masakan melayu

Upload: ahmad-fauzan

Post on 08-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Masakan Melayu

    1/5

    MASAKAN MELAYU

    NASI TOMATO

    Bahan-bahannya

    3 cawan beras basmati 2 cawan air 1 cawan susu cair 1 biji bawang besar, dihiris 3 ulas bawang putih

    dikisar 3cm halia dikisar 4 sudu makan tomato puri/ setengah botol tomato sos Maggi 1 senduk minyak

    sapi 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 3cm kulit kayu manis Garam secukup rasa 1/2 cawan

    bawang goreng secukup gajus goreng Cara-caranya 1) Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di

    dalam periuk. 2) Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah

    dihiris. Tumis sehingga naik bau. 3) Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis

    sehingga garing. Kemudian masukkan pula tomato puri/ tomato sos. 4) Setelah naik bau, masukkan air,

    susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras, bawang goreng dan gajus goreng. Gaul rata. 5) Setelah

    airnya kering, alihkan ke rice cooker.

    DAGING KICAP BEREMPAH

    1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka) (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utkdigunakan nanti) 12 tangkai cili kering (rendam) 3 sudu teh lada hitam 2 sudu teh jintan halus 1 sudu teh

    jintan kasar 2 biji pelaga (gunakan isinya saja) 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 biji

    buah pala (I omitted sbb takde dlm stok) (Kisar semua bahan di atas hingga halus) 2 biji bawang besar

    (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar) 6 sudu besar sos tomato 5-6 sudu besar kicap lemak manis 3

    biji kentang (dipotong wedges) 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4) 1 btg lobak merah (dipotong

    kecil2) 3 sudu besar bawang goreng (optional) sedikit daun ketumbar secubit garam, sedikit gula minyak

    utk menumis

    Cara: Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daging bersama

    air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya. Bila daging

    sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar. Akhir

    sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan

    dgn nasi atau roti.

    CHAR KUE TIAU (Char Kuey Teow)

    Bahan-Bahan

    1 bungkus Kicap Char Kuey Teow Pak Lang Ikan Bakar

    1 bungkus Chili Char Kuey Teow Pak Lang Ikan Bakar

    Bahan2 Buat Char ko Teow

    Udang (jgn buang kulit,kepala,ekor) sebab tuh yg buat die maniss

    Koteow halus

    taugeh

    kucai

    lada sulah jika sukakerang (rebus separuh masak) tak rebus pun takpa..lagi fresh

    teloq

    minyak

    Cara2 nak goreng koteow

    1) Masukkan minyak (api mesti kuat..)

    2)Goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan

    3) tuang 2 sudu besar kicap char koteow..kacau

    3) Masukkan 3 sudu besar pes cili yang dibuat td.....kacau hingga garing

  • 8/7/2019 Masakan Melayu

    2/5

    4)Masukkan koteow...gaul..tauge...gaul...kucai..kacauu...

    5)pecah 1 biji telor...kacau...lepas tuh tuang 1 senduk/mangkuk kecil kicap char

    ko teow sekali lagi

    6) kacau dan tutup api...

    7)kalau buh kicap tuh byk..so kuah die byk la......terpulang..

    sedap gak resepi die....nak2 plak makan dgn cabai jeruk

    MI GORENG MAMAK

    Bahan-bahannya 1 kg mi kuning 6 biji bwg merah dibuat bwg goreng 2 biji cili merah } 2 biji tomato }

    dihiris Daung bawang } 2st cuka makan 3sm sos tomato 2sm kicap masin 2sm kicap manis 1st gula pasir 2

    biji telur 2 keping tauhu } dibelah 2, digoreng dan diptg nipis 2 biji kentang } 1 biji limau nipis Kacang

    tanah tumbuk Garam

    Bahan Kisar 5-6 tangkai cili kering 1 biji bwg besar 7-8 ekor udang sederhana besar buang kulit Cara-

    caranya 1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, kacau sekejap dan masukkan sedikit airbiar hingga

    bau wangi. 2. Masukkan kicap, sos tomato, tomato, kentang, garam, cuka dan migoreng rata. 3.

    Ketepikan mi dlm kuali dan buat bulatan kosong di tenah kuali. Masukkan telur dan kacau sekejap biar

    telur masak sedikit,kacau sekali dengan mi hingga sebati.

    4. Masukkan dlm pinggan dan tabur kacang tanah, bawang goreng, cili merah, tauhu dan daun bawang/supdan hirisan limau nipis.

