri-ciri objektiviti,

kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan. Penggunaan soal selidik dirasakan lebih

bersesuaian kerana data yang diperolehi daripada responden adalah tepat. Ini kerana

mereka merasakan lebih selamat untuk memberikan jawapan kepada soal selidik kerana

tidak perlu menulis nama sendiri serta jawapan responden akan dirahsiakan oleh

pengkaji.

Instrumen ini mengandungi lima (5) bahagian iaitu :

Bahagian A : Maklumat Demografi Responden

Bahagian B : Kemahiran Penggunaan ICT.

Bahagian C : Kekerapan dan Bentuk Penggunaan ICT dalam P&P.

Bahagian D : Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P.

Bahagian E : Faktor Penghalang Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P.

Keseluruhan soal selidik ini mengandungi 65 item soalan.

3.2 Kajian Rintis

Dalam kajian ini, satu set item soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji dengan

mengambil beberapa contoh soal selidik yang telah dibuat oleh pengkaji yang

terdahulu. Maka borang soal selidik tersebut boleh digunakan semula sekiranya ia telah

dibuktikan mempunyai tahap keesahan yang tinggi. Pengkaji juga merujuk item soalan

yang dibina ini kepada pengkaji yang berpengalaman.

Page 16: Penggunaan ICT

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada borang soal selidik

yang telah dijawab oleh responden. Hasil dapatan kajian telah diolah dalam bentuk

yang mudah difahami seperti jadual, carta bar dan carta pai. Data mentah yang

diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) 17 for Windows. Perisian ini digunakan untuk mendapatkan peratusan,

nilai skor min, sisihan piawai, kebolehpercayaan dan lain-lain lagi.

4.2 Prosedur Menganalsis Data Soal Selidik

Data-data mentah yang dikumpul melalui soal-selidik akan diproses melalui kaedah

Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Soal selidik yang

dikumpul adalah sebanyak 35 set kepada 35 responden yang terdiri daripada para

pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka.

4.3 Dapatan Kajian Sebenar

Dapatan dari bahan-bahan mentah tadi dianalisis dengan menggunakan kaedah

Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows untuk mendapatkan skor

min, kekerapan, peratusan dan bilangan maklumat kajian agar lebih kukuh.

Page 17: Penggunaan ICT

4.3.1 Bahagian A : Maklumat Demografi Responden

a. Taburan responden mengikut jantina dan umur.

a. Maklumat Diri Responden

Jantina Bil. %

Lelaki 14 40

Perempuan 21 60

Jadual 4.1: Bilangan dan peratusan responden jantina.

Jadual 4.1 di atas menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini

berdasarkan jantina. Seramai 35 responden yang terlibat di mana responden lelaki 14

orang responden mewakili 40% daripada keseluruhan bilangan responden. Responden

perempuan pula adalah seramai 25 orang mewakili 60% daripada jumlah keseluruhan

yang terlibat dalam kajian.

Umur Jumlah Pengalaman

Mengajar Jantina 20-25

thn 26-30 thn

31-35 thn

36 thn ke atas

Kurang dari 1 tahun

Lelaki

Perempuan 2 2 4

Jumlah 2 2 4

1 – 5 tahun

Lelaki 5 2 7

Perempuan 1 9 1 1 12

Jumlah 1 14 3 1 19

6 – 10 tahun

Lelaki 2 2

Perempuan 1 1

Jumlah 3 3

11 – 15 tahun

Lelaki 2 1 3

Perempuan 3 3

Jumlah 2 4 6

15 tahun ke atas

Lelaki 2 2

Perempuan 1 1

Jumlah 3 3

Jumlah keseluruhan 35

Jadual 4.2: Bilangan responden mengikut pengalaman mengajar dan umur.

