keberkesanan kotts dalam meningkatkan...

15
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016 92 KEBERKESANAN KOTTS DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK DAN MENJIMATKAN MASA MURID MENYELESAIKAN MASALAH OPERASI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN SUKATAN Khoo Chwee Hoon 1 dan Lay Yoon Fah 2 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah, Malaysia [email protected] 2 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan KOTTS dalam meningkatkan pencapaian matematik dan menjimatkan masa murid sekolah rendah menyelesaikan masalah operasi penambahan dan penolakan Sukatan. Kajian ini ingin menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Selain itu, kajian ini juga menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min masa yang digunakan dalam Ujian Pra dan min masa yang digunakan dalam ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan KOTTS sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini telah dilaksanakan di sekolah rendah yang terpilih di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min masa yang digunakan dalam Ujian Pra dan min masa yang digunakan dalam ujian pasca bagi sampel kajian. Secara keseluruhannya, murid dapat menjimatkan sebanyak 53% daripada masa asalnya. KOTTS yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik khususnya bagi murid- murid yang lemah dalam penukaran unit Sukatan. KOTTS ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah penukaran unit panjang dalam kalangan murid sekolah rendah, ia juga dapat menjimatkan masa penguasaan matematik khususnya dalam operasi penambahan dan penolakan bagi unit Sukatan. Akhir sekali, KOTTS juga dapat mengurangkan beban dan menjimatkan masa guru untuk mengajar operasi penambahan dan penolakan Sukatan semua peringkat murid sekolah rendah. Kata Kunci: Sukatan, Unit Panjang, Unit Jisim, Unit Isi Padu Cecair

Upload: vandat

Post on 07-Jun-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

92

KEBERKESANAN KOTTS DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK DAN MENJIMATKAN MASA MURID MENYELESAIKAN MASALAH OPERASI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN SUKATAN

Khoo Chwee Hoon

1 dan Lay Yoon Fah

2

1Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah, Malaysia

[email protected] 2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan KOTTS dalam meningkatkan pencapaian matematik dan menjimatkan masa murid sekolah rendah menyelesaikan masalah operasi penambahan dan penolakan Sukatan. Kajian ini ingin menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian. Selain itu, kajian ini juga menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min masa yang digunakan dalam Ujian Pra dan min masa yang digunakan dalam ujian pasca bagi sampel kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan KOTTS sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini telah dilaksanakan di sekolah rendah yang terpilih di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min masa yang digunakan dalam Ujian Pra dan min masa yang digunakan dalam ujian pasca bagi sampel kajian. Secara keseluruhannya, murid dapat menjimatkan sebanyak 53% daripada masa asalnya. KOTTS yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Dapatan kajian ini membawa implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik khususnya bagi murid-murid yang lemah dalam penukaran unit Sukatan. KOTTS ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah penukaran unit panjang dalam kalangan murid sekolah rendah, ia juga dapat menjimatkan masa penguasaan matematik khususnya dalam operasi penambahan dan penolakan bagi unit Sukatan. Akhir sekali, KOTTS juga dapat mengurangkan beban dan menjimatkan masa guru untuk mengajar operasi penambahan dan penolakan Sukatan semua peringkat murid sekolah rendah.

Kata Kunci: Sukatan, Unit Panjang, Unit Jisim, Unit Isi Padu Cecair

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

93

LATAR BELAKANG KAJIAN

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut (Tema Hari Guru 2015, 2015). Demi mencapai hasrat ini, peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus di dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran matematik merupakan satu mata pelajaran yang abstrak (Lieberk, 2015) dan paling susah (Saad, 2015) untuk dipelajari oleh ramai murid. Justeru, sebagai seorang pendidik guru matematik perlulah menjadi role model untuk mereka cipta pelbagai produk inovasi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid.

Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti murid-murid. Menurut Mok (2004), sukatan pelajaran bagi sekolah rendah telah disemak semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid-murid sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas matematik. Salah satu topik yang penting dalam sukatan pelajaran 1998 ialah Sukatan. Hal ini menunjukkan topik ini perlu dikuasai oleh setiap murid. dalam membantu mereka menyelesaikan masalah kehidupan seharian yang berkaitan dengan Sukatan.

