kemahiran guru-guru bahasa melayu dalam...

18
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014 50 KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM MEMERIKSA KERTAS PENULISAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH PAPAR Sarimawathy binti Jumanie dan Tajip bin Tassan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam memeriksa Kertas Penulisan UPSR adalah berdasarkan perspektif, strategi dan sejauh manakah pelaksanaannya di tiga belas buah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Seramai 80 orang guru Bahasa Melayu Tahap Dua yang mengajar dari sembilan buah Sekolah Kebangsaan Gred A, tiga buah Sekolah Kebangsaan Gred B dan sebuah Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Papar terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, penyelidik mengukur sejauh manakah persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran memeriksa kertas penulisan UPSR kerana kejayaan seseorang pelajar terletak dalam tangan gurunya. Sekiranya guru mempunyai persepsi yang tidak baik maka sudah pasti pelajar tidak akan dapat memperolehi keputusan akademik yang baik terutamanya dalam kertas penulisan tersebut. Seterusnya, penyelidik cuba mengenal pasti strategi memeriksa kertas penulisan berdasarkan skema pemarkahan yang standard. Strategi guru yang digunakan dalam memeriksa kertas penulisan akan menentukan sejauh manakah pelaksanaan kemahiran ini yang diberi perhatian oleh guru semasa mengajar dalam bilik darjah. Akhir sekali, penyelidik akan menganalisis keberkesanan perspektif, strategi dan pelaksanaan kemahiran memeriksa kertas penulisan tersebut. Kaedah pengumpulan data adalah melalui teknik soal selidik, analisis data dan pemerhatian terhadap pemeriksaan dalam kertas penulisan murid Tahun 6 oleh responden tersebut. Satu set soal selidik yang mengandungi empat item iaitu, Bahagian A bagi mengenal pasti ciri demografi, Bahagian B bagi mengenal pasti tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan berdasarkan perspektif guru Bahasa Melayu, Bahagian C mengetahui strategi memeriksa kertas penulisan berdasarkan kertas penulisan yang telah diperiksa dan Bahagian D mengetahui sejauh mana pelaksanaan memeriksa kertas penulisan berdasarkan skema pemarkahan yang standard. Bagi pemerhatian, sepuluh kertas soalan penulisan yang akan diperiksa oleh setiap responden untuk mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan memeriksa kertas penulisan murid Tahun 6 selaras dengan skema pemarkahan yang standard di sekolah masing-masing. PENGENALAN Kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran adalah menjadi ukuran dalam pencapaian kejayaan murid-murid Tahun 6 di sesebuah sekolah rendah, khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia

Upload: truongduong

Post on 02-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

50

KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM MEMERIKSA KERTAS PENULISAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

DAERAH PAPAR

Sarimawathy binti Jumanie dan Tajip bin Tassan

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam memeriksa Kertas Penulisan UPSR adalah berdasarkan perspektif, strategi dan sejauh manakah pelaksanaannya di tiga belas buah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Seramai 80 orang guru Bahasa Melayu Tahap Dua yang mengajar dari sembilan buah Sekolah Kebangsaan Gred A, tiga buah Sekolah Kebangsaan Gred B dan sebuah Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Papar terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, penyelidik mengukur sejauh manakah persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran memeriksa kertas penulisan UPSR kerana kejayaan seseorang pelajar terletak dalam tangan gurunya. Sekiranya guru mempunyai persepsi yang tidak baik maka sudah pasti pelajar tidak akan dapat memperolehi keputusan akademik yang baik terutamanya dalam kertas penulisan tersebut. Seterusnya, penyelidik cuba mengenal pasti strategi memeriksa kertas penulisan berdasarkan skema pemarkahan yang standard. Strategi guru yang digunakan dalam memeriksa kertas penulisan akan menentukan sejauh manakah pelaksanaan kemahiran ini yang diberi perhatian oleh guru semasa mengajar dalam bilik darjah. Akhir sekali, penyelidik akan menganalisis keberkesanan perspektif, strategi dan pelaksanaan kemahiran memeriksa kertas penulisan tersebut. Kaedah pengumpulan data adalah melalui teknik soal selidik, analisis data dan pemerhatian terhadap pemeriksaan dalam kertas penulisan murid Tahun 6 oleh responden tersebut. Satu set soal selidik yang mengandungi empat item iaitu, Bahagian A bagi mengenal pasti ciri demografi, Bahagian B bagi mengenal pasti tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan berdasarkan perspektif guru Bahasa Melayu, Bahagian C mengetahui strategi memeriksa kertas penulisan berdasarkan kertas penulisan yang telah diperiksa dan Bahagian D mengetahui sejauh mana pelaksanaan memeriksa kertas penulisan berdasarkan skema pemarkahan yang standard. Bagi pemerhatian, sepuluh kertas soalan penulisan yang akan diperiksa oleh setiap responden untuk mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan memeriksa kertas penulisan murid Tahun 6 selaras dengan skema pemarkahan yang standard di sekolah masing-masing.

PENGENALAN

Kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran adalah menjadi ukuran dalam pencapaian kejayaan murid-murid Tahun 6 di sesebuah sekolah rendah, khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia

Page 2: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

51

terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum kedua-dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Kajian ini merupakan satu percubaan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu. Tinjauan terhadap aspek-aspek tersebut berkaitan dengan perspektif dan sikap para guru terutamanya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan, perspektif adalah pandangan atau pentafsiran yang wajar dan suatu tinjauan yang objektif dalam hubungan keseluruhannya. Manakala sikap guru dalam pengajaran Bahasa Melayu bererti kepercayaan atau kecenderungan tingkah laku guru yang mempunyai dimensi penilaian terhadap pengajaran mata pelajaran tersebut.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam memeriksa Kertas Penulisan UPSR di daerah Papar berdasarkan perspektif guru, strategi dan sejauh manakah pelaksanaan kemahiran memeriksa kertas penulisan mengikut skema pemarkahan yang standard. Seramai 80 orang guru dari tiga belas buah sekolah rendah di daerah Papar terlibat dalam kajian ini.

Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mengubah format Kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR bermula pada tahun 2005 telah memberi kesan kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk memiliki kemahiran memeriksa dalam bidang tersebut.

Mereka masih belum dapat memahami dan menguasai kemahiran memeriksa Kertas Penulisan pelajar Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR. Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan data kajian diperolehi secara kuantitatif, iaitu dengan menggunakan teknik soal selidik, analisis data dan pemerhatian terhadap kertas penulisan yang telah diperiksa oleh guru-guru Bahasa Melayu tersebut.

Penulisan Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada komponen penting dalam UPSR. Mulai tahun 2005, terdapat perubahan dalam format Kertas Penulisan Bahasa Melayu dari segi bentuk soalan dan juga cara memeriksa serta format pemarkahan yang standard adalah berpandukan Skema Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kepentingan kemahiran menulis ini boleh kita dapati dalam perancangan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Semakan (2000), digariskan bahawa pelajar harus dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan sehari-harian.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa kemahiran yang perlu diajarkan oleh guru kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran ini diajar secara berperingkat-peringkat iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca

Page 3: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

52

dan menulis. Antara keempat-empat kemahiran itu, kemahiran menulis adalah kemahiran yang tertinggi kerana kebanyakan kegiatan menulis adalah digunakan secara formal. Kemahiran mengarang adalah salah satu jenis kemahiran yang terdapat dalam kemahiran menulis. Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu diajarkan dan diberi latihan kepada pelajar, maka ia penting dikuasai sebaik mungkin oleh setiap guru Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat pelbagai faktor yang menghalang guru Bahasa Melayu daripada menguasai kemahiran memeriksa kertas penulisan mengikut format yang standard. Salah satunya adalah berpunca daripada sikap dan persepsi seseorang guru tersebut, terutamanya dalam sentiasa menambah serta memperkembangkan ilmu kemahiran yang profesional.

Peranan guru kepada diri sendiri adalah memiliki kemahiran agar dapat digunakan untuk melahirkan para pelajar yang juga pada suatu hari nanti akan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja negara (Kulanzsalleh, 2005). Perkara-perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan ialah guru tersebut haruslah memiliki ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar, berkemahiran untuk mengajar kandungan mata pelajaran tersebut, mempunyai sikap yang sesuai dan berkemampuan untuk menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Rajendran, 1998). Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran dalam memeriksa kertas penulisan tersebut, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik murid dalam kertas penulisan UPSR.

Oleh itu, penyelidik akan mengkaji sejauh mana tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam memeriksa kertas penulisan Bahasa Melayu UPSR iaitu, seramai 80 orang guru sekolah rendah di daerah Papar, Sabah, supaya dapat meningkatkan lagi pengajaran guru-guru dalam bidang penulisan karangan Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah lagi.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, objektif kajian ini adalah seperti berikut : a) Mengenal pasti tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan

berdasarkan perspektif guru Bahasa Melayu sekolah rendah daerah Papar.

b) Mengenal pasti strategi memeriksa Kertas Penulisan UPSR guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Papar.

c) Mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan guru memeriksa kertas penulisan dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Papar berdasarkan skema pemarkahan yang standard.

Page 4: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

53

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, soalan kajian dikemukakan adalah seperti berikut: a) Apakah perspektif guru Bahasa Melayu dalam memeriksa Kertas

Penulisan UPSR dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Papar?

b) Apakah strategi memeriksa kertas penulisan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Papar ?

c) Sejauh mana pelaksanaan guru Bahasa Melayu dalam memeriksa kertas penulisan mengikut skema pemarkahan penulisan yang standard?

KEPENTINGAN KAJIAN

Guru-guru Bahasa Melayu mesti mahir dalam memeriksa kertas penulisan karangan pelajar secara berkesan mengikut tahap atau peringkat pencapaian pelajar. Ini kerana penulisan karangan merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam pengajaran kemahiran menulis.

Selain itu, guru Bahasa Melayu juga mesti melengkapkan diri dengan pengetahuan ilmu linguistik kerana mengajar penulisan karangan meliputi semua aspek bahasa seperti sintaksis, fonetik dan fonologi, semantik, pragmatik dan ilmu-ilmu bantu seperti sosiolinguistik, psikolinguistik dan bidang analisis kesalahan bahasa. Faktor sikap, perspektif dan strategi yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran pembelajaran terhadap kertas penulisan tersebut. Maksudnya pengajaran guru harus pelbagai dan berubah-ubah supaya pelajar dapat bergiat dan menyukai dalam setiap pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, guru juga harus menguasai dan mempunyai pengetahuan tentang teknik penulisan yang standard dan betul selaras dengan skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Guru Bahasa Melayu juga seharusnya proaktif dan memiliki tahap kemahiran yang baik dalam menjalankan proses pengajaran penulisan karangan dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, apabila guru mengaplikasikan teori kognitivisme dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa pengajaran Bahasa Melayu akan mampu mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran bahasa itu sendiri. Sekurang-kurangnya, Bahasa Melayu tidak dikatakan bosan dan tidak mempunyai nilai ekonomi.

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, murid juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan.