Page 18: Penggunaan ICT

Bilangan responden mengikut pengalaman mengajar dan peringkat umur

ditunjukkan dalam Jadual 4.2. Umur mereka dibahagikan kepada empat peringkat,

iaitu antara 20 hingga 25 tahun, 26 hingga 30 tahun, 31 hingga 35 tahun dan 36 tahun

ke atas. Peringkat umur 20 hingga 25 tahun yang mempunyai pengalaman mengajar

kurang dari satu tahun merekodkan sebanyak 4 orang responden perempuan dan yang

memiliki pengalaman mengajar satu hingga lima tahun adalah seorang responden

perempuan sahaja.

Sementara itu, peringkat umur 26 hingga 30 tahun dengan memiliki pengalaman

mengajar satu hingga lima tahun mencatatkan bilangan seramai 14 orang responden.

Seterusnya, pada peringkat umur 31 hingga 35 tahun dengan memiliki pengalaman

mengajar satu hingga lima tahun adalah seramai 3 orang responden. Manakala seramai

3 orang yang memiliki pengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun. Bilangan

responden yang memiliki pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun pada

peringkat umur ini juga adalah seramai 2 orang sahaja.

Hasil kajian mendapati bilangan responden pada peringkat umur 36 tahun ke

atas yang memiliki pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun hanya 1 orang

sahaja. Manakala mereka yang memiliki pengalaman mengajar selama 11 hingga 15

tahun seramai 4 orang. Seterusnya. mereka yang mempunyai pengalaman mengajar

lebih dari 15 tahun dalam peringkat umur ini adalah seramai 3 orang sahaja.

Page 19: Penggunaan ICT

b. Taburan responden mengikut bidang mengajar dan kelulusan akademik

Jadual 4.3: Bilangan responden mengikut bidang mengajar.

Jadual 4.3 di atas menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian

ini berdasarkan bidang mengajar. Seramai (20) 57.1% responden yang mengajar dalam

bidang Pendidikan Islam sementara bidang Bahasa Inggeris pula adalah seramai (15)

42.9% daripada keseluruhan bilangan responden.

Jadual 4.4: Bilangan responden mengikut tahap pendidikan.

Jadual 4.4 di atas menunjukkan tahap pendidikan responden yang terlibat dalam

kajian ini. Seramai (30) 85.7% responden yang memiliki Ijazah Sarjana Muda

manakala (5) 14.3% responden yang memiliki Sarjana dalam tahap pendidikan masing-

masing.

Bidang Mengajar n %

Pendidikan Islam 20 57.1

Bahasa Inggeris 15 42.9

Jumlah 35 100

Tahap Pendidikan n %

Sarjana Muda 30 85.7

Sarjana 5 14.3

Jumlah 35 100

Page 20: Penggunaan ICT

4.3.2 Bahagian B : Tahap Kemahiran Penggunaan ICT

Kajian mengenai kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah JPA ini

dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu program, network dan peralatan ICT.

a) Kemahiran penggunaan program

Berdasarkan carta 4.1, didapati penggunaan program Microsoft word dan power point

dengan purata skor min pada tahap tinggi iaitu 4.09 dan 3.91 sementara penggunaan

excel pada tahap sederhana tinggi iaitu skor min 3.46. Hasil kajian memperlihatkan

responden lebih berminat menggunakan Microsoft word, power point dan excel dalam

p&p. Sebanyak 74.3% responden yang memilih menggunakan program power point,

sebanyak 57.1% responden yang memilih program Microsoft word manakala sebanyak

sebanyak 45.7% responden yang menggunakan program excel dalam p&p jika

dibandingkan dengan penggunaan program Adobe Reader, Flash Multimedia, Software

High Class dan CIDOS yang masih lagi pada tahap kemahiran yang rendah.

Ini dapat dibuktikan dengan peratusan yang tinggi di mana ia menunjukkan

pensyarah mempunyai kemahiran yang agak rendah dalam penggunaan program

CIDOS iaitu 65.7% di mana skor min sebanyak 2.20, manakala 68.6% untuk

penggunaan Software High Class iaitu dengan taburan purata skor min 1.94 dan 65.7%

untuk penggunaan Flash Multimedia dengan skor min sebanyak 2.17. manakala

penggunaan Adobe Reader dalam tahap sederhana sebanyak 42.9% dengan skor min

2.71 (Rujuk Jadual 4.5).