PERNYATAAN MASALAH

Pada kebiasaannya, murid-murid yang lemah atau tercicir kurang berminat untuk mempelajari Matematik. Mereka tidak memahami apa yang diajar dan menyebabkan mereka melakukan perkara lain dan berbuat bising. Hal ini sering diperhatikan oleh penyelidik sepanjang masa praktikum mengajar di sekolah rendah. Secara khususnya masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan Sukatan Melibatkan operasi penambahan dan penolakan. Sehingga murid berasa bosan untuk meneruskan menjawab soalan tersebut kerana kurang mahir untuk menukarkan sebarang unit kepada sebarang unit yang lain dengan jawapan yang tepat. Memandangkan kemahiran penukaran unit panjang, jisim, dan isipadu cecair ini penting dalam membantu murid menyelesaikan soalan-soalan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

94

berkaitan dengan topik Sukatan yang melibatkan empat operasi asas. Justeru itu, satu intervensi amat perlu dilaksanakan untuk membantu murid-murid ini supaya mereka dapat menguasai kemahiran penukaran unit Sukatan dan seterusnya melaksanakan operasi tambah dan tolak Sukatan.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini cuba mencapai enam objektif seperti berikut: i) Mengenal pasti tahap ujian pra murid sebelum penggunaan KOTTS. ii) Mengenal pasti tahap ujian pasca murid selepas penggunaan KOTTS. iii) Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan KOTTS dalam

menyelesaikan soalan melibatkan operasi tambah dan tolak Sukatan. iv) Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan KOTTS dalam

membantu murid menyelesaikan soalan melibatkan operasi tambah dan tolak Sukatan.

v) Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan ujian pasca antara sebelum penggunaan KOTTS dan selepas penggunaan KOTTS bagi murid sekolah rendah.

vi) Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa menyelesaikan soalan Sukatan antara sebelum penggunaan KOTTS dan selepas penggunaan KOTTS bagi murid sekolah rendah.

HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis nol dibentuk berdasarkan objektif kajian (v) dan (vi) yang telah dinyatakan. Aras keertian, p < .05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data dengan menggunakan statistik takbiran.

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra antara

sebelum penggunaan KOTTS dan selepas penggunaan KOTTS bagi murid sekolah rendah.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa

menyelesaikan soalan Sukatan antara sebelum penggunaan KOTTS dan selepas penggunaan KOTTS bagi murid sekolah rendah.

BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada kemahiran penukaran unit panjang yang melibatkan unit kilometer, meter, sentimeter, dan milimeter serta kemahiran penukaran unit jisim yang melibatkan unit kilogram dan gram. Selain itu, kajian ini juga memberi tumpuan kepada kemahiran penukaran unit isipadu cecair iaitu liter dan mililiter. Unit-unit lain seperti penukaran masa hari, jam, minit, saat, dan seumpamanya tidak diselidik dalam kajian ini.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

95

Selain itu, pencapaian matematik dalam kalangan murid hanya diukur melalui 12 item yang digubal berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik (Curriculum Development Centre, 2006). Kajian ini tidak dapat menguji penguasaan kemahiran matematik lain yang perlu dikuasai murid. Oleh itu, tahap pencapaian matematik hanya berdasarkan kemahiran murid menyelesaikan soalan melibatkan operasi tambah dan tolak Sukatan sahaja. Untuk mengelakkan gangguan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah, kajian ini tidak menyediakan banyak set ujian untuk mengukur tahap pencapaian matematik murid. Justeru, dalam kajian ini tahap pencapaian matematik murid hanya diukur berdasarkan satu set Ujian Pra dan satu set Ujian Pasca sahaja.

Sungguhpun pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan instrumen kajian adalah sah dan boleh dipercayai untuk mengumpul data dalam kajian sebenar, namun ketepatan hasil kajian yang diperoleh adalah semata-mata bergantung kepada tindak balas sampel kajian dari aspek kesungguhan menjawab item-item dalam instrumen yang ditadbirkan. Sampel kajian juga diharapkan dapat menjawab kesemua item yang terkandung dalam instrumen kajian ini dengan tidak merujuk kepada mana-mana buku rujukan, mengikut masa yang telah ditetapkan, dan membuat sebarang perbincangan dengan murid lain.

Murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang menghadapi masalah dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran penukaran unit panjang sahaja yang dilibatkan dalam kajian ini. Justeru, hasil kajian ini hanya dapat digeneralisasikan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang menghadapi masalah menjawab soalan yang berkaitan dengan operasi tambah dan tolak Sukatan di sekolah rendah di seluruh Negeri Sabah sahaja. Dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah di Sabah atau seluruh Malaysia.

REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan KOTTS sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Sampel kajian ini terdiri daripada 22 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

96

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini termasuk menggunakan instrumen Ujian Pra, Ujian Pasca, soal selidik Persepsi Guru terhadap Penggunaan KOTTS, dan soal selidik Persepsi Murid terhadap Penggunaan KOTTS.

INSTRUMENTASI KAJIAN Instrumen yang digunakan untuk mengutip data kuantitatif dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Ujian Pra; (ii) Ujian Pasca; (iii) Persepsi Murid terhadap Penggunaan KOTTS (PMPK); dan (iv) Persepsi Guru terhadap Penggunaan KOTTS (PGPK).

Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian Pra dan Ujian Pasca merupakan ujian kertas dan pensel yang dibangunkan oleh penyelidik. Sebanyak 12 item terbuka telah digubal oleh penyelidik berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSR (Curriculum Development Centre, 2006). Taburan item Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut kemahiran-kemahiran penukaran unit Sukatan Matematik sekolah rendah adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Taburan Item Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Item Kemahiran

1 Operasi tambah: Unit meter dan sentimeter melibatkan perpuluhan kepada unit meter

2 Operasi tambah: Unit sentimeter dan milimeter kepada unit milimeter

3 Operasi tambah: Unit kilometer dan meter melibatkan perpuluhan kepada unit kilometer dan meter

4 Operasi tolak: Unit kilometer dan meter kepada unit kilometer 5 Operasi tolak: Unit meter dan sentimeter melibatkan perpuluhan

kepada unit meter dan sentimeter. 6 Operasi tolak: Unit sentimeter dan milimeter kepada unit

sentimeter 7 Operasi tambah: Unit kilometer, meter, sentimeter, dan milimeter

kepada unit sentimeter 8 Operasi tolak: Unit skilometer, meter, dan sentimeter melibatkan

perpuluhan kepada unit meter 9 Operasi tambah: Unit kilogram dan gram melibatkan perpuluhan

kepada unit kilogram 10 Operasi tolak: Unit kilogram dan gram melibatkan perpuluhan

kepada unit kilogram 11 Operasi tambah: Unit liter dan mililiter melibatkan perpuluhan

kepada unit liter 12 Operasi tolak: Unit liter dan mililiter melibatkan perpuluhan kepada

unit liter

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

97

Persepsi Murid terhadap Penggunaan KOTTS (PMPK) PMPK yang digubal oleh penyelidik mengandungi 22 item digunakan untuk mengukur persepsi murid terhadap penggunaan KOTTS. Murid hanya diberi dua pilihan dalam instrumen ini iaitu setuju atau tidak setuju. Persepsi Guru terhadap Penggunaan KOTTS (PGPK) PGPK dalam kajian ini juga digunakan mengukur persepsi guru terhadap penggunaan KOTTS. Sebanyak 22 item telah digubal oleh penyelidik. Dalam hal ini, PMPK dan PGPK mengandungi 22 item masing-masing telah menggunakan skala Likert empat-poin. Respon “Sangat Tidak Setuju” diberi skor “1”, respon “Tidak Setuju” diberi skor “2”, respon “Setuju” diberi skor “3”, dan respon “Sangat Setuju” diberi skor “4”. Skor yang tinggi dalam skala peserpsi menunjukkan persepsi positif terhadap penggunaan KOTTS. Di samping itu, ketekalan dalaman bagi instrumen PMPK dan PGPK telah diukur dengan menggunakan kebolehpercayaan alfa Cronbach.