Page 5: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

54

DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian dan perbincangan berdasarkan keputusan soal selidik yang telah dijalankan ke atas 80 responden. Mereka terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah Tahap 2 di daerah Papar. Guru-guru ini adalah dipilih secara rawak. Ciri-ciri demografi responden akan dihuraikan terlebih dahulu, diikuti oleh perbincangan secara khusus dan terperinci berkenaan dapatan kajian mengikut urutan objektif kajian. Laporan analisis dapatan kajian terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian 4.2.1 merupakan analisis tinjauan terhadap analisis deskriptif yang berkaitan dengan ciri demografi responden. Bahagian 4.2.2 adalah analisis terhadap tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan dalam kalangan responden berdasarkan perspektif guru, manakala bahagian 4.2.3 mengenal pasti strategi kemahiran memeriksa kertas penulisan di kalangan responden. Bahagian 4.2.4, meninjau sejauh mana pelaksanaan kemahiran memeriksa kertas penulisan berdasarkan skema pemarkahan yang standard. Perbezaan kemahiran memeriksa kertas penulisan berdasarkan umur, bidang pengkhususan dan kursus skema pemarkahan dalam kalangan responden turut dianalisis dalam bahagian 4.2.1. Bahagian terakhir bab ini ialah bahagian 4.3 iaitu kesimpulan bagi bab ini. Selain itu, pemerhatian terhadap penandaan semasa memeriksa kertas penulisan juga telah saya lakukan ke atas 80 orang guru Bahasa Melayu yang terlibat secara langsung dalam kajian ini. Hasil dapatan daripada kertas yang telah diperiksa oleh guru-guru tersebut dapatlah dilihat sejauh mana tahap kemahiran guru dalam memeriksa kertas penulisan berdasarkan skema pemarkahan yang standard dan hal ini boleh mempengaruhi keputusan akademik murid Tahun 6 dalam Kertas 2 UPSR kelak. Profil Demografi Responden Kajian Kajian ini melibatkan seramai 80 orang responden daripada jumlah populasi iaitu seramai 173 orang guru Bahasa Melayu Tahap 2 di sekolah rendah daerah Papar. Analisis data dilakukan berdasarkan kepada respon yang diberikan oleh responden. Ciri-ciri demografi seperti umur, kelulusan akademik, pengalaman mengajar Bahasa Melayu, bidang pengkhususan dan pernah menghadiri kursus atau tidak pernah merupakan ciri-ciri yang dikaji dalam penyelidikan ini. Jadual 1: Profil Demografi Responden Kajian

Bil Profil Kekerapan (n)

Peratus (%)

1 Gred Sekolah A 50 62.5

B 18 22.5 SKM 12 15

2 Umur 31-40 Tahun 48 60 41-50 Tahun 32 40

3 Kelulusan Akademik SPM/STPM/Diploma 50 62.5 Ijazah Sarjana Muda 24 30 Ijazah Sarjana 6 7.5

Page 6: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

55

4 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu

3 tahun dan ke bawah 6 7.5 4-6 tahun 18 22.5 7-9 tahun 22 27.5 10 tahun dan ke atas 34 42.5

5 Bidang Pengkhususan

Bahasa Melayu 52 65 Bukan Bahasa Melayu 28 35

6 Kursus Skema Pemarkahan Penulisan UPSR

Pernah hadir 46 57.5 Tidak pernah hadir 34 42.5

Merujuk kepada jadual 1 di atas, didapati bahawa majoriti reponden berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun, iaitu seramai 48 orang dan mencatat peratusan tertinggi iaitu sebanyak 60 peratus. Selain itu, data turut menunjukkan bahawa seramai 32 orang atau 40 peratus responden terdiri daripada guru-guru dalam lingkungan umur 41 hingga 50 tahun, manakala tiada responden yang berumur 30 tahun ke bawah dan 51 tahun ke atas. Data turut memberikan maklumat berkenaan peratusan responden mengikut kelulusan akademik. Majoriti responden yang mempunyai kelulusan SPM/STPM/Diploma adalah seramai 50 orang dan mencatat peratus 62.5 peratus. Seterusnya yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 24 orang, iaitu sebanyak 30.0 peratus, Di samping itu, terdapat 6 orang responden yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Pengkhususan Pengurusan Pendidikan, iaitu 7.5 peratus. Ciri demografi yang seterusnya ialah pengalaman responden mengajar Bahasa Melayu. Terdapat 34 orang responden telah mengajar selama 10 tahun ke atas dan mencatat peratus 42.5 peratus. Responden yang baru mengajar 3 tahun ke bawah hanya 6 orang, iaitu 7.5 peratus, manakala yang telah mengajar Bahasa Melayu dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun adalah seramai 18 orang iaitu 22.5 peratus. Demikian juga dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun seramai 22 orang iaitu menacatat 27.5 peratus. Data seterusnya adalah berkenaan dengan bidang pengkhususan responden dalam Bahasa Melayu iaitu seramai 52 orang, mencatat 65 peratus dan bukan Bahasa Melayu adalah seramai 28 orang sahaja, mencatat 35 peratus. Bagi responden yang pernah menghadiri mana-mana kursus yang berkaitan dengan Skema Pemarkahan Penulisan UPSR sama ada di peringkat sekolah, daerah adalah seramai 46 orang, menacatat 57.5 peratus. Manakala responden yang tidak pernah menghadiri kursus Skema Pemarkahan Penulisan adalah seramai 34 orang iaitu mencatat 42.5 peratus responden. Jadual 2:Tahap Kemahiran Memeriksa Kertas Penulisan Berdasarkan Perspektif Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah Daerah Papar

Perspektif Guru

1 (STS)

2 (TS)

3 (S)

4 (SS)

n % n % n % n %

Format Skema Pemarkahan Kertas Penulisan UPSR yang baru bermula pada tahun 2005.

