pelaksanaan kurikulum permata: satu kajian kes...

13
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012 1 PELAKSANAAN KURIKULUM PERMATA: SATU KAJIAN KES DI TASKA PERMATA KEMAS KG BATU PUTIH, SANDAKAN Datu Raiman Datu Kauman, Nancy Loo Kason dan Dayang Mayang Awang Abas Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti Pelaksanaan Kurikulum PERMATA di Taska PERMATA KEMAS Kg Batu Putih, Libaran, Sandakan. Reka bentuk kajian menggunakan penyelidikan kuantitatif. Seramai tiga orang pendidik dan dua puluh tujuh orang kanak-kanak menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajian dibina oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data dianalisis dalam bentuk peratusan untuk menentukan tahap pematuhan pihak taska terhadap pelaksanaan kurikulum. Dapatan kajian menunjukkan Standard Operating Procedures (SOP 1) iaitu Pengurusan Aktiviti Rutin (87.8%), Standard Operating Procedures (SOP 2) iaitu Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran (93.1%) dan Standard Operating Procedures (SOP3) Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak (91.9%). Ini menunjukkan bahawa taska ini telah berjaya melaksanakan kurikulum PERMATA bagi ketiga-tiga SOP yang dikaji seperti mana yang ditetapkan oleh pihak PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri. PENGENALAN Program PERMATA Negara ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Program ini memberi penekanan kepada enam bidang pembelajaran dan pengasuhan kanak-kanak yang menyokong kepada perkembangan individu yang holistik dan seimbang. Program ini telah diuji rintis selama dua tahun, iaitu pada tahun 2006 sehingga 2007 melibatkan lima Pusat PERMATA Negara di empat buah negeri iaitu di Selangor, Putrajaya, Pahang dan Pulau Pinang (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008). Pada tahun 2008, program ini diperluaskan ke seluruh negara. Sehingga akhir tahun 2009, pihak-pihak yang terlibat menjayakan program ini ialah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Taska PERMATA KEMAS di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Taska PERMATA Perpaduan di bawah JPNIN, dan Taska Komuniti dan Taska Tempat Kerja di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Terengganu ( Aminah Ayob, 2011). Di Sabah, terdapat sebuah Pusat Anak PERMATA Negara dan sebanyak 36 buah taska yang terlibat dalam pelaksanaan program PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA Negara telah dijadikan garis panduan kepada pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di taska-taska yang terlibat bagi mencapai matlamat pendidikan seperti yang ditetapkan dalam Falsafah Kurikulum PERMATA Negara.

Upload: voanh

Post on 21-Apr-2019

317 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

1

PELAKSANAAN KURIKULUM PERMATA: SATU KAJIAN KES DI TASKA PERMATA KEMAS KG BATU PUTIH, SANDAKAN

Datu Raiman Datu Kauman, Nancy Loo Kason dan

Dayang Mayang Awang Abas Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti Pelaksanaan Kurikulum PERMATA di Taska PERMATA KEMAS Kg Batu Putih, Libaran, Sandakan. Reka bentuk kajian menggunakan penyelidikan kuantitatif. Seramai tiga orang pendidik dan dua puluh tujuh orang kanak-kanak menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajian dibina oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data dianalisis dalam bentuk peratusan untuk menentukan tahap pematuhan pihak taska terhadap pelaksanaan kurikulum. Dapatan kajian menunjukkan Standard Operating Procedures (SOP 1) iaitu Pengurusan Aktiviti Rutin (87.8%), Standard Operating Procedures (SOP 2) iaitu Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran (93.1%) dan Standard Operating Procedures (SOP3) Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak (91.9%). Ini menunjukkan bahawa taska ini telah berjaya melaksanakan kurikulum PERMATA bagi ketiga-tiga SOP yang dikaji seperti mana yang ditetapkan oleh pihak PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri.