PROSEDUR ANALISIS DATA

Sebelum penganalisisan data dilaksanakan, penyemakan terhadap setiap instrumen dijalankan. Sekiranya terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam instrumen yang tidak terjawab oleh sampel kajian atau tidak mengikut arahan yang diberikan, maka instrumen tersebut adalah dianggap sebagai tidak lengkap dan dikecualikan daripada pemprosesan data seterusnya. Data-data yang dikumpul melalui instrumen PMPK dan PGPK dianalisis melalui pakej analisis statistik “Statistical Packeges for Social Sciences (SPSS) for Windows version 16.0‟.Aras keertian, p=.05 digunakan dalam semua analisis data tersebut untuk membenarkan ralat sebanyak 5% sesuai dengan penggunaan statistik takbiran dalam bidang sains sosial. Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Semua data yang dikumpul dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian statistik „Statistical Packages for Social Sciences (SPSS-PC) for Windows version 16.0‟ untuk menentukan kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang digunakan. Jadual 2 menunjukkan bilangan item dan nilai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach mengikut instrumen.

Jadual 2: Taburan Item dan Nilai Alfa Cronbach bagi PMPK, PGPK, Ujian Pra dan Ujian Pasca

Instrumen Bilangan Item Nilai Alfa Cronbach

PMPK 22 .899 PGPK 22 .969

Ujian Pra 12 .923 Ujian Pasca 12 .675

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

98

Keempat-empat instrumen ini mempunyai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach 0.899, 0.969, 0.923, dan 0.675 masing-masing. Nilai pekali kebolehpercayaan Alfa Cronbach ini adalah memadai. Menurut Stanley dan Hopkins (1972), satu instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi juga mempunyai kesahan yang tinggi.

Tahap Pencapaian Matematik Murid Sebelum Penggunaan KOTTS Sebelum penggunaan KOTTS, hasil analisis keputusan Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat 81.8% murid berada pada tahap penguasaan Sukatan TIADA. Didapati bahawa terdapat 9.1% dan 4.5% peserta kajian berada pada tahap penguasaan RENDAH dan SEDERHANA masing-masing. Hanya seorang peserta kajian (4.5%) berada pada tahap penguasaan SANGAT TINGGI. Jadual 3 berikut menunjukkan taburan kekerapan dan peratus mengikut tahap penguasaan murid dalam Sukatan (Ukuran Panjang, Jisim, Isi Padu Cecair) sebelum penggunaan KOTTS. Rajah 1 pula memaparkan keputusan penguasaan Sukatan dalam bentuk carta palang. Jadual 3: Taburan Kekerapan dan Peratus Mengikut Tahap Penguasaan Sukatan (Ujian Pra)

Gred TAHAP PENGUASAAN JULAT KEKERAPAN PERATUS

A SANGAT TINGGI 85 - 100 1 4.5

B TINGGI 70 – 84 0 0.0

C SEDERHANA 60 - 69 1 4.5

D RENDAH 50 - 59 2 9.1

E SANGAT RENDAH 40 – 49 0 0.0

F TIADA 0 - 39 18 81.8

JUMLAH 22 100.0

Rajah 1: Carta Palang bagi Tahap Penguasaan dalam Sukatan (Ujian Pra)

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Gred F E D C B A

Series1Peratus

Peratus

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

99

Tahap Pencapaian Matematik Murid Selepas Penggunaan KOTTS Selepas penggunaan KOTTS, hasil analisis keputusan Ujian Pasca menunjukkan bahawa hanya 9.1% dan 13.6% murid berada pada tahap penguasaan TIADA dan SANGAT RENDAH masing-masing. Didapati bahawa terdapat 13.6% dan 27.3% murid berada pada tahap penguasaan SANGAT TINGGI dan TINGGI masing-masing. Ini menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam menyelesaikan soalan Sukatan telah meningkat selepas penggunaan KOTTS. Jadual 4 berikut menunjukkan taburan kekerapan dan peratus mengikut tahap penguasaan murid dalam Sukatan (Ukuran Panjang, Jisim, Isi Padu Cecair). Rajah 2 pula memaparkan perbandingan penguasaan murid berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam bentuk carta palang. Jadual 4: Taburan Kekerapan dan Peratus Mengikut Tahap Penguasaan

Sukatan (Ujian Pasca)