    SUP MAMAK Bahan A 1 kg daging/lidah/ekor kambing/lembu 4 helai daun pandan (daging direbus +

    daun pandan) Bahan B 4 sudu makan rempah sop 30gm lada padi 100gm bawang kecik 30gm bawang

    putih 50g halia ( dikisar halus) 2 batang kayu manis garam secukup rasa gula sedikit 3 sudu tepung dhal

    dicampur sedikit air (bahan pemekat) Bahan untuk taburan: daun sop+ daun bawang bawang goreng

    Cara-caranya: 1. Tumis bahan kisar + rempah sop hingga garing.. 2. Masuk kan ke dalam periuk rebusan

    daging tadi. 3. Jika semua dah ok.. baru masuk kan tepung dhal.. 4. Harus kacau selalu.. jika tidak tepung

    jadi bergentel. 5. Kalau nak lagi pedas-masa dihidang a dash of pepper... Dan ini pula kami berikan contoh

    tepung dhal (Gram Dhall) yang digunakan dalam resipi ini. Kalau ada balance you all boleh buat jemput-

    jemput India (vadai) macam di suggest potong bawang lebih2 potong lada, daun ketumbar dan goreng..

    sodappp oooooooo...

    NASI MINYAK

    1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) 150 ml minyak sapi 2 helai daun pandan (disimpul) 1.55 l air 150

    ml susu cair 2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok garam secukupnya 80 g. gajus } 50 g. bawang goreng }

    bahan hiasan 100 g pis hijau }

    Bahan Penumis: 5 cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 buah pelaga

    Bahan dikisar: 8 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2.5 cm kunyit hidup 2.5 cm halia

    Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau. Masukkan

    beras, gaul 2-3 minit. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga

    menggelegak. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. Taburkan bahan hiasan

    semasa menghidangnya.

    INTI POPIA

    Saya suka makan popiah basah. Sudah lama saya mencari resipinya terutama resipi dan cara membuat kulit

    popiah basah ini. Bolehkah saya mendapatkannya dari puan? Inti Popia 2 camb minyak 4 biji cili merah } 4

    ulas bawang putih } dikisar 30 g udang kering } 2 camb sos tiram 1 camb kicap cair 200 g isi udang,

    dicincang halus 200 g taugeh, dibuang ekor 5 ulas bawang merah, dibuat bawang goreng 18-20 kpg kulit

    popia garam secukupnya 150 g lobak merah } 180 g sengkuang } dihiris halus 150 g timun(buang empulur)

    Cara membuat:

  • 8/7/2019 Masakan Melayu

    3/5

    Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap cair dan udang. Bila udang

    masak, bubuh lobak merah dan kacau 3-4 min. Masukkan sengkuang, timun, taugeh dan garam. Bila sayur

    layu, angkat dan biar sejuk. (Jangan dicampur airnya sekali).

    SANDWICH TELUR REBUS

    Bahan-bahan: 8 keping roti 4 helai daun salad (atau hirisan timun) mentega untuk sapu

    Bahan Inti 3 biji telur rebus 2 camb mayonis 1 camb Thousand Island Dressing 1/2 camt serbuk lada hitam

    secubit garam

    Hancurkan telur, campurkan dengan bahan inti yg lain. Jika suka, boleh tambah cili merah yg dicincang

    halus. Sapu mentega pada roti, alas 4 keping dengan daun salad. Ratakan campuran telur pada 4 keping lagi

    kemudian tangkupkan. Tekan sedikit, hiris tepi kelilingnya kemudian potong tigasegi.

    Daging Masak Hitam Manis Bahan-bahan; 1/2 kg daging btg pinang } direbus bersama kicap,campur air

    sikit jer. 1/2 cwn kicap cap kipas udang } rasa sedap dari yg lain, bukan nak promote. 3sb Jintan manis}

    3sb Jintan putih}digoreng sekejap lepas tu blend kasi halus 3 bijiBwg merah } 3 biji Bwg putih }dikisar 1

    inci Halia } 2 sb Cili kisar } ikut kepedasan sendiri Rempah ratus } bunga lawang,kulit kayu manis,buah

    pelaga Cara Daging yg direbus bersama kicap tadi dihiris nipis, air rebusan daging jangan dibuang.

    Masukkan sebhg jintan yg diblend tadi dan juga sebhg. Bwg yg dikisar bersama halia. Gaul daging bersama

    bahan2 tadi dan goreng sekejap aje. Sekarang, lebihan minyak tadi gunakan utk menumis baki jintan dan

    bawang2. Masukkan cili kisar,kacau. Kemudian masukkan daging dan air rebusan.Kacau sebati sehinggakuah agak pekat.Siap. Sedap dimakan bersama nasi minyak,nasi putih...yummyyyyy.. Peringatan : Jangan

    guna garam dalam masakan ini sebab dengan adanya kicap sudah memadai.

