meneroka tahap penguasaan kemahiran proses...

14
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 97 MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DAN TAHUN 5 DI DAERAH TUARAN Tan Seok Kiang Salina Abdullah Sangguro ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5 di sekitar daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 206 murid di empat (4) buah sekolah kebangsaan iaitu seramai 103 orang murid Tahun 4 dan 103 orang murid Tahun 5. Penguasaan kemahiran proses sains asas diterokai dengan menggunakan kaedah ujian berbentuk objektif. Fokus kajian adalah kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal dan membuat inferens seperti yang digariskan dalam kurikulum sains sekolah rendah Tahap Satu. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan kemahiran proses sains asas untuk kedua- dua kumpulan murid-murid Tahun 4 (55.9%) dan Tahun 5 (60.0%) adalah berada pada tahap memuaskan. Justeru satu kajian lanjut perlu dilaksanakan supaya masalah sebenar yang dihadapi dapat dikenal pasti. Kata Kunci: Kemahiran proses sains, memerhati, mengelas, membuat inferens, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal PENGENALAN Malaysia berwawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat ini, pendidikan sains memainkan peranan penting untuk melengkapkan model insan dengan pengetahuan dan kemahiran sains yang amat diperlukan dalam dunia moden yang amat bergantung kepada perkembangan sains dan teknologi. Oleh sebab itu, sains telah menjadi satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah rendah. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan „pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi‟ (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Selaras dengan falsafah pendidikan sains negara, kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pengetahuan sains. Pada masa yang sama sikap saintifik dan nilai-nilai murni diterapkan supaya murid yang progesif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan. Kemahiran proses sains (KPS) merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Ini adalah disebabkan proses-proses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan sains. Dengan itu, penguasaan kemahiran proses sains dapat membantu murid mengkaji sains dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian secara saintifik. Untuk memastikan murid-murid berkemahiran proses sains,

Upload: haphuc

Post on 09-Apr-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

97

MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DAN TAHUN 5 DI DAERAH TUARAN

Tan Seok Kiang Salina Abdullah Sangguro

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5 di sekitar daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 206 murid di empat (4) buah sekolah kebangsaan iaitu seramai 103 orang murid Tahun 4 dan 103 orang murid Tahun 5. Penguasaan kemahiran proses sains asas diterokai dengan menggunakan kaedah ujian berbentuk objektif. Fokus kajian adalah kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal dan membuat inferens seperti yang digariskan dalam kurikulum sains sekolah rendah Tahap Satu. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan kemahiran proses sains asas untuk kedua-dua kumpulan murid-murid Tahun 4 (55.9%) dan Tahun 5 (60.0%) adalah berada pada tahap memuaskan. Justeru satu kajian lanjut perlu dilaksanakan supaya masalah sebenar yang dihadapi dapat dikenal pasti. Kata Kunci: Kemahiran proses sains, memerhati, mengelas, membuat inferens, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal

PENGENALAN Malaysia berwawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat ini, pendidikan sains memainkan peranan penting untuk melengkapkan model insan dengan pengetahuan dan kemahiran sains yang amat diperlukan dalam dunia moden yang amat bergantung kepada perkembangan sains dan teknologi. Oleh sebab itu, sains telah menjadi satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah rendah. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan „pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi‟ (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Selaras dengan falsafah pendidikan sains negara, kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pengetahuan sains. Pada masa yang sama sikap saintifik dan nilai-nilai murni diterapkan supaya murid yang progesif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan.