PENGENALAN Program PERMATA Negara ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah. Program ini memberi penekanan kepada enam bidang pembelajaran dan pengasuhan kanak-kanak yang menyokong kepada perkembangan individu yang holistik dan seimbang. Program ini telah diuji rintis selama dua tahun, iaitu pada tahun 2006 sehingga 2007 melibatkan lima Pusat PERMATA Negara di empat buah negeri iaitu di Selangor, Putrajaya, Pahang dan Pulau Pinang (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008). Pada tahun 2008, program ini diperluaskan ke seluruh negara. Sehingga akhir tahun 2009, pihak-pihak yang terlibat menjayakan program ini ialah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Taska PERMATA KEMAS di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Taska PERMATA Perpaduan di bawah JPNIN, dan Taska Komuniti dan Taska Tempat Kerja di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Terengganu ( Aminah Ayob, 2011). Di Sabah, terdapat sebuah Pusat Anak PERMATA Negara dan sebanyak 36 buah taska yang terlibat dalam pelaksanaan program PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA Negara telah dijadikan garis panduan kepada pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di taska-taska yang terlibat bagi mencapai matlamat pendidikan seperti yang ditetapkan dalam Falsafah Kurikulum PERMATA Negara.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

2

Latar Belakang Kurikulum PERMATA Kurikulum PERMATA telah dibentuk oleh sekumpulan pakar pendidikan awal kanak-kanak dalam kalangan pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang diguna pakai di beberapa tempat di luar negara termasuklah di Pen Green Centre, Corby, England (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008). Kurikulum PERMATA mengandungi garis panduan kepada para pendidik dan pihak yang menguruskan taska atau Pusat PERMATA Negara mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob dan rakan-rakan, 2008). Teknik pembelajaran PERMATA ialah merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan berkonsepkan ‟Learning is fun through play‟. Kurikulum PERMATA Negara terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu :- A. Bidang Pembelajaran; i. Perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian ii. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal iii. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran iv. Perkembangan fizikal v. Perkembangan kreativiti dan estetika vi. Perkembangan awal matematik dan logik B. Bidang Asuhan; i. Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri ii. Pemakanan sihat iii. Senaman dan keceriaan iv. Penjagaan keselamatan kanak-kanak dan persekitaran v. Latihan mengurus diri vi. Rutin dan transisi Dengan itu, kurikukum PERMATA Negara yang telah dibentuk perlu dilaksanakan oleh pendidik yang terlatih dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pendidik memerlukan pengetahuan, latihan dan kefahaman yang jelas untuk menterjemah kurikulum tersebut di samping penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta kemudahan infrastruktur yang dapat memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Na‘imah Yusoff dan rakan-rakan, 2011).

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

3

PERNYATAAN MASALAH Program PERMATA Negara telah membentuk kurikulum yang tersendiri bagi tujuan membantu perkembangan kanak-kanak dalam era siber dan teknologi. Kurikulum ini merupakan kurikulum yang baru diperkenalkan kepada semua pendidik yang terlibat. Pada masa yang sama, para pendidik di taska ini sudah sekian lama mengamalkan kurikulum lama sebelum taska ini dipilih untuk program PERMATA Negara. Hal yang demikian berlaku hambatan untuk merubah amalan yang sedia ada kepada amalan yang baru berdasarkan kurikulum yang baru. Para pendidik diberi kursus pendedahan berkaitan dengan kurikulum yang baru dalam tempoh yang begitu singkat. Hal ini juga dilihat sebagai satu cabaran kepada pendidik untuk menterjemahkan kurikulum tersebut seperti mana yang digariskan oleh pihak yang berwajib. Ledakan teknologi maklumat menimbulkan pelbagai bentuk dilema dan cabaran yang menuntut semua mekanisme pendidikan supaya lebih kreatif dan inovatif. Pendidik harus lebih kreatif dan inovatif supaya amalan pendidikan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Kreativiti pengajaran guru ialah salah satu peramal penting terhadap kreativiti kanak-kanak. Pengalaman yang diperoleh daripada pengajaran guru, memainkan peranan penting dalam perkembangan kebolehan kreatif dan potensi kanak-kanak. Kemudahan infrastruktur juga dilihat salah satu cabaran kepada pendidik dalam menterjemahkan kurikulum PERMATA Negara. Dalam SOP 2 misalnya, kemudahan aktiviti permainan pasir, air, buaian, gelongsor, nature walk dan sebagainya perlu ada. Tanpa kemudahan-kemudahan ini aktiviti yang disenaraikan di atas sukar untuk dilaksanakan. Secara umumnya boleh disimpulkan di sini bahawa masalah yang wujud boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu berkaitan dengan keupayaan pendidik itu sendiri, bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dan terakhir ialah kemudahan infrastruktur yang disediakan di taska-taska berkenaan.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk:- 1. Mengenal pasti pelaksanaan pematuhan Standard Operating

