masakan sotong

4
MASAKAN SOTONG SOTONG GORENG KUNYIT Bahan-Bahannya: 10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin 1 biji bawang besar - dipotong baji 1 biji cili merah - dipotong serong 1 biji cili hijau - dipotong serong 1 tangkai daun kari 4 sudu makan air asam jawa 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan tumbuk: 3 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah Cara Masak: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi. 2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. 3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata. 4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, 1

Upload: ai-xie

Post on 12-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

RESEPI

TRANSCRIPT

MASAKAN SOTONG

SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahannya:10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin1 biji bawang besar - dipotong baji1 biji cili merah - dipotong serong1 biji cili hijau - dipotong serong1 tangkai daun kari4 sudu makan air asam jawa1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan tumbuk:3 ulas bawang putih6 ulas bawang merah

Cara Masak:1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

MASAK KICAP SOTONG PEDAS BERKENTANG

Bahan-bahan:

250 gm sotong ~ bersihkan dan potong bulat1 biji kentang (berat dlm 200gm) ~ belah 2 dan hiris1 biji bawang besar**3 ulas bawang putih**1/2 inci halia**10 biji cili api****dikisar/tumbuk (saya suka kisar/tumbuk kasar)1 biji bawang besar ~ dihiris1 sudu besar/makan sos tiram1 sudu besar/makan sos tomatoKicap ~ secukup rasa (saya guna kicap manis)Garam ~ jika perluMinyak.

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar dan tumis bahan2 kisar/tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.3. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan masukkan sotong.4. Masukkan hirisan bawang besar dan kicap, gaul rata. Rasakan masim, masam dan manisnya(tambahlah garam, sos tomato mengikut citarasa).5. Akhir sekali masukkan kentang yg telah digoreng tadi dan gaul rata, matikan api dan bolehlah diangkat.**Kalau ingin berkuah, tambahkan air. Sotong akan mengeluarkan air bila dimasak.

1