Kemahiran proses sains (KPS) merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Ini adalah disebabkan proses-proses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan sains. Dengan itu, penguasaan kemahiran proses sains dapat membantu murid mengkaji sains dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian secara saintifik. Untuk memastikan murid-murid berkemahiran proses sains,

Page 2: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

98

pada tahun 1997, Penilaian Kerja Amali (PEKA) telah diperkenalkan. Untuk tujuan tersebut, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan menerbitkan Panduan Penilaian Kerja Amali (Lembaga Peperiksaan, 1997) yang merupakan penilaian kerja amali yang diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 6. Tujuan utama PEKA adalah untuk membimbing murid-murid melaksanakan siasatan dengan cara saintifik. Penekanan utama penilaian PEKA adalah memberi bimbingan sehingga sesuatu kemahiran itu dikuasai dengan baik. Penguasaan KPS begitu dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga setiap sekolah perlu membuat laporan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia tentang pencapaian murid-murid dalam Penilaian Kerja Amali.

Lantaran itu, kajian tentang penguasaan kemahiran proses sains murid-murid amatlah diperlukan supaya tindakan selanjutnya dapat diambil untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang penting ini jika terdapat sebarang kelemahan. Isu Kajian Berdasarkan kajian, penguasaan murid dalam kemahiran proses sains masih kurang memuaskan. Atas kesedaran ini, pihak KPM berpendapat sekiranya kemahiran ini tidak ditulis dengan jelas dalam hasil pembelajaran, maka masalah ini akan berterusan. Kegagalan mengatasi masalah ini boleh mewujudkan satu jurang di antara hasrat kurikulum dengan pelaksanaan PdP di bilik darjah. Oleh sebab itu, untuk memastikan murid dapat menguasai setiap kemahiran proses sains secara eksplisit, setiap kemahiran proses sains ini telah dijadikan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Oleh itu adalah wajar kita meneroka hasil awal keberkesanan kurikulum KSSR dengan membandingkan penguasaan KPS murid-murid Tahun 4 (mengikuti KSSR) dengan murid-murid Tahun 5 (mengikuti KBSR).

Fokus kajian ini adalah meneroka penguasaan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam kemahiran proses sains asas iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, meramal, membuat inferens dan berkomunikasi. Dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pada sasaran kajian dan ujian ditadbirkan pada awal tahun, maka adalah sesuai hanya kemahiran proses sains asas dijadikan fokus kajian kerana pada masa tersebut murid-murid Tahun 4 masih belum didedahkan dengan kemahiran proses sains bersepadu. Soalan Kajian Walaupun kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran membuat pemerhatian, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, meramal, membuat inferens dan berkomunikasi telah dipelajari pada kurikulum sains sekolah rendah Tahap I iaitu pada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, namun adakah murid-murid telah menguasai kemahiran-kemahiran tersebut seperti yang digariskan dalam kurikulum sains sekolah rendah?

Page 3: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

99

Dengan itu soalan kajian ini adalah seperti berikut: (1) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird

Tahun 4? (2) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird

Tahun 5? (3) Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan KPS asas

murid-murid Tahun 4 dengan Tahun 5? (4) Apakah tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 4 ? (5) Apakah tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 5? Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk : (1) meneroka tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-

murid tahun 4, (2) meneroka tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-

murid tahun 5, (3) membandingkan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4

dengan Tahun 5, (4) meneroka tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 4, (5) meneroka tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 5. Hipotesis Kajian Hipotesis nol dibentuk berdasarkan soalan kajian (3) yang telah dinyatakan di atas. Tahap keertian, p < .05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data dengan menggunakan statistik inferensi. Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi

murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam penguasaan KPS asas. Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi murid

Tahun 4 dan Tahun 5 dalam penguasaan KPS asas. Kesignifikan Kajian Dapatan kajian ini boleh memberi satu gambaran tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Hasil kajian bukan sahaja dapat membantu para pensyarah merancang PdP yang dapat meningkatkan kemahiran bakal guru dalam bidang ini, bahkan ia juga dapat menimbulkan kesedaran guru sains supaya mencari kaedah yang lebih sesuai untuk membantu murid-murid menguasai KPS asas yang merupakan asas kepada kemahiran menyiasat. Batasan Kajian Keputusan kajian ini adalah berdasarkan ujian berbentuk objektif. Untuk mendapat gambaran yang lebih sah lagi, analisis dokumen laporan amali, temu

Page 4: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

100

bual dan pemerhatian semasa murid-murid mengaplikasikan kemahiran proses sains sewaktu melakukan kajian atau siasatan seharusnya dijalankan. Kajian ini hanya melibatkan murid-murid sekolah kebangsaan Tahun 4 dan Tahun 5 di sekitar daerah Tuaran sahaja.