Procedures (SOP) Kurikulum bagi SOP 1 iaitu Pengurusan Aktiviti Rutin.

2. Mengenal pasti pelaksanaan pematuhan Standard Operating

Procedures (SOP) Kurikulum bagi SOP 2 iaitu Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA.

3. Mengenal pasti pelaksanaan pematuhan Standard Operating

Procedures (SOP) Kurikulum bagi SOP 3 iaitu Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak semasa di pusat pendidikan PERMATA.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

4

PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah Tadika PERMATA mematuhi Standard Operating Procedures

(SOP) kurikulum bagi SOP 1 iaitu Pengurusan Rutin? 2. Adakah Tadika PERMATA mematuhi Standard Operating Procedures

(SOP) bagi SOP 2 iaitu pelaksanaan aktiviti pembelajaran PERMATA?

3. Adakah Tadika PERMATA mematuhi Standard Operating Procedures

(SOP) bagi SOP 3 iaitu Pengawasan keselamatan kanak-kanak semasa di Pusat PERMATA?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat signifikan bagi mengenal pasti apakah kurikulum PERMATA Negara telah dilaksanakan sepenuhnya atau apakah taska ini masih lagi mengamalkan kurikulum yang sedia ada. Dapatan daripada kajian ini boleh membantu pihak yang berwajib menambah baik dan mengambil tindakan lanjut agar usaha murni ini mencapai matlamat yang telah digariskan. Perbelanjaan yang begitu besar menuntut untuk pulangan yang lebih besar. Justeru itu pemantauan berterusan perlu dilakukan agar apa yang dilaburkan memberi pulangan yang setimpal. Kajian ini juga amat signifikan dengan saranan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) semasa membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke -10 (RMK10) di parlimen agar kurikulum PERMATA Negara ini diperluas penggunaannya di taska-taska persendirian memandangkan kandungannya yang bersepadu untuk keperluan perkembangan kanak-kanak.

BATASAN KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian kes di Taska KEMAS Kg Batu Putih, Sandakan. Pada masa yang sama, kajian ini hanya menjurus kepada pelaksanaan kurikulum PERMATA berdasarkan tiga daripada lima Standarad Operation Procedures iaitu SOP1, SOP2 dan SOP3 sahaja .

DEFINISI OPERASIONAL i. Taska bermaksud pusat atau tempat penjagaan kanak-kanak bagi proses pengasuhan dan pembelajaran yang melibatkan pendidik dan kanak-kanak. Dalam pemantauan dan pengawalseliaan ini, taska yang terlibat ialah Taska PERMATA KEMAS Kg Batu Putih, Sandakan. Taska ini telah mendapat kelulusan Majlis PERMATA Negara untuk beroperasi menggunakan Kurikulum PERMATA Negara untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4+ tahun. ii. Pendidik bermaksud penjaga atau pengasuh kepada bayi/kanak-kanak di taska yang dilatih sebagai Pendidik PERMATA aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran yang dibekalkan dalam latihan Pendidik