-

-

-

-

25

31

55

69

Page 7: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

56

Guru mesti mengetahui skema pemarkahan yang baru sebelum mengajar murid Tahun 6.

-

-

-

-

23

29

57

71

Format skema pemarkahan yang baru ini memudahkan guru memberi markah.

-

-

-

-

20

25

60

75

Semua guru Bahasa Melayu hendaklah memiliki kemahiran memeriksa yang standard daripada LPM.

-

-

-

-

30

38

50

62

Guru Bahasa Melayu akan merasa mudah memeriksa karangan jika dapat menguasai simbol penandaan yang standard itu.

-

-

4

5

28

35

48

60

Guru Bahasa Melayu hendaklah sentiasa mengikuti perubahan dalam skema pemarkahan memeriksa ini.

-

-

5

6

39

49

36

45

Murid mesti memahami kehendak soalan sebelum menjawab soalan karangan

-

-

-

-

23

29

57

71

Guru Bahasa Melayu hendaklah berada dalam situasi yang tenang sebelum memeriksa pertas penulisan.

-

-

-

-

35

44

45

56

Taraf pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemahiran memeriksa kertas penulisan.

-

-

7

9

30

38

43

53

Guru Bahasa Melayu mestilah sentiasa merujuk skema pemarkahan yang terkini sebelum mengajar dalam bilik darjah.

-

-

2

3

33

41

45

56

Dengan merujuk kepada Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan adalah tinggi berdasarkan perspektif dalam kalangan 80 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Papar. Sebanyak sepuluh item telah ditanya kepada responden. Item pertama merujuk kepada format skema pemarkahan yang standard adalah berubah pada tahun 2005 dan hasil dapatan iaitu dengan mencatat 25 orang atau 31 peratus adalah bersetuju dan seramai 55 orang atau 69 peratus adalah sangat

Page 8: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

57

setuju. Tiada seorang pun responden yang memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi item ini.

Selain itu, seramai 23 orang atau 29 peratus adalah bersetuju yang guru mesti mengetahui skema pemarkahan yang baru tersebut. Responden yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 57 orang atau 71 peratus. Seterusnya, seramai 20 orang yang setuju dengan mengikuti format skema pemarkahan yang baru ini lebih memudahkan guru memberi markah dalam penulisan.Responden yang sangat setuju adalah seramai 60 orang atau 75 peratus. Item keempat berkenaan dengan perspektif guru bahawa semua guru Bahasa Melayu mesti memiliki kemahiran memeriksa kertas penulisan yang standard. Terdapat seramai 30 orang atau 38 peratus adalah setuju dengan pernyataan itu dan 50 orang atau 62 peratus adalah sangat setuju. Tiada seorang pun yang memilih untuk sangat tidak setuju dengan perspektif guru dalam memudahkan guru Bahasa Melayu memeriksa kertas jika menggunakan simbol penandaan yang standard itu. Dan seramai 4 orang atau 5 peratus yang tidak setuju, 28 orang atau 35 peratus adalah setuju dan 48 orang atau 60 peratus adalah sangat setuju dengan pernyataan tersebut.

Perspektif responden dalam pernyataan bahawa guru Bahasa Melayu haruslah sentiasa mengikuti perubahan dalam skema pemarkahan dari semasa ke semasa supaya dapat mendidik murid selaras dengan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh LPM secara tidak langsung akan dapat meningkatkan keputusan murid dalam UPSR bagi kertas penulisan.

Seramai 5 orang atau 6 peratus telah tidak setuju, 39 orang atau 49 peratus adalah setuju dan 36 orang atau 45 peratus sangat setuju. Disamping itu, murid mesti memahami kehendak soalan sebelum menjawab soalan karangan. Apakah perspektif responden dengan pernyataan tersebut, seramai 23 orang atau 29 peratus adalahsetuju dan seramai 57 orang atau 71 peratus adalah sangat setuju bahawa murid harus memahami kehendak soalan sebelum menulis karangan itu.

Item kelapan turut dikaji ialah guru Bahasa Melayu mesti berada dalam situasi tenang sebelum memeriksa kertas karangan murid. Seramai 35 orang atau 44 peratus adalah setuju dan 45 orang atau 56 peratus sangat setuju. Bagi item seterusnya adalah seramai 7 orang atau 9 peratus responden tidak setuju bahawa taraf pendidikan seorang guru akan menentukan kemahiran memeriksa kertas penulisan. Seramai 30 orang atau 38 peratus adalah setuju dan 43 orang atau 53 peratus adalah sangat setuju.

Manakala bagi item yang kesepuluh iaitu guru Bahasa Melayu haruslah sentiasa merujuk kepada skema pemarkahan yang terkini sebelum mengajar dalam bilik darjah. Terdapat 2 orang atau 3 peratus adalah tidak setuju dengan pernyataan itu. Seramai 23 orang atau 41 peratus adalah setuju dan 45 orang atau 56 peratus sangat setuju bahawa seharusnya guru memiliki kemahiran tersebut.

Secara keseluruhan, perspektif guru Bahasa Melayu terhadap tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan dalam kalangan responden adalah tinggi kerana berada dalam lingkungan min skor 2.68 – 4.00.