Gred TAHAP PENGUASAAN JULAT KEKERAPAN PERATUS

A SANGAT TINGGI 85 - 100 3 13.6

B TINGGI 70 – 84 6 27.3

C SEDERHANA 60 - 69 1 4.5

D RENDAH 50 - 59 7 31.8

E SANGAT RENDAH 40 – 49 3 13.6

F TIADA 0 - 39 2 9.1

JUMLAH 22 100.0

0.0

10.0

20.0

30.0

40.0

50.0

60.0

70.0

80.0

90.0

F E D C B A

81.8

0.0

9.1 4.5

0.0 4.5

9.1 13.6

31.8

4.5

27.3

13.6

PER

ATU

S

GRED

UJIAN PRA (%)

UJIAN PASCA (%)

Rajah 2: Perbandingan Penguasaan Peserta Kajian Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

100

Persepsi Murid terhadap Penggunaan KOTTS dalam Menyelesaikan Soalan Sukatan Jadual 5: Analisis Persepsi Murid Terhadap Penggunaan KOTTS

BIL. PERNYATAAN TS S % Perse-

tujuan

1

KOTTS membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Panjang (contoh: km, m, cm,

mm) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan

a Berkesan 22 100

b Cepat 22 100

c Mudah 22 100

d Jimat Masa 3 19 86.4

e Jawapan Tepat 2 20 90.9

f Puas hati 1 21 95.5

2 KOTTS membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Jisim (contoh: kg, g) yang

melibatkan operasi tambah dan tolak dengan

a Berkesan 22 100

b Cepat 22 100

c Mudah 22 100

d Jimat Masa 2 20 90.9

e Jawapan Tepat 2 20 90.9

f Puas hati 1 21 95.5

3 KOTTS membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Isi Padu Cecair (contoh: l, ml)

yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan

a Berkesan 22 100

b Cepat 22 100

c Mudah 22 100

d Jimat Masa 2 20 90.9

e Jawapan Tepat 1 21 95.5

f Puas hati 22 100

4 KOTTS dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu).

22 100

5 Saya berasa bahan KOTTS ini sangat menyeronokkan.

22 100

6 Saya berasa bahan KOTTS ini sangat menarik. 22 100

7 Saya akan menggunakan konsep KOTTS untuk menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu) pada masa depan.

22 100

PERSETUJUAN KESELURUHAN 97.11

* TS: Tidak Setuju; S: Setuju

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

101

Berdasarkan keputusan analisis data persepsi murid terhadap penggunaan KOTTS (Jadual 5), persetujuan keseluruhan bahawa 22 pernyataan yang dikemukakan ialah 97.11%. Keputusan yang begitu cemerlang menunjukkan bahawa murid bersetuju bahawa (i) KOTTS membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan

Panjang (contoh: km, m, cm, mm) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati.

(ii) KOTTS membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Jisim (contoh: kg, g) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati.

(iii) KOTTS membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Isi Padu Cecair (contoh: l, ml) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati.

(iv) KOTTS dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu).

(v) Murid berasa bahan KOTTS ini sangat menyeronokkan. (vi) Murid berasa bahan KOTTS ini sangat menarik. (vii) Murid akan menggunakan konsep KOTTS untuk mengajar murid

menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu) pada masa depan.

Persepsi Guru terhadap Penggunaan KOTTS untuk Membantu Murid Menyelesaikan Soalan Sukatan Jadual 6: Analisis Persepsi Guru Terhadap Penggunaan KOTTS

BIL PERNYATAAN STS

TS

S SS %

Persetujuan

1

KOTTS dapat membantu murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Panjang (contoh: km, m, cm, mm) yang

melibatkan operasi tambah dan tolak dengan

a Berkesan 17 26 100

b Cepat 17 26 100

c Mudah 14 29 100

d Jimat Masa 15 28 100

e Jawapan Tepat 1 14 28 97.7

f Puas hati 1 20 22 97.7

2

KOTTS dapat membantu murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Jisim (contoh: kg, g) yang melibatkan

operasi tambah dan tolak dengan

a Berkesan 14 29 100

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

102

BIL PERNYATAAN STS

TS

S SS %

Persetujuan

b Cepat 16 27 100

c Mudah 13 30 100

d Jimat Masa 14 29 100

e Jawapan Tepat 1 11 31 97.7

f Puas hati 1 18 24 97.7

3

KOTTS dapat membantu murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Isi Padu Cecair (contoh: l, ml) yang

melibatkan operasi tambah dan tolak dengan

a Berkesan 15 28 100

b Cepat 14 29 100

c Mudah 13 30 100

d Jimat Masa 14 29 100

e Jawapan Tepat 1 12 30 97.7

f Puas hati 18 25 100

4 KOTTS dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu).

14 29 100

5 Saya berasa bahan KOTTS ini sangat menyeronokkan.

1 12 30 97.7

6 Saya berasa bahan KOTTS ini sangat menarik.

13 30 100

7

Saya akan menggunakan konsep KOTTS untuk mengajar murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu) pada masa depan.