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

5

PERMATA. (Pendidik bermaksud penjaga, pengasuh, pembimbing kepada bayi/kanak-kanak di taska). iii. Standard Operating Procedures (SOP) bermaksud Standard Operasi Kurikulum PERMATA Negara yang dijadikan sebagai Garis Panduan Kurikulum PERMATA Negara yang disediakan oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Bagi tujuan kajian ini, lima SOP dalam bentuk soal selidik / senarai semak telah digunakan. Bagaimanapun untuk tujuan kajian ini, pengkaji memilih tiga SOP sahaja daripada lima SOP yang sedia ada iaitu SOP 1: Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin, SOP 2: Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA dan SOP 3: Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak semasa di pusat PERMATA. iv. SOP 1: Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin Aktiviti Rutin yang telah ditetapkan terdiri daripada perkara-perkara berikut yang mesti dilaksanakan oleh pendidik kerana ia adalah teras kepada kurikulum PERMATA negara. Sekiranya aktiviti-aktiviti tersebut tidak dilaksanakan, maka pendidik dianggap tidak mematuhi SOP ini. Hal ini boleh menjejaskan pelaksanaan kurikulum PERMATA negara dan akan menyebabkan pencapaian matlamat program PERMATA tidak tercapai. Dalam SOP 1 terdapat tujuh aspek terdiri daripada yang berikut:-

1. KETIBAAN : Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucapkan salam dan bersalam dengan kanak-kanak, mengarah kanak-kanak membawa beg ke kelas dan berbual dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak sambil ibu bapa menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan BUKU SMS. Kanak-kanak yang belum bersarapan, dibawa untuk bersarapan (biasanya bekalan makanan dibawa dari rumah). Bagi kanak-kanak kecil/bayi biasanya mereka diberi minum susu. Pada masa ini pendidik sangat digalakkan berinteraksi dengan kanak-kanak sambil membina hubungan mesra dan kasih sayang dengan kanak-kanak.

2. ‖CIRCLE –TIME ‖: Selepas minum atau sarapan, semua

kanak-kanak dikumpulkan di ruang besar untuk aktiviti circle – time. Pada masa ini kedatangan kanak-kanak diambil dengan memanggil nama kanak-kanak seorang demi seorang. Pendidik juga digalakkan bertanya khabar dengan kanak-kanak pada masa ini. Banyak elemen perasaan kasih sayang dan kemesraan boleh ditunjukkan oleh pendidik kepada kanak-kanak. Pujian dan dorongan akan membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi, sekaligus membina keyakinan dan self-esteem mereka. Selepas itu, kanak-kanak bersama-sama pendidik menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Sabah dan lagu PERMATA. Kanak-kanak diajar berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan dan mungkin juga menaikkan bendera (jika ada). Pendidik dan kanak-kanak boleh terus menyanyikan lagu-lagu kanak lain yang bersifat patriotik atau lagu kanak-kanak yang disertai

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

6

dengan pergerakan jari, tangan, kaki dan anggota badan (dalam bentuk pergerakan kreatif). Selepas itu, pendidik meneruskan dengan aktiviti interaktif dengan kanak-kanak atau mengadakan senaman atau pergerakan kreatif. Circle time dilaksanakan dalam masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam, dalam suasana yang riang gembira. Ini sangat penting kerana hari kanak-kanak hendaklah dimulakan dengan aktiviti yang menenangkan, penuh kasih sayang dan ceria.

3. MANDI : Kanak-kanak dikehendaki mandi selepas makan

tengah hari atau selepas bangun tidur selepas berehat sebentar. Kanak-kanak hendaklah diajar mandi sendiri, di bilik mandi berasingan bagi lelaki dan perempuan, kemudian menyalin pakaian sendiri, mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang. Mereka diajar untuk memakai pakaian baru yang bersih dan mengemas diri sendiri seperti menyikat rambut, berbedak dan sebagainya. Pendidik hanya membimbing secara konstruktif, menyuruh kanak-kanak melakukan cara-cara yang betul dan memuji kanak-kanak. Ini juga adalah latihan supaya kanak-kanak mampu mengurus diri sendiri.

4. GOSOK GIGI: kanak-kanak diwajibkan mempunyai berus gigi

sendiri dan menggosok gigi sendiri dengan betul. Pendidik hanya menegur atau menunjukcara kepada kanak-kanak supaya memberus gigi dengan teknik yang betul. Kanak-kanak juga dilatih mengambil dan menyimpan peralatan seperti berus gigi dan ubat gigi ditempat yang ditetapkan. Kanak-kanak dilatih beratur untuk menggunakan sinki, sabar menunggu giliran, tidak membazir air serta menggunakan kemahiran motor halus untuk memicit ubat gigi, menadah air dan berkumur-kumur selepas memberus gigi.