Page 21: Penggunaan ICT

Carta 4.1: Peratus Kemahiran Pensyarah Terhadap

Penggunaan Power Point

Carta 4.2: Peratus Kemahiran Pensyarah Terhadap Penggunaan Microsoft Word

57.1%

25.7% 17.1%

74.3%

17.1% 8.6%

Page 22: Penggunaan ICT

Carta 4.3: Peratus Kemahiran Pensyarah Terhadap Penggunaan Microsoft Excel

Jadual 4.5 : Peratusan Penggunaan Program di Kalangan Pensyarah JPA dalam P&P

Program

Amat

Tidak

Mahir

Tidak

Mahir

Sederhana

Mahir Mahir

Sangat

Mahir

Adobe Reader 14.3% 28.6% 34.3% 17.1% 5.7%

Flash Multimedia 25.7% 40.0% 28.6% 2.9% 2.9%

Software Hi-Class 40.0% 28.6% 28.6% 2.9% 2.9%

CIDOS 20% 45.7% 28.6% 5.7% 0.0%

40%

45.7%

5.7% 2.9% 5.7%

Page 23: Penggunaan ICT

Carta 4.5 : Carta Bar Menunjukkan Peratusan Penggunaan Network di Kalangan Pensyarah JPA dalam P&P

b) Kemahiran penggunaan network

Hasil kajian dalam penggunaan network di kalangan pensyarah JPA masih berada pada

tahap yang mahir. Ini dapat dibuktikan dengan peratusan penggunaan yang tinggi

dalam penggunaan e-mel iaitu sebanyak 94.3% setelah dilihat pilihan responden dalam

memilih golongan yang sederhana mahir, mahir dan sangat mahir. Manakala

penggunaan Yahoo Messenger adalah sebanyak 88.6% serta penggunaan Face Book

adalah sebanyak 82.8%. Kemahiran dalam penggunaan You tube di kalangan

pensyarah JPA juga menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu 71.4%. Namun begitu,

penggunaan Skype menunjukkan peratusan yang paling rendah berbanding yang lain

iaitu sebanyak 54.3%. (Rujuk Carta 4.6).

Hal ini disebabkan penggunaan e-mel, yahoo messenger, you tube dan face

book sudah menjadi kebiasaan para pensyarah untuk mencari maklumat p&p dan

merupakan saluran utama mereka untuk berkomunikasi antara rakan sejawat dan juga

pelajar.

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

Adobe

Reader

Software

Hi-Class

Amat Tidak Mahir

Tidak Mahir

Sederhana mahir

Mahir

Sangat Mahir

Flash Multimedia

CIDOS

Page 24: Penggunaan ICT

Carta 4.6 : Carta Bar Menunjukkan Peratusan Penggunaan Network Dalam Kalangan Pensyarah JPA

c) Kemahiran penggunaan peralatan ICT

Dapatan hasil kajian menunjukkan semua responden berkemahiran dalam

mengendalikan penggunaan komputer riba dengan bacaan skor min sebanyak 4.23 iaitu

pada tahap tinggi. Diikuti dengan kemahiran penggunaan digital kamera iaitu sebanyak

82.9% dengan skor min 3.63, penggunaan CD-Rom sebanyak 80% dengan bacaan skor

min 3.57. Manakala penggunaan LCD Projektor adalah pada tahap yang sederhana

sebanyak 80% dengan bacaan skor min 3.46. Responden yang mahir menggunakan

Digital Scanner sebanyak 71.4% dengan bacaan skor min 3.00 pada tahap sederhana.

Ini berdasarkan maklumat responden yang memilih ruangan sederhana mahir, mahir

dan amat mahir.