    KUIH PAU-1

    Bahan-bahan: 500 g tepung gandum 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil

    'dough softener' 1 sudu besar gula 1 sudu kecil yeast 2 sudu besar shorterning (crisco) 250 g air suam Cara

    membuat: Gaul rata semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis. Uli sehingga

    licin tak lekat di tangan Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda Tumbukkan adunan dan

    bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Bulatkan dan masukkan inti Lapikkan adunan diatas keratan

    kertas. Rehatkan adunan sehingga naik lagi. Panaskan kukusan. Masukkan adunan dan masakkan selama

    10 minit. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.

    KUIH PAU-2 Bahan untuk kulitnya. 500 gm. tepung pau 50 gm. shortening 1 paket yis 75 gm. gula kaster

    1 camb. double action /baking powder 240 ml air suam 1/2 camt. garam halus. Caranya. Campurkan gula,

    yis dan air hingga gula larut. Ayak tepung dengan baking powder atau double action, kemudian masukkan

    garam.gaul rata. Masukkan tepung kedalam air dan uli sebentar dan masukkan pula shortening lalu diuli

    hingga berkilat. Perap selama lebih kurang 20-30 minit ataupun sehingga adunan naik 2 kali ganda. Uli

    sebentar untuk keluarkan anginnya. Timbang 50 gm. buat bulat dan masukkan intinya dan alaslah denga

    daun pisang yang telah dipotong bulat ataupun kertas minyak pun boleh juga. Perap sebentar ataupun

    semasa kita memasukkan intinya kita panaskan kukusan dahulu dan setelah semua siap kita kukus yang

    mula-mula kita buat tadi, begitulah seterusnya hingga habis. INTI AYAM PEDAS [KARI] 300 gm. isi

    ayam [cincang halus] 2 camb. serbuk kari daging 2 camb.bawang mesin [4 biji bawang kecil, 2 ulas

    bawang putih,1cm. halia ] 1 camb. sos tomato 1 camb. sos tiram 1/2 camb. gula 1 kiub pati ayam. 2 camb.minyak masak untuk menumis [tak perlu banyak] 1 tangkai daun sup diracik halus Caranya: Tumis bawang

    hingga naik bau nya.Masukkan rempah kari dan sedikit air masak

    hingga rempahnya garing sedikit. Setelah rempahnya garing masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos

    tiram, dan gula pasir gaul hingga sebati. Masukkan daging ayam dan digaul rata dan masak hingga kering

    sedikit. Masukkan daun sup dan gaul sebati. Rasalah megikut selera apa yang kurang bolehlah ditambah

    sesuai selera.

  • 8/7/2019 Masakan Melayu

    4/5

    KUIH PAU-3 Bahan A 500 gram tepung Hong Kong 1 sudu makan double acting 2 sudu makan Crisco 1

    sudu makan yis basah 85 gram gula kaster 240 ml air 1/2 sudu teh garam Bahan B (Inti) 500 gram kacang

    merah (direndam sehingga kembang) 300 gram gula 2 helai daun pandan air untuk merebus kacang Cara-

    caranya Gaul semua Bahan A (kecuali tepung) sehingga gulanya hancur. Baru masukkan tepung sedikit

    demi sedikit sehingga habis. Perap selama 20 - 30 minit. Adunannya melekit sedikit. Semasa hendak

    membentuknya, celupkan tangan dalam tepung, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Isikan dengan inti

    ditengahnya dan cantumkan semula. Kemudian letakkan diatas daun pisang atau kertas kek yang digunting

    bulat lebarkan 7cm. Kukus selama 7-8 minit atau sehingga masak. (Kukusan hendaklah dipanaskan lebih

    awal) Cara membuat Intinya Rebus kacang dengan daun pandan. Bila kacang sudah empuk, tuangkan

    dikuali dan masukkan gulanya. Masuk sehingga kering, angkat dan sejukkan. Intinya harus benar-benar

    sejuk, baru boleh digunakan.

    Home Made Roti Canai Bahan2 4 cwn tepung gandum 260 ml air 2 sm majerin/minyak sapi 1 bj telur 2 sm

    gula 1 st garam Cara: 1. Gaul tepung bersama bahan2 lain hingga menjadi doh yang licin & sebati. 2.

    Bulatkan adunan seperti dlm Pic 2 (satu adunan mejadi 10 kpg roti canai). Lumurkan dengan

    minyak/minyak sapi (biasanya leen guna majerin+minyak) 3. Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati

    sebelum dicanai. 4. Adengan menebar bermula (Pic 3)... klu tak pandai menebar just canai guna tangan &

    tarik di sekeliling dulang (Pic 4). 5. Perang satu bhg tepi adunan & bulatkan spt Pic 5 (tang nie tak dapat

    nak snap coz dua2 belah tangan dah berminyak... heheee) 6. Panaskan kuali, leperkan adunan tadi & gorengmcm biasa.