5. REHAT DAN SNEK: Selepas circle-time, semua kanak-kanak

diwajibkan membasuh tangan sendiri untuk makan buah atau snek pagi. Semua kanak-kanak hendaklah diajar makan sendiri dengan tertib. Sebelum makan mereka diajar membaca doa makan dan kemudiannya membaca doa selepas makan. Setiap kanak-kanak perlu diajar supaya berdikari. Pada masa ini, pendidik harus tahu jika ada kanak-kanak yang mengalami alahan kepada sesuatu jeins makanan atau buah-buahan. Selepas makan, kanak-kanak menyusun pinggan dalam besen dan beratur untuk membasuh tangan dan menggosok gigi.

6. MAKAN: Pendidik dikehendaki memastikan kanak-kanak

mengikuti tata tertib semasa makan dan menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu, waktu yang gembira, dan waktu untuk bersyukur dan berterima kasih. Kanak-kanak mesti diajar berdikari dan makan sendiri. SOP ini melibatkan beberapa SOP kecil yang lain iaitu basuh tangan, mengambil makan sendiri, membaca bismillah dan doa makan dan tertib makan itu sendiri.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

7

7. REHAT DAN TIDUR: Tempat tidur diasingkan mengikut jantina. Kanak-kanak perlu berpakaian bersih sebelum tidur. Kanak-kanak digalakkan menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur, memalapkan lampu bilik tidur, memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan.

8. PULANG : Semasa pulang, kanak-kanak diwajibkan bersalam

dengan pendidik dan dengan ibu bapa, mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu bapa mengambil balik buku SMS yang mengandungi semua aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak pada hari tersebut untuk disemak.

v. SOP 2: Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA SOP2 memberi fokus kepada aspek pembelajaran mengikut Kurikulum PERMATA. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dipantau ialah aktiviti permainan iaitu main pasir, main air, nature walk dan permainan bebas. Seterusnya ialah aktiviti seni kraf yang melibatkan mewarna, menggunting dan menampal. SOP2 ini juga melibatkan aktiviti permainan luar iaitu permainan buaian, jongkang-jongket dan gelongsor. iv. SOP 3: Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak Semasa di Pusat

PERMATA SOP 3 berkaitan dengan aspek pengurusan keselamatan kanak-kanak semasa di taska. Keselamatan ini mengambil kira ketika di pintu utama/pagar, ketika bermain di luar, ketika di bilik air, persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Perkara ini sangat penting dipatuhi oleh semua pendidik.

TINJAUAN LITERATUR Pembentukan sesuatu kurikulum dikaitkan dengan teori pembelajaran dan teori perkembangan kanak-kanak. Antara teori yang dibincangkan di sini ialah Teori Bandura, Jean Piaget, Vygotsky dan Howard Gardner. Walau bagaimanapun teori lain yang berkaitan juga akan turut disentuh. Teori Bandura membicarakan tentang pembelajaran sosial. Bandura mengetengahkan idea bahawa pengetahuan adalah dibina secara sosial iaitu kanak-kanak belajar daripada situasi sosial dan interaksi. Teori Jean Piaget pula mengambil pendekatan konstruktivis. Piaget berpendapat bahawa kematangan dan persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Teori perkembangan kognitif ini berkisar dengan idea bahawa pemikiran dan penaakulan kanak-kanak berubah mengikut masa seperti berlakunya kematangan biologikal dan kanak-kanak mampu membentuk dan membina pengetahuan mereka sendiri (Na‘imah Yusoff dan rakan-rakan, 2010). Sementara itu Vygotsky berpendapat bahawa kanak-kanak ialah agen yang aktif dalam perkembangan mereka. Beliau lebih bertumpu kepada kepentingan perhubungan antara orang dewasa dan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak. Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak mempunyai perkembangan Zone of Proximal. Bimbingan atau scaffolding orang dewasa diperlukan agar kanak-kanak mampu melakukannya sendiri ke tahap yang maksimum.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