Namun begitu, hasil kajian juga menunjukkan kemahiran responden dalam

mengendalikan I Pad dan Video Conference masih berada pada tahap yang rendah.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa lebih ramai responden amat tidak mahir dan tidak

mahir dalam mengendalikan penggunaan I Pad iaitu sebanyak 62.8% dengan bacaan

skor min 2.34 manakala Video Conference sebanyak 57.1% dengan bacaan skor min

2.49 pada tahap rendah.

Skype YM

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

E-mel FB U Tube

Amat Tidak Mahir

Tidak Mahir

Sederhana Mahir

Mahir

Sangat Mahir

Page 25: Penggunaan ICT

Jenis Peralatan ICT

Amat Tidak Mahir

Tidak Mahir

Sederhana Mahir

Mahir Sangat Mahir

Min Tahap

Komputer Riba 0 0 8.6% 60% 31.4% 4.23 Tinggi

I Pad 37.1% 25.7% 11.4% 17.1% 8.6% 2.34 Rendah

LCD Projektor 2.9% 17.1% 25.7% 40% 14.3% 3.46 Sederhana

Digital Camera 2.9% 14.3% 22.9% 37.1% 22.9% 3.63 Tinggi

Digital Scanner 17.1% 11.4% 37.1% 22.9% 11.4% 3.00 Sederhana

Video Conference 20% 37.1% 22.9% 14.3% 5.7% 2.49 Rendah

CD-ROM 5.7% 14.3% 22.9% 31.4% 25.7% 3.57 Tinggi

Jadual 4.6 : Kemahiran Responden Terhadap Penggunaan Peralatan ICT

Page 26: Penggunaan ICT

4.3.3 Bahagian C : Kekerapan dan Bentuk Penggunaan ICT

Analisis bagi melihat kekerapan dan peratusan penggunaan ICT yang selalu digunakan

oleh pensyarah-pensyarah JPA adalah seperti berikut :