Perspektif guru terhadap kemahiran memeriksa kertas penulisan ini mendapat skor yang tertinggi untuk sangat setuju iaitu 83 peratus, item yang ketiga berkaitan dengan adanya kemahiran memeriksa kertas penulisan ini

Page 9: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

58

lebih memudahkan guru dalam memeriksa kertas penulisan murid. Manakala terdapat skor guru tidak setuju bagi item kelima sebanyak 7 peratus, keenam iaitu 8 peratus, kesembilan iaitu 12 peratus dan kesepuluh sebanyak 3 peratus.

Kesimpulan daripada hasil kajian di atas dapatlah dikatakan bahawa perspektif guru Bahasa Melayu berkaitan dengan kemahiran memeriksa kertas penulisan memainkan peranan amat penting dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan kendiri guru, seterusnya menaikkan juga keputusan akademik anak didik mereka Mengetahui Strategi Memeriksa Kertas Penulisan Berdasarkan Skema Pemarkahan Yang Standard Jadual 3 :Tahap Kemahiran Memeriksa Kertas Penulisan Berdasarkan Strategi Yang Digunakan

Strategi Yang Digunakan

1 (STS)

2 (TS)

3 (S)

4 (SS)

n % n % n % N %

Sebelum memeriksa kertas penulisan, guru mesti mengetahui strategi memeriksa yang standard.

-

-

-

-

28

35

52

65

Semasa memeriksa kertas penulisan guru mesti menggunakan strategi pendekatan secara proses.

-

-

5

6

22

28

53

66

Strategi pemeriksaan Kertas Penulisan Bahasa Melayu di sekolah anda terpulang kepada guru Bahasa Melayu tersebut.

-

-

10

12

23

29

47

59

Strategi pemeriksaan penulisan murid Tahun 6 adalah berpandukan simbol penandaan yang standard.

-

-

6

7

30

38

44

55

Guru Bahasa Melayu hendaklah mencari empat idea murid dalam setiap karangan.

- - - - 31 39 49 61

Guru Bahasa Melayu hendaklah menggunakan strategi memeriksa mengikut aras kebolehan murid.

-

-

-

-

28

35

52

65

Guru Bahasa Melayu hendaklah membaca dua kali sahaja karangan murid untuk memberikan markah.

-

-

12

15

23

29

45

56

Page 10: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

59

Guru Bahasa Melayu mesti menolak lima markah jika terdapat kesalahan format dalam karangan murid.

-

-

9

11

25

31

46

58

Semasa membuat pemeriksaan dalam karangan murid guru hendaklah memperbetulkan kesalahan jika ada.

-

-

-

-

38

48

42

52

Setelah memeriksa ketiga-tiga bahagian dalam kertas penulisan, guru hendaklah menulis kesemua markah tersebut mengikut bahagian.

-

-

-

-

35

44

45

56

Jadual 3 berkenaan dengan mengetahui strategi yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu semasa memeriksa kertas penulisan murid, adakah berdasarkan skema pemarkahan yang telah ditetapkan oleh LPM. Penyelidik telah menyediakan 10 item yang harus dipilih oleh guru untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh mereka semasa memeriksa kertas penulisan. Sebelum memeriksa kertas penulisan, guru mesti mengetahui strategi yang digunakan adakah selaras dengan skema pemarkahan yang standard. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tiada seorang pun yang tidak setuju, seramai 28 orang atau 35 peratus adalah setuju dan 52 orang atau 65 peratus sangat setuju bahawa guru Bahasa Melayu mesti tahu strategi yang digunakan ketika memeriksa kertas penulisan. Seterusnya analisis juga dibuat berkaitan dengan strategi pendekatan secara proses yang digunakan ketika memeriksa kertas penulisan tersebut. Seramai 5 orang atau 6 peratus adalah tidak setuju menggunakan pendekatan itu. Seramai 22 orang atau 28 peratus adalah setuju dan 53 orang atau 66 peratus adalah sangat setuju. Bagi item ketiga, strategi memeriksa kertas penulisan adalah bergantung pada guru itu sendiri. Responden memberikan jawapan tidak setuju seramai 10 orang atau 12 peratus. Manakala setuju adalah seramai 23 orang atau 29 peratus dan sangat setuju adalah 47 orang atau 59 peratus. Strategi memeriksa kertas penulisan adalah berpandukan simbol penandaan yang standard dari LPM. Seramai 6 orang atau 7 peratus adalah tidak setuju, 30 orang atau 38 peratus adalah setuju dan sangat setuju seramai 44 orang atau 55 peratus dengan pernyataan itu. Penyelidik mendapati bahawa tidak ada responden yang tidak setuju dengan item kelima, iaitu guru Bahasa Melayu hendaklah mencari empat idea murid dalam setiap karangan seperti yang telah ditetapkan oleh LPM. Seramai 31 orang atau 39 peratus adalah setuju dan 49 orang atau 61 peratus sangat setuju. Ini bermaksud responden mempunyai pengetahuan dalam memilih strategi yang betul mengikut skema pemarkahan yang standard.