TINJAUAN LITERATUR

Pengertian Kemahiran Proses Sains Proses sains adalah cara seorang ahli sains bekerja, berfikir dan mengkaji masalah. Dalam erti kata yang lain, proses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan sains. Kaedah penyiasatan yang melibatkan kemahiran yang spesifik ini adalah seperti memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membina hipotesis dan mengeksperimen. Kemahiran tersebut dikenali kemahiran proses sains (Poh, 2002). Kurikulum Sains Sekolah Rendah di Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 dan disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global, sekali lagi transformasi pendidikan dilaksanakan dan KBSR telah digubal semula dan ditambah baik menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini telah mula dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia pada tahun 2011.

Dalam kurikulum KBSR, kurikulum sains sekolah rendah memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam. Tidak lain daripada KBSR, matlamat kurikulum Sains sekolah rendah KSSR juga bertujuan untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini adalah disebabkan penerapan ketiga-tiga komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai ini tidak boleh dijalankan secara berasingan tetapi ianya haruslah dijalankan secara beriringan. Keadaan ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pada ketika itu Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (2009), KSSR tidak menggantikan kurikulum sedia ada tetapi seiringan dengan KBSR. Lantaran itu, Kurikulum Sains KSSR tetap memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Proses Sains dalam Kurikulum KBSR dan KSSR Dalam kurikulum KBSR Sains, buku amali sains telah disediakan sebagai satu pakej buku teks sains berdasarkan falsafah pendidikan negara yang

Page 5: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

101

berfokuskan kepada perkembangan model insan yang menyeluruh. Dalam buku amali, setiap amali adalah direka untuk mencapai hasil pembelajaran yang termaktub dalam spesifikasi kurikulum. Setiap amali juga mengandungi tugasan dan aktiviti untuk membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran sains di samping sikap saintifik dan nilai-nilai murni (Md. Arris et al., 2007). Ini bererti, kemahiran proses sains adalah diterapkan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh murid-murid.

Berbanding dengan kurikulum KSSR, setiap kemahiran proses sains telah dijadikan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Oleh itu berbeza dengan KBSR, Modul Kemahiran Proses Sains telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk membantu murid menguasai setiap kemahiran sains yang perlu dikuasai seperti yang tercatat dalam Dokumen Standard Sains.

Dengan memandangkan KSSR adalah dilaksanakan secara berperingkat, maka, murid-murid Tahun 5 dan 6 pada masa sekarang, 2014 masih mengikuti kurikulum KBSR manakala murid-murid Tahun 1 hingga 4 adalah belajar berdasarkan kurikulum KSSR. Dengan lain perkataan, murid-murid Tahun 5 dan 6 belajar kemahiran proses sains sewaktu melaksanakan penyiasatan manakala murid-murid Tahun 3 dan 4 diperkenalkan setiap kemahiran proses sains secara formal dan berasingan berdasarkan panduan dan standard yang direka. Kemahiran Proses Sains (KPS) Asas Berdasarkan KBSR dan juga KSSR, kurikulum sains sekolah rendah memerlukan murid-murid belajar kemahiran proses sains asas pada Tahap I dan kemahiran proses sains bersepadu pada tahap II. Di sini kemahiran proses sains asas adalah merujuk kepada kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, meramal, membuat inferens dan berkomunikasi. Manakala kemahiran proses sains bersepadu adalah menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, mendefinisikan secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimenkan. Jadual 1 di bawah menerangkan kemahiran proses sains asas yang dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah Tahap I.