Sumber ICT

Tidak Pernah

Jarang Sederhana Kerap Sangat Kerap

n % n % n % n % n %

a) Program 1. Power point 0 0 1 2.9 19 54.3 12 34.3 3 8.6

2. Microsoft Word 0 0 1 2.9 3 8.6 14 40 17 48.6

3. Excel 1 2.9 7 20 12 34.3 8 22.9 7 20

4. Adobe Reader 8 22.9 10 28.6 8 22.9 7 20 2 5.7

5. Flash Multimedia 13 37.1 12 34.3 6 17.1 2 5.7 2 5.7

6. Software Hi-Class 19 54.3 8 22.9 5 14.3 3 8.6 0 0

7. CIDOS 11 31.4 16 45.7 7 20 1 2.9 0 0

b) Network 1. E-mel 2 5.7 3 8.6 5 14.3 12 34.3 13 37.1

2. Yahoo Messenger 5 14.3 9 25.7 8 22.9 7 20 6 17.1

3. Face Book 8 22.9 7 20 7 20 9 25.7 4 11.4

4. Skype 18 51.4 10 28.6 6 17.1 0 0 1 2.9

5. You Tube 8 22.9 11 31.4 9 25.7 4 11.4 3 8.6

c) Peralatan ICT

1. Komputer riba 0 0 2 5.7 7 20 18 51.4 8 22.9

2. I Pad 27 77.1 2 5.7 4 11.4 2 5.7 0 0

3. LCD Projector 2 5.7 9 25.7 10 28.6 13 37.1 1 2.9

4. Digital Camera 9 25.7 7 20 8 22.9 9 25.7 2 5.7

5. Digital Scanner 14 40 11 31.4 6 17.1 2 5.7 2 5.7

6. Video Conference 21 60 8 22.9 4 11.4 1 2.9 1 2.8

7. CD-ROM 8 22.9 8 22.9 8 22.9 8 22.9 3 8.6

Jadual 4.7 : Kekerapan penggunaan ICT oleh pensyarah JPA

Daripada jadual di atas, menunjukkan bahawa sumber ICT yang paling kerap

digunakan oleh para pensyarah JPA dalam proses P&P adalah Microsoft Word iaitu

sebanyak 3 (8.6%) responden pada tahap sederhana, 14 (40%) responden untuk

memilih kerap menggunakan Microsoft word dan 17 (48.6%) responden memilih

sangat kerap menggunakan Microsoft word dalam p&p. Berdasarkan jadual ini juga,

Page 27: Penggunaan ICT

didapati skor min bagi kekerapan penggunaan Microsoft Word adalah paling tinggi

berbanding yang lain dengan nilai skor min 4.34.

Sementara pensyarah yang kerap menggunakan power point dan excel adalah

pada tahap sederhana iaitu dengan skor min 3.49 dan 3.37. Kekerapan penggunaan

Flash Multimedia, Software High Class dan CIDOS di kalangan pensyarah JPA adalah

pada tahap yang rendah. Ini dibuktikan dengan bacaan skor min sebanyak 2.09, 1.77

dan 1.94.

Hasil kajian juga menunjukkan bacaan skor min iaitu 3.89 bagi pensyarah yang

kerap menggunakan e-mel adalah pada tahap tinggi. Kekerapan penggunaan network

dari aspek yahoo messenger, face book dan you tube adalah pada tahap sederhana

dengan bacaan skor min masing-masing 3.00, 2.83 dan 2.51. Sebanyak 12 (34.3%)

responden yang kerap menggunakan e-mel dan sebanyak 18 (51.4%) responden yang

memilih tidak pernah menggunakan skype.

Berdasarkan Jadual 4.7, kekerapan pensyarah menggunakan komputer riba iaitu

sebanyak 18 responden (51.4%) pada bacaan skor min 3.91 pada tahap tinggi.

Manakala kekerapan penggunaan LCD projector, digital kamera dan CD-ROM adalah

pada tahap sederhana di mana peratusan masing-masing iaitu sebanyak 37.1% dengan

bacaan skor min 3.06, 25.7% dengan bacaan skor min 2.66 dan 22.9% dengan bacaan

skor min 2.71.

Manakala kekerapan penggunaan Digital Scanner iaitu 2 (5.7%) dan Video

Conference iaitu sebanyak 1 (2.9%) di kalangan pensyarah adalah pada tahap yang

rendah dengan bacaan skor min masing-masing 2.06 dan 1.66. Hasil dapatan kajian

juga menunjukkan kekerapan menggunakan I Pad adalah pada tahap yang sangat

rendah iaitu peratusan yang menggunakannya adalah 5.7% dengan bacaan skor min

1.46.

Page 28: Penggunaan ICT

4.3.4 Bahagian D : Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT

Carta 4.7 : Carta Bar Menunjukkan Peratusan Persepsi Pensyarah JPA Terhadap Penggunaan ICT

Carta 4.8 : Carta Bar Mewakili Nilai Skor Min Mengikut Item Bagi Persepsi Pensyarah

Terhadap Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran

P2 P3 P4 P9 P8

Skor Min Bagi Item Persepsi pensyarah Terhadap Penggunaan ICT

4.40 4.23

4.17

2.97

4.00 4.23

2.51

3.00 3.09

4.11

0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

3.50

4.00

4.50

5.00

P1 P5 P6 P7 P10

Item

Skor Min

0

10

20

30

40

50

60

70

P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10

Amat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

Amat Setuju

Page 29: Penggunaan ICT

Analisis skor min ini dijalankan ini bertujuan untuk melihat objektif kajian yang

kedua iaitu untuk mengenal pasti persepsi pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT

dalam p & p. Berdasarkan Carta 4.8, nilai skor min yang tertinggi dicatatkan oleh item

P1 (ICT dapat membantu dalam pencarian maklumat secara efektif) iaitu 4.40,

manakala item P7 responden secara keselurahannya menunjukkan tidak bersetuju

menyatakan bahawa penggunaan ICT menyukarkan proses pengajaran di mana

mencatatkan nilai skor min terendah iaitu 2.51.