8

Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard Gardner menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Antaranya beliau menyatakan bahawa minat dalam seni merupakan salah satu aspek dalam perkembangan kognitif sementara deria persepsi kanak-kanak berkembang pesat pada peringkat awal kanak-kanak dan ini mempengaruhi kreativiti mereka (Na‘imah Yusoff dan rakan-rakan, 2011) Kajian juga menunjukkan bahawa kemudahan yang terdapat di taska, faktor diri pendidik dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak (Noorazleen Muslim, 2003). Oleh itu, kejayaan sesuatu kurikulum itu bukan hanya bergantung kepada bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, persekitaran dan infrastruktur bangunan. Pendidik adalah kunci kepada kejayaan untuk menterjemah teori kepada praktikal bagi sesuatu kurikulum yang telah dibentuk.

METODOLOGI KAJIAN Dalam bab ini dibincangkan reka bentuk kajian yang digunakan. Perbincangan juga melibatkan tentang populasi kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Reka Bentuk kajian Reka bentuk kajian menggunakan deskriptif kuantitatif, berasaskan kepada pemantauan oleh penyelidik. Pemantauan dijalankan bagi mentadbir instrumen dalam bentuk soal selidik, senarai semak, pemerhatian dan temu bual. Populasi dan Sampel Kajian Seramai tiga orang pendidik dan 27 orang kanak-kanak yang berdaftar di taska ini terlibat sebagai subjek kajian. Ini bermakna kajian ini menggunakan populasi sebagai subjek kajian. Instrumen Kajian Instrumen kajian disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Soal selidik berkaitan dengan demografi pendidik mengandungi item: kelayakan, pengalaman dan kursus PERMATA yang pernah diikuti. Sementara senarai semak pula melibatkan tiga Standard Operating Procedures (SOP). Bagi SOP 1 melibatkan 7 aspek dan 62 item, SOP 2 pula melibatkan 7 aspek dan 68 item sementara SOP 3 melibatkan 5 aspek dan 24 item.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

9

Pengumpulan Data Pemantauan dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 pada April hingga Jun 2010 manakala Fasa 2 ialah pada November 2010 hingga Februari 2011. Data dikumpul semasa pemantauan dilakukan oleh penyelidik pada Fasa 2. Penganalisisan Data Data dianalisis dalam bentuk peratusan untuk menentukan tahap pematuhan pihak taska terhadap pelaksanaan kurikulum yang dimaksudkan. Tiga tahap yang ditetapkan iaitu:-

i. c – compliance ii. lc – low compliance iii. nc – non-compliance

Tahap Pematuhan (Level Of Compliance) Kaedah yang digunakan untuk menilai tahap pematuhan adalah mudah dan jelas. Sekiranya SOP yang ditetapkan tidak dilaksanakan oleh pendidik, maka SOP tersebut ditandakan sebagai ‖Non-Compliance‖. Jika SOP tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya atau tidak lengkap, maka pemantau akan menandakan ”Low-Compliance‖.(Aminah Ayob, 2011).

Jadual 1: Panduan Menentukan Tahap Pematuhan

C Compliance (mematuhi semua garis panduan) 80 – 100%

LC Low Compliance (mematuhi sebahagian garis panduan) 60 – 79%

NC Non Compliance (tidak mematuhi garis panduan) <60 %

# Problematic (bermasalah) X

DAPATAN KAJIAN

Bab ini membincangkan dapatan yang telah diperoleh bagi semua aspek yang dikaji. Pengkaji telah menjalankan kajian dan mentadbir instrumen tersebut selama sehari di taska berkenaan. Soal selidik berkaitan dengan demografi pendidik mendapati bahawa ketiga-tiga orang pendidik di taska ini mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Semua pendidik ini telah mengikuti Kursus Pendidik PERMATA yang dikendalikan oleh UPSI. Dari segi pengalaman pula para pendidik ini telah mula menceburi bidang ini lebih lima tahun dan banyak pendedahan tentang pelaksanaan kurikulum yang disediakan oleh pihak KEMAS dan Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

10

Jadual 2: Maklumat Kanak-kanak

Bil Umur Lelaki Perempuan Jumlah

1 0 – 1 tahun - - -

2 1 – 2 tahun - - -

3 3 tahun 7 2 9

4 4 tahun 12 6 18

Jumlah 19 8 27

Nisbah Pendidik / Kanak-Kanak 1:9

Berdasarkan Jadual 2 di atas, menunjukkan bahawa terdapat 19 orang kanak-kanak lelaki dan 9 kanak-kanak perempuan berdaftar di taska ini iaitu pada Nisbah 1:9.