Jadual 1 : Kemahiran Proses Sains Asas dan Huraiannya

Kemahiran Huraian

Memerhati Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

Page 6: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

102

Mengelas Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Mengukur dan menggunakan

nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

(Dipetik daripada Pusat Perkembangan Kurikulum: Modul Kemahiran Proses Sains Asas, 2001)

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang memerlukan responden menjawab satu set ujian kertas-pensel berbentuk objektif . Instrumen Instrumen kajian ini merupakan satu ujian kertas-pensel yang mengandungi 16 item soalan objektif. Soalan yang disediakan adalah berdasarkan fokus kajian iaitu menguji 6 kemahiran proses sains asas bernama (1) memerhati, (2) mengelas, (3) mengukur dan menggunakan nombor, (4) meramal, (5) membuat inferens dan (6) berkomunikasi. Soalan ujian digubal berdasarkan kandungan dan standard pembelajaran seperti dalam Modul Kemahiran Proses Sains Tahun 3, kurikulum Sains KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan item yang disediakan untuk setiap kemahiran yang diuji.

Page 7: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

103

Jadual 2: Bilangan item untuk setiap kemahiran yang diuji

Kemahiran Bilangan Item Item dalam soalan ujian

Memerhati 3 Item 1, 3 dan 4

Mengelas 4 Item 2, 5, 7 dan 9

Mengukur dan menggunakan nombor

3 Item 6, 8, dan 10

Meramal 2 Item 11, dan 12

Membuat inferens 2 Item 15 dan 16

Berkomunikasi 2 Item 13 dan 14

Untuk menentukan kesahan kandungan instrumen ini, soalan yang

digubal telah dimurnikan oleh dua orang pensyarah sains. Satu ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas semua 16 item dan nilai alpha croncbach yang diperoleh adalah 0.555.

Sampel Populasi sampel ialah 49 buah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Tuaran, Sabah (Statistik Emis, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Sampel yang dikaji adalah seramai 206 murid daripada 4 buah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Dari jumlah ini, 103 orang (50%) adalah murid-murid Tahun 4 dan 103 orang (50%) adalah murid-murid Tahun 5. Rasional sasaran dipilih adalah disebabkan kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah belajar kemahiran proses sains asas pada kurikulum Sains Tahap I. Kaedah Menganalisis Data Ujian yang dijalankan adalah untuk meneroka tahap penguasaan keenam-enam kemahiran proses sains asas terpilih iaitu: (1) memerhati, (2) mengelas (3) mengukur dan menggunakan nombor, (4) meramal (5) membuat inferens dan (6) berkomunikasi.

Data dianalisis melalui pengiraan secara frekuensi dan peratusan untuk mengenal pasti respon murid-murid yang menjawab dengan betul terhadap setiap soalan berkaitan kemahiran proses sains asas. Dengan menggunakan skala, tahap penguasaan kemahiran proses sains asas secara keseluruhan dan untuk setiap kemahiran dapat ditentukan.

Page 8: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

104

(i) Penguasaan KPS asas secara keseluruhan Penguasaan KPS asas secara keseluruhan ditentukan melalui markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam menjawab kesemua 16 item yang diberikan dengan betul bagi ujian kemahiran proses sains asas tersebut. Jadual 3 mempamerkan skor ujian dan tafsiran tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan.

Jadual 3: Skor ujian dan tafsiran tahap penguasaan KPS asas

Skor ujian Tafsiran tahap penguasaan

0-20 Sangat Lemah 21- 40 Lemah 41-60 Memuaskan 61-80 Baik 81-100 Cemerlang

(ii) Penguasaan untuk setiap kemahiran proses asas Penguasaan untuk setiap kemahiran ditentukan melalui peratusan murid yang menjawab dengan betul bagi setiap kemahiran proses sains asas tersebut. Jadual 4 menujukkan peratus murid yang menjawab dengan betul dan tafsiran tahap penguasaan untuk setiap kemahiran.