Terdapat 6 item yang mempunyai nilai skor min pada tahap tinggi iaitu item P1,

P2, P3, P5, P6 dan P10. Manakala 4 item yang mencatatkan nilai skor min pada tahap

sederhana iaitu item P4, P7, P8 dan P9. Secara kesimpulannya, kajian menunjukkan

secara majoriti responden berpandangan positif terhadap penggunaan ICT dalam P&P.

Page 30: Penggunaan ICT

4.4 Faktor-Faktor Halangan Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P.

Analisis peratusan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti halangan yang wujud

dalam penggunaan ICT bagi tujuan p&p. Terdapat 10 item yang menjadi pernyataan

halangan-halangan yang dihadapi oleh responden terhadap penggunaan ICT.

Berdasarkan Jadual 4.8, faktor usia yang semakin meningkat (H1) dan tahap kesedaran

tentang kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran adalah rendah (H6) bukan

merupakan faktor penghalang terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Ini dapat

dibuktikan dengan peratusan yang agak tinggi menyatakan tidak menjadi pilihan

responden.

Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian menunjukkan item H2, H3, H4, H5,

H7, H8, H9 dan H10 merupakan faktor-faktor penghalang bagi pensyarah Jabatan

Pengajian Am untuk melaksanakan p&p dengan menggunakan peralatan ICT.

Item Faktor penghalang terhadap penggunaan ICT

Ya Tidak

n % n %

H1 Usia yang semakin meningkat. 5 14.3 30 85.7

H2 Peralatan yang disediakan terhad 29 82.9 6 17.1

H3 Kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi/rosak. 30 85.7 5 14.3

H4 Peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal.

33 94.3 2 5.7

H5 Tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad. 21 60 14 40

H6 Tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran adalah rendah.

14 40 21 60

H7 Kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran 23 65.7 12 34.3

H8 Kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain. 23 65.7 12 34.3

H9 Pelajar lebih berminat memberi tumpuan kepada audio/visual yang dipaparkan daripada penerangan pensyarah.

18 51.4 17 48.6

H10 Kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual dalam p&p. 27 77.1 8 22.9

Jadual 4.8 : Peratusan menunjukkan faktor penghalang terhadap penggunaan ICT mengikut

item.

Page 31: Penggunaan ICT

BAB V

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Cadangan

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji menyarankan beberapa

cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan Politeknik dan pihak

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), para pensyarah khususnya pensyarah

Jabatan Pengajian Am dan pihak-pihak yang berkenaan.

5.1.1 Cadangan kepada Pengurusan Politeknik & KPTM

(i) Pembangunan sistem pengurusan Politeknik yang menyeluruh perlu berteraskan

teknologi ICT. Pihak Politeknik seharusnya berusaha gigih untuk

membudayakan ICT di kalangan warganya agar selaras dengan misi dan visi

politeknik itu sendiri iaitu mentransformasikan politeknik menjelang tahun

2015.

(ii) Perlu menyediakan infrasruktur yang bersesuaian dan mencukupi seperti

pembinaan bilik-bilik kuliah yang bersesuaian untuk penggunaan ICT bagi

tujuan menggalakkan penerimaan pensyarah menggunakan ICT dalam p&p.

(iii) Memastikan kemudahan komputer dan kemudahan perkhidmatan internet

memenuhi keperluan pensyarah.

(iv) Menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (broadband WI-FI)

di politeknik supaya pelajar dapat menikmati kemudahan internet secara efektif

dan efisyen.

(v) Mengadakan kempen dan pendedahan mengenai kelebihan penggunaan ICT

untuk p&p yang secukupnya kepada seluruh warga politeknik. Setiap sumber-

sumber positif yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran haruslah

didedahkan kepada para pensyarah dan para pelajar.