Jadual 3: SOP 1 Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin

Pemerhatian/Temu bual c lc nc

Menyambut ketibaan 90% 0 10%

Circle Time 83% 0 17%

Mandi 90.6% 0 9.4%

Gosok gigi 100% 0 0

Makan 87.5% 0 12.5%

Rehat dan tidur 0 75% 25%

Pulang 87.5% 0 12.5%

Berdasarkan Jadual 3 di atas, dapatan menunjukkan dalam SOP 1: Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin, item yang tertinggi ialah menggosok gigi iaitu seratus peratus compliance manakala item rehat dan tidur menunjukkan peratusan yang low compliance (75%). Secara keseluruhannya taska ini telah mematuhi pelaksanaan SOP 1 Kualiti Pengurusan Aktiviti Rutin iaitu compliance pada peringkat 87.7 peratus.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

11

Jadual 4: SOP 2 Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Pemerhatian/Temu bual c lc nc

Main pasir 94.4% 5.6%

Main air 91.6% 8.4%

Nature walk 100% 0%

Main bebas 100% 0%

Aktiviti seni kraft 88.8% 11.2%

Gunting/Tampal 83% 17%

Permainan luar 93.7% 6.3%

Berdasarkan Jadual 4 di atas, dapatan menunjukkan aspek nature walk dan main bebas mencapai 100 peratus compliance sementara aspek gunting/tampal mencatatkan 83 peratus compliance. Rumusannya taska ini berjaya melaksanakan SOP 2 iaitu Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA pada peringkat compliance iaitu 93.1 peratus. Jadual 5: SOP 3 Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak

Pemerhatian/Temu bual c lc nc

Pintu utama 100% 0%

Bemain di luar 100% 0%

Bilik air 85.7% 14.3%

Sekitar dalaman 90% 10%

Sekitar luaran 83.3% 16.7%

Berdasarkan jadual 5 di atas, aspek pintu utama dan bermain luar menunjukkan 100 peratus compliance sementara aspek sekitar luaran menunjukkan 83.3 peratus compliance. Rumusannya taska ini berjaya melaksanakan SOP 3 iaitu Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak pada peringkat compliance iaitu 91.8% peratus.

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN Berdasarkan kepada dapatan kajian serta penemuan kajian, maka dikemukakan perbincangan dan cadangan yang memberi fokus kepada tiga