16 27 100

Persetujuan Keseluruhan 99.37

STS: Sangat Tidak Setuju; TS: Tidak Setuju; S: Setuju; SS: Sangat Setuju Berdasarkan keputusan analisis data maklum balas guru terhadap penggunaan KOTTS (Jadual 6), persetujuan keseluruhan bahawa 22 pernyataan yang dikemukakan ialah 99.37%. Keputusan yang begitu cemerlang menunjukkan bahawa guru bersetuju bahawa (i) KOTTS dapat membantu murid menyelesaikan soalan berkaitan

Sukatan Panjang (contoh: km, m, cm, mm) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati.

(ii) KOTTS dapat membantu murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Jisim (contoh: kg, g) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati.

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

103

(iii) KOTTS dapat membantu murid menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan Isi Padu Cecair (contoh: l, ml) yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati.

(iv) KOTTS dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu).

(v) Guru berasa bahan KOTTS ini sangat menyeronokkan. (vi) Guru berasa bahan KOTTS ini sangat menarik. (vii) Guru akan menggunakan konsep KOTTS untuk mengajar murid

menyelesaikan soalan berkaitan Sukatan (Panjang, Jisim, Isi Padu) pada masa depan.

Perbezaan dalam Min Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Sampel Kajian Dalam kajian ini, Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar telah digunakan untuk menguji hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 7 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak 5.77 daripada skor 12 sebagai skor penuh. Jadual 7: Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 8: Ujian Wilcoxon untuk Sampel Bersandar

Test Statisticsa

SKOR UJIAN PASCA - SKOR UJIAN PRA

Z -4.027b

Asymp. Sig. (2-tailed)

.000

a. Wilcoxon Signed Ranks Test b. Based on negative ranks.

Berdasarkan analisis data melalui Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar (Jadual 8), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000), justeru Ho1 yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian berjaya ditolak. Sebagai rumusan, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian (z = -4.027; sig = .000). Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Justeru, KOTTS yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan sampel kajian.

Ujian Min N Sisihan Piawai

PRA 1.6818 22 3.1074

PASCA 7.4545 22 2.6137

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

104

Perbezaan dalam Min Tempoh Masa Menyelesaikan Soalan Sukatan antara Sebelum dan Selepas Penggunaan KOTTS bagi Sampel Kajian Dalam kajian ini, Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar telah digunakan untuk menguji hipotesis nol kedua pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 10 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pengurangan tempoh masa yang digunakan untuk menyelesaikan soalan Sukatan dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak 2.08 minit per soalan (53%). Jadual 10: Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Tempoh Masa Menyelesaikan Soalan Sukatan

Jadual 11: Ujian Wilcoxon untuk Sampel Bersandar

Test Statisticsa

Masa Ujian Pasca - Masa Ujian Pra

Z -4.108b

Asymp. Sig. (2-tailed) .000

a. Wilcoxon Signed Ranks Test b. Based on positive ranks.

Berdasarkan analisis data melalui Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar (Jadual 10), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000), justeru Ho2 yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa menyelesaikan soalan Sukatan antara sebelum menggunakan KOTTS dan selepas menggunakan KOTTS bagi murid sekolah rendah berjaya ditolak. Sebagai rumusan, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tempoh masa menyelesaikan soalan Sukatan antara sebelum menggunakan KOTTS dan selepas menggunakan KOTTS bagi murid sekolah rendah (z = -4.108; sig = .000). Sampel kajian memperoleh min tempoh masa Ujian Pasca yang lebih rendah secara signifikan berbanding dengan min tempoh masa Ujian Pra. Justeru, KOTTS yang diperkenalkan mendatangkan penjimatan tempoh masa yang digunakan untuk menyelesaikan soalan Sukatan dalam kalangan sampel kajian.