Bagi item yang keenam,didapati lebih ramai responden berada dalam kelompok sangat setuju iaitu seramai 52 orang atau 65 peratus. Strategi guru

Page 11: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

60

Bahasa Melayu dalam memeriksa kertas penulisan adalah mengikut aras kebolehan murid dalam bilik darjah. Manakala bagi item kajian yang seterusnya iaitu strategi yang digunakan semasa memeriksa kertas penulisan adalah guru hendaklah membaca dua kali hasil karangan murid untuk memberikan markah. Terdapat 12 orang atau 15 peratus responden yang tidak setuju dengan strategi ini. Seramai 23 orang bersetuju atau 29 peratus dan 45 orang atau 56 peratus sangat bersetuju. Bagi item yang kelapan iaitu strategi yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu adalah menolak lima markah jika terdapat kesalahan format dalam karangan murid. Seramai 9 orang atau 11 peratus adalah tidak setuju dengan penggunaan strategi tersebut. Manakala kumpulan responden yang setuju adalah seramai 25 orang atau 31 peratus dan sangat setuju adalah seramai 46 orang atau 58 peratus. Item berkaitan dengan strategi guru memperbetulkan setiap kesalahan murid dalam hasil penulisan semasa memeriksa karangan, seperti biasa kumpulan responden yang setuju dengan strategi ini adalah seramai 38 orang atau 48 peratus. Manakala yang sangat setuju adalah seramai 42 orang atau 52 peratus. Strategi seterusnya yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam memeriksa kertas penulisan setelah memeriksa ketiga-tiga bahagian dalam kertas penulisan, guru hendaklah menulis kesemua markah tersebut mengikut bahagian. Terdapat seramai 35 orang atau 44 peratus responden bersetuju dengan strategi tersebut dan seramai 45 orang atau 56 peratus adalah sangat setuju. Kesimpulan daripada hasil kajian di atas dapatlah dikatakan bahawa guru Bahasa Melayu di Daerah Papar seramai 80 orang ini mempunyai pengetahuan tentang strategi dan menggunakan strategi yang selaras dengan skema pemarkahan yang standard semasa memeriksa kertas penulisan tersebut. Meninjau Sejauhmana Pelaksanaan Memeriksa Kertas Penulisan Berdasarkan Skema Pemarkahan Penulisan Yang Standard Jadual 4 : Sejauhmana Pelaksanaan Memeriksa Kertas Penulisan Berdasarkan Skema Pemarkahan Yang Standard

Pelaksanaan Skema Pemarkahan Yang Standard

1 (STS)

2 (TS)

3 (S)

4 (SS)

n % n % n % N %

Guru Bahasa Melayu akan sentiasa melaksanakan kemahiran memeriksa yang standard dalam pengajarannya.

-

-

2

2

38

48

40

50

Page 12: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

61

Guru harus berpandukan Peraturan Memberi Markah (PMM) yang disediakan oleh LPM untuk memeriksa kertas penulisan murid.

-

-

1

1

25

31

54

68

Kaedah pemeriksaan Kertas Penulisan Bahasa Melayu ini akan sentiasa dikongsi bersama rakan sejawat yang lain.

-

-

-

-

31

39

49

61

Kaedah pemeriksaan penulisan murid Tahun 6 adalah secara kaedah holistik.

-

-

1

1

39

49

40

50

Guru Bahasa Melayu hendaklah tidak menggalakkan murid menulis terlalu panjang kerana terdapat banyak kesalahan dari segi bahasa.

-

-

-

-

40

50

40

50

Guru hendaklah menggalakkan murid memberikan lima idea sahaja dalam sebuah karangan.

-

-

2

2

34

43

44

55

Murid mesti mengikut kehendak soalan sebelum menghasilkan sebuah karangan.

-

-

-

-

31

39

49

61

Guru Bahasa Melayu mesti menggunakan simbol pemeriksaan atau penandaan yang standard dan telah ditetapkan oleh LPM.

-

-

1

1

42

53

37

46

„Impression‟ pemeriksa amat dititikberatkan dalam memeriksa kertas penulisan tersebut.

-

-

1

1

40

50

39

49

Guru Bahasa Melayu akan berpandukan Julat Markah yang standard bagi setiap bahagian dalam kertas penulisan.

-

-

-

-

38

47

42

53

Jadual 4 pula berkenaan dengan sejauhmanakah pelaksanaan kemahiran memeriksa kertas penulisan yang standard di sekolah responden masing-masing. Penyelidik juga telah menyediakan sepuluh item yang harus guru pilih berkaitan dengan pelaksanaan kemahiran memeriksa kertas penulisan tersebut.