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

12

SOP yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian bagi ketiga-tiga SOP yang dikaji, pihak taska dilihat telah berjaya melaksanakan kurikulum PERMATA pada tahap compliance. Bagaimanapun apabila diperinci bagi setiap item dalam SOP 1, didapati tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak pendidik taska bagi item rehat dan tidur dan juga circle time. Pendidik perlu diberi latihan tambahan bagi pengendalian rehat dan tidur dan juga pengendalian circle time. Bagi SOP 2 iaitu Kualiti Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA dapatan menunjukkan bahawa pendidik di taska ini berjaya melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA pada tahap pematuhan 93.1 peratus. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa item menggunting dan menampal perlu diberi perhatian berbanding item lain dalam SOP ini. Pendidik perlu memberikan latihan yang berterusan dan membuat bimbingan selaras dengan teori yang diutarakan oleh Vygotsky bahawa scaffolding perlu buat kanak-kanak mencapai kemahiran dengan melakukannya sendiri. Sementara SOP 3 pula berkaitan dengan pengawasan keselamatan kanak-kanak dapatan menunjukkan taska ini berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan pada tahap 91.8 peratus. Item bagi keselamatan pintu utama dan semasa aktiviti bermain di luar berjaya dilaksanakan seratus peratus. Dapatan ini amat baik berbanding dengan nisbah pendidik kanak-kanak 1:9. Nisbah ini tidak memenuhi nisbah yang ditetapkan oleh program PERMATA iaitu Nisbah1:5. Bagaimanapun item keselamatan sekitar luar (83.3 %) dan keselamatan di bilik air (85.7%) perlu diberi perhatian. Pendidik Taska PERMATA boleh memperbaiki mutu perkhidmatan melalui peningkatan profesionalisme. Peningkatan profesionalisme boleh dilaksanakan melalui pemerolehan kemahiran dan pengetahuan yang berterusan. Keupayaan individu untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan diri melalui bentuk-bentuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dalam Taska PERMATA boleh diperolehi melalui kursus-kursus. Peluang sebegini boleh digunakan dalam usaha menilai diri, sikap dan tingkah laku dan juga kemampuan individu untuk berdaya tindak. Hasil dari pemantauan dan penilaian yang dilakukan terhadap Taska PERMATA Kg Batu Putih, Sandakan, Sabah menunjukkan masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diatasi. Pemerhatian yang dilakukan menunjukkan taska ini masih belum lengkap dengan kemudahan dan peralatan. Keluhan dan rintihan para pendidik PERMATA seharusnya didengari oleh Pihak Jabatan Perdana Menteri. Pihak Jabatan seharusnya menjalankan penyelidikan yang serius tentang penyelarasan gaji pokok pendidik PERMATA dan pembantu masyarakat di setiap pusat Taska. Langkah ini perlu dilakukan dengan segera bagi tujuan memotivasikan mereka dalam kerjaya sebagai seorang pendidik. Beban tugas dan gaji yang ditawarkan masa kini seharusnya dikaji dengan teliti memandangkan mereka menjalankan tugas bermula dari 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Bagi memastikan penyelarasan Kurikulum PERMATA negara di seluruh negara dapat diurus dengan sewajarnya maka seharusnya Kurikulum PERMATA Negara ini ditadbir urus oleh sebuah kementerian yang mempunyai kakitangan mencukupi untuk mentadbir urus kurikulum PERMATA Negara dengan lebih cekap.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

13

Secara umumnya program PERMATA Negara disambut baik oleh

semua masyarakat sekitar terutama kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Ini menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia 1 tahun ke taska. Ibu bapa berpendapat bahawa Kurikulum PERMATA Negara adalah satu permulaan kepada kanak-kanak melangkah ke alam seterusnya dengan belajar berdikari dan mengenal dunia sekeliling mereka.

RUJUKAN Abdul Halim Abdul Jalil, 1990. Masalah Perkembangan dan Tingkah laku

Kanak-Kanak Suatu Panduan Untuk Ibu Bapa. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Aminah Ayob, 2008. Kurikulum PERMATA: Panduan Pendidikan Awal kanak-

kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aminah Ayob, 2011. Laporan Pemantauan dan Pengawalseliaan Program

PERMATA Negara 2010. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Englewood Cliffs, N. J: Prentice

Hall. Gardner, H. 1990. Art Education and Human Development. Getty

Publications: Los Angeles, CA. Na‘imah Yusoff, Sabariah Sharif, Aza Sherin Mohd Yusof, Ismail Ladama,

Mohd Yusof Abdullah, Mohd Sobri Ismail dan Anuar Din, 2010. Status Pemakanan dan Perkembangan Kognitif Murid Luar Bandar dalam Jurnal Pemikir Pendidikan. Jilid 2/Vol. 2. Ms 1 – 17.

Na‘imah Yusoff, Christina Peter Ligadu, Rosmawati Hamzah, Dyg Mayang Ag

Abas, Nancy Loo Kason, Datu Raiman Datu Kauman, Norsiah Norsidi, Faridah Sh Endon, Dyg Mariam Hassan dan Rosabella Lombut, 2011. Pengawalseliaan pelaksanaan program PERMATA Negara Zon Sabah 2010. Kota Kinabalu.Universiti Malaysia Sabah.

Vygotsky, L. 2005. Interactions Between Learning and Development. New

York. Worth Publishers. Wolfgang, Charles H., 1999. School For Young Children Developmentally

Appropriate Practices. Boston: Allyn and Bacon.