    ROTI CANAI Bahan 500 gm tepung 300 ml air 1 butir telur 1 sudu teh garam 2 sudu besar susu pekat 1

    sudu besar shortening Cara : 1. Sediakan bahan-bahan dan masukkan ke dalam mixer 2. Larutkan garam

    dalam air 3. Masukkan sedikit air garam dalam mixer, masuk sikit-sikit. 4. Buat sehingga menjadi doh 5.

    Bulatkan kepada 11 biji bebola 6. Lumurkan dengan majerin dan perap dalam 2 jam. Lebih lama lebih baik.

    Kalau semalaman lagi baik. 7. Masukkan sedikit campuran minyak dan majerin dalam mangkuk 8.

    Gunakan meja atau dulang besar. Minyakkan dan tepekkan sebijik doh tadi.. dan tarik-tarik. 9. Tebar

    seperti dalam gambar. 10.Tarik-tarik tepi doh tu sehingga menjadi nipis dan renjis dengan minyak dan

    majerin tadi 11. Rujuk gambar. 12. Rujuk gambar. 13. Rujuk gambar. 14. Ketepikan dalam setengah jam

    15. Tekan-tekan skit 16. Boleh terus disimpan dalam bekas, lapikkan dengan plastik pada setiap keping.

    Kalau nak makan boleh digoreng terus..

    Acar Rampai

    Bahan 1/4 biji kobis bulat 1 batang timun kecil 1 batang carot kecil 5 biji cili merah dan hijau 1 labu

    bawang besar 1 s/b air kapur 3 s/b cuka gula garam

    Cara 1. Semua sayuran dihiris halus. 2. Rendamkan dengan air kapur sehingga sayuran tenggelam selama

    30 minit [untuk menjadikan sayur rapuh/rangup] 3. Bancuhkan cuka, gula dan garam. 4. Toskan sayur

    sehingga betul2 kering air kapur tadi. 5. Gaulkan sayuran dengan cuka, gula dan garam. 6. Hidangkan

    dengan nasi minyak warna warni

    Kerutup Ayam

    Bahan-bahan 1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil] 2 s/b rempah kari ] dibancuh 2 s/b rempah

    kurma ] 2 cawan santan 1 s/b gula merah 1 s/b kerisek 3 s/b minyak untuk menumis

    bahan kisar.. 100 gm bawang merah goreng 2 biji buah keras 2 cm halia 2 cm lengkuas 3 batang serai 5ulas bawang merah 3 ulas baswang putih

    Cara 1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan

    ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh 4. Masakkan sehingga pekat dan ayam

    lembut. 5. Pastikan kacau sekali sekala. 6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

    SOTONG GORENG BUTTER Bahan-bahan: 600gm sotong Minyak utk menggoreng 3 camb susu segar 3

    biji telur (ambil kuning sahaja) 2 camb marjerin/butter 1-2 ulas bawang putih yg di cincang 6 biji cili padi

    (jika suka)-kita tak bubuh krn anak2 tak makan pedas Sedikit daun kari Bahan Perap 1 biji telur (kuning

  • 8/7/2019 Masakan Melayu

    5/5

    sahaja) 1 camb tepung beras Cara-cara 1.Bersihkan sotong dan lapkan degn kertas dapur supaya tak berair.

    2.Campurkan bahan perap dan perapkan sotong kira2 5-10 minit. 3.Panaskan minyak dan goreng

    sotong,angkat dan tuskan. 4.Masukkan susu segar dan kuning telur dan kacau rata. 5.Cairkan butter dlm

    kuali panas dan tuangkan campuran telur dan goreng di atas api kecil 6.Mesti di kacau2 supaya campuran

    telur tu menjadi butiran halus. 7.Last sekali masukkan sotong,bwg putih,cili padi dan daun kari. 8.Tumis

    atas api besar hingga rata panasnya. 9.Angkat dan hidangkan panas2.

    SOTONG SUMBAT

    Bahan-bahan

    600 gm sotong 500 ml air (Jeni agak2 saja) 4 biji telur 2 biji bawang besar, dicincang halus 1 biji cili hijau,

    buang biji dan cincang halus 1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus 1 biji bawang besar, dihiris

    bulat 4 sudu makan rempah kari ikan (Jeni guna rempah kari daging/ayam) 2 sudu makan cili kisar (Jeni

    guna 1 je takut pedas hehe) 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu teh gula 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 100

    ml minyak masak Lidi koktel secukupnya Garam secukup rasa

    Cara Membuatnya

    1.Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.2.Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.

    3.Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.

    4.Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.

    5.Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan

    kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.

    6.Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya

    pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.