Page 13: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

62

Item pertama yang dikaji ialah guru Bahasa Melayu akan sentiasa melaksanakan kemahiran memeriksa yang standard dalam pengajarannya di bilik darjah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat 2 orang atau 2 responden yang tidak setuju dengan pernyataan itu. Namun begitu, peratus tertinggi bagi item ini ialah 50 peratus atau 40 orang guru sangat setuju dengan pernyataan ini. Hanya 38 orang atau 48 peratus telah memilih skor setuju. Seterusnya analisis juga dibuat berkaitan dengan pelaksanaan Peraturan Memberi Markah (PMM) yang disediakan oleh LPM oleh guru untuk memeriksa kertas penulisan murid. Terdapat 1 orang atau 1 peratus adalah tidak setuju, bermaksud guru ini tidak melaksanakan PMM yang disediakan oleh LPM semasa memeriksa kertas penulisan murid. Hasil kajian juga mendapati 54 orang atau 68 peratus adalah sangat setuju dengan pelaksanaan PMM di sekolah masing-masing dan seramai 25 orang atau 31 peratus memilih untuk skor setuju. Item yang ketiga iaitu pelaksanaan kaedah pemeriksaan kertas penulisan Bahasa Melayu ini akan sentiasa dikongsi bersama rakan sejawat yang lain. Tiada seorang responden pun memilih skor tidak setuju dengan item ini. Semua responden dalam kumpulan setuju, 31 orang atau 39 peratus dan 49 atau 61 peratus adalah sangat setuju. Sememangnya guru Bahasa Melayu hendaklah sentiasa berkongsi pengetahuan dan kemahiran tentang apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar dengan rakan-rakan sejawat. Secara tidak langsung, segala kemahiran dan pengetahuan ini akan dapat dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Penyelidik melihat pelaksanaan kaedah pemeriksaan penulisan murid Tahun 6 sama ada secara kaedah holistik atau pun tidak. Penyelidik mendapati hasil dapatan menunjukkan terdapat 1 orang atau 1 peratus tidak setuju dengan penggunaan kaedah secara holistik semasa memeriksa kertas penulisan tersebut. Ini bermaksud masih terdapat guru yang tidak mengaplikasikan kaedah secara holistik. Dan terdapat seramai 39 orang atau 49 peratus setuju pelaksanaan kaedah ini serta seramai 40 orang atua 50 peratus sangat setuju. Item yang kelima adalah berkenaan dengan pelaksanaan dalam bilik darjah iaitu tidak menggalakkan murid menulis terlalu panjang kerana terdapat banyak kesalahan dari segi bahasa. Pernyataan ini telah dipilih oleh responden adalah sama banyak iaitu 40 orang atau 50 peratus untuk skor setuju dan sangat setuju. Penyelidik percaya bahawa guru Bahasa Melayu ini memang melaksanakan pernyataan tersebut di sekolah masing-masing sebab itu mereka memilih setuju dan sangat setuju. Seterusnya, guru hendaklah menggalakkan murid memberikan lima idea sahaja dalam sebuah karangan. Terdapat juga responden yang tidak setuju dengan item ini iaitu 2 orang atau 2 peratus. Manakala setuju adalah seramai 34 orang atau 43 peratus dan sangat setuju seramai 44 orang atau 55 peratus. Masih terdapat guru yang menggalakkan muridnya memberikan idea kurang atau lebih daripada lima idea dalam karangan mereka. Bagi item kajian iaitu murid mesti mengikut kehendak soalan sebelum menghasilkan sebuah karangan menunjukkan tidak ada responden yang memilih skor tidak setuju. Seramai 31 orang atau 39 peratus adalah setuju dan 49 orang atau 61 peratus sangat setuju dengan pelaksanaan pernyataan tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.

Page 14: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

63

Guru Bahasa Melayu juga mesti mengaplikasikan simbol pemeriksaan atau penandaan yang standard dan telah ditetapkan oleh LPM. Skor tertinggi adalah bagi skor setuju iaitu seramai 42 orang atau 53 peratus, responden akan menggunakan simbol penandaan yang standard semasa mengajar. Terdapat 37 orang atau 46 peratus adalah sangat setuju dan 1 orang atau 1 peratus tidak setuju penggunaan simbol tersebut semasa dalam pengajaran. Seterusnya pelaksanaan kesan „Impression‟ pemeriksa iaitu guru Bahasa Melayu amat dititikberatkan dalam memeriksa kertas penulisan tersebut. Hasil dapatan menunjukkan 1 orang atau 1 peratus tidak setuju, 40 orang atau 50 peratus adalah setuju dan seramai 39 orang atau 49 peratus adalah sangat setuju bahawa kesan ini diguna pakai semasa memeriksa kertas penulisan murid.

Hasil dapatan item kajian pelaksanaan Julat Markah yang standard oleh guru Bahasa Melayu bagi setiap bahagian dalam kertas penulisan telah menunjukkan semua responden adalah setuju dan sangat setuju. Seramai 38 orang atau 47 peratus adalah setuju dan 42 orang atau 53 peratus adalah sangat setuju skema pemarkahan yang berkaitan dengan Julat Markah mengikut bahagian dalam kertas penulisan dilaksanakan dalam setiap pengajaran penulisan di sekolah masing-masing. Oleh itu, guru Bahasa Melayu harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang Julat Markah tersebut.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, guru Bahasa Melayu di daerah Papar ini mempunyai tahap kemahiran memeriksa kertas penulisan yang tinggi dalam skema pemarkahan yang standard. Hal ini juga melibatkan aspek menjalankan aktiviti penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap guru Bahasa Melayu wajib mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memeriksa yang standard sebelum melaksanakan kemahiran menulis semasa mengajar bahasa. Beberapa pihak yang terlibat perlu mengambil sesuatu langkah yang positif bagi meningkatkan kendiri guru-guru Bahasa Melayu, terutamanya dari segi sikap, motivasi dan persepsi guru-guru tersebut. Zalekha (2005), dalam kajiannya meningkatkan prestasi murid Tahun 5 dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal, berpendapat bahawa sebagai seorang guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Setiap kaedah yang digunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid berbeza dari berbagai segi. Oleh yang demikian, responden perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi menarik minat murid untuk terus mempelajari Bahasa Melayu. Secara tidak langsung responden juga akan berusaha dan mempunyai inisiatif sendiri untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu, responden juga harus mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat untuk memperbaiki dan menambahkan pengetahuan dalam memeriksa kertas penulisan. Hal ini sepatutnya diberi perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab. Pihak pentadbir harus menggalakkan guru-guru sentiasa berkongsi maklumat berkaitan dengan tugas seharian dan setiap organisasi harus mengadakan latihan dalaman dari semasa ke semasa dalam

Page 15: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

64

usaha memantapkan lagi ilmu dalam kalangan guru bahasa Melayu, terutamanya dalam kemahiran memeriksa kertas penulisan tersebut.

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan, Ainon Mohd. 2001. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Amir Awang. 1987. Teori dan Amalan Psikoterapi, Edisi Awal. Universiti Sains

Malaysia. Aripin bin Yuddin, 2008. Perbandingan Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah dan Sikap Pengajaran Guru Antara SK dengan SJKC Di Tawau, Sabah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim

Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2003. Manual

kursus Kajian Tindakan. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Dg. Animah Ismail. 2005. Mengatasi Murid Tahun 6 Yang Boleh Membaca

Tetapi Tidak Boleh Mengeja Dengan Betul, SK. Melikai, Kuala Penyu. Jurnal Pusat sumber Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Faridah Serajul Haq, Nooreiney Maarof, Raja Fauzi. 2005. Masalah Penulisan

Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah. Selangor. Halimah Harun. 2006. Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih.