Page 32: Penggunaan ICT

5.1.2 Cadangan kepada pihak pensyarah

(i) Mempertingkatkan kemahiran ICT untuk pengajaran secara berterusan di

kalangan tenaga pengajar politeknik.

(ii) Pengajar atau pensyarah perlulah menerima kemahiran penggunaan ICT sebagai

salah satu kemahiran pengajaran yang perlu ada pada diri mereka.

(iii) Pembangunan sistem pengurusan politeknik yang menyeluruh berteraskan

teknologi ICT. Pihak Politeknik seharusnya berusaha gigih untuk

membudayakan ICT di kalangan warganya.

5.1.3 Cadangan kepada kajian akan datang

Pengkaji ingin memberikan beberapa cadangan yang dirasakan wajar untuk diberikan

perhatian dan perlu diambil tindakan bagi mengukuhkan lagi hasil kajian mengenai

penggunaan ICT untuk p&p di kalangan pensyarah di Politeknik, antaranya:

(i) Memperluaskan skop kajian yang mana perlu melibatkan aspek-aspek seperti

tahap kemudahan dan prasarana ICT di Politeknik dan faktor-faktor yang

mempengaruhi tahap penggunaan ICT di Politeknik. Hasil kajian tersebut akan

dapat memberi gambaran terhadap penggunaan ICT di kalangan pensyarah

politeknik secara lebih menyeluruh.

(ii) Memperluaskan kumpulan responden yang terlibat. Responden bukan sahaja

terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau tetapi

juga para pensyarah di jabatan-jabatan lain dan para pelajar di Politeknik

Merlimau, Melaka.

Page 33: Penggunaan ICT

5.2 Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa tahap kemahiran pensyarah

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau terhadap penggunaan ICT pada tahap yang

tinggi dalam kemahiran pengguaan program Microsoft power point, Microsoft word

dan Microsoft Excel. Hal ini demikan kerana, ketiga-tiga program ini kerap digunakan

dalam penyediaan p&p dan tugasan. Namun demikian, kajian ini membuktikan

kemahiran para pensyarah JPA masih berada pada tahap rendah dalam penggunaan

program Flash Multimedia, Software High Class dan CIDOS.

Manakala kemahiran penggunaan program Adobe Reader masih berada pada

tahap sederhana. Oleh yang demikian, para pensyarah perlu meningkatkan lagi

kemhairan penggunaan program tersebut. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa

kemahiran para pensyarah di JPA dalam penggunaan network berada pada tahap mahir.

Ini dapat dibuktikan dengan peratusan penggunaan yang tinggi dalam penggunaan e-

mel,Yahoo Messenger, face book dan you tube. Namun begitu, penggunaan Skype

menunjukkan para pensyarah JPA masih berada pada tahap yang sederhana.

Keputusan kajian juga menunjukkan semua responden berkemahiran dalam

mengendalikan penggunaan komputer riba, penggunaan digital kamera dan CD-Rom

Manakala penggunaan LCD Projektor dan Digital Scanner adalah pada tahap yang

sederhana. Walau bagaimanapun, para pensyarah masih memerlukan pendedahan

tentang kemahiran penggunaan I Pad dan Video Conference kerana kajian

membuktikan kemahiran penggunaan kedua-dua peralatan ini masih berada pada tahap

rendah.

Dari aspek kekerapan penggunaan peralatan ICT pula, didapati para pensyarah

JPA kerap menggunakan program Microsoft power point, Microsoft Word dan

Microsoft Excel. Sementara kekerapan penggunaan Flash Multimedia, Software High

Class dan CIDOS di kalangan pensyarah JPA adalah pada tahap yang rendah. Hasil

kajian juga menunjukkan pensyarah JPA kerap menggunakan e-me, yahoo messenger,

face book dan you tube bagi tujuan melaksanakan tugasan dan p&p.