IMPLIKASI KAJIAN Selepas inovasi dilaksanakan, didapati bahawa tahap penguasaan murid pemulihan matematik telah meningkat. Di samping itu, murid pemulihan matematik juga boleh menyelesaikan soalan Sukatan. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa KOTTS telah berjaya memperbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid. Seterusnya, murid-murid ini dapat menyelesaikan soalan-soalan Sukatan dengan baik dan tepat tanpa menggunakan KOTTS.

Min (Minit) N Sisihan Piawai

PRA 3.93 22 2.0551

PASCA 1.85 22 0.6463

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

105

Selain itu, KOTTS dapat memanfaatkan kedua-dua pihak murid dan guru. KOTTS ini dapat menjimat masa murid menyelesaikan soalan Sukatan. Ini adalah disebabkan murid telah diperkenalkan teknik dan prosedur penggunaan KOTTS dengan betul. KOTTS ini juga dapat menjimatkan masa guru kerana tidak perlu memperbetulkan kesilapan yang banyak dilakukan oleh murid. Guru boleh menggunakan bahan KOTTS ini untuk mengajar murid agar menguasai semua kemahiran menyelesaikan soalan Sukatan dalam tempoh masa yang singkat. Murid berasa puas hati untuk menyelesaikan item-item yang berkaitan dengan Sukatan melalui penggunaan KOTTS. Selepas murid diperkenalkan prosedur penggunaan KOTTS, murid-murid berasa bahawa bahan inovasi ini sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Guru juga berpuas hati dengan pencapaian murid kerana kebanyakan murid telah menguasai kemahiran menyelesaikan soalan Sukatan dengan sepenuhnya. Inovasi ini sepadan dengan kata-kata yang dinyatakan dalam National Policy on Education (1992, seperti dalam Manpal Singh 2004), “menekankan penggunaan bahan bantu terutamanya bahan yang ditambah baik untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan realistik.”

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan PGPK dan PMPK yang dijawab oleh guru dan murid, kajian secara kuantitatif dan kualitatif serta rumusan yang telah dibuat, sewajarnya bahan inovasi seperti ini dapat diperluaskan lagi supaya murid dapat belajar melalui penggunaan KOTTS. Ini adalah disebabkan secara keseluruhan KOTTS ini mampu menarik minat serta mempunyai unsur-unsur pembelajaran yang sangat berguna kepada murid pemulihan matematik. Akhirnya, penyelidik berharap bahan inovasi KOTTS ini dapat diketengahkan untuk menjadi satu trend penyampaian ilmu secara hands-on selain ia mempraktikkan pedagogi pembelajaran aktif yang diwawarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Secara keseluruhannya, KOTTS ini berjaya menghasilkan intervensi yang memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang dipelajari. Tidak dapat dinafikan bahawa pengenalan kemahiran menyelesaikan soalan Sukatan dengan menggunakan KOTTS dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional (Chalk and talk). Program ini juga berjaya menerapkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif di samping membentuk sahsiah dan keperibadian unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif, dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Oleh yang demikian, penyelidik telah mencadangkan penggunaan KOTTS untuk mengajar kemahiran menyelesaikan soalan Sukatan. .

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 1/2016

106

RUJUKAN Curriculum Development Centre. (2006). Integrated curriculum for primary

schools: Curriculum specifications mathematic Year 5. Kuala Lumpur: Ministry of Education Malaysia.

Lieberk, P. (2015). How children learn mathematics: A guide for parents and

teachers.URL: http://www.arvindguptatoys.com/arvindgupta/mathsliebeck.pdf

Mok, Soon Sang. (2004). A primary education course in mathematics for

postgraduate diploma (K. P. L. I.). Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Saad, L. (2015). Math problematic for U.S. teens. URL:

http://www.gallup.com/poll/16360/Math-Problematic-US-Teens.aspx Stanley, J.C., & Hopkins, K.D. (1972). Educational and psychological

measurement and evaluation. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Tema Hari Guru 2015 (2015). Dilayari pada 11 Februari 2015 di URL:

http://pingbusuk.org/v/1341876/tema-hari-guru-2015.