Universiti Kebangsaan Malaysia. http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_06.pdf.

Hashim Othman. 2009. Pemantapan Pentaksiran Kemahiran Menulis Bahasa

Melayu Peringkat Sekolah menengah. Universiti Sains Malaysia. Hj. Ahad bin Masrun, Pg. Abu Bakar Sani bin Pg Hj Md Yassin, Hj Rasni bin

Bakir, Norasikin binti Hj Mat Zain & Roslinah binti Raya. 2005. Skim Pemarkahan Peperiksaan Brunei Cambridge „O‟ Level. Brunei Darussalam.

Ishak bin Harun. 2008. Kajian Meninjau Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah

Rendah Di Pedalaman Keningau, Kg. Nabawan. Jabatan Bahasa, Maktab perguruan Keningau, Sabah.

Page 16: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

65

Ishak Ramly. 2005. Inilah Kurikulum Sekolah : Menerapkan Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Pelbagai Bangsa & Budaya. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Yahya Othman. 2004. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd, Pahang. Yahya Othman. 2005. Pengajaran Menulis Yang Bersistem & Berkesan. Utusan

Publications & Distributors, Kuala Lumpur. Jeyagobi a/l Dhamoderem. 2009. Persepsi & Sikap Guru Bahasa Melayu

Terhadap Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah Kawasan Pensiangan Salinatan, Nabawan. Sabah.

Juriah Long, Nik Rahimi Nik Yusoff, Raja Mohd Fauzi Raja Musa dan Siti

Fatimah Mohd Yassin. 2001. Kesediaan Guru-guru Bahasa Menyediakan Persekitaran Pembelajaran untuk kepelbagaian Pelajar Melalui Penggunaan Komputer Dalam P & P. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamarudin Hj. Husin .1993. Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik

Darjah. Longman, Petaling Jaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kullanzsalleh, 2005. Guru dan Alam pendidikan. http://kulanzsalleh.com/guru-

dan-alam- pendidikan/Guru. Mahzan Arshad. 2001. Sejarah Dan Prinsip Asas Dalam Pendidikan Bahasa

Melayu : Satu Penilaian Semula, Masalah Pendidikan Jilid 24. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Marohaini Yusoff dan Zulkifli A. Manaf. 1997. Pengajaran Kemahiran Menulis

Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah : Satu Penilaian Kualitatif. Universiti Putra Malaysia Press.

Mohd Isa Abd. Razak. 1988. Soalan Subjektif : Teknik Penggubalan dan

Skema Pemarkahan. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Mohd Isa Abd. Razak. 2000. Pemarkahan Karangan Umum dan Karangan

UPSR. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Mohammad Satar Sabran, Jasni Sabri, Azali Moohammed. 2006. 19 Tip

Pendidik Cemerlang. Utusan Printcop Sdn. Bhd, Selangor. Mok Soon Sang. 2009. Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran &

Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor.

Page 17: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

66

M. Yussof. 1997. Teknik Mengarang. Adobe Reader. Najeemah Md. Yusof. 2006. Konsep Pendidikan. PTS Profesional Publishing

Sdn. Bhd., Pahang. Nik Azis Nik Pa. 2003. Penggunaan Teori Dan Kerangka Teori Dalam

penyelidikan Pendidikan, Masalah Pendidikan Jilid 26. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Nooraini Ombi. (2009). Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2

Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL.: 215-227.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias. 2007. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan:

Pembelajaran Kognitif. Karisma Publications Sdn. Bhd, Selangor. Rajendran. 1998. Persepsi Guru Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis &

Kreatif Di Kelas Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Universiti Perguruan Sultan Idris.

Rajendran. 2001. Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran &

Pembelajaran. http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf. Robiah Sidin. 2007. PIPP Perlu Tumpu Latih, Pilih Guru. Enam Teras Digaris

Memantapkan Sistem Pendidikan. Berita Harian, B9. Robiah Sidin. 2007. Tokoh Pendidikan Melayu : Kaedah Mengajar. Institut Alam

& Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2003. Psikologi

Pendidikan. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Sulaiman Masri. 2005. Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan : Esei,

Proposal, Tesis. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusoff, Mohd Ra‟in Shaari. 2006. Bahasa Melayu :

Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Sulaiman Masri, Mashudi Bahari, Juliliyana Mohd Junid. 2007. Kemahiran

Pengajaran Penulisan. „Bahasa Melayu, Rujukan Menengah‟. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Takeshi Inagami. 2011. Japan Labour Review : The Current State And Future

Task Of Japan‟s Career Education Promotion Policies-Embarking On The Road Less Traveled. The Japan Institiute For Labour Policy Abd Training, Japan.

Page 18: KEMAHIRAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DALAM …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/4.pdf · tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran wajib

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

67

Wan Mohd Nazif Wan Mohd. Kemahiran Menulis By Ying Soon Goh. PTS

Professional Publisihng Sdn. Bhd. Kuala Lumpur :49-55. Yahya Othman, 2005. Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS

Publications & Distributors Sdn.Bhd. Zalekha Hj. Ellie. 2005. Meningkatkan Prestasi Murid Tahun 5 Jaya Dalam

Penulisan Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah peta Minda Dan Kata Soal. Sri Aman, Sarawak.