Jadual 4: Tahap penguasaan untuk setiap kemahiran proses sains

Peratusan murid (%) Tafsiran tahap penguasaan

0-20 Sangat Lemah 20.1- 40 Lemah 40.1-60 Memuaskan 60.1-80 Baik 80.1-100 Cemerlang

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Tahap Penguasaan KPS murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 secara keseluruhan Data dalam Jadual 5, Jadual 6 dan Rajah 1 di bawah adalah digunakan untuk menjawab soalan kajian 1, 2 dan 3 iaitu: (1) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird Tahun 4? (2) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird Tahun 5? (3) Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan KPS asas antara murid-murid Tahun 4 dengan Tahun 5?

Page 9: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

105

Jadual 5 menunjukkan taburan skor ujian dan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Manakala Rajah 1 mempamerkan graf perbandingan tahap penguasaan KPS murid-muird Tahun 4 dan Tahun 5.

Jadual 5: Taburan skor ujian dan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dan tahun 5

Skor Ujian (%)

Tahap Penguasaan

Tahun 4 (a) Tahun 5 (b) Perbandingan

(b)-(a) f

%

f

%

0-20 Sangat lemah

2 1.93% 1 0.97% -0.96

21-40 Lemah 14 13.6% 14 13.6% 0.00 41-60 Memuaskan 45 43.7% 36 35.0% -8.70 61-80 Baik 37 35.9% 38 36.9% 1.00 81-100

Cemerlang 5 4.85% 14 13.6% 8.75

Analisis data taburan skor ujian murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5

dalam Jadual 5 menunjukkan tahap penguasaan KPS asas kedua-dua kumpulan adalah lebih kurang sama. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 1 di mana graf untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5 menunjukkan pola yang sama. Jadual 5 menunjukkan peratus murid yang masih berada di tahap sangat lemah adalah 2.91% (Tahun 4) dan 0.97% (Tahun 5). Murid yang berada di tahap lemah adalah 13.6% untuk kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Sebilangan besar murid berada di tahap memuaskan iaitu 43.7% (Tahun 4) dan 35.0% (Tahun 5) dan tahap baik iaitu 35.9% (Tahun 4) dan 36.9% (Tahun 5). Namun peratus murid yang berada di tahap cemerlang adalah amat kecil iaitu 4.85% (Tahun 4) dan 13.6% (Tahun 5).

Page 10: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

106

Jadual 6: Keputusan ujian –t untuk dua kumpulan sampel tak bersandaran

Min skor N Sisihan piawai

t p

Murid Tahun 4

55.8519 103 14.23035 -1.924 0.056

Murid Tahun 5

60.0121 103 16.70507

**p< .05 Hasil analisis melalui Ujian-t untuk dua sampel tak bersandaran menunjukkan bahawa min skor ujian murid Tahun 4 ialah 55.8519, manakala min skor ujian murid Tahun 5 ialah 60.0121, nilai t= -1.924 dengan nilai p lebih daripada 0.05 (Jadual 6). Oleh itu Ho gagal ditolak. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian murid Tahun 4 dengan murid Tahun 5 (t= -1.924; p=.056). Secara rumusan, tahap penguasaan KPS asas murid Tahun 4 dan Tahun 5 adalah setanding dan berada pada tahap memuaskan sahaja. Tahap Penguasaan setiap kemahiran KPS asas Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 Untuk menjawab persoalan kajian 4 dan 5 iaitu: (4) Apakah tahap penguasaan setiap kemahiran KPS asas murid-murid

Tahun 4 ?

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

0-20 21-40 41-60 61-80 81-100

Pe

ratu

s M

uri

d

Julat Markah

Rajah 1: Perbandingan Tahap Penguasaan KPS Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5

Tahun 4

Tahun 5

Page 11: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

107

(5) Apakah tahap penguasaan setiap kemahiran KPS asas murid-murid Tahun 5?

Jadual 7 di bawah mempamerkan peratus murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang menjawab dengan betul untuk setiap kemahiran proses sains asas yang diuji serta tahap penguasaan untuk kemahiran tersebut. Perbezaan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dan tahun 5 mengikut setiap KPS asas juga dianalisis dan dibandingkan.