Page 34: Penggunaan ICT

Dapatan kajian juga menunjukkan kekerapan pensyarah yang menggunakan

komputer riba pada tahap yang tinggi. Manakala kekerapan penggunaan LCD projector,

digital kamera dan CD-ROM adalah pada tahap sederhana. Kekerapan penggunaan

Digital Scanner dan Video Conference di kalangan pensyarah adalah pada tahap yang

rendah. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan kekerapan pensyarah yang

menggunakan I Pad adalah pada tahap yang sangat rendah.

Hasil kajian membuktikan bahawa pensyarah JPA menerima secara positif

terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Mereka bersetuju bahawa penggunaan ICT

untuk pembelajaran akan dapat memotivasikan, menyeronokkan serta mendorong

mereka mencuba sesuatu yang baru. Secara tidak langsung penggunaan ICT dapat

mewujudkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar. Ini bertepatan dengan

pendapat Dick & Reiser (1989) yang mana menegaskan bahawa pembelajaran berkesan

adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Mereka juga bersetuju bahawa penggunaan

ICT dapat memudahkan proses pembelajaran, menggalakkan interaksi, serta dapat

memantapkan penguasaan bahasa dan aktiviti komunikasi.

Dapatan kajian yang telah dilakukan telah mengenal pasti beberapa faktor

halangan terhadap penggunaan ICT. Antara halangan tersebut ialah peralatan yang

terhad, peralatan yang tidak berfingsi atau rosak, pembelian peralatan perkasaan dan

perisisan yang mahal, kemahiran penggunaan ICT yang terhad, kekangan masa dalam

penyediaan bahan pengajaran, kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain,

gangguan tumpuan terhadap pelajar dan kelas yang kurang sesuai untuk pancaran

visual. Hal ini menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pelajar, pensyarah,

pentadbir politeknik dan Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Seterusnya dapat

mewujudkan warga politeknik yang berkemahiran dalam ICT sekaligus memenuhi

hasrat kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, kompeten, progresif,

dinamik dan bersifat glokal.

Page 35: Penggunaan ICT

RUJUKAN

Abd. Halim El-Muhammady (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah

Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala

Lumpur:Budaya Ilmu Sdn Bhd.

Abdul Ghani Samsudin. (2008) ICT Pencambahan Ilmu Bercapah Penyebar Khazanah

Perpustakaan Ilmu-Ilmu Islam. Artikel Suara Ulama. http://www.e-ulama.org

Azahar Bin Muhammad & Nurul Huda Binti Abdul Wahab (2005 ).Aplikasi ICT Dalam

Pengajaran Pendidikan Islam Semasa LatihanMengajar, Universiti Teknologi

Malaysia.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007).

Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, (2008), Penggunaan

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah

Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru.

Tesis Sarjana Muda.

Ellington. H, Percival & Race (1993). Handbook of Educational Technology, London,

Kogan Page Limite,

Hishamuddin Md Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan Data

SPSS Windows. Johor Bahru : UTM, Skudai.

Johari bin Hassan & Norhayati Edje. (2008) Penggunaan Internet Di Dalam

Mempertingkatkan Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Dalam Kalangan

Pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Tesis

Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan. (2008). Halangan Terhadap

Penggunaan Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah

Kulai Jaya, Johor. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Lim Bee Yeok & Zaidatun Tasir (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah

Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor

Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Mohd Majid Konting. (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan . Johor Bahru:

Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Page 36: Penggunaan ICT

Othman Bin Md. Johan & Lukman Bin Dinyati (2005). Persepsi Guru-guru Pendidikan

Islam Terhadap Penggunaan ICT Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran

Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kluang. Universiti Teknologi Malaysia.

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, (2007), ICT dalam Pendidikan: Prospek dan

Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) UKM.

Siti Hajar Binti Abd Hamid. Penggunaan Laman Web Pendidikan Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Di Kalangan guru-guru Di Empat Buah Sekolah Bestari di

Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Nik Azis Bin Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan

Guru (77)