Jadual 7 : Taburan peratusan murid dan tahap penguasaan untuk setiap KPS asas murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5

Kemahiran

Tahun 4 Tahun 5 Peratus murid

(a)

Tahap penguasaan

Peratus murid

(b)

Tahap penguasaan

Perbezaan (%)

(b)-(a)

Memerhati 63.1

Baik 62.1

Baik -1.0

Mengelas 66.0

Baik 68.9

Baik 2.9

Mengukur dan menggunakan nombor

53.4

Memuaskan 64.1

Baik 10.7

Meramal 48.5

Memuaskan 55.3

Memuaskan 6.8

Membuat inferens

18.4

Sangat lemah

20.4

Lemah 2.0

Berkomunikasi 55.3

Memuaskan 66.0

Baik 10.7

Jadual 7 di atas menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 4 mencapai

tahap penguasaan yang baik untuk dua kemahiran proses sains asas iaitu memerhati (63.1%) dan mengelas (66.0%). Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor (53.4%), meramal (48.5%) dan berkomunikasi (55.3%) hanya mencapai tahap penguasaan memuaskan dan kemahiran membuat inferens (18.4%) masih berada pada tahap penguasaan yang sangat lemah.

Data dalam Jadual 7 juga menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 5 mencapai tahap penguasaan yang baik untuk empat kemahiran proses sains asas iaitu memerhati (62.1%) dan mengelas (68.9%), mengukur dan menggunakan nombor (64.1%), dan berkomunikasi (66.0%). Manakala kemahiran meramal (55.3%) berada di tahap penguasaan memuaskan dan kemahiran membuat inferens (20.4%) masih berada pada tahap lemah.

Meskipun kemahiran membuat inferens merupakan satu kemahiran proses sains asas, namun kajian ini menunjukkan tahap penguasaan kedua-dua kumpulan murid terletak pada aras yang sangat lemah dan lemah. Ramai dalam kalangan murid tidak boleh membuat kesimpulan awal berdasarkan data atau rajah yang dikemukakan. Keputusan kajian ini sebagaimana dengan dapatan kajian yang diperoleh oleh Abu Hassan dan

Page 12: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

108

Rohana (1996), bahawa pelajar tingkatan 4 juga berada di aras tahap penguasaan yang sederhana dalam kemahiran membuat inferens. Hasil keputusan ini menunjukkan membuat inferens adalah satu kemahiran yang sukar dan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menguasainya.

Jadual 7 juga menunjukkan perbezaan peratus murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang menjawab dengan betul bagi setiap kemahiran adalah sangat kecil. Bagi kemahiran memerhati, mengelas, meramal dan membuat inferens, perbezaan adalah kurang daripada 10 %. Ini bererti tahap penguasaan KPS asas untuk empat kemahiran tersebut bagi kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5 adalah lebih kurang sama. Manakala tahap penguasaan KPS kemahiran mengukur dan menggunakan nombor dan kemahiran berkomunikasi murid-murid Tahun 5 adalah lebih baik sebab peratusan murid-murid Tahun 5 menjawab dengan betul untuk kemahiran tersebut adalah 10 % lebih tinggi daripada murid-murid Tahun 4. Data menunjukkan tahap penguasaan bagi kedua-dua kemahiran mengukur dan menggunakan nombor dan berkomunikasi murid-murid Tahun 4 berada pada tahap memuaskan sedangkan tahap penguasaan murid-murid Tahun 5 berada pada tahap baik. Hasil kajian juga menunjukkan kedua-dua kumpulan murid sangat lemah dalam membuat inferens. Sebagai kesimpulan, tahap penguasaan KPS asas keseluruhan murid-murid Tahun 4 dan 5 masih di tahap memuaskan sahaja.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan KPS asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5 melalui menjawab 16 soalan objektif yang digubal berdasarkan kurikulum Sains KSSR Tahun 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 berada pada tahap memuaskan. Selain daripada kemahiran memerhati dan mengelas yang menunjukkan tahap penguasaan yang baik, kemahiran-kemahiran yang lain masih di tahap memuaskan atau lebih rendah. Tiada satu kemahiran telah mencapai tahap cemerlang. Lebih-lebih lagi dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid-murid dalam membuat inferens adalah sangat lemah untuk kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Keputusan kajian agak membimbangkan pengkaji kerana KPS asas adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk menjalankan penyiasatan sebelum mereka bersedia belajar KPS bersepadu. Kegagalan menguasai kemahiran proses sains boleh menjejaskan murid-murid menjalankan penyiasatan yang amat diperlukan dalam meneroka ilmu sains.

Menurut perkembangan kognitif kanak-kanak, murid Tahun 5 sepatutnya mempunyai tahap penguasaan yang lebih baik berbanding dengan murid-murid Tahun 4. Ini adalah disebabkan dalam kurikulum sains, kemahiran proses sains adalah diterapkan dalam semua peringkat kurikulum iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Oleh sebab itu murid Tahun 5 telah belajar lebih berbanding murid Tahun 4. Sekiranya kita kaji dari segi struktur kurikulum, penguasaan kemahiran proses sains telah dijadikan standard yang perlu dicapai. Ini terbukti dalam kurikulum sains KSSR, standard kurikulum menuntut setiap kemahiran proses sains asas perlu dipelajari oleh murid melalui Modul

Page 13: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

109

Kemahiran Proses Sains Tahun 3 (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012) yang khas diterbitkan untuk tujuan tersebut. Maka adalah tidak hairan sekiranya murid Tahun 4 lebih berkemahiran berbanding Tahun 5. Namun, keputusan kajian tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan antara murid Tahun 4 dan Tahun 5. Namun dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kumpulan adalah setaraf dan masih berada di tahap memuaskan. Dapatan kajian sebegini membawa implikasi bahawa pelaksanaan pedagogi PdP dalam bilik darjah perlu diperkarakan agar tahap penguasaan KPS murid-murid sekolah rendah dapat dipertingkatkan.

Sebagai kesimpulan, kegagalan murid-murid menguasai KPS asas ini tidak harus dipandang ringan memandangkan kurikulum telah ditambah baik. Pencapaian standard dan kehendak kurikulum terletak pada tangan guru yang merupakan barian pertama dalam penyampaian pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid. Oleh itu disyorkan kajian-kajian lanjutan dijalankan untuk mengenal pasti punca-punca yang menyumbangkan kepada kegagalan penguasaan kemahiran KPS asas supaya langkah-langkah penambahbaikan yang membina dapat dilaksanakan untuk mengatasi keadaan ini.

RUJUKAN Abu Hassan Kassim & Rohana Hussin. (2003). Tahap penguasaan kemahiran

proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/2345/1/Seminar_2003_2.doc

Curiculum Development Centre (2003). Curriculum spesifications: Science Year

Kuala Lumpur: Minitry of Education Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Senarai sekolah rendah negeri

Sabah. Data seperti pada 30 April 2014, diperoleh dari www.emisportal/moe.gov.my

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2012). Modul kemahiran proses sains:

Dunia sains dan teknologi Tahun 3. Putrajaya, Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (1997). Sains: Panduan penilaian kerja amali (PEKA).

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Md. Arris Abu Yamin, Sopia Md. Yassin, Mohd. Yatim Dolir, Naziyah Khalid &

Toh, K. K. (2007). Science Year 6 practical book. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Poh, S. H. (2002). Pedagogi sains 3: Kemahiran proses sains. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman. Pusat Perkembanagn Kurikulum (1994). Pukal latihan sains rendah (PuLSaR)

Modul 2: Kemahiran saintifik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Page 14: MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/7.pdfTujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

110

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pukal latihan kursus orientasi SSR

Tahap 1: Kemahiran proses sains asas. Kementerian Pendidikan Malaysia.